BAB 48
Keesokan harinya, Ilham Iskandar ke rumah Alia Farhana seperti biasa. Sebelum ke pejabat, dia akan singgah dahulu berjumpa Haikal Affan dan Alia Farhana. Dia cuba berlagak biasa. Sebolehnya dia akan cuba tidak bertentang mata dengan wanita itu kerana dia merasa amat malu. Namun sampai bila dia mahu larikan diri. Takut nanti penghuni di dalam rumah itu perasan dan akan timbul tanda tanya. Dan akhirnya akan tersebar aibnya bersama Alia Farhana. Hendak tak nak, dia harus lalui juga perasaan malu itu.
Lain sungguh yang dia rasakan kali ini berbanding semasa dia berciuman dengan wanita itu dahulu. Mungkin kali ini dia telah melihat aurat wanita itu dan menyentuhnya dalam keadaan begitu. Dia jadi malu sendiri dengan idea yang dia beri pada ketika itu. Itulah kali pertama dia melihat ciptaan Allah yang satu itu dan merasai susu manusia yang sepatutnya seorang anak yang meminumnya. Tapi apakan daya, dia tidak sampai hati melihat kekasih hatinya dalam keadaan sakit begitu. Dan idea itu telah datang spontan ke dalam akal fikirannya. Dia tiada cara lain lagi pada masa itu. Apa yang berlaku biarlah dia yang menanggung rasa malu itu sendiri.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Abang.” Jawab Alia Farhana yang sedang menyusukan Haikal Affan. Dia bingkas bangun selepas menyudahkan penyusuan.
Dia yang sudah mula berpantang mengikut cara yang betul pada hari itu sedang memberikan susu kepada anaknya di dalam bilik ketika Ilham Iskandar sampai.
“Maaf. Abang keluar dulu. Sayang susukanlah Haikal dulu.” Ilham Iskandar berpaling ke luar pintu bilik tatkala terpandangkan Alia Farhana yang sedang menyusukan anaknya di atas katil.
“Eh. Tak payahlah pergi. Saya dah siap pun ni.” Alia Farhana mencapai tudung di kepala katil dan menyarungnya. Ilham Iskandar menoleh semula kepada dua beranak itu.
“Hai anak Daddy. Apa khabar, sayang?.” Ilham Iskandar bertanya mesra kepada Haikal Affan yang sedang berbaring.
“Sayang okey hari ni?.” Soalnya kepada Alia Farhana.
“Saya okey aje. Abang pulak?.”
“Abang... Hmm... Abang okey. Cuma Abang nak minta maaf pasal semalam.”
“Tak payahlah cakap pasal semalam. Lagipun Abang dah selamatkan saya dari rasa sakit yang amat tu. Salah saya sebab tak pam dulu sebelum pergi hospital. Mana taknya. Rasa tak sabar - sabar aje nak jumpa Abang semalam.” Alia Farhana terdiam apabila menyedari akan kata - katanya.
“Apa Sayang cakap tadi? Tak sabar nak jumpa Abang?.” Soal Ilham Iskandar dalam senyuman. Pipi Alia Farhana sudah memerah.
“Hmm... A'ah. Saya pun tak tahu kenapa. Walaupun dalam masa yang sama, saya amat rindukan Harris, tapi bila Abang ada di sisi saya, saya rasa tenang. Ya. Saya mengaku masa mula - mula Harris meninggal dulu saya menyampah sangat dengan Abang. Tapi sejak Abang nasihatkan saya hari tu, saya mula berfikir. Terima kasih Abang. Sebab Abang selalu ada dengan saya. Lagi - lagi dalam keadaan saya macam ni.”
“Abang faham, Sayang. Sebab tu Abang tak pernah putus asa untuk mendekati Sayang. Jaga Sayang, Haikal... Abang sayangkan Haikal tu macam anak Abang sendiri tau. Walaupun Abang ni belum pernah ada anak lagi, tapi Abang sayang dia. Sayang janganlah sedih - sedih lagi, okeh. Ya. Kita semua rindukan Kimi. Tapi semua ni kan dah tertulis. Kita yang masih hidup ni kenalah teruskan kehidupan kita. Kalau Sayang terasa rindu aje pada Kimi, Sayang sedekahkan Al-Fatihah untuk dia. Mudah - mudahan dia tenang kat sana. Okeh, Sayang.”
Alia Farhana mengangguk tanda faham. Dia mula membuka mata hatinya untuk menerima takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.w.t buat dirinya. Apa yang sudah ditakdirkan ini tentu ada hikmah di sebaliknya.
Cukuplah sebulan dia berendam air mata. Cukuplah dengan tempoh itu dia menyendiri dan menyeksa dirinya juga anaknya yang tiada dosa. Dia akur dengan jalan kehidupannya ini. Dia redha dengan pemergian suaminya, Harris Hakimi. Sampai bila dia mahu berkeadaan begini, kan. Cukuplah kesakitan yang dia pernah lalui dulu semasa ditinggalkan Ilham Iskandar sewaktu majlis pernikahannya. Selama 7 bulan dia terseksa. Dan selama itu juga dia telah menyeksa suaminya. Tergamak sungguh dia ketika itu. Namun pada hari ini, dia nekad mahu kembali kepada kehidupan asalnya meneruskan hidupnya bersama satu - satunya peninggalan cintanya bersama Harris Hakimi iaitu anaknya Haikal Affan. Semoga dia terus kuat menghadapi liku - liku kehidupan yang bakal mendatang.
“Abang sarapan dululah sebelum pergi office. Jom saya teman Abang makan.”
“Jom. Meh Haikal Abang dukung. Dia dah sendawa belum ni?.” Alia Farhana menggeleng. Kemudian Ilham Iskandar mengangkat Haikal Affan dan menepuk - nepuk belakang si kecil itu untuk di sendawakan.
Mereka jalan beriringan menuruni anak tangga dan menuju ke meja makan. Setibanya di meja makan, Puan Zalina sudah sedia menanti dengan senyuman.
“Mari makan, Ilham. Mak masak mi goreng ni. Haikal meh mak pegang.” Ilham Iskandar menghulurkan Haikal Affan kepada Puan Zalina. Kemudian dia menarik keluar kerusi meja makan dan duduk. Alia Farhana mencedukkan mi goreng dan menuangkan teh’o panas untuk Ilham Iskandar.
Setengah jam kemudian, mereka pun selesai bersarapan dan Ilham Iskandar meminta diri untuk ke pejabat dahulu.
“Petang ni Abang singgah sini lagi tau.” Rengek Alia Farhana semasa menghantar Ilham Iskandar ke kereta.
“Iya. Kan memang hari - hari Abang datang sini. Tapi mungkin Abang sampai lambat sikit tau. Sebab hari ni ada client dari Indonesia nak datang. Abang ada meeting dengan dia. Alah, yang kita pergi Langkawi dulu tu. Projek dengan dia kan dah start. So adalah beberapa perkara yang nak dibincangkan.”
“Oo... Agak - agak pukul berapa tu Abang sampai sini?.” Tanya Alia Farhana.
“Hmm... Abang tak tahu lagi, Sayang. Tapi... Andai kata dah terlalu lewat, Abang minta maaf Abang tak datang tau. Kesianlah mengganggu Sayang nanti.”
“Alaa... Janganlah sampai tak datang. Kalau lambat pun tak apa. Saya tunggu sampai Abang datang. Tak ganggu pun. Asal Abang datang sini, saya sanggup tunggu.”
“Hmm... Yelah Sayang. In sha Allah Abang datang nanti. Okeylah Abang pergi dulu ye. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Jam sudah pun melewati pukul 8 malam. Batang hidung Ilham Iskandar langsung tidak nampak. Betullah dia amat sibuk pada hari itu. Alia Farhana asyik memandang jam di dinding dan menjenguk ke luar rumah mencari - cari kelibat Ilham Iskandar. Namun sepi. Terasa bersalah pula dia kerana sudah memaksa lelaki itu supaya datang juga ke rumahnya.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk masuk saja ke dalam biliknya. Lagi pula hujan yang agak lebat di luar memungkinkan Ilham Iskandar akan datang juga. Jadi dia beranggapan bahawa lelaki itu tidak akan datang.
Sedar tidak sedar jam telahpun menunjukkan pukul 11 malam. Penghuni yang berada di dalam rumah itu masing - masing sudah pun masuk ke bilik. Termasuklah Alia Farhana yang sudah siap sedia untuk melelapkan mata. Haikal Affan pula sudah lama lena selepas diberikan susu.
Alia Farhana baru saja mahu melelapkan matanya tiba - tiba dia terdengar bunyi ketukan pintu dari luar biliknya.
Tok! Tok! Tok!
“Alia. Alia.”
Alia Farhana tersentak. Kemudian dia bangkit dari pembaringannya dan menuju ke pintu.
“Mak? Ada apa ni?.” Tanya Alia Farhana sambil menggosok matanya.
“Ilham. Dia ada kat bawah tu.”
“Hah? Apa dia buat malam - malam kat sini?.”
“Entah. Dia nak jumpa dengan Alialah tu. Dah. Pergilah turun cepat.” Alia Farhana mengangguk lalu masuk semula ke dalam biliknya untuk mengambil tudung. Selepas mengenakan tudung di kepalanya, dia terus turun ke bawah.
“Abang.”
“Sayang. Sorry Abang sampai lewat.”
“Ya Allah, Abang. Kalau dah terlalu lewat, tak payahlah datang. Abang kan penat baru habis kerja. Esok kan boleh datang.”
“Hmm... Abang rindu pada Sayang. Sebab tu Abang datang jugak. Sorry sebab mengganggu Sayang dengan mak malam - malam ni.”
“Ni mesti Abang rasa serba salah kan sebab saya cakap saya akan tunggu sampai Abang datang pagi tadi. Saya minta maaf Abang kalau dah menyusahkan Abang. Saya tak kisah pun kalau Abang tak datang malam ni. Saya faham Abang sibuk.”
“Tak apalah Sayang. Abang memang nak datang jumpa Sayang. Betul - betul rindu. Sekarang dah dapat jumpa ni barulah lena Abang nak tidur malam ni. Okeylah Abang balik dulu, ye.”
“Eh nak balik jugak ke dah jauh malam ni? Bahayalah Abang.”
“Tak apa. Bukan jauh mana pun rumah Abang tu.”
“Yelah tu tak jauh mana. Dah. Malam ni Abang tidur sini aje ye. Tidur kat bilik tetamu kat atas.”
“Tak apa ke?.”
“Tak apalah Abang. Dah lewat sangat dah ni. Bahaya nak drive malam - malam.”
“A'ah Ilham. Dah malam sangat dah ni. Tidur sini ajelah.” Sampuk Puan Zalina yang baru muncul dari tingkat atas.
Ilham Iskandar akur. Namun di dalam hatinya berasa gembira kerana dapat melepas rindu kepada yang tersayang.
Alia Farhana menunjukkan bilik kepada Ilham Iskandar. Kemudian dia ke biliknya untuk mengambil tuala dan pakaian arwah suaminya untuk dipakai Ilham Iskandar.
Tok! Tok!
“Abang. Saya masuk ye?.” Alia Farhana melangkah masuk ke dalam bilik Ilham Iskandar.
Ilham Iskandar yang ketika itu sudah membuka butang baju kemejanya yang basah dek kerana terkena air hujan menoleh ke arah Alia Farhana.
“Nah tuala dan baju. Abang mandilah dulu. Hmm... Abang dah makan ke belum malam ni? Nak makan tak? Saya sediakan.” Pipi Alia Farhana mula memerah kerana melihat keadaan Ilham Iskandar ketika itu. Namun dia hanya berlagak biasa. Tidak mahulah lelaki di hadapannya perasan akan perasaannya yang sedang malu tika itu.
“Abang belum makan lagi sebenarnya. Tak sempat nak makan tadi. Tak menyusahkan Sayang ke nak siapkan makan untuk Abang? Dah jauh malam ni.” Jawab Ilham Iskandar sambil tangannya mengambil tuala dan baju yang dihulur oleh Alia Farhana.
“Tak susahkan punlah, Abang. Abang mandilah dulu. Saya siapkan kejap makan malam.”
“Kalau dah Abang cakap macam tu, okehlah. Saya siapkan sekejap. Nanti dah siap mandi Abang turunlah ye.”
Ilham Iskandar mengangguk dengan senyuman. Alia Farhana turun ke dapur dan memanaskan lauk. Kemudian dia menghidangkannya di atas meja makan untuk Ilham Iskandar.
Setengah jam kemudian, Ilham Iskandar masuk ke ruang dapur. Dia menyapa Alia Farhana yang sedang sibuk menghidang makanan buat dirinya.
“Sayang.” Ilham Iskandar tersenyum lalu menghampiri wanita itu.
Alia Farhana tergamam. Matanya terpaku dan lidahnya seakan terkunci untuk bersuara tatkala melihat Ilham Iskandar yang sedang tersenyum kepadanya. Dia yang memakai pakaian arwah suaminya, Harris Hakimi ketika itu telah mengingatkannya kembali kepada arwah suaminya itu. Seakan suami yang dicintai masih ada di sisi.
“Biy.” Akhirnya Alia Farhana bersuara perlahan. Matanya masih tidak berkelip memandang ke arah Ilham Iskandar.
“Sayang?. Sayang okey tak ni?.” Ilham Iskandar menyentuh lengan Alia Farhana yang masih pegun memandangnya. Alia Farhana tersentak dan dengan cepat dia berpura - pura meneruskan kerjanya yang sudahpun siap sedari tadi.
“Abang duduklah. Makanan dah siap hidang dah ni.” Alia Farhana menjemput Ilham Iskandar untuk menjamu selera. Dia mencedukkan nasi dan lauk buat Ilham Iskandar.
“Sayang tak makan sekali?.” Pelawa Ilham Iskandar. Alia Farhana menggeleng kepala.
“Abang makanlah. Saya dah makan dah tadi.”
Ilham Iskandar makan selaju yang boleh makanannya kerana hari sudah lewat malam dan dia tidak mahu mengganggu Alia Farhana. Selepas siap makan, Ilham Iskandar membantu Alia Farhana mengemas meja makan. Dia perasan yang wanita itu agak pendiam ketika mereka di meja makan tadi. Hatinya tertanya. Adakah ada sesuatu yang mengusik hati wanita itu namun tidak ditanyanya.
Mereka naik ke tingkat atas bersama - sama. Alia Farhana masuk dahulu ke dalam biliknya. Disusuli Ilham Iskandar yang menginap bersebelahan biliknya.
Ilham Iskandar duduk sebentar di birai katil sebelum tidur. Dia menyemak beberapa emel di dalam telefon bimbitnya. Sedang dia asyik membaca emel, tiba - tiba pintu biliknya di buka dari luar. Dia berpaling dan bangun dari duduknya apabila melihat Alia Farhana yang datang.
“Biy.” Alia Farhana menerpa ke arah Ilham Iskandar. Dia memeluk erat lelaki itu. Matanya menangis. Ilham Iskandar terpana dengan perlakuan Alia Farhana itu. Namun dibiarkan sahaja pelukan wanita itu.
“Biy. Kenapa tinggalkan Sayang sorang - sorang? Sayang rindu tahu tak. Lama Sayang tunggu Biy. Biy pergi mana? Biy langsung tak cakap Biy ke mana. Haikal. Biy tak datang tengok pun anak kita. Biy dah tak sayangkan Sayang lagi ke?.”
“Hey! Sayang. Ni Abang ni.” Alia Farhana terdiam. Dia merenggangkan pelukannya. Dia mengundurkan sedikit dirinya daripada Ilham Iskandar.
“Abang? Biy?.” Alia Farhana mengerutkan dahinya.
“Ni Abang, Sayang. Bukan Kimi.” Alia Farhana yang mendengar kenyataan dari Ilham Iskandar itu terus menangis tersedu sedan. Baru dia tersedar ke alam nyata bahawa lelaki yang dipeluknya tadi bukanlah suaminya.
“Maafkan saya. Saya...” Alia Farhana tidak dapat meneruskan ayatnya. Malah dia semakin menangis.
Ilham Iskandar menarik Alia Farhana ke dalam pelukannya. Dia mengusap lembut belakang wanita itu agar dia lebih tenang. Bahunya terhinjut - hinjut kerana menangis. Dia terlalu merindukan suaminya, Harris Hakimi. Pelukannya kepada Ilham Iskandar semakin kejap. Beberapa minit berkeadaan begitu, akhirnya Alia Farhana bersuara perlahan.
“Abang. Jangan tinggalkan saya lagi ya? Tolong janji yang Abang akan sentiasa ada dengan saya. Abang takkan tinggalkan saya macam dulu lagi. Saya takut sangat kalau Abang pun akan tinggalkan saya.”
Ilham Iskandar meleraikan pelukannya. Dia mendongakkan kepala Alia Farhana agar memandangnya.
“Abang janji Abang takkan tinggalkan Sayang lagi macam dulu. Abang akan jaga Sayang dengan Haikal sampai Abang mati. Abang...” Selepas mendengar perkataan mati dari mulut Ilham Iskandar, laju saja tangan Alia Farhana menekup mulut lelaki itu. Dia amat takut mendengarkan perkataan ‘mati’ itu. Dia takut jika berlaku lagi perkara yang amat menyedihkan itu kepada dirinya.
“Tolong jangan sebut perkataan mati. Saya takut kalau saya kena tempuhi lagi kehilangan orang yang saya sayang sebelum waktunya. Please?.” Ilham Iskandar mengangguk. Kemudian dia menarik lagi Alia Farhana ke dalam pelukannya.
Hujan di luar semakin lebat dan di selangi dengan pancaran kilat dan dentuman guruh. Alia Farhana memeluk Ilham Iskandar dengan amat erat sekali. Dia memejamkan matanya. Berasa amat tenang sekali apabila berada di dalam dakapan lelaki itu.
Setahun kemudian...
Hari itu Alia Farhana mengambil cuti kerana ingin membawa Haikal Affan ke klinik untuk pemeriksaan bulanan. Mereka ke klinik dengan menaiki grab. Kebiasaannya, Ilham Iskandarlah yang akan membawa mereka ke klinik untuk pemeriksaan bulanan. Namun pada hari itu, kebetulan pula lelaki itu tiada kerana ada urusan pekerjaan di Langkawi.
Selesai urusan di klinik, Alia Farhana bercadang mahu berjalan - jalan di Mall untuk berbelanja sedikit barangan keperluan anaknya. Sedang dia ralit mencari barangan anaknya di kedai barangan bayi, dia telah di sapa oleh seseorang.
“Alia?.” Alia Farhana menoleh.
“Encik Faris.”
“Awak apa khabar?.”
“Saya alhamdulillah, sihat. Encik Faris pulak apa khabar?.” Soal Alia Farhana kembali.
“Saya pun sihat alhamdulillah. Hmm... Ni?. Anak siapa?.” Tanya Faris sambil menuding jari ke arah Haikal Affan.
“Ni anak saya.” Jawab Alia Farhana sambil tersenyum.
“Oh. I see. Hmm... Berdua je ke? Mana papa dia? Tak nak kenalkan pada saya ke?.”
“Haa... Papa dia dah setahun dah meninggal dunia.”
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Maafkan saya.”
“Tak apa Encik Faris.”
“So awak berdua jelah ni ye?.” Alia Farhana mengangguk.
“Okeh. Kebetulan saya pun tak apa nak buat ni, apakata saya temankan awak dengan si kecik ni?.”
“Eh tak apalah Encik Faris. Tak payah susah - susah. Kami okeh je berdua.” Tolak Alia Farhana.
“Awak masih marahkan saya ye pasal kejadian dulu tu? Saya minta maaf sangat - sangat pada awak. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh buat macam tu. Maafkan saya ye.”
“Tak apalah Encik Faris. Benda dah lama pun. Lagipun saya dah lupakannya. Dan... Saya pun dah maafkan Encik Faris.”
“Alhamdulillah. Terima kasih, Alia.”
Alia Farhana hanya membalasnya dengan senyuman.
“Meh saya tolong tolakkan stroller si kecik ni. By the way, siapa nama si kecik yang comel ni?.”
“Haikal Affan bin Harris Hakimi.” Faris hanya mengangguk kepalanya namun dia agak tertanya - tanya akan nama ayah kepada Haikal Affan ini. Seingatnya, selama dia mengenali Alia Farhana, wanita itu sedang menjalin hubungan dengan CEO Jaya Holding, Ilham Iskandar. Tetapi mengapa nama anaknya ini berbinkan Harris Hakimi pula? Dia ingin bertanya lebih lanjut namun tidak terluah.
Selepas membeli beberapa barangan yang diperlukan, Faris mengajak Alia Farhana untuk makan bersama. Alia Farhana sudah menolaknya dengan baik. Namun lelaki itu mengajaknya bersungguh - sungguh. Jadi serba salah pula mahu menolaknya. Akhirnya dia menyetujuinya juga.
“Hmm... Saya nak tanya sikit, boleh?.” Tanya Faris tiba - tiba memecahkan kesunyian ketika itu.
“Tanya apa tu, Encik Faris?.”
“Hmm... Awak bagitahu tadi ayah Haikal ni, Harris Hakimi kan? Bukan ke dulu awak bercinta dengan Ilham Iskandar? Maaf kalau soalan saya ni buat awak tersinggung. Tapi... Kalau awak tak nak jawab pun tak apa. Saya tak paksa.”
Alia Farhana tersenyum sebelum menjawab segala persoalan Faris itu.
“Panjang ceritanya, Encik Faris. Maaf bukan tak nak kongsi cerita. Mungkin suatu hari nanti Encik Faris akan tahu ceritanya.” Faris hanya mengangguk tanda faham. Dia juga tidak mahu memaksa wanita itu untuk menceritakannya. Tentu wanita itu ada sebab tersendiri mengapa dia tidak mahu berkongsi ceritanya. Tidak mengapalah. Mungkin suatu hari nanti dia akan mengetahuinya juga.
“Hmm... Ni Encik Faris tak masuk office ke?.” Tanya Alia Farhana.
“Masuk pagi tadi. Ni kebetulan ada jumpa klien kat sini tadi. Alang - alang dah nak habis waktu kerja ni, malaslah nak balik office. Tak sangka pulak terjumpa awak kat sini.”
“Owh... Encik Faris apa cerita sekarang?.” Soal Alia Farhana lagi.
“Awak ni. Tak payahlah nak berencik - encik dengan saya. Panggil je Faris. Lagipun kita kan dah tak satu office lagi. Terasa macam berbual dengan staf kat office pulak. Well, saya macam nilah Alia. Masih berseorangan. Belum berjumpa teman hidup lagi. Dan masih bekerja di tempat yang sama.” Jawab Faris sambil tertawa.
Alia Farhana turut tersenyum mendengarnya.
“Encik Faris. Eh... Faris. Awak memilih sangat kot. Apa pun saya doakan awak akan bertemu cinta sejati nanti.”
“Aaminnn.” Balas Faris.
“Eh. Dah lewat ni. Saya mintak diri dululah.” Alia Farhana meminta diri untuk pulang kerana hari sudah petang. Lagipun dia masih belum solat Zohor lagi.
“Ni awak balik naik apa ni?. Drive sendiri ke?.”
“Naik grab je.”
“Kalau gitu saya tolong hantarkanlah awak ke rumah. Dengan banyak barang macam ni, dengan anak lagi... Susah pulak awak nanti.” Pelawa Faris.
“Eh tak pelah Faris. Tak susah pun. Lagipun mungkin jalan kita tak sehaluan.”
“Tak de susah punlah. Jomlah.” Tanpa menunggu jawapan daripada Alia Farhana, dia terus saja mengambil beg plastik barangan yang dibeli tadi dan berjalan menuju ke lot parking. Hendak tak nak Alia Farhana terpaksa juga mengikutinya.
Lebih kurang hampir satu jam perjalanan, mereka pun sampai di rumah Alia Farhana. Faris sempat meminta nombor telefon wanita itu untuk menyimpannya. Mana tahu dapat berjumpa lagi dengannya.
Selepas mengucapkan terima kasih, Faris pun beredar pulang ke rumahnya.
Malam itu, Ilham Iskandar menelefon buah hatinya, Alia Farhana. Begitulah rutinnya hari - hari. Walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan singgah ke rumah Alia Farhana, namun panggilan telefon dan what'sapp juga tidak pernah lupa dilakukan. Dia tidak pernah jemu melakukan benda yang sama setiap hari. Dan dia seringkali merindui seraut wajah kekasih hatinya itu. Ditambah pula dengan kehadiran Haikal Affan yang selalu membuatnya bahagia.
“Assalamualaikum, Sayang. Buat apa tu?.”
“Waalaikumussalam. Baru lepas tidurkan Haikal ni. Abang tengah buat apa tu?.”
“Abang tengah rindukan Sayang ni. Rindu sangat. Sayang tak rindukan Abang, ke?.” Jawab Ilham Iskandar dengan nada yang manja.
“Amboi mengadanya dia. Baru dua hari tak jumpa, Abang. Bukannya setahun. Nanti Abang balik kita jumpalah okeh.”
“Dua hari pun lama tau. Sayang... Abang rindu sangat dah ni. Rindulah.” Ilham Iskandar sudah merengek manja. Alia Farhana yang mendengar sudah tersenyum. Tahu sangat dia dengan perangai manja lelaki itu. Seringkali merengek manja kepadanya walau untuk apa perkara sekalipun. Walaupun begitu, dia senang dengan tingkah manjanya itu.
“Iya Abang. Saya pun rindu kat Abang. Haikal pun rindu juga kat Abang ni. Abang balik bila tu?.”
“Hmm... Esok pagi Abang flight balik KL. Sampai dalam tengah hari macam tu. Nanti sampai KL Abang terus jumpa Sayang okeh. Tak tahan sangat dah ni rindu kat Sayang dengan Haikal. Hah. Sayang buat apa je satu hari ni?.”
“Tadi bawak Haikal check up. Lepas tu pergi shopping barang sikit kat Mall. Jalan - jalan, makan - makan...”
“Abang Man hantar ke?.”
“Pergi naik grab. Balik ada orang hantar.”
“Siapa yang hantar?.” Ilham Iskandar sudah mengerut dahi.
“Faris. Encik Faris bekas manager kat Tuah Agensi dulu tu. Tengah - tengah shopping tadi terserempak dengan dia. Dia tegur. Saya memang tak perasan pun dia. Dahtu dia ajak makan tengah hari sekali. Lepas makan tu dia bersungguh nak hantar balik. Saya dah tolak tapi dia berkeras jugak nak hantar. Saya nak kata macam mana lagi. Terpaksalah.” Panjang lebar Alia Farhana menceritakan apa yang berlaku siang tadi kepada Ilham Iskandar. Tetapi tiada respon daripada lelaki itu. Tiba - tiba suasana jadi sepi tanpa sebarang bicara.
“Abang? Kenapa senyap je ni? Abang okey tak ni?.”
“Sayang ni mudah sangat percaya pada orang kan? Dah lupa ke apa yang dia pernah buat pada Sayang dulu? Tak takut ke kalau berulang lagi? Boleh pulak Sayang naik satu kereta dengan dia. Abang tak sukalah.”
“Okeh. Saya minta maaf, okeh Abang. Lepas ni Saya tak buat lagi. Abang janganlah marah. Saya puas dah tolak tadi. Tapi dia bersungguh nak ajak makan dengan hantar balik. Serba salah saya dibuatnya. Lagipun saya tengok dia dah lain. Dia pun dah minta maaf. Saya pun tak naklah berdendam lama - lama. Perkara dah lama berlalu kan. Saya minta maaf, okeh.”
“Hmm yelah. Janji jangan buat lagi tau. Kalau jadi apa - apa macam mana? Abang tak ada dekat dengan Sayang. Siapa nak tolong Sayang nanti?. Lepas ni jangan buat macam tu lagi tau.”
“Iya. Janji tak buat lagi.”
“Esok tunggu Abang balik tau. Jangan ke mana - mana pulak. Kalau Sayang tak ada esok, siap Sayang.”
“Wuuu.. Takutnya. Tengoklah kalau nak tunggu esok. Abang berani apa je nak buat kat saya? Jangan lupa yang kita ni tak de ikatan apa - apa lagi. Kalau dah ada ikatan tu lainlah ceritanya. Abang nak buat apa pun boleh asalkan tak menyakitkan saya, saya okey aje.” Alia Farhana sengaja mengusik Ilham Iskandar.
“Amboi. Bunyi macam mencabar je tu. Okeh tak pe. Tunggulah nanti bila tiba masanya, tahulah nasib Sayang nanti.”
“Okeh. Kita tunggu dan lihat je nanti. Tengoklah siapa yang surrender nanti. Kan Abang sayang?.” Alia Farhana tergelak selepas menghabiskan ayatnya. Sengaja dia mahu mengusik Ilham Iskandar. Dia tahu lelaki itu pasti tercabar dengan apa yang dia katakan. Mesti lucu wajahnya menahan geram.
“Eee.... Geram je Abang dengar. Mentang - mentang kita tak de depan mata dia, berani je mulut dia bercakap. Kalau depan mata ni.... Hmm.... Satu ayat pun tak terkeluar. Kita baru je rapat sikit kat dia. Dah tak boleh bergerak. Kan Sayang?.”
Alia Farhana sudah menahan rasa malu. Suka sangat Ilham Iskandar mengenakannya begitu. Memang benar apa yang dikata lelaki itu. Mukanya akan mula memerah setiap kali lelaki itu duduk dekat dengannya, merayu dan merengek manja di hadapannya. Dia terasa malu dan segan bila acapkali lelaki itu mengelus lembut pipinya. Dia akan sedaya mungkin menjauhi setiap perbuatan yang mungkin akan menjerumuskan mereka ke lembah penzinaan.
Jumaat petang itu Ilham Iskandar telah selamat sampai di Kuala Lumpur. Dia terus ke rumah Alia Farhana kerana sudah tidak tahan lagi menanggung rindu yang menggunung terhadap wanita itu dan anaknya, Haikal Affan.
“Assalamualaikum. Abanggg... Sorry. Lama dah ke Abang sampai?. Sorrylah. Jalan jem teruk tadi ada excident. Tu yang saya lambat sampai tu.”
“Waalaikumussalam. Baru je sampai ni. Nasib baik Abang tak kena tunggu lama - lama. Kalau takkk... Abang denda Sayang.”
“Fuhh... Nasib baik kan.” Alia Farhana sudah menyengeh.
“Kerja okey, Sayang? Tulah Abang ajak Sayang kerja semula kat Jaya Holding Sayang tak mahu. Nak jugak kerja kat tempat lain. Kalau kerja dengan Abang kan senang. Boleh ikut Abang pergi Langkawi. Tak delah kena tanggung rindu yang menggunung tinggi ni.”
“Setinggi gunung everest ke rindu tu? Kan saya dah bagitahu. Bukan saya tak nak kerja dengan Abang. Tapi... Banyak kenanganlah kat sana. Saya takut saya tak kuat. Tak pelah saya kerja kat tempat lain ni sekurang - kurangnya boleh tambah pengalaman, kan.”
Ya. Alia Farhana memang tidak mahu bekerja semula dengan Ilham Iskandar kerana jiwanya masih tidak kuat dahulu. Tetapi setelah menjalani rawatan dalam setahun ini, alhamdulillah kesihatannya beransur baik.
Disebabkan kesihatannya yang kurang baik itulah dia terpaksa menolak lamaran Ilham Iskandar selepas dia habis pantang dan eddah. Dia tidak mahu fikirannya meracau teringatkan arwah suaminya, Harris Hakimi ketika bersama Ilham Iskandar. Tentu akan menyinggung perasaan lelaki itu lama kelamaan. Syukurlah Ilham Iskandar tidak mendesaknya dan dia sangat memahami keadaan dirinya. Lelaki itu masih setia menunggunya dengan penuh sabar.
Dua minggu kemudian, satu rombongan meminang Alia Farhana datang ke rumahnya. Puan Zalina dan Alia Farhana menyangka rombongan itu datangnya dari keluarga Ilham Iskandar. Namun rupanya rombongan tersebut adalah daripada Faris.
“Saya minta maaf. Saya tak dapat terima peminangan awak ni.” Kata Alia Farhana kepada Faris keesokan harinya.
Alia Farhana telah berjumpa Faris di sebuah restoran di dalam satu kompleks membeli belah. Dia ternyata terkejut dan tidak menduga sama sekali yang Faris akan masuk meminangnya. Sedangkan pertemuan mereka dahulu hanyalah sekali sahaja selepas dia berhenti kerja di Tuah Agensi. Dan selepas pertemuan di mall kelmarin, Faris tidak pernah menghubunginya sama sekali. Tapi tiba - tiba lelaki itu boleh pula masuk meminangnya. Sungguh dia tidak menjangkakannya.
“Tapi kenapa? Saya dah lama sukakan awak, Alia. Sejak kita mula kenal lagi.”
“Saya betul - betul minta maaf. Saya tak boleh terima lamaran awak ni. Saya dah ada kekasih hati. Saya minta maaf, Faris.”
“Saya tahu. Ilham Iskandar kan kekasih hati awak? Tapi awak belum ada ikatan apa - apa pun dengan dia. Rasanya tak salah kalau awak beri saya peluang sekali aje untuk menjadi suami awak.”
“Awak ingat perkahwinan ni satu permainan ke, Faris? Saya tak nak korbankan sesuatu yang saya memang pasti saya tidak mahukannya. Lagipun saya dan Ilham dah lama bersama. Awak pun tahu kan saya dengan dia sejak dari dulu lagi.”
“Tapi kenapa sampai sekarang awak masih belum menjadi isteri dia? Dah bertahun kan awak dengan dia? Dia tu hanya nak mempermainkan awak aje, Alia. Masakan awak boleh berkahwin dengan adik dia, Harris dan bukannya dia.”
“Semua tu sejarah buat kami. Setiap apa yang berlaku ada sebabnya. Ilham Iskandar tak pernah mengkhianati mahupun mempermainkan perasaan saya. Sememangnya dia amat menyayangi saya seadanya. Kami akan berkahwin tak lama lagi. Selepas saya betul - betul sembuh dari penyakit saya ni.”
“Awak sakit apa, Alia? Teruk ke?.”
“Saya kemurungan. Saya tak boleh terima kehilangan suami saya, Harris. Dan Ilham Iskandar sangat memahami saya dan sanggup tunggu seberapa lama pun sehingga saya benar - benar sihat. Saya tak pasti kalau awak boleh terima keadaan saya ni kalau saya masih teringatkan arwah suami saya. Awak juga yang akan merana nanti. Saya minta maaf, Faris. Saya bukan nak malukan awak depan keluarga awak. Tapi sepatutnya awak bincanglah dengan saya terlebih dahulu. Bukan melulu masuk meminang macam ni. Saya minta maaf. Saya tak cintakan awak, Faris. Dan tak pernah ada perasaan pun pada awak. Dalam hati saya cuma ada Ilham Iskandar sahaja. Saya minta maaf. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”
Selepas menghabiskan kata - katanya, Alia Farhana terus melangkah pergi meninggalkan Faris sendirian di restoran itu. Faris akhirnya akur dan cuba menerima hakikat bahawa Alia Farhana tidak pernah mencintainya.
Ilham Iskandar sudahpun mengetahui hal mengenai rombongan meminang kekasih hatinya itu. Dia sudah tidak senang duduk apabila mendengarnya. Terus saja dia pergi berjumpa Alia Farhana bagi mengetahui hal yang sebenar.
Alia Farhana menceritakan segalanya. Juga tentang pertemuannya dengan Faris. Ilham Iskandar merasa lega apabila mengetahui bahawa bakal isterinya itu menolak pinangan daripada Faris itu. Dia juga tidak menyangka yang lelaki itu akan bertindak sebegitu sekali dan dia masih mempunyai perasaan terhadap wanita kesayangannya itu.
Sungguh hatinya merasa cemburu. Namun dia tahu cinta Alia Farhana terhadap dirinya amat kuat sekali. Tidak mungkin akan dirobohkan oleh orang ketiga. Dia nekad akan melamar Alia Farhana dalam masa terdekat ini. Dia sudah tidak mahu sesuatu perkara yang diluar jangkaannya berlaku lagi.
Pada hari Sabtu minggu hadapannya, Ilham Iskandar telah mengajak Alia Farhana keluar temu janji. Hanya mereka berdua sahaja yang pergi. Haikal Affan ditinggalkan bersama neneknya, Puan Zalina. Puan Zalina telahpun diberitahu akan tujuan Ilham Iskandar membawa Alia Farhana keluar berdua. Namun Alia Farhana tidak mengetahuinya.
“Abang. Jauh lagi ke nak sampai ni? Pening dah kepala saya mata bertutup macam ni.”
“Sekejaplah Sayang. Sikit je lagi nak sampai dah. Sayang jangan bukak dulu tu. Sikittt je lagi ni.”
“Abang ni nak bawak saya ke mana je ni? Aduhhh... Cepatlah Bang.”
“Okeh. Sampai dah. Tapi jangan bukak mata dulu.” Ilham Iskandar menarik hand brake dan mematikan enjin kereta. Tali pinggang keledarnya dan juga tali pinggang keledar di tempat duduk Alia Farhana dibukanya. Dia kemudiannya turun dari kereta dan membukakan pintu untuk wanita itu. Ilham Iskandar memimpin tangan Alia Farhana menuju ke suatu tempat.
“Okeh. Sekarang Sayang boleh buka mata.” Alia Farhana menggosok perlahan matanya. Kemudian dia memandang ke hadapan.
“Abang? Untuk apa semua ni?.” Soal Alia Farhana kepada Ilham Iskandar.
Dihadapannya terbentang sehelai kain yang dihiasi cantik di atas rumput yang menghijau dan berlatar belakangkan sebuah tasik yang tenang.
Ilham Iskandar memimpin tangan Alia Farhana dan dibawanya ke situ. Mereka duduk dan Ilham Iskandar mengajak Alia Farhana makan bersama - sama.
“Jom kita makan dulu. Nanti Abang bagitahu tujuan Abang buat semua ni.”
Alia Farhana tersenyum dan mengikuti sahaja apa yang Ilham Iskandar aturkan. Dalam hatinya tertanya - tanya mengapa lelaki itu menyediakan semua itu untuknya.
Selepas beberapa minit menikmati makanan, akhirnya mereka pun selesai. Alia Farhana menanti dengan penuh debar untuk mendengar apa yang akan dikatakan oleh Ilham Iskandar.
“Sayang.” Ilham Iskandar menarik perlahan tangan Alia Farhana. Dia mengusap lembut tangan itu.
“Teringat Abang masa mula - mula perkenalan kita dulu. Abang jarang senyum pada Sayang. Abang garang dengan Sayang. Abang selalu marah Sayang bila Sayang buat kerja tak betul. Tapi Sayang cool aje. Tak sangka dalam tempoh 3 bulan dulu tu, Sayang berjaya buat Abang jatuh cinta pada Sayang. Ingat tak masa kita outstation kat Langkawi dulu? Sayang care sangat pada penampilan Abang. Volunteer gosok baju Abang biar nampak kemas. Masa tu... Abang sebenarnya dah mula tertarik pada diri Sayang. Ada sesuatu yang istimewa dalam diri Sayang tu. Walaupun Abang dah ada Hana masa tu, tapi perasaan Abang pada Sayang rasa.... Macam ada sesuatu. Kemudian, Hana kantoi curang dengan Abang. Abang lost. Sampaikan Abang boleh termasuk bilik Sayang malam tu. Sejujurnya Abang rasa lain macam bila kita tidur sekatil masa tu. Abang nak kejut Sayang tapi Abang takut. Sejak tu, Abang semakin menyukai Sayang. Dari rasa suka, Abang mula jatuh cinta pada Sayang. Nak bagitahu perasaan Abang ni tapi Abang takut kalau Sayang reject Abang. Macam - macam dah kita lalui bersama. Dari nak kawin, tak jadi... Sampailah ke hari ini, Abang tak pernah sedikit pun rasa berkurangan kasih sayang terhadap Sayang. Malah sekarang ni, bila Haikal ada, rasa sayang Abang semakin banyak. Tak terkira. Dah lama Abang tunggu saat ni. Hari ini..... Sudi tak Sayang menjadi isteri Abang? Jadi suri dalam hidup Abang?.” Panjang lebar Ilham Iskandar meluahkan perasaannya. Dia nekad mahu melamar Alia Farhana hari itu. Dia tersenyum memandang wanita dihadapannya itu.
Alia Farhana melemparkan senyuman yang paling manis dan ikhlas buat lelaki yang dia cintainya itu sebelum memberi jawapan akan lamarannya.
“Terima kasih Abang atas semua yang Abang dah lakukan untuk saya dan Haikal selama ni. Terima kasih kerana masih menyayangi saya setulusnya. Saya hargainya sangat - sangat. Terima kasih sebab masih boleh menerima saya seadanya dalam keadaan saya dah menjadi seorang janda. Sakit... Sanggup menunggu saya hingga betul - betul sihat. Selalu memahami saya. Selalu ada di sisi saya semasa susah senang. Terima kasih.”
“So? Sudi ke Sayang menjadi isteri Abang?.”
Alia Farhana mengangguk laju dengan senyuman dan air mata. Ilham Iskandar tersenyum bahagia lantas menarik Alia Farhana ke dalam pelukannya. Mereka menangis bersama - sama di dalam pelukan.
Sebulan kemudian, Ilham Iskandar dan Alia Farhana sah menjadi suami isteri. Hanya majlis kecil sahaja mereka buat atas permintaan Alia Farhana. Walaupun begitu, Datin Ruhani tetap mahu mengadakan majlis di rumahnya kerana mahu meraikan mereka berdua.
Selepas selesai majlis pihak lelaki, mereka bermalam di rumah Datin Ruhani pada malam itu. Datin Ruhani telah mengambil Haikal Affan malam itu bagi memberi ruang kepada pengantin baru.
Ilham Iskandar masuk ke dalam biliknya. Dia melihat isterinya duduk bersandar di kepala katil sambil bermain telefon bimbitnya. Dia tersenyum melihatnya. Sungguh cantik isterinya. Dengan rambut yang panjang mengurai. Juga... Kelihatan agak seksi pada malam itu. Alia Farhana telah memakai set baju tidur satin dan lace bertali halus bersama cardigan labuh. Begitulah pakaiannya sejak bergelar isteri dahulu.
Ilham Iskandar naik ke atas katil. Dia memalapkan sedikit cahaya lampu tidur. Dia tersenyum ke arah Alia Farhana.
“Amboiii. Seksinya sayang Abang ni. Buat rasa Abang nak terkam aje.” Ilham Iskandar mengusik isterinya.
“Gatal.” Jawab Alia Farhana sepatah.
“Hmm... Tadi Haikal bagitahu Abang. Dia nak adik. Abang okey aje. Tapi tak tahulah mama dia ni. On tak on.” Ilham Iskandar melirik ke arah Alia Farhana.
“Eleh. Padahal dia yang nak. Cakap Haikal pulak kan. Gigit baru tahu.” Alia Farhana tergelak.
“Alah. Setakat gigit Sayang tu apa ada hal. Sayang belum kena lagi dengan gigitan asmara Abang ni lagi. Cukup kena sekali aje boleh buat Sayang gila bayang tau. Hari - hari mau nanti.” Ilham Iskandar membuat muka poyonya.
“Eleh. Cakap besar. Try buatlah. Nak tengok. Hebat sangat ke ‘gigitan asmara’ tu.” Alia Farhana mencabar Ilham Iskandar dengan tawa mengejeknya. Ilham Iskandar geram mendengarnya.
“Owh. Cabar Abang nampak.” Alia Farhana membuat memek muka mengejek lagi.
Ilham Iskandar tidak tahan melihat muka isterinya yang mengejeknya lalu menarik kuat Alia Farhana untuk mendakapnya. Alia Farhana sempat menolak. Kemudian dia ketawa melihat reaksi suaminya.
“Abang. Terima kasih.” Alia Farhana berkata selepas tawanya reda.
“Terima kasih untuk apa?.”
“Terima kasih sebab sudi terima saya dan Haikal dalam hidup Abang.”
“Sama - sama, Sayang. Terima kasih juga sudi terima Abang seadanya.” Ilham Iskandar mengucup lembut tangan isterinya. Kemudian dia memandang ke dalam mata isterinya dengan senyuman kebahagiaan.
“Assalamualaikum, Sayang.”
“Waalaikumussalam.”
Ilham Iskandar menarik wajah Alia Farhana dan mencium kedua belah pipinya dan di akhiri dengan ciuman di bibir isterinya.
Perlahan - lahan dia membuka satu persatu pakaian tidur isterinya. Wajahnya tersenyum melihat tubuh isterinya tanpa seurat benang. Tangannya menggomol kedua belah buah dada isterinya dan mencium di segenap tubuh wanita itu dengan penuh berahi. Alia Farhana juga laju saja tangannya membuka pakaian suaminya tanpa di suruh. Malam itu, mereka melalui suasana malam yang begitu ghairah dan panas dengan aksi malam pertama mereka.
“Sayang. Abang rasa nikmat sangat dengan layanan Sayang pada Abang tadi. Terima kasih Sayang.” Kata Ilham Iskandar setelah mereka selesai menjalankan tanggungjawab masing - masing.
“Sama - sama Abang. Terima kasih juga buat saya rasa bahagia.”
“Hmm... Abang nak lagi boleh?.” Ilham Iskandar sudah mula menarik Alia Farhana ke dalam pelukannya dan mencium bibir wanita itu dengan penuh ghairah sekali.
Alia Farhana tidak menolak ajakan sekali lagi suaminya itu. Dia hanya menuruti sahaja kehendak lelaki itu. Dia akan memberikan yang terbaik buat suaminya sehingga dia betul - betul puas malam itu. Buat dirinya juga, dia merasa seperti tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Seperti itulah malam pertama daranya diragut walaupun sudah pernah melahirkan seorang anak.
Sepanjang malam itu, mereka saling beraksi di atas ranjang sehingga waktu hampir subuh. Mereka mandi bersama - sama subuh itu dan menunaikan fardhu Subuh berjemaah.
Dua bulan berlalu, Alia Farhana sekali lagi di sahkan mengandung. Dia yang menyedari akan kelewatan kedatangan haidnya, telah membuat pemeriksaan sendiri. Dia tersenyum melihat kit pregnancy yang bergaris dua merah. Alhamdulillah.
“Abang.” Alia Farhana memanggil Ilham Iskandar yang sedang menonton televisyen di biliknya.
“Ya Sayang. Ada apa?.” Alia Farhana menghulurkan kit pregnancy tersebut kepada suaminya.
“Apa ni?.” Ilham Iskandar mengangkat keningnya tanda kurang faham.
“Sayang mengandung.”
“Hah? Sayang mengandung? Ya Allah. Alhamdulillah. Betul ke Sayang mengandung ni?.” Soal Ilham Iskandar seperti tidak percaya.
“Haid Sayang lewat 2 minggu. Kalau nak kepastian, jom kita pergi klinik.”
“Jom Sayang. Cepat siap. Ya Allah tak sabarnya Abang.”
Setelah selesai membuat pemeriksaan doktor, mereka pulang dengan perasaan yang sangat - sangat gembira dan bahagia. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah senyuman tidak lekang di bibir mereka.
“Alhamdulillah Sayang. Haikal dah nak jadi abang dah kan. Ya Allah. Bahagianya Abang rasa. Terima kasih Sayang. Sayang jangan buat kerja berat - berat tau. Abang nak Sayang berhenti kerja. Duduk je kat rumah.”
“Hah. Perlu ke sampai berhenti kerja, Abang?.”
“Eh mestilah perlu. Abang nak Sayang duduk rumah jaga kandungan baik - baik. Nanti lepas bersalin kalau Sayang nak kerja baru Abang izinkan. Esok hantar surat resign tau.”
Alia Farhana akur dengan permintaan Ilham Iskandar. Dia tahu suaminya sangat mengambil berat akan kesihatannya. Selama dia mengandung, Kak Munlah yang setia menemaninya. Kini mereka sudah tidak tinggal di rumah Harris Hakimi. Mereka tinggal di rumah Ilham Iskandar.
Rumah hadiah daripada arwah suaminya itu telah diberikan kepada ibunya untuk diduduki bersama abangnya, Aiman Farhan.
Abangnya Aiman Farhan sudahpun bertunang dengan seorang gadis pilihan hatinya dan akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi.
Hana pula telah dapat ditangkap oleh pihak polis dan dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa dan mental. Sesekali mereka datang melawat Hana di hospital. Kasihan melihat keadaan wanita itu. Tetapi apakan daya sudah nasibnya begitu.
Sembilan bulan kemudian. Alia Farhana telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel dan diberikan nama Indah Adriana.
Selepas habis berpantang, Alia Farhana meminta izin daripada Ilham Iskandar untuk bekerja. Namun suaminya itu tidak mengizinkannya jika dia mahu bekerja di tempat lama ataupun di tempat lain.
“Tapi Sayang tak nak kerja dengan Abang tau.”
“Okeh. Kalau macam tu.... Apa kata Abang modalkan Sayang buat bisnes. Sayang juallah apa - apa yang Sayang suka. Abang bagi duit.”
“Hmm... Menarik jugak tu. Tapi nak jual online ke, jual macam mana?.”
“Ikutlah. Kalau nak sewa kedai pun boleh. Nanti Abang carikan kedai yang sesuai dan tempat yang strategik. Kalau nak jual online kat rumah, nanti rumah penuh dengan stok pulak. Tak kemas kan. Kalau ada kedai ni tersusun sikitlah. Semua stok boleh letak kat sana aje. Nanti Sayang bolehlah buat online sekali bila semua dah ready.”
“Tapi... Mesti besar kan modalnya. Banyak pulak duitnya keluar nanti.”
“Tak apalah Sayang. Semua duit tu kan untuk Sayang jugak. Janji Sayang kena tekun bekerja dan yang paling penting tak abaikan Abang dengan anak - anak.”
“Insha Allah. Tapi kalau Sayang terlupa akan tanggungjawab Sayang, Abang tolong ingatkan ye. Terima kasih Abang.”
“Tapi sebelum tu Abang nak Sayang amik lesen kereta dulu. Nanti senang nak gerak ke mana - mana kalau Abang outstation ke. Tak delah naik grab lagi. Nanti dah ada lesen Abang belikan satu kereta untuk Sayang.”
“Yeayy. Seronoknya. Terima kasih Abang. I love you.”
“I love you more and forever. Untuk isteri Abang yang dah banyak berkorban untuk Abang. Yang dah lahirkan zuriat Abang. Layan kehendak Abang. Tak pernah bantah setiap kali Abang ingin bersama. Sediakan makan pakai Abang... Apa lagi yang Abang boleh beri selain buat Sayang gembira dengan apa yang Sayang inginkan. Abang akan buat apa saja asalkan isteri Abang ni sentiasa tersenyum bahagia.”
“Abang. Thank you. Thank you sooo much! Sayang akan jadi isteri yang baik buat Abang. Terima kasih sebab jadi suami yang baik untuk Sayang.”
“Sama - sama, Sayang. Hmm... Tapi sebelum dapat semua yang Abang cakapkan tadi, Abang nak upah dulu boleh?.”
“Aikk. Belum dapat dah mintak upah. Mana boleh macam tu.”
“Okeh. Kalau Sayang tak nak bagi upah tak pe. Tapi cancellah semua tu tadi.”
“Alooo. Teruklah Abang ni. Hah. Cakaplah nak upah apa.”
“Abang nak kiss.” Ilham Iskandar meletakkan jari telunjuknya dibibirnya.
“Oh nak kiss aje. Ingatkan nak apalah tadi. Meh sini.” Alia Farhana mengucup sekilas bibir Ilham Iskandar.
“Aiii. Macam tu aje ke?. Nak lagi. Lama - lama.”
“Mengada tau Abang ni. Mehlah sini.” Alia Farhana menarik wajah suaminya dan mencium mulut lelaki itu. Ilham Iskandar melayan ciuman hangat isterinya itu sehingga membawa mereka ke atas ranjang dan tanpa dirancang mereka pun menjalinkan hubungan intim buat pertama kalinya selepas Alia Farhana habis berpantang.
Ilham Iskandar telah menunaikan segala apa yang di rancang buat isterinya. Lesen memandu telah pun diambil dan sebuah kereta Honda Jazz telah dibeli untuk Alia Farhana. Kedai juga telah siap di ubah suai mengikut konsep yang Alia Farhana mahukan. Stok juga sudah mula disusun dan dipamerkan di dalam kedai. Alia Farhana telah memilih untuk menjual beg tangan dan pakaian di kedainya. Dia berjanji akan mengusahakan perniagaan yang dimodalkan oleh suaminya ini dengan bersungguh - sungguh dan dia akan bekerja keras semampunya.
Ilham Iskandar dan Alia Farhana hidup bahagia bersama dua orang anak mereka. Pelbagai dugaan dan cabaran telah mereka lalui sebelum dapat mencapai kebahagiaan seperti hari ini. Semoga ikatan suami isteri mereka akan utuh terikat sehingga mati dengan kasih sayang yang semakin meninggi. Terima kasih Allah atas setiap ujian yang Kau beri. Akhirnya kami ditemukan jodoh dan hidup bersama. Takdir yang Kau aturkan buat kami sangat cantik aturannya. Al-Fatihah buat Harris Hakimi. Semoga arwah ditempatkan bersama para syuhada dan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus. Rindu yang tidak bertepi buatmu, Harris Hakimi... Begitulah TAKDIR CINTAKU...
~ T A M A T ~
Share this novel