BAB 36
Dua minggu sudah berlalu selepas Ilham Iskandar dan Alia Farhana mengikat tanda percintaan mereka. Kini berbaki 2 minggu sahaja lagi mereka akan bergelar suami isteri. Satu Jaya Holding telah heboh dengan kisah percintaan mereka.
Hari minggu itu Ilham Iskandar dan Alia Farhana sangat sibuk mencari barangan untuk dijadikan hantaran. Sebolehnya mereka mahu selesaikan semuanya dalam masa 2 hari cuti minggu itu. Untuk majlis resepsi di Johor Bahru mereka sudah tidak risau lagi kerana semuanya telah diaturkan oleh Ummi. Mereka hanya perlu pulang ke sana selepas majlis di Kuala Lumpur selesai.
“Sayang. Abang nak ke toilet sekejap. Sayang nak pergi jugak tak?.” Soal Ilham Iskandar kepada Alia Farhana. Gadis itu menggeleng tanda tidak mahu. Dia mengambil beberapa beg plastik barangan belian mereka tadi daripada tangan Ilham Iskandar.
“Saya tunggu kat bangku tu tau.”
“Okey.” Ilham Iskandar berlalu pergi menuju ke lorong tempat terletaknya tandas di dalam mall itu.
Alia Farhana mengambil tempat duduk di bangku yang disediakan. Tiba - tiba dia disapa oleh seseorang.
“Hey! Alia!.” Tegur Eirah dengan senyuman manisnya. Alia Farhana turut membalas senyuman Eirah itu.
“You apa khabar?.” Tanya Eira.
“Alhamdulillah sihat. Awak?.” Soalnya kembali.
“I’m fine. And... semakin membesar.” Alia Farhana tergelak mendengar jawapan gadis tinggi lampai itu.
“Mana ada semakin membesar. Saya tengok sama aje macam kita jumpa dulu tu. Cantik dan selim.”
“Berat I dah naiklah Alia. Sekarang ni tengah on diet. Eh. Dah. Tak payah cerita pasal berat badan I ni. Banyak you shopping Alia. Sorang je ke? Dengan Harris ea? Mana dia?.”
“Errr... Saya...” Belum pun sempat Alia Farhana menjawab soalan Eirah itu, tiba - tiba Ilham Iskandar muncul.
“Okey Sayang. Jom.” Ajak Ilham Iskandar sebelum menyedari kewujudan Eirah di situ.
“Owh... Sorry. Tak perasan ada kawan Sayang.”
“Errr... Abang. Ni kenalkan kawan Harris, Eirah namanya. Eirah. Ni bakal suami saya, Ilham Iskandar.”
“Hai.” Ilham Iskandar menyapa Eirah dengan senyuman dan sekadar anggukan kepala tanda hormat. Wajah Eirah jelas sekali terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Alia Farhana itu.
“Hai.” Eirah membalas sapaan daripada Ilham Iskandar.
“Nanti majlis kami jemputlah datang. Sayang ada bawak kad kan. Bagilah satu kat Eirah tu.” Alia Farhana segera mengambil kad jemputan yang berada di dalam tas tangannya dan dihulurkan kepada Eirah.
“Jemput datang tau nanti.”
“Insha allah. Eh okehlah. I gerak dulu ye. Jumpa lagi.” Eirah meminta diri untuk beredar. Hatinya tertanya - tanya apakah yang berlaku antara gadis itu dengan Harris Hakimi. Bukankah mereka sudah bercinta semula? Tapi mengapa Alia Farhana akan berkahwin dengan lelaki lain pula? Keningnya berkerut memikirkan situasi itu. Dia teringatkan sahabatnya, Harris Hakimi. Tentu lelaki itu dalam kesedihan. Dia sendiri menyaksikan betapa sengsaranya jiwa lelaki itu ketika sebelum menemui gadis yang dicintai semasa di London dahulu. Dia juga melihat bagaimana gembira dan bahagianya lelaki itu ketika terserempak di restoran tempoh hari. Sungguh dia keliru dengan apa yang sedang berlaku kini.
“Abang jangan lupa tau Sabtu depan kita kena try baju nikah dengan sanding. Abang jangan cakap busy pulak ye.” Alia Farhana memperingatkan Ilham Iskandar tentang temu janji mereka dengan pihak butik pakaian pengantin.
“Iye Sayang. Abang tak lupa.” Ilham Iskandar tersenyum pada kekasih hatinya yang duduk di sebelahnya.
Alhamdulillah semua persiapan untuk barang hantaran sudah selesai sepenuhnya termasuklah membeli cincin perkahwinan. Ilham Iskandar dan Alia Farhana berasa agak lega kerana tidak perlu pening - pening kepala lagi untuk membeli barangan hantaran. Hanya tinggal mencuba busana nikah dan bersanding saja lagi.
Diam tidak diam tinggal 2 hari sahaja lagi hari bersejarah buat Ilham Iskandar dan Alia Farhana. Harris Hakimi pulang ke rumah keluarganya. Malam itu, sedang dia mengemas pakaiannya, umminya masuk ke dalam biliknya untuk memanggilnya turun untuk makan bersama.
Tok! Tok!
“Boleh ummi masuk?.” Tanya Datin Ruhani setelah menjengah ke dalam bilik anaknya itu.
“Masuklah ummi.” Jawab Harris Hakimi sambil tersenyum.
Datin Ruhani jalan menghampiri anaknya yang sedang duduk di atas katil. Lalu dia melabuhkan punggungnya di birai katil.
“Ummi dengar Kimi letak jawatan. Betul ke? Sebab Abang Is dan Alia ke Kimi buat macam ni?.” Harris Hakimi memandang umminya. Dia menarik nafas perlahan dan menghembusnya sebelum membalas kata - kata umminya itu.
“Kimi tak kuat ummi.”
“Ummi tahu Kimi boleh hadapi semua ni. Tapi tak perlulah sampai nak berhenti kerja. Siapa lagi yang boleh uruskan Megah Holding kalau bukan Kimi. Abang Is tentu - tentu dah pegang Jaya Holding. Kimi janganlah berhenti. Kesian abah.”
“Maafkan Kimi, ummi. Tapi hati Kimi ni.... Entahlah. Kimi takut nak berdepan dengan dia orang. Biarlah Kimi pergi buat sementara waktu.”
“Hah? Kimi nak ke mana pulak ni?.” Soal Datin Ruhani penuh tanda tanya.
“Kimi nak balik London.”
“Tinggalkan ummi lagi? Sejauh itu? Bila Kimi nak pergi?.”
“Lusa ni Kimi bertolak. Tiket flight pun Kimi dah beli.”
Datin Ruhani terdiam. Dia memandang wajah sayu anaknya itu.
“Lusa kan hari pernikahan Abang Is. Ummi faham perasaan Kimi tu. Tapi sekurang - kurangnya hadirlah masa majlis tu nanti. Kimi suka ke keluarga kita jadi macam ni? Setiap kali event keluarga kita tak pernah tak ada bersama. Tapi bila ada event sebesar ini, Kimi pulak nak menjauhkan diri. Kimi redhalah. Ummi percaya satu hari nanti Kimi akan jumpa gadis sebaik Alia tu.”
“Ya. Mungkin jugak Kimi akan jumpa. Tapi tak tahulah bila kan. Sementara belum jumpa tu, better Kimi pergi. Mana tahu ‘terjumpa’ gadis macam Alia tu kat London.” Harris Hakimi tergelak kecil selepas mengakhiri kata - katanya. Sebenarnya dia hanya mahu menutupi mata umminya dan tidak mahu wanita itu merasa risau akan keadaan dirinya. Namun sebagai seorang ibu, umminya faham benar apa yang dirasai oleh anaknya itu.
“Kimi. Ummi merayu. Janganlah pergi. Kalau Kimi nak pergi jugak... Pergilah selepas majlis Abang Is. Ummi mohon sangat Kimi boleh tangguhkan dulu. Kalau Kimi sayangkan ummi, tolong jangan pergi dulu. Tapi kalau Kimi berdegil nak pergi jugak... Kimi akan menyesal bila balik ke sini, Kimi takkan dapat jumpa ummi lagi. Sekarang ni jom turun makan. Abah dah tunggu nak makan sama.”
Datin Ruhani lantas bangun meninggalkan Harris Hakimi keseorangan di dalam bilik selepas dia meluahkan isi hatinya. Dia tahu anaknya itu sedang berduka. Tetapi apakan daya ini semua sudah tertulis. Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya. Harris Hakimi perlu redha dan terima ketentuan yang telah ditakdirkan buat dirinya. Dia sebagai ibu tidak kisah dengan siapa pun anaknya akan berkahwin. Tetapi dia perlu akui bahawa pilihan kedua orang anaknya itu amat baik sekali. Alia Farhana sememangnya memenuhi citarasanya sebagai menantu. Dia juga tidak kisah jika Alia Farhana itu akan berkahwin dengan ananknya, Harris Hakimi. Namun apa boleh buat. Gadis bernama Alia Farhana itu hanya boleh memilih salah seorang sahaja daripada anaknya itu dan dia telah memilih anak sulungnya, Ilham Iskandar. Maka anaknya Harris Hakimi perlu mengalah.
Hari yang dinanti telahpun tiba. Alia Farhana sedang disolek oleh mak andam pada Maghrib itu. Mereka bakal dinikahkan pada malam itu selepas Isyak nanti.
Jamilah setia menemani sahabat baiknya itu di dalam bilik pengantin. Dia yang telah selamat menjadi isteri kepada Syazwan turut merasa gembira melihat sahabatnya itu bakal menamatkan zaman bujang. Tidak disangka Alia Farhana akan berkahwin dengan lelaki yang menjadi kegilaan ramai gadis itu. Bertuah sungguh dia. Dia akui Ilham Iskandar memang seorang lelaki yang cukup semua pakej untuk menjadi seorang kekasih mahupun suami.
“Cantiknya kau Alia. Jealous aku tengok.”
“Alah kau ni Milah. Kau pun cantik apa masa majlis kawin kau hari tu. Berseri - seri.” Balas Alia Farhana kepada Jamilah.
“Eh. Tolong amikkan gambar aku, Milah.” Minta Alia Farhana kepada Jamilah sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada wanita itu.
Jamilah mengambil beberapa keping gambar sahabatnya itu untuk dijadikan kenangan. Ada juga mereka bergambar bersama. Sedang mereka sibuk mengambil gambar, tiba - tiba satu pesanan whatsapp masuk ke dalam telefon Alia Farhana.
“Amboiii... Tak sabar - sabar Cik Abang Ilham kau ni. Dah nak nikah pun sempat lagi whatsapp. Nah. Cik Abang kau whatsapp ni.” Jamilah menghulurkan telefon bimbit tersebut kepada Alia Farhana.
Alia Farhana mengambilnya dengan senyuman lebar. Bahagia sungguh hatinya ketika itu. Tentu bakal suaminya itu menghantar mesej rindu dan sayang kepadanya dan menyatakan perasaannya yang tidak sabar untuk bergelar suami. Begitulah acapkali lelaki itu meluahkan perasaannya yang tidak sabar - sabar mahu berkahwin. Kerana itu Alia Farhana sudah boleh mengagak mesej yang akan dibacanya itu.
Alia Farhana membuka aplikasi whatsapp di telefonnya. Dia membaca mesej yang di hantar oleh Ilham Iskandar. Tiba - tiba senyuman yang tadinya manis dan lebar mati. Wajahnya berkerut seribu. Dia membaca mesej yang diterima itu berkali - kali. Dia cuba mencerna maksud ayat yang disampaikan. Jamilah yang perasan akan perubahan wajah sahabatnya itu menegur.
“Alia. Kau kenapa? Ilham wasap kau apa? Kenapa kau tiba - tiba muram ni? Kau okey tak?.” Pertanyaan Jamilah tidak dijawab. Dia hanya terpaku memandang skrin telefonnya. Jamilah yang kehairanan terus mendekati gadis itu.
“Alia? Kenapa ni? Apa yang berlaku?.” Jamilah memandang ke arah Mak Andam. Wanita itu mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu.
Alia Farhana masih berdiam dan matanya masih tetap pegun di atas skrin telefonnya. Jamilah menghampiri Alia Farhana dan mengambil telefon bimbit tersebut lalu membaca mesej yang diterima.
Mulut Jamilah melopong dan matanya terbuka luas seperti nampak sesuatu yang mengejutkan selepas membaca pesanan yang dikirim oleh Ilham Iskandar itu.
“Apa yang dah jadi sebenarnya ni, Alia?.” Soal Jamilah ingin tahu. Hatinya berdebar dan tertanya - tanya apakah yang sedang berlaku ketika itu.
“Kau tanya aku apa yang dah jadi? Aku sendiri tak tahu Milah. Sekarang ni apa perlu aku buat? Tolong aku Milah.” Mata Alia Farhana sudah mula berkaca. Tangannya terasa sejuk kerana ketakutan.
“Kau tenang Alia. Sekarang ni, cuba kau call Abang Ilham. Tanya dia apa sebenarnya yang berlaku. Kau jangan panik. Mungkin dia main - main aje. Saja nak usik kau. Sabar okeh.” Alia Farhana mengambil semula telefon bimbitnya pada Jamilah dan menelefon Ilham Iskandar. Deringan pertama berbunyi tetapi tidak berjawab. Deringan kedua dan ketiga juga masih tidak berangkat. Hati Alia Farhana semakin berdebar. Dia menghantar whatsapp pula kepada lelaki itu. Hanya bertanda sudah dibaca sahaja namun tidak berjawab. Alia Farhana cuba mengawal perasaannya yang sudah mula gelabah dan panik.
“Dia tak jawab, Milah. Whatsapp aku pun dia tak reply. Dia baca je tapi dia tak balas. Kenapa? Apa yang dah jadi ni Milah?.” Air mata Alia Farhana sudah mula gugur di pipinya. Dia cuba menahannya daripada jatuh tetapi dia tidak kuat. Sungguh dia ketakutan saat itu. Fikirannya tidak boleh berfikir dengan baik. Hatinya runsing dan jantungnya berdegup dengan amat kencang sekali.
“Alia. Kau tenang. Kau tunggu sini aku pergi bagitahu mak kau apa yang dah jadi ni, okeh. Kau jangan ke mana - mana. Akak. Tolong tengokkan Alia sekejap ye?.” Pinta Jamilah kepada Mak Andam yang masih belum pulang itu.
“Hah... Boleh - boleh. Pergilah uruskan cepat. Akak tunggukan Alia ni.” Jawab Mak Andam. Dia juga jatuh kasihan dengan bakal pengantin ini. Seperti ada sesuatu yang buruk saja yang berlaku. Dia kurang pasti.
Jamilah turun ke ruang dapur di mana Puan Zalina berada. Wanita itu sedang sibuk menguruskan persiapan terakhir sebelum majlis bermula. Jamilah menghampiri Puan Zalina dan menariknya pergi jauh daripada orang - orang yang berada di situ.
“Ada apa ni, Milah?.”
Jamilah tidak menjawab pertanyaan Puan Zalina. Dia menghulurkan telefon bimbit Alia Farhana kepada wanita di hadapannya itu. Puan Zalina mengambil telefon bimbit itu dan melihat ke arah skrin. Selepas beberapa ketika, wanita itu memegang dadanya dan wajahnya kelihatan gusar.
“Allahuakbar.. . Apa yang sedang berlaku ni? Alia mana?.”
“Saya pun tak tahu Mak Ina. Alia ada kat dalam bilik dengan Mak Andam. Dia sendiri pun tak tahu apa yang sedang berlaku ni.”
“Mak. Mana mak letak gunting tadi?.” Tiba - tiba Aiman Farhan muncul di ruangan dapur.
“Eh. Ni kenapa ni? Lain macam je muka masing - masing. Ada apa ni, mak, Milah?.” Soal Aiman Farhan yang kehairanan melihat perubahan wajah kedua wanita itu.
“Man baca ni.” Puan Zalina menghulurkan telefon bimbit kepunyaan Alia Farhana itu kepada Aiman Farhan. Selepas membacanya, Aiman Farhan menggeleng kepala.
“Apa perlu kita buat ni Man?.”
“Dia orang ada masalah ke sampai jadi macam ni? Milah? Alia ada bagitahu apa - apa ke?.”
“Tak ada. Alia pun saya tengok happy aje dengan perkahwinan ni. Dia sendiri tak tahu apa yang berlaku sekarang ni. Dia tak tahu kenapa Ilham buat macam tu.”
“Milah pergi tengokkan Alia kat bilik tu. Mesti dia tengah susah hati tu. Jangan tinggalkan dia. Mak. Man panggil Abah dengan Ummi kejap. Kita tanya mereka apa yang jadi sebenarnya ni.” Aiman Farhan menuju ke ruang tamu untuk memanggil bakal besan ibunya itu untuk ke dapur sebentar.
Beberapa minit kemudian, Dato’ Razali dan Datin Ruhani memasuki ruang dapur bersama Aiman Farhan. Telefon bimbit Alia Farhana diberikan kepada mereka untuk dibaca mesej yang telah dihantar oleh Ilham Iskandar.
Selepas membaca mesej tersebut, kedua orang tua Ilham Iskandar itu terus berubah wajah. Masing - masing mengurut dada kerana terkejut dengan perkhabaran yang diterima.
“Sayang. Maafkan abang. Abang tak boleh teruskan perkahwinan ini. Baru Abang sedar yang selama ini Abang tidak pernah cintakan Sayang. Tolong jangan cari Abang lagi. Abang akan pergi buat sementara waktu sehingga keadaan reda. Maafkan Abang”.
Dato’ Razali cuba menelefon anaknya itu namun talian telah dimatikan. Mesej juga sudah banyak dihantar tetapi tiada satu pun dibalas. Dato’ Razali mencuba lagi telefon namun kali ini tidak dapat langsung dihubungi. Ilham Iskandar telah menutup talian telefonnya.
“Kenapa dengan Is ni, Bang? Siang tadi dia elok aje. Gembira nak kahwin. Tak sabar - sabar katanya. Tapi kenapa dia buat macam ni?.”
“Itulah. Dia orang ni ada masalah ke? Kenapa tiba - tiba nak batalkan pulak. Jangan buat gila!.”
“Tetamu dah ramai tu Akak, Abang. Sekejap lagi tok kadi sampai. Apa kita nak buat ni?.”
“Allah!! Is!!.” Datin Ruhani sudah tidak keruan. Hatinya amat runsing ketika itu. Jika mahu batalkan majlis perkahwinan ini, akan menyusahkan banyak pihak. Lebih - lebih lagi ia akan menyusahkan tok kadi yang akan menikahkan. Tentu beliau sudah dalam perjalanan.
Masing - masing ligat berfikir dan mencari jalan penyelesaian bagi hal ini. Keputusan perlu segera dilakukan sebelum tok kadi sampai. Tiba - tiba Datin Ruhani menyuarakan pendapatnya.
“Saya rasa saya ada jalan penyelesaiannya.”
“Apa dia?.” Tanya Dato’ Razali. Puan Zalina turut mengangguk. Mereka tidak sabar untuk mendengar idea Datin Ruhani itu.
“Kimi. Kita mintak Kimi gantikan Is.”
“Ish. Awak ni dah hilang akal ke? Takkan kita nak suruh Kimi gantikan pulak? Nanti kalau tiba - tiba Is balik, awak nak suruh mereka bercerai pulak ke?. Suruh Is pulak kahwin dengan Alia. Awak ingat Alia tu anak patung boleh passing - passing macam tu?.”
“Dah tu takkan kita nak batalkan majlis ni?. Ina macam mana? Man?.”
“Betul jugak cakap Abang tu Kak Ani. Kalau tiba - tiba Ilham balik nanti macam mana?.”
“Sekarang ni kita sendiri tak tahu sama ada Is tu akan balik atau tak. Kita tak ada tarikh yang tepat bila waktunya Ilham tu akan balik. Kalau Man, Man setuju Harris kahwin dengan Alia.” Tiba - tiba Aiman Farhan menyampuk. Masing - masing memandang ke arah satu sama lain.
“Kalau semua nak tahu, mereka dulu pernah bercinta masa kat U dulu. Dan sampai sekarang ni Kimi tu masih cintakan Alia. Saya rasa Kimi pun akan setuju dengan pendapat kita ni.” Datin Ruhani memberi pendapat.
“Kalau macam tu jangan lengah lagilah. Man tolong panggilkan Kimi kat luar.”
“Baik Abah.” Tanpa berlengah lagi, Aiman Farhan terus keluar rumah untuk mencari Harris Hakimi.
Harris Hakimi sedang duduk di bawah khemah sambil melayari Fac di telefon bimbitnya. Matanya melihat skrin tetapi fikirannya jauh menerawang ke tempat lain. Wajahnya tampak muram. Dia yang sepatutnya berangkat ke London siang tadi terpaksa batalkan niatnya itu selepas berkali - kali umminya melarang sehingga menangis - menangis wanita itu. Dia jadi serba salah dan kasihan melihat umminya yang begitu bersungguh - sungguh melarang dia pergi dahulu. Akhirnya dia membatalkan juga pemergiannya ke sana demi umminya. Sedang dia leka melayari Fac, tiba - tiba dia di sapa seseorang.
“Hai, Harris. You apa khabar? Majlis dah mula ke?.” Soal Eirah yang baru sampai untuk meraikan majlis pernikahan Alia Farhana itu.
“Eh Eirah. You pun datang?.”
“Alia jemput I kelmarin. Majlis dah mula ke?.”
“Owh... Majlis belum mula lagi. You masuklah dalam dulu. I nak amik angin kat luar ni sekejap.”
“Harris. You okey?.”
“I?. Okey. I okey. Kenapa? Owh... Anggap jelah kami tak ada jodoh.”
“You sabar ye. Tentu ada hikmah semuanya ni.”
“Tak naklah cakap hal ni. I penat. Lagi pun I dah redha.” Eirah yang mendengar hanya mengangguk. Dia tahu. Walaupun lelaki di hadapannya ini nampak tenang, namun dia masih tidak boleh sorokkan perasaan kecewanya itu. Dia simpati dan kasihan melihat nasib yang menimpa sahabat kuliahnya ini.
“Harris.”
“Abang Man. Ada apa ni?.”
“Ummi dengan Abah panggil. Cepatlah.” Aiman Farhan mengajak Harris Hakimi masuk ke dalam rumah dengan segera. Sudah tiada banyak masa lagi. Keputusan Harris Hakimi amat penting sekarang ini. Mereka perlu cepat sebelum tok kadi sampai.
“Kenapa ni, Abang Man?.” Soalan Harris Hakimi itu tidak dijawab. Harris Hakimi membuntuti langkah Aiman Farhan yang berjalan laju memasuki ruang dapur. Eirah yang ditinggalkan di khemah tadi turut tertanya - tanya kerana dilihatnya lelaki yang datang memanggil Harris Hakimi tadi kelihatan runsing seperti ada sesuatu yang berlaku. Namun dibiarkan saja perasaan ingin tahunya kerana dia beranggapan mungkin ada hal kecil keluarga sahaja. Lagi pula dia siapa mahu masuk campur. Selepas Hatris Hakimi pergi, dia berjalan memasuki ruang tamu rumah itu untuk meraikan majlis malam itu.
Sampai sahaja di ruangan dapur, dilihatnya Ummi, Abah dan Mak Ina sedang duduk dengan wajah kerisauan. Hatinya tertanya - tanya.
“Ada apa Ummi panggil Kimi ni? Abah?.”
“Kimi tolong ganti tempat Abang Is. Kahwin dengan Alia.” Datin Ruhani memegang kedua tangan anaknya. Harris Hakimi terkedu. Adakah benar apa yang dia dengar itu. Kahwin dengan Alia? Kenapa? Kenapa dengan Abang Is?.
“Apa yang Ummi cakap ni? Kimi tak salah dengar ke ni?.”
“Ye Kimi. Kami mohon Kimi tolong gantikan tempat Abang Is. Kahwin dengan Alia.” Jawab Dato’ Razali.
“Abang Is?.” Puan Zalina menghulurkan telefon bimbit kepunyaan Alia Farhana kepada Harris Hakimi. Lelaki itu mengambilnya dan melihat ke skrin. Wajahnya berkerut.
“Apa yang dah jadi ni Ummi, Abah?.”
“Kami tak tahu. Alia pun tak tahu. Kami dah cuba call Abang Is tapi tak dapat. Dia matikan telefon. Sekarang ni Ummi nak tanya Kimi. Boleh Kimi gantikan tempat Abang Is? Jadi suami Alia.”
“Ummi, Abah. Ni bukan perkara main - main. Kalau Kimi kahwin dengan Alia dan tiba - tiba Abang Is balik macam mana? Ummi nak suruh Kimi ceraikan Alia pulak ke?.”
“Kita tak tahu Abang Is ke mana dan akan balik bila. Tak kan kita nak batalkan majlis ni. Nak bagitahu apa kat semua orang? Pengantin lelaki lari. Macam tu? Kalau Abang Is balik nanti, kita fikirkanlah jalan penyelesaiannya. Sekarang ni, kita dah tak ada masa lagi. Ummi harap sangat Kimi setuju dengan idea kami ni.”
“Alia macam mana? Dia setuju ke?.”
“Dia tak tahu lagi. Tapi Mak akan pujuk dan nasihatkan dia nanti. Mak percaya ini yang terbaik buat kita semua.” Balas Puan Zalina.
“Mak Ina. Tok Kadi dah sampai.” Tiba - tiba terjengul Syazwan di muka pintu dapur memberitahu kehadiran Tok Kadi. Masing - masing berpandangan antara satu sama lain dan menanti jawapan dari Harris Hakimi. Mereka mengharapkan lelaki itu akan bersetuju.
“Macam mana, Kimi? Boleh ye?.”
Harris Hakimi menarik nafas sedalam - dalamnya dan menghembusnya dengan tenang sebelum menjawab. Dia harap keputusan yang akan diberikan ini akan membawa kebaikan kepada semua.
“Baiklah. Kimi setuju. Kimi akan berkahwin dengan Alia. Kalau ini yang terbaik untuk kita semua.” Masing - masing yang mendengar menarik nafas lega dan mengucap rasa syukur.
Selepas menceritakan semua yang terjadi kepada Tok Kadi dan sudah mencapai kata sepakat serta nasihat, majlis akan diteruskan seperti yang dirancang. Alia Farhana juga sudah mengetahui bahawa dia akan berkahwin dengan Harris Hakimi. Dia tidak berkata apa kerana di fikirannya kini terlalu bercelaru. Dia hanya mengikut saja apa yang ibu dan semua orang sudah tetapkan untuknya.
Alia Farhana duduk di pelaminan. Wajahnya muram dan matanya merah kerana menangis. Harris Hakimi sempat melirik ke wajah bakal isteri itu. Tetap cantik walaupun tiada senyuman di bibirnya.
“Sah?.”
“Sah.”
“Alhamdulillah.” Selepas membaca doa, Harris Hakimi mendekati Alia Farhana untuk menyarungkan cincin di jari manisnya. Isterinya itu hanya memandang sepi wajahnya. Fikirannya jauh melayang. Puan Zalina yang menemani di atas pelaminan mengangkat tangan anaknya itu dan dihulurkan jari manis kanan untuk disarungkan cincin. Masuk sahaja cincin di jari manisnya, tiba - tiba Alia Farhana jatuh pengsan!. Seisi rumah menjadi kecoh akan situasi yang berlaku.
Mujur Harris Hakimi sempat menyambut badan isterinya itu. Kalau tidak tentu isterinya itu akan jatuh ke lantai. Tanpa tunggu lama, pantas saja Harris Hakimi mengendong tubuh Alia Farhana dan dibawanya masuk ke dalam bilik pengantin.
Harris Hakimi membaringkan Alia Farhana di atas katil. Puan Zalina yang turut ada bersama telah meminta Harris Hakimi membukakan tudung anaknya sementara dia ke bawah mengambil air buat anaknya itu.
Harris Hakimi serba salah mahu menyentuh Alia Farhana walaupun hakikatnya wanita itu kini telah menjadi halal buat dirinya. Namun ditepisnya rasa bersalah itu dan segera membukakan tudung isterinya dengan berhati - hati.
Hari sudah larut malam. Alia Farhana terjaga dari pengsannya. Dia melihat sekaliling. Dia hairan kerana dia berada di dalam biliknya. Suasana gelap. Dia menoleh ke sisinya kerana terdengar dengusan nafas. Alangkah terkejutnya dia melihat ada susuk tubuh seorang lelaki. Abang Ilham ke?
Alia Farhana bangun dan membuka lampu di sisi katil. Dia melihat pakaiannya sudah bertukar. Seingatnya malam tadi adalah malam pernikahannya dengan Ilham Iskandar. Tetapi lelaki itu telah menghantarnya mesej agar membatalkan pernikahan tersebut. Tetapi siapa yang tidur di sebelahnya itu? Dia menoleh ke arah lelaki yang sedang tidur itu. Tiba - tiba dia menjerit!
Harris Hakimi yang sedang tidur terjaga. Dia menggosok - gosok matanya. Sudah jaga rupanya isterinya itu.
“Sayang? Kenapa ni?.”
“Kenapa awak tanya?. Saya yang patut tanya kenapa awak ada dalam bilik saya ni?.”
“Sabar Sayang. Sayang lupa ke yang kita dah bernikah tadi? Sayang isteri saya dan saya suami Sayang yang sah.”
“Abang Ilham mana?.”
“Abang Is tak tahu ke mana. Dia tak nak kahwin dengan Sayang.”
“Apa awak cakap ni? Mengarut!.”
“Sayang bacalah semula wasap yang Abang Is bagi tadi.”
Alia Farhana mengambil telefon bimbitnya dan membaca mesej yang Ilham Iskandar hantar. Keningnya berkerut kemudiannya dia menangis teresak - esak.
“Semua ni awak yang rancang kan? Saya tahu. Entah apa yang awak rancangkan sampai Abang Ilham buat keputusan macam ni. Sampai hati awak kan, Harris.”
“Astaghfirullah al azim. Saya tak pernah rancang semua ni, Sayang. Saya sendiri terkejut dengan tindakan Abang Is tu.”
“Tipu!! Saya tahu awak sengaja buat macam ni sebab nak kahwin dengan saya.”
“Buat apa saya nak tipu. Saya kahwin dengan Sayang ni pun sebab semua orang mintak saya gantikan Abang Is. Kalau saya tak setuju apa akan jadi dengan majlis ni? Semua orang akan tanggung malu.”
“Saya lebih rela malu daripada kahwin dengan awaklah Harris.”
“Tapi saya tak sanggup tengok famili kita sedih dan malu dengan tindakan Abang Is ni. Kalau betul dia sayangkan Sayang, kenapa dia sanggup buat macam ni?. Kenapa dia sanggup buat semua orang kelam kabut? Ikutkan sekarang ni saya dah berada kat London tahu tak. Buat apa saya nak tengok Sayang kahwin kalau ia akan buat hati saya hancur. Tapi disebabkan Ummi mintak saya tangguhkan, saya turutkan je sebab apa? Sebab saya sayangkan Ummi dan tak nak tengok dia sedih. Tapi tak sangka pulak jadi macam ni. Boleh pulak Abang Is menghilangkan diri.”
“Apa pun alasan awak saya tetap tak suka dengan pernikahan ni. Saya benci awak, Harris! Benci!.”
“Sayang. Mengucap. Istighfar. Semua ni ada hikmahnya. Allah yang aturkan semuanya.”
“Diam!.” Alia Farhana menutup kedua belah telinganya. Harris Hakimi mendekati isterinya.
“Sayang.”
“Jangan sentuh aku!.” Marah Alia Farhana. Namun Harris Hakimi tidak mengendahkannya. Dia menarik kedua tangan Alia Farhana. Isterinya menepis. Ditariknya lagi tanpa putus asa malah dipukulnya dada Harris Hakimi demi melepaskan marah. Harris Hakimi membiarkan sahaja isterinya berbuat begitu untuk beberapa ketika. Setelah pukulannya semakin perlahan, dia menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan. Isterinya menangis semahunya di dakapannya. Dia dapat merasakan kekecewaan hati isterinya itu. Pelukan dieratkan. Dia mahu menyalurkan rasa semangat buat isterinya.
“Saya janji saya akan bahagiakan Sayang sampai saya mati.” Harris Hakimi berbisik di telinga Alia Farhana.
“Tapi saya tak nak awak jadi suami saya. Kenapa Abang Ilham buat saya macam ni?. Dia kata dia cintakan saya. Dia kata dia sayangkan saya. Tapi kenapa begini akhirnya? Mungkin dia dah tahu yang kita pernah keluar bersama dulu masa dia di Australia dan dia nak balas dendam. Tapi saya tak percaya. Abang Ilham bukan macam tu.” Alia Farhana berkata perlahan dan esakan kecil kedengaran.
“Jangan cakap macam tu Sayang. Semuanya dah Allah tentukan. Siapalah kita nak menghalangnya.”
“Saya benci awak, Harris. Akhirnya apa yang awak inginkan tercapai jugak kan. Saya yang jadi mangsa.”
“Sayang. Saya dah redha pun kalau memang tiada jodoh kita. Saya terima. Tapi kuasa Allah tiada siapa yang boleh halang kan? Allah temukan juga jodoh kita walaupun dalam keadaan begini.”
Kata - kata Harris Hakimi tidak berbalas. Alia Farhana hanya senyap. Lama tidak berjawab.
“Sayang?.” Harris Hakimi memanggil lembut isterinya. Kemudian dengan perlahan dia meleraikan pelukan mereka. Namun kepala isterinya terus terlentok di bahunya kerana sudah ketiduran. Harris Hakimi tersenyum. Lantas dia membaringkan isterinya di tempatnya.
Harris Hakimi mengelap sisa air mata di pipi Alia Farhana. Tentu dia keletihan menangis dan kepenatan mengharungi kenyataan yang baru diterima dengan tiba - tiba itu. Tentu sukar untuk menerimanya. Jatuh kasihan pula dia pada isterinya itu. Walaupun jauh di sudut hatinya dia merasa amat bersyukur kerana Allah makbulkan doanya, namun dia tetap tidak boleh terima tindakan abangnya itu melukai hati wanita yang dia cintai ini.
Apa yang terjadi sebenarnya? Ke mana Ilham Iskandar menghilang? Tiada siapa yang tahu.
Share this novel