BAB 30
Hari Jumaat yang tidak mahu dilalui kini tiba. Ilham Iskandar ke Lapangan Terbang KLIA menaiki Grab sahaja. Sebelum ke sana, dia meminta pemandu Grab mengambil Alia Farhana di rumah dahulu dan barulah mereka ke lapangan terbang bersama - sama.
Selepas menghantar pemergian Ilham Iskandar ke Australia, Alia Farhana terus ke Jaya Holding. Hari ini dia masuk lewat sedikit dan telahpun memaklumkannya kepada Maria.
Alia Farhana sampai di Jaya Holding tepat jam 10. 30 minit pagi. Dia terus ke biliknya untuk menyiapkan kerja yang tertangguh. Selama Ilham Iskandar tiada, dia akan membantu Maria dalam pengurusan pejabat.
“Hai Lia. Encik Ilham dah bertolak dah?.” Tanya Maria sejurus melihat Alia Farhana duduk di tempatnya.
“A'ah Kak Maria. Selamat dah naik flight.” Jawabnya sambil tersenyum.
“Hmmm... Rindulah nampaknya orang tu kan?.” Gurau Maria.
“Nak buat macam mana Kak. Dah kerja dia kan. Asal semuanya selamat syukurlah alhamdulillah.”
“Eh Kak. Encik Nizam dah masuk ke?.” Tanya Alia Farhana kepada Maria kemudiannya.
“Belum lagi. Tapi pukul 11 nanti ada meeting.”
“Oh ye ke. Nasib saya tak lewat.”
“Hah itulah kan. Lagi 10 minit ni nak meeting. Jomlah kita siap - siapkan apa yang patut.”
“Yelah kak. Nanti pergi bilik mesyuarat sekali tau.”
“Okeh.” Jawab Maria ringkas lalu berjalan menuju ke mejanya.
Jam telah menunjukkan pukul 10.55 minit pagi. Alia Farhana dan staf yang lainnya sudah sedia menunggu di dalam bilik mesyuarat. Mereka menanti kedatangan Encik Nizam yang bakal menggantikan tempat Ilham Iskandar buat sementara waktu.
Masing - masing sudah mengambil tempat duduk di dalam bilik mesyuarat itu. Sedang semua sibuk berbual, tiba - tiba pintu bilik mesyuarat tersebut terbuka dan seseorang memasukinya. Mereka yang berada di dalam terus senyap dan memberi tumpuan.
“Hai. Assalamualaikum.” Lelaki yang masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut memberi salam dan duduk di kerusi utama. Para pekerja yang lainnya menjawab salam yang diberi.
“Apa khabar semua? Masih kenal saya kan?.” Seloroh lelaki tersebut sambil tersengih.
“Okehlah. Saya tak nak buang masa lagi. Jom kita start.” Sambungnya lagi.
“Okeh. Semua sedia maklum yang Encik Ilham Iskandar diarahkan ke Australia untuk settle masalah kat sana kan. So, Encik Nizam yang sepatutnya ambil alih tugas dia kat sini. Tapi. Dia terpaksa tolak sebab anak dia tak berapa sihat dan perlukan perhatian dia. Oleh itu, saya yang akan take over selama Encik Ilham tiada. Mohon semua bagi kerjasama.”
Masing - masing menganggukkan kepala selepas mendengar penjelasan daripada Harris Hakimi itu. Lain pula pada Alia Farhana. Ternyata dia amat terkejut melihat lelaki itu berada di hadapannya. Mimpi apakah ini? Tanyanya di dalam hati.
“Encik Harris. Jam 3 nanti sepatutnya Encik Ilham ada meeting dengan klien dari Syarikat Inderapura. So nanti Encik Harris nak teruskan atau nak hold?.” Tanya Maria kepada Harris Hakimi.
“Kat mana meeting tu?.”
“Di Coffee House Jalan Bangsar, Encik Harris.”
“Hmm... Saya akan pergi nanti. Sebelum tu mintak sediakan fail betkaitan Syarikat Inderapura tu okeh. Saya nak semak dulu.”
“Baiklah, Encik Harris.” Jawab Maria tanda faham.
“Okeh. Ada apa - apa lagi? Kalau tak ada apa - apa lagi bolehlah kita bersurai ya. Terima kasih semua.” Harris Hakimi menamatkan mesyuarat ringkas tengah hari itu.
Semua staf yang berada di bilik mesyuarat itu mulai bangun dan meninggalkan ruang bilik mesyuarat termasuklah Alia Farhana.
“Alia. Tunggu sekejap.” Panggil Harris Hakimi kepada Alia Farhana yang kebetulan berada paling belakang sekali ketika mahu keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Alia Farhana sudah berkerut dahi dan membuat mimik muka menyampah sebelum berpaling menghadap Harris Hakimi.
“Yes Encik Harris. Ada apa - apa yang boleh saya bantu ke?.” Soal Alia Farhana dengan nada keras. Harris Hakimi tersenyum mendengarnya.
“Duduklah dulu.” Arah Harris Hakimi. Alia Farhana menarik kerusi dan duduk di hadapan lelaki itu.
“Hah. Ada apa panggil saya ni? Saya ada banyak kerja nak buat tu.” Tanya Alia Farhana agak kasar setelah dilihatnya semua staf sudah keluar barulah dia bersuara.
“Jom lunch sama.” Ajak Harris Hakimi.
“Malaslah.”
“Jomlah Sayang kita lunch sama. Saya rindulah kat Sayang. Saya tak sabar tau nak balik KL ni nak jumpa Sayang. Rindu sangat.”
“Cakap tu pandang - pandang sikit. Jangan nak panggil - panggil saya Sayang kat office ni. Kalau dengar orang lain macam mana? Tak payahlah nak rindu sangat. Saya ni kan kalau boleh tak ingin pun nak tengok muka awak tu tau tak. Me..nyam..pah!.”
Harris Hakimi tergelak melihat reaksi Alia Farhana bercakap. Ternyata riak wajahnya menggambarkan apa yang dirasakannya.
“Tak payah nak gelak sangatlah Harris. Daripada saya layan awak ni kan, lebih baik saya pergi buat kerja saya tu. Nanti tak adalah orang cop saya makan gaji buta sebab dok borak dengan awak.”
Alia Farhana sudah bangun dari duduknya. Dia menatap seketika wajah lelaki di hadapannya sebelum berkata - kata.
“Oh ye Harris. Awak memang sengaja kan take over Jaya Holding ni bila dapat tahu abang awak ke Australia? Dan alasan anak Encik Nizam tu tak sihat awak yang saja reka kan? Sebab awak nak guna peluang yang ada ni nak ganggu hidup saya. Betul kan apa yang saya cakap ni?.”
Harris Hakimi terkejut mendengar tuduhan Alia Farhana itu. Namun dia hanya tersenyum sahaja. Dia tahu gadis itu tidak suka akan kehadirannya di Jaya Holding. Apa yang dikatakan mengenai anak Encik Nizam itu adalah benar belaka. Lagipun dia sudah memohon cuti pada HR. Alang - alang Encik Nizam tidak boleh terima tawaran kerja ini, ada baiknya dia ambil peluang yang ada ni untuk mendekati gadis itu. Peluang sudah ada depan mata kan. Buat apa dia nak sia - siakan.
“Sayang. Pasal Encik Nizam tu, saya tak tipu. Anak dia memang tak sihat. Sakit kanser hati. Takkan saya tak ada hati perut nak biarkan dia berjauhan dengan anak dia yang sedang sakit tu. Lagipun saya memang dah mintak cuti sebab nak duduk KL ni nak dekat dengan Sayang. Pasal Abang Is ke Australia tu pun saya dapat tahu semalam. Sayang janganlah fikir saya macam tu. Saya tahulah Sayang tak suka saya. Tapi janganlah tuduh saya macam tu.”
“Huh! Apa - apa jelah Encik Harris. Hmm... Tapi bagus jugak awak gantikan abang awak kat sini. Cepatlah sikit tempoh 29 kali lagi tu habis. Tak delah saya pening nak layan kerenah awak ni. Kan?.”
Harris Hakimi sudah tersenyum. Dia memandang Alia Farhana dengan senyuman yang panjang.
“Tapi... Itu pun kalau Sayang sanggup keluar dengan saya barulah dikira. Kalau setakat jumpa dalam office ni... Tak kira tau.”
“Apa??.” Terbeliak biji mata Alia Farhana mendengarnya. Apahal dengan Harris Hakimi ni? Memang sengaja tau dia ni. Sakit betullah hati!
Wajah Alia Farhana sudah mula memerah menahan geram. Dia menggenggam kuat tangannya. Harris Hakimi pula hanya duduk bersandar dan tersenyum melihat reaksinya itu.
“Eeee!!! Awak ni kan...” Alia Farhana tidak menghabiskan kata - katanya. Hatinya begitu geram dengan lelaki di hadapannya itu. Sengaja cari pasal!
“Apa Sayang?.” Soal Harris Hakimi. Saja membakar perasaannya yang sedang panas.
“Dahlah. Saya keluar dulu. Makin lama saya bercakap dengan awak, makin sakit pulak hati saya ni.” Alia Farhana berpaling dan terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu meninggalkan Harris Hakimi keseorangan.
Harris Hakimi hanya memandang pemergian Alia Farhana dengan senyuman. Di dalam hatinya sudah nekad akan menggunakan peluang yang ada ini dengan sebaik - baiknya. Dia akan berusaha dengan bersungguh - sungguh untuk menawan kembali hati Alia Farhana walaupun dia tahu peluang yang dia ada amat tipis. Bersaing pula dengan abang sendiri bukanlah sesuatu yang mudah. Abangnya itu seorang lelaki yang tidak akan mengalah untuk mendapatkan sesuatu. Dia akan pastikan apa dia mahu akan dimilikinya.
Waktu rehat tengah hari itu, Alia Farhana keluar makan bersama Maria dan Fuad. Harris Hakimi pula makan bersama Encik Rizal, salah seorang pegawai atasan di Jaya Holding. Kebetulan mereka makan di tempat yang sama.
“Eh, Encik Harris. Jom join kami sekali. Makan ramai - ramai ni seronok jugak. Marilah.” Tiba - tiba Fuad mempelawa Harris Hakimi yang kebetulan lalu di meja tempat mereka duduk.
“Yang lain tak kisah ke?.” Tanya Harris Hakimi sebelum setuju dengan pelawaan Fuad itu.
“Tak kisahlah Encik Harris. Marilah makan sekali. Encik Rizal jomlah.” Jawab Maria.
Harris Hakimi menarik kerusi di sebelah Alia Farhana. Rizal pula mengambil kerusi lain dan duduk di tengah - tengah meja. Alia Farhana cuba memaniskan wajah. Hatinya rasa bagai nak meletup menahan meluat apabila memandang wajah Harris Hakimi. ‘Boleh pulak Abang Fuad ajak mamat ni makan sekali. Duduk sebelah aku pulak tu. Arghhh!!!.’ Jeritnya di dalam hati.
Selesai makan, mereka duduk berbual seketika sebelum pulang ke pejabat. Alia Farhana tidak banyak bercakap. Moodnya hilang entah ke mana sejak Harris Hakimi melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
Usai mengisi perut tengah hari itu, Harris Hakimi, Fuad dan Rizal bergegas pula ke masjid terdekat untuk mengerjakan Solat Jumaat. Alia Farhana dan Maria pula terus pulang ke pejabat dan menunaikan solat Fardhu Zuhur di surau pejabat saja.
Jam sudah pun pukul 2 petang. Waktu rehat telahpun tamat. Ruang pejabat mula dipenuhi stafnya. Alia Farhana dan Maria sudahpun siap berada di meja masing - masing bagi meneruskan amanah yang harus diselesaikan.
Tok! Tok! Alia Farhana yang sedang menaip di komputer berhenti seketika dan mendongak melihat gerangan yang mengetuk pintu biliknya. Serta merta wajahnya berubah kelat setelah melihat figura di hadapannya itu.
“Hmm. Ada apa?.” Soal Alia Farhana acuh tak acuh. Tangannya menyambung semula kerja yang terhenti tadi. Harris Hakimi melangkah masuk ke dalam bilik sederhana besar itu.
“Nanti ikut saya ke Coffee House. Jumpa klien.”
“Bawak Kak Marialah. Saya banyak kerja.” Harris Hakimi yang mendengar jawapan daripada Alia Farhana itu hanya tersenyum.
“Sayang. Sayang kan PA Abang Is. Ke mana Abang Is pergi Sayang ikut kan? So sekarang ni... Tugas Sayang tetap sama walaupun Abang Is tak ada Sayang perlu ikut saya ke mana saja saya pergi. Saya kan yang gantikan Abang Is. Dan saya harap Sayang janganlah campurkan hal kerja dengan hal peribadi kita ye. Saya tahu Sayang bencikan saya. Tapi kalau bab kerja saya harap Sayang boleh bekerja dengan saya. Tak naklah macam ni. Tak seronok nak kerja kan?.”
Alia Farhana memandang Harris Hakimi seketika sebelum bersuara. Dia bangun dari duduknya.
“Baiklah Encik Harris. Mulai sekarang saya akan ikut ke mana aje Encik Harris pergi. Kalau Encik Harris pergi toilet sekalipun saya akan ikut. Puas hati?.”
Harris Hakimi tergelak mendengar Alia Farhana bercakap. Jelas di wajahnya begitu benci akan dirinya. Tapi tak apalah. Ini baru permulaan. Dia percaya suatu hari nanti gadis yang begitu garang dan bencikannya ini akan mula jatuh hati padanya. Apa yang perlu dia lakukan adalah bersabar dalam menawan semula cinta hatinya itu.
“Daripada Sayang ikut saya pergi toilet, kan lebih baik Sayang ikut saya pergi kahwin. Ada jugak faedahnya. Betul tak?.”
“Eeee!! Pleaselah. Tak hinginlah saya. Dahlah Harris. Saya ada kerja nak buat ni. Buang masa saya tahu tak melayan awak ni.”
“Sayang jangan lupa tau pukul 2. 30 jap lagi kita ke Coffee House.”
“Yelah Encik Harris. Saya tak lupa.” Sempat Alia Farhana memberikan jelingan tajam kepada Harris Hakimi sebelum lelaki itu beredar keluar.
Setengah jam kemudian, Harris Hakimi muncul lagi di hadapan bilik Alia Farhana. Dia mengetuk pintu bilik lalu masuk ke dalam.
“Jom Sayang. Kang lewat pulak kita.”
“Ye. Dah siap dah ni. Jomlah.”
Mereka jalan beriringan keluar dari Jaya Holding menuju ke tempat parking kereta. Sepanjang perjalanan ke Coffee House yang terletak di Jalan Bangsar, hanya Harris Hakimi sahaja yang banyak bercakap. Alia Farhana seperti biasa malas mahu melayan lelaki itu. Ikutkan hati dia tidak mahu ada urusan langsung dengan lelaki bernama Harris Hakimi itu. Tapi apakan daya, kerana tuntutan kerja dia akur.
Setengah jam kemudian, mereka sampai di Coffee House. Kelihatan Encik Yazid dari Syarikat Inderapura sudah pun menunggu mereka. Harris Hakimi melemparkan senyuman kepada Encik Yazid. Dia melihat jam di pergelangan tangan. ‘Hmm... Awalnya dia sampai.’
“Assalamualaikum, Encik Yazid. Maaf kami lambat.” Harris Hakimi menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Encik Yazid.
“Waalaikumussalam. Eh, tak lambat pun. Saya yang sampai awal. Duduklah.” Harris Hakimi dan Alia Farhana menarik kerusi dan duduk di hadapan Encik Yazid.
“Hmm... Bukan ke sepatutnya saya akan berjumpa dengan Encik Ilham?.”
“Oh dia tak ada kat sini. Outstation ke Australia. Tu yang saya take over dia kat sini.”
“Owh, I see. Tulah. Selalu berurusan dengan dia dan Cik Alia ni. Okehlah. Kita jangan borak banyak - banyak lagi, let’s we start now okeh.”
Lebih kurang 2 jam mereka berbincang mengenai usahasama mereka berkaitan projek yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Setelah selesai semuanya, Encik Yazid meminta diri untuk pulang.
“Okeh. Alhamdulillah. Apa - apa nanti saya akan updated pada Encik Harrislah ye. Kalau tak ada apa - apa lagi saya minta diri dulu. Terima kasih.” Encik Yazid menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Harris Hakimi. Alia Farhana hanya memberikan senyuman kepada lelaki itu sebagai tanda hormat.
“Okeh Sayang. Jom. Pukul 5 dah ni. Hmm... Nak balik terus atau nak singgah office dulu?.” Tanya Harris Hakimi kepada Alia Farhana yang sedang mengemas fail di atas meja.
“Hantar saya kat office.” Jawab Alia Farhana.
“Ada barang tertinggal ke?.” Soal Harris Hakimi lagi.
“Tak ada barang tertinggal pun.”
“Dah tu kenapa nak balik office?.” Alia Farhana sudah menjeling tajam memandang Harris Hakimi. ‘Apa punya soalanlah dia ni kan. Dah kau tanya tadi nak balik terus atau singgah office. Bila dah jawab nak balik office boleh pulak banyak tanya lagi. Hmm!!.”
“Tadi Encik Harris tanya kan nak balik terus atau nak singgah office kan? Bila saya jawab nak balik office banyak pulak soalnya kan. Kalau dah macam tu saya balik naik Grab aje.”
“Sayang ni janganlah marah. Kan saya tanya je tu. Okehlah. Kita balik office dulu. Then saya hantar Sayang balik rumah. Okeh Sayang.”
“Encik Harris tak payahlah hantar saya balik rumah. Saya naik grab aje. Lagipun, sejujurnya saya tak suka Encik Harris hantar saya balik rumah. Nanti mak dengan abang saya nampak dia orang fikir apa pulak. Sebelum ni dengan abang Encik Harris. Lepas tu bila Encik Ilham tak ada, dengan Encik Harris pulak. Tak sedaplah jiran - jiran tengok kan.”
Alia Farhana sengaja memberi alasan begitu kerana dia tidak mahu berterusan berurusan dengan Harris Hakimi. Sejujurnya dia khuatir akan jatuh cinta semula pada lelaki itu jika sering bersamanya. Harris Hakimi adalah lelaki pertama yang berada di hatinya suatu ketika dahulu. Dari lelaki itu jugalah dia mengenal erti sayang dan merasai perasaan cinta. Dia juga sering merindukan lelaki itu. Tetapi setelah apa yang lelaki itu lakukan pada dirinya dulu, dia sedaya upaya berusaha melupakan sejarah hitam itu. Dia juga cuba menanam rasa benci di dalam hati terhadap Harris Hakimi.
Namun, dia tidak dapat mengelak daripada membuang rasa benci itu di dalam hatinya. Entahlah. Mungkin kerana dia terlalu mencintai Harris Hakimi sehingga sanggup membuang jauh rasa benci terhadap lelaki itu. Dan sekarang apabila lelaki itu muncul semula, dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya terhadap lelaki itu. Dia sengaja berkelakuan kasar dan malas mahu melayan lelaki itu kerana dia takut jika dia akan jatuh hati lagi pada Harris Hakimi. Dia tidak mahu berlaku curang pada kekasih hatinya, Ilham Iskandar.
Apa yang dia harapkan sekarang, Ilham Iskandar akan pulang segera ke Malaysia dan mengahwininya. Dengan itu, Harris Hakimi tidak akan mengganggunya lagi.
“Dah kenapa Encik Harris ikut saya sampai ke office ni?.” Soal Alia Farhana setelah mereka sampai di hadapan pintu pejabat Jaya Holding.
“Saya nak teman Sayanglah. Office pun dah kosong Sayang. Kalau ada apa - apa hal macam mana Sayang sorang - sorang kat office ni.”
“Tak ada apa - apalah Encik Harris. Saya dah biasa. Buat apa nak takut. Sekuriti pun ada kan. Kalau ada apa - apa jadi saya panggil jelah dia orang.” Alia Farhana meneruskan langkahnya memasuki Jaya Holding. Niatnya mahu ke biliknya untuk meletakkan fail Syarikat Inderapura. Pejabat sudah gelap ketika itu. Dia ke suis utama untuk menghidupkan beberapa lampu agar ruang pejabat itu terang sedikit.
Alia Farhana terus melangkah menuju ke biliknya setelah laluan ke biliknya di terangi dengan beberapa lampu. Dia tidak menghiraukan Harris Hakimi yang berada di belakangnya. Dia tidak peduli jika lelaki itu mahu mengikutinya atau hanya mahu tunggu di situ. Dan jika lelaki itu pergi pun lagi baik.
Beberapa minit berjalan, akhirnya Alia Farhana sampai di biliknya. Dia menghidupkan lampu dan meletakkan fail Syarikat Inderapura di rak fail. Ketika dia berpaling mahu melangkah keluar dari biliknya, tiba - tiba satu dentuman guruh yang amat kuat kedengaran. Seluruh lampu di dalam Jaya Holding terpadam dan hanya lampu kecemasan sahaja yang menerangi sekitar kawasan.
“Arghhh!!!.” Alia Farhana menjerit ketakutan. Matanya dipejam rapat. Badannya menggigilnya.
“Sayang.” Harris Hakimi datang menghampiri Alia Farhana.
“Awak.” Alia Farhana terus menarik Harris Hakimi agar dekat dengannya. Sumpah! Dia amat ketakutan ketika itu.
“Ye Sayang. Saya ada dekat Sayang ni.” Spontan Harris Hakimi menarik Alia Farhana ke dalam pelukannya. Hujan di luar kedengaran amat lebat. Guruh dan kilat sabung menyabung. Harris Hakimi mengeratkan lagi pelukannya apabila terasa tangan Alia Farhana menggenggam bajunya dengan kuat. Dia dapat rasakan gadis itu amat ketakutan ketika itu.
“Saya takut. Bila hujan nak berhenti ni?.” Alia Farhana bersuara. Ada getaran dalam nadanya.
“Kita duduk Sayang.”
“Tak nak. Saya nak balik.”
“Okeh kita balik. Jom.”
Mereka jalan keluar dari Jaya Holding. Harris Hakimi sempat menitipkan pesan pada pengawal keselamatan untuk mematikan suis utama dan mengunci semula pintu pejabat.
Dalam perjalanan pulang, hujan masih lebat membasahi bumi. Alia Farhana yang duduk di kerusi ssebelah Harris Hakimi hanya memejamkan mata apabila kilat memancar. Mulutnya terkumat kamit membaca surah yang terlintas di kepalanya. Harris Hakimi yang memandu hanya tersenyum melihat gelagat gadis itu. Di dalam hatinya merasa bahagia semasa gadis itu berada di dalam pelukannya tadi tanpa sengaja. Dia nekad akan jadikan gadis itu halal untuk dirinya suatu hari nanti.
Share this novel