BAB 5

Romance Completed 43587

?? BAB 5 ??

Sesampai sahaja di Langkawi, Ilham Iskandar dan Alia Farhana terus mengambil teksi untuk ke hotel yang ditempah. Hotel Adya berbintang 5 telah dipilih oleh Alia Farhana setaraf pangkat Ilham Iskandar sebagai CEO di Jaya Holdings.

Teksi yang membawa mereka terus ke Hotel Adya. Sampai di lobi hotel, Ilham Iskandar bertanya Alia Farhana jika dia ingin mengisi perut dahulu atau hanya mahu berehat di bilik. Gadis itu hanya mahu berehat dahulu katanya. Ilham Iskandar hanya menurut kehendak gadis itu. Jika dia saja yang mahu mengisi perut, kesian pula nanti setiausahanya makan keseorangan.

Kunci bilik telahpun diambil di receptionist. Bilik Alia Farhana bernombor 507 manakala bilik Ilham Iskandar bernombor 508. Setibanya di hadapan bilik masing - masing, Alia Farhana terpinga - pinga sambil mencuba - cuba membuka pintu biliknya. Dicucuknya kunci itu. Dibeleknya ia. Masih juga tidak dapat membuka pintu bilik itu.

Ilham Iskandar yang melihat dari pintu biliknya hanya tersenyum melihat tingkah laku setiausahanya yang berusaha untuk membuka pintu itu. Yang menghairankannya, gadis itu tidak bertanya pula padanya bagaimana hendak membuka pintu tersebut.

"Ish..apa lah susah sangat nak bukak ni". Alia Farhana yang mengomel sendirian sambil mencuba - cuba untuk membuka pintu tersebut tidak sedar yang bosnya telah berada di sebelahnya.

"Alia...lain kali kalau xtau..tanya ye. Ni kalau saya xnampak tadi agaknya sampai esok pon awak masih kat luar bilik ni". Ilham Iskandar yang datang tiba - tiba itu terus mengambil kunci biliknya dan tak sampai seminit pintu pun terbuka.

Alia Farhana hanya mendiamkan diri. Malu juga kerana dia tidak pandai membuka pintu tersebut.

"Thank you Encik Ilham". Perlahan saja ucapan yang keluar dari mulut Alia Farhana tetapi jelas di pendengaran Ilham Iskandar.

????????????????????????????

Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam. Perut Alia Farhana sudah mula bekeroncong. Mana tidaknya. Kali terakhir dia makan sebelum bertolak ke Langkawi tengah hari tadi. Di dalam kapal terbang juga dia tidak makan apa - apa kerana ketiduran.

Dia berkira - kira mahu ke cafe hotel mencari makan. Tiba - tiba kedengaran ketukan dari luar pintu biliknya. Segera dia mencapai tuala untuk menutup kepalanya dan terus membuka pintu.

"La...awak tak siap lagi? Cepatlah siap kita turun makan". Alia Farhana yang terpinga - pinga terus saja menutup pintu dan bergegas untuk bersiap.

Alia Farhana yang ringkas berpakaian jeans dan t-shirt lengan panjang, mengenakan selendang bubble chiffon. Dia yang bersolek nipis sudah cukup manis dipandang dengan calitan lipstik yang tidak keterlaluan.

Alia Farhana tergesa - gesa keluar dari biliknya kerana tidak mahu bosnya menunggu lama di cafe. Sangkaannya jauh meleset kerana disangkanya Ilham Iskandar sudah berada di cafe tetapi rupanya dia sedang menunggunya di luar bilik sambil bersandar di dinding.

"Eh...saya ingat Encik Ilham dah turun dulu. Tunggu saya kat cafe". Alia Farhana bertanya sejurus melihat bosnya itu sambil mengunci pintu. Tanda 'Don't Disturb' digantungnya di tombol pintu.

"Takkan la saya nak tinggalkan anak dara orang jalan sendiri. Lagipun awak bukan biasa dengan hotel ni. Kang kena culik saya yang susah". Walaupun nada yang didengarinya itu serius, tapi ia kelakar di pendengaran Alia Farhana. Gadis itu tersenyum mendengarnya. Namun cepat - cepat dia mematikan senyuman apabila menyedari bosnya memandangnya semacam.

????????????????????????????

Sejam kemudian, mereka telahpun berada di hadapan pintu bilik masing - masing. Selesai makan tadi mereka terus balik ke bilik kerana esok adalah hari penting bagi mereka. Rehat yang cukup sangat diperlukan. Mereka juga perlu bangun awal kerana tidak mahu tetamu kehormat dari Indonesia terpaksa menunggu mereka.

"Jangan bangun lewat esok Alia. Kita perlu sampai dulu sebelum Encik Andi. 9 am sharp!!". Peringatan berbunyi arahan itu jelas di pendengaran Alia Farhana. Dia sedia maklum bahawa perjumpaan esok sangat penting bagi syarikat Jaya Holdings kerana usahasama yang bakal dijalin akan mengembangkan lagi syarikat warisan keluarga Ilham Iskandar itu.

"Ok. Baik bos!". Alia Farhana menjawab sambil mentabik kepada bosnya itu. Ilham Iskandar hanya tersenyum nipis tatkala melihatkan perlakuan setiausahanya yang bersahaja itu. Selepas mengucapkan selamat malam, mereka terus masuk ke bilik masing - masing.

????????????????????????????

Pagi itu, Alia Farhana bangun awal walaupun dia tidak boleh bersolat. Dia membuat persiapan untuk mesyuarat siang nanti dengan mengemaskini fail dokumen yang akan dibawa ke mesyuarat itu. Dia tidak mahu ada yang tertinggal nanti. Selesai cek semua dokumen, Alia Farhana bergegas mengambil baju yang akan dipakainya untuk mesyuarat itu untuk digosok.

Jam telahpun menunjukkan pukul 7.15 pagi. Alia Farhana tergesa - gesa ke bilik mandi untuk menyegarkan diri. Tujuh empat puluh minit pagi, dia telahpun siap berpakaian blouse peplum berikat dipinggang. Mengenakan tudung bawal bercorak dan tampil ringkas dengan solekan nipis.

Tok !! Tok !! Tok !! Kedengaran ketukan pintu dari luar bilik. Alia Farhana segera berlari ke pintu untuk dibuka.

"Are you ready?". Ilham Iskandar terus bertanya setelah pintu bilik setiausahanya dibuka.

"Okeh. Ready Encik Ilham". Alia Farhana menjawab ringkas sambil menunjukkan isyarat jari tanda bersedia.

"Eh kejap Encik Ilham". Alia Farhana memanggil bosnya.

"Ada apa Alia?"
"Hmm...saya tengok baju seluar Encik Ilham ni renyuk aje. Kesan lipatan pon ada tu. Err..macam tak berapa kemas lah saya tengok Encik Ilham". Teragak - agak Alia Farhana memberitahu bosnya itu.

Ilham Iskandar membelek - belek kemeja dan seluar slack yang dipakainya. Memang benar apa yang dikatakan oleh setiausahanya itu. Pakaiannya kelihatan renyuk dan tidak kemas. Malam tadi dia tidak sempat untuk menghantar bajunya ke dobi untuk digosok akibat keletihan.

"Tak pe lah Alia. Nanti dah pakai kot ni, terlindunglah sikit".

"Tapi macam xbestlah kalau Encik Andi tengok nanti. Kan first time nak jumpa. Biarlah nampak kemas penampilan kita. Barulah orang yakin dengan kita Encik Ilham".

"Tak sempat dah ni saya nak hantar dobi. Tak pelah. Doa-doa dorang tak perhati saya atas bawah".

"Hmm...tak pun macam ni. Biar saya tolong gosokkan baju dan seluar Encik Ilham tu. Lagipun awal lagi ni. Baru pukul 7.45". Alia Farhana memberikan cadangan sambil melihat jam di tangan.

Ilham Iskandar berfikir sejenak cadangan yang diberi oleh Alia Farhana itu.

"Tak susahkan awak ke ni?".

"Eh taklah Encik Ilham. Tak susah pon. Dah. Baik kita cepat. Kang lewat pulak. Encik Ilham tunggu jap kat luar ni. Saya ambilkan tuala". Alia Farhana bergegas masuk semula ke biliknya untuk mengambil tuala. Pintu bilik dibuka luas dan disendal agar tidak tertutup. Tidak manis jika ada yang melihat.

Ilham Iskandar sudahpun membuka baju dan seluarnya untuk diberikan kepada setiausahanya untuk digosok.

Pakaiannya yang hendak digosok telahpun diserahkan kepada Alia Farhana. Dia yang hanya bersinglet dan bertuala itu duduk di birai katil memerhatikan setiap gerak geri setiausahanya yang ligat menggosok pakaiannya. Entah mengapa perasaannya tiba-tiba tersentuh dengan perlakuan Alia Farhana itu. Seperti ada satu perasaan halus dalam hatinya yang dia sendiri tidak tahu.

"Okeh siap!". Alia Farhana menghulurkan baju dan seluar yang siap digosok kepada Ilham Iskandar.

Dia hanya mengerling sedikit ke arah bosnya ketika menghulurkan pakaian itu. Terasa segan pula melihat bosnya yang berkeadaan begitu.

"Encik Ilham siaplah dulu. Saya tunggu di luar". Ucap Alia Farhana seraya bergegas keluar dari bilik.

Beberapa minit kemudian, Ilham Iskandar telahpun siap berpakaian. Dia mengunci bilik dan menyerahkan kunci bilik tersebut kepada Alia Farhana.

Baru saja ingin melangkah, tiba -tiba Alia Farhana menahan Ilham Iskandar.

"Kejap Encik Ilham". Laju saja tangan Alia Farhana membetulkan tali leher bosnya itu. Dia juga mengemaskan lipatan kolar kemeja Ilham Iskandar.

Ilham Iskandar yang tergamam dengan tindakan Alia Farhana itu hanya membiarkan saja perlakuan gadis itu.

"Orait ! Barulah hensem". Ucap Alia Farhana bersahaja sambil tersenyum kepada Ilham Iskandar.

Mereka jalan seiringan menuju ke cafe untuk bersarapan dahulu sebelum mesyuarat bermula.

????????????????????????????

Mesyuarat berlangsung dengan lancar. Pelbagai isu berkaitan projek usahasama antara Jaya Holdings dengan Indra Timur dikemukan dan dibincangkan. Sedikit sebanyak Alia Farhana dapat mempelajari ilmu perniagaan. Dia juga dapat melihat dengan lebih dekat lagi perwatakan bosnya yang tegas dan berwibawa. Kagum dengan cara Ilham Iskandar mengendalikan mesyuarat itu.

Jam telahpun menunjukkan pukul 3 petang. Mesyuarat bersama Indra Timur akan disambung esok hari kerana masih belum mencapai kata sepakat. Selepas bersalaman, mereka pun bersurai meninggalkan bilik mesyuarat.

Ilham Iskandar dan Alia Farhana jalan seiringan menuju ke cafe. Tiba - tiba datang seorang lelaki menyapa mereka.

"Hey bro ! Sorry aku tak dapat amik kau kat airport semalam. Ada keje penting kena settle segera".

"Ah kau tu memang busy memanjang". Ilham Iskandar menjawab bersahaja sambil bersalaman dengan sahabatnya, Amir.

Mereka jalan seiringan menuju ke cafe. Alia Farhana hanya mengikut saja dari belakang. Dia hanya membiarkan saja dua sahabat itu berbual.

Sampai sahaja di cafe, Ilham Iskandar terus duduk di sebelah Alia Farhana. Amir pula duduk di hadapan gadis itu.

"Weh ! Kau tak nak kenalkan pada aku ke?". Tanya Amir pada Ilham Iskandar sambil memuncungkan mulut ke arah Alia Farhana.

"Allah ! Lupa pulak aku. Alia, ni kawan saya masa kat U, Amir. Amir, setiausaha aku, Alia".

"Hai". Amir menghulurkan tangan untuk bersalaman tetapi Alia Farhana hanya menundukkan kepala tanda hormat. Amir yang menghormati pendirian gadis itu terus mengalihkan tangannya.

"Alia. Saya nak amik makanan ni. Awak nak makan apa? Saya amikkan".

"Eh tak payahlah Encik Ilham. Saya boleh amik sendiri".

"Tak apa. Biar saya yang amikkan. Awak duduk je". Bila mendengar kata - kata Encik Ilham yang seakan seperti arahan itu, Alia Farhana akur.

"Amir. Kau nak makan tak? Jom pegi amik".

"Amikkanlah untuk aku sekali".

"Jangan nak mengadalah. Kalau nak makan pegi amik sendiri". Alia Farhana yang mendengar dua sahabat itu saling mengusik hanya tersenyum.

"Haha..korang dua je lah makan. Aku baru je lepas makan tadi". Ilham Iskandar yang mendengar terus berlalu menuju ke bufet untuk mengambil makanan.

Sementara Ilham Iskandar mengambil makanan, Amir dan Alia Farhana berbual - bual.

"Lama dah ke you kerja dengan Is?" Pertanyaan Amir itu buat Alia Farhana terpinga. Is?? Siapa??

"I mean Ilham. I dari U lagi memang panggil dia Is". Amir yang melihat wajah kebingungan gadis itu terus menerangkan maksud soalannya tadi.

"Owh...Encik Ilham. Baru sebulan Encik Amir. Keje sementara je ganti Kak Maria".

"Eh tak payahla panggil I dengan perkataan encik tu. Panggil Amir je sudah. Betul tak Is?". Amir bertanya Ilham Iskandar tatkala sahabatnya itu sampai di meja dengan membawa makanan.

"Apa yang betul?". Tanya Ilham Iskandar kebingungan.

"Hotel ni best kan? Hah makanan pun sedap - sedap. Betul tak?". Alia Farhana yang mendengar hanya tersenyum. Terasa lucu pula bila Amir berkata lain bukan seperti yang sepatutnya.

"Tengoklah siapa yang pilih hotel ni kalau bukan my secretary". Jawab Ilham Iskandar dengan nada sombong sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Ah kau. Poyolah". Jawab Amir sambil mencebik bibir.

Mereka berbual rancak. Sesekali diselangi gelak tawa. Satu jam berlalu dengan pantas sekali. Masing - masing pun sudah keletihan. Amir meminta izin untuk pulang. Selebihnya dia tidak mahu mengganggu sahabatnya itu.

"Okehla Is. Aku balik dulu. Malam nanti nak lepak tak?".

"Lain kalilah Mir. Esok aku ada meeting lagi. Kang tak terbangun pulak".

"Okehla kalau macam tu. Apa - apa kau roger aku".

Mereka bersalaman. Setelah Amir berlalu pergi, Ilham Iskandar dan Alia Farhana menaiki lift untuk balik ke bilik.

"Encik Ilham. Terima kasih amikkan saya makanan tadi. Pandai Encik Ilham pilih lauk. Perut masak lemak tu favorite saya tau".

"Tu tanda terima kasih saya pada awak sebab dah tolong gosokkan baju saya pagi tadi".

"Hah ! Dah terlanjur Encik Ilham sebut pasal baju, meh bagi saya baju yang nak pakai esok. Saya gosokkan".

"Eh tak pelah Alia. Saya hantar dobi aje".

"Janganlah macam tu Encik Ilham. Saya ikhlas ni. Lagipun membazir je hantar dobi tu. Alang - alang saya nak gosok baju saya tu bolehlah gosok baju Encik Ilham sekali . Dah - dah. Encik Ilham pegi amik baju lekas. Saya tunggu kat luar". Ilham Iskandar yang mendengar arahan dari setiausahanya hanya menurut sahaja. Dia segera masuk ke dalam bilik untuk mengambil baju yang akan dipakai esok.

"Nah. Nanti dah siap call saya. Saya datang amik".

"Okeh. Saya masuk bilik dulu ye. Assalamualaikum". Alia Farhana berlalu masuk ke biliknya selepas mempamit pada bosnya.

????????????????????????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience