Usai mandi dan bersolat, Alia Farhana keluar dari bilik tidurnya. Dia menuju ke dapur untuk melihat jikalau ada apa - apa yang boleh di masak untuk mereka bersarapan.
Kesejukan suasana pagi itu begitu menyucuk tambahan pula malam semalam hujan lebat. Sejuk hingga ke tulang hitam. Macam nak beku rasa!
Sedang Alia Farhana mencari - cari bahan untuk di masak, tiba - tiba Ilham Iskandar muncul di dapur.
"Morning Alia. Cari apa tu?". Alia Farhana yang sedang memegang bungkusan biskut itu terkejut dengan sapaan dari Ilham Iskandar. Hampir saja bungkusan biskut itu terlepas dari tangannya.
"Kusss semangat. Encik Ilham niii terperanjat saya tahu tak". Kata Alia Farhana sambil mengusap - usap dadanya tanda terkejut.
"Owhh sorry.. Sorry.. Buat awak terkejut. Awak cari apa tu?".
"Ni hah saya cari apa - apa kot boleh di makan. Jumpa biskut. Nampak teh pun ada tu. Boleh guna kan ni Encik Ilham?". Tanya Alia Farhana sebelum menggunakan teh dan biskut di situ. Ye lah. Mana boleh dia memandai - mandai. Dahlah duduk free. Suka - suka hati pulak nak guna barang dapur kat situ. Seeloknya minta izin dulu. Buatnya tak dihalalkan nyaya pulak. 'Eh.. Takkanlah bos awak macam tu kan.. Ni kan rumah tumpangan syarikat famili dia. Tentu dia tak kisah nak guna pun'.
"Boleh aje nak guna. Pakailah. Nanti mintak Mak Ina topup balik".
"Oh ye Encik Ilham. Sebut pasal Mak Ina.. Dari tadi saya tak nampak pun dia dengan Pak Hamid. Malam tadi dia orang tidur sini jugak kan?".
"Hah dia orang tak tidur sini pun malam tadi. Kita berdua aje kat sini. Dia orang...". Belum pun sempat Ilham Iskandar menghabiskan ayatnya, Alia Farhana sudah mencelah.
"Kita berdua aje kat rumah ni malam tadi?? Dia orang ke mana?? Aduhaiii nasib baik tak kena....". Kali ni Ilham Iskandar pula memotong percakapan Alia Farhana.
"Nasib baik tak kena apa? Tangkap basah? Aishh awak ni. Jauh sangat pikir tu. Mak Ina dengan Pak Hamid hantar anak dia orang ke hospital malam tadi. Nak bersalin. Suaminya tak ada, outstation. Tu yang kita terpaksa tidur berdua kat rumah ni". Panjang lebar Ilham Iskandar menjelaskan pada gadis itu tentang ketiadaan Mak Ina dan Pak Hamid. Alia Farhana yang mendengar hanya mengangguk.
"Ooo.. Macam tu. Habis tu anaknya dah bersalin ke tu? Dapat lelaki ke perempuan?".
"Entahlah. Saya pun tak tahu dapat boy ke girl. Handphone saya bateri habis. Tak tahu la tu apa cerita. Kalau sempat nanti kita pergi melawat dia orang".
"Betul ke ni Encik Ilham? Seronoknya tengok babyyy. Mesti wangi je kan". Alia Farhana sudah bersorak kegembiraan. Jelas di matanya dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan cucu Pak Hamid itu.
"Assalamualaikum. Selamat pagi Encik Ilham, Cik Alia". Tiba-tiba muncul Pak Hamid dari muka pintu.
Ditangannya terdapat beberapa beg plastik. Kemudian Pak Hamid meletakkan beg plastik tersebut di atas meja di dapur, di hadapan Ilham Iskandar dan Alia Farhana.
"Ni Pak Hamid ada bawakan sarapan. Dan ini.. Baju untuk Encik Ilham dan Cik Alia". Tangannya ligat mengeluarkan isi yang terkandung di dalam beg plastik tersebut.
Alia Farhana mengambil sarapan yang dibeli Pak Hamid dan menghidangkannya. Air teh'o strawberi juga telah pun siap dibuat. Pakaian yang dibawa oleh Pak Hamid tadi diletakkan di tepi seketika bagi mengisi perut dahulu. Selebihnya dia lebih menghormati Encik Ilham dan Pak Hamid di situ.
"Pak Hamid. Jom makan sekali". Alia Farhana mempelawa Pak Hamid untuk makan bersama sambil tangannya meletakkan bungkusan nasi lemak di atas pinggan untuk Encik Ilham. Disuakan juga air teh'o strawberry kepada lelaki itu.
"Eh tak pe lah. Pak Hamid dah makan tadi dengan Mak Ina. Mak Ina kamu tu kalau tak makan sama - sama dia maunya merajuk tujuh hari tujuh malam. Jenuh kang Pak Hamid nak pujuk". Ilham Iskandar dan Alia Farhana terus ketawa apabila mendengar jawapan daripada Pak Hamid itu. 'Sweetnya dia orang ni'. Kata Alia Farhana dalam hati.
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Selesai bersarapan, Alia Farhana dan Ilham Iskandar bergegas bersiap. Kereta yang rosak perlu di hantar ke bengkel segera. Jika lambat dikhuatiri mereka terpaksa bermalam di Villa Casandra lagi. Risau pula nanti ibu Alia Farhana di rumah. Ye lah. Alia Farhana tu masih anak dara. Tiada ikatan apa pun dengan Ilham Iskandar. Buatnya terjadi apa-apa susah pula. Aishh mintak jauhla!!
Memandangkan kereta dah selamat di hantar ke bengkel untuk dibaiki, Pak Hamidlah yang akan menjadi pemandu kepada majikannya itu. Selepas menguruskan kereta Ilham Iskandar, Pak Hamid membawa mereka ke rumahnya untuk melawat anaknya yang baru lepas melahirkan cucunya.
Kelihatan Mak Ina sudah tersenyum-senyum dari kejauhan apabila kereta yang dipandu Pak Hamid memasuki perkarangan rumah mereka.
"Assalamualaikum. Tahniah Mak Ina. Dapat cucu perempuan". Ucap Alia Farhana setelah turun dari kereta. Disalaminya Mak Ina dengan senyuman manis.
"Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Terima kasih Cik Alia. Meh masuk meh. Boleh tengok baby". Laju saja tangan Mak Ina menarik tangan Alia Farhana agar segera masuk ke dalam rumah. Tak sabar rasanya mahu tunjuk kepada mereka cucu pertamanya itu. Ilham Iskandar yang berada di belakang hanya tersenyum melihat gadis itu ditarik oleh Mak Ina. Dia membuntuti mereka menuju ke bilik cucu Mak Ina itu.
×××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Selepas melawat cucu Pak Hamid dan Mak Ina, Ilham Iskandar dan Alia Farhana mohon beredar dahulu. Kedua orang tua itu mempelawa mereka untuk makan tengah hari di rumah mereka tetapi ditolak baik oleh Ilham Iskandar kerana tidak mahu mengganggu anak cucunya yang sedang berehat. Alia Farhana pula hanya mengikut sahaja ke mana Ilham Iskandar pergi.
Oleh kerana kereta masih berada di bengkel & tidak mahu menyusahkan Pak Hamid untuk membawa mereka ke mana-mana, Ilham Iskandar telah meminjam kereta Pak Hamid untuk tujuan itu. Selebihnya dia mahu menghabiskan masa berduaan dengan gadis yang dia rasakan semakin menjadi istimewa di hatinya.
Selepas hari ini entahkan dapat bertemu lagi atau tidak dengan gadis itu. Dia sendiri tidak pasti. Walaupun hatinya memberontak ingin menghalang gadis itu daripada pergi, namun dia tidak boleh berbuat apa kerana jawatan Setiausaha yang disandang gadis itu hanya sementara. Manakan mungkin jawatan Setiausaha itu disandang oleh dua orang di dalam syarikatnya. Tidak pernah lagi berlaku sejak syarikat itu ditubuhkan.
"Encik Ilham. Oo Encik Ilham. Jauh termenung". Sungguh jauh lamunannya terbang melayang tatkala di tegur Alia Farhana. Dia memandang gadis di hadapannya. Lama dia merenung wajah gadis itu. Mulutnya ingin saja meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Tetapi otaknya menghalang untuk melafazkannya. Mungkin juga dia belum bersedia. Atau dia takut jika Alia Fahana juga seperti Hana. Ohh.. Tak mungkin gadis itu seperti Hana. Alia Farhana dilihatnya bukan seperti gadis lain yang suka menggedik di depannya. Lagi-lagi dengan jawatan yang disandangnya. Ramai perempuan yang ingin mendekatinya hanya kerana wang!
"Encik Ilham? Encik Ilham okey tak ni?? Kenapa pandang saya macam tu?? ". Alia Farhana bertanya kepada lelaki di hadapannya setelah menyedari lelaki itu tidak berkata apa-apa selepas dia menegur lamunannya tadi.
"Dah sudah makan tu? Jom kita ke bengkel kereta. Tadi dah dapat call katanya dah siap baiki dah tu". Ilham Iskandar tidak menjawab soalan Alia Farhana sebaliknya menjawab dengan soalan juga.
"Hah dah. Dah siap dah". Jawab Alia Farhana. Terpinga-pinga sekejap dia dengan perlakuan Ilham Iskandar itu. Dilihatnya lelaki itu terus bangun menuju ke kereta. Berkerut dahinya. Angin apa pula yang singgah menyapa lelaki ni. Tadi elok aje berborak suka-suka. Tiba-tiba moody pulak. Datang bulan kot. Oppss.. hehe..
×××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××
Lebih kurang jam 5.30 minit petang, Ilham Iskandar dan Alia Farhana memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Alhamdulillah kereta Ilham Iskandar telah dibaiki dengan baik dan bolehlah mereka pulang dengan selamat. Mudah-mudahan hendaknya.
Jam telahpun menunjukkan pukul 10 malam ketika mereka sampai di Kuala Lumpur. Ilham Iskandar menghantar pulang Alia Farhana sehingga di hadapan rumah. Kemudian barulah dia beredar pulang ke rumahnya.
Letih sungguh rasa badan setelah hampir 6jam memandu. Selesai mandi, Ilham Iskandar terus merebahkan diri di atas katil. Terasa lega segala urat sarafnya yang agak tegang. Solat Maghrib dan Isyak sudahpun dia tunaikan ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur tadi.
Dia memejamkan mata seketika. Badan letih tetapi mata seperti tidak mahu tidur. Fikirannya menerawang jauh. Terlintas wajah manis Alia Farhana dalam fikirannya. Matanya terbuka. Memandang siling. Ilham Iskandar tersenyum tiba-tiba. 'Ah. Gadis itu selalu buat hati aku ni berebar'.
Dia mencapai telefon bimbitnya dan membuka galeri foto. Satu-satu gambar di lihatnya. Bibirnya mengukir senyuman. Tak sangka banyak juga gambar gadis itu di dalam telefonnya. Masa bersama Hana dulu jarang sekali dapat meluangkan masa berdua seperti itu. Inikan pula nak ada banyak gambar berduaan seperti bersama Alia Farhana.
Lama ditenungnya wajah manis milik Alia Farhana. Hatinya sering tidak keruan bila bersama gadis itu. Adakah gadis itu juga merasa benda yang sama sepertinya? Atau hanya dia saja yang bertepuk sebelah tangan? 'Aku dah jatuh cinta pada dia kah? Atau aku hanya suka berkawan dengan dia? Tapi hati aku dah hancur kerana kecurangan Hana! Aku masih tak serik lagi kah? Mungkin juga Alia pun seperti Hana. Hanya mahu mempermainkan perasaan aku. Tapi aku tak rasa Alia macam tu. Dulu pun aku tak rasa Hana seperti itu. Tapi akhirnya aku ditipu juga!! Arghhh!!!! '
Ilham Iskandar membuka aplikasi whatsapp. Ditekannya pada nama 'Alia'.
"Assalamualaikum. Dah tido ke tu?“
"Waalaikumussalam. Tengah baring2 ni tunggu mata terlelap je ni. Ada apa en Ilham mesej ni?"
"Hmm xde apa. Saja je mesej awak. Xbole nak tido pulak sy mlm ni. Tgk2 pic kat cameron. Teringatkan awak".
"Eh. Sy pun sama la en ilham??"
"Means? Awk pun teringatkan sy ke?"
"Teringat? Ye kot.. Sbb sy pon tgh tgk2 gmba kita ni td. Hehe.. Terima kasih ye en ilham. Sy akn igt semua memori indah ni ????"
"Lepas ni awk dh xde kat office xdelah kwn mkn sy. Xde dah la Nescafe power awk tu. Mesti sy rindu nanti".
Gulpp. Terkesima sekejap Alia Farhana mendengarnya. 'Rindu? Encik Ilham rindu aku?? '
"Alia?"
"Alia? Dah tdo ke?"
"Sori2 en ilham. Terlelap pulak sy. Sy tdo dlu ye en ilham. Mengantuk dah sampai ni ?? Nanti kita chit chat lg ek".
"Ok. Gud nite. Jgn lupa mimpikn sy tau sayang".
"Nite en ilham ????"
Alia Farhana meletakkan telefonnya di tepi bantal. Mengantuk sungguh matanya ketika itu. Apa yang dibualkan bersama Ilham Iskandar tadi pun tidak difikirkannya lagi. Yang dia tahu dia mahu tidur segera.
????????????????????????????????
Share this novel