KATA - KATA PENGHARGAAN

Romance Completed 43587

Assalamualaikum buat semua pembaca.

Alhamdulillah syukur akhirnya siap juga novel TAKDIR CINTAKU ini setelah 3 tahun mengambil masa untuk menyiapkannya.

Pertama - tamanya saya ingin meminta maaf kerana update yang sangat perlahan daripada saya selama pembikinan novel ini. Sering membuatkan semua tertunggu - tunggu. Terima kasih kerana masih ada juga yang setia menanti kesudahan cerita ini. Alhamdulillah.

Keduanya, saya nak ucapkan Terima kasih yang tidak terhingga buat semua pembaca yang sudi membaca novel yang tidak seberapa dari saya ini dan menjadi sebahagian daripada pengikut saya. Saya hargainya.

Saya juga ingin meminta maaf andainya ada jalan cerita dalam novel ini dan penggunaan ayat yang kurang sesuai, yang telah menyinggung perasaan semua, saya mohon maaf ye.

Akhir kata dari saya,

Buah delima sedap rasanya,
Enak juga buah duku,
Terima kasih buat semua pembaca,
Sudi membaca Novel TAKDIR CINTAKU.

Salam Sayang;
Qilah Razak??
24.7.2022 / 1.32 pagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience