BAB 41
Pemeriksaan kesihatan dan report polis telahpun dibuat. Ilham Iskandar juga telah membuat pemeriksaan HIV ke atas dirinya. Dia takut jika dirinya dijangkiti penyakit yang ditakuti oleh semua manusia itu. Selama setahun dia terpaksa melayani kehendak Hana membuatkan dia trauma akan sebarang penyakit yang mungkin akan dihidapinya. Namun Allah masih menyayanginya kerana dirinya tidak dijangkiti dengan penyakit itu. Syukur alhamdulillah.
Sepanjang satu hari itu, Harris Hakimi dan Alia Farhana setia menemani Ilham Iskandar menguruskan hal berkaitan penculikannya itu. Kertas siasatan telahpun dibuka dan pihak polis akan menyiasat kes tersebut.
Selepas semua urusan di Kuala Lumpur selesai, Ilham Iskandar pulang ke Johor Bahru untuk bertemu ummi dan abah. Mereka sungguh terkejut dan tidak menyangka semua yang berlaku adalah angkara Hana. Namun mereka sangat bersyukur kerana Ilham Iskandar akhirnya pulang ke pangkuan mereka dengan selamat.
Selama seminggu Ilham Iskandar menghabiskan waktunya di Johor Bahru. Kini dia pulang ke Kuala Lumpur dengan azam yang baru iaitu ingin mendapatkan semula kekasih hatinya, Alia Farhana.
Setiap hari dia akan duduk di dalam kereta berhampiran rumah Harris Hakimi untuk memerhatikan setiap gerak geri rutin harian wanita itu bersama adiknya.
Suatu hari, dia melihat Alia Farhana berseorangan keluar dari rumah menaiki sebuah kereta. Pada pengamatannya, wanita itu telah menaiki grab untuk ke suatu tempat. Dia mengekori wanita itu sehingga sampai ke destinasi dituju.
Alia Farhana turun dari kereta di hadapan sebuah kompleks membeli belah dan memasuki bangunan tersebut. Setelah memakirkan keretanya, Ilham Iskandar terus mencari kelibat Alia Farhana dan menyapa wanita itu.
“Assalamualaikum, Sayang.” Alia Farhana terkejut melihat figura di sebelahnya.
“Waalaikumussalam. Abang buat apa kat sini? Bila Abang balik KL?.”
“Dah seminggu dah Abang balik sini, Sayang. Mana Kimi? Kenapa keluar sorang - sorang ni?.”
“Harris sibuk. Lagipun dia ada meeting penting hari ni. Saya tak naklah susahkan dia.”
“Owh... Sayang nak ke mana je ni? Abang teman ye?.”
“Nak belanja barang dapur sikit ni. Err... Tak pelah Bang. Saya boleh belanja sorang - sorang.” Alia Farhana menolak.
“Bolehlah Sayang. Hari ni Abang nak spend masa dengan Sayang. Abang rindu sangat kat Sayang.”
“Tapi tak manislah kalau orang tengok. Saya kan isteri orang.”
“Bukannya orang tahu siapa suami Sayang. Boleh ya Sayang. Abang teman, okeh?.”
“Hmm... Ikut Abanglah.” Setelah berfikir, akhirnya Alia Farhana membenarkan Ilham Iskandar menemaninya berbelanja barang dapur. Pada mulanya memanglah dia tak nak. Tetapi jika dihalang juga tentu lelaki itu tetap akan mengekorinya. Jadi dia membenarkan juga kerana malas mahu berbalah di tempat awam itu dan takut lagi kecoh jadinya nanti. Cadangnya dia mahu cepat - cepat membeli apa yang diperlukan dan pulang ke rumah secepat mungkin. Dia jadi tidak selesa apabila bersama Ilham Iskandar. Mungkin kerana kini dia telahpun menjadi isteri orang lain dan lagi pula mereka telah lama tidak berjumpa.
“Jom kita pergi makan dulu. Abang laparlah. Jom Sayang.” Ajak Ilham Iskandar setelah mereka selesai berbelanja.
“Err.. Saya nak baliklah Bang. Dah lewat ni.” Alia Farhana mengerling jam tangannya. Sudah pukul 1 petang.
“Alaaa Sayang. Jomlah. Sekejap aje. Please.” Ilham Iskandar merayu.
“Hmm.. Yelah. Tapi sekejap je tau.”
“Okeh. Jom.” Ilham Iskandar tersenyum gembira. Mereka menuju ke sebuah restoran yang ada di dalam bangunan itu. Lebih kurang 40 minit, mereka pun beredar dari situ dan mahu pulang.
“Abang hantar Sayang balik, okeh.”
“Eh. Tak payahlah Bang. Buat susah Abang aje.”
“Kenapa pulak susah? Tak ada susahnya Sayang. Takkan Abang nak biar Sayang balik sendiri dengan barang banyak, mengandung lagi... Mana boleh Abang biarkan. Dah jom Abang hantar balik.”
Setelah di desak, akhirnya Alia Farhana terpaksa juga setuju. Dia mengikut langkah Ilham Iskandar ke kereta. Lelaki itu membukakan pintu di sebelah penumpang untuknya dan kemudian dia memasukkan semua barangan yang di beli di dalam bonet belakang kereta.
“Sayang makin cantik bila mengandung ni. Comel.. Manis aje Abang tengok.” Puji Ilham Iskandar semasa sedang memandu.
“Sama jelah Abang. Saya ni biasa aje. Tak ada cantik mana pun.”
“Sayang tetap sama macam dulu. Tak berubah pun. Sebab tu Abang sayang, Sayang.”
“Abang. Janganlah panggil saya Sayang. Saya kan isteri orang. Saya tak selesalah. Kalau Harris dengar kan tak sedap.”
“Sayang bahagia dengan Kimi?.”
“Alhamdulillah. Allah timbulkan rasa bahagia tu juga akhirnya.”
Ilham Iskandar mengganggukkan kepalanya. Namun dia tidak menjawab.
“Err..kita nak ke mana ni?. Rasanya ni bukan jalan balik ni.” Alia Farhana yang menyedari laluan yang di lalui mereka itu bukanlah jalan yang menuju ke rumahnya. Ilham Iskandar hanya senyap sehinggalah mereka berhenti di satu tempat.
“Sayang ingat tak tempat ni?.” Soal Ilham Iskandar setelah memberhentikan kereta dan membuka tali pinggang keledar. Awan mendung di langit menandakan hari mahu hujan ketika itu. Sesekali kedengaran bunyi guruh di langit.
“Kita balik, Abang.”
“Tempat nilah yang menjadi saksi kita berciuman dulu. Sayang ingat tak?.”
“Jangan cakap benda ni Bang. Saya tak selesa.”
“Sayang nak tahu tak. Sayanglah perempuan pertama yang Abang sentuh. Maksud Abang... Sayanglah orang yang pertama yang Abang cium. Masa dengan Si Hana ‘perempuan gila’ tu dulu, Abang tak pernah pun buat macam tu dengan dia. Entah kenapa dengan Sayang Abang boleh buat. Dan... Abang nak buat.”
“Abang minta maaf sebab Abang tak datang masa hari pernikahan kita. Abang menyesal sebab terpedaya dengan muslihat Hana tu. Sekarang... Sayang dah kahwin dengan Kimi. Abang.... Tak tahu nak buat macam mana. Jiwa Abang tak kuat nak hadap semua ni. Abang masih nakkan Sayang jadi isteri Abang. Kita kahwin ya, Sayang?.”
“Astaghfirullah al azim. Mengucap Abang. Redhalah. Terimalah hakikat yang kita tak mungkin dapat bersama. Saya dah kahwin. Saya isteri orang. Kita tak boleh kahwin.”
“Sayang... Minta cerai dengan Kimi. Lepas tu kita kahwin.” Ilham Iskandar cuba memujuk Alia Farhana dengan memegang kedua belah tangannya. Wanita itu menepis.
“Allahuakbar. Tak boleh, Abang. Tak boleh. Saya tak nak di sebabkan benda ni saya tak cium bau syurga. Tolong Bang. Hantar saya balik.”
Tiba - tiba Ilham Iskandar menangis. Teresak - esak seperti budak kecil. Hujan pula sudah mula turun dengan lebatnya. Alia Farhana panik melihat keadaan Ilham Iskandar itu. Namun apa dayanya. Dia tidak boleh buat sesuatu yang akan membawanya kepada dosa.
“Abang. Jangan macam ni. Abang kena kuat. Tolonglah. Redha dengan ketentuan Allah ni.”
“Sayang masih sayangkan Abang?.” Soal Ilham Iskandar dalam esak tangisnya.
“Soalan apa ni? Saya tak boleh sayangkan Abang. Saya isteri orang, Abang. Saya tak boleh.”
“Sayang.” Tiba - tiba Ilham Iskandar berpaling menghadap wanita di sebelahnya. Dia merapatkan dirinya kepada Alia Farhana.
Entah kenapa dadanya tiba - tiba berdebar ketika memandang Alia Farhana. Hatinya membuak ingin mengucup bibir itu lagi. Tanpa berfikir panjang, Ilham Iskandar terus menyambar bibir merah Alia Farhana. Wanita itu terkejut dengan tindakan Ilham Iskandar itu. Dia menolak tubuh Ilham Iskandar sekuat tenaganya.
“Abang! Apa Abang buat ni?!.” Alia Farhana berasa takut dengan kelakuan Ilham Iskandar yang menciumnya secara tiba - tiba.
Ilham Iskandar tidak menjawab. Malah dia terus memagut bibir Alia Farhana dan menciumnya dengan penuh berahi. Alia Farhana meronta tetapi kesudahannya dia tidak berdaya untuk menolak tubuh Ilham Iskandar daripada mengucupnya.
Setelah beberapa minit mereka berkucupan, entah kenapa Alia Farhana telah membalas ciuman Ilham Iskandar itu tanpa sedar. Ingatannya terimbau semula kenangannya bercumbuan mesra buat pertama kalinya dulu bersama lelaki itu. Ya. Dia mengaku yang dia sememangnya masih menyayangi Ilham Iskandar. Jauh di lubuk hatinya dia amat merindukan lelaki itu.
“Sayang. Abang sayangkan Sayang sepenuh hati Abang. Abang tak boleh hidup tanpa Sayang. Abang merana selama setahun dulu. Abang tahu Sayang masih sayangkan Abang. Abang akan tunggu Sayang.” Selepas berkata - kata, Ilham Iskandar menyambung lagi ciumannya sehingga dia benar - benar puas dan mendapat jawapan yang di carinya. Tidak semena - mena air mata Alia Farhana mengalir keluar dari tubir matanya. Perasaannya bercampur baur ketika itu. Takut, rasa berdosa... Rasa sayang yang masih belum hilang buat lelaki itu membuatkan dia menangis.
Ilham Iskandar menurunkan sedikit kerusi Alia Farhana agar lebih selesa mereka berkucupan. Sesekali tangan Alia Farhana menolak tubuh Ilham Iskandar kerana merasa agak kelemasan. Dadanya turut berombak kencang dengan apa yang mereka sedang lakukan. Dia dapat merasa dengan jelas perasaan lelaki itu terhadap dirinya. Penuh dengan rasa cinta dan rindu yang dia sendiri tidak dapat jelaskan sebanyak mana rasa sayangnya itu. Amat mendalam.
“Cukup Abang. Cukuplah. Saya tak nak. Jangan buat saya macam ni.”
“Shhh... Tapi Abang masih tak puas bersama Sayang. Abang nak lagi, Sayang.”
“Please Abang. Dah lewat ni.” Tiba - tiba Ilham Iskandar tersentuh perut Alia Farhana yang memboyot itu. Dia memandang ke arah perut wanita itu.
“Sepatutnya ini anak Sayang dengan Abang kan. Patutnya dalam ni benih Abang bukannya Kimi.”
“Abang please. Kita memang tak ada jodoh. Tolonglah redha.”
“Susah Abang nak terima takdir macam ni Sayang. Abang tak kuat nak lepaskan Sayang macam tu aje. Abang tak kuat.”
“Jangan macam ni Abang. Percayalah. Pasti ada hikmahnya di sebalik semua ni. Jom kita balik Abang.”
Alia Farhana merayu sekali lagi mengajak Ilham Iskandar untuk menghantarnya pulang. Namun lelaki itu masih memandangnya dan tidak berkata apa. Hatinya semakin runsing dan takut jika Ilham Iskandar cuba melakukan sesuatu di luar jangkaannya.
Perlahan - lahan Ilham Iskandar merapatkan wajahnya kepada Alia Farhana dan sekali lagi dia mengucup bibir wanita itu.
Setelah beberapa minit mereka bercumbuan, akhirnya Ilham Iskandar berhenti.
“Maafkan Abang, Sayang. Abang tak boleh nak kawal perasaan Abang. Abang minta maaf. Terima kasih, Sayang. Jom kita balik.” Ilham Iskandar menaikkan semula kerusi yang di duduki Alia Farhana. Dia tersenyum sedikit kepada wanita itu. Selepas apa yang dia lakukan kepada Alia Farhana tadi barulah dia mendapat jawapan yang dia cari. Wanita itu masih menyayanginya!. Dia dapat merasakannya daripada ciuman wanita itu. Ya! Ia masih sama seperti dulu ketika masa mula - mula mereka melakukannya. Rasa sayang dan kehangatan cinta yang masih sama. Dia yakin dan percaya yang Alia Farhana masih menyayanginya.
Alia Farhana mengelap mulutnya yang basah dek air liur Ilham Iskandar. Dia membetulkan tudungnya yang agak tidak kemas. Sepanjang perjalanan pulang, Alia Farhana hanya mendiamkan diri. Kini perasaan takut mula menyelubungi dirinya apabila teringatkan Harris Hakimi, suaminya. Dia berasa amat berdosa. Bagaimana dia mahu berdepan dengan suaminya itu setelah sampai di rumah nanti. Jam sudah pun menghampiri pukul 5 petang ketika mereka tiba di hadapan rumah. Dadanya berdegup kencang tatkala terpandangkan susuk tubuh suaminya yang baru keluar dari keretanya. Itu menunjukkan bahawa suaminya telah pulang awal hari itu. Dadanya semakin sesak dan fikirannya mula mengatur ayat yang sesuai untuk bercakap dengan suaminya itu nanti.
Hujan telahpun berhenti. Ilham Iskandar memberhentikan kereta betul di hadapan pagar rumah Harris Hakimi. Dari dalam kereta dapat dilihat raut wajah Harris Hakimi yang serius dan keningnya berkerut menunjukkan dia tertanya - tanya kenapa isterinya boleh ada bersama abangnya. Sedangkan dia diberitahu tadi oleh isterinya itu yang dia akan ke mall menaiki grab.
“Assalamualaikum, Biy. Awal balik hari ni?.” Alia Farhana menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya. Dia cuba sebaiknya mengawal nada suaranya yang bergetar saat itu agar tidak dapat dihidu oleh suaminya akan kegusaran di hatinya.
“Waalaikumussalam. Saja Biy balik awal hari ni. Sayang dari mana ni? Kata nak belanja barang dapur?.” Soal Harris Hakimi kemudiannya.
“A'ah. Tu hah barangnya. Biy biar situ jelah. Sayang panggil Kak Mun mintak bawakkan ke dalam. Sayang masuk dulu. Letih.”
“Okeh, Sayang.” Harris Hakimi menghantar pemergian isterinya dengan pandangan matanya saja. Kemudian dia memandang abangnya pula.
“Bila Abang balik KL? Ummi dengan Abah sihat?.”
“Minggu lepas lagi Abang dah balik sini dah. Ummi dengan Abah sihat alhamdulillah.”
Harris Hakimi mengangguk. Kemudian dia mempelawa abangnya masuk ke dalam rumah. Tetapi abangnya menolak dengan alasan hari sudah lewat petang.
Selepas abangnya pulang, Harris Hakimi masuk ke dalam rumah dan terus masuk ke dalam kamar tidurnya. Dia mencari isterinya namun tiada. Alia Farhana yang berada di dalam bilik air ketika itu sedang menangis semahu - mahunya. Dia merasa jijik pada diri sendiri kerana telah melakukan sesuatu yang amat berdosa pada Tuhan dan suaminya.
Harris Hakimi mengetuk pintu bilik air setelah menyedari isterinya itu berada agak lama di dalamnya.
Tok! Tok! Tok!
“Sayang? Sayang okey ke tu? Lamanya Sayang dalam bilik air. Sayang okey tak?.”
Beberapa minit kemudian, Alia Farhana pun keluar dari bilik air. Dia agak terkejut melihat suaminya yang masih menunggu di hadapan pintu tersebut.
“Sayang okey tak ni?.” Soal Harris Hakimi setelah isterinya melangkah keluar.
“Sayang okehlah Biy. Sakit perut sikit.” Bohong Alia Farhana.
“Baby okey tak? Sakit lagi tak perutnya sekarang? Sayang okeh tak ni?.” Soal Harris Hakimi lagi. Dia agak kalut apabila mendengar isterinya sakit perut. Risau sungguh dia.
“Okeh dah ni Biy. Sakit perut biasa je. Biy ni. Risau tak bertempat aje. Dahlah pergilah mandi sana. Sayang nak solat dulu.”
“Betul ni Sayang okey?.”
“Iya Biy. Sayang tak apa - apa. Dah. Dah. Pergi mandi sana.” Alia Farhana terus meninggalkan Harris Hakimi di hadapan bilik air. Jika dilayan, makin berpanjangan pula nanti. Sudahlah hatinya tidak berapa tenang selepas kejadian petang tadi. Sebolehnya dia akan cuba sorokkan perkara itu buat sementara waktu ini. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu suaminya akan apa yang berlaku. Mana mungkin suaminya tidak akan apa - apa. Tentu saja lelaki itu akan marah dan dia sendiri takut untuk membayangkan apa yang akan terjadi nanti. Risau jika suaminya melakukan sesuatu diluar jangkaannya.
Malam itu, ketika masing - masing sudah berada di atas katil bersedia untuk beradu, Harris Hakimi mendekati Alia Farhana kerana ingin ‘bersama’. Namun apa yang mengejutkannya, isterinya itu telah menolak permintaannya. Harris Hakimi berasa hairan dengan tindakan Alia Farhana itu.
“Sayang penatlah Biy. Lain kali boleh kan. Sayang nak tidur.”
“Biasa Sayang okey je kalau Biy nak. Kenapa malam ni Sayang tak nak pulak.” Harris Hakimi sudah mula mencium sekitar leher Alia Farhana ingin memulakan apa yang diingininya.
“Biy. Tak naklah. Sayang penat. Sayang nak tidur.” Alia Farhana menepis perlakuan suaminya dan menarik selimut menutupi badannya sehingga ke paras leher. Harris Hakimi berkerut dahi. Hatinya mula bertanya sebab tindakan isterinya itu. Namun tidak diluahkan. Mungkin benar isterinya keletihan.
‘Biy... Maafkan Sayang. Sayang tak ada niat pun nak tolak permintaan Biy tu. Sayang terpaksa. Saya rasa malu pada diri Sayang, Biy. Sayang rasa jijik... Kotor... Sayang rasa hina sangat! Apa yang berlaku petang tadi di luar kawalan Sayang. Sayang tak berdaya. Ya! Sayang akui Sayang amat merindukan Abang Ilham. Sayang tak nafikan perasaan cinta tu masih ada dalam hati Sayang ni walaupun Abang Ilham tak datang masa pernikahan kami. Sepatutnya Sayang benci pada dia. Tapi bila dah tahu kebenarannya, Sayang rasa.... Entahlah. Kadang syaitan menghasut mengatakan sepatutnya Sayang tak perlu setuju dengan pernikahan kita ni. Tapi Sayang tak boleh nak buat apa. Semuanya terjadi begitu pantas. Dan sejujurnya, Sayang dah mula jatuh cinta semula pada Biy. Sayang, sayang sangat pada Biy. Ya... Sayang juga cintakan Biy. Ya Allah... Ujian apakah yang Kau berikan padaku ini? Mana mungkin aku memiliki keduanya sekali. Allahhh... Aku berdosa pada suamiku. Aku berdosa padaMu, Ya Allah.’
Tidak semena - mena air matanya jatuh ke pipi. Jiwanya celaru. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Begitu hebat ujian yang dia terima ini. Dan, bagaimana mahu dia memberitahu Harris Hakimi tentang keterlanjurannya berciuman bersama Ilham Iskandar? Dan apa yang amat memalukannya apabila tanpa sedar dia telah membalas ciuman lelaki itu dengan penuh rasa cinta dan rindu sama seperti waktu mereka bercumbuan dahulu. Bila teringatkannya, terasa malu yang teramat sangat. Dalam keadaan mengandung, boleh pula berhubungan dengan lelaki lain. Tapi semua itu bukan kemahuannya. Ilham Iskandar datang tanpa di duga.
Hatinya takut dan dia kian tertekan bila membayangkan sesuatu yang bakal berlaku sekiranya Harris Hakimi mendapat tahu. Tapi sampai bila perkara itu akan disembunyikannya? Lambat laun suaminya akan ketahuan juga. Apa yang akan terjadi pada ketika itu dia tidak mahu bayangkannya. Dia takut. Takut sehingga seluruh badannya menggigil.
‘Abang Ilham. Kenapa Abang muncul di saat saya sedang bahagia? Kenapa semua yang berlaku bukan kerana Abang yang mahu tinggalkan saya? Kenapa bukan sebab Abang memang nak kahwin dengan perempuan lain? Kalau tidak, ia takkan serumit sekarang. Dan... Kenapa dalam hati ini masih ada cinta untuk Abang?.’
Malam itu Alia Farhana menangis sendirian di sebalik selimut yang menutupi badannya. Dia membelakangkan Harris Hakimi agar lelaki itu tidak mengetahuinya. Puas berendam air mata, akhirnya dia terlena dengan pipi yang kebasahan. Doanya agar esok akan baik - baik saja.
Share this novel