BAB 16
Sebulan telah berlalu selepas kali terakhir Alia Farhana berjumpa dengan Ilham Iskandar. Sebarang pesanan whatsapp mahupun panggilan telefon tidak pernah diterima sepanjang tempoh 30 hari itu. Alia Farhana tertanya – tanya juga ke manakah menghilangnya lelaki itu. Dia membelek – belek telefon bimbitnya. Melihat conversation ‘wasap’ antara dia dan Ilham Iskandar. Rindu! Itulah yang dirasakan. Mungkinkah lelaki itu sudah tidak mahu berkawan lagi dengannya atau mungkin dia …
“Ah… Apa lah yang aku fikirkan ni? Encik Ilham mesti busy tu. Kalau tak tentu dia tak senyap macam ni. Eh. Yang aku ni dah kenapa? Aku tertunggu – tunggu ke apa ni ‘wasap’, call dia?.” Alia Farhana menggeleng – gelengkan kepalanya beberapa kali sambil menepuk pipinya agar tersedar dari mimpi. Mana mungkin lelaki itu mahu mencarinya. Siapalah dia di hati lelaki itu kan. Hanya dia yang ‘terperasan’ sendiri dengan tingkah laku lelaki yang bernama Ilham Iskandar itu terhadap dirinya.
“Alia. Jom lunch.” Alia Farhana tersentak dari lamunannya. Cepat – cepat dia menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul 1 tengah hari. Perut pun sudah terasa lapar. Dia melemparkan senyuman kepada Suzy, rakan sekerjanya.
“Jap. Saya kemaskan meja ni kejap.” Alia Farhana bergegas mengemas mejanya sebelum meninggalkannya.
“Okey. Jom.”
Tengah hari itu mereka makan di Warung Kak Milah yang terletak berhampiran dengan pejabat saja. Lagipun di situ makanannya sedap dan juga murah. Nak makan di kedai – kedai yang ada nama ni perlu fikir banyak kali. Maklumlah dengan gaji yang belum di terima dan harganya diluar jangkaan, lebih baik mereka berjimat cermat.
“Weh Alia… Alia. Tengok sape tu kat sana.” Alia Farhana yang sedang menceduk lauk ke atas pinggannya tiba – tiba disenggol bahu oleh Suzy.
“Apa dia Suzy. Tumpah ni kang lauk.” Alia Farhana memarahi Suzy kerana menyenggol bahunya. Kalau tumpah lauk yang diambilnya tu tak pasal – pasal kotor pula baju.
“Tu…tu. Awak tengok sana tu. Sape yang tengah duk makan tu.” Alia Farhana terus memandang ke arah yang ditunjukkan Suzy itu. Membuntang biji mata Alia Farhana ketika terpandangkan sekujur tubuh yang begitu dikenalinya itu. Tergamam mulutnya untuk berkata – kata.
“Ya Allah. ‘hensemnya’ diaaa.” Alia Farhana masih memandang ke arah yang dikatakan Suzy ‘hensem’ itu. Ya. Memang betul kata Suzy itu. Dia memang handsome. Kacak. Baik. Semuanya memang ada pada dialah! Ibarat Prince Charming!
“Eh. CEO pun makan kat kedai macam ni ke? Bukan ke orang – orang macam ni selalunya makan kat kedai – kedai mahal?.” Tiba – tiba Suzy bertanya. Dilihatnya Alia Farhana masih diam tidak membalas pertanyaannya. Dicuitnya lengan gadis itu.
“Yang awak ni dah kenapa? Pandang dia tak berkelip mata. Amboi.”
“Eh. Mana ada. Dah. Cepat ambik lauk apa nak makan. Masa berjalan ni.” Setelah mengambil lauk yang ingin dimakan, Alia Farhana terus berlalu meninggalkan Suzy untuk mencari meja kosong. Keadaan di warung itu pada ketika itu sungguh ramai orang. Kalau tidak berebut tempat alamatnya petang nantilah baru dapat duduk makan.
Matanya melilau mencari meja yang kosong. “Hah. Ada pun kosong.” Cepat saja langkah kaki Suzy menuju ke meja yang dikatanya kosong itu.
Tiba – tiba langkah kaki Alia Farhana terhenti. Meja yang dikatakan kosong itu rupanya tempat duduk lelaki yang Suzy kata ‘hensem’ tadi. Lelaki itu nampaknya sudah selesai makan bersama kawannya.
“Dah sudah kan, Encik? Kami nak duduk pula.” Suzy bertanya pada dua orang lelaki yang sedang bangun dari duduknya sambil tersenyum. Lelaki yang dikatakan ‘hensem’ oleh Suzy tadi duduk membelakangkan mereka.
“Hah. Dah.. dah. Silalah.” Jawab lelaki yang seorang lagi.
Ketika lelaki ‘hensem’ itu berpaling dan terlihat Alia Farhana, pergerakannya mati tiba – tiba.
“Alia.” Bibirnya mengukir senyuman.
“Errr… Encik Ilham.”
“Awak…” Dilihatnya penampilan gadis dihadapannya. Manis berbaju kurung. Arghhh… rindunya dia pada gadis ini. Terasa ingin dipeluk tubuh itu. Lama sungguh tidak berjumpa, berbual – bual, bergurau dan mengusik gadis yang bernama Alia Farhana itu. Hari ini Tuhan takdirkan mereka bertemu.
Suzy yang melihat sudah tertanya – tanya di dalam hati. Berkerut dahinya melihat mereka berbual – bual.
Alia Farhana meletakkan pinggan berisi nasi di atas meja. Tidak selesa dibuatnya apabila mata Suzy asyik memandang mereka kehairanan. Tentu pelbagai persoalaan sudah berlegar dalam kepala gadis itu.
“Encik Ilham sihat?.”
“Sihat. Sayang sihat? Sayang kerja…?.” Gulp… Air liur yang ditelan terasa perit tatkala mendengar Ilham Iskandar memanggilnya dengan perkataan ‘sayang’. Harap – harap Suzy tidak mendengarnya. Apa nak jawab kalau dia terdengar? Mesti jadi kontroversi nanti.
“Alhamdulillah saya sihat, Encik ilham. Saya kerja kat Tuah Agensi sekarang ni.” Jawab Alia Farhana. Dia tahu apa yang sedang bermain di minda Ilham Iskandar ketika itu. Tentu dia ingin tahu apa yang dirinya buat sekarang selepas tamat kontrak dengan syarikat Jaya Holding.
“Owh. Balik pukul berapa hari ni?.” Tanya Ilham Iskandar.
“Pukul 5, Encik Ilham.” Jawabnya ringkas.
“Okey. Petang ni saya ambil awak. Kat mana saya boleh ambil awak?.”
“Errr… Tak payahlah Encik Ilham. Saya naik Grab aje.” Alia Farhana menolak pelawaan Ilham Iskandar.
“Sayang jangan nak mengada. Tunggu kat bus stop depan office. Pukul 5 nanti saya datang.”
“Tapi Encik Ilham. Saya…” Belum pun sempat Alia Farhana menghabiskan ayatnya, Ilham Iskandar telah memotong kata – kata gadis itu.
“Takde tapi – tapi. Tunggu saya pukul 5 ni. Jangan pergi mana – mana. Full stop!”
Seperti biasa Alia Farhana sudah pasti tidak dapat menolak. Kelu lidahnya. Dia melihat Ilham Iskandar berlalu pergi begitu saja tanpa mendengar penolakannya. Perlahan dia mengeluh.
Baru beberapa minit yang lalu dia teringatkan lelaki itu. Tiba – tiba boleh pula berjumpa dengannya di Warung Kak Milah ni. Berdegup kencang jantungnya ketika melihat susuk tubuh lelaki yang dirinduinya itu.
“Hello cik kak! Nak bagi sape makan nasi ni? Jauh dah mamat ‘hensem’ tu pergi.” Tersentak Alia Farhana apabila terdengar suara Suzy memanggilnya.
‘Haish! Mesti ada soalan cepu emas ni.’ Kata Alia Farhana di dalam hati. Segera dia duduk dan menjamu nasi di dalam pinggan.
“Ehem… ehem… Awak kenal rupanya mamat ‘hensem’ tu ye? Wehhh… Ceritalah mana awak kenal dia. Lain macam aje tengok dia pandang awak. Ada apa – apa ke korang berdua ni?.” Suzy sudah tersengih – sengih sambil mengangkat – angkat keningnya memandang Alia Farhana.
“Ishh awak ni. Kita orang mana ada apa – apa. Sebelum ni saya kerja kat syarikat dia tu. Dah habis kontrak. Dia tu sekadar bos saya aje. Mana boleh lebih – lebih. No.. No.. No…”
“Eleh. Ye la tu. Semacam aje saya tengok renungan mata dia kat awak. Senyuman pun manis bukan main.” Kata Suzy lagi. Saja hendak menyakat rakan yang baru dikenalinya itu.
“Dah. Dah. Baik makan lekas. Dah nak pukul 2 dah ni.”
“Kan Alia kannn.” Alia Farhana tidak menidakkan dan tidak juga mengiakan usikan Suzy itu. Dia sendiri masih berteka – teki dengan perasaan Ilham Iskandar terhadapnya. Takkan dia nak kata ya pula. Walaupun hatinya sudah mula timbul perasaan suka kepada lelaki itu.
Mereka segera menyudahkan makan mereka. Jam telahpun menghampiri ke angka 2. Lambat masuk pula nanti mereka jika sibuk berbual – bual.
Nasiblah pejabat Tuah Agensi tu tidak jauh. Jadi taklah mereka berebut – berebut untuk pulang ke pejabat. Jalan kaki 5 minit saja sudah sampai.
Sebelum memulakan tugas selepas rehat itu, Alia Farhana menunaikan solat Zuhur dahulu di surau pejabatnya. Manakala Suzy pula tidak bersolat kerana datang bulan.
Alia Farhana membetulkan tudungnya sambil menyarung kasutnya diluar surau. Dia tidak perasan ada seseorang sedang perhatikannya.
“Tudung awak senget pun tetap cantik di mata saya. Cia.. Cia.. Cia…”
“Eh. Encik Faris. Tak perasan saya.”
“Manalah awak nak perasan saya ni kat sini. Dari tadi duk perbetulkan tudung tu. Sampai saya yang ‘hensem’ ni ada depan awak pun awak tak sedar.”
“Ada – ada jelah Encik Faris ni. Maaflah. Saya tak sedar Encik Faris datang.”
“Dahlah. Tak pe. Saja saya nak usik awak. Nanti lepas saya siap solat awak masuk bilik saya jap ye. Ada perkara saya nak bincang dengan awak.”
“Okey, Encik Faris. Baiklah. Saya pergi dulu ye. Nanti Encik Faris siap solat saya masuk bilik Encik Faris.”
Faris hanya membalas dengan anggukan. Selepas pamit, Alia Farhana terus ke mejanya sementara menunggu Pengurus Jabatannya selesai solat.
Selepas sepuluh minit, Faris pun selesai menunaikan solat. Alia Farhana yang sedang tekun menaip di komputer memberhentikan kerjanya sebentar setelah terlihat pengurusnya masuk ke biliknya.
Tok! Tok! Tok! Alia Farhana mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik pengurusnya.
Kedengaran arahan dari Encik Faris menyuruhnya masuk dari dalam bilik. Segera Alia Farhana memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik sederhana besar itu.
“Ya Encik Faris. Hal apa yang Encik Faris nak bincang dengan saya tu?.”
“Duduklah Alia.” Faris mengarahkannya supaya duduk dahulu sebelum dia memulakan perbincangan. Alia Farhana menarik kerusi di hadapannya lalu duduk.
“Macam ni Alia. Minggu depan saya perlu menghadiri satu meeting dengan Tuan Yusof dari Syarikat Yusof Insurans di Langkawi. Saya nak awak ikut saya sertai mesyuarat tu nanti. Saya nak awak belajar macam mana cara nak handle company besar macam syarikat Yusof Insurans tu.”
“Berapa hari bulan tu Encik Faris? Dan berapa lama kita di sana nanti?.” Tanya Alia Farhana.
“Hmm… 20 hari bulan kita bertolak dari sini. Meeting tu esoknya. Kita tidur satu malam. Saya tak nak nanti kita kelam kabut kalau bertolak 21 hari bulan tu. Better kita tidur semalam. Kita balik sini 23 hari bulan. Awak macam mana? Okey ke? Ada apa – apa masalah tak?.”
“Saya okey je Encik Faris. Tak de apa – apa masalah. Encik Faris don’t worry.” Jawab Alia Farhana sambil menunjukkan tanda ‘jangan bimbang’ pada jarinya.
“All right.. Good! Okey. Nanti awak jangan lupa bawa fail akaun Syarikat Yusof tu bersama. Lepas tu jangan lupa fail yang saya suruh siapkan tu. Nanti bagi saya semak dulu sebelum kita ke sana ye.” Panjang lebar pesanan Faris kepada Alia Farhana selaku pembantu akaunnya.
“Okey bos! Arahan diterima.” Jawab Alia Farhana sambil tangannya diletakkan di tepi dahi seperti tentera memberi tabik hormat kepada ketuanya.
“Bagus.” Ringkas jawapan Faris beserta senyuman lega kerana Alia Farhana tidak menolak tuntutan kerja yang memerlukan mereka ke Langkawi berdua untuk beberapa hari.
“Oh ye. Tiket flight dan bilik hotel saya dah minta Nina tempah. So, nanti kita tinggal bawak diri aje.” Faris tersengih selepas menghabiskan ayatnya. Jelas terlihat lesung pipit di kedua belah pipinya.
‘Aduh! Boleh tahan juga Encik Faris ni. Bertuahlah girlfriend dia kan. Dahlah handsome, kerjaya pun bagus. Boleh jadi rumah pun dah beli. Nanti dah kahwin tinggal cuci kaki aje. Fuhhh.. Untung betul!.’ Alia Farhana berkata di dalam hatinya.
Kemudian dia hanya membalas senyuman kepada lelaki di hadapannya sebelum meninggalkan bilik itu.
Siapa sangka selepas dia menamatkan kontrak sebagai Setiausaha Sementara di Syarikat Jaya Holdings, dia mendapat tawaran bekerja di Tuah Agensi pula. Rupanya dia ada meminta kerja di syarikat ini dulu bersama Syarikat Jaya Holdings. Tetapi rezeki di Syarikat Jaya Holdings mendahuluinya.
Dia juga semakin selesa bekerja di syarikat itu walaupun Tuah Agensi tidaklah sehebat Syarikat Jaya Holdings. Namun dia tetap bersyukur dan dengan itu dapatlah dia mengembangkan lagi bakat dan menambah pengalaman bekerja.
Share this novel