BAB 45
“Saya nak jumpa Puan ni sebab saya ada perkara nak dibincangkan mengenai Encik Harris.” Kata Doktor Razif yang merawat Harris Hakimi.
Pagi itu, Alia Farhana di panggil oleh doktor berkenaan kerana mahu membincangkan hal berkaitan suaminya. Ilham Iskandar turut menemani Alia Farhana untuk mendengar sendiri apa yang mahu dikatakan oleh doktor.
“Kenapa doktor dengan suami saya? Apa perkara yang penting tu?.” Soal Alia Farhana ingin tahu.
“Begini Puan, Encik. Kami dah berbincang bersama pakar dan bersetuju untuk menjalankan pembedahan ke atas Encik Harris bagi membuang ketumbuhan yang berada di bahagian kiri kepala suami Puan. Kami memerlukan tandatangan persetujuan pihak waris.”
“Pembedahan? Kalau buat pembedahan ni, suami saya boleh kembali sihat ke, doktor?.”
“Itu kami tak boleh janji, Puan. Semuanya kita serahkan kepada Allah swt. Kita doa sama - sama agar pembedahan ni berjalan lancar. Mudah - mudahan Allah beri keajaiban pada Encik Harris dan sembuh seperti sediakala. Cuma saya nak ingatkan, setiap pembedahan yang dilakukan tetap ada risikonya. Pembedahan ni kita buat sebab tak nak jangkitan kuman merebak ke seluruh badan Encik Harris. Kita tak mahu kuman - kuman ni terus merebak ke organ lain. Buat masa ni, hanya paru - paru sahaja dijangkiti kuman. Dengan lakukan pembedahan ni, kita boleh cegah daripada terus merebak. Tapi....”
“Tapi apa doktor?.”
“Tapi, berkemungkinan besar, Encik Harris akan hilang ingatan. Apa - apa pun, kita berdoa kepada Allah semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.”
“Maksud doktor, suami saya tetap takkan sembuh ke, macam mana?.”
“Macam saya cakap tadi, semuanya atas kehendak Allah swt. Sama - samalah kita berdoa semoga semuanya baik - baik saja. Pembedahan ni kita akan jalankan pada esok hari jam 9 pagi. Ini surat yang Puan perlu tandatangan. Puan baca dan sign di sini.”
Mereka keluar dari bilik doktor dengan membawa surat yang diberikan. Mereka perlu menyerahkan segera surat itu setelah keputusan dibuat samada bersetuju atau tidak dengan pembedahan yang disarankan oleh doktor.
Ilham Iskandar mengambil surat persetujuan itu dari tangan Alia Farhana dan membacanya dengan teliti. Selepas membacanya, dia bertanya pendapat Alia Farhana mengenai pembedahan tersebut.
“Macam mana Alia? Alia setuju ke dengan pembedahan ni?.” Tanya Ilham Iskandar. Alia Farhana yang sedang termenung, tersentak.
“Hah? Abang tanya apa?.”
“Abang tanya. Pembedahan ni macam mana? Alia setuju ke?.”
“Alia tak tahu Bang. Alia buntu. Tak tahu apa yang harus dibuat. Macam mana kalau operation ni membuatkan Harris lagi teruk?.”
“Alia. Jangan cakap macam tu. Kita ikhtiar okeh. Mana tahu Kimi lagi better bila jalani operation ni. Siapa tahu, kan? Kita usaha. Doktor pun dah cakap tadi. Operation ni dibuat sebab nak cegah kuman daripada terus merebak. Kalau Kimi tak dibedah, takut nanti kuman merebak seluruh badan dia. Takut makin teruk nanti.”
“Tapi... Kalau operation ni dibuat, berkemungkinan Harris akan hilang ingatan. Macam mana kalau dia tak ingat siapa saya? Anak dia?.”
“Doktor cakap ‘berkemungkinan’ je kan. Doktor pun tak pasti dengan tepat. Sekurang - kurangnya, Kimi hanya akan hilang ingatan dan bukannya tinggalkan kita. Right? Jadi sekarang ni, kita kena sepakat setuju dengan pembedahan ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semuanya.”
Alia Farhana mengangguk. Kemudian mereka ke wad bertemu dengan ummi, abah dan ibu Alia Farhana. Mereka menceritakan apa yang doktor sarankan untuk Harris Hakimi. Masing - masing bersetuju dengan cadangan yang di sarankan oleh pihak hospital.
Dengan lafaz bismillah, Alia Farhana menurunkan tandatangan persetujuan di atas surat yang diberikan. Semoga apa yang bakal berlaku nanti, Allah permudahkan segalanya.
Harris Hakimi juga telah di maklumkan tentang pembedahan yang akan dijalankan esok hari. Dia di minta untuk berpuasa bermula jam 12 malam nanti. Harris Hakimi kelihatan tenang ketika diberitahu. Malah dia masih mampu tersenyum kepada ahli keluarganya.
“Ummi. Ki..mi min..ta maaf. Am..punkan do..sa Ki..mi. Ha..lalkan su..su yang Um..mi be..rikan pa..da Ki..mi ye. Ka..lau ja..di apa..apa pa..da Ki..mi... Ummi ja..ngan na..ngis tau.”
“Apa Kimi cakap ni Kimi? Kimi tak ada dosa pun pada Ummi. Kalau ada pun, Ummi tak pernah simpan dalam hati. Ummi dah maafkan dah. Ummi dah halalkan dah semuanya. Kimi janganlah cakap macam ni. Janganlah tinggalkan Ummi. Kimi kan anak manja Ummi.”
Harris Hakimi tersenyum tipis. Dia memegang tangan Datin Ruhani dan menciumnya. Datin Ruhani tidak dapat menahan air matanya daripada gugur. Hatinya begitu sayu melihat anaknya yang seorang ini. Apa mungkin dia masih berpeluang melihat anaknya tersenyum lagi? Allah!! Takut dia mahu fikirkannya.
“A..bah. Ki..mi min..ta maaf se..bab tak da..pat te..ruskan bis..nes ke..luar..ga ki..ta. Am..punkan do..sa Ki..mi se..la..ma ja..di anak A..bah ye.”
Dato Razali menghampiri Harris Hakimi. Tiada kata yang mampu diluah dari mulutnya. Dia hanya mengangguk - anggukkan kepalanya saja. Air mata seorang ayah tidak mampu ditahan lagi. Sesungguhnya dia tidak kuat melihat keadaan anaknya sedemikian rupa.
“Mak.” Harris Hakimi memanggil ibu mertuanya pula. Puan Zalina datang menghampiri katil Harris Hakimi.
“Har..ris min..ta maaf se..bab tak da..pat ja..ga Alia la..gi. Am..punkan sa..lah si..lap Har..ris ye.”
“Mak maafkan. Harris menantu yang baik. Terima kasih sebab sudi jaga anak mak selama ni. Harris jangan banyak fikir ye. Sekarang ni Harris rehatlah. Kita doa sama - sama semoga semuanya dipermudahkan esok.” Puan Zalina juga tidak dapat menahan air matanya daripada terus gugur membasahi pipi.
Harris Hakimi tersenyum.
“Ki..mi re..dha de..ngan u..jian ni. Ja..nganlah me..na..ngis se..mua. In sya Allah se..mua..nya a..kan baik..baik.”
“Biyyy...” Alia Farhana menerpa ke arah Harris Hakimi. Dia menangis semahunya di sisi suaminya. Harris Hakimi memegang lembut kepala Alia Farhana.
“Ja..ngan na..ngis Sa..yang. Biy okeh..okeh aje.” Harris Hakimi mengusap lembut kepala isterinya.
“Biy. Sayang minta ampun kalau selama ni Sayang banyak lukakan hati Biy. Banyak lawan cakap Biy. Maafkan Sayang ye, Biy.”
“Biy dah la..ma ma..afkan se..mua sa..lah Sa..yang pa..da Biy. Biy redha Sa..yang ja..di is..te..ri Biy se..la..ma ni. Sa..yang is..te..ri yang baik. Te..ri..ma ka..sih su..di ja..di is..te..ri Biy. Biy sa..ngat sa..yangkan Sayang.”
“Sayang ikhlas kahwin dengan Biy. Biy jangan tinggalkan Sayang ye. Biy kena kuat tau lawan sakit Biy ni. Sayang tak boleh hidup tanpa Biy. Please Biy. Tolong jangan tinggalkan Sayang.”
“Ja..ngan ca..kap ma..cam tu Sa..yang. Ka..lau ja..di apa..apa de..ngan Biy... Sa..yang ke..na re..dha. Ke..na te..rima qa..da dan qa..dar ni. Sa..yang ke..na kuat. Te..rus..kan hi..dup. Be..sar..kan a..nak ki..ta.”
“Tapi Sayang nak besarkan anak kita sama - sama dengan Biy. Bukan sorang - sorang.”
Harris Hakimi menarik nafasnya perlahan sebelum bersuara lagi.
“Ka..lau Biy tak ada se..ka..li..pun... A..bang Is ada bo..leh be..sarkan a..nak ki..ta sa..ma - sa..ma de..ngan Sa..yang.”
Alia Farhana memandang suaminya dengan penuh tanda tanya. Apakah yang di maksudkan oleh suaminya itu? Apa mungkin suaminya akan.... Allahhh. Tolonglah jangan! ‘Tolonglah Tuhanku. Kau panjangkan usia suamiku ini agar kami dapat sama - sama besarkan anak kami nanti. Tolonglah jangan ambil dia daripadaku dulu.”
Hari itu berlalu dengan cepat sekali. Kini tibalah hari yang di nanti. Seisi keluarga setia menanti untuk menghantar Harris Hakimi ke dewan bedah pagi itu. Para doktor dan jururawat juga sudah bersedia untuk menjalankan tugasan berat yang di amanahkan.
“Kalau dah siap semua, bolehlah kita ke dewan bedah sekarang.” Ujar Doktor Razif.
Alia Farhana mendapatkan Harris Hakimi.
“Biy. Sayang tunggu Biy tau. Biy kena janji Biy akan lawan sakit Biy ni. Biy kena kuat demi anak kita tau. Sayang, sayang Biy. Sayang cintakan Biy.”
Harris Hakimi menggenggam erat tangan Alia Farhana. Isterinya sempat mencium tangan Harris Hakimi sebelum dibawa masuk ke dalam dewan bedah. Air matanya tidak henti - henti bercucuran. Ummi dan semua yang ada di situ juga tidak berdaya juga menahan air mata daripada gugur.
Satu jam sudah berlalu. Pembedahan masih berlangsung. Alia Farhana dan yang lain setia menunggu di luar dewan bedah. Sekejap duduk, sekejap berdiri Alia Farhana di situ. Hatinya tidak keruan. Ditambah dengan rasa kontraksi yang semakin kukuadan kerap kala itu membuatkan hatinya semakin berdebar. Sesekali dia memegang perutnya sambil menahan kesakitan kontraksi. Ilham Iskandar yang perasan akan raut wajah wanita itu mula menghampiri.
“Alia? Sayang okeh tak ni? Sorry. Sorry. Alia okeh tak ni?.” Tanya Ilham Iskandar dalam nada kerisauan sehingga tersasul memanggil Alia Farhana dengan perkataan ‘Sayang’.
Alia Farhana berkerut dahi menahan sakit. Terasa peluh dingin menuruni dahinya. Sesekali dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan.
“Okeh tak ni? Nampak pucat muka tu.” Soal Ilham Iskandar lagi.
Alia Farhana menggeleng kepala sambil dipejam matanya menahan kesakitan.
“Sakit.” Kata Alia Farhana sepatah.
“Sakit?.” Soal Ilham Iskandar inginkan kepastian. Alia Farhana mengangguk.
“Sakit Bang. Sakit sangat.” Alia Farhana memegang perutnya. Dia yang ketika itu sedang berdiri dan bersandar di dinding, terbongkok - bongkok menahan sakit kontraksi.
Ilham Iskandar melihat kain yang dipakai Alia Farhana basah di bahagian bawah. Cepat - cepat dia memanggil Ummi dan ibu Alia Farhana.
“Ummi! Mak! Alia nak bersalin ni!.” Jerit Ilham Iskandar.
Puan Zalina dan Datin Ruhani berlari mendapatkan Alia Farhana. Ilham Iskandar pula memaut lengan Alia Farhana agar wanita itu tetap bertahan daripada jatuh.
Aiman Farhan yang melihat bergegas memanggil jururawat yang berada berdekatan mereka.
Tidak sampai beberapa minit, jururawat yang bertugas ketika itu tiba dengan menolak wheelchair.
Ilham Iskandar membantu Alia Farhana duduk di atas wheelchair. Kemudian jururawat menolak kerusi roda tersebut menuju ke arah dewan bersalin. Puan Zalina mengekori anaknya sehingga sampai ke dewan bersalin yang terletak di aras 2. Ilham Iskandar juga turut membuntuti mereka.
Setibanya di hadapan dewan bersalin, jururawat tidak membenarkan sesiapa ikut masuk ke dalam sehingga dipanggil.
Puan Zalina dan Ilham Iskandar menunggu dengan sabar di ruangan menunggu di luar. Ilham Iskandar mundar mandir di hadapan pintu dewan bersalin itu. Hatinya tidak tenteram. Risau bercampur baur.
Setelah lebih kurang 1 jam menunggu, akhirnya jururawat keluar memanggil waris untuk menemani.
Pada mulanya, Ilham Iskandar berhasrat mahu menemani Alia Farhana. Namun dek kerana batas antara mereka yang bukan mahram, dia akur untuk tidak menghalalkan cara. Akhirnya, Puan Zalina yang masuk ke dalam labour room untuk menemani anaknya melahirkan.
Selepas setengah jam berlalu, Puan Zalina pun keluar dari dewan bersalin dengan senyuman bahagia di bibir. Ilham Iskandar yang melihat wajah ceria Puan Zalina itu turut melakarkan senyuman di bibir. Tahulah dia bahawa Alia Farhana sudah selamat melahirkan anaknya.
“Macam mana Alia, Mak?.” Soal Ilham Iskandar setelah dia mendapatkan Puan Zalina.
“Alhamdulillah. Alia dah selamat melahirkan baby lelaki. Dua - dua dalam keadaan baik.”
“Alhamdulillah.” Ucap Ilham Iskandar lega dan bersyukur.
“Ilham tunggukan Alia kat sini ye. Mak nak pergi bagitahu Ummi dengan yang lain.”
“Okeh Mak.”
“Kalau gitu Mak pergi dulu. Kalau ada apa - apa nanti bagitahu tau. Nanti Mak datang semula bawak beg pakaian Alia.”
Ilham Iskandar mengangguk. Puan Zalina terus beredar selepas memberikan pesanan. Tidak sabar rasanya mahu memberitahu besannya. Terlupa seketika tentang pembedahan menantunya, Harris Hakimi. Hatinya begitu gembira sekali menyambut kedatangan orang baru dalam ahli keluarganya.
Selama hampir 4 jam Alia Farhana berada di dalam dewan bersalin selepas selamat melahirkan anaknya secara normal. Ilham Iskandar tidak bosan menunggu adik iparnya itu dengan penuh sabar. Alia Farhana telah didapati demam selepas bersalin. Kerana itu dia masih belum di tempatkan di wad biasa sehingga keadaannya kembali stabil.
Setiap kali pintu dewan bersalin itu terbuka, laju saja kepalanya melihat siapakah yang keluar dari bilik itu. Tidak sabar sungguh hatinya mahu bertemu dengan Alia Farhana dan anaknya itu. Namun setelah beberapa jam menanti, akhirnya Alia Farhana keluar juga dari dewan bersalin tersebut bersama bayinya. Ilham Iskandar terus menerpa ke arah mereka yang sedang berada di atas katil yang ditolak oleh jururawat untuk dipindahkan ke wad biasa.
“Alia.” Ilham Iskandar tersenyum memandang wanita itu. Kemudian matanya beralih kepada bayi yang berada di sampingnya.
“Assalamualaikum Si Comel.” Ilham Iskandar memberi salam kepada bayi yang sedang tidur lena. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman semenjak Alia Farhana selamat melahirkan tadi.
“Encik. Tahniah. Kami hantar dulu Puan Alia ke wad ye. Nanti Encik boleh ke sana untuk azankan baby.” Ilham Iskandar mengangguk dengan senyuman.
“Baiklah. Terima kasih, nurse.” Jawab Ilham Iskandar dengan senyuman.
Setelah Alia Farhana di tempatkan di wad biasa, Ilham Iskandar datang sekali lagi bertemu Alia Farhana dan anaknya.
“Assalamualaikum, Alia.” Sapa Ilham Iskandar ketika masuk ke dalam wad.
“Waalaikumussalam, Abang.”
“Alia okey?.” Soalnya.
“Alhamdulillah. Alia okey aje. Harris macam mana, Abang? Ada apa - apa berita?.”
“Kimi masih dalam dewan bedah lagi. Masih belum keluar. Alia jangan fikirkan sangat ye. Alia kan baru lepas bersalin. Tak boleh runsing - rumsing. Nanti Alia jatuh sakit.”
“Kalau ada apa - apa berita, tolong bagitahu Alia cepat ye, Abang?.”
“Iye. Abang akan bagitahu Alia cepat - cepat. Sekarang ni, Alia rehat. Jangan banyak fikir. Pasal Kimi tu, In sya Allah tak ada apa - apa. Hmm... Abang nak dukung baby boleh tak?.”
“Boleh Abang. Dukunglah.” Balas Alia Farhana dengan senyuman.
Ilham Iskandar mengangkat bayi yang sedang lena di atas katilnya. Senyumannya tak lekang dari bibir. Terasa bahagia sangat pabila melihat anugerah Allah yang sangat comel ini. Walaupun bukan anaknya, namun hatinya jatuh sayang kepada makhluk Allah yang satu ini.
“Abang?” Panggil Alia Farhana.
“Ya, Alia.” Ilham Iskandar menoleh ke arah Alia Farhana.
“Azankan anak saya, boleh?.”
Ilham Iskandar mengangguk. Kemudian dia berdiri menghadap kiblat dan mengazankan bayi yang berada di dukungannya.
Ketika Ilham Iskandar sedang mengazankan bayi tersebut, Ummi, Abah, Puan Zalina dan Aiman Farhan masuk ke dalam wad. Masing - masing berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum. Alia Farhana pula entah mengapa sayu hatinya ketika mendengarkan azan yang dilaungkan di telinga anaknya oleh Ilham Iskandar. Air matanya menitis.
‘Biy. Cepatlah keluar dari dewan pembedahan tu. Anak kita dah lahir Biy. Comelll sangat anak kita, Biy. Biy tak nak tengok anak kita ke? Cepatlah keluar Biy. Sayang nak jumpa Biy.’ Luahnya di dalam hati.
Air mata Alia Farhana semakin deras mencurah di pipinya. Bahunya terhinjut - hinjut terbayangkan suaminya yang sedang bertarung nyawa di dalam dewan pembedahan. Puan Zalina menggosok perlahan belakang anaknya agar dia lebih tenang. Air matanya turut gugur melihat keadaan itu.
Usai Ilham Iskandar mengazankan, dia mencium pipi bayi yang sedang lena itu. Kemudian dia berpaling ke arah semua yang berada di situ. Dia menghulurkan bayi itu kepada Umminya.
Masing - masing sangat gembira dengan kelahiran cucu pertama dalam keluarga mereka. Masing - masing tidak sabar mahu mendukung si kecil itu.
Setengah jam kemudian, Ilham Iskandar beredar keluar dari wad Alia Farhana. Dia menuju ke dewan bedah untuk mengetahui keadaan terkini adiknya. Namun ketika dia sampai di sana, dewan bedah masih dalam pengoperasian. Masih tiada berita mengenai adiknya itu.
Dia melihat jam tangannya. Sudah hampir pukul 3 petang. Dia hampir terlupa mahu menunaikan solat fardhu Zohor tadi kerana begitu sibuk dengan urusan kelahiran Alia Farhana.
Ilham Iskandar menuju ke surau untuk menunaikan solat. Dia bergegas ke sana kerana tidak mahu terlepas khabar berita dari adiknya.
Selesai bersolat dan berdoa memohon agar dipermudahkan urusan adiknya dan sujud syukur di atas kelahiran anak adiknya, dia cepat - cepat keluar dari surau dan menuju ke dewan bedah.
Dadanya berombak laju tatkala tiba di hadapan dewan bedah. Kelihatan sebuah katil dan beberapa jururawat bersama doktor berada di situ. Ilham Iskandar melajukan langkah kakinya.
“Doktor? Adik saya macam mana?.” Soal Ilham Iskandar tergesa - gesa.
“Alhamdulillah. Operation tadi berjaya. Sekarang ni kesihatan Encik Harris dah semakin stabil. Tapi apa - apa pun, kami minta jangan terlalu beri tekanan pada dia ye. Kita takut tekanan darah dia naik mendadak dan akan beri kesan pada kesihatan dia. Kalau tak ada apa - apa lagi, saya pergi dulu.”
“Baik, Doktor. Terima kasih.”
Selepas bercakap dengan Doktor Razif, Ilham Iskandar mendapatkan adiknya yang sedang terbaring di atas katil.
“Allahuakbar adik aku. Kau tak ada apa - apa kan, Kimi? Aku takut sangat kehilangan kau. Syukurlah kau dah selamat jalani pembedahan ni. Anak kau dah lahir, Kimi. Nanti aku bawak Alia dengan anak kau jumpa kau ye.” Ilham Iskandar berbisik pada Harris Hakimi yang sedang terbaring tanpa sebarang respon.
“Encik. Maaf ye. Kami nak bawa Encik Harris ke wad. Nanti Encik bolehlah melawat pesakit di sana ye.” Ujar jururawat yang bertugas. Ilham Iskandar mengangguk dan jururawat tersebut berlalu pergi menuju ke wad 233 Melati untuk menempatkan Harris Hakimi.
Ilham Iskandar tergopoh -gapah berlari ke wad Alia Farhana untuk menyampaikan berita adiknya kepada mereka yang lain. Sesampai sahaja di sana, kelihatan Alia Farhana sudah terlena kepenatan. Ilham Iskandar dengan hati - hati memberitahu kepada keluarganya mengenai Harris Hakimi. Masing - masing mengucap syukur di atas pembedahan yang telah berjaya itu.
Datin Ruhani dan Dato Razali keluar dari wad itu dengan senyap kerana tidak mahu Alia Farhana terjaga dari tidur dan menuju ke wad 233 Melati untuk melihat sendiri keadaan anak mereka yang seorang lagi.
Beberapa minit berjalan, akhirnya mereka sampai di wad yang menempatkan Harris Hakimi. Dada Datin Ruhani berdebar - debar ketika memulas tombol pintu wad tersebut. Di dalam hatinya berdoa semoga anaknya baik - baik sahaja.
Masuk sahaja mereka di dalam, alangkah terkejutnya mereka apabila memelihat keadaan Harris Hakimi. Tidak semena - mena air mata jatuh membasahi pipi.
“Allahuakbar anak Ummi. Kimi.... Abang... Tengoklah Kimi ni. Kesian anak kita. Allah...” Bercucuran lagi air mata seorang ibu tatkala melihat keadaan anak yang terbaring lemah tidak berdaya.
“Sabarlah. Ini ujian untuk kita semua. Kimi seorang anak yang kuat. In shaa Allah dia boleh lalui semua ni. Sama - samalah kita doakan kesembuhan anak kita ni.”
Doktor memberitahu yang Harris Hakimi akan sedar daripada tidurnya apabila ubat bius yang diberikan semasa pembedahan habis. Oleh itu, ahli keluarga yang datang melawat tidak dibenarkan mengejut pesakit sehingga ubat tersebut hilang kesannya.
Alia Farhana masih belum diberitahu akan keadaan suaminya. Biarlah dia berehat dahulu dari kepenatan melahirkan zuriatnya itu. Apabila sudah bangun nanti, barulah dia akan diberitahu. Semoga dia tabah hadapi setiap ujian yang mendatang. Dan... Apabila Harris Hakimi sedar nanti, di harap lelaki itu akan bertambah baik selepas pembedahan. Semoga apa yang doktor jangkakan tidak akan berlaku.
Doa tidak putus - putus dipohon kepada Allah Yang Maha Esa agar diangkat segala penyakit yang dihidapi Harris Hakimi. Semua orang mahu melihat dia sihat dan tersenyum semula seperti dahulu. Bahagia bersama isteri dan anak yang baru dilahirkan. Ya Allah. Kau makbulkanlah doa kami ini. Berikanlah kesempatan kepadanya untuk mengecapi kebahagiaan bersama insan tersayang. Aamiinn...!
Share this novel