BAB 23
Sudah tiga bulan Alia Farhana bekerja sebagai Personal Assistant kepada Ilham Iskandar di Jaya Holding. Pada awalnya rata – rata pekerja di situ sibuk bercakap mengenainya. Tetapi lama kelamaan mereka sudah tidak bercerita lagi mengenai dirinya bersama bos mereka. Mereka sudah penatlah tu.
Sejak Alia Farhana bekerja dengan Ilham Iskandar, ramai yang perasan akan perubahan bos mereka. Dilihat bos mereka itu lebih ceria dan mudah tersenyum pada orang. Tidak macam dulu. Wajahnya selalu saja serius dan garang sampai staf pun takut nak dekat.
Hari itu, Amir telah datang ke Jaya Holding. Dia ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Selesai urusan kerjanya itu, dia singgah sebentar ke Jaya Holding untuk bertemu dengan sahabat baiknya, Ilham Iskandar.
“Hey, Mir. Masuk… masuk. Duduklah.” Ilham Iskandar bersalaman dengan Amir.
“Kau apa khabar?.” Soal Ilham Iskandar.
“Aku sihat, Is. Alhamdulillah. Kau tu pulak macam mana?.”
“Aku macam ni jelah. Apa yang kau tengok ni macam ni jelah aku.”
“So macam mana sekarang kau dengan Alia?. Dah sampai tahap mana?.”
“Kita orang still macam dulu.”
“Maksud kau?. Kau dah bagitahu dia belum perasaan kau pada dia?.”
Ilham Iskandar menggeleng.
“Kau nak tunggu sampai bila Is?. Aku tengok kau layan Si Alia tu dah macam kekasih kau. Tapi kau tak penah pun bagitahu perasaan kau yang sebenar pada dia. Kau jangan main – mainkan perasaan dia Is. Tak baik. Kesian dia tau.”
“Ye aku tahulah. Aku tunggu masa yang sesuai aje. Nanti aku bagitahulah dia.”
“Bila tu masa yang ‘sesuai’ bagi kau?. Tahun depan?. Atau bila dah ada orang masuk meminang dia masa tu baru kau nak bagitahu dia ke?. Too late la Is.”
“Kau ni buat aku risaulah Mir.”
“Habis tu dah kau slow sangat. Memang kena kebaslah jawabnya. Ni aku dengar dia kerja dengan kau semula ea?. Apa kes pulak tu?.”
“A’ah. Dia kerja dengan aku semula. Kerja lama dia tu tak sesuai dengan dia. Dia PA aku sekarang.”
“Wow! PA ea. Setahu aku company kau ni tak pernah ada jawatan PA kan?. Sejak bila ni Is?.” Amir sudah tersenyum – senyum pada Ilham Iskandar. Keningnya di angkat – angkat beberapa kali meminta jawapan daripada sahabatnya itu.
“Actually… Aku sendiri yang mengadakan jawatan tu. Memang betul company ni tak pernah ada jawatan PA tu. Aku yang nak dia bekerja dengan aku. Dekat dengan aku. Duduk depan mata aku ni. Aku risaulah kalau dia kerja kat tempat lain dan ada lelaki lain yang nak ambil kesempatan pada dia. Tak senang duduk aku kau tahu. Dan kalau kau nak tahu… gaji dia bulan – bulan tu potong gaji aku tau. Sebab… Yelah. Jawatan tu tak ada kan. Aku yang mandai – mandai adakan. Tapi aku tak kisah pun. Lagipun gaji aku pun dah lebih dari cukup.”
“Macam tu sekali kan kau. Sayang betul kau kat dia. Ni jangan kau cakap yang dia duduk dalam bilik ni sama dengan kau.”
“Macam tahu – tahu je kau. Betullah tu dia duduk dalam bilik ni jugak dengan aku. Aku sayang dia Mir. Dia tak macam perempuan lain. Aku rasa bertuah sangat sebab dapat dia.”
“Weh. Belum dapat lagi ye. Selagi kau tak luahkan perasaan kau tu… jangan mimpilah dia boleh jadi milik kau.”
“Oh macam tu ea.”
“Eh kau ni. Aku cakap kau main – main pulak. Kang aku yang kebas dia baru kau ada akai.”
“Ai Mir. Dengan kawan kau ni pun kau nak sailang ke?.” Amir yang mendengar kata – kata Ilham Iskandar itu terus ketawa terbahak – bahak.
“Dari tadi aku tak nampak dia. Mana perginya dia tu?.”
Tok! Tok! Tok!. Tiba – tiba kedengaran pintu diketuk dari luar.
“Hah Panjang umur dia. baru kita sebut – sebut. Masuk.”
Alia Farhana masuk ke dalam bilik setelah dibenarkan masuk oleh Ilham Iskandar. Dia menatang dulang yang berisi dua cawan Nescafe.
“Hai Alia. You apa khabar?.”
“Alhamdulillah Encik Amir. Saya sihat. Mari Encik Amir, Encik Ilham. Jemput minum dulu.” Alia Farhana meletakkan dua cawan Nescafe yang dibuat di atas meja. Dia mempelawa mereka berdua untuk minum sebentar.
Selepas minum dan berbual – bual, Amir meminta diri untuk pulang ke hotel dahulu. Esok dia akan pulang ke Langkawi kerana urusannya telah selesai di Kuala Lumpur ini.
“Is. Aku balik dululah. Aku ganggu kerja kau pulak kalau lama – lama kat sini.”
“Tak adalah. Kerja aku biasalah. Mana pernah habis. Malam ni nak lepak tak?.”
“Hmm… Tak payahlah Is. Aku nak rest. Esok nak drive balik Langkawi.”
“Kau drive je Mir?. Kenapa tak naik flight aje?.”
“Saja. Nak tengok tempat orang. Boleh singgah mana – mana aku nak.”
“Hah yelah Mir. Kau hati – hati memandu tu.”
“Okeylah Is. Aku gerak dulu.”
Mereka bersalaman dan berpelukan seketika sebelum Amir beredar. Selepas Amir keluar dari bilik Ilham Iskandar, Alia Farhana menutupi pintu bilik. Dia mengemaskan cawan yang masih bersisa air Nescafe di dalamnya.
“Sayang. Mari sini kejap. Duduk sebelah saya ni.” Ilham Iskandar menepuk beberapa kali sofa di sebelahnya. Alia Farhana meletakkan semula cawan yang ingin di angkatnya itu. Dia berjalan menuju ke Ilham Iskandar dan duduk bersebelahan lelaki itu.
“Ye Encik Ilham. Ada apa?.” Tanya Alia Farhana.
Ilham Iskandar menarik tangan Alia Farhana. Dia mengelus lembut tangan milik gadis itu.
“Thanks Sayang.”
“For what Encik Ilham?.”
“Untuk segalanya. Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. Ceriakan hari – hari saya.”
“Semuanya Allah yang takdirkan kita berjumpa Encik Ilham. Dah tertulis kita akan berjumpa kan. Kat mana – mana pun kita akan berjumpa jugak.”
“Betul tu Sayang. Saya rasa bersyukur sangat sebab ditakdirkan mengenali Sayang. Terima kasih.”
“Iye Encik Ilham. Sama – sama.”
“Sayang. Minggu depan saya kena pergi JB. Ada kerja kat cawangan sana. Sayang ikut tau. Nanti boleh saya kenalkan Sayang pada Umi dan abah. Lama tak balik JB.”
“Owh. Encik Ilham orang JB ke?. Tak pernah cerita pun?.”
“A’ah Sayang. Family saya semua orang JB. Saya je terlepas kat KL ni.” Ilham Iskandar tersenyum memandang Alia Farhana yang berada di sebelahnya. Tangan gadis itu masih di genggamannya.
“Oo… Berapa lama kita kat sana nanti Encik Ilham?.”
“Hmm… Tiga hari je. Khamis kita bertolak dari sini. Jumaat kita ke company sana. Sabtu kita rest sehari. Ahad baru kita balik KL semula.”
“Okey Encik Ilham. Apa je yang perlu dibawa ni?.”
“Sayang sediakan saya fail Megah Holding. Bawak fail tu je.”
“Alright, Encik Ilham.” Alia Farhana tersenyum sambil memandang Ilham Iskandar.
Hari silih berganti. Hari Khamis yang dinanti pun tiba. Selepas habis waktu kerja petang itu, Ilham Iskandar dan Alia Farhana bertolak ke Johor Bahru dengan menaiki kereta Ilham Iskandar. Puan Zalina dan abang Alia Farhana telahpun maklum akan pemergian mereka ke JB. Nasihat dan peringatan ibunya agar menjaga diri di tempat orang tidak pernah dilupakan oleh Alia Farhana.
Lebih kurang jam 11 malam mereka tiba di rumah keluarga Ilham Iskandar. Mereka disambut mesra oleh pembantu rumah mereka, Mak Kinah. Pada awalnya, umi dan abahnya mahu menyambut kepulangan anak sulung mereka itu tetapi ditegah oleh Ilham Iskandar kerana dia tidak mahu ibu bapanya menunggu lama ketibaannya dirumah.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru bukanlah dekat. Lagi pula mereka bertolak sudah agak lewat petang. Sudah tentu akan sampai lewat di Johor Bahru. Kasihan pula nanti ibu bapanya keletihan menunggu.
Selepas Ilham Iskandar memperkenalkan Alia Farhana kepada Mak Kinah, wanita itu terus menunjukkan bilik kepada Alia Farhana. Beg pakaian yang di bawa oleh Ilham Iskandar diletakkan di hadapan almari pakaian. Bilik tetamu yang dilengkapi serba lengkap itu turut mempunyai bilik air bagi memudahkan penghuninya untuk bersiap dan membersihkan diri.
“Cik Alia berehatlah ye. Mak Kinah masuk tidur dulu.”
“Terima kasih Mak Kinah.”
“Is. Mak Kinah masuk tidur dululah ye. Lewat dah ni.”
“Okey Mak Kinah. Terima kasih. Terima kasih tau tunggu Is.”
“Iye. Sama - sama Is. Dahlah. Mak Kinah dah mengantuk ni. Mak Kinah masuk tidur dululah.” Selepas mempamit kepada Ilham Iskandar dan Alia Farhana, Mak Kinah pun berlalu pergi ke biliknya. Matanya sudah begitu mengantuk saat itu. Maklumlah umur pun sudah separuh abad.
“Sayang rehatlah. Esok bangun awal tau. Ni remote aircond. Kalau Sayang sejuk ke panas ke, saya letak kat sini tau remote.” Ilham Iskandar meletakkan alat kawalan jauh penghawa dingin di atas meja kecil sebelah katil. Kemudian dia menuju ke pintu untuk beredar ke biliknya. Badan pun sudah terasa amat letih dan melekit. Alia Farhana juga tentu sudah keletihan. Biarlah dia berehat.
“Okey, Encik Ilham. Terima kasih.” Alia Farhana menghantar Ilham Iskandar sehingga di hadapan muka pintu bilik.
“Good night, Sayang.” Ucap Ilham Iskandar.
“Good night, Encik Ilham.” Alia Farhana menutup pintu setelah Ilham Iskandar pergi. Baru saja kakinya mahu melangkah ke katil, tiba - tiba kedengaran pintu biliknya diketuk perlahan. Segera dia berpatah balik ke pintu dan membukanya.
“Ye, Encik Ilham. Ada apa ni?.”
“Miss you, Sayang. Saya nak cakap tu je. Jom tidur dengan saya.”
“Aouch!! Sakitlah Sayang. Saya gurau jelah.” Ilham Iskandar mengaduh sakit bila lengannya dicubit oleh Alia Farhana.
“Ish Encik Ilham ni. Apa kena buang tebiat malam - malam ni? Nakal betul. Dahlah. Pergi masuk tidur sana. Tak manis kalau ada yang nampak kita macam ni.”
“Tapi saya rindulah kat Sayang. Tak boleh nak jauh dengan Sayang.”
“Alolo... Mengada - ngadanya dia. Ni manja bukan main lagi ni kenapa Encik Ilham. Lewat dah ni. Esok lambat bangun baru tahu. Dah. Saya nak mandi nak tidur ni. Encik Ilham pergilah masuk bilik Encik Ilham sana. Esok kita jumpa okeh.”
“Okey Sayang. Mimpi saya tau.”
“Iyelah EncikIlham. Dahlah. Pergi masuk bilik Encik Ilham. Saya nak mandi ni. Nak tidur. Dah mengantuk.” Alia Farhana menolak perlahan badan Ilham Iskandar agar pergi dari biliknya. Kemudian cepat - cepat dia menutup pintu. Kalau di layan makin menjadi pula perangai mengada bosnya itu. Alia Farhana tersenyum sendiri bila teringatkan cara dan tingkah laku Ilham Iskandar itu.
Keesokan harinya, seawal jam 6 pagi Alia Farhana sudah bangun. Selepas mandi dan bersolat Subuh, dia bersiap - siap memakai pakaian untuk ke Megah Holding. Fail yang diarahkan untuk dibawa bersama disemak sekali lagi supaya tiada apa yang tertinggal nanti. Sedang leka dia menyemak fail Megah Holding, tiba - tiba pintu biliknya diketuk dari luar. Segera dia bangkit dari duduknya dan membuka pintu.
“Morning, Sayang. Dah siap ke? Jom turun. Umi dengan abah pun dah ada tu.”
“Okey. Kejap saya pergi ambil beg tangan dengan fail Megah Holding.” Alia Farhana bergegas mengambil beg tangannya dan fail Megah Holding untuk dibawa turun ke tingkat bawah. Sementara Ilham Iskandar menunggunya diluar bilik.
“Okey, jom.” Mereka jalan beriringan menuju ke tingkat bawah. Sesampai sahaja di meja makan, sudah kelihatan umi dan abahnya sedang duduk untuk bersarapan.
“Assalamualaikum, umi, abah.” Ilham Iskandar menyapa kedua orang tuanya dengan senyuman. Umi dan abahnya serentak menjawab salam anaknya itu. Uminya bangun dan mendapatkan Ilham Iskandar.
“Pukul berapa sampai semalam Is?.” Tanya Datin Ruhani kepada Ilham Iskandar. Ilham Iskandar menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan uminya. Kemudian dia memeluk erat uminya itu.
“Pukul 11 lebih umi. Umi sihat?.”
“Lewatnya sampai. Lain kali bertolaklah awal sikit. Tak delah sampai lambat nanti.”
“Banyak kerjalah umi. Nak kena settle dulu kerja kat office tu. Tak boleh nak tangguh.”
“Is ni. Kerja kuat sangat. Nanti sakit tau. Dahlah sorang - sorang kat KL tu. Kalau sakit macam mana? Siapa nak tolong tengokkan.”
“Is kan dah besar umi. Dah nak tua pun. Tahulah Is jaga diri.”
“Yelah tu. Suruh kahwin tak kahwin - kahwin sampai sekarang. Berapa lama Is nak membujang lagi ni Is?.”
“Nantilah Is kahwin umi. Ya allah umi, abah. Tengok. Sampai terlupa Is nak kenalkan. Ni Alia Farhana, PA Is.” Ilham Iskandar memperkenalkan Alia Farhana kepada umi dan abahnya. Alia Farhana mendapatkan Datin Ruhani dan bersalaman.
“Apa khabar Datin, Dato’?.” Alia Farhana tersenyum mesra kepada umi dan abah Ilham Iskandar.
“Eh tak payahlah berdatin berdato’. Panggil umi dengan abah aje. Kan lebih mesra. Jom makan jom. Is ajak Alia ni duduk.”
“Meh Sayang. Duduk sini.” Alia Farhana sudah membulatkan matanya apabila mendengar Ilham Iskandar memanggilnya ‘Sayang’. Nasib baik perlahan. Lelaki itu hanya tersengih sahaja bila gadis kesayangannya membulatkan mata.
Ilham Iskandar menarik kerusi di sebelah tempat duduknya untuk Alia Farhana. Pinggan yang kosong diambil dan dicedukkan mi goreng untuk gadis itu.
“Berapa lama Is balik ni?.” Tanya Datin Ruhani kepada Ilham Iskandar.
“Ahad balik KL semula umi. Kimi tak balik sini ke umi?.”
“Tu sorang lagi. Nama je duduk JB jugak. Tapi jarang benar nampak bayang kat rumah ni. Sibuk sangat masing - masing anak - anak umi ni.”
“Yelah umi. Kita orang kenalah kerja kuat. Nanti kan kami nak kahwin. Kami nak bagi makan apa kat anak orang kalau tak kerja kuat. Kan abah kan?.”
Dato’ Razali yang sedari tadi menjadi pendengar setia perbualan antara dua beranak itu hanya menjungkitkan bahu apabila ditanya oleh Ilham Iskandar. Malas dia hendak campur urusan anak isterinya itu.
“Hai bah. Tak back up langsung.”
“Malaslah abah nak campur korang berdua berbual. Karang kalau abah back up Is, abah balik kena marah dengan umi. Lebih baik abah diam.”
“Aik. Umi pulak yang kena. Eh. Alia. Tambahlah lagi. Is. Cedukkan mi goreng tu untuk Alia.”
“Eh tak apa umi. Banyak sangat dah ni saya makan. Kang mengantuk pulak.” Alia Farhana menolak lembut pelawaan Datin Ruhani itu.
“Ni sebut pasal kahwin. Bila umi dengan abah boleh masuk meminang Hana? Bertunanglah dulu. Lagipun Is dengan Hana tu dah lama kan berkawan.”
“Tak payahlah umi tunang - tunang ni. Is nak kahwin terus aje. Tapi bukan dengan Hanalah.”
“Laa.. Apa jadi dengan hubungan korang berdua ni?.”
“Nantilah Is cerita.”
“Hah yelah. Cerita dengan umi nanti. Ni petang karang janganlah balik lewat sangat ye. Umi nak masak sedap - sedap ni. Kimi pun katanya nak balik petang ni. Dia dari Melaka tu ada kerja kat sana. Abahnya pun. Janganlah bagi kerja banyak - banyak kat budak - budak ni. Bagilah can sekali sekala berehat.”
“Yelah uminya. Dahlah saya pergi office dulu. Lambat dah ni.” Dato’ Razali menyudahkan makannya dan bangun menghampiri isterinya. Mereka bersalaman dan berpeluk mesra sebelum Dato’ Razali berangkat ke pejabat. Alia Farhana yang memerhati berasa kagum dengan keluarga Ilham Iskandar. Keluarganya penuh dengan suasana harmoni dan berkasih sayang.
“Okeylah umi. Kami pun nak ke office dululah.” Ilham Iskandar bangun dari kerusinya dan bersalaman dengan uminya. Lelaki itu turut memeluk mesra uminya itu. Alia Farhana hanya membuntuti langkah Ilham Iskandar. Dia juga turut bersalaman dan memeluk mesra wanita itu sebagai tanda hormat.
Share this novel