BAB 6

Romance Completed 43587

BAB 6

Hari kedua mesyuarat antara Jaya Holdings dan Indra Timur berlangsung dengan jayanya. Perjanjian telah dimeterai dan projek yang bakal dijalankan akan dibuat dalam masa satu bulan dari sekarang.

Jarum jam menunjukkan di angka 6 petang ketika semuanya telah selesai. Alia Farhana mohon untuk pulang ke bilik kerana kepalanya terlalu sakit sejak pukul 4 petang tadi lagi. Kebiasaannya setiap bulan semasa datang haid, dia akan mengalami sakit kepala seakan migrain di hujung - hujung haidnya itu.

"Ada apa - apa lagi ke Encik Ilham? Kalau tak ada apa - apa saya balik bilik dulu ye".

Ilham Iskandar yang melihat wajah pucat dan tidak bermaya Alia Farhana itu terus bertanya. "Awak okeh tak ni? Pucat muka awak tu".

"Saya sakit kepala sikit ni Encik Ilham. Tak larat rasanya. Tu yang nak balik bilik. Nak rehat".

"Tapi awak belum makan apa - apa lagi tu. Jom kita makan sikit. Lepas tu boleh makan ubat".

"Tapi saya betul tak larat ni Encik Ilham. Saya tak nak makan. Nanti kat bilik saya makan ubat aje". Jawab Alia Farhana sambil mengurut - urut kepalanya.

"Makan sikit Alia. Perut awak kosong tu. Dah. Jom kita ke cafe".

"Tak payahlah Encik Ilham. Saya tak tahan ni sakit kepala". Alia Farhana cuba menolak lagi arahan bosnya itu.

"Alia. Please. Jangan degil. Awak tu tanggungjawab saya kat sini. Kalau jadi apa - apa kat awak apa saya nak jawab dengan your family".

Alia Farhana yang mendengar nada suara tegas bosnya itu terpaksa akur. Perlahan - lahan dia mengatur langkah ke cafe.

"Awak duduk. Saya ambilkan makanan".

Dari kejauhan, Ilham Iskandar melihat setiausahanya terbaring lesu di atas meja. Dia jatuh kasihan melihat gadis itu. Sakit benar agaknya kepala setiausahanya.

Setibanya di meja makan, Ilham Iskandar mengejut Alia Farhana untuk makan. Gadis itu nampak tidak berselera. Mungkin sakit kepala yang amat membuatkan gadis itu tidak lalu untuk menelan makanan.

Setelah selesai makan, Alia Farhana menelan pula dua biji panadol Actif Fast. Di dalam kepalanya sudah terbayang katil empuk bilik hotelnya. Sudah tidak sabar rasanya hendak tidur.

Beberapa minit kemudian, mereka berdua sampai di bilik. Ilham Iskandar membantu membukakan pintu bilik setiausahanya.

"Awak masuk, mandi dan terus tidur okeh. Kalau ada apa - apa awak call saya".

Alia Farhana hanya menjawab dengan anggukan tidak bermaya. Setelah menutup pintu, dia segera ke bilik mandi untuk membasahkan kepalanya. Mungkin akan terasa segar sedikit nanti.

× × × × × × × × × × × × × × × ×

Memandangkan mesyuarat bersama Indra Timur telah selesai, malam itu, Ilham Iskandar telah keluar berjalan - jalan ke Pantai Cenang. Dia telah mengajak Amir untuk menemannya tetapi lelaki itu tak dapat turut serta kerana tuntutan kerja. Maka terpaksalah dia keseorangan ke Pantai Cenang.

Ilham Iskandar menyewa kereta dengan pihak hotel bagi memudahkannya bergerak ke mana - mana. Dia memandu tenang ke Pantai Cenang. Malam masih muda. Kedai - kedai juga masih belum tutup lagi.

Dalam kesibukan manusia di situ, tiba - tiba dia terpandang seseorang yang amat dia kenali. Dia memperlahankan kereta. Dadanya berdegup kencang apabila yang dilihatnya itu begitu mesra dengan seorang lelaki. Mereka menuju ke sebuah hotel !

Ilham Iskandar segera mencari parking dan dia terus ke hotel tempat pasangan tadi pergi.

Sampai di hotel 3 bintang itu, dia bernasib baik kerana pasangan tadi masih ada di kaunter. Dia tidak terus menegur pasangan itu kerana dia ingin mengekori mereka dan melihat apa yang mereka ingin lakukan.

Beberapa minit kemudian, setelah kunci bilik diterima, mereka sama - sama ke bilik yang ditetapkan.

Mereka tidak menyedari akan kehadiran Ilham Iskandar di situ. Mereka asyik dalam pelukan mesra dan gelak ketawa. Mata Ilham Iskandar yang melihat terasa berbahang hendak marah. Tetapi dia cuba mengawal dirinya.

Setelah mereka masuk ke bilik hotel, Ilham Iskandar masih tidak menyergah pasangan itu. Dia membiarkan beberapa minit berlalu kerana dia tidak mahu menjadi seorang yang cepat melatah dan terburu - buru.

Lima minit berlalu. Kekuatan dikumpulkan. Dia menarik nafas dalam - dalam sebelum mengetuk pintu bilik hotel itu.

Tok ! Tok ! Tok !

Agak lambat pintu bilik itu dibuka. Beberapa minit kemudian, terjengul seorang lelaki dengan hanya bertuala dan tidak berbaju membuka pintu.

"Siapa datang tu Bi?".

"I yang datang !". Jelas sekali riak wajah perempuan di hadapannya terkejut yang amat sangat. Perempuan itu tergamam tidak terkata.

"Dah lama ke you buat kerja macam ni, Hana? Patutlah I berat je nak bagitau you yang I ada kerja kat Langkawi ni. Rupanya sampai ke sini you buat projek! Macamlah dah habis hotel kat KL tu. Jauh betul you pergi kan?!". Sinis sekali kata - kata yang keluar dari mulut Ilham Iskandar itu. Dia cuba mengawal amarahnya. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan mereka berdua itu.

"Sayang. I...I...dengan dia tak da apa - apa. Kami just kawan". Tergagap - gagap Hana menjawab.

"Huh! Lapuk alasan you tu. Kawan yang boleh dibawa ke dalam hotel?! Berdua - duaan melakukan maksiat?! Itu kawan ke?!. Dahlah Hana. Mulai saat ni. Kita dah tak ada apa - apa hubungan. I tak nak memperisterikan perempuan murahan seperti you !".

Tidak sempat Hana menjawab, Ilham Iskandar terus pergi meninggalkan mereka berdua. Hatinya begitu remuk apabila melihat gadis kesayangannya bersama lelaki lain di dalam bilik hotel. Dengan berpakaian seperti itu, apakah hatinya akan bersangka baik? Tidak sama sekali!!

Perasaannya sungguh kecewa ketika itu. Dia tidak tahu ke mana harus dituju saat hatinya sedang berkecai. Dia hanya mengikut langkah kakinya saja. Akhirnya kakinya berhenti di hadapan kelab malam di pantai itu. Tanpa berfikir panjang, dia terus melangkah masuk ke dalam kelab malam tersebut.

Entah mengapa, dia telah memilih jalan yang salah dengan memesan minuman keras. Fikirannya bercelaru. Sungguh ! Dia tidak pernah pun meneguk walau setitis air haram itu. Tapi kerana seorang perempuan, dia seperti tidak boleh berfikiran waras.

× × × × × × × × × × × × × × × × ×

Ilham Iskandar pulang ke hotel dalam keadaan mabuk. Jalannya terhuyung - hayang. Kepalanya terasa berat. Matanya ingin segera dilelap.

Tanpa berlengah, dia segera membuka pintu bilik. Menuju ke katil dan terus rebah tidak sedarkan diri.

Alia Farhana yang begitu lena akibat penangan dua biji panadol yang ditelannya, langsung tidak terjaga dari tidurnya.

Kedinginan malam begitu terasa ditambah pula dengan udara dari pendingin hawa begitu sejuk sekali rasanya.

Alia Farhana yang sedari awal tidur di posisi kiri katil, beralih pula ke kanan. Mungkin sudah terasa agak kurang selesa di posisi yang sama.

Dia terus memusingkan badannya ke kanan. Dan tanpa disedari, dia telah berbantalkan lengan Ilham Iskandar yang tidur mendepang tangan.

Ilham Iskandar tersedar apabila terasa tangan kirinya begitu berat untuk diangkat. Dia mengangkat sedikit kepalanya dan melihat apakah yang berlaku pada tangannya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekujur tubuh wanita yang agak seksi sedang tidur di atas lengannya.

Diamati wanita itu. Dalam kesamaran cahaya bilik, dia dapat melihat wajah milik wanita itu. Sekali lagi dia terkejut kerana wanita itu adalah setiausahanya, Alia Farhana!.

'Ya Allah! Apa yang dah berlaku ni?'. Bisik hati Ilham Iskandar. Dia cuba mengingati kembali apa yang berlaku malam tadi. Mengucap panjang dia apabila menyedari yang dia telah tersalah masuk ke bilik gadis itu.

Dilihatnya gadis yang sedang lena itu. Alia Farhana yang hanya berpakaian tidur separas lutut dan bertali halus, nampak sungguh menggoda di matanya. Haruman wangian syampu rambut gadis itu membuatkan nafsu kelelakiannya tiba - tiba datang tanpa disuruh.

Dia cuba menggerakkan kakinya pula tetapi terasa berat. Dilihatnya kaki gadis itu terletak elok di atas pehanya dengan pakaian tidurnya yang tersingkap sedikit hingga menampakkan pehanya yang gebu dan putih. Tangannya pula cantik terletak di atas dada bidang miliknya seolah - olah sedang memeluk bantal golek. Terasa hangat tubuh gadis itu bila berpelukan begitu.

Telan air liur Ilham Iskandar melihat tubuh gadis itu. Sudahlah tengah malam, sejuk, manakan seorang lelaki tidak tergugat imannya apabila melihat tubuh gadis asing apatah lagi tidur bersama seorang gadis yang bukan mahramnya.

Dalam keasyikan Ilham Iskandar melayan perasaannya, tiba - tiba Alia Farhana bergerak - gerak. Dia terus memejamkan mata. Takut - takut jika gadis itu terjaga. Alia Farhana menarik selimut dan menyelimuti tubuhnya dan Ilham Iskandar. Kini mereka tidur dalam selimut yang sama sambil berpelukan. Akhirnya Ilham Iskandar hanyut dalam tidurnya bersama gadis itu.

× × × × × × × × × × × × × × × × × × ×

Alia Farhana telah terjaga dari tidurnya. Sakit kepalanya juga sudah hilang. Dia menggerak - gerakkan kakinya. Matanya masih dipejam. Diusapnya perlahan dada Ilham Iskandar. Perlahan - lahan tangannya mengusap leher lelaki itu dan kemudian ke wajahnya pula.

Tiba - tiba tangannya terhenti di pipi Ilham Iskandar. Dirabanya berulang kali. Pelik. Hatinya berdebar tetapi masih tidak membuka matanya. Digerakkan lagi tangannya hingga ke atas. Terasa seperti rambut!

Laju matanya terbuka. Luas! Dia segera bangun dari pembaringan dan membuka lampu di sisi katil.

Terbeliak matanya apabila melihat bosnya sedang nyenyak tidur. Sepantas kilat dia menarik selimut dan menutupi kepala dan tubuhnya.

Pergerakan yang kuat itu telah mengejutkan Ilham Iskandar dari tidurnya. Dia bangun dan duduk bersandar di kepala katil sambil memegang kepalanya yang masih bersisa sakitnya akibat minuman keras. Tenang. Alia Farhana yang melihat perlakuan bosnya itu terasa hairan. Dalam fikirannya tertanya - tanya apa yang telah terjadi? Lelaki itu atau dia yang telah tersalah masuk ke bilik.

"Maafkan saya Alia. Bukan niat saya masuk bilik awak dan tidur bersama awak". Perlahan saja kata - kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Dia menunduk dan tidak menatap wajah Alia Farhana.

"Malam tadi. Saya tak sedar yang saya tersalah masuk bilik. Saya mabuk. Saya tak ingat nombor bilik saya. Saya tak sedar yang saya minta kunci pada receptionis nombor bilik awak. Saya masuk bilik. Saya tak fikir apapun ketika tu. Saya terus baring dan terlelap".

Alia Farhana yang mendengar alasan Ilham Iskandar itu hanya diam membisu. Kelu lidahnya untuk berkata - kata.

Tiba - tiba Ilham Iskandar menangis. Alia Farhana terkejut dan tertanya - tanya kenapa bosnya begitu sedih sekali. Dia panik.

Ilham Iskandar yang dia kenali seorang yang tegas dan tidak pernah pun dia nampak lelaki itu bersedih. Wajahnya juga jarang sekali hendak senyum. Tapi pagi ni bosnya telah menangis teresak - esak.

"Encik Ilham? Encik Ilham okeh tak ni? Kenapa Encik Ilham menangis ni? Encik Ilham ada masalah apa ni? Jangan buat saya takut Encik Ilham". Bertubi - tubi pertanyaan yang dilontarkan Alia Farhana.

Semakin ditanya, semakin kuat pula esakan lelaki itu. Persis kanak - kanak tidak dapat apa yang diingini. Alia Farhana yang melihat jadi takut dengan keadaan bosnya itu. Apa yang ditanya tidak dijawab malah tangisan yang semakin menjadi - jadi.

Tanpa berfikir panjang, Alia Farhana menghampiri bosnya. Dia sudah tidak memikirkan keadaan pakaiannya ketika itu. Perlahan - lahan dia mengusap lembut bahu lelaki itu. Tiba - tiba bosnya itu terus memeluk erat dirinya. Dekat dan begitu kejap sekali. Wajah lelaki itu betul - betul berada di sisi tengkuknya. Terasa hembusan nafas lelaki itu. Alia Farhana hanya mendiamkan diri. Memberikan ruang bosnya menenangkan hati dan perasaan.

"Kenapa dia buat saya macam tu Alia? Saya sayangkan dia. Kenapa dia khianati cinta saya?". Tiba - tiba kedengaran suara Ilham Iskandar ditelinganya. Esakan tangis masih bersisa.

"Sampai hati dia". Sayu sungguh kedengaran nada suara bosnya itu. Dia cuba memahamkan maksud kata - kata lelaki itu. Pada pemikirannya, dia merasakan yang bosnya sedang kecewa dalam cinta. Perlahan - perlahan dia menggosok lembut belakang badan bosnya itu. Biarlah dia tenang dulu. Bila dah reda nanti, barulah dia akan tanya.

"Bersabarlah Encik Ilham. Mungkin ada hikmah semua yang terjadi. Kadang - kadang apa yang kita nak bukan semua kita boleh dapat. Mungkin itu bukan kita punya. Jadi, bersabarlah". Hanya itu yang dapat diberikan kata - kata semangat kepada bosnya. Terasa semakin kuat pelukan lelaki itu. Mungkin dia ingin mendapatkan semula semangatnya yang telah hilang. Alia Farhana mengusap lembut belakang badan dan rambut lelaki itu. Dia dapat merasakan kesedihan yang bosnya rasai ketika itu.

× × × × × × × × × × × × × × × × × × ×

Sudah pukul 9 pagi. Alia Farhana telahpun bersiap ringkas dengan t-shirt lengan panjang dan berseluar jeans. Dia sudah bersedia untuk bersarapan. Pagi itu dia ingin menggembirakan hati bosnya. Dia tidak suka melihat bosnya berterusan begitu.

Walaupun masih teringat - ingat kejadian subuh tadi, dia nekad akan membuatkan bosnya itu gembira. Dia akan berlagak seolah - olah perkara itu tidak pernah berlaku.

Alia Farhana mencapai telefon bimbitnya. Didail nombor telefon bosnya itu tetapi tidak berjawab. Whatsapp juga telah dihantar tetapi tidak berbalas.

'Tidur lagi ke Encik Ilham ni? Ah..pegi je lah bilik dia. Kalau dia nak marah, marahlah. Aku tak suka tengok dia macam tu. Hilang dah muka hensem tu'. Alia Farhana segera keluar dan mengunci biliknya untuk ke bilik Ilham Iskandar.

Tok ! Tok ! Tok ! Pintu diketuk beberapa kali. Senyap. Dia mengetuk lagi. Tidak lama selepas itu terjengul wajah kusam bosnya di muka pintu.

"Ada apa Alia? Saya ngantuk nak tidur ni".

"Ya Allah Encik Ilham. Tidur lagi ke? Jom kita pegi sarapan?".

"Tak naklah. Saya tak ada mood".

"Janganlah macam ni Encik Ilham. Teruk benar saya tengok keadaan Encik Ilham ni. Rambut kusut masai, tak bermaya. Dah. Encik Ilham pegi siap sekarang. Saya tunggu. Siap tau. 15 minit". Selamba saja dia memberi arahan. Dia sudah tidak peduli jika bosnya hendak marah sekalipun.

Entah mengapa, walaupun terasa malas hendak keluar, Ilham Iskandar tidak membantah arahan setiausahanya. Dia segera mandi dan bersiap. Dia hanya memakai t-shirt lengan pendek dan berseluar jeans saja.

× × × × × × × × × × × × × × × × × × × ×

Usai mandi dan bersiap, Ilham Iskandar terus keluar dari bilik. Dilihatnya Alia Farhana sedang bersandar di dinding sambil memegang telefon bimbit. Bermain 'game' barangkali bagi menghilangkan bosan menunggu.

"Okeh. Siap dah Encik Ilham? Jom". Ajak Alia Farhana sambil tersenyum.
Mereka beriringan menuju ke cafe.

Selesai bersarapan, Alia Farhana mengajak bosnya berjalan ke tempat - tempat menarik di Langkawi. Pada mulanya lelaki itu keberatan kerana fikiran dan jiwanya masih berduka. Tetapi setelah dipujuk oleh Alia Farhana, akhirnya Ilham Iskandar bersetuju. Bila lagi dia akan ke Langkawi. Alang - alang urusan kerja selesai awal, apa salahnya dia manfaatkannya. Betul juga kata gadis itu. Buat apa dia terus - terusan bersedih kerana seorang perempuan. 'Move on'. Itu yang terbaik !!

Mereka jalan seiringan ke kereta yang di sewa oleh Ilham Iskandar. Alia Farhana telahpun merancang jadual 'makan angin' mereka. Tempat pertama yang mereka akan pergi ialah Langkawi Sky Cab.

Di dalam kereta, hanya Alia Farhana sahaja yang banyak bercakap. Ilham Iskandar hanya bercakap bila diajukan soalan dari setiausahanya itu saja. Selebihnya dia hanya diam dan fokus pada pemanduan. Perjalanan ke Langkawi Sky Cab mengambil masa lebih kurang 40 minit daripada hotel tempat penginapan mereka.

Setelah memakir kereta dan membeli tiket, mereka menunggu giliran untuk menaiki kereta kabel. Mujurlah pada waktu itu tidak berapa ramai pengunjung.

Beberapa minit menunggu, kereta kabel pon tiba. Cepat-cepat mereka naik kerana kereta kabel tersebut tidak berhenti. Alia Farhana duduk membelakangkan pemandangan hadapan manakala bosnya duduk bertentangan dengannya.

Alia Farhana tertoleh-toleh melihat pemandangan di belakangnya sambil mengambil beberapa keping gambar daripada telefon bimbitnya. Ilham Iskandar hanya melihat gerak-geri gadis itu. Sesekali dia tersenyum melihat gelagat gadis itu berselfi dengan pelbagai mimik muka.

"Encik Ilham. Jom selfi". Tanpa mendapat persetujuan daripada bosnya itu, Alia Farhana terus berpindah duduk di sebelah lelaki itu.

"Okey Encik Ilham. 1,2,3....". Klik !
Alia Farhana membuka galeri dan melihat semula gambar yang diambil. Mukanya berkerut.

"Alaaa..Encik Ilham. Kenapa tak senyum? Tak hensemlah macam tu. Meh amik lagi sekali". Alia Farhana berkata sambil menunjukkan gambar yang diambil.

Sekali lagi mereka berswafoto. Alia Farhana mengambil beberapa keping gambarnya bersama Ilham Iskandar. Kali ini barulah Ilham Iskandar tersenyum. Walaupun hatinya sedang berduka, dia juga tidak mahu menghampakan usaha setiausahanya yang sungguh-sungguh mahukan dirinya kembali ceria.

Sesampai sahaja di puncak gunung Mat Cincang, mereka turun dari kereta kabel. Angin begitu kuat bertiup ketika itu.

"Wahh...cantiknya". Alia Farhana kegaguman melihat indahnya ciptaan Tuhan.

"Encik Ilham. Jom amik gambar lagi". Bosnya itu hanya menurut sahaja kehendak setiausahanya. Diambilnya beberapa keping gambar.

"Dik..dik..minta tolong boleh? Ambilkan gambar kami". Tiba-tiba Alia Farhana menahan seorang gadis dan meminta tolong ambilkan gambar mereka berdua.

"Oh..boleh-boleh". Kata gadis itu sambil tersenyum. Alia Farhana menghulurkan telefon bimbitnya pada gadis itu.

"Okey. Jom kita diri kat situ". Alia Farhana menunjuk ke arah pagar tidak jauh dari tempatnya berdiri. Ilham Iskandar hanya menuruti permintaan gadis itu. Mereka bersandar di pagar itu. Tersenyum. Tiba-tiba gadis yang mengambil gambar mereka bersuara.

"Bang. Apakata tangan abang tu letak kat pinggang akak. Baru nampak 'sweet'".

"Macam ni ke?" Ilham Iskandar bersuara. Alia Farhana tergamam. Tetapi tidak pula dibantahnya perbuatan lelaki itu. Jantungnya berdegup kencang tatkala badan lelaki itu mengenai belakang badannya. Seboleh-bolehnya dia cuba tersenyum menutup debaran di dada.

Klik ! Klik ! Selesai gambar diambil.

"Okey dik. Terima kasih". Ucap Alia Farhana kepada gadis itu sambil mengambil telefon bimbit yang dihulur.

"Sama-sama kak. Sama padanlah akak dengan abang ni. 'Sweet' aje". Balas gadis itu. Alia Farhana hanya tersenyum mendengar.

Alia Farhana melihat sekali lalu gambar yang telah diambil. Dia menjadi segan sendiri apabila terpandang gambar bosnya memeluk pinggangnya.

Setelah puas berjalan di puncak gunung, mereka turun dengan menaiki kereta kabel semula.

Mereka pergi ke tempat-tempat yang telah tercatat dalam pakej tiket yang dibeli.

Alia Farhana tersenyum girang sesampai sahaja di kereta. Ilham Iskandar pula hanya diam tidak berkata. Alia Farhana tahu bosnya itu masih terkesan dengan apa yang berlaku. Sebolehnya dia tidak mahu lelaki itu hanya diam sahaja. Tidak seperti selalu walaupun nampak garang tetapi masih mahu berbual-bual.

× × × × × × × × × × × × × × × ×

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience