BAB 35

Romance Completed 43587

BAB 35

     Rombongan merisik dan meminang Alia Farhana telah berlangsung dengan lancar. Ilham Iskandar dan Alia Farhana akan disatukan dalam masa sebulan dari sekarang setelah dipersetujui oleh kedua - dua belah pihak.

     Alia Farhana tersenyum manis ketika ummi Ilham Iskandar menyarungkan cincin belah rotan dan sebentuk cincin bertakhtakan tiga biji permata di jari manisnya sebagai tanda pengikat kasih mereka.

     Selepas selesai majlis yang serba ringkas itu, keluarga Ilham Iskandar dijamu dengan Nasi Beriani dan pelbagai kuih -muih. Ilham Iskandar juga turut hadir meraikan majlis sarung cincin mereka.

     “Cantik Sayang hari ni.” Sapa Ilham Iskandar kepada Alia Farhana yang sedang membasuh pinggan di dapur. Sengaja dia curi - curi masuk ke dapur untuk berjumpa kekasih hatinya setelah melihat gadis itu berlalu ke dapur.

     “Ish! Abang ni. Terkejut saya tau. Lain kali bagi salam dulu.”

     “Assalamualaikum. Sayang cantik sangat hari ni.”

     “Waalaikumussalam. Terima kasih Abangku sayang.”

     “Sekarang ni Sayang dah jadi Abang punya tau. So jangan nak ngada - ngada main -main mata dengan lelaki lain ea. Especially dengan Si Kimi tu. Abang cemburu tau.”

     “Dah tu kalau Abang yang main mata dengan perempuan lain, nak kira macam mana tu? Hmm... Nampak gaya perempuan tu kena paranglah dengan saya kalau dia berani - berani nak ngurat buah hati saya ni. Siap dia saya kerjakan. Dengan Abang, Abang sekali saya kerjakan.”

     “Amboi... Macam tu sekali ea. Takutnya Abang dengar. Tapi kalau Sayang kerjakan Abang macam hari tu, hari - hari pun Abang sanggup kena tau.”

     “Eee.... Gatalnya dia ni. Dengar orang nanti. Tak malu ea.” Alia Farhana sudah menjeling geram pada Ilham Iskandar yang berdiri di sisinya. Rasa mahu dicubit aje mulut lelaki itu. Cakap tak pandang - pandang. Buatnya ada yang mendengar kan susah. Menjadi pertanyaan orang pulak nanti.

     Ilham Iskandar mengekek ketawa. Geli hati melihat reaksi wajah bakal isterinya itu. Pipinya juga sudah kemerahan. Barangkali gadis itu teringatkan peristiwa mereka berciuman kelmarin. Sungguh! Dia juga tidak menyangka yang gadis itu turut membalas ciumannya. Mereka sama - sama merasai apa yang terpendam di dalam hati ketika itu. Rindu, sayang dan rasa cinta yang sangat mendalam. Masakan mereka boleh berciuman agak lama ketika itu hingga sukar mahu berhenti.

     “Ehem... Ehem... Tak elok berdua - duaan macam ni. Kan tengah darah manis tu. Kalau ye pun bawak - bawaklah bersabar. Sebulan je lagi.” Tiba - tiba Aiman Farhan terjengul dari muka pintu. Dia tersenyum kepada adik dan bakal adik iparnya.

     “Ni hah. Adik tengah basuh pinggan ada pulak yang datang mengacau. Kalau tolong cuci sama tak apalah jugak. Ni tolong tengok aje dia.” Alia Farhana sengaja mengusik Ilham Iskandar. Lelaki itu tersengih. Dalam hati berasa geram mahu diciumnya mulut mungil itu. Saja aje cakap begitu pada Aiman Farhan. Terasa segan pula. Takut juga dikata tidak tahu sabar.

     “Dahlah tu. Tak baik usik bakal suami macam tu. Dia rindu tu kat Adik. Adik ni pun pergilah duduk kat depan. Bual - bual dengan tetamu. Pinggan mangkuk ni biarkanlah dulu.”

     “Adik ni sebenarnya tadi masuk dapur nak basuh tangan aje. Alih - alih terbasuh pinggan pulak. Abang macamlah tak tahu Adik tak boleh tengok sinki ni penuh.”

     “Dah. Berhentilah dari basuh tu. Pergi temankan mak kat depan. Is jangan amik hati abang cakap macam tu tadi. Abang bergurau aje. Dahlah. Korang berdua pergilah ke depan.”

     Alia Farhana berhenti dari membasuh pinggan mangkuk. Dia dan Ilham Iskandar berjalan keluar dari dapur diiringi Aiman Farhan.

     Alia Farhana mendapatkan ibunya, Puan Zalina dan duduk di sisi wanita itu yang sedang berbual dengan bakal besannya.

     “Okehlah Kak Ina. Rasanya eloklah kami pulang dulu. Semuanya pun dah selesai dengan selamat. Insha allah lagi sebulan lagilah majlis besar kita ye.” Ujar Datin Ruhani sambil tersenyum.

     “Insha allah Ani. Mudah - mudahan semuanya berjalan lancar nanti hendaknya.”

     “Kalau ada perlukan apa - apa Akak bagitahu sayalah ye. Jangan runsing - runsing tentang majlis tu nanti. Semua perbelanjaan kami tanggung.”

     “Yelah Insha allah.” Jawab Puan Zalina seraya membuntuti pergerakan Dato’ Razali dan Datin Ruhani yang berjalan menuju keluar rumah.

     “Hai Is. Tak nak balik ke?.” Datin Ruhani menegur Ilham Iskandar yang masih lagi berada di dalam rumah bersama Alia Farhana. Ilham Iskandar hanya tersengih lalu berjalan keluar rumah sambil diikuti oleh Alia Farhana.

     “Mak cik, Abang Man. Kami balik dulu.” Ilham Iskandar menghulurkan tangan bersalaman dengan Aiman Farhan dan Puan Zalina.

     “Sayang. Esok kita jumpa tau.”

     “Ermm... Tak puas lagi ke jumpa tu Is? Hari - hari pun nak jumpa. Kalau macam tu esok jelah kahwin. Nak Is?.” Datin Ruhani mengusik anaknya.

     “Jangankan kata esok. Kalau boleh sekarang jugak Is nak kahwin dengan Alia ni tau.”

     “Amboii... Tak menyabor - nyabor dia kan.” Satu cubitan hinggap di lengan Ilham Iskandar. Rupanya Datin Ruhani yang mencubitnya. Ilham Iskandar sudah menggosok - gosok lengannya yang kesakitan. Manakala yang lain - lain sudah tertawa geli hati melihat gelagat dua beranak itu.

     Di suatu sisi lain, Harris Hakimi sedang duduk termenung di balkoni rumah miliknya di Johor Bahru. Dia sudah pun sedia maklum bahawa hari itu cinta hatinya akan menjadi milik abangnya. Sepanjang hari dia tidak keluar dari rumah. Makan dan minum juga di abaikan. Fikirannya hanya memikirkan kekasih yang tidak akan menjadi suri hidupnya. Dia kecewa dan terlalu bersedih hati. Ummi dan abahnya telefon pun tidak berjawab. Hanya pesanan ringkas melalui whatsapp saja dibalas. Dia takut jika dia tidak dapat menahan air matanya daripada gugur di hadapan ibu bapanya.

     Teringat akan kata - kata umminya kelmarin sebelum mereka ke Kuala Lumpur untuk meminang Alia Farhana.

     “Abang Is akan berkahwin dengan Alia. Ummi nak kamu redha dengan ketentuan Allah. Tolong jangan berdendam dan bermusuh dengan Abang Is mahupun Alia. Ummi percaya Kimi akan jumpa gadis sebaik Alia tu suatu hari nanti.”

     ‘Ya ummi. Kimi akan berjumpa dengan gadis sebaik Alia tu satu hari nanti. Tapi gadis itu takkan sama dengan Alia yang Kimi sangat - sangat cintakan tu. Tak kan sama!.’ Namun kata - kata itu hanya dilontarkan di dalam hatinya sahaja. Dia tidak mahu ummi dan abahnya risau akan penerimaannya terhadap keputusan abangnya mengahwini Alia Farhana. Tidak pernah sekali pun dia merestui perhubungan mereka.

     Harris Hakimi masuk ke dalam biliknya dan mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas katil. Di bukanya galeri simpanan gambar dan video. Bibirnya mengukir sedikit senyuman tatkala melihat gambarnya bersama Alia Farhana ketika di Genting Highland dahulu.

     Segala memori indah bersama gadis itu bermain di ingatan. Namun tiba - tiba senyumannya mati. Matanya mula berkaca apabila teringatkan pertemuannya dengan gadis itu pada suatu petang seminggu sebelum hari ini tiba.

     “Sayang. Please. Saya merayu. Tolonglah beri saya peluang untuk baiki perhubungan cinta kita. Saya janji yang saya takkan lukai hati Sayang lagi.” Diraihnya tangan Alia Farhana yang duduk di tempat duduk penumpang di dalam keretanya. Gadis itu merenung sepasang mata milik Harris Hakimi. Direnungnya jauh ke dalam mata itu.

     Harris. Tolong jangan macam ni. Lepaskan saya dari hati awak. Tolonglah terima takdir kita begini. Saya dan awak tak mungkin akan bersama. Saya akan berkahwin dengan Abang Ilham. Saya akan jadi isteri dia. Saya tak nak hubungan kami musnah kerana perasaan awak ni. Tolonglah. Saya tahu awak boleh lupakan saya.”

     “Tapi saya tak boleh Sayang. Saya tak boleh lupakan Sayang macam tu aje. Tak mungkin saya boleh lupakan Sayang. Tak mungkin! Tak akan!.”

     “Awak kena lupakan saya. Awak perlu! Awak perlu buang saya dari hati awak! Saya tak mungkin jadi milik awak, Harris. Tolonglah jangan macam ni. Tolong jangan buat saya macam ni.”

     Air mata Harris Hakimi sudah mula gugur di pipinya. Alia Farhana cuba menahan sebak melihat keadaan Harris Hakimi ketika itu. Dia jatuh kasihan melihat lelaki di hadapannya itu. Laju sahaja tangannya mengelap air mata lelaki itu dengan tangannya. Dia memegang kedua belah pipi lelaki itu.

     “Harris.... Kenapa awak boleh jadi macam ni sekali Harris? Jangan kerana saya awak hancurkan hidup awak. Kalau betul awak sayang dan cintakan saya, benarkan saya pergi dari hati dan fikiran awak. Izinkan saya bahagia bersama abang awak.” Entah kenapa selepas menghabiskan kata - katanya, air matanya laju meluncur menuruni tubir matanya. Sayu sungguh hatinya melihat keadaan Harris Hakimi yang tidak terurus itu.

     Entah sudah berapa lama dia berkeadaan begitu. Dia kurang pasti. Selepas Ilham Iskandar pulang ke Malaysia dulu, Harris Hakimi terus balik ke Johor Bahru selepas abangnya masuk ke pejabat. Sejak dari itu, dia tidak lagi mendengar berita tentang lelaki itu sehinggalah tiba hari pertemuan mereka ini.

     Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan Harris Hakimi. Seorang lelaki yang sentiasa segak dan tampan dan selalu berpakaian kemas, tiba - tiba berubah menjadi kusut masai tidak terurus. Wajahnya juga sudah mula ditumbuhi jambang. Pilu dan sedih hatinya tidak menyangka sebegini sekali jadinya.

     “Saya sayangkan awak, Alia. Terlalu sayang. Bertahun saya tunggu dan cari Sayang. Tapi bila dah jumpa... Begini rupanya kesudahannya. Macam mana saya nak terima benda ni semua? Macam mana saya nak hidup tanpa Sayang? Saya dah janji dengan diri saya yang saya akan nikahi Sayang bila kita berjumpa. Kalau saya tak dapat kahwin dengan Sayang... Lebih baik saya mati aje!.”

     “Harris!! Astaghfirullah al azim! Apa yang awak cakap ni?! Mana iman awak? Istighfar banyak - banyak, Harris. Ini semua ujian untuk awak. Awak kena kuat hadapinya. Awak kena tabah. Jangan macam ni. Cakap macam orang tak ada iman!.”

     Tangisan Harris Hakimi semakin kuat. Bahunya terhinjut - hinjut. Dia bersandar di kerusi dengan matanya yang dibasahi dek air mata.

     Alia Farhana tidak tahu berbuat apa apabila Harris Hakimi masih lagi menangis. Dia sedaya upaya memujuk lelaki itu dengan kata - kata namun tidak diendahkannya. Masih juga menangis. Hatinya turut sayu dan matanya sama menangis.

     “Harris. Harris. Tolong. Berhentilah menangis. Saya tak boleh tengok awak macam ni. Awak kena kuat. Saya tahu awak mampu lupakan saya.”

     Harris Hakimi masih juga menangis. Akhirnya tanpa berfikir panjang, Alia Farhana mendekati lelaki di sisinya. Cuba memujuk sekali lagi. Namun masih tidak berkesan. Teragak - agak dia mahu memegang tangan lelaki itu. Perlahan - lahan dia menarik tangan Harris Hakimi dan dipegang kejap.

     Sebelum meneruskan perlakuannya, dia menarik nafas sedalam - dalamnya dan menghembusnya perlahan berharap hatinya berasa sedikit tenang.

     Harris Hakimi masih juga menagis dengan mata tertutup saat tangannya dipegang Alia Farhana. Dia tidak memberikan sebarang respon dengan tindakan gadis itu.

     Setelah melihat keadaan masih juga sama, Alia Farhana tanpa ragu - ragu terus menarik Harris Hakimi ke dalam pelukannya. Niatnya hanyalah mahu lelaki itu sedar dan memberikan sedikit semangat buat lelaki yang sedang patah hati itu.

     Pelukan Alia Farhana dibalas. Terasa pelukan oleh Harris Hakimi semakin kuat. Kepalanya betul - betul berada di sisi leher Alia Farhana. Kedengaran hembusan nafas yang hangat oleh Harris Hakimi disebabkan tangisannya itu sehingga menembusi tudung yang dipakainya.

     Beberapa minit mereka berpelukan, akhirnya Harris Hakimi meleraikan pelukan itu perlahan. Tangannya memegang kedua belah bahu Alia Farhana. Dia melihat mata gadis itu turut berair kerana menangis.

     “Sayang.” Harris Hakimi mendekatkan wajahnya pada wajah Alia Farhana.

     Terasa hembusan nafas yang tidak teratur daripada lelaki itu. Semakin lama semakin hampir wajah mereka berdua. Hidung mereka sudah pun menyentuhi antara satu sama lain dan dalam beberapa saat sahaja bibir mereka bertemu! Alia Farhana tergamam. Tiba - tiba dia tersedar. Dengan pantas dia menolak tubuh Harris Hakimi jauh daripadanya.

     “Harris! Apa awak buat ni?!.”

     “Maafkan saya, Sayang. Saya tak dapat nak kawal diri saya. Saya terlalu sayangkan, Sayang. Terlalu sayang.” Harris Hakimi meraih tangan Alia Farhana. Gadis itu menarik kasar tangannya. Namun digenggam kejap oleh Harris Hakimi.

     “Harris. Tolong hantar saya balik. Kita tak boleh macam ni. Saya peluk awak sebab saya nak tenangkan awak. Bukan saya suruh awak buat macam tu. Hantar saya balik sekarang!.”

     “Kalau saya hantar awak balik, awak akan tinggalkan saya. Saya takkan dapat miliki awak nanti. Saya nak bawak awak lari dari sini. Kita kahwin kat Siam ye, Sayang.”

     “Harris. Jangan jadi gila, Harris. Mana fikiran waras awak? Tolong hantar saya balik sekarang!.”

     “Saya akan hantar awak balik kalau saya... “ Harris Hakimi tidak menghabiskan ayatnya. Sebaliknya dia menamatkan kata - katanya dengan isyarat matanya melihat ke arah bibir Alia Farhana. Fahamlah dia bahawa keinginan lelaki itu terhadap dirinya. Namun bukan semudah itu dia akan berikan. Apa! Dia ingat dirinya ini apa? Mudah - mudah disentuh oleh lelaki bukan muhrim? Tapi... Bagaimana pula dengan apa yang dia lakukan bersama Ilham Iskandar? Ah! Itu rahsianya bersama bakal suaminya. B. A. K. A. L  suami! Akan berkahwin pun tidak lama lagi. Tapi jika dia buat benda yang sama dengan Harris Hakimi, apa yang patut dilabel pada dirinya? Dia sendiri malu dengan diri sendiri!

     “Sayang...”

     “Hantar saya balik saya cakap, Harris.” Harris Hakimi merenung lama ke arah Alia Farhana. Gadis itu sudah membetulkan posisi duduknya dengan betul. Dia tidak memandang wajah lelaki yang sedang merenungnya. Perasaannya jadi takut tiba - tiba. Takut perkara lama berulang lagi tetapi kali ini dalam situasi yang berbeza.

     Tiba - tiba... Harris Hakimi bertindak mendekati Alia Farhana yang sedang duduk bersandar. Tanpa banyak bicara, laju saja dia mencium bibir merah gadis itu. Alia Farhana berkali - kali menolak tubuh sasa Harris Hakimi namun tidak berdaya. Lelaki itu telah menurunkan tempat duduk yang diduduki Alia Farhana. Kini mereka sudah berbaring sambil berciuman.

     Alia Farhana meronta lagi. Namun kali ini tangannya menjadi sasaran pegangan Harris Hakimi. Alia Farhana tidak dapat meronta lagi akibat pegangan yang kejap itu. Bibir mereka pula masih melekap antara satu sama lain.

     Walaupun tindakan Harris Hakimi nampak seperti kasar, namun ciuman lelaki itu tidak sekasar perlakuannya. Alia Farhana dapat merasakan ciuman Harris Hakimi itu penuh dengan rasa cinta.

     Seketika Harris Hakimi menghentikan ciumannya untuk mengambil nafas. Kemudian dia sambung lagi perlakuannya itu.

     “Sayang. Saya sayang Sayang. Sayang, Sayang.”

     Alia Farhana menggeleng kepalanya perlahan. Matanya sudah berkaca menahan tangis. Namun lelaki itu hanya membiarkannya saja. Dia mencium lagi dan lagi sehingga Alia Farhana tidak mampu lagi untuk menolak.

     Apabila melihat gadis itu sudah tidak meronta lagi, Harris Hakimi melepaskan genggaman tangannya. Dia bermain - main dengan bibir dan lidah gadis itu dengan berhati - hati dan penuh kelembutan. Dia tidak mahu menyakiti gadis itu.

     Entah berapa lama mereka melakukan perkara itu pun mereka tidak sedar. Tahu - tahu saja hari sudah beransur gelap. Mereka berjumpa selepas Asar dan selepas azan Isyak barulah Harris Hakimi menghantarnya pulang.

     Harris Hakimi sebenarnya tidak menjangka yang dia akan mencium Alia Farhana sebegitu rupa. Dia sudah berjanji dahulu selepas peristiwa hitam itu, dia tidak akan melakukan hal sebegitu selagi mereka belum diijabkabulkan. Tetapi dia mengingkarinya  mungkin kerana gadis itu yang memulakan dengan memeluknya dahulu. Perasaannya bertukar lain apabila berada dalam dakapan gadis itu. Tetapi apakan daya seorang yang bernama manusia tidak pernah kuat imannya. Akhirnya hanyut dengan ajakan syaitan.

     Lamunannya terhenti apabila ada panggilan masuk ke telefon bimbitnya. Dia melihat skrin telefon. Ummi! Dia berbelah bahagi samada mahu menjawabnya ataupun tidak. Akhirnya dibiar sepi panggilan itu. Dia masih tiada kekuatan untuk bercakap dengan umminya. Khuatir dia akan menangis.

     Dua minit kemudian, satu pesanan ringkas melalui whatsapp masuk. Harris Hakimi membaca mesej tersebut. Umminya bertanyakan khabar dirinya... Adakah sudah makan ataupun belum. Sesungguhnya umminya itu amat memahami keadaan dirinya itu. Seringkali wanita itu meneka dengan tepat apa yang terjadi pada dirinya. Itulah kuatnya perasaan seorang ibu!

    Sudah seminggu Harris Hakimi tidak masuk ke pejabat. Jiwanya kacau dengan apa yang berlaku. Fikirannya kusut. Dia takut untuk menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Alia Farhana, gadis yang dia cintai selama ini. Ilham Iskandar tidak tahu akan keadaan adiknya itu. Harris Hakimi meminta ummi dan abah merahsiakannya. Dia tidak mahu abangnya itu menganggapnya lemah dan selebihnya dia tidak mahu merunsingkan hati kedua orang tuanya jika dia melakukan sesuatu di luar batasannya. Biarlah hatinya kecewa dan jiwanya punah. Semua itu dia akan telannya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience