BAB 9
Usai solat isyak, Alia Farhana meluangkan masa untuk mengaji Al-quran. Sebolehnya dia akan mengambil masa seminit dua untuk membaca Al-quran walaupun hanya sebaris ayat.
Sedang khusuk dia mengaji, tiba - tiba mesej dari telefon bimbitnya berbunyi. Alia Farhana masih meneruskan bacaannya. Dia masih fokus membaca. Tetapi beberapa minit kemudian, berbunyi lagi telefon bimbitnya. Dia tertanya - tanya gerangan yang menghantar mesej kepadanya. Mungkinkah ada hal mustahak? Segera dia menghabiskan bacaannya dan mencapai telefon bimbitnya yang terletak di meja kecil sebelah katil.
Encik Ilham :
- Assalamualaikum. (9.15pm)
- Sibuk ke tu?. (9.15pm)
- Alia??. (9.25pm)
Alia :
- Walaikumsalam en ilham. (9.26pm)
- Sori lambat reply en ilham. Saya tgh solat td. Ada apa en ilham wasap sy ni? Ada hal penting ke?. (9.27pm)
Cepat saja mesejnya bertanda 'blue tick'. Mesti mesejnya memang sedang ditunggu. Tidak lama kemudian, mesejnya dibalas.
Encik Ilham :
- Xde hal penting pun. Cuma saya nak ucap terima kasih sbb awk sudi dgr luahan hati sy td. (9.29pm)
- Yg lbh tepatnya awk tpksa dgr luahan hati sy. (9.30pm)
Alia Farhana masih tekun membaca mesej dari bosnya.
- Dan..sy nk mtk maaf sbb dh heret awk masuk dlm mslh sy ni. Sejak dr kat langkawi lg. (9.30pm)
- Saya rasa malu dgn awk alia. Malu sgt...(9.31pm)
Alia Farhana membalas mesej Ilham Iskandar.
- En ilham jgnla ckp mcm tu. Sy xkisah pon. Sy tau en ilham xde tmpt nk luahkn. Sy sudi mdgr kalo en ilham ada mslh. En ilham jgnla rasa bsalah ye. (9.32pm)
- Dan...en ilham xyahla rasa malu dgn sy. Anggap sj sy ni mcm..hmm...mcm apa ye?? Hah..teddy bear mgkin ????hehe...en ilham bole luahkn je apa2 kt teddy bear en ilham ni..(9.34pm)
- Tp...kalo en ilham mrh..jgn la pulak en ilham tumbuk teddy bear en ilham ni..mau lebam muka sy nt hihi ?????
Tersenyum Ilham Iskandar membaca mesej daripada setiausahanya itu. Sedikit sebanyak ia telah menceriakan hatinya yang sejak tadi gundah.
Ilham Iskandar duduk bersandar di kepala katil. Dia memejamkan matanya. Sekejap. Dibuka perlahan. Dia melihat skrin telefonnya. Kemudian dia tersenyum. Entah kenapa ayat - ayat Alia Farhana itu bermain - main di mindanya. Dia tersenyum sendiri. 'Ada apa dengan gadis itu ye?'
Seketika dia teringat pula kepada kekasih hatinya. Kekasih hati?? 'Bekas kekasih hati'. Ya. Hana bekas kekasih hatinya dulu. Setelah apa yang berlaku, dia tidak akan sesekali kembali pada wanita yang telah lukai hatinya. Bak kata setiausahanya, dia kena 'move on'. Bunga bkn sekuntum. Dia boleh dapat perempuan yang lebih baik daripada Hana. Takkan kerana sekali putus cinta, dia akan merana seumur hidup !
× × × × × × × × × × × × × × × × ×
"Selamat pagi, Encik Ilham". Sapa Alia Farhana sambil tersenyum.
"Selamat pagi". Balas Ilham Iskandar dengan senyuman seraya membuka pintu bilik pejabatnya.
Beberapa minit kemudian, Alia Farhana datang ke pejabat Ilham Iskandar dengan membawa secawan Nescafe.
Tok ! Tok ! Tok !
Kedengaran arahan suruh masuk dari dalam bilik. Lantas Alia Farhana memulas tombol dan masuk ke dalam bilik pejabat Ilham Iskandar.
"Ni saya ada buatkan Encik Ilham Nescafe. Nanti minum ye Encik Ilham". Alia Farhana meletakkan mug berisi nescafe di atas meja Ilham Iskandar.
"Hah..okeh". Ilham Iskandar membalas ringkas tanpa menoleh ke arah Alia Farhana. Kelihatan agak sibuk bosnya pagi itu. Banyak fail - fail yang perlu disemak.
"Saya keluar dulu ye, Encik Ilham".
Ilham Iskandar tidak menjawab. Fahamlah dia bahawa bosnya itu sangat - sangat sibuk ketika itu. Tanpa menunggu lagi, Alia Farhana pun keluar dari bilik Ilham Iskandar.
Terasa letih jari menaip komputer, Ilham Iskandar berhenti seketika. Dia mematah - matahkan ruas jarinya yang lenguh agar berasa lega.
Dia bersandar di kerusi. Seketika dia memejamkan matanya. Ketika dia membuka mata, dia terpandangkan mug yang berisi air di atas mejanya. Baru dia teringat yang setiausahanya bawakan pagi tadi.
Dia mencapai mug di atas mejanya. 'Hmm...dah tak panas'. Katanya di dalam hati. Macamanalah dia boleh terlupa untuk minum tadi. Kasihan Alia dah penat - penat buatkan dia air. Nescafe tup tup meletup pulak tu. Gilalah kalau nak tolak.
Walaupun air di dalam mug tersebut sudah suam, Ilham Iskandar tetap juga meminumnya hingga habis. Ketika dia meletakkan mug itu di atas meja, dia terpandang sekeping kertas kecil melekat di bawah mug tersebut. Diambilnya kertas kecil itu.
# Apa kbr hari ini En. Ilham? Hrp lbh tenang..jgn sedih2 tau..baca bismillah dulu sblom minum ye..
Peace ;-) #
Ilham Iskandar tersenyum tatkala selesai membaca memo daripada setiausahanya itu. Comel. Detik hatinya.
× × × × × × × × × × × × × × × × × ×
"Alia. Masuk bilik saya sekejap". Kedengaran suara Ilham Iskandar dari mesin interkom. Alia Farhana segera bingkas dari duduknya dan segera menuju ke bilik bosnya.
Tidak sampai seminit Alia Farhana sudah pun berada di hadapan meja Ilham Iskandar.
"Ya, Encik Ilham. Ada apa - apa yang Encik Ilham perlukan ke?". Soal Alia Farhana kepada Ilham Iskandar.
"Thanks". Jawab Ilham Iskandar sepatah. Alia Farhana yang mendengar jadi terpinga - pinga kerana tidak faham maksud bosnya itu.
"Nescafe awak tu. Terima kasih". Ilham Iskandar menjawab apabila tiada respon dari gadis itu. Barulah dia mengerti maksud lelaki itu tadi.
"Oh. Nescafe rupanya". Alia Farhana tersenyum. Dan menyambung lagi.
"Sama - sama Encik Ilham. It's okey Encik Ilham. Small matter je tu. Bukan susah sangat pun buatnya". Alia Farhana tersengih.
"Kalau gitu...saya nak awak buatkan untuk saya hari - hari. Sanggup?". Melopong mulut Alia Farhana apabila mendengar arahan dari bosnya itu.
"Macam tak sanggup aje?". Ilham Iskandar yang melihat reaksi setiausahanya itu terus bersuara lagi.
"Eehhh...sanggup..sanggup Encik Ilham. Takde hallah. Setiap pagi saya akan hantar terusss ke meja Encik Ilham". Alia Farhana tersengih sambil menunjukkan tanda setuju dengan jarinya.
"Okeh. Bagus kalau gitu. Awak boleh keluar sekarang. Anyway..hari ni kabar saya baik aje. Lepas minum nescafe power awak ni..mood saya lagi bertambah baik". Serius saja Ilham Iskandar berkata - kata. Tetapi sudah cukup buatkan Alia Farhana gembira. Sekurang - kurangnya lelaki itu sudah tidak bersedih lagi. Alhamdulillah.
× × × × × × × × × × × × × × × × ×
Pin ! Pin !!
Hon kereta ditekan tatkala Ilham Iskandar berada betul di hadapan Alia Farhana di bus stop tepi jalan. Kelihatan gadis itu sedang menunggu pengangkutan awam untuk pulang ke rumah. Jam di tangan dikerling sekilas. Sudah pukul 6 petang. Ini bermakna sudah satu jam gadis itu berada di situ. Manakan tidak, setiausahanya keluar pejabat tadi tepat pukul 5. Dia pula selesai kerjanya pukul 6 petang.
"Alia. Kenapa tak balik lagi ni? Awak tunggu siapa?" Tanya Ilham Iskandar dari dalam kereta.
"Saya tunggu bas Encik Ilham. Takde pulak hari ni bas lalu. Mogok agaknya". Ilham Iskandar yang mendengar tersenyum sedikit. Mogok? Alia..Alia..macam - macam kat kepala awak tu. Desis hatinya.
"Dah. Masuk. Saya hantar awak pulang. Dah nak senja ni".
"Eh takpe lah Encik Ilham. Tak payah susah - susah. Kejap lagi ada la tu bas". Alia Farhana menolak pelawaan Ilham Iskandar secara baik. Sebolehnya dia tidak mahu menyusahkan bosnya. Dibuatnya rumah mereka tidak sehaluan jalan, bukan ke itu akan menyusahkan bosnya itu? Tak pasal - pasal lelaki itu akan sampai lewat ke rumah.
"Alia. Masuk". Gurlpp... Wajah dan nada lelaki itu sudah kedengaran dan kelihatan serius. Fahamlah dia kalau lelaki itu sudah bereaksi begitu. Itu maknanya dia tidak boleh membantah. Dengan cepat dia membuka pintu kereta dan duduk di sebelah Ilham Iskandar.
"Awak ni kan dah ada orang nak hantar balik pun banyak jugak cekadaknya kan". Tiba - tiba Ilham Iskandar bersuara. Geram juga dia kerana gadis itu selalu saja menolak pelawaannya. Teringat dia sudah berapa kali gadis itu menolak ajakan makan tengah harinya. Macam - macam alasan yang diberikan. Ajak makan pun payah. Kalau dengan orang lain tu bukan main laju lagi setujunya. Ni dengan bos sendiri pun tak nak. Hmm..
"Bukan tak nak Encik Ilham. Saya cuma tak nak susahkan Encik Ilham. Lagipun saya ni pekerja bawahan aje. Malu lah kalau staf lain nampak. Apa pulak kata dia orang nanti". Perlahan saja Alia Farhana menjawab. Takut juga dia kalau lelaki di sebelahnya ini akan naik marah.
"Biarkan je lah apa orang nak kata. Suka hati saya lah nak keluar dengan siapa, nak buat apa...apa dia orang peduli. Saya tak kacau orang pun kan?". Ada nada ketegasan pada suara lelaki itu. Dikerlingnya sedikit wajah di sebelahnya. Masih tenang memandu. Cuma wajahnya agak tegang. Grrrr..... Alia Farhana sudah cuak. Janganlah dia naik angin. Seram wehh..!!
Sepanjang perjalanan pulang, mereka hanya mendiamkan diri. Masing - masing melayan perasaan sendiri. Ilham Iskandar sudah tidak marah pada Alia Farhana. Dia cuma bengang dengan gadis itu kerana sering bagi alasan untuk menolak pelawaannya. Mana ada gadis yang akan tolak kalau dia yang ajak. Sudahlah handsome, berharta pulak tu. Dia ni dambaan setiap wanita tau. Ceh...bukan main lagi kan. Kalau dambaan setiap wanita, kenapa Si Hana tu boleh curang? Gulpp !!
"Eh Encik Ilham. Simpang ke rumah saya dah terlepas tu. Encik Ilham nak ke mana ni?". Alia Farhana mula panik apabila jalan yang perlu dilalui ke rumahnya tidak dimasuki oleh Ilham Iskandar. Dilihatnya wajah lelaki itu. Selamba dan tiada perkataan yang keluar dari mulutnya.
Beberapa minit kemudian, kereta yang dinaiki membelok ke kiri. Terdapat deretan kedai - kedai di situ. Ilham Iskandar memperlahankan kenderaan. Dia memasuki parkir kosong di hadapan sebuah kedai.
"Saya lapar. Teman saya makan". Katanya bersahaja sambil membuka tali pinggang keledar.
"Tapi Encik Ilham. Saya...". Tidak sempat untuk Alia Farhana meneruskan kata - katanya, Ilham Iskandar sudah memberikan wajah ketatnya. Alia Farhana telan liur.
"Okeh". Perlahan dia menjawab.
"Telefon mak awak bagitahu dia yang awak keluar makan dengan saya. Takut nanti dia risau anak dara dia tak balik lagi dari kerja".
"Sekarang ke?". Ilham Iskandar yang mendengar soalan dari gadis itu mula geram. Dia membulatkan matanya. 'Takkan esok pulak cik kak'. Alia Farhana yang melihat wajah bosnya sebegitu, kelam kabut mencari telefon bimbit di dalam beg tangannya. 'Okeh..okeh..' . Dengan pantas nombor telefon ibunya di dail.
"Hello. Assalamualaikum mak. Adik balik lambat sikit tau. Keluar makan dengan kawan jap". Klik ! Telefon dimatikan. Ilham Iskandar hanya mendengar sahaja perbualan dua beranak itu. Sengaja dia tidak keluar dari kereta dulu dan menyuruh gadis itu menelefon ibunya di hadapannya. Kalau tidak ditunggu, mungkin saja gadis itu tidak akan memberitahu ibunya akan kelewatan kepulangannya.
Oh ya. Kawan? Siapa kawan? Ilham Iskandar kah? Bukan ke dia bos kepada gadis itu? Kenapa dia cakap 'kawan'?. Hai lah Ilham Iskandar. Takkan itupun boleh jadi masalah? Ada lah sebabnya Alia Farhana tu cakap macam tu. Itupun nak touching ke? Hmm...
× × × × × × × × × × × × × × × × × ×
Jam telahpun pukul 8 malam ketika Alia Farhana sampai di rumah. Dia melangkah laju masuk ke dalam rumah kerana khuatir terlepas waktu Maghrib. Kalaulah tadi dia bersolat dahulu di kedai makan itu seperti Ilham Iskandar, tentu dia tidak terkejar - kejar seperti ini.
Puan Zalina yang memerhati sedari dia keluar daripada kereta, hingga mendaki anak tangga untuk ke bilik, sedikit pun Alia Farhana tidak perasan. Tergesa - gesa sungguh anak daranya itu.
"Siapa kawan adik yang hantar tadi tu? Nampak macam lelaki je. Boyfriend eh?". Soal Puan Zalina kepada Alia Farhana tatkala gadis itu selesai menunaikan kewajipan kepada yang Maha Esa.
Selepas mandi dan bersolat Maghrib serta Isyak tadi, dia turun ke tingkat bawah untuk menonton televisyen. Disangka ibunya telah tidur. Rupanya masih berjaga dan menonton tv.
Kelu lidahnya untuk menjawab soalan ibunya itu. Tetapi tidak seharusnya dia berbohong. Lambat laun tentu ibunya akan tahu juga.
"Hmm..tadi tu bos adik sebenarnya mak".
"Oh. Patutlah. Tengok kereta bukan main mewah lagi. Takkanlah pekerja biasa. Adik dengan dia ada apa - apa ke?". Soal Puan Zalina lagi sambil mengangkat kening beberapa kali dan tersengih. Sengaja dia mengusik anak daranya itu.
"Ish mak ni. Tu kan bos adik. Ada gila adik nak ada hubungan dengan dia kot. Manalah dia nak pandang adik ni hah. Dia tu enggang. Adik ni pipit aje. Tak sesuai tau mak".
"Eh adik ni. Tak baiklah cakap macam tu. Jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan. Mana tahu dia tu jodoh adik. Siapa kita nak menolaknya kan".
Ada betulnya juga kata - kata ibunya itu. Siapa tahu dia dan Ilham Iskandar berjodoh. Siapa kita nak tentukan semuanya. Eh. Berangan ke ni? Alia Farhana dan Ilham Iskandar berkahwin? Alia tu taste awak ke Ilham? Errr...
× × × × × × × × × × × × × × × × × × ×
Share this novel