BAB 8

Romance Completed 43587

BAB 8

"Selamat pagi, Alia". Sapa Ilham Iskandar tatkala sampai di hadapan meja setiausahanya. Wajahnya tersenyum memandang gadis itu.

"Morning Encik Ilham". Balas Alia Farhana dengan senyuman.

"Awal Encik Ilham sampai hari ni". Alia Farhana menegur majikannya sambil mengerling jam di pergelangan tangannya.

"Kenapa? Biasa saya datang lewat eh?".

"Taklah Encik Ilham. Selalunya pukul 9 baru Encik Ilham sampai office. Ni baru pukul 8 suku. Ada apa - apa yang urgent ke? Boleh saya tolong mana yang perlu".

"Takde apa pun yang penting hari ni. Saja je saya datang awal. Nak tahu jugak staf mana yang selalu lewat tu". Alia Farhana yang mendengar jawapan daripada bosnya itu hanya tersenyum.

"Okehlah. Saya masuk dulu ye". Ilham Iskandar meminta diri untuk beredar ke bilik pejabatnya.

Sejurus Ilham Iskandar masuk ke pejabatnya, Alia Farhana terus ke pantri untuk membuat secawan air untuk mengalas perut.

Alia Farhana duduk sambil menghirup Nescafenya. Matanya dipejam tanda menikmati minuman buatannya itu.

"Amboi..sampai pejam mata minum air". Alia Farhana tersentak. Nasib baik tidak terlepas mug di tangannya.

"Eh, Encik Ilham. Terkejut saya. Maaf Encik Ilham. Saya tak perasan Encik Ilham masuk tadi". Tergesa - gesa Alia Farhana bangun dari duduknya tanda menghormati majikannya.

"Mana lah nak perasan. Khusyuk sangat minum sampai saya masuk pun tak sedar". Alia Farhana yang mendengar hanya tersengih.

"Encik Ilham nak ke saya buatkan Nescafe power tup tup meletup ni?".

"Hmm..nama pun dah power tu. Betul power ke? Bolehlah nak try secawan".

"Okeh. Encik Ilham duduk kejap. Saya buatkan. Confirm lepas ni Encik Ilham ketagih tak cari air lain dah". Alia Farhana mengarahkan Ilham Iskandar duduk sementara tangannya ligat membancuh Nescafe yang kononnya power itu.

Ilham Iskandar hanya memerhati gelagat setiausahanya itu. Becok sungguh mulutnya walaupun tangannya lincah membancuh air. Ilham Iskandar tersenyum sendiri.

Beberapa minit kemudian, Nescafe power tup tup meletupnya pun siap. Lantas dia terus menghulurkannya kepada Ilham Iskandar.

"Taraa !!". Air di dalam mug diletakkan di atas meja di hadapan Ilham Iskandar. Semerbak satu pantri dengan bau haruman nescafe buatan Alia Farhana.

Ilham Iskandar melihat air di dalam mugnya. Diangkat mug itu dan dihidunya.

"Hmm...bau macam sedap". Katanya.

"Cubalah rasa dulu Encik Ilham. Serius sedap gila". Alia Farhana memuji dirinya sendiri sambil tersengih menampakkan giginya yang putih.

Ilham Iskandar mencapai mug dihadapannya. Dihirup perlahan air Nescafe power tup tup meletup buatan setiausahanya. Sejenak dia terdiam sambil meletakkan mug di atas meja. Alia Farhana menanti dengan penuh debar komen yang akan diberikan oleh bosnya itu.

"Sedap. Memang power". Tersenyum meleret Alia Farhana apabila mendengar komen dari mulut Ilham Iskandar.

"Yahuuu !! Yeahh !!". Alia Farhana dengan spontan melompat kegembiraan. Tiba - tiba dia terhenti apabila menyedari majikannya sedang memerhatikannya.

"Opss !!". Alia Farhana mengetap gigi. Tidak lama selepas itu dia tersengih melihat lelaki dihadapannya.

"Sorry Encik Ilham. Ter'over' pulak saya. Hah kan saya dah kata tadi. Confirm Encik Ilham akan jatuh cinta dengan Nescafe power tup tup meletup saya ni. Emak dengan abang saya pun tak boleh challenge tau". Alia Farhana bersuara seakan bangga bilamana air nescafe buatannya telah diperakui sedap oleh orang lain selain daripada ibu dan abangnya. Tentu sekali dia berasa bangga dan gembira bila dipuji oleh seseorang yang bukan ahli keluarganya. Ye lah. Bukan semua orang pandai membancuh air nescafe. Kadang terpahit. Kadang tak kena dengan tekak. Kiranya dia salah seorang yang boleh dikatakan 'pro' dalam pembuatan air nescafe ni.

"Thanks". Ilham Iskandar bangun dari duduknya. Dia ingin ke bilik pejabatnya. Di tangannya dibawa sekali air Nescafe tadi. Alia Farhana membalas ucapan terima kasih bosnya itu. Bibirnya masih menguntum senyum.

Setelah Ilham Iskandar hilang dari pandangan, Alia Farhana segera menghabiskan minumannya. Sudah agak lama dia berada di pantri. Kerja yang menanti perlu dilaksanakan segera. Selepas membasuh mug yang digunakan, Alia Farhana bergegas keluar dari pantri dan menuju ke mejanya.

× × × × × × × × × × × × × × × × × × × ×

Jam telahpun menunjukkan ke angka 12 tengah hari. Sejam lagi waktu rehat akan tiba. Tidak terasa waktu berjalan dengan pantas disebabkan kerja yang banyak. Alia Farhana begitu khusyuk dengan tugasannya. Walaupun begitu, dia tetap alert dengan sesiapa sahaja yang datang ingin bertemu bosnya.

"Eeehhh Cik..Cik..tunggu dulu. Cik tak boleh masuk macam tu aje". Tiba - tiba Alia Farhana bangun dari duduknya dan tergesa - gesa menahan seorang wanita yang meluru laju ke bilik Ilham Iskandar.

Wanita yang mendengar larangan Alia Farhana itu terus berhenti ketika tangannya mahu sahaja memulas tombol pintu bilik Ilham Iskandar.

"Cik ada buat temujanji dengan Encik Ilham ke?". Tanya Alia Farhana.

Wanita di hadapannya menjeling tajam seraya menjawab pertanyaan Alia Farhana itu.

"I tak perlu temujanji untuk berjumpa dengan tunang I!". Wanita tersebut terus membuka pintu bilik Ilham Iskandar tanpa sempat Alia Farhana membalas kata - kata wanita tersebut.

"Cik..cik..jangan....".

"You".

"Encik Ilham. Maafkan saya. Saya tak sempat nak halang..."

"It's okey, Alia. Awak boleh keluar". Setelah Ilham Iskandar mengarahkan setiausahanya untuk keluar, wanita di sisinya menjeling dan tersenyum sinis kepadanya.

"Baik, Encik Ilham". Alia Farhana segera keluar dari bilik tersebut. Dia tertanya - tanya siapakah wanita itu. Nampak begitu seksi sekali. Selama sebulan dia bekerja di situ, wanita itu tidak pernah sekali pun datang ke pejabat ini. Perkataan 'tunang' yang disebut wanita itu lagi membuatkannya tertanya - tanya. Maria tidak pula ada bercerita mengenai bosnya sudah bertunang. Mungkin juga Maria terlupa untuk bercerita. 'Ah biarlah'. Katanya di dalam hati.

× × × × × × × × × × × × × × × × × × × ×

Alia Farhana sedang mengemas mejanya untuk keluar berehat. Jam telahpun menunjukkan pukul 1.

Sedang dia menyusun atur mejanya, tiba - tiba Ilham Iskandar keluar dari biliknya bersama wanita tadi. Wajahnya tegang. Wajahnya merah menandakan dia sedang marah. Manakala wanita tersebut kelihatan sedang merayu dan meminta maaf daripada bosnya. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku. Dia ingin segera pergi dan tidak mahu melihat mahupun mendengar perbalahan bosnya dengan wanita itu.

Alia Farhana ingin mencapai beg tangannya untuk keluar makan tengah hari. Belum pun sempat dia mendapatkan beg tangannya, tiba - tiba Ilham Iskandar menarik tangannya untuk mengikutnya pergi. Alia Farhana terpinga - pinga dengan tindakan spontan lelaki itu. Tidak sempat berkata apa - apa dia terus saja mengikut lelaki itu pergi. Sempat dia menoleh ke arah wanita tadi. Wanita itu menjerit memanggil nama bosnya tetapi tidak diendahkan.

× × × × × × × × × × × × × × × × × × × ×

Ilham Iskandar memandu semakin tenang keretanya. Dia tidak bercakap apa - apa sejak keluar dari Jaya Holdings.

Semasa baru keluar dari pejabatnya, dia memandu dengan sangat laju. Dia tidak dapat menahan amarahnya terhadap Hana. Ya ! Wanita yang datang tadi itu adalah Hana, gadis yang dia cinta dan juga yang telah melukai hatinya.

Alia Farhana yang duduk di sebelahnya tidak berani bersuara kerana takut akan dimarahi lelaki itu. Dia hanya diam dan berdoa agar bosnya akan tenang dan tidak memandu terlalu laju. Kecut perutnya bila lelaki itu menekan pedal minyak tadi. Bagai nak tercabut jantungnya. Tetapi kini lelaki itu telah kembali tenang dan memandu dengan selamat.

Ilham Iskandar memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia menyandarkan kepalanya di kerusi. Ada air jernih yang mengalir dari mata lelaki itu. Alia Farhana yang melihat berasa hiba tiba - tiba. Itu adalah kali kedua dia melihat bosnya menangis.

Apa agaknya yang wanita tadi buat pada lelaki ini ye? Sehingga kan lelaki ini menangis seperti ini? Pelbagai andaian yang dia buat. Teringat dia kejadian di Langkawi tempoh hari. Lelaki di sebelahnya ini begitu kecewa dan telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Kerana kecewa dia telah meminum minuman keras !

Agak lama dia berkeadaan begitu. Air mata lelaki itu tiada tanda mahu berhenti. Perutnya pula sudah berkeroncong minta diisi. Dia serba salah mahu menegur bosnya itu. Takut tersilap tegur dengan dia - dia sekali kena marah. Tetapi dia juga tidak mahu berlama - lama begitu. Waktu kerja sudah semakin hampir. Sempatkah untuk mengisi perut? Aduh ! Laparnya...

"Errr...Encik Ilham. Encik Ilham okeh ke ni?". Teragak - agak Alia Farhana bertanya.

Ilham Iskandar masih diam membisu. Matanya masih tertutup rapat. Dia hampir saja terlupa yang dia telah mengheret setiausahanya bersama tadi. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia menarik tangan gadis itu.

"Errr...Encik Ilham..."

Perlahan matanya dibuka. Dia memandang gadis di sebelahnya.

"Hana. Perempuan tadi tu Hana. Dia lah yang telah hancurkan hati saya masa di Langkawi hari tu, Alia".

"Dia datang nak minta maaf atas apa yang dia dah buat. Tapi saya tak boleh maafkan dia. Lima tahun kami bercinta. Lima tahun saya beri apa yang dia mahukan. Lima tahun saya sayang dan cintakan dia sepenuh hati saya. Tapi akhirnya dia lukai hati saya. Masih tak cukupkah apa yang saya bagi pada dia?? Sanggup dia buat macam ni pada saya. Sanggup dia menduakan saya. Sanggup dia bersama lelaki lain dalam bilik hotel. Patutkah saya maafkan dia dan kahwin dengan perempuan macam tu, Alia?". Panjang lebar Ilham Iskandar meluahkan perasaannya. Kini, barulah dia tahu sebab lelaki itu menangis dan kecewa.

"Sabarlah Encik Ilham. Istighfar banyak - banyak. Ramai lagi perempuan yang baik kat luar sana. Saya percaya, satu hari nanti pasti Encik Ilham akan bertemu dengan cinta sejati. Redhalah dengan apa yang berlaku. Jangan terlalu mentangisinya. Allah tak suka".

× × × × × × × × × × × × × × × × ×

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience