BAB 39
“Assalamualaikum, ummi. Ummi sihat ke tu?.”
“Alhamdulillah. Ummi sihat - sihat aje. Kimi dengan Alia sihat?.”
“Sihat, ummi.”
“Kimi kat mana tu? Kerja hari ni?.”
“A'ah ummi. Kimi kat office ni. Saja telefon ummi.”
“Ni terlanjur Kimi dah call ni, ummi nak tanya. Hmm... Kimi dengan Alia macam mana? Alia dah boleh terima Kimi ke?.”
“Hmm... Alia macam tulah ummi. Insha allah... Satu hari nanti pasti dia boleh terima semua ni. Ummi doakan ye.”
“Insha allah mudah - mudahan. Ummi tak pernah lupa doakan anak - anak ummi. Ummi rasakan, Kimi patut bawak Alia bercuti. Lagipun korang tak honeymoon lagi kan? Bolehlah Kimi dengan Alia spent time together, lupakan semua masalah yang jadi semua ni. Mana tahu ummi dengan abah dapat timang cucu ke kan.”
“Insha allah ummi. Kalau ada rezeki adalah. Nantilah Kimi fikirkan. Ummi... Terima kasih. Terima kasih sebab halang Kimi daripada pergi ke London dulu. Kalau tidak tentu sekarang ni Kimi dah ada kat sana dan sampai bila - bila pun Alia takkan jadi isteri Kimi. Kimi bersyukur sangat. Kimi bahagia.”
“Alhamdulillah. Ummi tumpang gembira kalau Kimi bahagia dengan Alia. Semua ni dah ditentu oleh Allah Kimi. Ummi ni cuma menjadi asbab aje apa yang berlaku. Apa pun jangan lupa sentiasa mohon pada Allah agar hati Alia tu terbuka untuk terima semua ni. Abang Is pun tak tahu ke mana. Hmm... Semoga dia dalam keadaan baiklah hendaknya.”
“Okehlah ummi. Ada masa nanti Kimi call lagi. Kimi ada kerja nak buat ni. Kirim salam abah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Insha allah nanti ummi sampaikan salam pada abah.”
Diam tak diam sudah 7 bulan Harris Hakimi dan Alia Farhana menjadi suami isteri. Keadaan semakin baik selepas mereka pergi bercuti bulan lepas. Layanan Alia Farhana terhadap Harris Hakimi juga sudah semakin elok. Dia sudah jarang bercakap kasar pada Harris Hakimi. Malah tingkah lakunya sudah kelihatan sedikit lembut walaupun kadangkala dia bersikap dingin kerana malas melayan perangai Harris Hakimi.
Harris Hakimi sangat bersyukur akan perubahan yang ditunjukkan oleh isterinya itu. Walaupun begitu, mereka masih belum lagi bergelar suami isteri dalam erti kata sebenar. Harris Hakimi ada mencuba untuk ber'sama’ ketika mereka bercuti kelmarin. Namun Alia Farhana masih enggan menerimanya.
Alia Farhana masih tidak bekerja dan hanya menjadi surirumah sepenuh masa. Kerja - kerja di rumah dia yang laksanakan. Kak Mun hanya membantu mana - mana yang diperlukan. Rasa bosan yang teramat sangat membuatkan dia stress dan kembali mengingati Ilham Iskandar. Kerana itu dia mengambil keputusan untuk membuat segala tugas di rumah dan itu membuatkannya melupakan seketika pada bakal suami yang tidak jadinya itu.
Usai mengerjakan solat Asar, Alia Farhana ke bilik air untuk mandi. Kebiasaanya dia akan mandi dahulu sebelum bersolat. Tetapi pada petang itu dia bersolat dahulu kemudian baru membersihkan diri. Hari itu adalah hari pertamanya bersih dari haid. Sebelum Harris Hakimi pulang dari pejabat, dia harus segera mandi kerana dia jadi tidak selesa jika hanya berkemban selepas mandi di hadapan suaminya itu. Dan jika dia mandi ketika suaminya berada di rumah, dia akan membawa sekali baju persalinannya dan memakainya terlebih dahulu di dalam bilik air sebelum keluar.
Lagipula dia sudah dapat membaca jadual harian lelaki itu. Pergi kerja pukul berapa, sampai di rumah pukul berapa... Jadi dia dapat mengatur jadualnya sendiri ketika ketiadaan suaminya itu.
Jam baru menunjukkan pukul 5.30 minit petang. Cuaca diluar agak gelap kerana hari mahu hujan. Alia Farhana keluar dari bilik air sambil menanyi perlahan. Dia berhenti di hadapan meja soleknya dan mengelap rambutnya yang basah. Dari kejauhan dia tidak menyedari akan kehadiran Harris Hakimi yang sedang memerhatikan dirinya. Mungkin kerana suasana yang agak gelap di dalam bilik itu membuatkannya tidak perasan akan kewujudan suaminya di situ.
“Seronoknya Sayang saya ni. Ada apa - apa yang menarik ke nak kongsi?.”
“Harris! Bila sampai ni? Jangan buat saya terkejut boleh tak?.” Soal Alia Farhana sambil tangannya laju membuka almari pakaian dan mengambil bajunya untuk di pakai di dalam bilik air. Tuala yang digunakan untuk mengelap rambutnya tadi cepat - cepat dia tutup bahagian dadanya. Dia jadi tidak selesa bila berkeadaan seperti itu di hadapan Harris Hakimi. Dengan hanya bertuala separas peha sahaja yang membaluti tubuhnya... Dia jadi malu walaupun dihadapan suaminya sendiri.
“Dah lama dah saya sampai Sayang.” Harris Hakimi mendekati isterinya yang ingin berlalu ke bilkk air.
“Err... Awalnya. Selalukan sampai pukul 6.30.”
“Saja balik awal. Tiba - tiba rasa rindu kat Sayang.”
“Hari - hari jumpa pun rindu. Dahlah. Saya nak ke bilik air. Nak pakai baju.” Alia Farhana ingin berlalu tetapi ditahan oleh Harris Hakimi.
“Sekejap Sayang.” Harris Hakimi menarik perlahan tangan Alia Farhana dan membuatkannya tersandar di pintu almari pakaian.
“Err... Harris. Awak....”
Harris Hakimi meletakkan kedua belah tangannya di pintu almari dan Alia Farhana berada di antara tangannya. Itu membuatkan pergerakan wanita itu terbatas.
Harris Hakimi merapatkan wajahnya ke wajah isterinya. Alia Farhana terkaku dan tidak semena - mena pakaian dan tuala yang menutupi dadanya itu terjatuh ke lantai. Dia ingin mengambilnya tetapi dihalang oleh Harris Hakimi.
“Sayang...” Harris Hakimi mengelus lembut pipi isterinya. Dadanya berdebar dan nafasnya mula tidak teratur. Alia Farhana juga terasa bagai mahu meletup jantungnya ketika itu kerana renungan mata Harris Hakimi itu penuh dengan makna. Dia dapat merasakan hembusan nafas lelaki itu yang agak tidak teratur.
“I love you, Sayang. I love you so much!.” Harris Hakimi berbisik di telinga kanan Alia Farhana.
Tanpa banyak bicara, dia mengucup lembut pipi kanan dan kiri isterinya. Alia Farhana cuba menolak perlahan namun tangannya di genggam erat suaminya. Kemudian dia mencium pula leher isterinya sebelum beralih ke bibir merah wanita itu.
Harris Hakimi mengucup lembut bibir isterinya dengan penuh asyik. Tanpa sedar, Alia Farhana juga membalas ciumannya itu. Harris Hakimi memeluk pinggang Alia Farhana dan wanita itu memeluknya kembali. Dia merasa gosokan lembut tangan isterinya di belakang badannya menunjukkan bahawa wanita itu juga merasai nikmat yang sama seperti dirinya.
Mereka berkucupan hingga membawa mereka ke katil. Hujan sudah mula turun dengan lebatnya. Perlahan - lahan Harris Hakimi menanggalkan pakaiannya satu persatu ketika mereka masih bercumbuan. Pergerakan mereka terhenti seketika apabila Alia Farhana terbaring di atas katil. Tualanya juga sudah terbuka sedari tadi semasa mereka sedang asyik bercumbuan mesra.
Dengan hati - hati dan penuh kelembutan, Harris Hakimi meneruskan hasrat hatinya ingin ber'sama’ isterinya. Alhamdulillah isterinya tidak menolak kali ini. Mereka bercumbuan dengan sungguh ghairah dan berahi. Sesekali tangan Harris Hakimi menggomol perlahan dada isterinya. Terdengar desah nafas mereka turun naik dan rengekan manja Alia Farhana dalam menikmati nikmat yang buat pertama kalinya mereka rasai.
Tidak sedar jam sudah pun pukul 7.25 malam ketika mereka sama - sama terbaring lesu di atas katil. Kedua - duanya masih berada di dalam selimut tanpa pakaian. Alia Farhana berbaring di lengan Harris Hakimi sambil memeluknya.
“Sayang. Thanks.”
“Thanks for what?.”
“Terima kasih untuk semuanya. Semua yang Sayang beri pada saya tadi.”
“Sama - sama. Maafkan saya. Sepatutnya dulu lagi saya beri. Terima kasih sebab tahan dengan kerenah saya.”
“Sama - sama, Sayang. Dahlah. Tak payahlah kita ingat perkara yang lalu tu. Sekarang ni, kita buka buku baru. Okeh Sayang.”
Alia Farhana mengangguk. Dia bersyukur sangat kerana Harris Hakimi masih boleh menerima dirinya yang selalu berkelakuan menyakitkan hati. Dari awal perkahwinan mereka lagi Alia Farhana tidak pernah melayan baik suaminya itu. Bahkan tempat tidur mereka juga berasingan. Dalam hatinya selalu merasakan bahawa suaminya itulah yang menjadi punca kehancuran hidupnya. Tetapi ternyata dia silap. Harris Hakimi seorang yang sangat penyabar dan sangat menyayangi dirinya. Lelaki itu akan berusaha walau bagaimana cara sekalipun untuk membahagiakan dirinya. Akan cuba sedaya upaya membuatkan dirinya agar tersenyum semula.
“Dah lewat ni. Maghrib dah nak habis. Jomlah kita mandi dan solat. Ambilkan tuala saya.” Alia Farhana meminta Harris Hakimi mengambilkan tualanya yang terletak di atas lantai berhampiran katil.
“Kejap Sayang. Hmm... Mulai sekarang, Sayang panggil saya Biy tau. Kan lebih mesra.”
“Kenapa tak panggil Abang? Awak kan 2 tahun lebih tua dari saya.”
“Tak naklah. Rasa macam tua sangat panggil Abang.”
“Mengada. Dah memang awak tu tua. Dahlah. Saya nak mandi ni. Tak pasal kena mandi lagi sekali.”
“Siapa suruh seksi depan Biy tadi.”
“Dah. Dah. Malas nak layan.” Alia Farhana segera bangun dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri selanjutnya mahu menunaikan solat fardhu Maghrib.
Sementara menunggu Alia Farhana selesai mandi, Harris Hakimi mengemas tempat tidur mereka. Tiba - tiba senyuman terukir di bibirnya ketika terlihat setompok darah di atas cadar. Tahulah dia bahawa isterinya itu masih suci dan tidak pernah disentuh oleh mana - mana lelaki. Ternyata dialah lelaki pertama yang dapat memilikinya. Harris Hakimi tersenyum bahagia.
Usai solat Maghrib berjemaah, Alia Farhana dan Harris Hakimi menikmati makan malam bersama. Kemudian mereka bersolat Isyak bersama. Malam itu mereka menonton filem di televisiyen di dalam bilik mereka sehingga lewat malam.
Jam sudahpun menunjukkan hampir pukul 12 malam. Mata Alia Farhana sudah mula mengantuk. Dia menguap beberapa kali sebelum akhirnya dia terlena di bahu Harris Hakimi.
Harris Hakimi yang menyedari isterinya telah tertidur, dengan hati - hati dia meletakkan kepala isterinya di atas bantal. Kemudian dia menyelimutkan isterinya. Filem yang ditonton masih berbaki 15 minit lagi. Harris Hakimi juga tidak menghabiskan tontonan kerana matanya juga terasa amat mengantuk.
Malam itu, buat pertama kalinya mereka tidur sekatil dan berkongsi selimut yang sama. Harris Hakimi amat - amat bersyukur kerana akhirnya doanya di makbulkan oleh Allah swt. Dia tersenyum bahagia lagi.
Malam berlalu dengan deruman hujan yang lebat diluar rumah. Harris Hakimi tersedar tatkala terdengar dentuman guruh yang kuat. Dia membuka matanya perlahan dan melihat isterinya lena di sebelahnya. Harris Hakimi tersenyum sambil tangannya mengusap perlahan pipi isterinya.
Dia kemudiannya menyentuh pula bibir kecil Alia Farhana. Mahu sahaja diciumnya tetapi dia takut akan membuatkan isterinya terjaga. Sedang leka dia membelai wajah isterinya, tiba - tiba Alia Farhana bersuara perlahan.
“Kenapa tak tidur lagi ni?.” Harris Hakimi terlejut dengan pertanyaan dari isterinya itu. Mata isterinya masih lagi terpejam. Adakah sedari tadi isterinya sudah terjaga ketika dia membelai - belai wajahnya tadi? Terasa bersalah pula kerana membuatkan isterinya bangun.
“Dah tidur tadi. Tapi terjaga. Sorry Sayang. Biy buat Sayang terjaga.”
“Dah pukul berapa ni?.” Soalnya lagi.
“Dekat pukul 4 pagi.”
“Oo... Tidurlah Biy.”
“Tak boleh nak lelaplah Sayang. Hmm... Tak ada apa - apalah.”
“Biy nak cakap apa tu? Teruskan jelah.” Alia Farhana bertanya namun matanya masih dipejam.
“Errr... Biy nak... Hmm... Kiss Sayang boleh?.” Jawab Harris Hakimi teragak - agak.
“Kalau nak kiss, kiss jelah.” Alia Farhana bersuara tetapi Harris Hakimi tidak juga melakukan apa yang dia mahu. Alia Farhana membuka matanya. Harris Hakimi sedang merenungnya.
“Sini.” Alia Farhana menarik kepala Harris Hakimi dan diciumnya pipi lelaki itu. Harris Hakimi tersenyum.
“Okeh. Dah. Jom tidur.” Harris Hakimi masih tidak bersuara dan sekali lagi Alia Farhana membuka matanya.
“Meh sini.” Alia Farhana mencium pula pipi sebelah lagi. Kemudian dia berkata perlahan.
“Tak cukup? Meh. Sini satu. Sini satu. Dan sini satu.” Alia Farhana mencium setiap pipi dan di akhiri dengan kucupan di bibir.
Harris Hakimi tersenyum. Namun dia masih tidak berkata apa - apa.
“Sini Biy.” Alia Farhana menarik Harris Hakimi mendekatnya. Diciumnya bibir lelaki itu lama. Harris Hakimi membalas ciuman Alia Farhana dengan penuh berahi.
Ketika mereka sedang asyik bercumbuan mesra, tangan Harris Hakimi laju saja membuka pijama satin isterinya. Segala yang dia lakukan dibiarkan saja oleh wanita itu. Tahulah dia bahawa isterinya itu juga mahukannya. Tangan isterinya juga sudah pandai melayani dirinya. Mereka sama - sama menjalankan tanggungjawab hak masing - masing sehingga puas.
Kedengaran laungan azan subuh ketika mereka selesai melaksanakan hajat di hati. Masing - masing terlihat kepuasan dan kelelahan.
“Larat ke nak ke office hari ni? Tidur berapa jam je tu.” Soal Alia Farhana ketika Harris Hakimi sedang bersiap untuk ke pejabat pagi itu.
“Ikutkan malas nak pergi office hari ni. Tapi bukan sebab tak larat. Sebab tak puas.”
“Amboiii Biy ni. Gatal kan.”
“Pada Sayang aje Biy gatal. Anyway, thanks tau Sayang. Biy rasa bahagia sangat. Hmm.. Nanti nak lagi tau.” Harris Hakimi memeluk pinggang Alia Farhana sambil isterinya membetulkan kolar baju kemeja suaminya.
“Tengoklah kalau nak beri.”
“Apa Sayang? Tengoklah? Mana boleh macam tu. Tak kesian ke kat Biy?.”
“Dah. Dah. Jom kita sarapan. Kang lambat sampai office nanti.” Alia Farhana meninggalkan Harris Hakimi di dalam bilik tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu tadi. Harris Hakimi mengejar langkah Alia Farhana yang menuju ke meja makan.
“Sayang. Tak kira apa pun... Biy tetap nak tau.”
“Ish Biy ni. Dengar Kak Mun nanti.”
“Biarlah.” Alia Farhana sudah menjegilkan matanya tanda geram dengan lelaki di hadapannya. Buatnya Kak Mun dengar kan malu nanti. Lagipun wanita itu tahu kondisi hubungan mereka macam mana. Bila tiba - tiba baik dan mesra seperti itu akan menimbulkan tanda tanya pada orang yang melihatnya nanti.
Jauh di sudut hati Alia Farhana, dia sebenarnya amat terharu dengan cara dan layanan suaminya itu. Tak pernah putus asa dan merungut setiap kali melayan karenahnya. Dia seorang lelaki yang akan bersungguh - sungguh lakukan apa yang telah dijanjikan. Harris Hakimi telah berjanji yang dia akan membuatkan dirinya bahagia. Walaupun sering kali hati dan ingatannya teringatkan Ilham Iskandar, dia akan mula buat perangai bersikap dingin terhadap Harris Hakimi.
Ya! Dia tahu dia tidak adil pada Harris Hakimi. Lelaki itu terlalu baik padanya. Dia masih ingat lagi bagaimana cinta dan sayangnya dia pada lelaki bernama Harris Hakimi itu sejak pertama kali berjumpa dulu. Walaupun cintanya tidak pernah berbalas dan sering kali dipermainkan, namun dia percaya yang sekarang ini lelaki itu telahpun menerima akibatnya di atas perbuatannya. Sekarang ini suaminya itu terlalu amat mencintai dan menyayanginya separuh nyawa.
Dia sudah penat hendak bermasam muka dengan suaminya itu. Cukuplah tempoh 7 bulan ini dia menyakiti hatinya dan suaminya. Dia sudah penat hendak fikir kenapa dan mengapa Ilham Iskandar meninggalkannya. Dia dah tak larat nak hadap semua ini. Jiwanya letih dan mindanya terlalu penat. Menangis dan menangis hari - hari. Biarlah dia buka buku baru dan mulakan semula perhubungannya dengan Harris Hakimi. Sampai bila kan mahu begini? Ilham Iskandar pun tak tahu menghilang entah ke mana. Langsung tiada khabar berita. Atau mungkin lelaki itu betul - betul sudah tidak mahukan dirinya. Tapi.... Dia masih mahu tahu apa yang berlaku sebenarnya. ‘Kenapa Abang Ilham buat Sayang begini?.’ Itulah pertanyaan yang selalu melintas di benaknya. Dan kerana pertanyaan itulah hatinya sering terluka dan sekaligus akan melukai hati Harris Hakimi.
Harris Hakimi tidak bersalah. Dia hanya menuruti kehendak ummi yang mahu menyelamatkan maruah keluarganya. Walaupun dalam masa yang sama lelaki itu sangat bersyukur kerana apa yang dihajati termakbul. Andai kata lelaki itu pergi juga ke London, entah apalah nasibnya kini. Malu satu keluarga sudah tentu. Mungkin hidupnya tidak akan sesempurna hari ini. Sesungguhnya aturan Allah itu sudah sangat cantik. Siapalah kita yang mahu menolak takdir.
Emak dan Abang Man pun selalu menasihatinya supaya tidak berdendam dan lupakan semua yang berlaku kalau hati mahu tenang. Betul apa yang mereka nasihatkan. Kini hatinya semakin tenang dan jiwanya terasa damai. Alhamdulillah.
Teringat peristiwa dia ber'sama’ Harris Hakimi, sebenarnya dia sudah lama bersedia untuk di'sentuhi’ sejak pulang dari berbulan madu. Semasa mereka bercuti dahulu, memang suaminya sering mengajaknya ber'sama’ tetapi dia malu mahu meneruskan hasrat suaminya itu. Berkemban saja sudah terasa malu yang teramat. Inikan pula tiada seurat benang di tubuh bila berhadapan dengan Harris Hakimi memanglah dia rasa amat malu dan kekok.
Namun pada petang kejadian itu, dia tepis segala rasa yang menyelubungi dirinya. Dalam hatinya dia hanya mahu menebus segala dosanya sejak bergelar isteri. Sebab itu dia cuba tidak akan menolak setiap kali Harris Hakimi memintanya dan akan melayani batin suaminya itu sebaik - baiknya.
Kini barulah dia rasa tenang kerana telah menjalankan tanggungjawabnya yang satu itu. Dan yang paling penting, dia dapat melihat senyuman kebahagiaan di bibir suaminya.
Share this novel