BAB 29
“Sayang. Mari sini sekejap.” Ilham Iskandar memanggil Alia Farhana agar datang kepadanya. Alia Farhana segera menghampiri Ilham Iskandar.
“Ada apa, Encik Ilham?.”
“Meh duduk sebelah Abang.” Alia Farhana melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia duduk di sebelah Ilham Iskandar.
“Kenapa ni? Ada apa - apa masalah ke?.” Tanya Alia Farhana setelah dilihatnya wajah kekasih hatinya berubah mendung.
“Hmm...” Ilham Iskandar menghembus nafas berat.
“Kenapa ni? Macam ada masalah besar aje. Cuba cerita. Mana tahu saya boleh tolong.”
“Sayang. Abang kena pergi Australia lusa ni. Ada problem kat sana. Tak tahu berapa lama kali ni kena pergi. Sayang ikut Abang ea?.”
“Owh...” Alia Farhana kehilangan kata - kata. Lidahnya kelu untuk menjawab apabila mendapat tahu berita yang kekasih hatinya akan pergi jauh.
“Sayang? Kenapa ni? Sayang sedih ea Abang nak pergi?.” Ilham Iskandar meraih tangan Alia Farhana. Di pegangnya kejap tangan kecil itu.
“Mestilah. Lama ke Abang kena pergi ni?.”
“Tak tahulah Sayang berapa lama kali ni. Sayang ikut Abang ye. Abang takut rindu.”
“Ikut? Mana boleh. Kita kan tak ada ikatan apa - apa. Mana mungkin famili saya izinkan.”
“Kalau macam tu kita nikah nak? Kita nikah je dulu. Nanti bila kerja kat sana dah settle baru kita buat majlis.”
“Abang. Takkan kita nak nikah koboi. Kahwin tergesa - gesa. Kursus kahwin pun saya tak pergi lagi. Apa kata orang tua kita nanti.”
“Habis tu Sayang sanggup ke berjauhan dengan Abang lama - lama? Abang tak sanggup tau. Kalau kerja ni boleh pass pada orang lain, dah lama dah Abang tolak. Apa ajelah problem kat sana tu. Kacau betullah.”
“Eh Abang ni. Tak baik cakap macam tu. Itu kan dah tanggungjawab Abang. Kenalah buat. Abang janganlah mengeluh. Kalau kata rindu tu, memanglah saya akan rindu pada Abang. Tapi kita nak buat macam mana. Kenalah sabar. Pejam celik sekejap je masa nanti berlalu. Sekejap aje kita berpisah. Kejap aje Abang dah ada depan mata saya ni semula. Abang tak payah risau okeh. Yang penting Abang jaga diri jaga kesihatan kat sana nanti.”
“Sayanggg... Rindu...” Ilham Iskandar sudah merengek manja. Tidak dapat dibayangkan rasa rindunya nanti pada gadis pujaan hati. Bagaimana mahu ditempuh nanti. Risau jika dia tidak berkesempatan untuk menghubungi gadis itu kerana tuntutan kerja.
“Iye Abang. Saya pun akan rindukan Abang juga. Rindu sangat - sangat.” Alia Farhana membalas pegangan tangan Ilham Iskandar. Dia juga merasai seperti mana yang Ilham Iskandar rasa. Bakal merindui antara satu sama lain. Ya Allah kuatkanlah hati kami nanti. Pohonnya di dalam hati.
“Oh ye Sayang. Selama Abang tak ada nanti, Encik Nizam dari Megah Holding akan take over tau. Dia akan duduk dalam bilik Abang ni. So nanti Sayang pindah duduk kat bilik sebelah Kak Maria tu ye. Abang tak naklah Sayang duduk sebilik dengan lelaki lain. Abang cemburu tau.”
“Okey Abang. Saya pun tak naklah duduk sebilik dengan lelaki lain. Segan. Kekok nanti nak buat kerja.”
“Abang dah mintak Kak Jun kemaskan bilik tu. Nanti Sayang tengoklah apa yang diperlukan lagi.”
“Nanti saya tengok. Terima kasih, Abang.”
“Sama - sama Sayang.” Ilham Iskandar tersenyum pada Alia Farhana. Dia akan lakukan apa sahaja demi gadis yang dicintainya.
Dahulu semasa bersama Hana, dia tidak pernah merasa begitu rindu, sayang dan cinta seperti dia rasa pada Alia Farhana. Mungkin ketika itu dia selalu berjauhan dan terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan. Dia juga tidak pernah memanggil Hana dengan panggilan ‘Sayang’ mahupun membahasakan dirinya ‘Abang’, ‘Bie’ atau apa sahaja gelaran sepasang kekasih.
Lain pula ketika bersama Alia Farhana. Gadis itu sering membuatkan jantungnya berdegup kencang apabila berduaan dengannya. Selalu merindukan seraut wajah mulus dan tingkahnya yang manja. Mungkin benarlah apa yang dikatakan orang, ‘tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang’. Begitu rupanya rasa nikmat bercinta. Tak sabar mahu selesaikan urusan di Australia. Ilham Iskandar nekad mahu menyunting Alia Farhana sebagai suri hidupnya. Semoga apa yang diniatkan berjalan dengan lancar hendaknya.
Selepas tamat waktu pejabat, Ilham Iskandar dan Alia Farhana meluangkan masa bersama sebelum Ilham Iskandar berangkat ke Australia. Mereka makan malam bersama dan duduk bersantai di atas bukit melihat keindahan Kuala Lumpur waktu malam. Walaupun badan terasa letih seharian di Jaya Holding dan apabila habis kerja, keluar pula selepas itu, namun mereka turutkan sahaja kerana lusa nanti mereka akan berpisah.
“Sayang.” Ilham Iskandar mendekati Alia Farhana yang sedang duduk di atas batu.
“Ye Abang.” Ilham Iskandar melabuhkan punggungnya di sebelah Alia Farhana.
“Nanti bila Abang tak ada, Sayang jaga diri tau. Kalau ada orang nak kacau Sayang, Sayang jangan layan tau. Abang risaulah. Mesti Abang akan rindu pada Sayang.” Ilham Iskandar memeluk pinggang Alia Farhana. Dia memandang di sisinya. Kelihatan gadis itu hanya diam membisu. Dia tahu Alia Farhana sedih. Namun apa yang mereka boleh lakukan? Hanya boleh menanti dengan penuh sabar.
“Abang tak perlu risau okeh. Pandailah saya jaga diri. Lagipun siapa aje yang nak kacau saya ni kan. Abang aje yang rajin kacau saya. Tak penat ke agaknya. Sampai kita pun boleh ‘terjatuh’ cinta dengan dia.” Alia Farhana tersengih memandang Ilham Iskandar.
“Amboi mengata kita pulak dia ni. Abang tak buat apa - apa pun tau. Sayang tu yang automatik jatuh cinta pada Abanglah.” Ilham Iskandar tidak mahu mengaku kalah. Dia mencubit lembut pipi gadis di sebelahnya.
“Ouch!! Sakitlah. Suka cubit tau dia ni.” Alia Farhana menggosok - gosok pipinya. Sengaja dia memuncungkan bibirnya seperti sedang merajuk.
“Bukan main panjang lagi muncung tu kan. Meh sini Abang nak cium.” Ilham Iskandar sudah mendekatkan wajahnya ke Alia Farhana. Gadis itu cepat - cepat menekup mulutnya dengan tangan dan menjauhkan mukanya dari Ilham Iskandar.
“Hah tahu takut.” Ilham Iskandar tergelak melihat wajah cuak Alia Farhana.
“Jahat Abang ni tau. Beranilah Abang cium. Saya debik nanti.” Alia Farhana menunjukkan penumbuknya. Dia mengacah seperti mahu menumbuk Ilham Iskandar.
“Eleh. Besar mana jelah penumbuk Sayang tu. Sekali Abang kiss Sayang terus terdiam tak boleh gerak - gerak dah. Penumbuk Sayang tu Sayang terus simpan tepi tau.” Ilham Iskandar membuat riak sombong dengan percakapannya. Alia Farhana mencebik bibir. Eksen!
“Abang. Agak - agak lama tak Abang kat sana?.” Tanya Alia Farhana setelah reda gurauan mereka.
“Tak tahulah Abang nak cakap, Sayang. Kalau settle awal Abang baliklah awal. Kalau problem kat sana berat, hmm... Lambatlah Abang balik. Tapi Abang akan usahakan settle cepat - cepat. Tak naklah lama - lama berjauhan dengan Sayang Abang ni.” Ilham Iskandar mengelus lembut tangan Alia Farhana.
“Harap - harap dapat settle awal kan Bang. Abang kat sana nanti jangan lupa jaga makan, jaga kesihatan tau. Jangan culas waktu makan. Kalau sakit Abang sorang - sorang kat sana siapa nak tengokkan. Susah hati saya ni nanti.”
“Iye, Sayang. Nanti kalau ada masa Abang call Sayang okeh. Tapi kalau Abang tak call tu Sayang jangan ingat Abang dah lupakan Sayang pulak tau. Tu maknanya Abang betul - betul busy. Sayang tak payah call Abang nanti mahal kena bayar. Sayang whatsapp aje tau. Biar Abang je yang call. Okeh Sayang.”
“Okeh, Abang. Abang kena janji jangan lupakan saya, okeh.” Alia Farhana menunjukkan jari kelingkingnya kepada Ilham Iskandar sebagai tanda berjanji.
“Iye Sayang. Abang janji Abang tak lupakan Sayang.” Ilham Iskandar berjanji. Jari kelingking mereka bertaut. Ilham Iskandar mengeratkan pelukan di pinggang Alia Farhana.
Jam menunjukkan pukul 10. 30 malam ketika Alia Farhana melabuhkan badannya di atas katil. Selepas meluangkan masa bersama Ilham Iskandar tadi, mereka terus pulang ke rumah. Esok tinggal sehari saja lagi mereka dapat bersama. Lusa Ilham Iskandar akan berangkat ke Australia dan tak tahu bila akan pulang ke Malaysia. Hatinya sayu tiba - tiba.
Alia Farhana membuka galeri gambar di telefon bimbitnya. Dia melihat setiap keping gambarnya bersama Ilham Iskandar. Matanya tertancap pada gambar mereka di Gunung Mat Cincang. Masa itu mereka masih tiada perasaan apa - apa. Tetapi mereka bergambar sudah seperti sepasang kekasih. Alia Farhana tersenyum. Tidak sangka mereka akan bercinta. Lelaki yang dia kenal pada awalnya seorang yang garang dan amat susah untuk tersenyum, namun sekarang lelaki itu sudah jauh bebeza. Di sebalik wajahnya yang garang itu, tidak sangka dia memiliki satu personaliti yang sangat berlainan. Ilham Iskandar kini lebih mudah tersenyum, ceria, manja dan kuat cemburu.
Sedang Alia Farhana membelek setiap gambar di galeri telefonnya, tiba - tiba senyumannya mati apabila dia menerima panggilan telefon daripada Harris Hakimi. Mulanya dibiarkan sahaja telefonnya berdering. Namun setelah 5 kali berdering, akhirnya dijawab juga panggilan tersebut.
“Hello, assalamualaikum.”
“Hmm... Waalaikumussalam. Nak apa telefon ni?.” Jawab Alia Farhana malas.
“Amboi garangnya Sayang saya ni. Kenapa lambat jawab call saya ni? Sayang tengah buat apa tadi?.” Soal Harris Hakimi.
“Tak ada buat apa pun. Saja malas nak jawab. Awak telefon ni nak apa?.”
“Owh tak ada buat apa. Malas nak jawab. Tapi akhirnya Sayang jawab jugakkan. Thanks Sayang.”
“Tak payah nak thanks sangatlah Harris. Saya jawab sebab telefon ni tak henti - henti berdering. Bising tahu tak. Sekarang awak cakaplah cepat awak nak apa call saya ni.”
“Rindu kat Sayanglah.”
“So?.”
“Sayang tak rindu kat saya ke.”
“Tak pun.”
“Tak apalah kalau Sayang tak rindu sekarang. Tapi saya percaya satu hari nanti Sayang mesti akan rindukan saya jugak.”
“Huh... Jangan nak perasanlah Harris.”
“Sayang. Esok saya balik KL petang tau. Sampai mesti dah lewat. So nanti hari Jumaat jelah kita jumpa ye Sayang.”
“Perlu ke balik KL semula? Awak duduk jelah JB tu. Bukan ke awak perlu urus Megah Holding. Senang - senang aje nak tinggal macam tu kan.”
“Saya mintak cutilah Sayang. Pasal company Sayang tak payah risaulah. Saya dah mintak orang lain cover. Cuma kalau ada hal emergency aje nanti saya terpaksa balik ke JB lah.”
“Bukan ke dah menyusahkan orang lain macam tu. Tahulah bos. Janganlah sesuka hati nak cuti nak tinggal kerja macam tu aje. Lagipun apa je awak nak buat kat KL ni? Tak boring ke?.”
“Amboii... Tak sangka Sayang saya ni suka membebel jugak orangnya kan?. Agak -agak saya boring nanti, saya bawak larilah sekejap Sayang saya ni temankan saya. Boleh kan?.”
“Tak boleh, Harris. Saya malas nak layan awak.”
“Sayang jangan lupa tau perjanjian sebulan kita. Kita baru luangkan masa bersama sekali. Ada berbaki 29 kali lagi.”
“Eh bukan kira hari ke?.”
“Mana boleh kira hari. Nanti berapa kali aje saya dapat jumpa dengan Sayang. Kenalah kira berapa kali jumpa. Tak adillah bagi saya nanti.”
“Kalau gitu lama lagilah nak habis ni.Huh!.”
“Nampaknya macam tulah.”
Alia Farhana menggigit bibir. Aduhai... Lagi 29 kali lagi perlu berjanji temu dengan Harris Hakimi. Bagaimana dia mahu tempuhinya? Dahlah Ilham Iskandar tak ada nanti. Lagi mudahlah Harris Hakimi ambil peluang. Adakah hatinya akan jatuh cinta semula pada lelaki ini? Adakah dia akan mencintai semula cinta pandang pertamanya? Adakah dia akan jatuh sayang pada Harris Hakimi semula? Arghhh!! Hatinya gusar.
Hari Khamis keesokannya, Ilham Iskandar menjemput Alia Farhana ke pejabat. Dia tidak masuk kerja hari ini kerana mahu mengemas dan menguruskan segala keperluan yang perlu di bawa ke Australia esok.
Walaupun bercuti hari itu, dia sengaja menjemput Alia Farhana seperti kebiasaannya kerana mahu meluangkan masa yang tinggal ini bersama gadis kesayangan. Waktu pulang pula Ilham Iskandar menjemput Alia Farhana di Jaya Holding dan mereka makan bersama buat kali terakhir.
Selepas makan malam itu, Ilham Iskandar membawa Alia Farhana ke suatu tempat yang dia tidak pernah pergi.
“Okeh. Jom kita lepak sini kejap.” Ilham Iskandar menarik hand break keretanya dan membuka tali pinggang keledarnya.
“Sayang. Esok Sayang hantar Abang ea ke airport.” Ilham Iskandar berpaling ke arah Alia Farhana di sebelahnya.
“Ye Abang. Esok saya hantar okeh.” Alia Farhana tersenyum memandang lelaki di sisinya.
“Sayang.” Ilham Iskandar menarik perlahan tangan Alia Farhana. Di usapnya lembut kemudian diciumnya lama.
“Abang? Kenapa ni?.” Soal Alia Farhana apabila dilihatnya Ilham Iskandar begitu lama mengucup tangannya. Perasaannya merasa hiba tiba - tiba.
“Abang. Abang tak sangguplah nak berjauhan dengan Sayang. Abang...” Ilham Iskandar terhenti dari percakapannya. Ada air jernih di tubir matanya. Lelaki itu menangis!
“Abang. Janganlah macam ni. Abang kan pergi kerana urusan kerja. Tak lama pun. Janganlah menangis.” Alia Farhana menyeka air mata yang mengalir di pipi Ilham Iskandar. Hatinya juga mula sebak apabila melihat Ilham Iskandar menangis. Dia memegang lama pipi lelaki itu dengan kedua tapak tangannya. Tidak lama kemudian Ilham Iskandar meraih kedua tangan milik gadis itu.
“Entahlah Sayang. Abang rasa Abang macam lama kat sana. Macam mana dengan Sayang kat sini? Macam mana kalau Abang rindu?.” Ilham Iskandar memandang ke dalam mata Alia Farhana. Gadis itu merenung mata lelaki itu jauh ke dalam.
“Kita berserah aje pada Allah, Abang. Kita doalah semoga Abang tak lama kat sana.”
“Sayang jangan berubah hati ye Sayang. Tetap tunggu Abang kat sini tau.”
“Iye Abang. Saya akan setia menunggu Abang kat sini. Abang tu pun jangan main mata dengam perempuan lain kat sana. Mana tahu terpikat dengan minah saleh ke.”
“Hahaha... Apalah Sayang ni. Abang busy tak ada masa nak main - main cinta dengan oranglah Sayang. Cukuplah dengan Sayang sorang.”
“Hah eloklah kalau macam tu.”
“Sayang.”
“Ye Abang Sayang. Kenapa?.” Alia Farhana bertanya bila dilihatnya Ilham Iskandar merenungnya lama.
“Abang sayang kat Sayang. Abang cintakan Sayang. Nanti Abang balik dari Australia kita kahwin tau. Abang dah tak boleh tahan lama - lama dengan Sayang macam ni. Hari - hari jumpa keluar dengan Sayang... Duduk berdua dengan Sayang... Abang rasa... Entahlah. Abang rasa nak kahwin dengan Sayang.”
“Iye Abang. Insha allah kalau ada jodoh kita, kita akan kahwin jugak nanti. Sama - samalah kita doa semoga urusan kita ni dipermudahkan.” Ilham Iskandar mengangguk.
Buat beberapa minit mereka berdiam. Saling berpandangan antara satu sama lain. Merenung jauh ke dalam mata dan sama - sama merasai cinta yang semakin mekar antara mereka.
Tiba -tiba Ilham Iskandar menarik perlahan Alia Farhana ke dalam pelukannya. Gadis itu hanya menurut. Terasa degupan jantung Ilham Iskandar yang tidak sekata. Dia tahu lelaki itu sedang mengawal nafsunya yang sedang bergelora. Tetapi dia juga sedar yang mereka tidak boleh melampaui batas pergaulan dalam agama.
Ilham Iskandar meleraikan pelukan. Dia memegang kedua belah sisi bahu Alia Farhana. Direnungnya anak mata gadis itu. Kemudian dia memandang bibir merah milik gadis itu. Jantung Alia Farhana juga merasa degupan yang amat dahsyat ketika itu. Sungguh lain renungan mata Ilham Iskandar kali ini.
Perlahan Ilham Iskandar mencium pipi Alia Farhana. Dia mulai dengan pipi kanan kemudian mencium pula pipi kiri gadis itu. Ilham Iskandar berhenti seketika. Wajahnya kini begitu hampir dengan Alia Farhana. Terasa hembusan nafas antara mereka. Tanpa menunggu lama, dengan hati - hati dia mengucup lembut bibir milik gadis itu. Alia Farhana tersentak. Dia menolak perlahan Ilham Iskandar. Dia menggeleng. Namun Ilham Iskandar tidak menghiraukannya. Dia terus saja mengucup bibir merah itu. Alia Farhana sudah tidak mampu untuk menolak. Dibiarkan saja Ilham Iskandar mencium bibirnya dengan penuh asyik.
Alia Farhana memejamkan matanya. Dia hanya membiarkan sahaja bibir Ilham Iskandar ‘bermain’ dengan bibirnya. Tanpa sedar dia membalas ciuman Ilham Iskandar itu. Dia memeluk erat tubuh sasa lelaki itu.
Lama mereka berkucupan. Terdengar dengusan hembusan nafas yang turun naik menahan rasa yang bergelora.
“Sayang. Abang nak lagi. Tak puas.” Ilham Iskandar merengek manja setelah Alia Farhana minta menghentikan ciuman mereka.
“Kita tak boleh macam ni Abang. Dosa Abang.”
“Please Sayang. Last. Abang janji kita kahwin bila Abang balik nanti.”
“Abang. Kenapa Abang macam ni? Jangan macam ni Abang.”
“Sayang. Abang nak.” Ilham Iskandar sudah mendekatkan bibirnya pada bibir Alia Farhana. Gadis itu cuba mengelak tetapi Ilham Iskandar tetap berdegil mahukannya.
Ilham Iskandar tidak berputus asa. Dia menarik perlahan wajah Alia Farhana. Diraihnya bibir itu sekali lagi. Kali ini Alia Farhana tidak dapat menolaknya. Dibiarkan saja keinginan Ilham Iskandar itu. Padanya biarlah. Hanya sekali itu sahaja mereka lakukan. Selepas Ilham Iskandar pulang ke Malaysia nanti mereka akan berkahwin. Semoga dosa mereka terhapus nanti.
Malam itu berlalu tanpa sedar hampir 2jam mereka berkucupan mesra. Bagi Ilham Iskandar itulah kali pertama dia melakukan hal seperti itu pada seorang gadis bukan mahramnya. Tidak sangka dia boleh melakukannya kepada Alia Farhana. Walaupun dia merasa berdosa, tetapi apakan daya nafsu dan ajakan syaitan mengatasi segalanya. Betullah orang kata bila duduk berduaan dengan pasangan yang bukan mahram akan ada orang ketiga iaitu syaitan yang akan menyesatkan manusia dengan melakukan maksiat.
Selepas menghantar pulang Alia Farhana ke rumah, Ilham Iskandar terus bergerak pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dia hanya tersenyum dan teringat apa yang mereka telah lakukan tadi. ‘Arghhh!!! Tak sabarnya nak balik Malaysia dan melamar Sayang. Sayang tunggu tau. Nanti Abang mintak umi dengan abah masuk minang Sayang.’ Ilham Iskandar tersenyum lagi.
Share this novel