BAB 42
Sudah 2 minggu berlalu selepas pertemuan Alia Farhana dan Ilham Iskandar di kompleks membeli belah. Harris Hakimi masih tidak lagi mengetahui hal yang terjadi antara mereka berdua. Namun lelaki itu sudah mula perasan akan perubahan sikap pada diri isterinya itu. Dia mula menyedarinya sejak beberapa hari selepas isterinya pulang ke rumah bersama abangnya kelmarin. Hal itu masih menjadi tanda tanya bagaimana mereka boleh balik bersama ke rumah pada petang itu. Adakah isterinya berbohong mengatakan yang dia ke shopping mall dengan menaiki grab atau sememangnya dia ke sana bersama - sama Ilham Iskandar. Perkara itu tidak pernah ditanyanya sehingga ke hari ini. Dia beranggapan mungkin mereka tidak sengaja terjumpa di sana. Mana mungkin isterinya akan berbohong. Alia Farhana tidak akan melakukan hal yang sebegitu terhadap dirinya.
Alia Farhana pula semakin hari semakin rasa tertekan kerana acapkali menolak ‘permintaan’ Harris Hakimi dan terpaksa memberikan pelbagai alasan. Selebihnya dia merasa amat bersalah pada suaminya itu. Tahap ketakutan dalam dirinya semakin meninggi setiap saat yang dilalui lebih - lebih lagi dalam keadaan dia yang sedang sarat mengandung. Tekanan demi tekanan dia rasakan apabila duduk bersama Harris Hakimi sehinggakan kesihatannya hampir terjejas namun dia gagahi jua agar tidak jatuh sakit.
Ilham Iskandar pula boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan menelefon dan menghantar what'sapp kepada Alia Farhana ketika Harris Hakimi bekerja.
Pada mulanya Alia Farhana tidak melayan setiap panggilan dan mesej daripada Ilham Iskandar. Namun sekiranya dia membiarkannya, Ilham Iskandar mengugut mahu datang ke rumahnya ketika Harris Hakimi tiada. Hal itu membuatkannya amat takut jika benar - benar lelaki itu memaksudkannya. Dia sendiri sudah masak dengan perangai Ilham Iskandar yang suka mendesak dan kuat cemburu itu. Walaupun tidaklah keterlaluan, namun dalam keadaan sekarang ini, dia terpaksa turutinya kerana dia tidak mahu timbul kekecohan. Tapi sampai bila dia harus bertahan? Dia sendiri tidak pasti. Hatinya semakin gusar.
Petang Jumaat itu, Harris Hakimi sengaja pulang awal kerana dia benar - benar ingin ‘bersama’ Alia Farhana. Dia sebenarnya amat merindui diri isterinya yang dulu, yang manja dan lemah lembut. Namun sejak kepulangan abangnya itu, isterinya seperti sudah berubah sikap.
Mungkin juga hati isterinya sedang menahan rasa kerana kekasih hati sudah pulang. Yelah. Mereka berkahwin pun bukan atas kehendak Alia Farhana. Isterinya itu hanya menuruti kehendak keluarga mereka. Tapi adakah benar isterinya masih menunggu abangnya itu? Dan dia akan minta cerai daripadanya? Ah. Perkara itulah yang amat dia takuti. Namun dia sudah bersumpah sejak menikahi Alia Farhana yang dia tidak akan menceraikan isterinya itu walau apa pun yang terjadi melainkan dia mati. Dia akan tetap pertahankan rumah tangganya.
“Awal Biy balik hari ni. Tak banyak kerja ke kat office tu? Atau Biy tak sihat?.” Tanya Alia Farhana ketika memasuki kamar beradu mereka dan terus mendapatkan Harris Hakimi. Dia yang sedang sibuk menanam pokok limau nipisnya di belakang rumah ketika Harris Hakimi pulang tadi cepat - cepat selesaikan pekerjaannya. Dia jadi penasaran kerana jarang sekali suaminya itu pulang awal ke rumah.
“Saja Biy balik awal. Biy sihat aje. Biy cuma rindukan Sayang.” Harris Hakimi yang baru sudah mandi dan hanya bertuala berdiri di hadapan Alia Farhana sambil memeluk pinggang wanita itu.
“Kita kan hari - hari jumpa. Rindu tang mananya Biy?.” Alia Farhana bersuara namun hatinya sudah boleh mengagak kemahuan suaminya itu. Dadanya berdegup kencang. Apa pula alasan yang dia akan berikan kali ini? Rasa berdosa mula menyelinap di segenap diri. Walaupun hatinya juga meronta mahukan belaian dari suaminya itu, namun perasaan bersalah dan mengkhianati suaminya terlalu tinggi sehingga dia terpaksa menolak setiap kemahuan suaminya itu.
“Biy rindukan belaian Sayang.” Harris Hakimi mula mendekatkan bibirnya pada bibir Alia Farhana. Namun wanita itu laju saja menepis. Harris Hakimi berkerut dahi.
“Lain kalilah Biy. Sayang penatlah.” Alia Farhana beralasan.
“Selalu pun Sayang cakap lain kali. Biy rindulah kat Sayang.” Harris Hakimi mencuba lagi.
“Biy. Please. Lain kali okey.”
“Okeh. Lain kali tu bila? Rasanya dekat 2 minggu kita tak ada bersama. Setiap kali Biy nak, Sayang tolak. Macam - macam alasan Sayang bagi. Sayang ni kenapa sebenarnya? Sayang ada masalah ke? Kalau ada masalah, cerita pada Biy. Kita selesaikan sama - sama.”
“Sayang tak ada masalah apa - apa pun. Sayang cuma letih. Penat. Itu je.”
“Ye ka? Atau sebenarnya Abang Is yang punya punca Sayang jadi berubah macam ni?.” Teka Harris Hakimi. Alia Farhana tersentak. Dia mengetap bibir. Jantungnya semakin laju berdegup.
“Apa Biy cakap ni?.”
“Sayang ingat Biy tak perasan ke perangai Sayang lain sejak Sayang balik dari mall dengan Abang Is dulu? Sayang ingat Biy tak nampak? Lagi ketara bila setiap kali Biy ajak bersama setiap kali tu Sayang tolak. Walaupun Biy hanya nak cium Sayang. Tu pun Sayang tak bagi. Kenapa ni Sayang? Ada apa - apa yang jadi ke antara Sayang dengan Abang Is?.”
“Ma.. Ma.. Mana ada!. Tak ada apa yang jadi pun.” Jawab Alia Farhana gugup.
“Terus terang jelah pada Biy. Sampai bila Sayang nak rahsiakan? Abang Is ada buat apa - apa pada Sayang ke? Cakap pada Biy.”
Baru saja Alia Farhana ingin membuka mulut menafikan semuanya, tiba - tiba telefon bimbitnya berbunyi beberapa kali menandakan ada what'sapp masuk. Alia Farhana memandang ke arah telefon bimbitnya yang berada di atas almari laci. Dia tahu benar tentu what'sapp itu datangnya daripada Ilham Iskandar.
Harris Hakimi melihat wajah pucat ketakutan isterinya. Tentu ada sesuatu yang isterinya sembunyikan. Lantas laju saja tangannya mengambil telefon bimbit Alia Farhana dan membuka kekunci. Alia Farhana tidak melarang. Dia hanya berdiri kaku tidak berganjak. Otaknya seolah - olah berhenti berfikir dan dia tidak dapat memikirkan apa lagi alasan yang perlu diberi. Mungkin hari itu adalah harinya semua kebenaran akan terbongkar. Dia jadi takut.
Berkerut dahi Harris Hakimi membaca mesej daripada Ilham Iskandar. Masih bersayang - sayang bagai dengan isterinya. Berkasih sayang... Hatinya jadi marah tiba - tiba.
“Apa ni?!.” Soal Harris Hakimi marah sambil menunjukkan mesej what'sapp di telefon bimbit Alia Farhana.
“Patutlah selalu tolak. Rupanya... Ni. Apa yang Abang Is maksudkan yang ‘kita buat hari tu’ ni?!. Korang berdua buat apa?! Bila?!.”
“Jawab saya tanya ni, Alia!.”Alia Farhana sudah terketar - ketar. Seluruh badan dirasakan amat dingin. Sungguh takut dia saat itu melihatkan kemarahan suaminya. Tidak pernah Harris Hakimi semarah itu. ‘Ya Allah. Bantulah aku.’ Mohonnya dalam hati.
“Ka... Ka... Kami...”
“Kami apa?!.” Tengking Harris Hakimi.
“Ka.. Kami... Ber...”
“Ber’apa?!. Jawab Alia!.”
“Ka... Kami ber... bercium.” Harris Hakimi tergamam. Dia menggeleng kepala tanda tidak percaya.
“Allahuakbar. Bila korang buat?!.”
“Masa... Balik dari mall dulu.”
“Owh... Patutlah Sayang tolak setiap kali Biy nak. Rupanya Sayang dah pekena ciuman dari kekasih lama. Sanggup kan Sayang buat Biy macam ni.”
“Sayang mintak maaf, Biy. Sayang dah cuba tolak sedaya upaya Sayang. Tapi Sayang tak kuat.” Alia Farhana sudah mula menangis.
“Tak kuat? Memanglah tak kuat sebab cinta hati yang cium kan?! Pulak tu memang tengah rindu gila babi dengan buah hati. Patutnya kawin tapi pengantin lelakinya tak datang. Dan sekarang bila tiba - tiba muncul bakal suami yang tak jadi tu depan mata, mana boleh tahan, kan. Memang tak boleh nak tolaklah kan. Cakap pada saya apa lagi yang korang buat kat belakang saya. Cakap!.”
“Tak ada benda lain pun yang kami buat. Hanya itu aje. Percayalah cakap Sayang ni.”
“Ni. Berwasap bagai ni?! Berkata - kata sayang semua ni, apa?!.”
“Itu je Biy. Kami tak ada buat benda lain pun selain ni. Sayang dah cakap pada Abang Ilham jangan ganggu Sayang. Tapi dia tetap nak mesej, call Sayang. Dia kata kalau Sayang tak turutkan, dia nak datang rumah kita ni masa Biy tak ada. Apa pilihan yang Sayang ada?. Sayang takut kalau betul - betul dia datang sini. Macam mana Sayang nak halang?.”
“Kenapa tak cerita pada saya?! Kenapa mesti nak sorok?!.” Harris Hakimi bertanya lagi. Dalam pada itu dia mengambil pakaiannya dan memakainya kerana ingin keluar dari rumah itu untuk seketika.
“Sayang tak tahu nak bagitahu macam mana. Sayang takut Biy marah.”
“Memanglah saya akan marah. Suami mana yang tak marah bila dapat tahu isteri dia orang ada scandal dengan lelaki lain! Tapi sekurang - kurangnya kenalah jujur. Jangan sampai kantoi sendiri macam ni. Lagi sakit hati tahu tak!.”
“Biy. Maafkan Sayang. Sayang tahu Sayang berdosa pada Biy. Sebab tu Sayang tolak kemahuan Biy. Sayang rasa kotor. Rasa bersalah pada Biy. Sayang minta maaf.”
“Saya nak tanya. Awak masih ada perasaan lagi ke pada Abang Is?.”
Tidak sempat Alia Farhana hendak menjawab, Harris Hakimi cepat - cepat potong.
“Saya tahu. Awak masih cinta dan sayangkan dia, kan?. Kalau tak, takkanlah awak sanggup membalas ciuman dia. Silap - silap lebih dari tu pun awak dah buat dengan dia belakang saya!.”
Alia Farhana terkedu. Air matanya turun dengan laju sekali tatkala mendengar kata - kata yang diucap oleh Harris Hakimi yang sungguh menusuk hatinya. Sampai begitu sekali tuduhan suaminya terhadap dirinya. Lidahnya seakan terkunci hendak menafikan segala tuduhan itu. Apa yang dirasakan ketika itu adalah kelelahan hati dan kepenatan mahu berbalah dengan suaminya. Perutnya terasa amat tegang dan keras. Seakan bayi di dalam kandungannya merasai apa yang dia rasa. Sungguh tertekan perasaannya saat itu.
“Kenapa tak jawab?! Betul, kan apa yang saya cakap? Lebih daripada itu kan korang buat belakang saya?!.”
Alia Farhana menggeleng kepala. Namun lidahnya masih kelu untuk mempertahankan diri. Dia memegang perutnya yang semakin mengeras. Berkerut wajahnya menahan sakit. Peluh sudah mula merecik di sekitar wajahnya. Alia Farhana membongkok sedikit badannya sambil sebelah tangannya memegang perut dan sebelah lagi mencengkam tilam katil.
“Sakit. Sakit.” Tiba - tiba ada darah mengalir dari celahan kaki Alia Farhana. Wanita itu sudah terduduk ke lantai. Harris Hakimi yang melihat keadaan isterinya itu, terus berlari mendapatkannya.
“Kenapa ni? Sayang kenapa ni?.” Soal Harris Hakimi panik.
“Sa..sakit.” Selepas menjawab pertanyaan Harris Hakimi itu, Alia Farhana terus pengsan tidak sedarkan diri. Tanpa berfikir panjang, Harris Hakimi terus menggendong isterinya ke kereta untuk dibawa ke hospital.
“Macam mana keadaan isteri saya, doktor?.” Soal Harris Hakimi kepada doktor yang merawat Alia Farhana selepas satu jam diperiksa.
“Alhamdulillah isteri dan anak Encik selamat. Cuma... Tekanan darah dia drop. Bacaan degupan jantung pun tak berapa cantik. Puan Alia mengalami tekanan emosi yang agak tinggi. Syukurlah bleading tadi tidak mengapa - apakan keselamatan isteri dan baby. Dan syukurlah Encik Harris bawak Puan Alia segera tadi ke hospital. Harap lepas ni tak beri tekananlah pada dia ye. Ia akan menjejaskan lagi kesihatan Puan Alia. Takut efect pada anak dalam kandungan.”
“Okeh. Baiklah doktor. Terima kasih.”
“Sama - sama. Kalau tak ada apa - apa lagi saya beredar dulu.” Doktor Haslina yang merawat Alia Farhana keluar meninggalkan Harris Hakimi diluar wad.
Harris Hakimi kemudiannya memasuki ke dalam bilik wad yang menempatkan Alia Farhana untuk melihat kondisi isterinya.
“Sayang?.” Alia Farhana yang menyedari kehadiran Harris Hakimi langsung memusingkan badannya menghadap tingkap tatkala suaminya menegur.
“Macam mana Sayang rasa sekarang? Dah okey?.” Soal Harris Hakimi lantas menyentuh tangan isterinya. Alia Farhana tidak menjawab. Malah dia langsung tidak memandang wajah Harris Hakimi. Hatinya masih berasa sedih di atas tuduhan yang dilemparkan suaminya tadi yang dirasakan sangat melampau terhadap dirinya.
Harris Hakimi mengeluh perlahan. Dia tahu Alia Farhana berkecil hati dengan keterlanjuran kata - katanya tadi. Tetapi secara logiknya, dialah yang sepatutnya berasa marah dan sedih di atas apa yang telah isterinya lakukan bersama abangnya. Namun dalam keadaan isterinya yang sedang sarat mengandung dan dinasihatkan tidak boleh tertekan, dibuangnya jauh - jauh perasaan hati sendiri. Hal itu dia akan selesaikan bersama abangnya nanti. Dan setelah di fikirkan dalam - dalam, dia yakin yang isterinya terpaksa menuruti kehendak abangnya itu. Dia kenal benar dengan sikap isterinya. Alia Farhana tidak akan sesekali mengkhianati cinta dan kasih sayangnya. Lihat sajalah dulu semasa isterinya berpacaran dengan abangnya. Sedaya upayanya dia cuba untuk mendapatkan kembali cinta wanita itu namun dia tetap pertahankan cintanya kepada abangnya, Ilham Iskandar. Dan apabila mereka dipaksa berkahwin juga, isterinya tetap masih menanti cinta hatinya. Cuma setelah lama abangnya tidak muncul, wanita itu cuba menanam kembali rasa cinta yang pernah ada untuknya seperti suatu waktu dahulu. Dan.. Ternyata kini isterinya, Alia Farhana sudah dapat menerima dirinya dengan seikhlas hati dan sudah kembali jatuh cinta kepada dirinya. Dia berasa amat bersyukur.
Dalam hal kali ini, sewajarnya dialah yang berasa marah. Namun kerana mahu menjaga hati isterinya, dia mengalah. Dia mengalah bukanlah bererti dia lemah. Tetapi kerana dia amat menyayangi isteri dan anaknya yang di dalam kandungan.
“Sayang nak makan apa - apa tak? Biy pergi belikan.” Alia Farhana masih tidak memberi respon. Harris Hakimi menghela nafas perlahan.
“Biy minta maaf ye Sayang. Biy tahu Biy tak sepatutnya tuduh Sayang macam tu sekali. Biy percaya yang Sayang tersepit dengan situasi. Biy cuma terkilan aje dengan apa yang berlaku. Sepatutnya Sayang bagitahu Biy awal. Janganlah sampai seksa diri Sayang macam tu sekali kerana nak sorokkan perkara tu. Sampai Biy juga rasa terseksa sebab Sayang tak layan Biy. Lepas ni kalau ada apa - apa yang berlaku, Sayang bagitahu Biy, okeh. Biy janji Biy takkan marah Sayang. Apa yang Biy mahu Sayang jujur dan terus terang aje pada Biy. Okeh Sayang.”
Alia Farhana hanya diam membisu. Tiada kata - kata yang mahu dibalasnya ketika itu. Hatinya masih terkesan dengan ayat yang dilontarkan Harris Hakimi petang tadi. Dia tahu dia juga bersalah dalam hal ini. Tetapi tuduhan yang dilemparkan oleh suaminya itu terhadap dirinya dirasakan amat melampau. Dia masih tahu menjaga dirinya. Lagipun dia tahu benar perangai Ilham Iskandar. Lelaki itu bukanlah seorang lelaki yang jahat dan suka ambil kesempatan. Selama hubungan mereka, hanya dua kali sahaja lelaki itu menciuminya. Dan termasuk petang kelmarin adalah yang ketiga kali. Itupun bukan atas kehendak dirinya.
“Sayang rehat, okeh. Biy keluar sekejap belikan Sayang makan. Kalau ada apa - apa Sayang panggil nurse tau. Jangan buat sendiri. Biy pergi kejap tau. Bye, Sayang.” Harris Hakimi berjalan keluar dari bilik wad yang di duduki Alia Farhana. Dia ingin pergi membeli makanan kesukaan isterinya iaitu nasi ayam. Dia bergegas pergi agar tidak terlalu lama meninggalkan isterinya keseorangan dan dalam kelaparan.
Setelah bayang Harris Hakimi hilang dari pandangan, barulah Alia Farhana bangun dari pembaringannya. Dia duduk di atas katil sambil merenung ke luar jendela. Fikirannya menerawang jauh mengimbas kembali semua yang berlaku sejak dari kepulangan Ilham Iskandar. Dia akui dia masih menyayangi lelaki itu. Tetapi apakan dayanya untuk memiliki keduanya. Dia adalah seorang wanita yang tidak mungkin boleh mengahwini dua orang lelaki dalam satu masa. Dia bukan lelaki yang boleh berkahwin empat! ‘Allah... Kuatkanlah imanku. Kuatkanlah rasa cinta dan sayangku kepada suamiku. Aku tahu ujian yang Kau beri ini tanda Kau sayangkan kami. Namun, hati manusiaku ini bukanlah kuat mana. Aku tidak sanggup mengecewakan kedua - duanya. Aku sayangkan kedua - duanya. Aku tidaklah tamak mahu memiliki keduanya yang pastinya tidak mungkin akan berlaku. Kenapa baru sekarang Abang kembali? Di saat hati ini telahpun dimiliki adik Abang sendiri. Ketika jiwa ini telahpun menerima kembali cinta Harris Hakimi. Ya Allah Ya Tuhanku. Kau bantulah aku dalam menyelesaikan ujian yang Kau titipkan ini.’
“Assalamualaikum, Sayang.” Alia Farhana tersentak dari lamunannya tatkala menerima kunjungan dari Ilham Iskandar. Dia menghela nafas berat. Dengan kehadiran Ilham Iskandar ke sini akan menambah rasa marah Harris Hakimi. Sebolehnya dia tidak mahu berlaku kekecohan di hospital ini sekiranya mereka bertentang empat mata.
“Abang? Buat apa kat sini? Mana Abang tahu saya masuk hospital ni? Kenapa Abang datang sini? Harris tak ada ni.” Soal Alia Farhana bertubi - tubi.
“Hey, Sayang. Kenapa kelam kabut sangat ni? Sayang okeh tak ni? Macam mana boleh masuk hospital ni, Sayang? Abang risau tahu tak bila dapat tahu Sayang jatuh pengsan tadi. Apa yang dah berlaku ni, Sayang?.” Ilham Iskandar meraih tangan Alia Farhana. Namun wanita itu menarik laju tangannya. Mana mungkin dia akan benarkan lelaki yang bukan mahramnya sewenang - wenangnya memegang tangannya. Ilham Iskandar berkerut wajah kehairanan.
“Kenapa ni, Sayang?.”
“Abang. Please. Jangan ganggu saya lagi lepas ni. Tolonglah redha yang kita memang tiada jodoh. Tolonglah. Saya tak nak Abang dengan Harris bergaduh kerana saya. Harris dah tahu. Saya takut sangat Bang. Saya takut kehilangan Harris dan anak kami ni. Tolonglah terima kenyataan ni. Tolonglah. Saya merayu.” Air mata Alia Farhana sudah mula menitis menuruni tubir matanya.
“So, Sayang dah tak cintakan Abang lagilah ya? Dah tak sayangkan Abang lagi?.”
“Soalan tu saya tak perlu jawab pun Bang. Abang sendiri dah tahu jawapannya kan. Saya isteri orang Bang. I. S. T. E. R. I orang! Mana mungkin kita boleh hidup bersama sebagai suami isteri. Saya tak nak kerana perkara ni saya akan dituduh sebagai isteri tak guna, isteri yang nusyuz dan berdosa pada suami saya. Saya tak nak Bang. Tolonglah.”
“Sayang. Shh... Shh.. Shh... Jangan menangis Sayang. Abang ada ni kan. Dah. Dah jangan menangis Sayang.” Ilham Iskandar memeluk bahu Alia Farhana yang sedang keesakan menangis.
“Saya bukan nak halau Abang. But, please. Tolonglah pergi sebelum Harris sampai. Saya tak nak korang bergaduh. Please, Abang. Kalau Abang sayangkan saya, tolonglah. Tolonglah pergi dari sini. Jangan ganggu saya lagi.” Tangisan Alia Farhana semakin kuat. Bahunya terhinjut - hinjut. Hatinya susah memikirkan masalah yang di hadapinya sekarang. Dia berharap sangat yang Ilham Iskandar akan pergi segera sebelum suaminya sampai.
“Sayang. Ni Biy ada be.... .” Tiba - tiba Harris Hakimi muncul bersama bungkusan makanan. Dia tidak menghabiskan ayatnya tatkala terlihat perlakuan isterinya bersama abangnya. Hatinya membuak marah.
“Abang Is! Tak guna!.” Harris Hakimi meluru berlari ke arah Ilham Iskandar yang sedang memeluk bahu isterinya. Satu tumbukan dilepaskan mengenai pipi Ilham Iskandar.
“Sudah! Berhenti! Jangan bergaduh!.” Alia Farhana menjerit sambil air matanya laju menuruni pipinya. Dia ketakutan melihat pergaduhan adik - beradik itu.
“Berani kan kau sentuh isteri aku. Apa lagi yang kau masih tak faham lagi, hah?! Alia ni isteri akulah!.”
“Aku nak kau ceraikan dia. Aku nak kahwin dengan dia. Kau faham tak?! Dia milik aku! Kau pun sendiri tahu kan yang Alia masih sayangkan aku, cintakan aku. Yang kau pergi terima permintaan ummi dulu kenapa? Kalau kau tak kahwin dengan dia, benda ni takkan jadilah!.”
“Wo! Senang betul kan kau bercakap. Aku ni terima idea ummi tu sebab aku tak nak keluarga kita malu, keluarga Alia malu. Kau ingat Alia ni apa?! Kau ingat maruah dia apa, hah?! Senang - senang kau mintak aku ceraikan Alia?!.” Harris Hakimi menggeleng kepala. Hatinya semakin panas. Tangannya menggigil kegeraman.
“Kau kahwin pun kerana terpaksa, kan? Alia pun tak cintakan kau. So... Nak tunggu apa lagi?!.”
“Kau ingat Alia ni kain buruk ke?! Suka - suka hati kau nak buang. Aku tak pernah tak cintakan dialah. Dari dulu lagi aku cintakan dia. Alia pun dari zaman U lagi dia cintakan aku. Kau yang menyibuk!. Selagi aku bernyawa aku takkan ceraikan Alia! Sampai mati Alia akan jadi isteri aku!. Sekarang ni aku nak kau berambus dari sini!.”
“Okeh, fine kalau kau tak nak lepaskan dia. Walau apa pun, Alia akan jadi isteri aku jugak satu hari nanti. Kau tunggu.” Lepas menghabiskan ayatnya, Ilham Iskandar terus keluar dari bilik wad Alia Farhana. Lagi lama dia di situ, semakin terbakar hatinya dengan pergaduhan mereka adik - beradik.
Harris Hakimi merengus geram. Hatinya masih panas. Dia menghempas tubuhnya di atas sofa yang ada di situ. Bersandar dan cuba mengawal amarahnya yang masih bersisa. Beberapa minit kemudian, dia bersuara.
“Sampai hati Sayang buat Biy macam ni, kan? Berpelukan dengan lelaki lain. Kalaulah Biy lambat sampai tadi... Entah apalah yang korang akan buat kat belakang Biy, kan.”
“Astaghfirullah al azim, Biy. Abang Ilham yang peluk Sayang. Sayang tak balas pun pelukan dia. Dan... Tak lama pun. Masa Biy nampak tu, dia baru je peluk Sayang. Tak sempat Sayang nak tolak Biy pun masuk.” Alia Farhana cuba mempertahankan dirinya. Harris Hakimi tersenyum sinis.
“Sayang masih sayangkan dia kan?.”
“Untuk apa Sayang masih sayangkan dia, Biy. Sayang dah ada suami. Dan bakal ada anak dengan suami Sayang. Untuk apa Sayang pertaruhkan perasaan Sayang ni kalau hati Sayang tak tenang, tak bahagia. Sekarang ni yang Sayang tahu, Sayang hanya sayang dan cintakan Biy. Sayang tak nak dah fikir perkara yang lalu. Sayang nampak keikhlasan dan kesungguhan Biy demi nak buat Sayang cintakan Biy semula. Sayang takkan sia - siakan perasaan Biy tu. Sayang hargainya. Percayalah Biy. Hati Sayang ni hanya untuk Biy seorang aje.”
Harris Hakimi memandang wajah Alia Farhana yang kebasahan dek air mata. Kasihan isterinya kerana terpaksa lalui ujian yang sebegini hebat. Cinta dan sayang dalam setiap hati manusia tidak boleh di duga akan menyayangi dan mencintai pada siapa pun. Semuanya telah di atur oleh Allah Swt. Sebagai hamba-Nya, dia terpaksa akur dan perlu bijak menangani setiap ujian yang diberikan.
Mencintai dan menyayangi seorang perempuan yang sama dengan adik - beradik sendiri bukanlah sesuatu yang amat mudah untuk dilalui. Siapa sangka mereka diuji dengan dugaan sebegitu. Semuanya melibatkan hati dan perasaan. Banyak pihak yang perlu dijaga perasaannya. Jika tidak ditanganinya dengan betul, ia akan menjadi permusuhan dan dendam antara mereka sekeluarga.
“Biy. Sayang minta maaf. Sayang janji Sayang akan cuba sebolehnya untuk mengelak dari berjumpa dengan Abang Ilham. Sayang minta maaf.”
Harris Hakimi bangun dari duduknya dan mendekati isterinya. Kemarahan hatinya sudah semakin berkuran. Dia beristighfar panjang tadi di dalam hati kerana mahu meredakan hatinya yang sedang marah. Dia tidak mahu terlalu mengikut perasaan sehingga boleh berlaku sesuatu yang diluar keimanannya.
“Sudahlah Sayang. Jangan menangis lagi. Biy maafkan Sayang. Biy harap Sayang kotakan janji Sayang tu. Biy tak marahkan Sayang. Biy tahu Sayang sayangkan rumah tangga kita ni. Biy pun sayangkan ikatan suami isteri ni. Biy tak nak ia berakhir dengan perceraian yang di paksa. Biy janji Biy akan pertahankan rumah tangga kita ni sampai Biy mati. Sekarang ni Sayang makan okeh. Biy ada belikan Sayang nasi ayam. Jom Sayang.”
Harris Hakimi mengucup dahi Alia Farhana dan mengelap wajahnya yang lencun dengan air mata sebelum membuka bekas berisi nasi ayam yang dibelinya tadi. Dia menyuap ke dalam mulut isterinya. Mereka berpandangan dan tersenyum nipis.
Masing - masing tidak banyak bercakap. Jika mereka bicarakan hal yang berlaku tadi, mereka takut jika kata - kata yang keluar akan merobek hati mereka sendiri. Biarlah keadaan reda dahulu. Lagipun kesihatan Alia Farhana tidak mengizinkan untuk mereka bercakap tentang hal itu.
Hanya kepada Allah jualah mereka berharap agar ujian yang melanda mereka ini dapat di selesaikan secepat mungkin. Terkadang hati mereka tidak kuat untuk melalui segala dugaan yang menimpa. berkuran. ‘Ya Allah, bantulah kami.’
Share this novel