"Assalamualaikum !! Makkk..adik balik ni"
Alia Farhana memberi salam sambil membuka kasutnya lantas masuk ke dalam rumah.
"Walaikumsalam.. Adik, mak kat dapur ni". Laung ibunya, Puan Zalina yang sedang memasak di dapur tatkala mendengar anaknya itu memberi salam.
"Wahhh..sedapnya bau..mak masak apa tu?". Alia Farhana terus ke dapur bertemu ibunya lantas menghulurkan tangan bersalaman. Selepas bersalaman, tanpa berlengah dia terus menjengah ke dalam periuk melihat apa yang di masak oleh ibunya.
"Hah, apa lagi. Lauk kesukaan adiklah" ibunya menjawab seraya mengacau lauk yang sedang mendidih di dalam periuk itu.
"Ni yang adik sayang kat mak ni. Macam tau2 aje adik nak makan lauk daging masak lemak cili api power mak den ni. Lama tak makan". Usik Alia Farhana sambil ketawa.
"Ah, kamu ni adik. Ada aje nak sakat mak". Puan Zalina tersenyum mendengar usikan anaknya itu. "Dah. Pergi mandi. Bawak beg baju tu. Baju kotor hantar dapur nanti mak basuh". Puan Zalina tanpa banyak bicara terus mengarahkan anaknya. Alia Farhana yang mendengar terus saja berlalu ke biliknya.
× × × × × × × × × × × × × × × × × × × × × × × ×
Usai mandi dan solat asar, Alia Farhana terus ke dapur untuk makan bersama - sama ibunya. Lama benar rasanya tidak dapat makan dan berbual - bual dengan ibunya itu dek kerana tuntutan belajarnya yang sangat sibuk. Maklumlah tahun akhir.
Kini setelah selesai peperiksaan akhir, bolehlah dia mencari pekerjaan sementara menunggu keputusan peperiksaannya. Lagipun dia bukanlah jenis yang suka membuang masa tanpa melakukan apa-apa pekerjaan.
"Abang mana mak? Tak balik dari bengkel lagi ke?" Soal Alia Farhana kepada ibunya sambil menceduk nasi ke dalam pinggan.
"Abang adik tu selagi langit xgelap, mananya nak nampak batang hidung. Banyak kereta nak kena baiki agaknya. Sibuk memanjang". Puan Zalina menjawab pertanyaan anaknya itu sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Alia Farhana hanya mengangguk tanda mengerti. Dia faham benar dengan abangnya itu yang terlalu bekerja keras untuk menyara keluarganya setelah ayah mereka meninggal dunia 10 tahun yang lalu.
"Mak. Adik ingat kan..adik nak cari kerja lah mak esok. Tak kisahlah kerja apa pun. Promoter ke, kedai makan ke..janji duit masuk. Boleh tak mak?" Alia Farhana meminta pendapat daripada ibunya.
"Ikut adik lah. Mak tak kisah. Tapi adik tak nak rehat sehari dua dulu ke baru cari kerja. Baru habis study. Tak penat?" Ibunya memberi pendapat.
"Malaslah mak nak rehat - rehat ni. Nanti dah duduk rumah jadi malas pulak. Sementara tengah bersemangat ni" Alia menjawab sambil tersengih.
Alia Farhana dan anak lelakinya, Aiman Farhan memang tidak pernah melengah - lengahkan masa yang ada demi membuat sesuatu pekerjaan itu. Masing - masing akan menggunakan masa yang ada sebaik - baiknya kerana bagi mereka, masa yang berlalu tidak akan kembali semula.
× × × × × × × × × × × × × × × × × × × × × × × ×
Share this novel