BAB 7
"Arghh...argh..". Alia Farhana terjerit kecil tatkala bot yang dinaikinya melompat menghempas lautan. Kini mereka menaiki bot menuju ke Tasik Dayang Bunting.
Ilham Iskandar menoleh sekilas ke wajah setiausahanya. Nampak ketakutan di wajah itu. Dilihatnya gadis itu memegang erat bangku yg diduduki. Sesekali badannya melanggar badan Ilham Iskandar dek kerana lambungan bot yang menggila.
Tanpa berfikir panjang, Ilham Iskandar terus memaut pinggang Alia Farhana. Gadis itu tidak menolak. Bahkan tanpa disuruh dia mencengkam erat peha bosnya.
Air laut masin yang mengenai mukanya membuatkan Alia Farhana menundukkan wajahnya. Kepalanya tertunduk dan dipaling ke arah bosnya. Elok sahaja terletak kepalanya di dada bidang lelaki itu.
Beberapa minit kemudian, mereka tiba di tempat yang dituju. Mereka turun dengan berhati-hati agar tidak jatuh. Pemandu bot memberikan waktu berkumpul pada jam 5 petang dan mereka perlu menunggu di tempat yang ditetapkan.
Ilham Iskandar dan Alia Farhana berjalan seiringan menuju ke Tasik Dayang Bunting. Sesekali gadis itu mengelak dan menyorok di belakang Ilham Iskandar tatkala bertembung dengan monyet di situ. Ilham Iskandar yang faham perasaan takut setiausahanya itu cuba melindunginya daripada gangguan monyet-monyet tersebut.
× × × × × × × × × × × × × × × × × × × ×
"Huh ! Advanture betul naik bot tu tadi. Menakutkan". Ngomel Alia Farhana sendirian. Ilham Iskandar yang mendengar hanya tersenyum.
"Lepas ni nak naik lagi tak?"
"Ooo taubatlah Encik Ilham oii. Kalau tak melompat - lompat macam tadi mungkinlah saya nak pegi lagi Tasik Dayang Bunting tu. Kalau macam tu jugak...memang idok ler".
Tergelak Ilham Iskandar mendengar jawapan Alia Farhana itu. Takut benar dia naik bot laju macam tu. Perempuan. Biasalah.
Selepas pulang dari Tasik Dayang Bunting, mereka ke Pantai Cenang pula. Pada mulanya Ilham Iskandar tidak setuju kerana masih marah dengan tragedi malam tadi. Tetapi setelah dipujuk setiausahanya, dia akur. Dia tidak mahu kerana hal itu setiausahanya tidak dapat menikmati percutian singkat mereka itu.
Beberapa minit kemudian, mereka tiba di pantai yang indah lagi cantik itu. Ramai juga pelancong pada petang itu. Ada yang mandi, bermain layang - layang, para siling, berkelah, bersantai dan macam - macam aktiviti lain.
Ilham Iskandar dan Alia Farhana mengambil tempat duduk di pinggir pantai. Masing - masing melayan perasaan sendiri sambil melihat lautan terbentang luas di depan mata disulami pula dengan gelagat manusia.
"Alia...saya minta maaf atas apa yang berlaku malam tadi". Kali ini Ilham Iskandar menatap wajah setiausahanya. Dia tidak lagi menundukkan wajahnya seperti subuh tadi ketika memohon kemaafan daripada gadis itu.
Alia Farhana tersentak. Dia memandang ke arah bosnya. Mata mereka bertentang. Senyap.
Alia Farhana menghembuskan nafasnya lembut sebelum mula berbicara.
"Encik Ilham. Saya maafkan Encik Ilham. Saya tahu apa yang Encik Ilham lalui malam tadi sangat memeritkan. Cuma saya berharap Encik Ilham kuatkan semangat dan jangan terus - terusan bersedih. Walaupun saya tak pernah alaminya...tapi saya dapat rasa macam mana peritnya hati bila terluka".
"Saya malu dengan awak Alia. Kenapa saya begitu bodoh hingga sanggup minum air haram tu!".
"Manusia sentiasa lakukan kesilapan Encik Ilham. Kita tak pernah terkecuali. Mohonlah keampunan daripada Allah subhanahuwataala. Pintu taubat sentiasa terbuka Encik Ilham". Ilham Iskandar tenang mendengar kata - kata daripada Alia Farhana itu. Dia mengangguk - angguk kepalanya. Bernekad tidak mahu melakukan kesilapan seperti itu lagi. Ya ! Dia akan menunaikan solat taubat nanti. Semoga dosanya diampuni.
× × × × × × × × × × × × × × × × ×
Jam menghampiri pukul 9 malam semasa mereka tiba di hotel. Puas seharian berjalan tidak sedar hari telahpun malam. Sempat juga mereka membeli buah tangan untuk kawan - kawan dan keluarga.
Selepas makan malam tadi, mereka terus pulang ke hotel. Esok mereka akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
"Encik Ilham". Alia Farhana memanggil Ilham Iskandar semasa membuka pintu bilik. Ilham Iskandar menoleh.
"Terima kasih". Alia Farhana tersenyum manis kepada lelaki itu. Ilham Iskandar sekadar membalas senyuman setiausahanya lalu masuk ke dalam bilik.
× × × × × × × × × × × × × × × × ×
Share this novel