BAB 40

Romance Completed 43587

BAB 40

     Sebulan berlalu. Hubungan Harris Hakimi dan Alia Farhana semakin baik dan akrab. Sabtu itu Harris Hakimi membawa Alia Farhana ke suatu tempat untuk memberi kejutan kepada isterinya.

     “Okeh. Sayang dah boleh buka mata.” Alia Farhana membuka perlahan matanya. Dia menggosok matanya beberapa kali kerana agak lama ditutup dengan kain tadi.

     “Surprise!!.” Jerit Harris Hakimi setelah isterinya membuka mata. Alia Farhana tergamam.

     “Rumah siapa ni Biy? Kita kat mana ni?.” Soalnya kehairanan.

     “Rumah ni Biy hadiahkan untuk Sayang. Sayang suka tak?.”

     “Untuk Sayang? Ya Allah Biy. Kenapa perlu membazir? Kan kita dah ada rumah. Sayang okeh je tinggal kat sana. Buat apa Biy beli rumah lain lagi?.”

     “Biy dah lama dah beli rumah ni. Biy memang niat nak beli untuk hadiahkan pada Sayang. Hadiah perkahwinan kita. Biy nak bagi lama dulu dah tapi tak ada masa yang sesuai. So... Hari ini Biy pilih untuk jadikan hari yang istimewa untuk surprise kan Sayang. Biy harap Sayang suka.”

     “Terima kasih Biy. Sayang hargainya sangat.” Alia Farhana berasa sebak tiba - tiba selepas mengucapkan terima kasih. Dia memeluk pinggang suaminya.

     “Sayang tak kisah pun duduk rumah yang sekarang ni. Sayang tak mintak pun semua ni Biy. Cukuplah Biy sayang dan cintakan Sayang. Tak perlu semua ni.”

     “Tugas suami kan membahagiakan isterinya mengikut sekadar yang dia mampu. Kalau Biy mampu beli kapal terbang, tentu Biy dah belikan dah untuk Sayang. Dah. Tak yahlah sedih - sedih. Kan kita tengah happy ni dapat rumah baru. Jom Biy bawak Sayang tengok - tengok rumah. Kalau rasa ada tak berkenan dengan susun aturnya, Sayang ubahlah nanti.”

     Mereka berjalan melihat seluruh kawasan rumah. Alia Farhana tersenyum gembira sepanjang berada di dalam rumah itu. Ternyata dia sangat bahagia kerana suaminya menghadiahkannya rumah itu.

     “Bila kita nak pindah sini Biy?.”

     “Ikut Sayanglah. Kalau ikut Biy, sekarang jugak Biy nak pindah sini.”

     “Tapi nak kena kemas - kemas dulu rumah sana. Nak packing apa semua.”

     “Kita bawak benda - benda penting aje Sayang. Perabut semua tak perlu. Nanti kita bagitahu Kak Mun mintak dia kemas apa - apa yang patut.”

     “Okeh. Tak sabarnya nak duduk sini. Terima kasih tau Biy. Sayang, Biy.”

     “Kalau sayang meh cium Biy.” Harris Hakimi menyuakan pipinya kepada Alia Farhana meminta supaya isterinya itu menciumnya. Alia Farhana dengan senang hatinya mencium pipi suaminya itu. Lama dia menciumnya.

     “Sini pulak Sayang.” Harris Hakimi menunjukkan bibirnya pula minta untuk dicium. 

     Alia Farhana dengan pantas mengucup bibir suaminya itu. Ketika Alia Farhana berhenti, Harris Hakimi menarik wanita itu dan mencium pula bibir isterinya itu.

     “Dahlah Biy. Kita sambung malam nanti okeh.” Alia Farhana bersuara perlahan setelah mereka berhenti seketika dari bercumbuan.

     “Biy nak sekarang, boleh? Lagipun kita kan dah kat dalam bilik kita ni.”

     “Tak naklah. Mana ada baju, tuala semua. Nak lap pakai apa nanti?.”

     “Siapa kata tak ada? Biy dah siapkan dah semua. Baju Sayang ada tu hah dalam almari. Biy beli kelmarin. Biy nak hadiahkan pada Sayang.” Harris Hakimi membuka almari pakaian yang dikatakan. Ternyata memang sudah siap tersusun pakaian di dalamnya. Alia Farhana mendekati almari yang terbuka itu. Dia melihat pakaian yang tersusun kemas itu.

     “Ini almari baju Sayang. Yang sebelah ni almari baju Biy. Okeh. Yang ini Biy hadiahkan untuk Sayang. Tapi Biy nak Sayang buka nanti.” Harris Hakimi menghulurkan sebuah beg kertas kepada isterinya. Kemudian wanita itu meletakkan kembali ke dalam almari setelah diminta untuk membukanya kemudian.

     “Okeh. Biy ni macam - macamlah. Banyak sangat surprise. Apa pun terima kasih tau Biy. Sayang tak tahu nak balas macam mana.” Alia Farhana menutup pintu almari dan dia memeluk suaminya dengan penuh rasa kasih.

     Harris Hakimi membalas pelukan tersebut. Kemudian dia membuka tudung yang dipakai isterinya. Dia meleraikan pula ikatan rambut wanita itu.

     “Cantik isteri Biy ni. Sebab tulah Biy tak boleh lupa kat Sayang masa Biy kat London dulu. Hari - hari buat Biy angau tau. Tapi sejujurnya Biy rasa sangat bersalah pada Sayang dulu. Tak patut Biy buat macam tu kat Sayang. Biy minta maaf ya, Sayang. Biy janji Biy akan lindungi Sayang sebaik - baiknya.”

     “Sayang dah lupakan dah peristiwa lama tu. Tak payahlah kita ingat - ingat lagi. Kan kita dah bukak buku baru. So sekarang ni... Kita buat benda yang menggembirakan kita aje. Tak nak dah sedih - sedih. Okeh.”

     Mereka berbalas senyuman. Alia Farhana memeluk erat suaminya. Terasa mengalir rasa kasih dan sayangnya buat lelaki itu.

     Perlahan - lahan Harris Hakimi mengucup bibir Alia Farhana. Isterinya membalas dan seterusnya mereka sama - sama melanjutkan apa yang diingini.

     Hari sudah pun beransur senja. Maghrib kini datang menjelma. Mereka bercadang mahu bermalam di rumah banglo baru mereka. Kak Mun telah pun diberitahu bahawa mereka tidak pulang malam itu. Harris Hakimi membuat pesanan makanan melalui Food Panda sahaja. Malam itu niatnya hanya mahu berdua - duaan bersama isterinya. Dia mahu isterinya berehat tanpa melakukan sebarang pekerjaan rumah.

     Tiga bulan sudah berlalu. Mereka telahpun berpindah sepenuhnya ke kediaman baru mereka. Suatu petang, Alia Farhana terbaring tidak bermaya ketika Harris Hakimi pulang dari pejabat.

     “Assalamualaikum, Sayang.” Harris Hakimi menyapa Alia Farhana ketika memasuki ke dalam bilik tidur mereka.

     “Waalaikumussalam.” Jawab Alia Farhana lemah. Dia menoleh ke arah suaminya yang datang mendekati.

     “Sayang okey tak ni? Kak Mun bagitahu tadi Sayang tak keluar bilik lepas makan tengah hari. Makan pun sikit. Sayang tak sihat ke?.” Harris Hakimi bertanya lalu tangannya meraba dahi dan seluruh wajah isterinya. Panas! Patutlah terbaring saja isterinya itu. Kebiasaannya kepulangannya akan di sambut oleh isterinya itu di depan pintu.

     “Sayang demam ni. Jom kita pergi klinik.”

     “Tak naklah Biy. Tak laratlah nak jalan.” Rengek Alia Farhana.

     “Ya Allah. Panas ni badan Sayang.”

     “Alaa... Sayang makan panadol nanti okehlah demam ni. Biy ni busuklah. Pergilah mandi.” Alia Farhana menutup hidungnya dengan jari dan menolak tubuh Harris Hakimi agar menjauhinya.

     “Busuk Sayang cakap Biy?.” Harris Hakimi menghidu pakaiannya. Memang ada sedikit bau peluh yang sudah bercampur dengan minyak wangi. Standardlah bau baru balik dari kerja kan.

     Tiba - tiba Alia Farhana bangun dari pembaringan lalu berlari ke dalam bilik air. Harris Hakimi yang melihat menjadi panik dan berlari mengejar langkah isterinya itu.

     Melihat Alia Farhana muntah di sinki lagi bertambah panik Harris Hakimi melihatnya. Tidak pernah wanita itu sakit sehingga muntah - muntah.

     “Teruk demam Sayang ni. Biy risaulah. Jomlah kita pergi klinik.”

     “Tak nak. Sayang tak laratlah nak jalan. Kepala Sayang ni pusing je rasa dari tadi. Biy pergilah mandi. Busuk sangatlah bau Biy ni.” Alia Farhana keluar dari bilik air seraya berjalan ke arah katil semula.

     “Okeh. Lepas Biy mandi kita pergi klinik ya. Sayang tolong jangan degil.”

     “Tak nak. Sayang tak larat. Please Biy. Biy pergi mandi. Tak tahanlah bau Biy ni.” Alia Farhana menolak Harris Hakimi yang duduk di sisinya di tepi katil.

     “Yelah.Yelah. Biy pergi mandi. Sayang rest. Lepas mandi nanti Biy ambilkan ubat.” Alia Farhana mengangguk dan Harris Hakimi berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Kepalanya turut bingung memikirkan kelakuan isterinya itu. Pelik juga demamnya kali ini. Sehingga tidak boleh terhidu bau badannya. Ditambah dengan muntah tadi semakin bertambahlah kerisauannya.

     Selepas selesai bersolat Isyak dan makan malam, Harris Hakimi memberikan panadol kepada Alia Farhana untuk di makan. Wanita itu memakan 2 biji panadol lalu baring untuk tidur. Kepalanya berasa agak berat dan pening. Tidak lama kemudian, Alia Farhana tidur dengan lenanya.

     Keesokan hari, seperti biasa mereka akan bangun dan bersolat subuh bersama. Alia Farhana kelihatan sedikit bermaya berbanding petang semalam. Mungkin juga disebabkan dia memakan panadol sebelum tidur semalam. Harris Hakimi saja yang terlalu risau. Sudah dia katakan yang dia hanya demam biasa. Tidak perlulah sampai ke klinik. Buat bazir duit saja.

     Hari itu adalah hari Sabtu. Harris Hakimi tidak bekerja. Dia bercadang mahu mengajak Alia Farhana ke shopping mall berbelanja ataupun sekadar cuci mata. Pada mulanya wanita itu setuju namun akhirnya dia menolak kerana badannya tiba - tiba rasa tidak sedap.

     Alia Farhana kerap ke bilik air untuk muntah apabila duduk bersebelahan dengan Harris Hakimi. Dirasakan bau dari badan lelaki itu amat busuk dan meloyakan. Harris Hakimi amat risau akan keadaan Alia Farhana dan telah bertanyakan pendapat Kak Mun. Kak Mun menasihatkan supaya membawa Alia Farhana ke klinik dengan segera kerana mereka sendiri tidak pasti dengan penyakit yang Alia Farhana hidapi.

     Tengah hari itu, Harris Hakimi memaksa Alia Farhana ke klinik juga walaupun isterinya tidak mahu kerana menganggap dia hanya demam biasa. Selepas diperiksa oleh doktor, mereka dengan sabar menunggu keputusan yang akan diberikan oleh doktor hasil dari pemeriksaan.

     “Macam mana, Doktor? Demam biasa je kan?.” Soal Alia Farhana kepada doktor yang merawat. Doktor tersebut tersenyum sebelum menjawab pertanyaan Alia Farhana itu.

     “Puan bukan demam biasa ya, Puan. Puan demam pembawakan budak. Tak lama lagi Puan dan Encik akan jadi papa dan mama. Tahniah.”Aliaa Farhana dan Harris Hakimi tercengang dan terkedu seperti tidak percaya apa yang di dengar.

     “Maksud doktor?.” Soal Harris Hakimi lagi untuk memastikan maksud yang di sampaikan oleh doktor itu.

     “Kandungan Puan Alia dah 10 minggu. Tahniah. Puan Alia hamil.”

     Alia Farhana dan Harris Hakimi tersenyum dan berasa amat gembira dengan berita yang baru di dengarinya.

     “Alhamdulillah. Sayang. Kita nak dapat baby, Sayang.” Harris Hakimi menggenggam tangan Alia Farhana dan dia berasa sangat gembira sehingga tidak terluah dengan kata - kata perasaan bahagia dan bersyukurnya itu.

     “Okeh. Untuk trimester pertama ni, di harap Puan tak buat kerja berat - beratlah ya. Sebab kita tak tahu bagaimana kondisi rahim Puan samada kuat atau lemah ketika hamil. Lagipula ini kehamilan pertama kan. Masih tiada pengalaman. Puan banyakkan berehat ya. Tapi kalau nanti dah masuk trimester kedua dan ketiga boleh dah buat kerja - kerja rumah tu. Tapi kena tengok jugaklah nanti macam mana kekuatan rahim Puan ketika itu. Mudah - mudahannya semua normal dan tiada permasalahan yang beratlah nanti.” Panjang lebar doktor menerangkan sedikit sebanyak tentang kehamilan. Alia Farhana dan Harris Hakimi hanya mengangguk tanda faham.

     Barulah mereka faham sebab Alia Farhana muntah - muntah dan loya apabila terhidu bau badannya. Rupa - rupanya kerana ada nyawa di dalam rahimnya iaitu anak mereka!.

     Selesai urusan di klinik, Harris Hakimi mengajak Alia Farhana ke restoran untuk makan dan selebihnya mahu meraikan berita gembira yang baru mereka terima. Harris Hakimi sibuk menelefon ummi dan ibu mertuanya kerana mahu menyampaikan berita gembira itu. Mereka semua mengucapkan syukur atas nikmat yang diberi oleh Allah swt. Dan apa yang paling menggembirakan mereka adalah hubungan anak menantu mereka sudah pulih dan baik seperti sepatutnya.

     Diam tidak diam kandungan Alia Farhana sudah masuk bulan ke 6. Awal - awal mengandung dahulu, dia langsung tidak boleh terhidu bau badan Harris Hakimi. Tetapi kini, apabila sudah masuk ke trimester yang kedua, lain pula alahannya. Dia langsung tidak mahu berjauhan lama - lama dengan suaminya. Mahu berkepit dan bermanja - manja. Sering kali merajuk jika tidak di turut kehendaknya. Hinggakan Harris Hakimi hendak ke pejabat pun mahu dihalangnya.

     Suatu pagi, dalam pukul 10 pagi, Alia Farhana ke halaman rumah untuk menyiram pokok bunga yang ditanamnya. Sejak mengandung, dia memiliki hobi baru iaitu menanam pokok bunga. Dia suka melihat bunga - bunga yang cantik dan berwarna - warni.

     Sedang Alia Farhana menyiram pokok bunganya, tiba - tiba dia terlihat ada sesuatu di luar pagar rumahnya. Dia mendekati pagar rumahnya dan melihat apa yang ada di situ. Alangkah terkejutnya dia kerana apa yang dilihatnya itu adalah seseorang yang terdampar tidak bermaya di atas jalan raya.  

     Alia Farhana keluar dan menghampiri jasad yang tertiarap itu. Dadanya berdebar namun dia memberanikan diri menjenguk ke arah wajah orang itu. Sekali lagi jantungnya hampir gugur apabila melihat wajah orang yang berada di hadapannya. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat wajah orang yang sedang terbaring tidak sedarkan diri itu. Dengan sekuat tenaganya dia memusingkan jasad yang terbaring itu dan memangku kepalanya.

     Tangannya terketar. Kepalanya seakan berhenti berfikir. Dia tidak dapat mencerna apa yang bermain di fikirannya. Lantas dia memanggil Kak Mun untuk membantu membawa jasad itu ke dalam rumah.

     “Kak Mun!! Kak Mun!! Tolong saya cepat!!.” Laungnya dengan nada cemas. Kak Mun yang mendengar bergegas datang.

     “Siapa ni, Alia?.”

     “Tolong saya angkat bawak masuk dalam rumah. Cepat Kak Mun. Takut nanti jiran - jiran nampak.”

     Alia Farhana dan Kak Mun sedaya upaya mengangkat jasad itu ke dalam rumah. Dengan keadaannya yang hamil dan berat badan jasad itu membuatkan pergerakan mereka perlahan. Namun mereka harap tiada siapa yang melihatnya.

     “Siapa ni, Alia?.” Soal Kak Mun setelah selesai membawa masuk jasad tersebut dan di dibaringkan di atas sofa.

     “Abang Ilham.” Jawab Alia Farhana perlahan. Matanya tidak lepas dari memandang ke arah lelaki itu. Melopong mulut Kak Mun setelah mendengar jawapan dari majikannya itu.

     “Allahuakbar. Apa dah jadi ni? Kita telefon Harrislah bagitahu perkara ni.”

     Alia Farhana tidak membalas. Dia bangun dari duduknya dan menghampiri Ilham Iskandar yang masih tidak sedarkan diri. Teragak - agak dia mahu meletakkan jarinya di hadapan hidung lelaki itu bagi memastikan lelaki itu masih bernyawa. Namun dadanya berasa lega kerana dia merasakan hembusan nafas lelaki itu.

     Alia Farhana mengambil telefon bimbitnya dan menelefon Harris Hakimi yang sedang bekerja.

     “Assalamualaikum, Sayang. Ada apa ni call Biy. Rindu ea?.”

     “Waalaikumussalam, Biy. Biy balik sekarang.”

     “Kenapa suruh Biy balik ni? Kan awal lagi ni? Dah rindu ke?.”

     “Biy balik jelah sekarang. Tolong.”

     “Aii. Serius je bunyinya ni? Anything happen ke, Sayang? Jangan buat Biy risau.”

     “Biy balik je dulu okeh. Nanti dah sampai rumah Biy tahulah. Tapi Biy tak payahlah risau. Drive carefully, okeh. Sayang tunggu. Cepat tau.” Alia Farhana cuba sebolehnya menggunakan nada seperti tiada apa yang mencemaskan ketika bercakap pada Harris Hakimi. Risau pula jika suaminya itu memandu kereta dalam keadaan hati yang risau dan tidak tenang.

     Selepas menelefon, Alia Farhana mendekati Ilham Iskandar semula. Hatinya sayu dan sebak melihat keadaan lelaki itu yang kelihatannya sangat lemah dan tidak terurus. Ilham Iskandar yang memakai baju yang sepatutnya dipakai semasa hari pernikahan mereka, membuatkan hati Alia Farhana tertanya - tanya apakah yang berlaku kepada bakal suami yang tak jadinya itu.

     Keadaannya yang kotor dan comot, bajunya yang koyak sana sini sudah cukup menggambarkan bahawa ketidakhadirannya semasa majlis pernikahan mereka bukan sebab dia tidak mahu berkahwin tetapi ada ‘sesuatu’ yang telah berlaku kepadanya. Hatinya semakin ingin tahu.

     “Assalamualaikum. Sayang. Ada apa....” Harris Hakimi yang baru sampai tidak jadi meneruskan ayatnya tatkala terpandang Ilham Iskandar yang terbaring di atas sofa.

     “Astaghfirullah al azim. Allahuakbar. Abang Is!.” Segera dia berlari mendapatkan abangnya yang terbaring itu.

     “Sayang?.” Kelu lidah Harris Hakimi ingin meneruskan ayatnya. Dia hanya menyoal isterinya melalui gerakan anak mata yang menanyakan dari mana datangnya abangnya itu. Apa yang sudah jadi?.

     Alia Farhana menceritakan semula detik - detik dia melihat tubuh Ilham Iskandar yang tertiarap di hadapan rumah. Harris Hakimi kehairanan dan menjadi tanda tanya ke mana sebenarnya abangnya menghilang.

     Harris Hakimi menyentuh tubuh abangnya. Menggerakkan perlahan tubuh itu agar tersedar segera. Beberapa kali digerakkan, akhirnya Ilham Iskandar terjaga. Dia bangun dari pembaringan dan menggosok matanya beberapa kali dan kemudian dia memegang kepalanya yang berdenyut mungkin akibat dari pengsannya itu.

     “Abang Is. Apa dah jadi dengan Abang Is ni?.” Soal Harris Hakimi ingin tahu.

     “Kimi? Ya Allah Kimi ke ni? Allahuakbar. Kimiii!!.” Ilham Iskandar yang terkejut tatkala melihat adiknya itu lantas memeluk erat tubuh adiknya. Dia seakan tidak percaya sudah terlepas dari bahana yang dia tanggung selama setahun itu. Hatinya mengucap syukur beberapa kali.

     Setelah meleraikan pelukan, dia memandang pula ke arah Alia Farhana, wanita yang sepatutnya menjadi isterinya setahun yang lepas. Lalu dia bangkit dan berjalan mendekati wanita itu.

     “Sayang. Abang dah balik ni Sayang. Abang dah balik. Kita kahwin ya?.”

     Menitik air mata Alia Farhana apabila mendengar kata - kata Ilham Iskandar. Lidahnya masih kelu untuk bersuara. Hanya air matanya yang laju menuruni tubir matanya.

     “Kita kahwin, Sayang. Abang kan dah janji kita akan kahwin.” Ilham Iskandar meraih tangan Alia Farhana namun ditariknya. Dia menggeleng kepala.

     “Tak boleh. Tak boleh. Kita tak boleh kahwin, Abang.” Alia Farhana menggeleng berkali - kali kepalanya. Ilham Iskandar terdiam. Dia memandang ke arah perut Alia Farhana yang besar itu.

     “Anak siapa? Tak mungkin Sayang kahwin dengan Kimi. Kimi? Kau tak kahwin dengan Alia, kan?.” Ilham Iskandar menggoncang badan Harris Hakimi inginkan kepastian sedangkan seingatnya dia sudah tahu yang adiknya berkahwin dengan wanita cinta hatinya setelah ketidakhadirannya pada malam itu.

     “Alia isteri Kimi, Bang. Anak dalam perut tu anak kami.”

     Terduduk Ilham Iskandar mendengarnya. Berjurai air matanya. Di sangkanya hanya mimpi apa yang dia lihat di video itu. ‘Apakah akalku sudah tidak waras? Allah!! Bantulah aku tangani masalahku ini.’

     “Abang Is. Sabar. Abang Is pergilah bersihkan diri dulu. Nanti boleh cerita pada Kimi apa yang berlaku selama ni.”

     Malam itu, selepas Ilham Iskandar bersihkan diri dan berehat, Harris Hakimi mengajak abangnya makan malam bersama. Suasana di meja makan malam itu sungguh hening dan sunyi tanpa perbualan. Ilham Iskandar tidak lepas matanya dari memandang Alia Farhana.

     Usai makan, mereka bertiga duduk di ruang tamu untuk merungkai apa yang berlaku ke atas Ilham Iskandar selama setahun itu.

     Sungguh mengejutkan apabila mengetahui semua yang berlaku ini berpunca dari dendam Hana, bekas teman wanita Ilham Iskandar. Ya, H. A. N. A!!. Perempuan itu berdendam kerana Ilham Iskandar tidak menerima permohonan maafnya dan mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka. Hana tidak boleh terima dan dia telah merancang penculikan itu sejak dia datang ke Jaya Holding dahulu. Dia juga turut berdendam dengan Alia Farhana kerana dia menganggap wanita itulah yang merampas kekasihnya.

     Dia lupa bahawa semua yang berlaku adalah disebabkan dirinya sendiri. Dia yang berlaku curang pada Ilham Iskandar. Sedangkan lelaki itu sangat setia terhadap cinta mereka. Hubungan Hana dengan lelaki yang dia jumpa di Langkawi dahulu juga telah putus kerana lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab ke atas Hana yang telah mengandung akibat hubungan intim mereka.

     Hana tidak boleh terima dengan kenyataan itu dan kerana itu dia berasa amat cemburu setelah mengetahui Ilham Iskandar akan berkahwin. Dia mengatur rancangan dengan teliti dengan menculik Ilham Iskandar di malam hari pernikahannya. Sengaja dia menghantar kawannya ke rumah Alia Farhana malam itu bagi merakam semua perkara yang berlaku. Dan apa yang membuatkan hatinya gembira apabila mengetahui Alia Farhana telah berkahwin dengan Harris Hakimi. Suka dia melihat keadaan Ilham Iskandar yang merana dan kecewa ketika itu. Barulah lelaki itu tahu bagaimana rasa perasaannya ketika diputuskan hubungan mereka dahulu. Padan muka!

     Pada malam kejadian itu, Ilham Iskandar mendapat satu pesanan video daripada nombor tidak di kenali. Dia membuka pesanan tersebut dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Hana telah diculik. Di dalam video tersebut Hana telah diikat dan dia berada di dalam sebuah rumah usang. Penghantar video tersebut telah mengugut mahu membunuh Hana jika dia tidak datang ke rumah tersebut. Dia jadi serba salah ketika itu. Waktu pernikahannya hampir tiba dan dalam masa yang sama dia risaukan keselamatan Hana. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk selamatkan Hana dahulu dan kemudian barulah dia akan ke rumah Alia Farhana untuk majlis pernikahannya. Tetapi tidak di sangka rupanya dia telah diperangkap. Hana hanya mahu memancingnya supaya ke rumah itu dan kesudahannya dia telah di culik oleh Hana.

     Mengenai pesanan whatsapp yang Alia Farhana terima pada malam itu, bukan dia yang menghantarnya. Semuanya Hana yang buat. Ketika itu dia telah diikat dan dia tidak berdaya untuk melepaskan diri. Dia juga mengetahui yang Alia Farhana telah berkahwin dengan adiknya sendiri setelah dia melihat video pernikahan tersebut yang telah dirakam oleh kawan Hana yang dihantar ke majlis tersebut.

     Betapa sakit hatinya ketika itu. Terasa seperti dunianya telah hancur. Seperti mimpi ketika melihat kekasih hatinya berkahwin dengan adik sendiri. Bagaimana mungkin dia boleh putarkan waktu. Semuanya berlaku dengan sekelip mata.

     “Jadi, Abang masih cintakan Hanalah kan?.” Tiba - tiba Alia Farhana bersuara.

     “Tak, Sayang. Abang dah tak cintakan dia lagi. Abang dah tak ada perasaan pun pada dia.”

     “Habis tu kenapa Abang pergi pada dia dan bukan ke majlis perkahwinan kita?.”

     “Abang serba salah masa tu. Abang kena ugut kalau Abang tak pergi ke sana Hana akan dibunuh. Abang tak fikir panjang dan tak terfikir pun yang Hana nak perangkap Abang masa tu. Lagi pun kami dah tak berhubung sejak dia datang ke office dulu tu. Abang sangka benda ni dah tamat. Rupanya dia berdendam dengan Abang.”

     “Rumah ni. Mana Abang Is tahu?.” Soal Harris Hakimi pula.

     “Abang tak tahu. Tapi sebelum ni Hana ada bagitahu Abang yang korang berpindah kat sini. Abang merayu pada dia supaya lepaskan Abang. Tapi dia kata dia belum puas seksa Abang. Abang dah macam orang gila tak tahu nak mintak tolong pada siapa.”

     “Selama Abang kena culik dengan Hana, macam - macam dia buat pada Abang. Dia suruh Abang layan nafsu dia... Ikut semua kehendak dia. Kalau Abang tak buat dia ugut nak bunuh diri. Makan minum pun dia sekat. Mandi pun sekali sehari. Lepas mandi pakai balik baju nikah tu. Allahhh... Abang tak tahu macam mana nak luahkan perasaan Abang ketika tu. Ni dia campak Abang depan rumah korang ni Abang tak tahu apa rancangan dia. Tapi Abang bersyukur sangat. Sekurang - kurangnya Abang dah terlepas dari azab yang macam neraka tu.”

     Alia Farhana dan Harris Hakimi mendengar dengan tekun. Masing - masing berasa amat bersyukur kerana akhirnya Ilham Iskandar pulang dengan selamat walaupun di sebalik kehilangannya itu bukan kerana dia lari dari perkahwinan tetapi hilang kerana dendam seorang manusia.

     “Esok kita buat report polis. Biar polis tangkap Si Hana tu.” Harris Hakimi memberi cadangan. Alia Farhana dan Ilham Iskandar setuju dengan cadangan itu.

      Selepas perjumpaan itu, masing - masing tidak dapat lelapkan mata. Lebih - lebih lagi Alia Farhana. Jauh di sudut hatinya berasa amat takut untuk hadapi segala kemungkinan yang akan berlaku esok hari.

      Ya. Sejujurnya dia amat merindui lelaki yang bernama Ilham Iskandar itu. Namun apa yang dia boleh buat. Kini dia sudah pun menjadi isteri kepada Harris Hakimi. Dan bakal menjadi ibu kepada anak lelaki itu.

      ‘Ya Allah. Dugaan apakah yang Kau uji pada kami ini? Sesungguhnya aku tidak kuat nak hadapi semua yang bakal terjadi hari esok. Bantulah kami. Tenangkanlah jiwa kami.’

     “Sayang. Sayang dah tidur ke tu?.” Tiba - tiba Harris Hakimi bertanya.

     “Sayang tak boleh nak tidur. Sayang takut, Biy.” Alia Farhana berkata perlahan. Dadanya berasa sebak tiba - tiba.

     “Sayang jangan takut ya. Biy ada. Lagipun Abang Is tu bukannya orang lain. Dia darah daging Biy. Biy kenal dia. Esok kita selesaikan hal ni okeh. Dah Sayang jom kita tidur. Meh dekat Biy sini.” Alia Farhana merapatkan tubuhnya pada Harris Hakimi. Suaminya memeluknya erat. Terasa kasih dan sayang yang suaminya salurkan sampai ke dalam hatinya. Entah pukul berapa mereka terlelap. Semoga hari esok semuanya baik - baik saja. Allah permudahkanlah urusan kami. Aaminnn...

   

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience