BAB 28

Romance Completed 43660

BAB 28

     Keesokan harinya, Alia Farhana ke Jaya Holding seperti biasa bersama Ilham Iskandar. Lelaki itu tidak pernah lupa untuk menjemputnya di rumah dan pergi kerja bersama - sama. Balik juga bersama. Boleh dikatakan ke mana sahaja mereka akan bersama sehingga staf di Jaya Holding mengata mereka ada hubungan istimewa. Mereka tidak kisah kerana mereka telah pun rasmi sebagai kekasih.

     Sepanjang hari itu Harris Hakimi tiada hubungi Alia Farhana. Dia tidak mahu abangnya tahu. Walaupun hatinya membuak - buak ingin bercakap dan berjumpa dengan gadis itu, tetapi ditahannya keinginan hati. Harapannya malam nanti gadis itu akan keluar bersamanya. Berkuranglah juga rindu yang ditanggung.

     Alia Farhana berasa lega kerana Harris Hakimi tidak mengganggunya ketika dia bekerja. Waktu pejabat adalah waktu dia bersama Ilham Iskandar. Jika Harris Hakimi menghubunginya tentu akan pecah rahsianya bersama Harris Hakimi nanti.

     Petang itu, selepas tamat waktu bekerja, Ilham Iskandar mengajak Alia Farhana makan bersama tetapi ditolak baik oleh gadis itu. Dia memberi alasan penat pada Ilham Iskandar. Sebenarnya dia akan turuti kehendak Harris Hakimi untuk keluar makan bersama. Dia hanya mahu selesaikan segera urusannya dengan Harris Hakimi selama sebulan ini.

     Jam sudah pukul 7. 45 minit malam. Alia Farhana sedang bersiap - siap untuk keluar bersama Harris Hakimi. Lelaki itu akan menjemputnya pada jam 8 malam nanti. Hatinya berdebar mahu berjanji temu dengan Harris Hakimi. Bukan kerana dia masih cintakan lelaki itu tetapi dia takut jika rahsianya diketahui Ilham Iskandar. Tiba - tiba dia rasa berdosa kerana tidak berlaku jujur pada lelaki yang dia cintai.

     Setelah bersiap, Alia Farhana turun ke ruang tamu. Dia melihat ibunya sedang menonton televisyen.

     “Nak keluar dengan Encik Ilham ke tu?.” Tanya Puan Zalina.

     “Tak. Nak keluar dengan kawan.”

     “Dengan siapa?.”

     “Err... Kawan U, mak.”

     Tin! Tin! Kedengaran bunyi hon dari luar rumah.

     “Dah sampai tu. Adik pergi dulu ye mak.” Alia Farhana menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibunya.

     “Baik - baik tu. Jangan balik lewat sangat.”

     “Ye mak. Baiklah.”

     Alia Farhana keluar dari rumah. Harris Hakimi sudah tersenyum dari jauh. Dia mendekati pagar rumah.

     “Assalamualaikum. Hai awak. Lama tunggu?.” Sapa Harris Hakimi.

     “Waalaikumussalam. Baru je.”

     “Jom.” Harris Hakimi membukakan pintu kereta buat Alia Farhana. Kemudian dia pula masuk di tempat pemandu.

     “Cantik awak malam ni.”

     “Thanks.” Jawab Alia Farhana sepatah.

     “Dari dulu sampai sekarang awak masih tetap cantik dan semakin cantik.” Puji Harris Hakimi lagi.

     “Tak payahlah awak puji saya melambung tinggi. Saya ni biasa - biasa aje.”

     “Eh biarlah saya nak puji kekasih saya sendiri. Takkan itu pun salah kan. Lagi pun apa yang saya cakap tu memang betul kan. Awak cantik. Terlalu cantik di mata saya.”

     “Dari dulu mulut awak tak pernah tak manis kan kalau bercakap. Bila masanya saya ni kekasih awak? Kita belum declare lagi. Awak jangan nak berangan.”

     “Tak apa. Satu hari nanti awak pasti akan cintakan saya semula. Sekarang ni saya tetap nak anggap awak sebagai kelasih saya. Nanti andai kata kita tak ada jodoh sekali pun, sekurang - kurangnya ia akan menjadi kenangan terindah buat saya. Saya akan kenangnya sampai saya mati.”

     “Yelah. Terpulanglah awak nak anggap apa, nak buat apa pun. Yang saya tahu saya cuma nak sebulan ni habis cepat.”

     “Kita baru je nak keluar dating awak dah tak sabar nak habiskan sebulan ni. Tak baik tau. Apa salahnya awak layan saya elok - elok. Time dengan saya jangan pulak awak teringat kat abang saya. Kita enjoy the moment ni.”

     “Gilalah awak ni. Awak sendiri tahu saya dengan abang awak saling menyintai. Tapi awak nak jugak cuba nasib. Kalau awak kecewa nanti jangan salahkan saya pulak ye.”

     “Tak payahlah awak risau. Saya takkan salahkan awak. Saya percaya pada takdir Allah. Kalau dah Allah kata awak bukan jodoh saya... saya terima. Tapi kalau sebaliknya... itu satu rahmat buat saya.”

     Alia Farhana yang mendengar hanya diam sahaja. Sejujurnya dia tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi jika dia ditakdirkan berjodoh dengan Harris Hakimi. Bagaimana pula dengan Ilham Iskandar? Alia Farhana berkerut dahi. Semoga perjalanan kehidupannya ini akan dipermudahkan Ilahi.

     Malam itu, Harris Hakimi membawa Alia Farhana ke sebuah restoran makanan arab. Semasa zaman belajarnya dahulu, dia sering ke restoran tersebut untuk menjamu selera. Malah pemilik dan pekerja di situ sudahpun mengenalinya.

     “Hey, how are you Mr. Harris? Long time no see you hah.” Sapa Miss Elija, penyelia restoran tersebut.

     “I’m good. I work at Johor Bahru now. I coming to KL cause I really miss your Mandy Lamb. Give me 2 Mandy Lamb, okey.”

     “Alright. Drink?.”

     “One barbican apple and one ice lemon tea.”

     “Okey, Mr. Harris. Please wait a few minute.”

     “Thanks, pretty.”

     Selepas mengambil pesanan, Miss Elija terus masuk ke dapur restoran untuk menyediakan Nasi Mandy Lamb buat pelanggan tetapnya. Sementara menunggu makanan siap, Harris Hakimi dan Alia Farhana berbual - bual kosong.

     “Selalu ke datang makan kat sini? Bukan main mesra lagi dengan perempuan tu tadi.”

     “Masa study dululah selalu datang makan sini. Itu yang staf kat sini semua kenal saya. Awak cemburu ke?.”

     “Ah tak ada kerja saya nak cemburulah. Kan saya tanya aje tu. Jangan nak perasan lebih sangat.” Harris Hakimi ketawa besar selepas mendengar kata - kata Alia Farhana itu. Alia Farhana sudah menjeling geram. Menyampah pula bila melihat lelaki di hadapannya itu terlebih perasan.

     “Okey. Okey. Sorry. Saya tak sengaja terketawa. Tapi cara awak tanya tu macam cemburu. Bukan saya yang terlebih perasan. Janganlah marah.”

     “Sudahlah Harris. Menyampah saya dengan awak ni.”

     Alia Farhana memeluk tubuh. Malas dia hendak melayan perangai perasan Harris Hakimi itu. Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Kang kalau dia memandang pada lelaki itu bertambah perasan pulak nanti dia. Lebih baik dia pandang ke tempat lain.

     Tidak dinafikan Harris Hakimi memiliki wajah yang kacak. Sama kacaknya macam Ilham Iskandar. Cuma Harris Hakimi seorang yang murah dengan senyuman. Senyumannya selalu buatkan dirinya cair. Dia juga seorang lelaki yang pandai memujuk. Sering kali dirinya merajuk cepat saja dia berlembut hati dengan kata - kata manis pujukan dari lelaki itu. Masakan dia dicop ‘playboy’ dahulu. Cuma matanya saja yang buta tidak nampak yang Harris Hakimi hanya menganggapnya sebagai peneman ‘geli - geli’ saja bak kata budak - budak sekarang.

     “Janganlah merajuk, Sayang. Sorrylah. Saya kan bergurau aje. Janganlah serius sangat.”

     “Tak payahlah panggil saya Sayang. Geli pulak saya dengar.”

     “Mula - mula memanglah geli. Lama - lama nanti tentu awak akan terbiasa dengar saya panggil Sayang. Tak kiralah saya nak panggil awak Sayang jugak.”

     “Awak jangan nak mengadalah Harris. Buatnya abang awak dengar nanti tak ke jadi gaduh. Saya tak nak jadi punca tau.”

     “Alah pandailah saya control nanti. Sayang janganlah risau okeh.”

     “Awak ni kan. Kalau saya cakap jangan, bukannya awak nak dengar pun. Ikut awaklah Harris. Asal awak bahagia.”

     “Excuse me.” Hidangan yang dipesan telahpun sampai. Pelayan meletakkan makanan dan minuman di atas meja.

     “Thank you.”

     “Jom makan, Sayang.” Pelawa Harris Hakimi.

     Harris Hakimi mengangkat tangan membaca doa makan sebelum menjamunya. Alia Farhana mengikutinya. Mereka menikmati hidangan Nasi Mandy Lamb malam itu dengan begitu enak sekali.

     Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 minit malam. Selepas makan malam tadi. Harris Hakimi membawa Alia Farhana duduk lepak di Dataran Kuala Lumpur. Meteka duduk di bangku kayu di sudut hujung padang sambil melihat gelagat orang ramai di situ.

     “Sayang. Pinjam tangan sekejap.” Alia Farhana menoleh sisinya.

     “Nak buat apa?.” Tanyanya hairan.

     “Alah pinjamlah sekejap.”

     “Tak boleh.”

     “Oh tak boleh ea. Okeh.” Spontan Harris Hakimi menarik tangan Alia Farhana yang berada di sebelahnya. Dia memegang tangan gadis itu dengan erat. Dibawanya ke atas ribanya. Alia Farhana yang tergamam berusaha menarik keluar tangannya tetapi tidak berjaya.

     “Awak ni dah kenapa Harris? Lepaskanlah tangan saya ni.”

     “Tak boleh.”

     “Eh awak ni kan... Kalau saya... Ish! Geramlah!!.”

     Harris Hakimi ketawa besar tatkala melihat reaksi dan cara percakapan Alia Farhana itu. Geli hati sungguh hatinya.

     “Tadi saya minta baik - baik Sayang tak nak beri. Kan dah kena paksa.” Digenggamnya semakin erat tangan kecil itu.

     “Boleh tak jangan buat saya ni sesuka hati awak? Suka - suka nak pegang - pegang saya ma...”

     “Shhh..” Harris Hakimi menutup mulut Alia Farhana dengan jarinya sebelum sempat gadis itu menghabiskan kata - katanya. Alia Farhana terkedu. Akhirnya dia hanya membiarkan sahaja tangannya di dalam genggaman Harris Hakimi. Kalau ditegah nanti jadi kecoh pulak. Malu pula dengan orang sekeliling.

     “Jomlah balik. Esok saya kerjalah. Penat tahu tak.” Alia Farhana mengajak Harris Hakimi pulang.

     “Sayang ni nak marah aje. Datang bulan ea?.” Tebak Harris Hakimi. Alia Farhana sudah menjeling kegeraman.

     “A’ah. Datang bulan. Kenapa?.” Jawabnya dengan nada geram.

     “Hahaha... Sayang ni kelakarlah.”

     “Dahlah jomlah kita balik. Saya mengantuk dah ni. Dekat pukul 11 dah ni.”

     “Okeh. Okeh. Jomlah kita balik. Kesian Sayang saya ni. Jom.” Harris Hakimi bangun sambil menarik tangan Alia Farhana. Dia memimpin tangan gadis itu sehingga sampai di kereta.

     Dalam perjalanan pulang ke rumah Alia Farhana, hanya Harris Hakimi sahaja yang banyak bercakap. Alia Farhana hanya menjawab sepatah dua sahaja. Dia sungguh letih ketika itu. Sudah beberapa kali dia menguap dan matanya juga sudah berair kerana mengantuk. Entah bila dia terlelap pun tidak sedar. Tahu - tahu saja sudah sampai di hadapan rumahnya.

     “Okeh. Kita dah sampai rumah Sayang.” Harris Hakimi memberhentikan keretanya dan menarik hand brek. Dia menoleh ke sisinya lalu tersenyum.

     “Laa... Tidur rupanya Sayang ni.” Dia mendekati wajah gadis yang sedang lena itu. Diamati seraut wajah comel itu. Lama direnungnya.

     “Saya janji saya akan bahagiakan Sayang. Hanya Sayang yang saya cinta. Saya harap sangat Allah temukan kita jodoh. Saya akan jaga Sayang sampai saya mati. Saya cintakan Sayang.” Harris Hakimi berbisik perlahan di hadapan Alia Farhana. Dia mengelus perlahan pipi gadis itu. Dia tahu gadis itu tidak mendengarnya. Tetapi dia akan ucapkannya juga suatu hari nanti.

     “Sayang. Bangun Sayang. Dah sampai ni.” Harris Hakimi menepuk lembut tangan Alia Farhana agar gadis itu bangun dari lena.

     “Dah sampai ke?.” Tanyanya ingin kepastian. Matanya terpisat - pisat memandang sekeliling. Alia Farhana meraup mukanya.

     “Iye Sayang. Dah sampai dah.” Harris Hakimi jawab sambil tersenyum.

     “Awaklah ni. Saya ajak balik dari tadi awak buat lengah aje. Kan saya dah tertidur.”

     “Saya minta maaf okeh. Saya tak puas keluar dengan awak. Esok tak dapat jumpa dah satu hari. Ikut hati saya nak duduk dengan Sayang sampai ke pagi tau.”

     “Mengarutlah awak ni. Mana boleh kita duduk sama - sama sampai ke pagi. Dalam mimpi pun belum tentu tau. Tak payahlah nak berangan. Awak nak ke mana esok?.”

     “Hmm... Tanya jugak awak kan kenapa esok kita tak dapat jumpa.”

     “Mestilah nak tahu kenapa. Kot saya boleh buat parti ke sempena awak tak ada. Tak adalah saya stress nak mengadap awak hari - hari kan.”

     “Amboi sampai nak buat parti ea. Seronok sangat kan kalau saya tak ada. Jangan Sayang rindu sudahlah.”

     “Sorry sikit. Tak ada maknanya saya nak rindu.” Alia Farhana sudah mencebikkan bibir. Harris Hakimi ketawa besar melihat wajah Alia Farhana.

     “Esok saya nak balik JB. Nak urus hal kat office. Lusa saya ke KL semula. Sayang jangan nakal - nakal tau. Jaga diri baik - baik.” Harris Hakimi memberi pesan kepada Alia Farhana sebelum gadis itu turun dari kereta.

     “Tak payah balik KL terus pun tak apa. Duduk aje kat JB tu diam - diam.”

     “Eh mana boleh tak balik KL lagi. Perjanjian kita kan tak settle lagi. Sayang jangan lupa pulak.” Harris Hakimi mencuit hidung Alia Farhana.

     “Hmm... Dahlah. Saya dah mengantuk ni. Saya turun dulu.” Alia Farhana membuka pintu kereta. Belum sempat dia melangkah keluar dari kereta, Harris Hakimi menahannya.  

     “Sayang.” Harris Hakimi menghulurkan tangan mahu bersalam. Alia Farhana berkerut dahi.

     “Salam saya.” Alia Farhana tidak menurut kehendak Harris Hakimi. Dia sudah mula mengangkat punggung mahu bangun dari duduknya tetapi tangannya ditarik oleh Harris Hakimi. Alia Farhana terduduk kembali.

     “Awak ni dah kenapa?.” Soal Alia Farhana.

     “Salam saya. Susah sangat ke?.” Harris Hakimi menghulurkan tangannya lagi.

     “Ish awak ni mengada betullah.” Alia Farhana terpaksa menuruti permintaan Harris Hakimi yang mahukannya bersalaman setelah dilihatnya lelaki itu tetap berdegil. Dia menarik kasar tangan lelaki itu dan menyalaminya.

     “Ciumlah tangan saya ni Sayang. Bukan salam macam tu aje.” Harris Hakimi menghulurkan lagi tangannya. Alia Farhana sudah mula menyampah.

     “Ya Allah mengadanya awak ni. Eee...!!” Dengan kasar Alia Farhana menyambut tangan Harris Hakimi dan menciumnya.

     “Hah macam tulah. Sejuk hati saya. Lusa kita jumpa tau Sayang.”

     “Hah yelah. Saya masuk dulu. Balik esok hati - hati.” Walaupun masih menyampah dengan perangai Harris Hakimi itu, Alia Farhana masih sempat menitipkan pesan agar berhati - hati memandu pulang ke Johor Bahru esok. Niatnya tiada lain hanya mahu lelaki itu selamat sampai ke destinasinya. Dia tidak mahulah mendoakan yang tidak baik buat lelaki itu walaupun lelaki itu sering membuatkannya berasa sebal.

      “Iye Sayang. Dah. Sayang pergi masuk. Assalamualaikum.” Alia Farhana keluar dari kereta dan berjalan masuk ke rumahnya. Setelah dia selamat masuk ke dalam rumah barulah Harris Hakimi bergerak pulang ke hotel dia menginap.

     Sepanjang perjalanan pulang ke hotel, Harris Hakimi tersenyum riang. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman kegembiraan. Sungguh dia merasa sangat bahagia ketika bersama Alia Farhana walaupun layanan gadis itu tidak mesra. Dia tidak kisah. Dia percaya satu hari nanti pasti gadis itu akan berlembut dengannya. Sedangkan kerak nasi boleh dilembutkan. Inikan pula hati seorang gadis bernama Alia Farhana. Harris Hakimi tersenyum lagi.

 

 

 

     

     

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience