BAB 47

Romance Completed 43587

BAB 47

 

      Sebulan telah berlalu selepas pemergian Harris Hakimi. Alia Farhana masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya telah pergi meninggalkannya dan tidak akan kembali lagi.

     Hari - hari yang dilalui bagaikan hidup di dalam kegelapan. Bayi yang dilahirkan sering kali tidak diendahkan olehnya. Air mata pula tidak jemu - jemu mengalir dari tubir matanya. Semua kenangan bersama arwah Harris Hakimi terbayang - bayang di ruangan matanya. Gambar - gambar yang diambil pada hari terakhir bersama suaminya sering menjadi tatapan matanya. Setiap kali itu juga dia akan menangis tanpa henti.

     Ibu, ibu mertua, bapa mertuanya dan semua yang berada di sekelilingnya tidak pernah putus asa menasihatkan dirinya agar redha dengan pemergian Harris Hakimi itu. Malah Ilham Iskandar juga tidak ketinggalan memberikan kata - kata semangat buat insan yang dia selalu sayang itu.

     Setiap hari Ilham Iskandar akan datang menjenguknya di rumah sebelum dia ke pejabat dan ketika pulang dari tempat kerja. Dato Razali telah mengarahkannya untuk mengambil alih semula Jaya Holding selepas Harris Hakimi meninggal dunia.

     “Assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam. Hah, Ilham masuklah. Awal hari ni sampai.” Pelawa Puan Zalina kepada Ilham Iskandar yang berada di muka pintu rumah.

     “Saja balik awal hari ni, mak. Rindu benar rasanya dengan Si Haikal. Mana si kecik tu mak?.” Ilham Iskandar melihat sekitar ruangan rumah mencari Haikal Affan.

     Haikal Affan bin Harris Hakimi adalah nama yang telah diberi oleh dirinya kepada si kecil yang semakin hari semakin disayanginya itu. Selepas semua yang berlaku, Alia Farhana sudah tidak ambil peduli dengan anaknya sendiri. Wanita itu selalu berkurung dan menyendiri di dalam bilik. Sampaikan nama anak pun dia tidak hiraukan untuk letak nama apa. Akhirnya Ilham Iskandar yang menamakan ‘buah hatinya’ itu dengan nama yang sangat sedap.

     “Haikal ada dalam bilik dengan Kak Mun. Tengah tidur. Ni malam ni makan sini tak?.”

     “Hmm... Boleh jugaklah. Malas pulak nak berhenti makan kat luar.”

     “Baguslah macam tu. Hari - hari pun mak ajak Ilham makan sini. Ilham aje yang selalu tolak.”

     “Bukan saja saya tolak, mak. Saya tak mahu orang keliling cakap yang bukan - bukan pasal Alia. Kalau orang nak cakap pasal saya, saya tak kisah. Saya tak ambil peduli pun. Tapi kalau melibatkan Alia, saya tak suka nak dengar.”

     “Mak nak tanya sikit, boleh?.”

     “Apa dia, mak?.”

     “Ilham masih sayangkan Alia ke?.”

     “Tak pernah walau sedetik pun saya bencikan dia, mak. Sayang saya pada dia tak pernah berubah.”

     Puan Zalina mengangguk kepalanya perlahan.

     “Mak. Sebenarnya saya nak cakap pasal hal ni dah lama dah. Tapi saya takut tak sesuai dengan masa.”

     “Ilham nak cakap pasal apa tu?.”

     “Saya nak lamar Alia sebagai isteri saya, mak. Lepas Alia habis pantang, habis eddah, saya masuk minang ye? Itu pun kalau mak izinkan.”

     “Alhamdulillah. Mak gembira sangat dengar. Mak izinkan. Mak tahu, Ilham masih sayangkan anak mak tu. Tapi, apa - apa pun, kita kena tanya Alia sendirilah. Dengan keadaan dia yang masih macam tu, mak risau emosi dia makin terganggu nanti.”

     “Tak pe, mak. Nanti bila tiba masanya, saya akan beritahu dia. Sekarang ni kita fokus dulu pada kesihatan dia. Hmm... Saya naik tengok Alia sekejap ye, mak. Harap dia naklah jumpa saya ni.” Ilham Iskandar meminta izin daripada Puan Zalina. Selepas dibenarkan barulah dia naik ke tingkat atas untuk berjumpa dengan Alia Farhana.

     Tok! Tok! Tok!

     “Assalamualaikum. Boleh Abang masuk?.” Alia Farhana tidak menoleh mahupun menjawab. Dia hanya duduk bersandar di tepi katil dengan kepalanya diletakkan di atas katil.  

     Ilham Iskandar masuk ke dalam bilik dan menghampiri Alia Farhana. Dia duduk di sebelah wanita itu.

     “Alia dah makan?.” Masih tidak berjawab.

     “Janganlah macam ni, Sayang. Sayang kena jaga kesihatan Sayang. Sayang kena makan.” Alia Farhana menoleh ke arah Ilham Iskandar dengan pandangan kosong.

     “Sayang? Dah lama tak dengar orang panggil ‘sayang’.”

     “Sayang tak kisah ke Abang panggil Sayang, ‘sayang’?.”

     Alia Farhana menggeleng. Dia tersenyum manis pada Ilham Iskandar. Kemudian dia memeluk lengan lelaki itu dan menyandarkan kepalanya di lengan itu.

     Ilham Iskandar mengusap lembut wajah Alia Farhana. Mereka sama - sama bersandar di tepi katil menghadap balkoni bilik.

     Sebenarnya Ilham Iskandar sudah lama tidak menyebut perkataan ‘sayang’ itu pada Alia Farhana kerana dia menghormati situasi wanita itu yang dalam kesedihan. Dalam masa yang sama, dia tidak mahu di anggap mengambil kesempatan di atas peluang yang ada untuk mendekati wanita itu.

     “Sayang. Abang tak nak tengok Sayang macam ni lagi. Sayang kena kuat. Semua yang terjadi ni adalah ketentuan Allah. Sayang kena redha.”

     “Tapi.... Sayang rindukan Biy. Biy dah janji takkan tinggalkan Sayang.”

     “Dia pun tak nak tinggalkan Sayang. Tapi dia terpaksa. Semua ni Allah dah tetapkan perjalanan hidup kita. Sayang kena terima takdir yang dah tertulis ni. Lagipun, dia dah lama menanggung kesakitan. Biarlah dia berehat. Sekarang dia dah tak sakit lagi. Kalau dia masih ada, tentu Sayang tak sanggup tengok dia menderita kan? Kita semua tak sanggup nak tengok dia sakit. Lepaskanlah dia pergi dengan tenang. Kalau Sayang macam ni aje, roh dia tak aman, Sayang.”

     “Sekarang ni dah tak ada sapa yang sayangkan saya. Tak ada yang akan jaga saya macam Biy jaga saya. Macam mana saya nak hidup kalau keadaan macam ni?.”

     “Astaghfirullah al-azim. Tak baik cakap macam tu, Sayang. Kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup. Sayang tak kesiankan Haikal ke? Dia perlukan Sayang. Perlukan kasih sayang, Sayang. Dia masih kecik lagi, Sayang. Takkan Sayang sampai hati boleh biarkan dia macam tu. Siapa kata dah tak ada orang yang sayangkan, Sayang? Siapa cakap tak ada orang yang boleh jaga Sayang macam mana Kimi jaga Sayang? Abang boleh buat semua tu. Abang selalu ada untuk Sayang. Abang tak nak tengok Sayang sedih macam ni lagi. Sayang kena bangkit dari hidup macam ni.”

     Alia Farhana tidak membalas kata - kata Ilham Iskandar. Dia hanya diam dan masih bersandar di lengan lelaki itu. Namun air matanya laju menuruni tubir matanya dan membasahi pipinya.

     Ilham Iskandar menoleh ke wajah Alia Farhana. Dia mengelap air mata yang semakin laju turun.

     “Okey. Sekarang, Abang nak Sayang turun bawah kita makan. Abang tahu Sayang satu hari ni tak makan lagi, kan?.”

     “Abang teman ye?.” Tanya Alia Farhana kepada Ilham Iskandar sambil mengelap sisa air matanya.

     “Iye. Abang teman Sayang makan. Dah jom kita turun bawah.”

     Ilham Iskandar memimpin tangan Alia Farhana dan mereka turun ke tingkat bawah bersama - sama. Puan Zalina sudah pun siap menyediakan makan malam mereka. Lauk untuk Alia Farhana telah dimasak berlainan kerana anaknya itu masih di dalam pantang.

     Ilham Iskandar mengajak Puan Zalina makan bersama mereka. Namun wanita itu menolaknya kerana mahu memberi ruang kepada mereka berdua.

     Kebiasaannya, Puan Zalina yang akan menemani anaknya itu makan. Tetapi malam itu, Ilham Iskandar pula yang menemaninya. Dia berasa hairan kerana tidak pernah - pernah anaknya itu mahu makan dengan orang lain selain dari dirinya. Adakah anaknya semakin baik kesihatannya? Jikalau begitu, dia berasa amat bersyukur sekali.

     Bagi Ilham Iskandar pula, dia juga berasa agak terkejut akan perubahan Alia Farhana itu kerana sebelum ini, dia tidak pernah menasihati wanita itu secara berduaan tanpa orang lain seperti yang dilakukan pada hari itu. Biasanya jika dia mahu berjumpa dengan wanita itu, mesti bersama ibunya kerana wanita itu sendiri tidak mahu berjumpa dengan dirinya berdua sahaja. Dia tidak pasti mengapa Alia Farhana tidak mahu berjumpanya sendirian. Mungkin kerana dia adalah abang kepada arwah suaminya atau kerana dia adalah lelaki yang pernah melukai hatinya suatu masa dahulu.

     “Sayang. Esok kita pergi hospital ye. Kita rawat sakit Sayang ni. Kita pulihkan semangat Sayang.”

     Alia Farhana terdiam. Dia menghentikan kunyahan makanannya seketika sebelum menyambung kembali kunyahannya.

     “Abang ingat saya gila ea? Mesti Abang anggap otak saya dah tak waras, kan?.”

     “Apa Sayang cakap ni? Abang tak pernah anggap Sayang gila atau tak waras. Abang cuma nak Sayang sihat seperti selalu. Happy, bahagia... Abang tak suka tengok Sayang asyik bersedih aje. Mak, Abang Man, Ummi...semua orang tak suka tengok Sayang dalam keadaan macam ni. Murung. Sampaikan Haikal pun Sayang buat tak endah. Mana kesayangan Abang yang selalu tersenyum ni? Yang suka buat orang lain gembira. Kami semua rindukan Sayang yang dulu. Kita pergi ye hospital esok?.”

     Alia Farhana tidak terus menjawab. Dia berfikir sejenak sebelum memberikan kata putus.

     “Okeh. Saya akan pergi hospital esok. Tapi dengan satu syarat.”

     “Apa dia?.”

     “Abang mesti kena temankan saya dari awal hingga habis. Saya takut sorang - sorang.”

     “Okey Sayang. Of course Abang akan temankan Sayang. Sayang jangan risau okeh. Semuanya akan baik - baik aje.”

     Ilham Iskandar tersenyum kepada Alia Farhana. Wanita itu membalasnya dengan senyuman manisnya yang dirasakan sudah lama tidak diberikan kepada sesiapa.

     Selepas selesai makan malam dan melayani Haikal Affan, Ilham Iskandar meminta izin untuk pulang ke rumah. Hari pun sudah jauh malam. Esok dia akan menemani Alia Farhana ke hospital pula.

     “Abang nak balik jugak ke?.”

     “Ya, Sayang. Abang kena balik. Tak manis kalau Abang tidur sini.”

     Alia Farhana diam. Wajahnya kelihatan monyok.

     “Hey. Janganlah merajuk. Esok Abang datang lagi. Kan kita nak pergi hospital. Abang tak boleh tidur sini, Sayang. Kita bukan mahram. Tak elok kalau jiran - jiran nampak.”

     “Janji datang esok? Jangan lambat tau.”

     “Iye. Abang janji. Dah. Abang balik dulu ye. Sayang tidur tau. Jangan tidur lewat.”

     “Okeh.”

     “Assalamualaikum.”

     “Waalaikumussalam. Bye, Abang.”

     Ilham Iskandar pulang ke rumahnya dengan perasaan yang sangat gembira dan bersyukur. Dia juga tidak menyangka yang Alia Farhana akan berubah sebegitu rupa. Seakannya dia sudah boleh menerima dirinya jika dibandingkan semasa awal - awal pemergian Harris Hakimi dahulu. Wanita itu langsung tidak mahu bercakap dengannya. Dia hanya melayani perasaannya sendiri, bersedih dan berkurung di dalam bilik.

     Sepanjang perjalanan dia hanya tersenyum. Dalam hatinya tidak henti - henti mengucap rasa syukur. Semoga kesihatan wanita yang sentiasa berada di dalam hatinya itu akan kembali pulih seperti sediakala.

     Keesokan harinya, Ilham Iskandar telah datang ke rumah Alia Farhana seawal jam 7 pagi. Dia telah mengambil cuti pada hari itu kerana mahu menemani wanita itu ke hospital untuk memeriksa keadaan kesihatannya.

     “Assalamualaikum.”

     “Hah, Ilham. Waalaikumussalam. Paginya sampai.” Puan Zalina yang sedang menyapu laman rumah terkejut melihat kedatangan Ilham Iskandar seawal pagi itu.

     “Sengaja datang awal sebab nak luangkan masa dengan Alia. Nak bawak dia pergi hospital, kan. Lewat - lewat nanti lambat pulak habisnya.”

     “A'ah yelah. Ni mak nak tanya sikit, boleh?.”

     “Apa dia tu, mak?.”

     “Hmm... Apa yang Ilham cakap dengan Alia semalam sampai dia berubah macam tu sekali? Nak pulak dia jumpa Ilham semalam?.”

     “Itulah. Sebenarnya Ilham pun tak sangka dia bagi Ilham jumpa dia. Ilham nasihatkan dia semalam pun tak sangka jugak dia nak dengar. Kalau sebelum ni, Ilham baru nk bukak mulut, dia dah tak nak dengar. Apatah lagi tengok muka Ilham ni. Menyampah betul di mata dia tu. Tapi alhamdulillahlah, mak. Kalau dia dah semakin berubah.”

     “Yelah kan. Alhamdulillah sangat. Semoga dia semakin baiklah lepas jumpa dengan doktor ni. Mak tak sampai hati tengok keadaan dia yang asyik termenung tu aje. Kesian Haikal tu tak dapat belaian dari mama dia. Kalau makin berlarutan, risau dia akan meroyan. Allah... Mintak jauhlah. Susah hati mak ni, Ilham.”

     “In shaa Allah, mak. Alia akan bertambah baik. Sama - samalah kita doa.”

     “Eh. Kita ni berborak kat luar pulak. Mehlah masuk dalam. Sarapan dulu.”

     Puan Zalina menjemput Ilham Iskandar masuk ke dalam rumah. Sementara Alia Farhana bersiap, dia melepas rindu pada Haikal Affan dulu. Setengah jam kemudian, Alia Farhana pun turun dari tingkat atas. Dia yang mengenakan blouse plain berwarna merah jambu bersama seluar palazo, kelihatan amat manis sekali.

     Ilham Iskandar terpegun seketika melihat wanita itu. Hatinya yang sememangnya mencintai wanita itu, semakin bertambah jatuh hati tatkala melihat kemanisan wajahnya yang tersenyum mesra.

     Alia Farhana memang seorang yang manis wajahnya. Di tambah lagi dengan seri seorang ibu semakin manis dipandang matanya.

     “Assalamualaikum, Abang. Sorry lama tunggu.”

     “Waalaikumussalam. Tak pelah, Sayang. Sementara tunggu Sayang siap, boleh Abang main - main dengan Haikal ni dulu.”

     Alia Farhana tersenyum mendengar kata - kata Ilham Iskandar itu. Dia mengambil Haikal Affan dari pelukan Ilham Iskandar.

     Ilham Iskandar terpana dengan perlakuan Alia Farhana itu. Namun dituruti sahaja apa yang dilakukan wanita itu.

     “Sayang anak mama.” Alia Farhana mencium beberapa kali pipi Haikal Affan.

     “Jom sarapan dulu, Bang.” Ajak Alia Farhana kepada Ilham Iskandar sambil melangkah kaki menuju ke meja makan. Ilham Iskandar membuntuti belakang Alia Farhana sehingga tiba di meja makan.

     Alia Farhana melayani Ilham Iskandar makan. Di cedukkan nasi goreng di atas pinggan dan menuang air teh’o panas ke dalam cawan untuk Ilham Iskandar.

     Selepas selesai bersarapan, mereka bertolak ke hospital. Di hospital, mereka berjumpa dengan pakar psikitari . Segala permasalahan yang melanda diri diceritakan kepada Doktor Suraya. Alia Farhana di sarankan agar tidak terlalu memikirkan kesedihannya dan perlu menyibukkan diri dengan aktiviti. Memandangkan dia yang baru lepas bersalin, amat - amat perlu untuk tidak dalam emosi sedih kerana ia akan mengundang kemurungan dan sekaligus mengakibatkan meroyan.

     Tiga jam kemudian, sessi perjumpaan dengan pakar psikitari pun selesai. Sessi seterusnya adalah pada bulan hadapannya. Mereka keluar dari hospital dan menuju ke tempat parking kereta.

     “Sayang. Kenapa senyap je ni? Sayang okey tak?.” Ilham Iskandar bertanya kepada Alia Farhana selepas beberapa minit mereka memulakan perjalanan. Dia menoleh ke arah wanita yang duduk di sebelahnya. Wajahnya seakan menahan sakit.

     “Sayang kenapa ni? Sayang sakit ke?.”

     Alia Farhana mengangguk. Wajahnya semakin berkerut menahan sakit. Ilham Iskandar memberhentikan kereta di bahu jalan.

     “Sayang sakit kat mana?.” Soal Ilham Iskandar panik. Namun Alia Farhana tidak menjawab.

     “Sayang janganlah senyap aje. Sayang sakit kat mana ni?.” Soal Ilham Iskandar lagi.

     Alia Farhana memegang dadanya. Bajunya kelihatan basah. Ilham Iskandar melihat sekilas ke kawasan dada Alia Farhana. Dahinya berkerut.

     “Susu Sayang keluar ye?.” Alia Farhana mengangguk beberapa kali. Dia yang sudah tidak dapat menahan sakit dadanya semakin berkerut wajahnya.

     “Saya terlupa nak pam pagi tadi.”

     “Habis tu macam mana ni?.” Soal Ilham Iskandar.

     “Saya tak tahu. Kalau nak hilangkan sakit ni, susu mesti dikeluarkan. Sakit. Saya tak tahan dah ni, Bang.”

     “Ada bawak pam tak?.” Alia Farhana menggeleng laju. Ilham Iskandar berfikir sejenak.

     “Tak ada farmasi ni kat sini. Rumah pun jauh lagi nak sampai. Macam mana ye nak tolong Sayang ni?. Hmm...”

     “Cepatlah Bang tolong saya. Sungguh! Saya dah tak tahan sangat ni.” Alia Farhana sudah tidak dapat menahan kesakitannya lagi. Air matanya menitis laju ke pipi. Bajunya semakin basah dek kerana susu yang keluar tanpa henti. Ilham Iskandar yang melihat semakin jatuh kasihan. Tiba - tiba satu idea melintas di kepalanya untuk membantu mengurangkan rasa sakit yang di alami oleh Alia Farhana itu. Namun dia berkira - kira mahu mengatakannya kepada wanita itu.

     “Abang, tolonglah buat sesuatu. Saya dah tak tahan sangat dah ni.”

     “Err... Abang... Serba salah Abang nak cakap dengan Sayang. Tapi Abang tak sampai hati tengok Sayang sakit macam ni.”

     “Kalau Abang ada apa - apa cara untuk tolong saya kurangkan rasa sakit ni, saya ikut aje. Sumpah saya dah tak boleh nak tahan lagi ni. Please, Abang.” Alia Farhana merayu. Sesungguhnya dia yang sudah tidak dapat menahan lagi kesakitan yang ditanggungnya hanya akan turuti sahaja apa saja cara yang ada untuk mengurangkan rasa sakitnya itu.

     “Hmm... Abang...” Ya Allah. Patutkah aku lakukan ini, Ya Allah. Tapi aku tak sanggup nak lihat dia dalam kesakitan.

     “Cepatlah, Bang. Abang boleh tolong tak ni?.”

     “Abang hisap susu, Sayang. Itu je yang Abang boleh tolong.” Akhirnya keluar juga apa yang terlintas di kepalanya. Alia Farhana tergamam. Dia melihat ke arah Ilham Iskandar yang menunduk malu dengan ucapan yang baru saja dilafazkannya.

     “Abang, cepatlah tolong saya.” Tiba - tiba Alia Farhana bersuara perlahan. Dia juga sedang menahan malu ketika itu namun dia terpaksa.

     Ilham Iskandar mendongak memandang ke arah Alia Farhana. Matanya membulat tatkala melihat wanita itu yang sudah menyelak tudungnya dan membuka zip di dadanya.

     “Saya tahu Abang bukan nak ambil kesempatan. Abang terpaksa dan saya pun terpaksa. Tapi saya betul - betul dah tak tahan dengan sakit ni.”

     Ilham Iskandar menarik nafasnya dalam - dalam. Kemudian dia mendekati Alia Farhana yang sedang bersandar menahan sakit. Dia menyelak perlahan zip baju yang sudah terbuka itu. Kemudian dia membuka kancing bra menyusu yang dipakai Alia Farhana. Dadanya bagaikan mahu pecah ketika melihat kedua belah buah dada bulat milik wanita itu yang dipenuhi susu.

     Dia menelan air liurnya beberapa kali sebelum menghisap susu Alia Farhana. Alia Farhana memejamkan matanya ketika Ilham Iskandar mula menghisap keluar air susunya. Sesekali dia meramas perlahan rambut lelaki itu ketika dia merasakan agak kuat sedutan yang dibuat oleh Ilham Iskandar.

     Tanpa sedar, Ilham Iskandar telah memasukkan tangannya ke dalam baju Alia Farhana dan memeluk pinggangnya. Sesekali dia menggosok lembut belakang wanita itu ketika mana dia merasakan kenikmatan ketika menghisap payudaranya. Tangan sebelah lagi dia mengelus perlahan buah dada yang dihisapnya. Sungguh hati - hati dia menghisap kedua belah payudara yang mengeras itu. Dia tidak tahu akan rasa sakitnya bagaimana. Tetapi dari keadaan yang dilihatnya dia tahu wanita itu sedang kesakitan yang amat sangat. Kerana itu dia melakukan dengan penuh kelembutan. Sesekali nafsunya naik memuncak inginkan yang lebih lagi ketika itu. Namun cepat - cepat dia menahan rasa. Dia tidak mahu dituduh mengambil kesempatan dan seterusnya melakukan sesuatu hal yang diluar kawalannya.

     Ilham Iskandar menyedut susu di dada Alia Farhana sehingga habis di kedua - dua belah buah dadanya dan sakit yang dirasakan pada awalnya tadi sudah kembali pulih selepas Ilham Iskandar menghisap payudaranya. Dia merasa amat lega.

     Selepas setengah jam, selesailah sudah Ilham Iskandar ‘membantu’ mengurangkan rasa sakit yang dialami oleh Alia Farhana itu. Dia mengelap mulutnya dan dahinya yang berkeringat semasa melakukan ‘pekerjaannya’ tadi.

     “Terima kasih, Abang.” Ucap Alia Farhana kepada Ilham Iskandar sambil membetulkan semula pakaiannya.

     “Sama - sama. Dah jom kita balik.” Jawab Ilham Iskandar tanpa memandang ke wajah Alia Farhana.

     Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, mereka tidak bercakap. Masing - masing melayani perasaan sendiri yang sedang bercampur - baur ketika itu. Ilham Iskandar juga hanya menghantar Alia Farhana di hadapan rumahnya sahaja tanpa masuk ke dalam. Dia berasa agak janggal mahu berdepan dengan wanita itu. Walaupun sebelum ini dia pernah berciuman dengan wanita itu, namun tindakannya yang menghisap payudara wanita itu tadi dirasakan amat memalukan.

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience