BAB 10
Hari demi hari berlalu. Sudah hampir tiga bulan Alia Farhana bekerja di Jaya Holdings. Maria juga sudah hampir habis tempoh cuti bersalinnya. Itu bermakna perkhidmatannya di syarikat itu akan tamat tidak lama lagi. Sedih pula hendak meninggalkan pekerjaannya itu. Walaupun hanya bekerja sementara, namun dia sudah jatuh hati dengan tugasnya sebagai setiausaha.
Dia juga akan merindui tugasan tambahannya sebagai 'tea lady' kepada Ilham Iskandar. Lelaki itu walaupun kadang kala tegas padanya, tetapi dia selesa dan tidak janggal bila bekerja bersama - sama.
"Hey, Alia! Termenung panjang nampak?". Tegur Fuad, rakan sekerjanya sambil mengetuk meja gadis itu. Hilang segalanya yang bermain di minda dek kerana terkejut dengan ketukan Fuad itu.
"Abang Fuad ni. Terperanjat Lia tau". Alia Farhana memuncungkan bibirnya tanda rajuk.
Fuad, seorang kakitangan Jaya Holdings yang berjawatan sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran telah menganggap Alia Farhana seperti adiknya. Terlerai rindunya terhadap adik kesayangan yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya tatkala terpandang Alia Farhana. Jika adiknya masih hidup, tentu dia sebaya Alia Farhana. Alia Farhana yang mengetahui kisah sedih itu amat bersimpati dan dia tidak kisah jika Fuad ingin menjadikannya adik angkat. Oleh kerana itu, hubungan mereka sangat akrab.
"Ni kenapa termenung jauh ni? Ada masalah apa? Kena marah dengan Encik Ilham ke?". Soal Fuad.
"Taklah bang. Tak kena marah pun. Cuma... kak Maria dah nak habis cuti. So maknanya Lia dah nak kena berhenti kerja lah. Sedihnya...".
"Oh. Sebab itu ke? Kan Lia cakap nak sambung study. Sekarang ni dah ubah fikiran ke?" Soal Fuad lagi.
"Hmm..entahlah bang. Lia pun dah tak berapa pasti. Seronok pulak bekerja ni. Dapat tolong mak sikit - sikit. Kalau Lia sambung Master, tentu nak guna duit lagi kan. Kesian mak dengan abg Aiman".
Entahlah. Hatinya kadang terasa berat untuk sambung belajar lagi. Walaupun impiannya ingin belajar ke tahap yang paling tinggi. Tapi apabila difikirkan tentang ibu dan abangnya, dia jadi serba salah. Mereka bukanlah orang berada. Petik jari je terus dapat. Mereka perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Nak sambung belajar tu tentu perlukan duit yang banyak. Dia juga tidak mahu susahkan ibu dan abangnya lagi. Fikirannya buntu.
"Terpulanglah pada Lia samada nak sambung atau tak. Lia dah ada degree ni pun dah alhamdulillah kan. Bukan senang tau nak capai tahap ni. Tapi nanti kalau Lia dapat peluang untuk sambung, Lia buntu tak tau nak sambung ke tak, Lia buatlah solat Istikharah. Minta Allah tunjukkan jalan".
Sedang mereka berbual - bual, tiba - tiba Ilham Iskandar keluar dari biliknya.
"Alia, jom lunch". Ilham Iskandar mengajak Alia Farhana makan tengah hari.
"Errr...saya dah janji dengan Abang Fuad... Eh..dengan Encik Fuad nak makan sama - sama". Alia Farhana cuba menolak. Fuad yang mendengar namanya dipetik berkerut dahi. Bila masa pulak Alia Farhana ada berjanji hendak makan bersama? Ermm..ni mesti kes nak tolak pelawaan bos ni.
"Kalau macam tu kita makan sekali lah. Boleh kan Fuad?". Ilham Iskandar menyoal kepada Fuad.
"Eh. Tak...". Belum pun sempat Fuad menjawab, Alia Farhana terus mencelah.
"Kami makan ramai - ramai Encik Ilham. Makan kat kdai biasa - biasa aje. Encik Ilham tak kisah ke?". Alia Farhana mengerling sekilas pada Fuad. Lelaki itu hanya diam sahaja namun wajahnya berkerut seribu.
"Saya tak kisah pun. Awak lupa ke yang kita makan kat restoran hari tu? Yang masa saya hantar awak balik tu". Aduhai Encik Ilham ni. Kenapalah dia menyebut tentang hantar balik tu di depan Fuad. Tentu dia akan di soal siasat oleh lelaki itu nanti. Ermm...
"Tapi Encik Ilham..."
"Macam ni lah Alia. Lain kali je kita makan sama - sama. Hari ni Alia makan dengan Encik Ilham. Okeh?". Tiba - tiba Fuad memotong kata - kata Alia Farhana. Ilham Iskandar yang mendengar terus saja mengangkat kening kepada setiausahanya. Alia Farhana sudah tidak dapat menolak lagi. Nampaknya dia terpaksa juga pergi makan tengah hari dengan lelaki itu.
× × × × × × × × × × × × ×
Sepanjang berada di dalam kereta Ilham Iskandar, Alia Farhana tidak banyak bercakap. Dia hanya mendiamkan diri saja. Wajahnya agak tegang dan nampak ketidakpuasan hatinya kerana terpaksa mengikut Ilham Iskandar keluar makan bersama. Dia tahulah yang dia itu hanya pekerja bawahan. Mengapa setiap kali dia mesti mengikut kehendak lelaki itu. Bukan saja kehendak semasa bekerja yang perlu dituruti. Malah kehendak untuk keluar makan bersama pun mesti diikuti. Dia juga perasan yang sejak akhir - akhir ini, lelaki itu kerap mengajaknya keluar bersama. Dia tidak tahu mengapa. Setiap kali itu juga dia cuba menolaknya tetapi kebanyakannya tidak berjaya !
Ilham Iskandar menoleh ke arah Alia Farhana. Dia tersenyum melihat gadis itu. Tentu gadis itu bengang kerana sering kali terpaksa menemaninya makan bersama.
"Kenapa diam je?". Ilham Iskandar menyoal Alia Farhana.
"Awak marahkan saya ke?" Soalnya lagi.
"Awak tak suka eh keluar makan dengan saya?". Alia Farhana masih mendiamkan diri. Dia memandang ke luar tingkap. Berfikir jawapan apa yang sesuai untuk soalan Ilham Iskandar itu. Dia menarik nafas dalam - dalam sebelum menjawab.
"Saya bukan tak suka keluar dengan Encik Ilham. Tapi saya tak selesa. Banyak suara - suara orang mengata saya. Si Alia tu ada skandal dengan Encik Ilham la...Alia tu saja nak bodek la..Alia tu cuma amik kesempatan la...bla..bla..bla... naik tebal muka saya ni Encik Ilham".
"Saya ni cuma setiausaha Encik Ilham aje. Takkan sampai waktu rehat saya pun perlu bersama dengan Encik Ilham. Saya nak juga duk lepak - lepak, borak - borak, jalan - jalan mall ke lepas makan. Cuci - cuci mata. Hilang juga stress ni. Encik Ilham tak pe lah. Encik Ilham bos. Tak de sapa nak ngata Encik Ilham. Saya ni?". Wah..berani betul Alia Farhana meluahkan segalanya. Pada Ilham Iskandar pulak tu. Itu kan bos awak, Alia.
Ilham Iskandar tersenyum mendengar luahan perasaan gadis itu. Barulah dia tahu mengapa gadis itu sering kali menolak pelawaannya. Dia juga tidak patut buat begitu pada gadis itu. Alia Farhana itu hanya setiausahanya. Bukan isterinya yang perlu mengikut segala kehendaknya. Tidak patut sungguh dia buat begitu pada Alia Farhana.
"Oh. Patutlah awak selalu tolak ajakan saya. Rupanya sebab takut orang berkata ye?. Hmm..okeh".
Ilham Iskandar meneruskan pemanduan. Dibibirnya terukir senyuman.
× × × × × × × × × × × × × ×
"Okeh. Jom". Ilham Iskandar mematikan enjin keretanya di tempat letak kereta. Dia mengajak Alia Farhana turun sambil membuka tali pinggang keledar. Alia Farhana terpinga - pinga.
"Errr...kata nak lunch?". Berkerut dahinya menyoal Ilham Iskandar.
"Nak lunch la ni. Dahlah jom".
"Tapi kita kat mall ni nak buat apa?". Alia Farhana kebingungan.
"Awak lambat awak tinggal". Alia Farhana yang mendengar terus mengejar langkah kaki bosnya itu. Laju betul lelaki itu berjalan. Termengah - mengah dia dibuatnya.
Beberapa minit kemudian, mereka pun sampai di Restoran Chicken Rice Shop. Hari ini Ilham Iskandar terasa mahu makan nasi ayam. Nasi ayam di restoran itu memang menjadi kegemarannya. Alia Farhana hanya mengikut saja ke mana bosnya pergi.
Selesai makan, mereka beredar dari restoran tersebut. Alia Farhana hanya mengikut sahaja ke mana Ilham Iskandar pergi.
Satu persatu kedai dimasuki. Namun masih belum membeli apa - apa.
"Encik Ilham. Dah dekat pukul 2 ni. Waktu lunch nak habis dah ni. Encik Ilham ada nak beli apa - apa ke?"
Sekilas Ilham Iskandar memandang setiausahanya sebelum menjawab.
"Jom kita pergi kedai tu kejap". Ilham Iskandar terus berlalu menuju ke kedai yang ditunjuk. Soalan Alia Farhana itu sengaja dibiarkan tidak berjawab.
"Cantik tak tudung ni?". Soal Ilham Iskandar kepada Alia Farhana.
"Cantik. Soft je colour dia". Jawab Alia Farhana ikhlas.
"Bolehlah yang ini. Berapa ya harganya?". Ilham Iskandar mengunjuk tudung yang dipegang kepada jurujual.
"Harga dia 120 ringgit, encik". Jawab gadis jurujual dengan senyuman.
"Okeh. Ni duitnya".
Selesai berjual beli, mereka pun keluar dari kedai tersebut. Telan air liur Alia Farhana melihat Ilham Iskandar mengeluarkan duit 120 tanpa berfikir panjang. Nilai 120 tu boleh tahan seminggu makan kalau bagi dia. Tu pun kalau betul - betul nak jimat, tak habis pakai duit sebanyak itu. Hmm..orang berduit kan. Nak beli apapun senang. Keluar je duit tak de hal.
"Okeh. Jom balik office".
Mereka beriringan menuju ke tempat letak kereta. Alia Farhana masih tertanya - tanya motif bosnya makan tengah hari di mall tadi. Tak pernah selama dia bekerja bersama lelaki itu, dia makan di mall waktu lunch. Adakah kerana luahan hatinya tadi yang teringin jalan - jalan di mall masa waktu lunch? Opss !! Spontan tangannya menutup mulut. 'Aduh !! Mulut tak boleh cover betullah kau ni, Alia'. Alia Farhana menepuk perlahan mulutnya. Tanpa dia sedari, perlakuannya telah dilihat oleh Ilham Iskandar.
"Awak ni dah kenapa, Alia? Ditepuk mulut tu kenapa? Kalau tergigit bibir tu baru tahu".
"Err...tak da apa - apa, Encik Ilham". Jawabnya sambil tersengih.
"Ye la tu tak da apa - apa. Baik awak cakap apa yang tak kena. Kalau tak awak tinggal kat sini balik sendiri". Ilham Iskandar sengaja mengugut setiausahanya agar cakap apa yang ingin diluahkan.
"Eee... Encik Ilham ni. Mana boleh ugut - ugut". Alia Farhana memuncungkan bibirnya.
"Dah awak tak nak cakap. Memang patutlah awak balik sendiri. Baik awak bagitahu sekarang".
"Alaa...Encik Ilham ni. Tak aci betullah". Makin panjang pula muncungnya. 'Aishh.. comel pulak si Alia ni buat macam tu'. Getus Ilham Iskandar di dalam hati.
"Aci tak aci. Kalau tak nak cakap memang saya tinggalkan awak kat sini. Baik cakap cepat".
"Okeh la. Okeh la. Hmm.. saya nak tanya ni. Kenapa hari ni kita lunch kat sini? Sebab luahan hati saya tadi tu ke? Sebab tu Encik Ilham bawak makan kat sini? Sebab tu ke, Encik Ilham?". Huh ! Sekali nafas aje dia menyoal Ilham Iskandar.
Meletus ketawa Ilham Iskandar apabila mendengar soalan daripada gadis itu. Alia Farhana yang mendengar berkerut seribu sambil mulutnya muncung sedepa. Dah suruh cakap digelakkannya pula. Geram pulak Alia Farhana dengan bosnya itu. Jarang rasanya melihat lelaki itu ketawa. Biasanya hanya senyuman sedikit sahaja di bibirnya. Apa, kelakar sangatkah soalan dia tadi?
"Ketawa pulak Encik Ilham ni. Dahlah jom balik". Dijelingnya bosnya itu sambil membuka pintu kereta. Kelat habis mukanya. Ilham Iskandar yang melihat makin galak tawanya.
Di dalam kereta, Alia Farhana hanya mendiamkan diri. Terasa geram kerana ditertawakan tadi malas rasanya hendak berbual - bual dengan lelaki itu.
× × × × × × × × × × × × ×
"Bye, Alia. Abang balik dulu".
"Okeh. Bye Abang Fuad". Alia Farhana melambai tangan kepada Fuad sebelum menyambung kembali menyusun fail di atas meja.
Ilham Iskandar yang mendengar perkataan 'abang' itu tertanya - tanya apakah hubungan antara mereka berdua. Sudah dua kali dia mendengar setiausahanya memanggil Fuad dengan panggilan 'abang'. Adakah mereka ada hubungan istimewa? Mesranya pun lain macam. 'Ishh... kenapa dengan hati aku ni?'
"Alia. Tak balik lagi ke?". Ilham Iskandar yang muncul tiba - tiba di hadapan mejanya itu membuatkan Alia Farhana terperanjat.
"Kus semangat Encik Ilham. Terkejut saya. Rasa nak gugur jantung saya ni". Alia Farhana mengusap - usap dadanya beberapa kali tanda dia benar - benar terperanjat.
"Nak balik dah ni Encik Ilham. Nak kemas fail ni dulu".
"Hah cepatlah kemas. Saya tunggu".
"Errr...tapi Encik Ilham..."
"Satu minit. Cepat". Seriusnya muka. Tengah hari tadi bukan main sakan gelakkan aku. Ni serius pulak mukanya. Aduhai Encik Ilham ni. Kadang - kadang tak faham dengan angin dia ni.
Tergocoh - gocoh Alia Farhana berkemas. Sementara Ilham Iskandar hanya memerhati di hadapan mejanya. Jadi kekok pulak rasa bila orang duk perhati. Tidak sampai seminit, semuanya beres !
"Okeh. Siap!". Alia Farhana mencapai beg tangannya di atas meja lantas mengekori langkah Ilham Iskandar.
"Encik Ilham. Sebenarnya saya nak singgah kedai Guardian jap nak beli barang. Encik Ilham tak payah hantar saya baliklah ye". Ilham Iskandar langsung tidak menjawab. Dia terus menghayunkan kakinya menuju ke kereta. Alia Farhana jadi serba salah. Takkan dia nak pergi macam tu saja. Nampak kurang sopan pula nanti. Dia teragak - agak hendak memanggil bosnya itu. Dengan wajah kelat macam tu terasa seram pula.
"Encik Ilham !". Akhirnya dia panggil juga lelaki itu.
"Saya teman awak pergi kedai tu". Pintu kereta terus dibuka dan tanpa bertanya lagi, Alia Farhana akur dengan keputusan Ilham Iskandar yang mahu menemannya ke kedai.
Setengah jam perjalanan, kini mereka telahpun berada di dalam kedai Guardian di Mid Valley. Alia Farhana terus mencari apa yang ingin dibelinya.
"Hah ! Jumpa pun". Katanya sendiri sambil tersenyum. Sedang dia memilih barang yang hendak dibeli, dia baru tersedar yang Ilham Iskandar mengekorinya hingga ke situ.
"Errr...Encik Ilham. Kenapa ikut saya sampai ke sini? Encik Ilham tak ada nak beli apa - apa ke? Kalau tak ada, Encik Ilham tunggu saya kat luar je lah". Teragak - agak dia bertanya.
"Kenapa? Tak boleh ke saya ikut awak?".
"Hmm..bukan tak boleh Encik Ilham. Saya segan Encik Ilham ikut saya je".
"Laa..nak segan kenapa pulak? Awak beli je lah apa yang awak nak beli tu. Saya tunggu".
"Hmm..saya nak beli barang perempuan ni Encik Ilham. Malu pulak rasa kalau ada Encik Ilham".
"Awak nak beli apa sampai merah pipi macam tu?".
"Saya nak beli tu..". Alia Farhana memuncungkan mulut ke arah tuala wanita yang terletak di rak. Terasa merah pipinya bila terpaksa menunjukkan tuala wanita itu kepada lelaki di hadapannya.
"Oh..nak beli pad rupanya. Itu pun nak malu dengan saya". Laju saja tangannya mencapai salah satu pad di rak itu. Terlopong mulut Alia Farhana yang melihatnya. Ilham Iskandar menghulurkan pad tersebut kepadanya. Merona merah pipi Alia Farhana menyambut bungkusan pad daripada lelaki itu.
Alia Farhana sudah tidak terkata apa apabila bosnya itu masih juga membuntutinya ke mana saja dia pergi. Setelah selesai memilih, mereka ke kaunter untuk membayar. Sedang Alia Farhana hendak mengeluarkan duit, Ilham Iskandar terlebih dahulu menghulurkan wang untuk membayar semua perbelanjaan gadis itu. Alia Farhana tidak dapat menolaknya kerana tidak mahu timbul kekecohan di kaunter tersebut kerana dibelakangnya masih ada pelanggan yang sedang beratur menanti giliran untuk membayar barangan mereka.
"Encik Ilham". Panggil Alia Farhana ketika mereka berjalan keluar dari kedai Guardian. Ilham Iskandar menoleh.
"Kenapa Encik Ilham bayar? Kan barang saya tu". Kata Alia Farhana sambil menghulurkan duit untuk membayar semula wang bosnya itu. Ilham Iskandar menolak. Takkanlah dia nak ambil duit tu kan. Nampak sangat tak gentleman. Berapa sangatlah yang gadis itu belanja. Lagipun dia ikhlas bayar semua itu.
"Janganlah macam tu Encik Ilham. Malu saya dengan Encik Ilham. Nahlah ambik duit ni". Alia Farhana menghulurkan lagi duit kepada Ilham Iskandar.
"Kan saya cakap tak payah. Cuba jangan degil".
"Tapi Encik Ilham..."
"Alia..". Ilham Iskandar sengaja mengeraskan suaranya. Alia Farhana yang mendengar terus faham maksud nada suara begitu. Tentu saja tidak boleh dibantah.
"Okeh..terima kasih". Jawab Alia Farhana dengan lemah.
"Jom makan Mc D". Tanpa bertanya persetujuan dari Alia Farhana, Ilham Iskandar terus saja melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Gadis itu hanya menuruti.
"Hah Encik Ilham. Saya belanja eh". Kata Alia Farhana tiba - tiba sambil tersenyum - senyum. Mungkin dengan cara ini dia dapat membayar semula wang lelaki itu.
"Kan saya ada hutang denda dengan Encik Ilham. Ingat tak saya kena denda belanja makan masa kat Langkawi dulu". Alia Farhana tiba - tiba teringat kejadian bila mana dia di denda kerana ketiduran di atas bahu lelaki itu.
"Jangan nak mengadalah. Awak nak makan apa ni?".
"Alaa Encik Ilham. Pleasee..". Rayu Alia Farhana sambil mengangkat tangan tanda merayu.
"Kalau tak pun biar saya yang beratur beli. Boleh ye Encik Ilham". Kata Alia Farhana sambil mengangkat - angkat keningnya beberapa kali.
"Alia..". Huh ! Kenapa mesti nada macam tu dan wajah sebegitu. Memang tak boleh nak bangkanglah !
Alia Farhana melangkah lemah menuju ke meja kosong. Sementara menunggu Ilham Iskandar sampai, dia melayari Fac peribadinya.
Beberapa minit kemudian, Ilham Iskandar tiba dengan menatang dulang berisi Double Cheese Burger dan Spicy Chicken Mc Deluxe.
"Terima kasih, Encik Ilham". Ucap Alia Farhana dengan senyuman.
Sedang mereka menjamu selera, tiba - tiba Alia Farhana disapa seseorang.
"Hey ! Alia !". Tegur seorang gadis kepada Alia Farhana. Alia Farhana menoleh lantas bangun dari duduknya.
"Milah !!". Alia Farhana menjerit riang tatkala terpandang Jamilah. Mereka bersalaman dan berpelukan seketika. Lama benar rasanya tidak berjumpa. Jamilah adalah sahabat baiknya ketika sama - sama belajar di Uitm dulu.
"Weh ! Kau apa khabar Alia? Buat apa kau sekarang? Aku kerja kat syarikat guaman pak cik aku".
"Aku sihat. Kau sihat tak? Aku kerja kat Jaya Holdings. Setiausaha".
"What?? Jaya Holdings? Kau setiausaha CEO dia yang hensem tu ke? Seriously Alia??". Bulat biji mata Jamilah apabila mendapat tahu sahabatnya itu setiausaha kepada seorang lelaki kacak yang menjadi kegilaan ramai gadis.
"Weh !! Aku minat gila kat CEO dia tu. Ya Allah hensemnya diaaa... Beruntungnya kau. Dahlah hensem, kaya, sado....mesti wangi kan kat dia. Kalau kat depan aku..aku peluk - peluk dia". Jamilah bercakap sambil pejam - pejam mata membayangkan wajah Ilham Iskandar. Tersenyum - senyum bibirnya.
Alia Farhana yang mendengar terkedu sekejap. Dia memberi isyarat mata dan mulut agar Jamilah hentikan percakapan mengenai Ilham Iskandar. Dia menggerak - gerakkan matanya ke arah Ilham Iskandar yang sedang makan.
"Apa?". Jamilah kurang mengerti dengan tindak - tanduk sahabatnya itu. Alia Farhana memberi isyarat lagi dengan menunjukkan ke arah Ilham Iskandar. Jamilah menoleh ke arah lelaki yang sedang makan itu. Mulutnya ternganga dan cepat - cepat ditutup dengan tangan.
"Weh..weh..tu CEO yang hensem tu kan? Kau dating dengan dia ke? Weh..aku nak pengsan weh..awat hensem sangat". Kata Jamilah sambil berbisik. Aduduh..Jamilah ni buat perangai gila dia pulak kat sini. Garu kepala Alia dibuatnya.
"Kau tak nak kenalkan aku kat dia ke?". Tanya Jamilah sambil menyiku Alia Farhana.
"Err..Encik Ilham. Ni kawan saya, Jamilah. Jamilah. Ni bos aku, Encik Ilham". Alia Farhana memperkenalkan Jamilah kepada bosnya itu.
"Hai. Jom join us?". Ilham Iskandar mempelawa Jamilah makan bersama mereka.
"Eehh. Tak pa. Tak pa. Saya nak cepat ni. Ada hal. Lain kali aje". Balas Jamilah dengan senyuman. Tak lekang senyuman dibibir gadis itu bila memandang Ilham Iskandar. Minat betul dia pada lelaki itu.
Selepas bersalaman, Jamilah pun beredar keluar dari restoran itu. Alia Farhana kembali duduk dan menyambung makannya yang terbantut tadi.
"Sorry ye Encik Ilham. Kawan saya tu memang gila sikit. Tapi dia baik hati". Alia Farhana meminta maaf kepada Ilham Iskandar jika perangai kawannya itu buat lelaki itu tidak selesa.
"It's okey. Tak apa". Ilham Iskandar tidak mengambil hati pun dengan tingkah laku Jamilah itu.
Selesai saja makan, mereka pun keluar dari Mid Valley dan Ilham Iskandar menghantar Alia Farhana pulang ke rumah.
× × × × × × × × × × × × ×
Share this novel