JAM tangan yang melekat pada tangan dijeling sekali. Martin meminta diri untuk pulang. Sudah setengah jam dia di sini. Entah apa dia dan Kaiser borakkan. Padahal tujuannya datang untuk beri laporan kerja.
"Hati-hati, jangan langgar kereta Mai!" laung Kaiser sengaja tekan 'kereta Mai'.
"Baik." Martin menunduk separa tubuh tegapnya tanda hormat. Maklum la ada Mai kena la bersikap sopan.
"Mari saya hantar sampai depan pintu, Encik Martin." Mai menawarkan diri berjalan diiringi lelaki itu. Alang-alang nak tanya tentang yang dikatakan oleh Kaiser.
Sesudah Martin pakai timberland greyfield boots dikedua kaki, dia meminta diri sekali lagi.
"Tunggu! Saya nak tanya sesuatu." namun dihalang oleh Mai.
Martin pusing kembali tubuh. "Saya pun hampir lupa. Kalau puan nak tanya, esok saya free. Harini tak sempat. Saya kena cover kerja bos manja- tak maksud saya, bos Kaiser."
Meskipun Mai tergamam kerana niatnya sudah dibaca. Tetapi dia iyakan saja. Mujurlah besok Aryan sekolah.
"Ok, saya faham. Jumpa besok, Encik Martin."
"Baik,"
******
VILLA HARA.
Meja makan panjang lagikan luas yang bertemakan lukisan enggland itu turut dihadiri ahli keluarga yang lain.
Fatia yang sejak tadi perasan ketidakhadiran Mai. Beranikan diri bertanya. Dia merupakan kakak ipar sepupu yang cukup rapat dengan Mai.
"Ayahsu, mana Mai? Hari tu kan dia dah balik. Aryan pun tak ada. Ke diorang keluar?" soalnya.
Tuan Idris tampak tak berapa suka dengan soalan tersebut. Kenapa tanya dia. Mana la dia tahu alasan kenapa Mai keluar.
"Entah la aku. Dia dah bosan tinggal sini, dia keluar. Suka hati dia lah nak merempat tepi jalan pun. Dah besar panjang semua." jawapnya tenang bersama wajah tanpa secalit senyum. Kedekut senyum pakcik sorang ni. Agaknya masa kecik suka teguk air cuka. Itu yang masam mencuka.
Puan Sharifah yang mendengar geleng kepala. Bila nak berubah suaminya itu. Dia melirik kepada Airel dan Nita yang hanya diam membisu.
Tangan Puan Sharifah terhenti dari memotong steak. Wajah wanita anggun ini kian mendung. Mengingat nasib Mai. Terkejut juga masa ketua maid beritahu berita bahawa Mai dan Aryan sudah pindah keluar.
Fatia diam saja melihat suasana yang tak berapa bagus. Mai dah pindah keluar? Hm, mungkin dia nak hidup berdikari.
Arman perasan riak isterinya turut suram. Mencelah sekali. "Dia nak hidup berdikari la tu. Mai dah masuk umur tiga puluh. Cukup dewasa dah. Tak perlu nak dirisaukan sangat."
Fatia dan suaminya Arman serentak bertatapan. Dia pandang takjub.
"Apa? Betul la kan."
"Saya pun fikir macam tu. Macam mana kita boleh fikir benda yang sama."
Arman sambung makan. "Dah nama pun jodoh. Sehati seotak."
Puan Sharifah tersenyum suka melihat kemesraan dua pasangan itu. "Ada ada saja, man ni."
Sementara itu, Airel tak pedulikan apa yang dibicarakan. Fokus melihat telefon ditangan. Sambung menyuap nasi kedalam mulut.
Contact bernama Laila dibuka. Mesejnya tak dibalas. Baca pun tidak. Hatinya gelisah kerana setelah gadis itu berhenti kerja. Laila terus pulang ke kampung halaman.
"Jangan-jangan dia nak jauhkan diri dari aku..." gerutunya perlahan. Resah. Fikiran takkan tenang selagi tak dapat khabar dari si gadis pujaan.
Nita disebelah menjeling sekali. Bibir yang terus pakai lipstick gelap ini mencebik. Menyampah.
"Entah apa-apa bercinta dengan perempuan kampung." dia memerli perlahan. Cukup mereka berdua yang dengar kerana duduk paling hujung.
Dahi Airel berkerut tak senang. Muka tampannya turut pamer riak benci.
"Tak payah hina orang. Kau sendiri? Kau pun dari kampung kan." bisiknya memulang paku keras. Itu sikit baru. Dia tahan saja memandangkan ramai orang ketika ini.
Raut Nita tetap tak berubah. Tetap dengan raut menjengkelkan.
"Itukan dulu. Kalau cerita pasal dulu memang tak habis. Sekurangnya aku tak kejar orang kaya." balasnya senyum sinis. Tak nak kalah.
Airel menggertak gigi tahan geram. Sabar saja. Orang lelaki tak boleh pukul perempuan.
Dia malas membalas lagi. Malas nak gaduh dengan perempuan.
Tatkala merasa smartphone miliknya bergetar menandakan ada mesej masuk. Laju dia buka. Sesaat Airel menguntum senyum.
'Ada apa Rel?' - Laila
'Boleh kita jumpa?' - Airel
Tak lama muncul mesej baru.
'Tapi saya kat kampung. Jauh, takkan awak nak datang sini.' - Laila
Airel senyum bahagia.
'Takpe, asal dapat jumpa awak.' - Airel
Dia bangun dari kerusi. Bunyi kerusi ditarik menarik perhatian ahli keluarga yang lain.
"Nak pergi mana, Rel? Cepat makan." tegur Puan Sharifah lembut.
"Keluar jap ma. Jumpa kawan, balik lewat rasanya. Pergi dulu ya." balas Airel sambil menyalam tangan mama dan ayah.
Nita yang melihat berdecit sebal.
"Dia dengan Mai sama saja. Adik beradik dua kali lima. Tergilakan sangat cinta." getusnya perlahan.
******
Seperti yang dijanjikan. Hari ini kebetulan Kaiser kembali kerja, Aryan pergi ke taska. Kesempatan dia untuk berbicara empat mata dengan Martin. Ha dah janji nak cerita, tak boleh ingkar janji.
Setelah hantar Aryan ke taska. Mai dengan Martin bersepakat untuk bertemu di sebuah restoran nasi kerabu terkenal dikawasan tersebut.
Srupp~
Air laici susu yang dah tinggal separuh dihirup oleh Mai. Sambil menunggu pesanan makanan tiba.
Martin melirik jam. Jarum jam tepat pukul 9:10 pagi.
"Encik Martin kejar masa ke? Dari tadi tengok jam." tegur Mai perasan hal itu. Tak enak juga, kotnya dia ganggu masa berharga lelaki bekerjaya itu.
Martin sekadar senyum tipis. Setipis kulit bawang. "Tak juga. Tak apa Puan jangan fikirkan saya. Cumanya saya dah kena pergi nanti pukul 11."
Kening Mai terangkat. Eh dia senyum ke tadi? Selalunya macam robot saja. Kaku tapi hari ini tampak lebih terbuka dan selesa.
Mai dah tak dapat tahan sabar. Rasa ingin tahu tentang Kaiser semakin membuak-buak. Panjang dan serius sangat ke sampai Martin guna masa berharganya untuk bercerita. Cerita saja kan?
"Encik Martin tunggu apa sebenarnya? Tunggu nasi ke?"
Kebetulan datang seorang pelayan membawa dua pinggan nasi kerabu. "Ini dua nasi kerabu kan."
"Iya, terima kasih." ucap Martin dan Mai serentak.
Ayam bakar sebesar penumpuk ditilik lama. Mai telan air liur. Kecur air liur oi! Dengan nasi panas lagi. Yang terkenal nasi di sini kerana sambal dan ayam. Sambal dia rasa budu kelantan. Agaknya tukang masak orang pantai timur.
Martin memulai mukadimah secara tiba-tiba. "Sejahat-jahat Kai, dia tak pernah bunuh orang."
Baru saja sesuap nasi nak masuk kedalam rongga mulut. Perbuatan Mai terhenti. Dia angkat muka dengan musykil. Biar betik? Cam tak caye je. Back up kawan la tu.
"Selalunya dalam filem action. Gangster atau lintah darat macam korang kan, tak sah kalau tak bunuh orang." santai Mai berkata. Sesuap nasi yang disuap. Mulut buka seluas alam. Em sedap!
Tergelak kecil Martin. Dia turut menyuap nasi. "Ganas juga puan ni. Tengok filem action. Kai ada sebut kan pasal kami berdua berniat nak jatuhkan Valac Group. Syarikat pinjaman yang puan kenal sekarang."
Riak Mai mula tegang. Fokus katakan. "Ada, kenapa eh? Bos besar yang apa nama tu? Jo... Jo apa eh?" duh lupa pulak!
"Joshua."
"Ha Joshua! Dia tak marah ke? Kalau saya jadi dia, saya dah pecat awak berdua. Ada ke patut nak jatuhkan syarikat sendiri. Eh? Tapi bagus juga. Saya tak perlu susah-susah nak buat kerja bahaya lagi." bebel Mai tanpa sedar.
"Tapi bukan topik ni saya nak cerita. Kai suruh saya bagitahu sekadar part yang penting." tukas Martin beriak tenang. Dalam hati dah ragu-ragu nak beritahu atau tidak.
Mai kembali serius. "Jadi apa sebab dia 'sebaik' tu tak pernah bunuh orang? Kerja jahat lain buat pulak."
Dia perasan raut Martin agak berubah. Tangan yang sedang gaul nasi juga terhenti. Sensitif ke pertanyaannya?
"Kai masih ada ayah. Sekarang orang tu ada dalam penjara. Orang pertama yang Kai nak bunuh... bapak kandung dia sendiri." ujar Martin tampak lain nadanya.
Mai merasa ayam ditekak hampir tersedak. Pantas dia teguk air laici susu sampai habis. Matanya terbuntang luas.
Tergamam! Telinga tak salah dengar kan? Hal barusan benar-benar buat dia terkejut. Bunuh bapak sendiri?
Sedalam apa dendam Kaiser kepada bapaknya sampai mahu jadikan bapaknya mangsa pertama? Dia tak pernah terfikir nak bunuh ayahnya walau Tuan Idris manusia paling menyebalkan.
Martin dah dapat agak reaksi dari wanita dihadapannya. Dia faham. Sesiapa yang dengar pun akan anggap Kaiser anak tak guna.
Tetapi, ada sebab...
Pandangan Martin dibuang keluar tingkap.
"Saya akan cerita sekadar yang saya tahu."
SUATU MASA DAHULU...
Tie berwarna biru diikat kemas. Rambut hitam miliknya disikat lalu diacak-acak. Kaiser tilik penampilannya dihadapan cermin besar almari.
"Tck! Handsome boy! Ha, aku tahu aku kacak. Perlu ke sekacak ini? Kesian perempuan kat sekokah nanti. Pengsan terkena pesona seorang Kaiser Lee!" omelnya sendiri depan cermin. Ya, dari dulu dia memang macam ni. Jadi harap maklum lah.
Kisah ini bermula dari dia berumur remaja belasan tahun. Pagi seperti biasa, bersiap untuk ke sekolah.
Dia capai bag galas kemudian berlari menuruni anak tangga.
"Zao an, bao bei."(selamat pagi, baby)
Sapaan seorang wanita dari meja makan membuatkan Kaiser tersenyum ceria.
"Apa mami ni baby baby pula. Nak dapat baby baru ek?" sengaja ia mengusik wanita kesayangannya itu. Salah satu kerusi ditarik lalu melabuh duduk.
*ma mi : panggilan yang biasa orang china guna untuk ibu
Mendengar itu Xing Fei tertawa kecil. Sepinggan sandwich telur diletak atas pinggan anaknya.
"Nak adik ke?" dia sengaja usik.
"Tak nak lah. Tak nak kongsi mami." Kaiser menyambut gurauan tersebut bersama sengihan.
Bibir pucat dan kering Xing Fei melukis senyum lembut . Wajah dan suaranya lembut. Kadang hampir tak terdengar. Lesu saja seperti orang yang tak berkeinginan untuk hidup.
Kaiser tak endahkan suara langkah seseorang yang mendekati mereka. Sibuk mengunyah roti.
Farouk tergesa-gesa membetul jas Retro Black. Satu sandwich disumbat dalam mulut. Kelihatan seperti sudah lewat masuk kerja.
Xing Fei kemaskan tie hitam yang dipakai sang suami.
"Pulang makan malam?" soal wanita ini.
Farouk menjeling sekali isterinya. "Tak, tak perlu tunggu. Mungkin saya balik lewat."
Xing Fei senyum saja. Bagai dah dapat agak jawapan tersebut.
Secawan kopi hangat disisip perlahan. Tangan Farouk hinggap sekali di kepala Kaiser. "Pergi dulu. Belajar rajin-rajin di sekolah Kai. Jangan tahu main saja."
Pesan itu dibiarkan berlalu tanpa balasan. Xing Fei hantar sosok si suami sampai muka pintu.
"Perempuan mana lagi..." desis Kaiser perlahan. Dia sudah tahu perbuatan ayahnya di luar. Ayahnya pasti keluar bersama skandal.
Dia melirik maminya yang baru muncul dari muka pintu. Keluhan halus dilepaskan.
Meskipun Xing Fei sudah tahu sikap suaminya yang suka bermain kayu tiga, dia tetap hidup bersama Farouk. Tanpa melenting atau marah. Hanya berharap si suami berubah lebih baik.
Dan hal itu membuatkan Kaiser benci kedua orang tuanya. Dia benci mami yang terlalu lembik dan baik. Dia benci ayahnya yang suka curang.
Kaiser berjalan masuk kedalam tandas. Berdiri didepan cermin sambil menilik diri sendiri.
Kosong. Hampa. Hidupnya mirip seperti tin kosong. Sampah yang kosong.
Pili air dibuka dan keluar air deras. Air tersebut ditadah kemudian dibasahi rambutnya.
Dia tilik semula penampilannya. Rambutnya basah hingga air menitik ke kemeja sekolah.
Rambut yang dipegang Farouk sebentar tadi.
"Menjijikkan."
Ya, rasa benci terhadap ayah kian menggunung dari hari ke hari. Sentuhan terasa menjijikkan. Nak mengaku ayah pun dia rasa malu.
Kaiser menuruni tangga bas sekolah dengan cepat. Mampus!
Dia dah lewat!
Pelajar lain turut berlari memandangkan itu bas terakhir. Puak-puak datang lewat ke sekolah.
Dari jauh dia sudah nampak beberapa orang pelajar yang didenda oleh guru disiplin didepan pagar. Malu woi! Orang lalu lalang melihat mereka. Ada yang mengejek suka. Mudah cerita, kena denda memang benda paling ditakuti semua orang!
"Pst! Oi Kai! Sini!"
Serentak Kaiser berpaling ke arah semak samun yang menutupi pagar belakang sekolah. Di mana ada dua temannya. Segera dia mendekat.
"Korang pun lewat juga? Kalau aku panggil Sir, mampus kau berdua." soal Kaiser tergelak sinis.
Frediz menjeling geram.
"B*d*h! Simpan sikit b*ngap kau tu untuk anak cucu. Jangan kau sorang saja. Sini tolong aku!" marah temannya perlahan tapi kasar.
"Kau pun kena Kai kalau kau panggil." kata Martin sambil memanjat pagar penuh hati-hati.
"Oh ya eh? Aku tak nak b*ngap aku turun ke anak aku. Jadi sini aku tolong. Kena buat apa ni?" Kaiser sedia memberi bantuan. Siap cekak pinggang.
"Buat kekuda macam aku buat tadi. Macam kekuda Kudo. Senang nak pijak tangan kau. Rapatkan tangan kau." sabar Frediz mengajar cara dia menjadi 'tangga' untuk Martin.
*Kudo : ilmu bela diri campuran judo
Kaiser merapatkan tapak tangan. Otot dibahagian itu dikuatkan agar boleh tampung berat temannya.
Bag galas Frediz dilempar kedalam. Kakinya perlahan memijak tapak tangan itu lalu dia duduk sebentar atas pagar. Tak tunggu lama cepat dia lompat turun.
Kini tinggal Kaiser diluar pagar dengan muka polos.
"Jadi... macam mana aku nak naik?" soalnya sembari senyum teruja. Fikirnya Frediz ada cara lain nak tolong dia.
Lama Frediz diam melihat sekeliling. Tak lama selamba dia angkat bahu bersama muka tak bersalah.
"Entah, pandai-pandai kau lah! Cau lu!" usai berkata kejam begini dia berlari ke belakang bangunan sekolah.
Kini tinggal Martin dan Kaiser yang melihat kelibat bapak setan itu berlari pergi meninggalkan mereka.
"Dia memang kawan musi*at." ujar Kaiser sudah pasrah.
"Baru tahu?" sambut Martin tenang.
"Hoi! Kamu berdua buat apa tu?! Oh datang senyap-senyap ya! Sini!"
Datang guru disiplin yang digeruni ramai pelajar. Membawa rotan panjang. Siapa yang terkencing nampak rotan? Angkat tangan! Ehe tak ngaku.
"Oh sh*t! Mar kau lari saja. Biar aku cover kau." gesa Kaiser sambil mata tak lepas pandang guru yang masih jauh.
Namun begitu, Martin tetap tak bergerak seinci pun. Sambil melihat burung yang berkicau atas pokok. Pagi yang indah...
"Jatuh harga diri aku tinggal kawan masa susah." dia berkata dengan muka drama.
Kaiser mencebir mulut acah nak nangis. Mengharukan! Ini yang baru sahabat namanya!
"Xie xie Mar."(terima kasih) ucap Kaiser.
"Mei shi. Nanti belanja aku makan."(tak da masalah) balas Martin.
Setitik demi setitik peluh menitik jatuh. Bukan setakat muka, badannya pun dah melekit dengan keringat.
Selesai berlari sepuluh putaran keliling padang. Dua sahabat itu melepas lelah di bawah pohon redup.
Nafasnya yang termegah-megah dikawal. Kaiser mengibas badannya. Tak tahan, akhirnya dia lepas baju. T-shirt putih melekat pada tubuh yang berkeringat itu.
"Gila... hari panas terik. Tergamak Sir denda kita macam ni." tukasnya masih lelah. Tambah pula dilihat pelajar yang sedang rehat. Penat dapat malu dapat.
Tubuh tinggi Martin bersandar pada pohon. "Jarang kau datang lambat. Ada apa?"
Kaiser buang muka. Kebetulan bertatapan dengan para pelajar perempuan yang lalu di situ.
"Aaa! Dia tengok kita!" berteriak suka mereka. Al maklum la. Dengan paras mix melayu dan china membuatkan Kaiser memiliki rupa yang kacak. Dan terkenal di sekolah kerana diminati ramai.
Kaiser tertawa mendapat reaksi begitu. Haish susah jadi orang handsome!
"Apa kau tanya tadi? Aku tak dengar?"
Martin tahan saja geram. "Aku tanya kenapa kau datang lamba-"
"Kai!"
Laungan dari seorang gadis memotong bicara Martin. Kedua mereka melihat ke arah yang sama.
Kaiser bingkas bangun menyambut apabila gadis berambut tocang itu tiba didepan mereka.
"Ni air untuk Kai dan Mar." Thalia menghulur plastik berisi dua tin air.
Huluran itu disambut senang. Satu lagi diberi kepada Martin yang masih duduk.
"Thanks!" Martin tak beri respon berlebihan. Sekadar berterima kasih. Dia ni memang cool sejak dalam perut.
Berlawanan pula dengan Kaiser. Sengih cerianya ibarat diberi duit sejuta. Dia punya gedik kalah perempuan.
"Terima kasih, Lia... buat susah saja." kan dah kata! Meleret suara manja.
Thalia senyum senang pemberiannya diterima.
"Lain kali datang la awal. Haih, korang berdua ni." Thalia geleng kepala, tahan saja mulut nak bebel kerana kesian tengok muka masing-masing.
Tersengih kambing Kaiser. Serba salah nak beritahu yang mereka bertiga awalnya.
Martin yang hanya jadi pemerhati diam seribu bahasa. Malas nak menyampuk percakapan dua orang itu. Dah tahu benar sikap Kaiser.
Dia tahu Kaiser tak mahu rosakkan suasana. Si Kaiser gila tu nampak bayangan Thalia pun dah serupa dapat semangat hidup. Buktinya tadi, Thalia datang terus hilang penat berlari.
Usai kedua orang itu berbicara. Thalia berlalu pergi. Katanya nak masuk kelas.
Kaiser kembali bersandar disebelah Martin.
Martin perhati saja sengih angau temannya itu. "Asal kau tak bagitahu Lia pasal Frediz? Jantan tu kan bukan sekali dua buat kau macam tu. Tahan kau berkawan dengan dia."
"Kau pun ada dengan dia kan pagi tadi."
Martin merasa kalah pula. "Kebetulan saja terserempak tepi jalan. Kan pernah rapat."
Kaiser menarik senyum tawar. "Aku tak boleh penting diri. Lia dengan Fred kan rapat. Tak pasal bergaduh pula disebabkan aku. Kau tahukan Lia, kami kan saling suka."
Mendengar penjelasan tersebut Martin malas komen balas.
"Aku pernah dengar, atok aku kata. Manusia ni mampu ubahkan sifat manusia lain. Orang yang terlalu baik pun boleh jadi orang paling jahat." ujar Martin terselit makna tersembunyi. Dia tahu temannya faham.
"Kau risau aku berubah?" tanya Kaiser sengih suka. Sayang juga Mar kepadanya.
Kelopak matanya Martin pejam rapat. Cuaca panas yang dilindungi pohon redup. Ditambah angin sepoi-sepoi bahasa membuat suasana sesuai untuk istirahat minda.
"Bukan risau tapi takut." dia berkata bersahaja. Tak endahkan tawa suka dari temannya. Agaknya dia ingat aku main-main.
"Jangan takutlah, seorang Kaiser Lee takkan berubah! Eh tapi aku terharu juga. Rupanya selama ni kau anggap aku baik. Terlalu baik pulak tu. Waduh! Macam mana ni air mata terharu aku jatuh!" celoteh Kaiser entah pape. Drama!
Hari itu Martin tak tahu bahawa suatu hari nanti sahabat yang terkenal baik itu akan berubah sifatnya. Ketakutan yang dia katakan rupanya menjadi kenyataan.
FLASHBACK kisah kaiser mungkin agk panjang.. harap tak bosan><
Share this novel