8 : Cemburu

Romance Series 8958

             KAISER memegang kepalanya pusing. Menggerutu geram sejak dari tadi.

"Yang kau tak bagitahu aku awal awal kenapa. Sekarang ni macam mana? Takkan aku nak lantik dia jadi cleaner pula. Dengan nilai dia yang macam tu, jadi staff biasa pun tak lepas!" marah Kaiser melempar kasar kertas yang berisi maklumat diri Nita ke atas meja.

Martin buat muka pasrah saja apabila menjadi tempat pelepas amarah temannya itu.

Ceritanya begini.

Tadi semasa bosan tak tahu nak buat apa, Kaiser membaca semula maklumat diri mengenai pekerja barunya itu. Dia kira ingin melantik gadis muda itu dibahagian prosedur dan promoter.

Tetapi melihat dari rekod pembelajaran gadis tersebut. Bukan agak teruk, malah amat teruk!

Tak hairan jika sering nampak Nita berfoya foya di club dan banyak waktu luang tak seperti pelajar yang lain. Rupanya sudah lima bulan gadis itu dibuang universiti kerana sikapnya yang tidak berdisiplin dan bermasalah.

Kalau pekerjakan gadis bermasalah itu dalam syarikatnya. Besar kemungkinan dia akan dimarahi atasan.

Kalau macam tu...

"Bagitahu dia yang dia diterima kerja. Tapi bukan di VG. Tak pasal bankrup syarikat uncle." kata Kaiser kembali tenang meskipun masih beriak ketat.

*VG : Valac Group

"Jadi kau nak dia kerja di mana kalau bukan di VG? Club ni?" soal Martin sedikit kehairanan sambil tangan sibuk menyimpan kembali kertas kedalam fail.

"Maid di kondominium aku. Nak lagi sedap didengar. Cakap yang dia kerja sebagai housekeeper. Tak berat pun kerja dia, kerja dia cuma bersih bersih. Nanti kau bagi surat kontrak dan jadual kerja."

Martin yang mendengar ucapan tenang itu hampir tersedak air liur. Reaksi terkejutnya tak dapat disembunyi. Selalunya housekeeper bekerja di hotel atau tempat penginapan. Tapi biar betul kawannya itu.

"Biar betul kau ni. Aku yang berkawan dengan kau dua puluh tahun pun kau tak bagi aku masuk. Sanggup kau biar aku kat luar sebab katanya condo tu satu satunya tempat privacy kau. Sekarang mudah mudah kau nak dia kerja di TEMPAT PRIVASI. Apa punya kawan." tukas Martin pura pura berjauh hati. Sempat memerli bab tempat privasi.

Kaiser tak hiraukan ajukkan temannya. Tubuh tegapnya bersandar kembali pada sofa kulit itu.

"Aku tak kisah. Yang penting perempuan tu dalam genggaman aku. Dan aku boleh gunakan dia untuk 'ikat' Mai."

Martin terdiam seketika. Keluhan disembunyikan. Hahh, sorot mata itu lagi. Sorot mata seekor serigala serakah yang membayangkan sedang melahap seekor arnab kecil. Malangnya arnab kecil tersebut pandai bersembunyi dan malangnya lagi hanya arnab itu yang diinginkan si serigala.

Martin menyembunyi senyum. Kai, sejak bila kau berubah jadi kekanakkan macam ni? Kau ibarat anak kecil yang menginginkan sebuah mainan walau payah untuk didapatkan. Dan yang jadi mangsa mencari mainan itulah aku! Nasib kau kawan aku.

"Baiklah, kalau itu yang kau nak."

************

Suasana di meja makan malam itu terlihat meriah kerana dihadiri hampir semua ahli keluarga. Anak anak kecil yang berlari di ruangan. Bermain riang sambil diomeli ibubapa. Membuat suasana tak terlalu tegang.

Tuan Idris kelihatan dingin tak hiraukan sesiapa. Menikmati saja makanan malam itu sambil berbual ringan dengan Puan Sharifah.

Mai yang duduk paling jauh di meja panjang itu juga buat hal sendiri. Kejap tersenyum sendiri melihat tingkah Aryan yang sedang bermain bersama sepupu. Wanita ini cuma diam tanpa niat untuk mencelah para ahli keluarga yang lain sedang berborak.

Ada sebab mengapa Mai menjadi anak yang paling tak disukai ayahnya. Salah satu sebabnya adalah pekerjaan Mai sebagai spy yang dimata Tuan Idris pekerjaan itu merupakan kerja yang sia sia. Jika dibandingkan anak saudara atau menantu yang lain yang bekerja kerajaan serta bergaji besar.

"Mai. Okay tak ni? Diam saja dari tadi? Akak dengar Mai tak sihat. Kenapa tak rehat saja dalam bilik." tegur Fatia disamping nya bersama riak penuh bimbang.

Mai senyum tipis. "Saya okay, kak. Jangan risau."

"Akak bukan apa. Akak dengar Mai gaduh dengan ayahsu petang tadi. Mai... banyakkan sabar ya. Kami tak salahkan Mai. Kami kenal mulut ayahsu macam mana. Mai mesti dah banyak bersabar dengan dia. Jadi kalau boleh demi Aryan, Mai jangan la sampai putus hubungan sampai tak balik rumah. Villa ni masih perlukan Mai." nasihat Fatia penuh berhati hati tak mahu wanita itu terasa. Bicaranya juga perlahan cukup hanya Mai yang dengar.

Wanita itu merupakan kakak ipar sepupunya yang ia rapat.

Mai usap kekura tangan Fatia berniat menenangkan. Senyuman diberi.

"Saya tahu kak. Saya pun tak la terfikir sampai macam tu. Saya tak pernah benci ayah. Saya cuma..." bicaranya Mai sengaja hentikan disitu. Ayahnya dilirik.

Saya cuma makin kecewa dengan ayah. Kata kata yang hanya mampu diucap dalam hati.

Hembusan nafas dilepaskan. Senyum yakin dilakarkan.

Mai tahu, seyakin dan setabah apapun dia. Dia tetap dipandang simpati seperti sekarang ni. Tapi dia tak kisah. Yang dia tahu, dia cuma ingin hidup normal bersama anaknya.

"Kak."

"Kenapa Mai?"

"Saya dah ambil keputusan yang saya nak bawa Aryan keluar dari rumah ni dan tinggal dengan saya. Saya nak hidup berdua dengan anak saya. Tapi benda macam ni kena bincang dengan ayah atau mama dulu." luah Mai menyatakan hajatnya.

"Sekarang bukan masa sesuai, Mai. Akak tak galakkan sekarang. Mai pun taknak kan ayahsu mengamuk lagi." balas Fatia.

Mai senyum tawar saja. Ya dia tahu. Dia pun tak segila itu nak rosakkan suasana meriah ini.

"Kalau macam tu. Akak rasa bila masa sesuai?" dia meminta pendapat.

Fatia berfikir fikir bersama wajah serius kejap hingga membuat Mai tertawa kecil.

"Esok. Ya esok. Kalau lepas makan malam, rasanya kurang sesuai."

Tertawa serba salah Mai. Biarpun perlahan namun sempat menarik perhatian seseorang yang turut berada di meja makan tersebut.

"Boleh ke? Kalau macam tu nampaknya Mai kena bermalam di sini malam ni."

Fatia tampar lembut paha Mai. "Mai bercakap macam la orang lain. Mai kan ahli keluarga ni juga."

Mai hanya tertawa kecil dapat bergurauan dengan wanita itu.

Sempat dia lirik ayah dan mamanya yang ralit menjamu selera.

Walau macam mana sekalipun. Aku tetap kena berbincang secara baik dengan ayah mengenai Aryan. Aku sendiri pun tak nak bertekak dengan bapak sendiri. Anak mana yang nak. Kata hati Mai. Tangan kembali sambung makan.

"Nita mana? Kenapa tak nampak batang hidung dari tadi? Ke dia tak balik?"

"Entah la, bang. Jarang saya boleh tengok Nita. Dengarnya dia tengah cari kerja sekarang ni."

"Oh cari kerja. Baguslah."

Mai pasang telinga kejap pembicaraan Fatia dengan suami. Nasi tomato yang terhidang disantap dengan tenang.

Nita...

Lama dia tak bertemu dengan adik angkatnya itu. Bagaimana khabar gadis itu ya. Terakhir kali dia dengar gadis itu bermasalah di universiti hingga dibuang. Entah masalah apa, dia tak pernah bertanya. Dia sendiri saja banyak masalah. Tambah pula, Nita sendiri tak suka jika dia terlalu masuk campur.

Padahal terkadang dia cuma basa basi bertanya khabar.

Keesokkan harinya...

Mai bangun awal pagi. Selesai membantu maid menyiapkan sarapan. Mereka bersarapan dengan selera kerana katanya masakkan panas Mai sentiasa menaikkan selera wahal masih awal pagi.

Mai sudah bincang secara baik dengan Tuan Idris mengenai anaknya. Dan syukurlah pagi itu mood ayahnya baik.

Setelah dinasihati dan dipujuk oleh isterinya, Tuan Idris memberi keizinan kepada Mai yang ingin membawa Aryan tinggal bersama. Wahal sejak awal Mai memang berhak ke atas Aryan kerana Mai merupakan ibu kandung.

Namun disebabkan sejak kecil Aryan dijaga oleh Tuan Idris dan Puan Sharifah di villa besar itu. Jadi mereka juga punya alasan sebagai penjaga Aryan.

Mai sedar dan ia menyesalinya. Disebabkan terlalu sibuk bekerja, dia mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu yang perlu menjaga anaknya. Tapi sekarang dia ingin memperbaiki semuanya. Dia mahu membesarkan Aryan dari hasil titik peluhnya sendiri. Dan tak harapkan harta dari ibubapa. Semua hajatnya itu disampaikan kepada Tuan Idris dan mujurlah lelaki itu menerima meskipun dengan muka tegang!

Haih, terima sajalah Mai. Ayah memang begitu orangnya. Kasar, egois, tak reti senyum. Tapi sebenarnya ayah sayang kau. Sebab kau zuriat pertama yang dia manjai dulu.

Memandangkan hari ini cuti, jadi mereka bersenang senang saja di rumah. Lain pula Mai yang tak reti nak duduk diam.

Hari ini dia mahu berjalan jalan dengan anaknya. Dia ingin mengganti kembali masa yang dia siakan dulu. Dia mahu merapatkan lagi hubungan dengan Aryan!

Berjalan Mai ke kamar anaknya bersama wajah ceria. Ah, tak sabar rasanya nak tinggal dengan Aryan. Perkara ini sudah diberitahu kepada anak itu dan Aryan sendiri suka.

Berdiri Mai dihadapan pintu kamar Aryan. Baru saja naik tangan ingin ketuk pintu. Perbuatannya terhenti tatkala terdengar Aryan sedang berbicara dengan seseorang.

Pembicaraan itu tak jelas namun suara tersebut terasa familiar. Dia pernah dengar suara itu tapi dimana ya.

Tak tunggu lama, pintu dibuka oleh Mai. Riak Mai berubah kebingungan.

"Rais? Kenapa ada di sini?"

Rais mendekat bersama senyum ramahnya.

"Kak Mai lupa ke?" soal Rais.

Mai masih kebingungan sendiri melihat orang orang yang berada didalam kamar anaknya tika ini. Hairi baru keluar dari bilik air. Pengasuh Aryan juga turut ada.

Rais meletus tawa melihat reaksi bingung wanita itu.

"Sorry sorry. Muka akak lucu."

Mai mengecil mata melihat pemuda itu. "Apa yang lucunya? Akak tanya kenapa ada kat sini? Eh jap..." terdiam kerana teringat akan sesuatu.

"Biar betul akak boleh lupa secepat ni. Kalau tak amnesia, akak terhentak pintu toilet rasanya ni. Atau akak sakit? Tak sangka berjauhan dengan saya kejap saja, Kak Mai dah jadi hilang ingatan macam ni. Hm, mari saya check." Rais meraba raba dahi wanita itu. Tapi tak panas.

Mai menepis lembut tangan yang sentuh dahinya.

Hairi turut menghampiri seraya berkata. "Kan Kak Mai yang hantar location semalam. Akak sendiri yang jemput kami. Akak mengigau rasanya semalam. Maaf la, kami datang tak bagitahu dulu."

Mujurlah ada Hairi yang sentiasa tenang menjelaskan situasi.

Mai menyengih serba salah. Belakang lehernya digosok. Jelas wajahnya sedikit pucat dan lesu.

"Ya akak dah ingat. Sorry ya, boleh pula tak ingat. Maklum la dah tua. Nyanyuk sikit."

"Tak apa, kak." balas Hairi. Faham kerana melihat dari wajah wanita itu yang tak berapa sihat. Fikirnya mungkin Mai sedang banyak fikir. Meskipun penasaran tapi bukan semua benda boleh ditanya.

"Sikit ke banyak?" sengih Rais berniat bergurau.

Bahunya ditampar Mai. Mai geleng kepala bersama senyum kecil. Ada saja nak kenakan dia.

"Sudahla. Jom turun. Akak nak kenalkan kamu berdua." ujar Mai sempat meraih tangan kecil Aryan untuk turun bersama.

*******

Getaran telefon menandakan ada panggilan masuk dilirik dengan ekor mata. Terpampang nama Martin.

Keluhan terbit dari bibir itu. Telefon ditekap ke telinga. Belakang kepala disandar pada kusyen kereta.

"Hm, ada apa?" soalnya dengan mata terpejam. Pemandangan sebentar tadi membuat suasana hatinya buruk. Tak sangka akhirnya dia dapat bertemu wanita itu dengan tak sengaja. Tapi... ini bukanlah pertemuan yang dia harapkan.

Jika Martin menelefon hanya sekadar basa basi, dia takkan ragu menikam Martin saratus kali menggunakan lidi.

Yela, nak guna pisau tak tergamak pula memandangkan Martin satu satunya tempat pelepas amarah. Tak! Maksudnya satu satunya sahabat yang paling memahaminya.

"Jeruk Manis dah kena tangkap. Ramai yang tengah kena siasat dengan polis sekarang ni. Tapi ada juga yang terlepas dan larikan diri."

Dari corong telefon terdengar informasi dari Martin.

Kening Kaiser semakin berkerut. Ah, suasana moodnya makin memburuk.

"Jadi? Kau nak risau apa? Bukan ke mereka takkan sebut tentang VG. Mereka kan bekerja tanpa tahu siapa atasan mereka. Jadi tak payah risau dengan benda yang tak perlu. Aku sakit kepala sekarang ni." tukas Kaiser membalas santai. Pandangannya masih tajam melihat ke luar. Sekarang dia sedang berada didalam kereta yang terhenti di tempat parking.

"Memang la. Tapi kau jangan yakin sangat." balas Martin dari hujung corong.

"Apa maksud kau?"

"Kai, kau tak penasaran siapa yang berjaya cari bukti sampai sanggup masuk dalam kandang musuh?" Martin masih bermain teka teki hingga membuat Kaiser mendengus geram.

"Siapa?" soalnya terdengar malas. Sebenarnya dia tak kisah dengan geng Jeruk Manis yang berada dibawah VG. Lagipula geng geng itu hanya pekerja kecil yang hanya digunakan untuk mengutip hutang. Mirip lintah darat tetapi VG selamat kerana dilindungi dengan lesen dan diakui oleh pihak yang berwajib.

Yah, Valac Group. Siapa saja tak kenal dengan syarikat pinjaman wang itu. Pinjamannya pantas dan mudah. Tetapi siapa sangka dibalik itu tersembunyi kumpulan lintah darat yang digeruni didalam dunia kongsi gelap. Jika tak bayar tepat waktu yang ditetapkan beserta wang bunga. Tanpa ragu disiksa separuh mati oleh orang bawahan Kaiser.

"Jadi siapa orang yang nampaknya hebat di mata Martin ini?" Kaiser bertanya juga dan pastinya tidak serius.

"Maihara." jawap Martin ringkas.

Dan seperti yang dijangka, berjaya membuat Kaiser terkejut.

"Hah?"

"Iya Maihara. Mai, perempuan yang kau cari selama ni. Tak pelik dia sehebat ni. Dia pun mampu bersembunyi tanpa indentiti selama ni. Kau pun dah tahu kan dia spy. Yang kau tergila gilakan dia sangat. Ha, hadap la."

Omelan temannya itu dibiarkan. Panggilan ditutup tanpa hiraukan Martin yang memanggilnya beberapa kali.

Pandangan seringai Kaiser semakin tajam melihat ke arah sosok yang ia perhati sejak dari tadi.

"Mai... Aku makin nak dapatkan kau kalau kau buat macam ni." getus Kaiser sendiri. Bibir tak lekang dari senyuman.

Salah wanita itu sendiri yang buat dia segila ini. Sekarang jika boleh nak saja dia terkam Mai. Entah kenapa wanita itu membuatnya bangga. Tak sangka Maihara bukan wanita biasa.

Dia seorang yang hebat dan berani!

Beberapa minit sebelum itu...

Mai keluar dari pasar raya diiringi tiga lelaki. Merasa seperti dikeliling bodyguard pula.

Mereka sedang menuju ke tempat parking.

"Ibu. Nak pergi toilet! Tak tahan." ujar Aryan tiba tiba bersama muka gelisahnya. Agaknya dari tadi menahan air kecil.

Mai terkial seketika kerana tangannya penuh dengan plastik berisi barangan dapur. Banyak lagi sebenarnya tapi turut dibawa oleh Hairi. Itula, nak ikut sangat.

Rais yang melihat hal itu meraih tangan kanak kanak lelaki tersebut. Aryan tersengih comel. Baru saja kenal, nampaknya anak ini senang dengan bodyguard tak terbayar ibunya.

"Biar saya yang bawa Aryan. Akak pergi hantar barang dulu kat kereta." ujar Rais.

"Iya baiklah. Cepat sikit tau, jangan lama sangat. Aryan selalunya suka main air." sempat Mai menitip pesan sebelum kelibat dua lelaki itu pergi ke arah bilik air awam yang tak jauh dari situ.

Semasa Mai ingin menghampiri Hairi yang sedang memasukkan barang kedalam bonet kereta.

PIN!

"Argh!"

"Kak! Akak okay? Ya Tuhan, nasib tak terlanggar. Maaf, akak mesti terkejut kan. Masuk kereta dulu. Biar saya yang simpan barang." Hairi kelihatan bimbang dan sempat mengomel penunggang motosikal yang bawa laju tadi.

Kalau dia tak bertindak pantas menarik wanita itu, sudah pasti Mai sudah dilanggar kerana terlihat Mai juga ralit lintas jalan tanpa pandang kiri kanan.

Mai pegang dadanya yang berdegup kencang. Siapa saja tak terkejut dengan kejadian secara tiba tiba itu.

"Ma-maaf." tersedar tangannya yang melingkar pada pinggang wanita tersebut, pantas Hairi turunkan tangan.

Hairi mengintai sedikit wajah Mai yang terdiam itu. Dia merasa keresahan kerana berfikir Mai sedang marah kerana tangannya lancang memeluk Mai.

"Kak, maaf. Saya cuma nak selamatkan akak." ucapnya serba salah.

Mai yang tersedar dari lamunan, tersenyum tipis.

"Ya akak tahu. Terima kasih Ri. Akak berhutang nyawa dengan Ri."

Mendengar itu Hairi menghembus nafas lega. Fikirnya wanita itu akan memarahinya. Syukurlah.

Meskipun begitu, dua orang itu tak perasan ada sepasang mata yang sedang memerhati dari jauh.

Rahangnya diketap. Pandangannya setajam pedang yang menghunus tatkala pemandangan romantik tadi menyapa matanya.

Beraninya lelaki muda itu menyentuh wanita yang disukainya.

Kaiser menggenggam stereng erat mengawal emosi yang bergelojak.

Tetapi walau perasaan cemburu datang menyerang. Kaiser berusaha menenangkan dirinya.

Bagaimanapun juga lelaki muda itu telah menyelamatkan Mai dari dilanggar motosikal tadi.

Tak lama telefonnya bergetar menandakan ada panggilan masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience