"Encik, tolong la. Jadi cashier ke, cuci piring ke. Saya tak kisah asalkan dapat kerja. Saya betul betul perlukan kerja sekarang ni." Mai terpaksa merayu. Walau agak malu tetapi terpaksa juga dia rendahkan diri dihadapan tuan kedai itu.
Lelaki sebaya ayahnya itu menggosok belakang leher. Jelas kelihatan serba salah lalu meletak semula fail fail yang dibawa oleh wanita itu.
"Jangan buat saya serba salah macam ni, cik. Macam yang saya bagitahu tadi. Saya bukan tak nak ambil Cik Maihara kerja. Tapi-"
"Saya ibu tunggal. Saya kena cari duit jaga anak saya yang masih kecil. Dah lapan tempat saya cari kerja, satu pun tak dapat. Ini saja satu satunya harapan saya. Tolong lah. Saya janji kalau encik tolong saya, saya akan bagi anak saya kahwin dengan cucu encik. Ah, tapi pastikan cucu encik orang yang baik baik. Saya tak nak anak saya-"
"Cik Maihara! Tunggu dulu. Apa cik merepek ni? Haih, macam mana saya nak terangkan supaya cik faham." serba salah tuan kedai ini. Merasa simpati juga dengan rayuan tersebut namun mau bagaimana lagi. Kedai makannya sudah cukup dengan pekerja dan dia tak perlukan lagi.
Mai menunggu dengan sabar dan penuh pengharapan tatkala melihat muka tuan kedai itu seperti sedang berfikir fikir.
Ah! Malu letak tepi dulu. Sebenarnya lebih dari lapan tempat dia direject kerja.
Argh! Ini semua salah pihak markas! Kalau diorang tak bubarkan tim penyelidik. Tak adalah aku hilang kerja macam ni! Padahal aku minta cuti beberapa bulan saja. Aku pun nak rehat! Aku dah kena seksa separuh mati kot! Ngamuk Mai hanya dalam hati.
Disebalik wajah tenang dan tersenyum ramah itu. Tersembunyi fikiran kacau dan tekanan.
"Boleh ya? Encik nampak handsome harini. Walaupun ayah saya handsome, tapi encik handsome sikit dari dia. Eh, tapi jangan bagitahu dia ya saya bagitahu ni. Kang tak pasal saya kena halau lagi. Saya dah 14 kali kena halau rumah. Atau encik nak dengar kisah saya pula?" ujar Mai lancar tanpa gagap. Sempat membodek.
Encik tuan kedai itu pandang tak percaya. Pertama kali jumpa perempuan serandom begitu. Kemudian mengeluh berat sambil melaung pekerjanya.
"Hey! Sesiapa yang di luar tolong masuk jap!" laungnya tanpa hiraukan Mai yang sedang tersengih kambing.
Fikir Mai dia sudah diterima kerja.
Kebetulan ada seorang pekerja yang lalu disitu. Mengetuk pintu kemudian masuk setelah mendapat izin.
"Bos panggil saya?" tanya pekerja itu.
Encik tuan kedai itu mengurut pelipis lagak seperti sedang tertekan.
"Ya, tolong bawa cik ni keluar. Rasanya dia orang gila. Aku dah pening kepala melayan dia dari tadi. Cepat bawa keluar!" arahnya berjaya membuat Mai tercengang disitu.
"What the heck! Encik cakap saya orang gila?! Hei aku kang... Eh?"
Mai terkedu tatkala matanya bertembung dengan mata si pekerja yang memandangnya tak berkedip.
"Ken?" berkedip kedip comel mata Mai melihat pemuda yang dikenalinya. Pandang lama kerana ingin memastikan bahawa dia tak salah lihat.
Ken buang muka kemudian melihat kepada bosnya.
"Baik. Cik Maihara sila ikut saya."
Meskipun dalam keadaan bingung, Mai ikut juga langkah Ken yang menarik tangannya keluar dari ruangan seperti pejabat tersebut.
"Haih. Kejam sangat ke aku ni. Tapi memang patut la dia kena reject dengan lapan tempat kalau macam tu cara dia interview kerja." encik tuan kedai ini menggerutu sendiri. Merasa serba salah dalam masa yang sama simpati terhadap wanita tadi.
"Eh? Tapi macam mana Ken tahu nama dia? Rasanya aku tak ada sebut nama. Arh... aku pula yang gila."
Setelah dibawa ke tempat sunyi yang tiada orang iaitu di belakang bangunan kedai. Ken mengintai sekeliling melihat takut ada orang.
Pegangan kemas pada tangan wanita itu dilepaskan.
"Kenapa cari kerja?"
"Sebab nak duit la. Itu soalan ke cemburu? Hehe." menyempat Mai berseloroh. Walau sudah tahu gurauannya tak akan disambut oleh lelaki kedekut senyum itu. Ceh.
"Tak, maksud aku... bukan ke kau kerja spy ke?" soal Ken kembali.
Sengihan Mai memudar. Diam sejenak sambil bermain main dengan jarinya sendiri. Malu pula nak cakap. "Dah kena resign. Lebih tepatnya pihak atasan dah bubarkan tim penyelidik jadi mereka dah tak perlukan pekerja macam saya lagi. Dasar tak reti berterima kasih. Sakit hati betul kena campak gitu saja lepas saya korbankan segalanya untuk selesaikan kes tu. Rela kita ni kena seksa empat hari tiga malam, tinggal anak semata nak dapatkan bukti kukuh. Tapi diorang... haih. Malas lah cakap buat sakit hati saja!"
Malas cakap, tapi yang mengomel sendiri tu apa. Mai mai.
Ken tadah telinga saja sambil memandang lama wanita itu yang membebel sendiri. Riaknya tetap datar tak berubah. Dasar.
Lorong belakang bangunan ketika ini sepi. Sesekali ada satu atau dua orang lalu lalang.
Ken sengaja diam seketika membiarkan wanita itu menyejuk hati dengan sendirinya. Jika dirumah sewa dulu, jarang benar mereka dapat berbicara. Terakhir kali semasa black out. Setelah Mai keluar dari rumah sewa, hanya Rais dan Hairi sering menghubunginya. Kalau Calvin katanya sering pulang ke rumah keluarganya di China.
"Aku tak berapa dengan benda macam ni. Tapi kau tak penasaran ke." bersahaja Ken bersandar pada dinding.
Mai terikut serius apabila bicara Ken mula serius. "Penasaran?"
"Atas alasan apa atasan kau tu bubarkan tim. Padahal dengan kerjasama tim itulah berjaya dapat tangkap geng gangster tu. Dan kau sendiri yang banyak berjasa. Takkan mudah macam tu saja, lepas kes selesai jadi tim pun dibuang. Lojik ke? Takkan kau tak terfikir." kata Ken tenang saja. Melihat dari reaksi wanita itu sepertinya sedang memikirkan sesuatu.
Mai membisu kejap. Sebenarnya dia juga sudah bertanya hal itu kepada ahli tim namun disebabkan ketika itu dia terlampau sakit hati dicampak begitu saja oleh atasan jadi dia malas nak fikirkan lagi. Tetapi disebabkan Ken membangkit kembali topik jadi terfikir balik.
Walaupun dia sayang akan kerjanya namun ada perkara yang lebih utama.
Mai angkat wajah lalu melakar senyum sebaris. "Tak apalah. Benda pun dah lepas. Ada baiknya juga saya tak teruskan kerja berbahaya tu lagi. Lagipun Aryan masih kecil, dia perlukan ibu. Dulu saya tak terfikir sebab sibuk fikir nak lari dari masalah. Mujurlah Aryan masih kenal ibu dia."
"Oh, dah kalau kau cakap macam tu. Aku nak cakap lagi." balas Ken bersahaja.
"Terima kasih, faham."
Keduanya membisu buat beberapa minit membuatkan suasana mula terasa canggung. Lain pula Ken yang memang tak suka cakap banyak.
Mai melihat jam beberapa kali. Berfikir fikir untuk beredar kerana sudah masanya dia mahu ambil Aryan di Tadika.
Merasa Ken senyap saja dari tadi, Mai melirik. Ralit saja pemuda itu sedang membelek telefon. Entah apa yang dilihat.
"Ken, saya-"
"Akhir akhir ni terkenal geng VG di kawasan sini. Cih, berlagak dasar lintah darat." ngomel Ken sendiri sambil menatap skrin telefon.
Tersenyum kecil Mai. Nampaknya pemuda itu masih ingin berborak dengannya. Tak sangka, nyaman juga berbicara dengan pemuda yang terkenal dingin tersebut.
Sesaat Mai bagai tersedar kerana teringat sesuatu. Riaknya agak serius.
"Geng VG? Maksudnya Valac Group? Awak cakap apa tadi, lintah darat?" dia menanyakan semula ingin kepastian. Takutnya telinga tersilap dengar.
"Haah. Kau pun tahu rupanya. Siapa saja tak kenal. Tapi dengar cerita ramai anak buah diorang kena cekup dengan polis. Huh, padan muka." ujar Ken tersengih sinis kejap. Sepertinya pemuda ini berminat mengetahui hal hal begitu.
Mulanya Mai terkejut tapi tak lama wajahnya muram. "Jadi diorang lintah darat. Bukan syarikat pinjaman wang biasa. Nampaknya pihak atasan dah makan rasuah dengan VG. Licik betul. Mereka semua dah tahu tapi sengaja tutup mata. Betul la cakap ayah, Mai buat kerja sia sia selama ni."
"Ada duit, selamat. Sanggup tutup mata walaupun jenayah depan mata. Mudahnya dunia sekarang berputar." sambung Mai lagi. Kedengarannya penuh penyesalan dan terselit marah. Perasaan bercampur aduk antara sakit hati kerana usahanya tak dihargai serta dibuat sia sia oleh pihak atasan yang makan rasuah oleh lintah darat yang terkenal dikenali VG.
Ken pandang tak percaya. "Jadi maksud kau, geng Jeruk Manis tu anak buah VG. Geng gangster yang kau curi bukti. Maknanya kau la yang tangkap diorang. Wah! Hebat juga kau ni. Tapi kenapa kau kena pecat. Bukan ke sepatutnya kau dapat penghargaan."
Mai senyum tawar. Keluhan halus disembunyikan. "Dunia, Ken. Asal ada duit semua jalan."
"Oh, faham." rasuah rupanya. Ken lirik kepada wanita itu yang menunduk murung. Sepertinya dia mengungkit hal yang sensitif.
Suasana kembali membisu.
"Sebenarnya seperti apa dunia ni? Wujud ke cinta yang terselit dalam dunia sekejam ini? Apa semua tu palsu?" tanya Kem secara tiba tiba sambil pandangan menongak di langit. Cuaca cerah hari ini.
Mai hampir tergelak mendengar itu. "Tak sangka Ken yang pendiam selama ni, terfikir benda macam tu."
Ken melirik dengan ekor mata wajah wanita itu yang tertawa. Hujung bibirnya naik tersenyum.
Akhirnya senyum juga. Dari tadi murung saja muka. Macam ayam berak kapur. Detik Ken dalam hati.
"Tipu la kalau kau tak pernah terfikir. Aku selalu penasaran dengan dunia ni." tukas Ken.
Mai tersengih serba salah. "Bukan tak pernah. Pernah la juga. Tapi, saya dah merasa kasih sayang dari mama dan anak saya. Aryan... rasanya termasuk dalam cinta. Sepertinya tak semua cinta teruntuk pasangan. Ada juga untuk keluarga ataupun kawan."
Ken diam saja mendengar hal itu. Sesekali dia terpaku akibat terlalu fokus melihat senyuman Mai.
Tapi kenapa aku rasa macam lupa sesuatu. Apa ya? Gerutu Mai dalam hati. Merasa tak tenang. Apa yang dia lupakan dari tadi ya. Seperti dia perlu lakukan sesuatu.
Ting!
Kalut Mai mencari telefon pintar. Diselongkar dari dalam bagnya. Mesej dari Salwa dibuka.
Ada apa ya si Mekwa ni tiba tiba mesej. Nak bergossip ke.
'Aku dah ambil Aryan kebetulan lalu depan tadika. Kau tengah interview kerja jadi angkasawan ke nok! Menangis tak berlagu anak kau lama menunggu.' - Salwa Anak Pak Din
Mai tepuk dahinya sendiri. Berbakul memaki dirinya sendiri. Nyanyuk kau Mai! Tahu la Ken handsome tapi berborak sampai lupa anak!
Mai simpan telefon kembali. "Balik ni mesti merajuk. Haih." namun bersyukur juga kerana berkat Salwa, dia jadi tak kalut nak ambil Aryan.
"Siapa?" soal Ken terlihat penasaran.
"Aryan. Lupa nak ambil dia dari tadika."
"Oh, kalau macam tu aku masuk dulu. Sambung kerja. Bising pulak bos botak tengah tu kejap lagi."
Tertawa kecil Mai. "Okay lah. Saya pun nak balik."
Setelah berpamitan. Ken melihat saja dari kejauhan Mai yang sudah berjalan pergi. Dia membiarkan wanita itu pergi sendiri memandangkan kawasan itu selamat saja jika di siang hari.
Ken masih tak berganjak di situ. Mukanya datar sambil melihat ke arah jalan yang dilalui Mai meskipun wanita itu sudah tiada.
Tombol pintu dipulas kemudian dia masuk. Berselisih dengan beberapa pekerja lain yang bertanya dia berbicara dengan siapa di lorong belakang.
Namun dia hanya diam tanpa niat untuk membalas. Fikiran jauh melayang teringat semula perbualannya dengan Mai sebentar tadi.
"Mai... rupanya dah ada anak." desis Ken perlahan.
Sebenarnya ketika Mai mengatakan yang dia sudah pernah berkahwin dan punya anak. Mereka berempat terkejut juga. Kerana Mai terlihat lebih muda dan bertubuh kecil molek.
Difikir fikir orang seperti apa yang bekas suami Mai hingga wanita itu lebih memilih untuk berpisah.
Ken tipe orang yang suka penasaran itu menjadi terfikir pula.
Dari kejauhan, tanpa sedar ada sepasang mata sedang memerhati dengan mata datar.
Klik!
Beberapa keping gambar diambil yang memperlihatkan Ken dan Mai sedang berbicara.
Gambar tersebut dihantar kepada bosnya. Selesai tugasnya hari ini dia beredar dari situ.
*************
Rumah Agam Valka...
Kereta sport kuning memasuki kawasan rumah agam yang terletak di pinggir hutan berdekatan sempadan. Banglo besar dicat putih itu tak diketahui ramai orang. Hanya orang orang tertentu saja dapat masuk.
Manakan masuk kedalam, kawasan itu saja dikeliling pengawal belasan lelaki bertubuh sasa. Berkot hitam lagak seperti mafia. Tapi mereka bukanlah organisasi pembunuh atau mafia. Mereka hanya orang yang 'berkuasa' di wilayah tersebut.
Malahan, pihak berwajib saja mengalah dan tak mampu menangkap mereka. Mereka organisasi biasa tetapi disokong dengan pelbagai hal yang kuat yang akhirnya membuatkan mereka kuat tak terkalah.
Hal kuat itu seperti mereka bergabung syarikat dengan satu syarikat pengusaha yang diketuai oleh orang yang berpengaruh dalam negara serta mereka punya orang orang kuat. Salah seorangnya adalah...
"Selamat datang, Tuan Kaiser." sapa salah seorang pengawal penuh hormat.
Kaiser yang baru melangkah masuk itu sempat terkejut kejap. Pengawal itu dipandang geram.
"Tak perlu bertuan tuan. Dah berbuih mulut aku suruh panggil nama saja." tukasnya sambil meletak briefcase pada kerusi.
"Tapi..." pengawal sasa itu tampak serba salah. Baginya memanggil nama saja merupakan sikap yang tak sopan kepada anak buah ketua mereka itu.
"Tapi apanya. Lagipun bukan aku tuan di sini."
"Kalau macam tu. Baik Bos Kaiser!" pengawal ini melihat lelaki dihadapannya dengan penuh kagum. Lelaki itu meskipun gayanya angkuh namun sikapnya rendah diri sebenarnya.
Kaiser tak suka dijunjungi. Kerana dia tahu dia bukan sesiapa. Dia hanya anak emas kesayangan ketua mereka.
"Suka hati kau lah. Penat aku. Uncle ada? Kalau tak ada aku nak tidur dulu." soalnya bersahaja. Pandangan meliar melihat sekeliling. Hanya ada dia dan pengawal empat orang dilantai satu tika ini. Dimana yang lain ya?
"Ada! Rasanya kejap lagi waktunya bos turun makan." jawap pengawal tadi dengan pantasnya.
Sambil menunggu bos besarnya, Kaiser melabuh punggung dan bersandar santai di sofa kulit di ruang tamu. Baru saja mata dipejam ingin berehat sejenak. Bunyi dari telefon pintar membuka matanya kembali.
Dia berdecit geram. Fikirnya dari Martin yang sengaja mengganggu waktu rehatnya. Ternyata sangkaan meleset.
Dari orang upahan rupanya. Orang yang diupah untuk menyelidik Maihara. Perempuan tercintanya.
Sengihan nakalnya mati tatkala sekeping gambar menyapa di pandangan. Riaknya juga berubah tegang dan ketat.
"Lelaki lain. Rasanya haritu bukan lelaki ni. Takkan la dia kerja p*la**r..." bisiknya sendiri.
Tipu la kalau dia tak terfikir begitu. Apa mungkin Maihara yang dia cari selama ini seorang kupu kupu malam? Yang melayan ramai lelaki demi beberapa keping not ringgit? Apa dia lelaki pertama yang 'menyentuh' wanita itu?
Pelbagai persoalan yang mengganggu. Soalan itu bagai menekannya agar putus asa mencari Mai. Tetapi...
"Mustahil. Tak mungkin Mai macam tu. Aku tahu, dia tak sama macam perempuan yang pernah aku jumpa. Dia lain..." gerutu Kaiser meraup wajahnya mencuba berfikir positif dan jernih.
Jangan disebabkan sikapnya yang tak penyabar ini membuatnya kehilangan wanita yang dicintai lagi. Dia tak mahu perkara yang sama berulang lagi. Dia tak mahu berputus asa mencari dan dapatkan Mai. Dia ingin Mai menjadi yang terakhir.
Ya, Kaiser Lee orang yang seperti itu. Bila sekali sudah nekad dia akan dapatkan juga meskipun perlu korbankan ratusan orang tak bersalah sekalipun. Kerana itulah dia digelar Lelaki Serakah.
"Tapi..." gambar tersebut dilirik tajam kembali. Rahangnya diketap.
Telefon disimpan semula.
"Tak apa aku lepaskan kau. Kalau dilihat pun macam berbual biasa saja. Tiada yang istimewa." dia ingin bersikap matang kali ini.
"Kai! Kai ke tu? Wah betul la Kai!" jeritan riang seorang gadis yang menuruni tangga berlari ke arahnya.
Kaiser sudah buat muka redho. Ketenangan bukanlah miliknya. Baru saja nak tenangkan fikiran. Datang pulak dah yang mengganggu. Inilah salah satu sebab dia malas nak balik ke sini.
"Kai... I miss you so much! Kenapa lama tak balik ke sini? You don't miss Clara?" meleret manja gadis berkulit putih ini sambil memeluk dada bidang lelaki itu.
Kaiser menolak lembut pelukan tersebut hingga membuat gadis itu cemberut masam. Memeluk tubuh sendiri gaya seperti merajuk.
Elelele manja pula dia. Bagi sedas kang! Ei!
"Jawap lah! Kenapa lama tak balik?" bentak Clara masih mood merajuk.
"Ini bukan rumah aku. Tak ada kewajipan aku perlu ke sini tiap hari semata nak jumpa kau. Lagipun aku ada banyak kerja." balas Kaiser tenang. Masih dikawal tangannya yang menggigil mahu mengikat mulut muncung gadis itu dengan tali lembu.
"Oh, macam tu ek. Okay!" jawap Clara bersama wajah ceria tanpa mahu menyoal lagi.
Kaiser pandang keliru dengan ekor mata. Jarang tiba tiba diam dan menurut. Selalunya gadis itu akan merengek sambil bersikap manja.
Malas mahu bertanya. Dia ikut diam saja sambil menanti bosnya turun.
"Bos!"
Mendengar sayup suara dari para pengawal membuatkan Kaiser berpaling ke belakang. Dia berdiri menyambut kedatangan seorang lelaki berkumis berusia 50an tapi masih terlihat muda seperti 40an.
"Kai! Lama tak jumpa. Tak perlu berdiri. Duduk duduk." Joshua menepuk bahu anak buah kesayangannya itu lalu melabuh duduk di sofa bertentangan dengan mereka.
Clara bingkas bangun sambil berkata dengan wajah ramahnya. "Kalau macam tu Clara naik atas dulu. Bye Kai muach!"
Sempat memberi flying kiss sebelum berlari anak menaiki tangga meninggalkan kedua lelaki itu di ruangan luas tersebut.
Kaiser tak menanggapi perbuatan itu malah bersikap tenang dihadapan bos besarnya. Lelaki yang ia hormati dan kagumi.
Berbeza dengan lelaki bernama Joshua itu malah tergelak senang melihat telatah anak gadisnya. By the way Clara merupakan anak kandungnya bersama wanita berbangsa China.
"Bisnes sekarang macam mana? Semua okay? Uncle harap tak ada masalah selama kamu uruskan sebahagian besar bisnes uncle." Joshua memulakan bicara sambil mencicipi secawan kopi.
Kaiser diam sesaat sebelum membalas. "Semua dalam keadaan baik. Tapi maafkan saya, kes Jeruk Manis saya tak dapat nak selamatkan. Bukti terlalu jelas."
"Oh Hahaha! Kamu jangan risau. Lagipun uncle pun dah plan nak bubarkan saja mereka tu. Ramai yang tak berguna dalam tu." ujar Joshua dengan tenang. Ketenangannya mungkin terlihat biasa bagi orang lain, tapi buat Kaiser yang sudah mengenali lama membuatkannya telan liur kesat.
Meskipun bersikap ramah begitu, tetapi Kaiser tak pernah lengah padanya.
"Tapi uncle terdengar cerita menarik. Tak sangka seorang spy boleh runtuhkan kumpulan dibawah Valac Group. Dengar cerita spy tu seorang perempuan. Betul ke?" Joshua terlihat tertarik ingin tahu lebih dalam.
Kaiser kawal riaknya agar tak terlalu terlihat tegang. Dikawal setenang mungkin. Seperti dapat meneka siapa gerangan yang disebut. Baru saja merasa lega tapi mendengar Joshua berkata begitu membuatnya tercuit gelisah. Dia tahu benar bagaimana nasib orang yang ditandai oleh lelaki itu. Semestinya tak bernasib baik.
"Ya, betul. Tiada yang perlu dirisaukan. Lagipun dia dah dibuang kerja. Lama kelamaan dia akan akhiri hidup juga kalau sudah putus asa." ujarnya ingin terlihat meyakinkan. Terselit kebohongan juga mengenai spy itu. Takkan la dia mengharap keburukkan untuk wanita yang dicintainya.
Joshua tergelak besar. Entah apa yang lawak. Lelaki ini memang suka gelak. Wajahnya juga tampak ramah.
"Kamu memang hebat, Kai. Uncle tak salah percaya kepada kamu. Kalau kamu dah cakap macam tu, terserah. Ah... tapi sayang. Uncle teringin nak tengok sehebat apa perempuan tu."
Kaiser faham akan maksud ucapan itu. Memang terdengar sedih tetapi terselit arahan. Dia tahu dia disuruh mencari spy perempuan yang menarik perhatian itu. Tetapi... dia terpaksa membantah buat pertama kalinya.
"Soal perempuan tu, biar saya sendiri uruskan. Uncle jangan terlalu fikirkan hal yang tak penting. Serahkan saja kepada saya." balas Kaiser terselit ketegasan dan ia menekan ucapannya. Dia benar benar tak mahu Mai jatuh ke tangan lelaki lain. Terutama lelaki menggerunkan itu.
Joshua tersenyum sebaris. "Baiklah, uncle percayakan kamu. Kamu tak ada perkara yang disorokkan kan? Uncle harap tak ada."
"Tak ada. Uncle jangan risau. Saya masih Kaiser yang uncle kenal." Kaiser menjawap tanpa ragu.
***************
Mai menggosok matanya terpisat pisat. Skrin telefon yang cerah dilihat untuk lihat jam. Jam sudah masuk pukul 2:43 pagi.
Tekak terasa kering dan perit. Dia haus. Mai turun dari katil sambil mengikat rambutnya sanggul.
"Ibu..." rengekkan Aryan dalam keadaan tidur membuat Mai mengukir senyum senang.
Kepala anak itu diusap penuh sayang kemudian dikucup.
"Kenapa la anak ibu ni makin handsome. Geram nak cubit." bisiknya sendiri sambil tersenyum senyum.
Selalunya merah pipi anak itu dicubitnya. Katanya pipi pau Aryan terlampau comel kalau dibiarkan. Tak pasal jadi blusher semula jadi.
"Macam mana agaknya perasaan Aryan bila tahu ibu kandung dia pernah bencikan dia dulu. Rasanya Aryan akan menyesal ada mak tak berguna macam aku." desis Mai perlahan cukup hanya telinga sendiri.
Kalau diingat kembali, dia kandungkan anak itu tanpa perasaan ingin menjadi ibu. Hanya kosong yang dia rasakan.
Menyesal? Tak. Dia puas dapat lihat wajah menderita Tuan Idris. Tapi itu sikapnya dulu. Sekarang dia lebih matang dan berfikir positif.
Dia pernah bencikan Aryan kerana anak itu terlalu mirip dengan bapa kandungnya. Iaitu lelaki asing yang sempat membagi cinta kepadanya walau dia tahu itu hanya cinta palsu.
Meskipun dalam keadaan separuh mabuk, tapi tipu la kalau dia tak terpesona dengan ketampanan lelaki asing itu. Sempat juga dia hanyut dibuai ayat manis yang memberinya kekuatan untuk lahirkan Aryan. Dia tahu tindakannya b**oh tapi apa boleh buat. Dulu dia seorang gadis yang lemah terhadap cinta.
Dia berjalan membuka pintu dengan berhati hati. Meskipun tak keluarkan bunyi kerana kualiti tinggi.
Mai turun menuruni tangga lalu memasuki ruangan dapur yang gelap. Suis lampu ditekan dan dengan sekejap ruangan yang tadinya gelap menjadi cerah benderang.
Mai duduk di kerusi sambil menikmati segelas air nescafe yang baru dibuat.
Bum!
Terdengar pintu utama yang ditutup perlahan tapi bergema juga kerana ruangan yang luas dan sepi.
Mai melirik sekilas adik angkatnya dengan berpakaian tak cukup kain muncul sambil bermain telefon.
"Pukul 9 pagi sampai 6 petang. Cih, apa maksud dia. Seriusly, dia nak aku kerja kat rumah dia tapi tak nak bertembung langsung dengan aku. Dia ni tak minat perempuan ke? G*y? Huh geram pula aku! Handsome je lebih."
Mai tak hiraukan gadis muda itu yang membebel sendiri. Sepertinya dirinya masih tak terlihat. Nescafe suamnya dihirup.
"Aish terkejut aku! Tak waras ke kau ni duduk sorang diri kat dapur." Nita baru menyedari kewujudan kakaknya disitu.
Mai menyembunyi keluhan halus apabila melihat pakaian gadis itu dari dekat. Amat seksi dan menjolok mata. Dia tak berhak berkata lebih lebih kerana dia dulu lebih kurang saja. Rasanya dia lebih liar.
Tetapi dia tak mahu Nita menjadi sepertinya. Dia tak mahu gadis itu menyesal di kemudian hari. Kalau dinasihati lagi rasanya hanya akan menimbulkan pertengkaran. Sebaiknya dia diamkan saja dulu.
"Nita dapat kerja? Di mana?" soalnya ingin beramah.
Nita berdecit angkuh lalu menjeling. "Housekeeper saja. Tak payah nak ejek aku. Kerja kau pun bukan bagus sangat. Lebih kurang saja dengan aku."
Mai masih bersikap tenang. "Sejujurnya akak tak kisah Nita kerja apa asalkan ditempat yang selamat. Jadi, akak kenal ke tempat kerja Nita?"
"Entah. Rasanya dia terkenal juga. Encik Kaiser dari Valac Group. Aku ingatkan kerja di syarikat dia, rupanya bibik kat rumah dia! Nasib gaji banyak."
Nita hairan melihat kakak angkatnya itu membisu tiba tiba. Riaknya juga berubah drastik.
"Yang kau nak tahu sangat kenapa? Ke kau berminat nak jadi bibik juga? Tak payah la. Rasanya dia minat dengan orang muda macam aku saja. Kau kerja jaga anak kau saja. Dah la aku nak naik bilik. Gila agaknya aku bercakap dengan patung macam kau." dengan tak bersalahnya Nita berjalan pergi tanpa menyadari perubahan Mai.
"Valac Group? Jangan cakap yang Nita kerja dengan syarikat pinjaman tu. Bahaya... Nita kerja di tempat bahaya. Nita!"
Baru saja Mai ingin memanggil adiknya tetapi langkahnya terhenti. Sekeping kad yang dia terpijak di ambil. Sepertinya tak sengaja dijatuhkan oleh Nita.
Kad berwarna putih keemasan. Tertera jelas nama si pemilik dan nama syarikat.
Mai duduk kembali. Dia membatalkan niat untuk panggil Nita. Dia memilih untuk cari tahu siapa disebalik VG itu. Sebenarnya dia sudah dapat meneka tapi haraplah tanggapan salah.
Go**le dibuka lalu dicari. 'Kaiser Lee dari Valac Group'. Search!
Tak berkedip mata Mai melihat satu persatu bait yang terkandung.
'Kaiser Lee juga pemilik Club hiburan yang terkenal dengan wine dan anggurnya.'
Pupil mata Mai meluas. Telefon hampir terlepas dari tangan akibat terlampau terkejut.
"Lelaki ni... mustahil..." dia gelisah. Perasaannya bercampur aduk tika ini antara teringat akan masa lalu dan resah bila membayangkan Nita akan berkerja di rumah lelaki itu.
Jadi lelaki asing itu bukan orang biasa?
Dia lintah darat berbahaya!
Tangan Mai menggigil. Bibirnya gementar bersama seluruh tubuh. Kepalanya seakan mahu pecah saat ini.
Gambar lelaki itu ditatap kembali. Dia tak salah lihat. Dia masih ingat dengan jelas club itu dan wajah lelaki itu masih segar diingatan.
Sejujurnya dia pernah merasa rindu akan lelaki asing itu. Dia juga terfikir bagaimana reaksi lelaki itu bila dapat tahu yang dia ada anak setelah peristiwa lima tahun lalu. Apa dia akan gembira? Apa dia akan bertanggungjawab dan mengajaknya kahwin?
Pap!
Mai tampar pipinya sendiri. Bagai tersedar kembali di dunia nyata. Kedua tangan naik memegang kepala. "Aku dah gila agaknya. Macam mana aku boleh sempat terfikir benda mengarut macam tu sedangkan ada perkara yang lebih penting. Aku dah gila..."
Kad tadi digenggam kemas. Mai sudah membuat rancangan. Dia nekad. Masalah masa lalu letak tepi dulu. Dia perlu selesaikan hal Nita.
"Nita tak boleh bekerja dengan orang berbahaya macam dia. Aku kena jumpa dia." getusnya penuh yakin.
Yah! Kalau dulu mungkin dia akan menggigil ketakutan kerana takut dibuang ayah lagi. Tapi sekarang tak lagi! Dia Maihara yang sudah dewasa! Dia mampu selesaikan dengan cara baik!
Mungkin.
Share this novel