15 : Anak Siapa?

Romance Series 8958

       TATKALA terdengar bunyi deruman kereta. Mai yang baru selesai pakai baju, bergegas pergi membuka pintu. Meski rambutnya masih basah kerana baru mandi.

Buka saja pintu, terpampang tubuh tinggi Kaiser yang terlihat lemah. Rautnya pucat lesi.

"Awak okay tak ni? Macam nak pengsan saja."

Seraut wajah cemas wanita itu membuatkan Kaiser senang. Dia risaukan aku. Hehe.

"Jangan risau. Aku cuma tak sedap badan. Lemah, lesu, lunglai, lobyu Mai." ucap Kaiser perlahan sambil berjalan ke arah sofa. Dia berbaring sejenak. Sebelah tangan menekap dahi. Panas.

Kepalanya berdenyut-denyut tika ini. Lupa pula dia benar-benar demam.

"Menyempat lagi bergurau. Awak sihat tak ni?" Mai mendekat. Dahi lelaki itu disentuh. Lalu turun ke leher hingga membuat Kaiser membuka mata.

"Tangan kau sejuk Mai." gumam Kaiser terdengar serak.

Fakta Sendiri : Lelaki ni seganas apapun, sakit yang lain boleh tahan. Kecuali satu iaitu demam.

Panas! Mai membuka laci kabinet. Mencari cool fever. Kot kot ada.

"Cari apa?"

"Cari benda yang boleh turunkan demam. Eh?" Mai teringat sesuatu.

"Bukan ke awak keluar pergi beli ubat ke. Mana ubatnya?" baru perasan lelaki itu pulang tangan kosong.

Kaiser terdiam kejap lalu bangun dari baringan. "Dah beli. Lupa tertinggal dalam kereta. Jap aku ambil. Ubat luka kau pun ada."

Dia terduduk semula apabila kedua bahunya ditekan Mai.

"Biar saya ambil." pantas tangan Mai capai kunci kereta di atas meja.

"Hey, lutut kau kan luka. Boleh berjalan ke?"

"Orang demam diam saja!" tukas Mai yang sudah berjalan keluar.

Kereta yang dinaiki barusan dihampiri. Tombol pada kunci ditekan. Daun pintu dibuka, badan Mai menjenguk separuh dalam kereta.

Aroma wangi tercium. Wanginya tak begitu menyengat. Mirip dengan perfume yang selalu dipakai oleh Kaiser. Wangi mewah dan berkarisma.

Plastik farmasi di seat belakang dicapai. Ketika Mai nak keluar, mata tajamnya tercatap ke arah bawah seat. Ada satu kain hitam seperti dicampak tapi disembunyi.

Mai ambil tanpa ragu.

"Oh, hoddie rupanya. Ingatkan kain pengelap. Tak lojik hoddie kain mahal macam ni buat lap." omel Mai sendiri.

Tiada yang mencurigakan. Cuma agak kotor. Hoddie itu di ambil untuk dicuci. Walaupun itu bukan pekerjaannya.

Pintu ditutup. Dia masuk semula ke dalam rumah. Plastik ubat diletak atas meja lalu menuju ke ruangan belakang dimana ada mesin cuci.

"Lengkit pula tangan." terlepas saja baju hitam tersebut, Mai baru perasan. Tangannya ditilik lama.

Keningnya berkerut curiga. Darah?

Tak banyak tapi ada sikit. Dia tak perasan sebab hoddie berwarna hitam gelap.

Otaknya sudah membuat berbagai spekulasi dan kesimpulan.

Jangan-jangan Kaiser kena pukul?! Itu yang balik nampak pucat!

Eh? Tapi... macam tak lojik pula. Lelaki gila macam Kaiser tu kena pukul.

Membulat mata wanita ini. Jangan-jangan dia keluar tadi pergi jumpa b*deb*h yang bergaduh dengan aku?!

Tak tunggu lama Mai melangkah laju ke ruang tamu dimana ada Kaiser yang sedang menelan penadol.

"Awak! Awak bunuh orang ke?" dia terus terjah dengan riak serius dan kalutnya.

"Uhuk!" tersedak Kaiser lalu batuk beberapa kali. Pedih tekak dan dadanya bila ubat tertelan secara mengejut.

Kaiser angkat muka melihat wajah serius itu tajam saja mencurigainya.

"Kau nak aku mati ke Mai? Kalau aku mati, kau yang jadi tersangka." Kaiser tergelak kecil. Namun melihat Mai mencurigainya sebagai pemb**uh. Agak keterlaluan.

"Tak, tak. Ini tak sama yang kau fikirkan. Duduk dulu, kita bincang." sambungnya mula serius.

Mai menurut walau ragu-ragu. Bimbang kang dia pula yang dibu**h. Tak hairan, lelaki didepannya itu kan dikenal sebagai orang kanan Joshua.

"Aku tahu sebelum kau cari aku. Kau dah tahu siasat dan tahu siapa aku kan. Tapi jangan risau, aku tak pernah bunuh orang." ujar Kaiser tenang. Sakit kepala perlahan mereda.

"Okay saya percaya. Tapi darah siapa kat baju tu. Bukan darah nyamuk kan?" tanya Mai masih dalam prasangka.

"Darah lelaki tadi."

"Apa?! Jadi betul la awak b**uh orang? Hey jangan buat saya merinding. Saya baru nak percaya yang awak ni ada sisi baik. Rupanya hitam pekat!" sedas dibagi.

Kaiser tersenyum kambing. "Duh, kau ni tak rilek la. Aku cuma bagi pengajaran sikit saja kat anak buah tak guna tu."

Mai pandang curiga. "Anak buah? Apa maksudnya?"

"Maaf Mai, awalnya aku tak perasan. Rupanya k*pa*at yang pukul kau tu salah seorang anak buah VG juga. Lepas ni aku takkan biar sesiapa sentuh kau. Percaya saja cakap tunang kau ni." Kaiser mana boleh serius lama-lama. Diakhiri dengan gurauan juga.

Mai meraup wajahnya lelah. Banyak perkara yang jadi sampai dia tak tahu nak kata apa. Nak marah Kaiser pun tak boleh. Dia pun naik angin dengan jantan bernama Raden.

"Haah... apa-apa sajalah saya penat. Kalau macam tu saya balik dulu." dia bingkas bangun. Pedih sedikit dilutut dibiarkan.

Wajah Kaiser jelas berubah suram. Fikirnya wanita itu mahu menginap.

"Dah tengah malam. Mana ada teksi masa ni. Balik esok saja, lagipun pagi pun kau datang sini juga."

Langkah Mai terhenti seperti memikirkan cadangan barusan.

"Jangan bimbang, aku tak kacau kau. Guna saja bilik tamu. Bilik aku kat tingkat dua jadi aku takkan turun bawah. Menginap saja, bahaya kau balik tengah malam." sambung Kaiser lagi. Penuh meyakinkan. Risau pula kot Mai fikir dia ada niat jahat.

"Bukan itu masalahnya. Saya tetap kena balik. Aryan tak boleh tidur kalau tak ada saya." balas Mai perlahan dan cukup didengari.

Kaiser pandang curiga. "Aryan? Siapa?"

Mai mengeluh kesal. Geram pula bila ditanya banyak soal. Bila dia boleh balik. "Aryan anak saya! Hish banyak songeh la gangster sorang ni. Kalau awak risau sangat, bagi saya pinjam kereta awak. Saya ada lesen jangan risau."

Kunci kereta di ambil selamba tanpa tunggu izin. Tak apa, lelaki tu kaya banyak duit. Sebuah kereta apa la sangat. Pagi besok dia pulangkan la.

Baru saja dia nak buka pintu utama.

Pap!

Terperanjat Mai apabila tubuhnya dipusing ke belakang menghadap lelaki itu.

Mai tak berani bertentang mata tajam itu. Tiba-tiba berubah serius begitu, gugup juga dia. Tambah lagi keadaan mereka begitu dekat.

"A-Apa lagi?" Mai menahan debaran didada. Argh! Asal over pula jantung ni berdegup!

"Apa maksud kau? Anak? Kau dah ada anak? Kau tak pernah cakap pun sebelum ni." desak Kaiser tanpa sebaris senyum. Waduh! Jangan la buat lelaki ni start serius.

Mai tersedar. Oh s*it! Apa yang aku tersasul tadi?! Macam mana boleh tersebut pasal Aryan! Oh Mai, berakhir sudah riwayatmu.

Meski otaknya memaki hamun dirinya sendiri, dia tetap kawal riak.

"A-A-A-Anak? A-A-Apa... ma-maksudnya? Saya dah pernah kahwin kan. Me-mestilah ada a-a-anak." Mai kalau dah gugup, lupa cara berbohong. Auto gagap tahap kritikal.

Kaiser perhati saja tingkah laku tak tenang itu. Bibirnya tersenyum sinis.

"Kalau diingat lagi. Di restoran pun kau ada sebut pasal anak. Mai... maaf aku kurang ajar. Tapi siapa ayah anak kau?"

Tanpa sedar, pertanyaan sensitif itu menyinggung Mai. Dia yang tadinya ingin rahsiakan sampai bila-bila. Namun, dia tahu itu mustahil. Sampai masa Aryan perlu tahu siapa bapa biologinya yang sebenar. Meski itu... memalukan.

Mai mendengus halus. "Sebaiknya awak cari tahu sendiri. Saya balik dulu. Jangan halang saya."

Tak berlamaan lagi, dia bergegas keluar dari situ. Sesak dada bersama lelaki itu.

Kaiser pandang saja keretanya dibawa pergi. Kereta kesayangannya. Tapi tak apalah, yang penting wanita itu selamat sampai.

Pintu ditutup semula. Langkahnya terhenti di anak tangga.

Bohong la kalau dia boleh tenang setelah membahas topik anak barusan.

"Anak Zahid? Atau... anak aku?" ngumamnya. Tak mustahil.

Sebaiknya dia minta orang suruhannya cari maklumat tentang anak Mai.

********

Tangkas tangannya membersih setiap meja kotor. Segala pinggan mangkuk yang baru diguna oleh costumer diletak dalam bekas besar untuk dicuci diruang belakang.

Datang Encik Abdullah menepuk bahunya yang ralit membersih meja.

"Sudah la tu. Tiap meja sepuluh minit kamu sental. Kang menepis pula meja kedai ni. Pergi balik rehat. Semua orang dah balik dah. Takkan kamu nak tidur sini." ujar Encik Abdullah bernada gurau kepada pekerjanya yang terkenal rajin itu.

Mata Ken melilau kedalam kedai. Tiada sesiapa selain dia dan Encik Abdullah. Semua pekerja sudah pulang. Selalunya dia atau Encik Abdullah sendiri yang tutup kedai.

"Baiklah. Terima kasih." apron merah ditanggal lalu disangkut pada tempatnya. Ken mengambil barangnya bersiap untuk pulang. Kunci motor, wallet dan smartphone. Itu sajalah barangnya.

Encik Abdullah senyum kecil sambil geleng kepala. Rajin sungguh anak muda. Jadi teringat masa muda. Tapi Ken ni memang kedekut senyum ya. Tahun ni baru sekali dia lihat pemuda itu tersenyum.

Baru saja ingin membalik tubuh, Encik Abdullah ternampak seseorang dari kejauhan. Berdiri dalam gelap sedang memerhati kedai mereka.

"Eh siapa tu? Hantu ke?" ngomelnya dan didengari oleh Ken.

"Ada apa, Bos?"

"Cuba kamu tengok tu. Takut pula aku diperhati saja kita." Encik Abdullah tunjuk ke arah orang yang tak jauh dari mereka.

Ken turut pandang ke arah yang sama. Terdiam buat sejenak sambil berfikir sesuatu.

Datang lagi rupanya. Padahal aku dah tolak. Monolog Ken dalam hati.

"Bos balik dulu. Biar saya yang tutup kedai." ucapnya sekaligus melegakan bosnya yang agak takut itu.

"Oh begitu ya. Baiklah, aku balik dulu." berdesup Encik Abdullah berlari anak lalu pergi bersama kereta wira.

Pulang saja bosnya, entah kenapa Ken masih berdiri di situ seperti menunggu orang itu datang.

Lelaki tinggi berbadan agak sasa mendatanginya tanpa dipanggil. Dia menghulur sekeping kad kecil bertulis VALAC GROUP.

Ken lempar kad itu atas meja semula. Rautnya tetap dingin dan tenang. "Aku dah reject berkali-kali. Takkan korang tak putus saja lagi."

Sebenarnya, sejak belakangan ini sudah beberapa kali datang lelaki yang menawarinya bekerja di VG. Syarikat pinjaman wang cepat tersebut. Meskipun sudah ditolak, tetap juga tak putus saja nak rekrutnya.

Raden mengusut rambutnya serabut. Tangannya berbalut luka. Sesekali dia berdecit sakit.

"Aduh, tak boleh ke kau terima saja. Kalau ikutkan aku pun malas tapi bos aku yang nak sangat kau kerja dengan dia. Tsk! Sakit pula tangan ni." ujar Raden agak geram. Tak geram mcam mana, sudah la dia baru disiksa oleh Kaiser. Joshua pula memberinya kerja.

"Malas lah. Aku cari duit halal." Ken berjalan menuju ke arah motornya yang terpakir.

Kemudian dihalang oleh Raden.

"Tunggu dulu! Kau ni kenapa jual mahal sangat. Padahal kalau bos sendiri yang ajak, maknanya gaji kau besar. Agaknya lagi besar dari gaji kau yang sekarang." Raden masih berusaha memujuk. Mati dia kalau pulang tangan kosong tanpa bawa hasil.

Ken tatap tanpa perasan. "Sebenarnya apa alasan korang nak sangat ambil aku kerja. Ah tak lupakan. Haa..."

Keluhan berat dilepaskan. Dia pandang semula Raden yang masih berharap.

"Mari phone. Aku nak cakap sendiri dengan bos kau." dia hulur tangan.

Raden tampak ragu-ragu. Tapi dihulur jua telefon miliknya. "Kau biar betul? Bos aku tu lintah darat gila."

Contact yang disimpan nama 'bos joshua' didail. Beberapa saat, di angkat.

"Ada apa Raden? Nak bonus?" soal Joshua dihujung talian.

Raden agak cuak. Mana taknya, dia sendiri tak berani telefon bos. Disebabkan dia hanya bawahan biasa.

"Hello? Wah budak ni diam pula. Lidah kau dah kena potong ke? Hahaha!" sambung Joshua lagi bila si pemanggil senyap.

"Jadi kau bos. Ringkas saja, jangan hantar anak buah lagi. Mengganggu." kata Ken.

Kedengaran Joshua tertawa. Apa yang lucu? "Wah! Ken rupanya. Lama tak jumpa, tak rindu pak cik ke?"

Lama tak jumpa? Dia kenal aku? Kening tebal Ken berkerut seribu.

"Apa kata kita jumpa. Nanti Ken tahu sendiri alasannya." ujar Joshua lagi bernada senang.

Ken malas fikir banyak. "Baiklah, aku setuju."

********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience