41 : Pengkhianat II

Romance Series 8958

          TERSENTAK Martin apabila sebuah kereta Proton Saga berwarna merah memasuki lorong sempit, yang menjadi tempat persembunyiannya.

Terpacul wajah kalut Raden. "Mar! Cepat masuk!"

Martin tak dapat sembunyikan perasaan leganya kerana masih ada yang berpihak padanya. Padahal anak buah Kaiser yang selama ini setia pun, beralih arah kepada Joshua.

Dia menghenyak tubuh sasanya dikerusi bahagian penumpang. Kening tebal Martin berkerut menahan pedih lukanya.

"Jalan." suruh Martin sambil meringis.

Sengih Raden. "Kau tak suruh pun memang aku nak jalan la!"

Pedal minyak ditekan sebelum kereta tersebut keluar dari lorong.

Martin menjeling geram. Dia bersandar melepas lelah dan tegang. "Kurang ajar kau. Lupa yang aku ni bos? Kau tu kucing kurap yang aku kutip saja."

Berdesing telinga Raden yang mendengar. Ketawa sumbang dilepaskan. Mata fokus memandu sedangkan mulut sibuk berceloteh.

"Alaa... Mar. Eh silap, alaa bos! Aku bukan apa, aku tak terbiasa nak bercakap formal dengan kau. Maklum la belum move on lagi dengan bos lama. Walaupun dia cabut kuku aku, dia seksa aku bagai nak rak, dia buang aku macam aku ni sampah tak berguna. Tapi aku tetap hormat dia. Dia kan anak emas big bos walaupun dia khianat."

"Jap, aku hairan juga. Apa yang buat dia sampai khianat Joshua? Padahal bos yang jaga dia selama ni. Hah! Aku tarik balik kata hormat tu. Orang macam Bos Kaiser memang tak layak dihormati. Kan Mar? Asal kau setia sangat dengan dia? Kau dah macam anjing dia."

Ocehan Raden yang lancar tanpa fikir panjang itu, tanpa sedar membangkitkan rasa tak senang dalam benak Martin.

"Jaga mulut kau, Raden. Kau tak kenal Kaiser jadi jangan berani menilai dari yang kau nampak. Aku nak jadi anjing ke, lembu ke, suka hati aku." tegas Martin menukas.

Pandangan setajam pedang itu bertembung dengan lirikkan Raden yang melihat dari cermin pandang belakang.

Liur pahit ditelan Raden seraya melarikan pandangan. Dia pura-pura ketawa untuk menutupi kekok. Dia perlu tukar topik jika tak mahu Martin semakin serius.

"Ja-Jadi kita nak pergi mana, bos?"

"Valac Group." jawap Martin tanpa fikir panjang.

Kereta yang tadinya meluncur laju membelah angin, diperlahankan oleh Raden.

Raden tampak ragu-ragu. "Biar betul? Itu dah macam masuk sarang buaya. Atau bos nak mengalah?"

Martin yang terkenal kedekut senyum itu, saat ini mengoyak senyuman sinis.

"Aku ada plan."

*******

KERETA pacuan empat roda itu melaju lurus ke jalanraya. Sehinggalah melalui kawasan hutan tebal.

Jalan ini memang jarang diguna, itulah sebabnya tiada kenderaan lain selain Audi kuning milik Kaiser.

Penjalanan untuk ke kediaman Martin memakan masa setengah jam. Selama itu juga Mai tak berbicara sepatah kata pun. Memandangkan lelaki itu tampak tegang semacam, tak berani pula dia. Hanya Aryan yang banyak berceloteh dari tadi.

Mai mengerling sesaat suaminya yang sedang fokus memandu. Dia perasan kereta makin melaju.

Sebelah tangan Kaiser yang berada atas paha dipegang berhati-hati.

"Awak nampak gelisah dari tadi. Ada apa? Bukan ke awak dah buat plan awal-awal?" tanya Mai.

Aryan dibelakang ralit bermain tab.

Kaiser melempar senyum kecil sebelum pandang ke hadapan semula. Suara lembut bak sutera sang isteri berjaya mengubati separuh keresahannya.

"Plan berjalan sesuai yang dirancang walaupun aku tak sangka, secepat ni." ujar Kaiser senada. Salahnya juga kerana terlalu banyak bazirkan waktu.

Mai membisu beberapa detik. Banyak persoalan yang ingin dituju. Tapi dia tahu ini bukan masa sesuai. Apa motif sebenar Kaiser yang begitu bertekad mahu jatuhkan syarikat bapa saudaranya sendiri? Mengapa rumah Martin dijadikan tempat aman?

Dan Mai perasan satu perkara lagi. Lirikkan matanya penuh curiga ke arah sebuah kereta yang dibelakang. Sejak tadi dia perasan kereta tersebut seperti mengikuti mereka. Jangan-jangan...

"Kai, awak perasan tak kereta belakang kita tu?" laju Mai menoleh ke sisi.

Dia agak terkilan melihat Kaiser berwajah tegang.

"Pegang kuat-kuat!" pesan Kaiser tegas.

Tiga buah van putih mendadak muncul dari depan membuatkan Kaiser terkejut.

Ciiiittttttt!!!

Brek yang ditekan mengejut menghasilkan asap dari tayar yang bergesel dengan jalan tar.

Dalam sekejap, mereka dikelilingi kereta yang mengikuti dari belakang dan, tiga buah van yang menghalang agar mangsa tak lari.

"Tak boleh ke kita langgar je?!" soal Mai cuak. Kalut dia toleh kiri dan kanan.

"Ibu! Pakcik pakcik kat luar tu pegang pistol!" Aryan ketakutan dibelakang.

"Sini duduk depan!" Aryan lekas duduk di atas riba ibunya. Dirinya dipeluk erat oleh Mai.

Kaiser mengetap rahang. Situasi sangat kacau diluar mahupun didalam. Puluhan anak buah VG berpusu-pusu keluar dari van. Mengepung keretanya.

Langsung tiada celah! Tambah pula mereka mengacu senapang dan senjata. Kalau dia bergerak sedikit saja, mungkin nyawa anak dan isterinya akan terancam.

"Tenang Kai... tenang..." gumam Kaiser. Fikirannya kosong saat ini. Dia tak boleh berfikir jernih.

Sesaat, Aryan bingung tatkala muncul satu figuran yang terakhir keluar dari van. Dia cukup kenal dengan orang itu.

"Eh? Itu kan kawan Abang Hairi. Dia buat apa kat situ?" soal anak ini hairan sendiri.

Mai dan Kaiser turut memandang ke arah yang sama.

"Ken?" pupil mata Mai membesar. Terkejut bukan kepalang lagi. Dia meragukan penglihatannya.

Pantas dia menoleh ke sisi. Dimana Kaiser tampak tenang sambil menghela nafas lega.

"Awak dah tahu?" berkerut seribu kening Mai.

"Dia ada dipihak kita. Jangan risau." jawap Kaiser bersama sebaris senyum. Sebenarnya selain Ken, dia masih ada satu kartu rahsia. Kartu yang akan menjerumuskan Joshua ke lembah kekalahan.

Tak lepas mata Mai memerhati sosok Ken yang berjalan ke menuju ke arahnya. Pandangannya bertemu dengan tatapan datar pemuda itu.

"Baiklah, saya percayakan awak berdua." kata Mai sembari menghela keluhan berat. Sejujurnya masih banyak pertanyaan yang bermain dalam fikiran namun dia tahu. Ini bukan masanya bersoal jawap.

Tuk Tuk

Ken yang telah tiba di kereta itu, mengetuk cermin. Para pengikut VG yang lain menanti penuh teruja kerana fikir mereka, Ken akan bertarung sendiri dengan Kaiser.

Kaiser menurunkan cermin.

"Macam mana kau boleh lepas? Bukan ke kau dengan Clara tak boleh berpisah." tanya Kaiser selamba. Terselit rasa penasaran dalam soalannya ini.

Ken menghadiahkan jelingan maut. "Joshua sendiri yang hantar aku."

Dia mendekat untuk berbisik. "Cepat pergi. Diorang biar aku settle sendiri."

"Kau yakin? Kau tak boleh mati kat sini." Kaiser ikut berbisik.

Mai yang menjadi pemerhati merasa agak takjub. Melihat percakapan kedua lelaki itu sepertinya mereka akrab.

Ken menggosok lengannya sendiri merinding kejap. Biar betul saingannya itu khawatirkan dia.

"Langgar saja kereta putih tu. Tak ada orang kat dalam. Cepat pergilah, gila. Jangan buang masa kat sini!" bisik Ken menekan akan hal itu. Kerana dia pun setengah yakin untuk kalahkan puluhan orang bersenjata itu.

Kereta putih yang dikatakan dilirik Kaiser. Kereta dihidupkan semula. Hal itu mengejutkan anak-anak buah VG yang menjadi penonton sejak tadi.

"Oi! Kau buat apa tu, Ken?! Dia nak lari tu!" laung salah seorang yang bermuka bengis.

Ken abaikan saja jerkahan mereka yang seperti gonggongan anjing itu.

"Bawa Mai ke tempat yang selamat. Jangan sampai dia terluka. Tergores sikit pun jangan. Kalau tak..." pesan Ken sempat mengerling kepada Mai yang sedang tergamam.

"Aku takkan ragu untuk khianat kau." sambung Ken cukup serius.

Renungan dingin Kaiser saat ini seakan mampu menembus jantung Ken. Anehnya, ucapan itu sedikit mencabar harga dirinya sebagai suami Mai.

"Kali ni aku biarkan kau. Memandangkan kau tolong aku. Lain kali jangan berani pandang isteri aku. Jeling pun jangan." Kaiser memberi peringatan seraya tersenyum palsu. Cermin dinaikkan.

Senyuman yang dibuat-buat itu sangat menjengkelkan Ken. Dia hanya memandang kereta sport kuning itu melanggar kereta didepan.

Criiitttt!!

Dengan sekejap tawanan mereka melaju larikan diri tanpa diserang. Kehairanan mereka yang ada di situ.

"Ken! Kau gila ke?! Apa b*ngang kau lepaskan diorang!"

"Oi Ken! Jangan-jangan kau pun pembelot jugak?!

Riuh para lelaki itu memarahinya. Ken diam tak bergerak. Tak menciut mahupun takut.

Seorang lelaki bertubuh besar berjalan gagah menghampirinya. Lihat berat badan saja dia tahu lelaki itu lawan yang kuat.

"Budak baru ni berani juga. Pengkhianat kau rupanya." ujar lelaki itu bersama sengihan seringai. Jari-jari tangan diregang hingga menghasilkan bunyi.

Dia semakin tertarik dengan keberanian Ken. Melihat pemuda itu berhadapan dengannya tanpa rasa gentar, membuatnya kian teruja untuk bertarung dengan anak emas Joshua itu.

Yang katanya pemuda itu setara dengan Kaiser.

"Bos kata, kalau kami berjaya tangkap pengkhianat VG hidup-hidup. Dia akan bagi apapun yang kami minta. Seorang pengkhianat dah lari. Kau tak nak lari juga ke, budak baru? Kau kan pengkhianat juga." oceh lelaki bertubuh besar itu.

Lelaki ini terkejut beruk apabila Ken melayang tinju tepat ke wajahnya tanpa sebarang amaran. Mujur sempat di elak, meskipun pipinya sedikit tergores.

"Wo wo! Tunggu! Tunggu! Aku tak ready lagi!"

Dengan tubuh badan yang besar dan berat membuatkan lelaki ini susah untuk mengelak semua serangan. Akhirnya dia terpaksa menerima pukulan Jab secara bertubi-tubi.

*Jab : tinju yang mengarah ke wajah lawan, dengan jangkauan yang cepat dan pendek

"Woi kejap lah! Apa main serang-serang ni! Mana adil!" marah lelaki besar itu. Tertekan kerana penglihatan terhalang.

Air muka Ken kekal datar. Dalam sesaat dia bergerak ke belakang lelaki besar itu lalu melakukan Back Choke. Sampai lawannya yang bertubuh besar pun mampu jatuh ke tanah.

"E-Erghh! Da-Dasar pengkhianat!" ringis lelaki ini kesakitan disaat lehernya dicekik erat oleh lengan Ken. Tubuhnya pula tak mampu meronta kerana dikunci dengan lingkaran kaki Ken.

"Aku paling tak suka yang jenis cakap banyak. Rasa nak bunuh." bisik Ken ditepi telinga lawannya.

Mereka yang menjadi penonton, terpaku tak percaya. Orang yang sering membangga diri bahawa dirinya tak terkalah. Akhirnya dikalahkan oleh satu orang. Itupun sekejap cuma.

Mereka ingin menyerang, tetapi anehnya tubuh tak bergerak. Firasat mereka kuat mengatakan yang mereka tak mampu kalahkan Ken.

Tap! Tap! Tap!

Ken pandang saja tangannya yang ditepuk beberapa kali. Muka lelaki bertubuh besar itu sudah kebiruan dan pucat. Nafasnya tersekat.

"Kau nak aku berhenti?" tanya Ken tanpa sebarang emosi. Dia faham akan tepukkan dilengannya itu.

Ianya menandakan lawan sudah menyerah atau mengaku kalah. Tetapi itu kan dilakukan di dalam gelanggang. Dan itu pun diantara atlet.

"Le-Lepas... ma-mati aku... maaf..." rayu lelaki bertubuh besar dengan suara yang lemah. Nyawanya terasa dihujung tanduk. Mata hitamnya sudah terbalik ke atas.

Ken berdecit halus. Back Choke dilerai mengenangkan prinsipnya yang tak mahu membunuh orang.

Dia bangun berdiri. Lawan yang sudah pengsan ditolak tepi.

"Kalau nak adil, pergi main dalam Ring. Ini bukan tempat kau." gerutu Ken selajur berdiri menghadapi puluhan lawan yang membatu.

Kedua tangannya Ken seluk dalam kocek seluar.

"Cepat. Aku tak ada masa." santai dia menanti.

"Ko-korang tunggu apa lagi. Serang lah!" salah seorang dari puluhan itu menjadi ketua yang maju dulu.

"Se-Serang semua! Jangan takut! Dia seorang saja! Kita ramai!"

Dengan semangat bertarung yang tersisa mereka menyerang Ken. Walaupun ragu-ragu kerana mereka yakin akan kalah telak. Manakan tidak, lelaki terkuat yang mereka harapkan sudah pengsan awal-awal lagi!

*****

hai lama tk jumpa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience