24 : Jatuh Cinta Kali Kedua

Romance Series 8957

        "Huan ying~"(selamat datang)

Sambutan ramah dari dua gadis china berbaju ceongsam dibalas dengan senyum ramah oleh Mai. Pintu restoran turut dibuka oleh mereka.

Baru saja selangkah masuk, hawa dingin air cond menyapa tubuh mereka. Nyaman kerana tak terlalu dingin.

Terbit senyum pada bibir Kaiser sambil memerhati tingkah laku Mai. Wanita itu tampak kagum dan teruja. Sepertinya dia sedang menahan diri dari melompat kegirangan. Maklum lah, ingat umur.

"Selalu ke datang sini? Aku sendiri baru tahu restoran ni wujud di kawasan sini." tegur Kaiser seraya melihat-lihat ala kadar restoran China berkonsepkan tradisional. Restoran klasik yang luas dan banyak ruangan termasuk ruangan privasi khusus.

Yang membuat Kaiser aneh adalah sebahagian pelanggan berpakaian klasik tetapi ada juga yang moden. Rupanya mereka ingin bergambar di suatu sudut yang bertema lukisan naga emas. Dia pernah dengar tentang lukisan itu, lukisan terkenal berharga ribuan ringgit yang direbuti orang-orang dari golongan atasan. Terutama individu yang suka koleksi seni.

Kaiser tersentak dari lamunan apabila lengannya dirangkul lalu ditarik oleh wanita itu. "Mai kau nak pergi toilet? Tak pa ke ajak aku sekali?"

Mai menayang sengih teruja. "Toilet apanya, jom tukar baju!"

Ketika tiba di ruangan khas untuk menukar pakaian. Kaiser terkebil-kebil. Rohnya belum sampai disini. Dan sejujurnya dia masih belum mengerti. Kata nak makan, perlu ke tukar baju?

Bilik untuk lelaki dan wanita pastilah berasingan. Mai dibantu oleh seorang gadis china berbaju kebaya. Kaiser pula ditarik masuk oleh seorang lelaki berbaju changsan. Tahulah dia, rupanya ini sebab mengapa ramai pelanggan berpakaian klasik. Rupanya mereka menyewa baju dari restoran ini. Patutlah Mai teruja semacam.

Tak lama, pintu dibuka lalu keluar seorang lelaki bersama telinga dan wajah yang sudah merona. Kaiser menutup mukanya malu.

Dia mengenakan Samfoo iaitu pakaian tradisional china berupa baju longgar dan seluar yang diperbuat dari kain sutera. Tapi tang ke badan Kaiser yang agak besar dengan otot. Saiz baju dipilih yang paling besar. Itupun sedikit singkat. Dibahagian dada bidangnya pula jadi melekap. Manakan tidak, gym setiap hari.

Para gadis yang lalu di situ berbisik sesama mereka. Ada yang tersenyum-senyum lalu kenyit mata kepada Kaiser.

Kaiser gosok lengannya sendiri. Berdiri bulu roma. Apa jangan-jangan aku tengah kena goda. Mai mana Mai?! Kena mengadu ni!

Dia yang tanpa secebis senyuman itu angkat tangan kanan sembari berkata. "Maaf, sudah berpunya. Bakal suami Maihara Reis. Menantu Tuan Idris dan Puan Sharifah. Abang ipar Nita dan Airel. Terakhir sekali, papa kepada Aryan Henry."

Para perempuan berkulit putih itu awalnya blur. Tak lama, tercetus tawa sesama mereka.

"What does he say? It's so cute. He's like a model." bisik salah seorang dari mereka seraya berlalu pergi meninggal Kaiser yang tercegat seperti tiang api.

"Minah celup rupanya. Rugi aku tak mengata depan muka." gerutu Kaiser sambil memeluk tubuh bersandar pada dinding.

"Sir, are you waiting for that pretty girl?" soal gadis berbaju kebaya yang membantu Mai sebentar tadi. Baru keluar dari bilik persalinan baju.

Serta merta Kaiser menegak badan. Pretty girl? "Ah, yes. Where is she?"

Gadis china ini tersenyum manis. "Ikut saya."

Kaiser mengikuti langkah gadis itu tanpa sebarang bantahan. Mungkin Mai sudah selesai tukar baju dan menunggunya di ruangan privasi khusus.

Rupanya benar. Tiba di ruangan privasi yang dikatakan khusus untuk pasangan. Namun ada juga para ahli korporat yang menyukai ruangan tersebut dan membuatnya menjadi tempat para pembisnes bertemu.

Gadis china itu senyum mengusik kepadanya seraya membuka pintu buat Kaiser.

"Nyonya itu mirip seperti bidadari dari kayangan. Dia sangat cantik bila memakai Hanfu. Sir jangan sampai ternganga." usik gadis ramah ini. Mungkin dia fikir kedua orang itu pasangan suami isteri.

Kening Kaiser terangkat tanda tertarik. Hanfu?

Pintu ditutup kembali setelah dia masuk. Di ruangan seluas kamar itu hanya ada meja makan sebagai perabot. Fikirnya ruangan tertutup, rupanya dinding belakang terbuka luas dan dapat lihat gunung dari jauh. Pemandangan gunung yang separuh ditutupi awan tampak cantik dan tenang. Atmosfera di sini juga tenang dan nyaman.

Namun begitu, ada yang lebih memukau dan indah hingga Kaiser tak berani lirik lebih lama. Benar yang dikatakan gadis china tadi.

Mirip bidadari. Sampai dia rasa dia sedang...

"Jatuh cinta kali kedua."

Mai angkat muka. "Apa?"

Tak lepas mata Mai dari melihat Kaiser yang membetul duduk dihadapannya.

"Selesa tak baju? Macam ketat saja."

"Tak apa, aku lelaki kan. Tayang body sekali sekala." balas Kaiser menahan tangannya yang menggigil kerana diperhati tak berkedip oleh wanita itu. Chopstick di ambil. Pelbagai makanan telah tersedia atas meja. Terlalu banyak sampai penuh meja. Dia tak rasa dia boleh habiskan semua.

Mai bangun berdiri sambil berpusing lalu berpose ala model.

"Cantik kan... dah lama saya teringin nak pakai Hanfu. Hmm, rasa nak bawa balik pula."

*Hanfu : busana tradisional suku Han, mayoritas etnik di China. Dikenal dengan keindahan dan keeleganan yang mengalir. Hanfu merupakan simbol warisan budaya China dan estetika yang khas. Gaya dan designnya yang beragam mencerminkan tradisi serta sejarah panjang bangsa Tionghoa.

Kaiser tutup separuh wajahnya sendiri. "Su-Sudah Mai. Sini makan dulu."

Mai kembali duduk. Dahinya berkerut bersama perasaan sebal bercampur hairan.  "Awak nampak tak happy dari tadi. Padahal saya cuma nak tengok awak senyum."

Kaiser apalagi, sudahla sedang jatuh cinta kedua kali. Ditambah Mai berkata begitu, makin la buat dia kembang setaman. Dia menahan diri dari mengajak wanita itu kahwin kerana takut Mai menganggapnya gila.

"Maaf maaf, mari makan dulu." kata Kaiser sambil menyuap niunan mian atau Beef Brisket Noodle kedalam rongga mulut. Satu suapan. Erm enak sekali everybody! Kena pula perut tengah lapar.

Mai turut makan Taufu Pudding didepannya. Dalam mode sedikit rajuk ini tanpa dia sedar, sepasang mata Kaiser meliriknya sesekali sambil tersenyum lembut.

"Ya kau cantik, Mai. Aku tak puji sebab rasanya dah ramai puji kau cantik. Tapi nampaknya kau masih perlukan pujian dari ak- ump!"

Mulut Kaiser disumbat Jiaozi atau dumpling menyebabkan pujian tulus darinya terhenti. Nasib tak tercekik.

Giliran Mai pula malu sendiri. "Di-Diam lah! Siapa kata saya pakai ni sebab nakkan pujian awak. Perasan!"

Tercetus juga gelak Kaiser. "Bila malu, kau jadi lupa cara bohong ya Mai? Pipi kau dah serupa pipi burung kakak tua"

"Kakak tua awak kata?! Habis awak tu, burung unta!" dalam marah pun Mai sambung makan. Tak ada lah marah sangat sejujurnya, saja nak hilangkan rasa kekok dengan percakapan yang entah apa-apa.

"Mai ikan keli..."

"Awak ikan buntal!" dah satu kes duk main saling mengata.

"Sudah la. Makan la Encik Kaiser, nanti pukul 12 saya nak pergi ambil Aryan pula." Mai mengalah sebab sedar kalau mengata nama haiwan ni takkan habis.

"Oh, jadi dating kita sekejap saja. Tak boleh ke ambil Aryan lepas tu sambung dating?" dengan polos Kaiser bertanya. Makanannya disantap dengan selera.

"Awak ni biar betul. Awak kan lapar jadi saya bawa la sini. Siap makan, kita buat la hal masing-masing." tukas Mai.

Belum sempat Kaiser nak buka mulut menjawap, Mai sambung lagi. "Dan lagi, kereta awak bukan ke ada di kedai nasi kerabu tadi ke? Nak tinggalkan kat situ?"

Kaiser garu kepala yang tak gatal. Aduh, macam mana boleh lupa. "Nanti aku suruh anak buah aku la yang ambil. Si Martin pun, harini juga isteri dia nak bersalin."

Mai berdecit. "Ck, mentang-mentang bos."

Bunyi deringan telefon Kaiser menarik perhatian Mai. Tertera nama 'Martin Si Babu' pada skrin.

Dahi Kaiser berkerut geram.

"Padahal dah pesan jangan ganggu aku harini. Atau dia tak pesan kat Martin?" ngomelnya didengari oleh Mai.

"Angkat la. Mana la tahu penting. Isteri Encik Martin kan ada di hospital sekarang, entah-entah dia nak minta tolong sesuatu." ucap Mai bernada nasihat. Tauhu Pudding sudah licin dimakannya.

Kaiser berfikir-fikir sejenak. Ya tak ya jugak. Si babu tu dah banyak kali bantu aku tiap kali aku minta tolong. Kawan apa tinggal kawan masa susah kan?

Tombol hijau ditarik kemudian smartphone ditekap ke telinga. "What's up, my babu? Ambik gambar sikit anak kau. Nak tengok lelaki ke perempuan."

Seketika air muka Kaiser bertukar serius. Senyuman memudar. Dia juga fokus mendengar yang dikatakan oleh Martin dari hujung talian.

Mai tertanya-tanya apa yang dibicarakan sampai raut lelaki itu tegang begitu. Hal kerja ke? VG?

"Ok lah kalau macam tu. Aku tak ada la kejam sangat. Ya ya."

"Ambil la cuti jaga bini kau. Anak?" pandangan Kaiser dan Mai bertemu.

Kaiser senyum simpul. "Kebetulan aku pun nak ambil anak aku kat taska kejap lagi. Boleh la sekali. Tak da masalah. Sampai bila? Oh sampai malam. Ha okay lah."

Panggilan dimatikan, telefon diletak atas meja semula. Kaiser meraup muka.

"Ada apa? Serius semacam saja. Isteri Encik Martin dah bersalin?" terjah Mai penasaran.

"Belum, dia kena jaga bini dia masuk wad." jawap Kaiser ringkas.

Mai angguk faham. "Mesti Encik Mar tengah risau sekarang ni."

"Yang kau cakap tu betul la. Mar ada minta tolong. Minta aku ambil anak kedua dia di taska dan jaga sementara waktu. Anak yang lagi dua orang tu, ada kat rumah mertua dia." jelas Kaiser sekadar yang dikatakan oleh temannya. Dia tak da masalah pun, takut Mai yang keberatan nak jaga dua kanak-kanak.

Kepala Mai terangguk-angguk bagai burung belatuk. Faham, agaknya Encik Mar tak sempat la tu.

"Baguslah kalau macam tu. Alang-alang ambil Aryan sekali. Boleh juga Aryan buat kawan."

Kaiser sembunyi nafas lega mendengar jawapan tersebut. Benar, Mai memang seorang wanita yang memahami dan berhati lembut.

******

"Ibu!" Aryan mendepa tangan meminta peluk.

Mai yang dari tadi menyandar pada kereta, segera tunduk dan menyambut pelukkan anak itu.

Dia pencet hidung anak lelakinya itu seraya menguntum senyum. "Manja budak busyuk ni. Dah jom. Harini Ayan duduk belakang dengan kawan."

Pintu kereta bahagian penumpang dibuka oleh Mai, Aryan tertanya-tanya siapa kawan yang dikatakan.

Masuk saja kedua beranak itu, Mai duduk didepan. Masa inilah Aryan terjerit suka kerana papanya turut ada. Sebelum masuk tadi dia tak perasan disebabkan cermin kereta yang gelap.

"Papa pun ada! Nak tau tak, tadi masa Ayan tengah makan. Kawan Ayan ejek kata Ayan tak de ayah. Dia kata dia ada dua ayah. Lepastu Ayan balas, Ayan cakap Ayan ada tiga ayah! Ha diam dia!" bersungguh anak ini bercerita. Di akhir cerita dia ketawa bangga dengan tindakan beraninya dari dibuli.

Mai balas dengan ketawa kekok. Tak sangka Aryan bercerita terang-terangan didepan Kaiser. Dia melirik kejap lelaki itu yang sedang memandu.

Mai dapat lihat Kaiser tersenyum sebaris sambil melayani celoteh anaknya. Meskipun disembunyikan, senyum tawar itu terselit bersama fikiran yang membebani. Kadang lelaki itu ada bertanya bagaimana makan tengahari Aryan. Semakin teruja anak itu kerana ceritanya dilayani.

Sampai tak perasan langsung gadis disisinya.

Mai menepuk dahi dalam diam. Aduh, anaknya itu. Langsung tak toleh ke sebelah bila bercerita.

"Putri,"

Putri angkat muka tatkala dirinya dipanggil lembut oleh wanita itu.

"Berkenalan la dengan Aryan, anak lelaki aunty. Seharian ni awak berdua main elok-elok ya." ujar Mai kemudian beralih kepada anaknya pula.

"Ayan, berkawan dengan Putri. Main baik-baik. Ibu kena jaga Putri sementara waktu disebabkan ibu Putri masuk wad." pesan Mai berbaur tegas. Bimbang juga kerana kenal benar dengan kenakalan anak lelakinya itu. Anak-anak Kak Fatia pun selalu dibuat menangisnya.

"Berkawan?" spontan Aryan dan Putri berlaga mata bulat mereka.

Aryan mencebik mulut. Muncung sedepa mulutnya. Entah apa yang buat dia rasa dia perlu merajuk. Gen dari papa mungkin?

Putri juga sama. Berdecit benci sambil buang muka ke arah luar tingkap. Awal-awal lagi dia dah tak suka dengan budak disebelahnya. Manja! Bercakap pun macam perempuan! Dan yang lebih penting...

Budak lelaki itu tak pelat bila bercakap!

Sedangkan mereka seumuran, tetapi dia masih pelat. Hiks.

******

MV Agusta F4CC atau sport bike berenjin besar miliknya diparking elok disebelah kereta Proton milik Rais.

Tombol pintu dipulas, tak terkunci bermakna ada orang. Helmet half-face berwarna hitam berkilap diletak atas rak. Selangkah dia memasuki rumah sewa yang ia tempati itu. Kasut diletak atas rak yang tersedia.

Ken menjeling sekilas ke arah ruang tamu. Kosong tiada seorang pun. Selalunya ada Hairi disitu sedang menelaah buku atau menonton tv.

Penghuni dalam rumah ini memang jarang pulang ke rumah. Dia sendiri pun pulang subuh atau lewat malam. Tanpa sedar bibir pemuda ini menghela keluhan kecil.

Sedang menaiki anak tangga hinggalah tengah tangga, tak semenanya Ken bertembung dengan salah seorang penyewa di sini yang baru keluar dari kamar.

Tiada segaris senyuman pada wajah masing-masing. Ken sambung naiki tangga sampailah dirinya ditegur oleh Rais. Membuatkan langkahnya mati.

"Kau buat apa akhir-akhir ni? Dah berapa hari tak balik rumah."

Ken beriak dingin seperti biasa. Mengorak langkah yang terbantut.

"Demam apa tiba-tiba tegur aku?" dia balas dengan soalan semula. Dan semestinya terdengar pedas ditelinga housemate nya itu. Yelah, mereka bertegur pun boleh kira berapa kali.

Semasa melalui Rais yang masih berdiri tercegat, bahu mereka sipi-sipi berlaga.

"Mana Hairi?" tanya Ken sekadar ingin tahu. Maklum lah, walaupun dia hampir tak bertegur sapa dengan yang lain. Tapi kalau dengan Hairi lain cerita. Pemuda itu sering menanya khabar dirinya.

Rais mengangkat kedua bahu selamba. "Entah, keluar agaknya. Dia pun bosan terperap dalam rumah. Tak universiti, rumah. Tak rumah, universiti. Dua tu saja."

Ken hanya menjawap 'ooo' dalam hati. Riak kekal datar bersama keluhan penat.

"Aku ni nak pesan saja sebagai seorang housemate, kau jangan terlibat dengan benda-benda mengarut kat luar sana. Itu pun kalau tak nak menyesal dikemudian hari la."

'Pesan' yang seperti nasihat tersebut sekali lagi berjaya buat langkah Ken terbantut. Dia baru saja pegang tombol pintu bilik. Ada apa dengan Rais hari ini? Jarang pemuda dari negeri pantai timur itu bercakap banyak dengannya.

"Benda mengarut? Contoh?" Ken sedikit melayan.

Rais pegang dagunya sendiri lagak seperti sedang memikirkan sesuatu. Keningnya berkerut tetapi bibir tetap melakar senyum.

"Contohnya macam... terlibat dengan Valac Group atau ringkasnya VG." jawapnya sambil menanti reaksi dari Ken.

Dahi Ken berkerut aneh bersama ekspresi hairan bagaimana Rais boleh tahu tentang VG. Namun, cepat dia berfikir baik dan luas. Aneh apanya, VG kan terkenal sebagai syarikat pinjaman dikawasan ini.

Tetapi, tak semua orang tahu di sebalik itu VG merupakan organisasi berbahaya. Malahan sedikit saja orang yang tahu bahwa Geng Jeruk Manis yang pernah ditangkap adalah kumpulan bawahan VG.

Jadi, apa Rais termasuk orang yang sedikit itu? Boleh jadi.

"Terima kasih sebab risaukan aku. Walaupun tak ada kaitan dengan kau." Ken tetap membalas dingin. Bukan apa, seluruh badannya penat saat ini. Mulut pun jadi pedas.

Bahunya ditepuk oleh Rais. Rais senyum tipis namun terselit makna tersirat dari senyuman ini.

"Jangan main-main dengan lintah darat. Silap sikit nyawa melayang."

Ken terdiam.

"Okay lah aku nak keluar! Nanti Hairi balik, cakap yang aku dah pulangkan laptop dia." laung Rais yang sudah menuruni anak tangga.

Ekor mata Ken menghantar sosok Rais hingga disebalik pintu. Setelah itu dia meloloskan diri ke dalam kamar.

Tubuh dihenyak kasar ke atas katil bersaiz single. Tangannya melekap atas dahi.

"Silap sikit, nyawa melayang..." ngumam Ken perlahan.

Serta merta kotak fikiran teringatkan seseorang. Seseorang yang terkenal ditempat 'asalnya'. Orang yang dikenali sebagai Lagenda Jenius.

Dia ingin bertemu dengan orang itu. Orang yang amat dia kagumi dari dulu.

Ken tersenyum kecil. "Apa tujuan dia masuk VG... dia ingat aku lagi tak..."

Itulah agenda pemuda ini menyertai organisasi Valac Group tersebut. Iaitu menemukan orang yang dia kagumi selama ini. Dan mencari tahu apa alasan orang itu menjadi salah satu bawahan VG. Silap besar jika Joshua berfikir Ken anak naif yang boleh dimanfaatkan sesuka hati.

Hanya kerana pernah dibantu sekali di masa lalu, tak bermakna dia sanggup hancurkan hidupnya demi Joshua.

Bunyi deringan telefon membuat lamunannya mati. Setelah melihat sebaris nama panggilan tersebut, Ken berdecit jengkel. Anak buah Joshua.

Ikon hijau digeser.

"Ken, malam ni kau kena datang sini!"

Gegendang telinga terasa sakit kerana terus diterpa oleh suara bingit si pemanggil. Dahinya berkerut serabut.

"Aku penat. Tak boleh ke esok saja?"

Si pemanggil itu kedengaran sedang ketawa lucu mendengar permintaannya. Apa yang lucu?

"Budak bertuah ni, mentang-mentang Joshua sayang kau. Naik kepala kau ek!"

Ken merasa semakin sebal. Serabut betul bila ramai yang dengki ni.

"Kat mana?" akhirnya Ken mengalah.

"Tempat biasa. Pertemuan kali ni khas untuk kau. Kau kan belum berjumpa lagi dengan 'tuan' kau." anak buah Joshua menjawap. Ayat yang terakhir bagai sengaja mahu buat Ken penasaran.

Awalnya Ken blur tapi tak lama dia mendengus perlahan. Baru teringat bahawa peranan dia di dalam VG adalah seorang bodyguard. Fikirnya bodyguard biasa, rupanya pengawal seseorang.

"Hmm, malam ni." tukasnya malas, lantas menutup panggilan.

Buat kali yang entah keberapa Ken mendengus stres. "Diri sendiri pun tak terjaga. Ini kan pula nak jaga orang lain."

.
.
.
.
.
.
#Happy-happy dulu, konflik kemudian. Kotnye pembaca bosan plk kalau terlebih happy Hahaha! Mari musnahkan kebahagiaan mereka mwhehe!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience