VALAC GROUP.
Pap!
Sebuah fail diletak atas meja kerja. Martin yang tadinya fokus kerja jadi terganggu.
Fail warna grey tersebut dibelek satu persatu oleh Martin. "Bagus, cepat juga kerja kau."
Raden tarik kerusi lalu melabuh punggung. "Aku tak perlukan pujian. Walaupun perangai aku menjengkelkan tapi kerja aku ontop."
Martin pandang tak percaya. Dan Raden semestinya tak selesa dengan pandangan tajam itu. Baginya diantara Martin dan Kaiser, wajah Martin lebih menakutkan kerana tegas.
"Apa? Kalau kau buat muka macam tu. Perempuan pun lari." tukas Raden menggosok lengannya naik bulu roma.
Martin sambung membelek fail tadi. "Bukan ke kau yang selalu buat perempuan lari. By the way, aku dah beristeri."
"Ooo... Hah? Kau? Dah kahwin? Macam tak percaya saja..." Raden pandang tak percaya. Biar betik? Lelaki tak berperasaan macam Martin ada bini?
Dengan santai Martin tunjuk sekeping gambar yang terdapat atas meja. Melongo Raden dibuatnya.
"Gila lah. Dengar kau dah kahwin aku tak sangka. Ini kau tunjuk gambar tiga orang anak. Agresif juga ek kau. Diam-diam ubi berisi." kata Raden tersengih suka.
Martin tampak serius memikirkan sesuatu. Membuat orang penasaran pula.
"Hmm, ubi? Boleh juga. Balik kerja beli ubi. Bini aku pandai buat kuih. Haih, seronoknya ada isteri dan anak. Tak macam yang sorang tu. Membujang sampai berani kacau 'awek' bos. Kasihan sekali." Amik kau! Jarang Martin keluar suara, sekali perli. Menusuk kalbu.
Raden mendengus geram. "Hak alah kau, puji sikit. Melebih pulak! Masa tu aku tak kenal la rupa bos. Mana la aku tahu yang aku kacau tu awek bos. Gila, sampai mengigau aku."
Jari-jarinya yang dibalut kerana tercabut semua kuku dipandang. Naik bulu roma. Masih terasa kesakitan yang amat dasyat malam itu. Malam dimana dia menerima warning dari Kaiser.
"Hiks, sumpah aku akan setia dengan VG. Cari mati aku kalau buat masalah dengan bos gila tu. Kejam woo... dicabutnya kuku aku. Ingat tak sakit ke?! Hiks!" bebel Raden. Trauma agaknya sampai tak berani bertembung dengan Kaiser.
Martin buat tak tahu saja dengan bebelan tersebut. Malas nak berkata lebih.
"Kalau kau sentuh bini aku, aku pun akan buat benda yang sama. Bos cabut kuku kau kan. Kalau aku, aku cabut biji mata." sengaja Martin mengusik.
Raden mengeluh pasrah. "Dah la. Aku nak keluar. VG penuh dengan orang gila."
Melihat Martin kembali fokus pada kerja. Raden habis modal nak berborak. Dan tiba-tiba terlintas suatu pertanyaan dalam fikiran.
"Mar, aku tertanya-tanya la juga. Apa yang buat bos tergilakan perempuan nama Maihara tu? Asal dia obsess sangat hah? Aku tengok biasa saja perempuan tu. Nenek aku lagi lawa." soalnya selamba badak. Tipu je, Mai cantik je.
Tangan Martin terhenti yang tadinya sibuk menulis sesuatu. Serta merta membuat aura dan riak berubah serius.
"Raden, hati-hati bila bercakap. Kalau bos dengar, aku sendiri tak boleh selamatkan kau. Bagi bos, Puan Maihara perempuan paling cantik dalam hidup dia." ujar Martin pura-pura serius. Sebenarnya dia sendiri pernah tanya pertanyaan sama kepada Kaiser.
Glup! Telan air liur Raden cuak. Menampar mulutnya sendiri. "Tak, maksud aku. Aku penasaran saja."
"Katanya mirip dengan seseorang." kata Martin perlahan dan cukup didengari telinga tajam Raden.
Raden makin penasaran dan teruja. Macam menarik. "Seseorang? Siapa? Ex girlfriend bos ke?"
"Itu... no comment. Tak, yang kau sibuk sangat nak tahu pasal hidup bos dah kenapa? Dah puas hidup?"
Raden berdecit geram tak puas hati. "Tck! Tak sporting kau ni!"
*******
"Hmm?" bingung sendiri Aryan dibuatnya apabila diri ditatap tak berkelip oleh Kaiser.
Kaiser pandang sekeping gambar masa kecilnya lalu wajah Aryan. Takjub pun ada. Cam tak caye dia boleh ada keturunan sendiri. Orang macam dia?
"Cuba senyum." pintanya.
"Hehe!" Aryan langsung menurut. Mujur tak terkeluar gusi.
Kaiser tutup mulutnya sendiri. "Haah la, sama. Ayan sebenarnya datang dari masa lalu kan? Ke Ayan ni rainkarnasi papa?"
*rainkarnasi : terlahir kembali. dongeng saja, selalunya dalam drama atau anime*
"Apa tuh? Hmm, rupanya papa Ayan tak normal macam papa kawan-kawan Ayan. Tak jadi lah nak bangga kat sekolah. Ayan mengaku anak yatim jelah." tampaknya anak ini kecewa.
Mai yang disebelah dah tepuk dahi. Percakapan yang tak biasa antara ayah dan anak.
"Pftt!"
"Ayan, tak baik cakap tu. Tak sopan, minta maaf - eh?" tertoleh Mai melihat lelaki itu tertawa.
Kaiser tak dapat tahan tawanya. Berair matanya gelak. "Cerdik betul la mulut Ayan."
Aryan ikut gelak memandangkan papanya gelak sendiri. Kesian, rupanya papa gila.
Bibir Kaiser melakar senyum tulus sambil tenung anak itu. Kemudian bersandar disebelah Mai.
"Kau tahu Mai, aku dah lama tak merasa suasana dengan keluarga. Aku tak pernah bayangkan ada keluarga sendiri. Inikan pula ada anak. Terima kasih, Mai." ucapnya tulus dari lubuk hati terdalam. Dia tak main-main, dia benar berterima kasih dan bersyukur akan kehadiran Mai dan Aryan dalam hidupnya.
"Hmm, ya." Mai agak kekok dan malu melihat sisi lembut lelaki itu. Rupanya lelaki yang terkenal kejam dan gila boleh buat ekspresi tulus begitu. Wajar, dia pun manusia.
Mai tersedar sesuatu dengan luahan barusan. Dan dia jadi penasaran.
"Bila difikir balik, awak tak pernah sebut pasal keluarga awak. Keluarga awak... masih ada kan?" tanya Mai penuh tanda tanya. Comel pula wajahnya tika ini dimata Kaiser.
Dia senyum nakal. "Kau penasaran? Comel betul. Aku boleh saja cerita pasal keluarga aku. Macam mana aku boleh kenal uncle Joshua. Alasan kenapa aku nak jatuhkan VG. Tapi rasanya terlalu panjang nak diceritakan. Takutnya kau bosan."
Mata bulat Mai bersinar teruja. Gila, entah kenapa masa lalu Kaiser begitu menarik baginya. Mana mungkin dia bosan.
"Awak silap, bukan awak saja tertarik dekat saya. Saya sepuluh kali tertarik kat awak. Hey, jangan basa basi. Cepat cerita semua, A sampai Z. Dari awak lahir sampai sekarang, saya nak tahu." pujuk Mai sedikit memaksa. Kisah pulak dia.
Kaiser menahan tawa sebaik mungkin. Mukanya memerah seperti tomato saat ini. Mai, benar-benar wanita menarik yang pandai buat dia gila. Kalau boleh dia mahu lahap wanita itu saat ini.
Tertarik katanya. Jadi kau tertarik kat aku ya selama ni. Getusnya suka. Hati berbunga mendengar hal tersebut.
"Dan kalau kau nak tahu, kita dah kenal sejak lama. Mungkin kau dah lupa. Kita ada hubungan istimewa rahsia yang orang lain tak tahu." tanpa sedar Kaiser semakin ralit membicarakan hal yang sepatutnya rahasia.
Kening Mai bertaut. "Maksud awak, lima tahun lepas?"
Kaiser masih tak lekang dengan senyum. "Bukan, jauh sebelum tu. Kau dah lupa ya, aku sedikit kecewa."
Lidah Mai bagai kelu. Apa tuh? Cakap berbelit-belit. Buat orang makin panasaran saja!
"Cerita la sampai habis. Hubungan istimewa? Apa maksud awak? Hey!" panggilnya tak puas hati tatkala lelaki itu sudah bingkas bangun.
Kaiser gelak suka. Suka rasanya lihat wajah penuh tanda tanya itu. Dia sudah berjalan ke tangga untuk naik ke bilik.
"Kai! Atau awak tipu?!"
"Nanti Martin datang, tanya dia. Dia tahu banyak pasal aku kecuali 'kisah hubungan istimewa' kita." jawapnya sambung gelak.
"Haish, dia mainkan aku ke?" Mai pandang saja sosok tubuh itu yang sudah naik ke lantai atas.
Dia berdiam diri seketika. Sekeras mana pun dia cuba perah otak untuk ingat. Sosok seorang Kaiser langsung tiada dalam ingatan zaman kecil.
"Bila difikir balik, dia lebih muda tiga tahun dari aku. Sekolah sekali ke?" omelnya sendiri.
Ding Dong!
"Ibu! Ada orang datang." kata Aryan memecah lamunannya.
"Oh ya!" Mai tersentak lalu sepantas kilat bingkas bangun. Menuju ke pintu utama.
Intai dulu siapa gerangan yang datang. Jarang ada orang datang. Jangan-jangan JAKIM?!
Cuak Mai terus hilang tatkala sosok seorang yang dia kenal menyapa. Rupanya dia. Pintu segera dibuka.
"Encik Martin rupanya."Mai beri senyum tipis. Memberi laluan untuk lelaki itu masuk.
"Bos ada kan? Saya ada urusan dengan dia." kata Martin cukup formal. Tanpa basa basi!
"Ada ada. Silakan masuk. Duduk dulu, saya buatkan air." sambut Mai sopan. Aik! Asal aku macam maid sekarang ni?
Martin melihat ke arah sofa dimana ada Aryan. "Puan tak perlu susah-susah. Air kosong pun takpe. Tapi saya teringin nak minum teh tarik."
Teh tarik? Ingat kedai mamak ke?
"Kalau macam tu air kosong ya, Encik Martin." usia berkata sopan begini Mai terus berdesup masuk dapur. Teh tarik? Nasib tak minta roti canai.
Sementara menunggu, Martin melabuh punggung di sofa panjang. Sambil melihat anak kecil yang tengah melukis. Siap tiarap atas karpet.
Sejenak mereka saling bertatapan. Martin teringat anak keduanya yang seumuran dengan Aryan.
"Uncle ni siapa pula? Papa kedua ek? Ramai betul papa Ayan." suara comel Aryan memecah kesunyian.
Serba salah Martin jadinya bila dirinya disalah arti. Tambah pula, kemunculan Kaiser yang menghampiri.
"Papa kedua ya. Boleh juga." kata Martin sengaja nak buat sahabatnya itu panas hati.
Kaiser melabuh duduk berdekatan dengan anaknya. "Ekhem! Amboi kau. Berani mati nampak."
Martin tak hiraukan itu. Tak lama, datang Mai membawa dua cawan air nescafe. Takkan la nak hidang air kosong. Tak tergamak dia pun.
"Air, Encik Martin. Ayan sini ikut ibu. Melukis dalam bilik rehat." usai letak sedulang air Mai membawa anak itu mengikutinya ke arah bilik hujung. Iaitu bilik rehat untuknya.
"Alaa! Baru nak main dengan papa." rengek manja Aryan tak diendah. Haish! Mula la nak merengek bila ada orang.
Tak sampai separuh jalan, langkah Mai terhenti kerana teringat akan sesuatu. "Saya lupa. Encik Kaiser,"
Laju Kaiser menoleh. "Ye sayang? Eh, ya ada apa Mai?"
"Saya dah letak kunci kereta dalam laci. Terima kasih pinjamkan kereta semalam." ujar Mai bernada formal.
Kaiser yang sedang hirup secawan nescafe santai membalas. "Tak apa, kereta tu kau ambil saja. Senang nak bawa pergi mana-mana."
"Apa?" terkebil Mai macam tak percaya dengan ucapan barusan. Telinganya tak salah dengar kan?
"Uhuk! huk!" Martin terbatuk beberapa kali. Cepat ambil tisu lalu lap mulutnya.
Semua mata tertumpu ke arahnya. Martin membetul suara sedikit malu.
"Kalau macam tu, saya pergi dulu." kata Mai kemudian berlalu pergi bersama Aryan yang membawa bag galas dan buku-buku. Mana mungkin dia nak terima kereta semahal itu dengan mudah. Dia perlu bincang semula dengan lelaki itu.
Melihat sosok wanita tersebut sudah berlalu masuk kedalam kamar. Cepat Martin menoleh ke arah temannya.
"Shen me?"(apa)
"Cin sin." (gila) kata Martin tersenyum senget.
"Baru tahu?" selamba Kaiser menjawap sambil mencicipi air nescafe suam. Mantap! Bakal isteri aku memang yang terbaik bila buat air.
"Padahal aku pernah tak sengaja tumpahkan air mineral kat kereta kau. Dipotongnya gaji aku sebulan. Sekarang mudah kau bagi kat dia. Bukan ke itu kereta kesayangan kau?" soalnya hairan.
Belakang leher Kaiser sandar pada kepala sofa. Tangan kanan rehat atas sofa.
"She's my women. Her safety is number one. Got a problem, my cringe PA?"
Martin tergelak kecil. Cringe katanya? Wah kurang ni. "You're so obsessed, stupid bos."
"Tak juga."
Pantas Martin menoleh kepada bosnya yang sedang santai merehat fikiran kononnya. Pandang tak percaya. "Tak apanya? Jangan cakap kau tak sedar selama ni?"
"Aku memang risaukan dia. Tak ada maksud lain. Kau tahukan, She's my weakness. My brat enemies will definitely target her, if they know of existence. Parah lagi, kalau uncle Jo sampai tahu." ujar Kaiser masih beriak tenang. Meskipun beban fikiran tak terlihat.
Benar, Mai dan Aryan akan jadi tanggungjawabnya. Jika sesuatu hal buruk terjadi, maka itu salah dia kerana tak becus melindungi mereka.
Martin diam seketika untuk berfikir sesuatu. "Kau yakin uncle Joshua dah bau niat kita nak jatuhkan VG? Mungkin perasaan kau saja. Dia tak mungkin-"
Kaiser potong bicara temannya. "50% aku yakin. Sebab tiba-tiba saja dia ajak sorang budak masuk VG. Yang mengejutkan uncle Jo sendiri yang offer. Kau rasa? Sehebat apa budak tu sampai buat uncle tertarik."
Martin tampak agak terkejut kerana dia belum dengar hal tersebut. Budak baru direkrut langsung oleh Joshua?
"Maksud kau, uncle tahu suatu hari kita akan khianat jadi dia nak buat 'Kaiser Kedua'? Orang yang mampu lawan kau?" Dia meneka bersama wajah penuh serius. Hei ini kan perkara serius. Asal Si Kaiser gila ni rileks aje?
"Exactly, pandai kau teka. Kau ada kelebihan baca isi fikiran orang ke?" menyempat Kaiser berseloroh.
Terlepas keluhan berat Martin. Dia meraup wajah lelah. "Susah juga rupanya. Uncle Jo memang tak boleh di anggap diremeh."
"Pft!"
Martin pandang hairan temannya yang tiba-tiba tertawa besar. Dah sampai tahap kritikal ke penyakit gila Kai?
"Mende gila? Kalau kau gelak macam tu. Aku pun seram sejuk." dia gosok kedua lengannya sendiri. Berdiri bulu roma.
Bersama sisa tawa Kaiser berkata. "Sebut pasal uncle Jo, aku teringat pula. Aku tersilap sebut pasal keluarga aku dekat Mai. Tersebut juga pasal plan kita nak mampuskan VG."
Martin masih belum tangkap apa yang digelakkan sangat. Musi*at! Itu kan benda serius!
"Jadi?"
Kaiser hentikan tawa. Oh ceritanya tak lucu ek. Berdehem beberapa kali. Cover suasana supaya tegang kembali.
Tapi, tak boleh! Teringat muka lucu Mai tadi. Tak apa lah simpan dalam hati.
"Jadi, ehem! Mai nak tahu A sampai Z. Dia nak tahu pasal aku..." sempat Kaiser malu-malu kucing. Blushing katakan.
"Habis apa kena mengena dengan aku?" Martin masih loading.
Seketika pandang mata dua sahabat ini bertemu. Senyuman Kaiser melebar. Seram tapi kacak!
Martin dah mula rasa tak sedap hati lihat senyuman anak setan itu.
"Kau lah yang jadi orang tengah. Tolong wakilkan aku. Cerita sikit kat dia. Kesian pula, dia betul-betul nak tahu." kata Kaiser.
Martin merasa pelik. "Kenapa tak kau sendiri yang cerita? Itu kan lebih baik dari aku yang bukan sesiapa ni."
Laju Kaiser tampar bahu temannya. Buat gaya gedik. "Ih babe! Kau kan sahabat aku dari dulu. Gedik la, nak rendah hati pula. Atau nak aku ungkit masa-masa remaja kita?"
Muka Martin masih datar kosong. Tidak dengan tekak yang terasa loya nak muntah. Betul ke didepannya saat ini orang yang ditakuti ramai?
Kaiser kembali tenang dan normal. "Haih, kau sendiri tahu. Aku payah nak kawal perasaan. Aku tak nak Mai tengok sisi buruk aku. By the way, jangan cerita banyak sangat. Banyak aib aku yang kau tahu."
"Ha, baiklah. Kalau itu yang kau nak." Martin turutkan saja.
Share this novel