MAI duduk bersimpuh di atas sejadah. Usai menunaikan kewajipan, dia termangu merenung tikar sejadah.
Mungkin kerana rumah Martin terletak dipinggir bukit. Kesunyian subuh menggamit ketenangan ke dalam jiwanya.
"Saya tak minta banyak. Harap awak balik dengan selamat, Kai." dia hanya mampu berdoa buat keselamatan si suami.
Tipu la kalau dia cakap tak bimbang memikirkan Kaiser bila-bila masa saja boleh ada dalam bahaya. Tapi bila ingat balik sifat pantang kalah suaminya, keresahan yang mengganggu sedikit berkurang.
Mai menyelak langsir tatkala fajar mula menyingsing. Memberi celah untuk cahaya pagi memasuki kamar.
"Dahaga la pulak." tekaknya terasa perit.
Mai sempat menyarung telekung shawl sebelum bergerak keluar dari bilik tamu yang disediakan untuknya.
Sedang menuju ke dapur. Mai lalu di satu kamar. Pintunya sedikit terbuka. Awalnya dia nak buat tak tahu saja mengingat dia tak boleh sembarangan usik rumah orang.
"Eh?" beberapa helai kertas yang bertaburan di lantai hingga depan pintu menghalangi jalannya.
Dari celahan pintu itu dapat Mai lihat ruangan di dalam. Rupanya bilik kerja Martin.
Dia menoleh kiri dan kanan. Tak ada sesiapa. Anak-anak pun belum bangun.
"Tak pe la kot. Aku nak tolong kutip je." kertas-kertas kerja itu segera dikutip lalu pintu ditolak.
Kertas tersebut diletak atas meja kerja. Vibe suram ruangan ini agak menakutkan kerana cuma dipasang lampu jingga.
Baru sahaja Mai mahu keluar, matanya melekat pada satu file. Dia tak mampu kalahkan rasa penasarannya. Mana tidaknya, di situ tertulis 'KES KEMATIAN HAIRI'!
"Dah kenapa Encik Martin nak selidik kes arwah. Ada yang tak kena ke?" hairannya, ragu-ragu mahu buka atau tak file tersebut.
Setahu dia arwah meninggal disebabkan serangan jantung. Kematian mengejut yang tak kira tua atau muda. Ada apa sampai tentera seperti Martin selidik diam-diam kes ini?
Baru sahaja dia mahu buka file itu. Deringan telefonnya yang berada di dalam bilik terdengar sampai sini. File diletakkan semula di tempatnya.
Mai berlari anak kembali ke kamarnya. Telefon yang masih berdering dicapai. Nombor yang tak dikenali?
"Jap! Nombor ni bukan ke nombor yang selalu kacau aku tu ke?"
Sejenak mata Mai membulat. Dia ingat nombor ini yang beberapa kali mengirim mesej mencurigakan padanya.
"Padahal aku dah block. Macam mana dia boleh call lagi..." dengan perasaan marah dan kesal Mai angkat juga panggilan itu. Lalu ditekap ke telinga.
Sebelah tangan mencekak pinggang gaya mak tiri. "Halo! Siapa awak ni, hah?! Ni mesti scammer kan? Tak payah jadi scammer la. Awak tu tak ada bakat pun! Cuba la cari kerja yang berfaedah sikit!"
Lega sikit geram yang ditahan. Setelah mendapat omelan yang tak terduga, si pemanggil diam membisu tanpa sebarang bunyi. Hening.
"Pftt!"
Lama membisu akhirnya cuma suara tawa kecil yang terdengar.
Ternganga Mai pandang telefonnya sebelum ditekap semula. Di-Dia gelakkan aku?!
Mai ingin berkata kasar tetapi entah mengapa dia rasa lain macam dengan si scammer yang mahu kenakan dia itu. Nuansa yang tak biasa. Firasat buruknya berkata si pemanggil sedang permainkan dia.
"Kau... siapa sebenarnya?" tanya Mai serius.
"Akak tak rindu saya? Saya rindu akak ni." suara garau si pemanggil menyapa halwa telinga.
"Kau..." Mai terpempam hebat. Bola matanya membulat tatkala suara yang amat dikenali itu menjamah ingatan.
"Mesti akak tengah terkejut sekarang ni kan. Saya faham. Kalau saya jadi akak pun, saya terkejut."
"Tak gitu, Kak Mai?" sambungnya lagi bersama tawa puas seolah ada perkara lucu.
Mai merasa seperti dihentam batu besar. Tubuhnya mengeras. Dia masih tak percaya dengan suara yang barusan bercakap.
"Rais? Tak, mustahil Rais. Siapa kau? Kenapa pakai suara Rais?" jelas suara Mai bergetar. Dia tak mahu percaya ini. Mustahil Rais yang mengganggunya selama ini.
"Soalan b*doh macam apa tu! Akak ni lawak la!" meletus sekali lagi gelak hilai dari Rais.
Rais atau nama sebenarnya Rais Ashraf. Atau ada yang mengenalnya dengan panggilan Raf.
Mai gagahkan jua tulang lututnya yang terasa longgar. Ini bukan masanya untuk dia goyah dan hanyut. Dia perlu tegas.
"Sejak bila?" Mai menyeru kekuatan sebanyak mungkin.
"Sejak awal."
Nada bicara Rais a.k.a Raf terdengar main-main. Sepertinya lelaki itu seronok permainkan dia.
"Nak saya kasi satu rahsia. Tapi jangan terkejut sangat. Saya tak nak akak mati sakit jantung pula. Sebenarnya kan... saya yang bunuh Hairi!" usia berkata begini dengan rasa tak bersalahnya. Rais meletus tawa sekali lagi.
"Terkejut tak? Terkejut tak? Mestilah terkejut kan. Wah... saya teringin nak tengok muka terkejut akak."
Telefon terlepas dari tangannya. Mai terduduk di birai katil. Pucat lesi mukanya. Luruh jantungnya mendengar pangakuan pembunuhan tersebut.
Masih terdengar gelak jahat Rais dari panggilan yang tak ditutup. Telefon pantas dicapai oleh Mai. Debaran jantungnya usah ditanya, terpempam dia mendapat banyak kejutan dari Rais.
"Dasar kau pembunuh! Kau kat mana sekarang, Rais?!" Mai tak dapat sembunyikan lagi kemarahan.
Kalau Aryan dengar tempikkan ibunya ni, menangis tak berlagu anak itu.
"Bagus, Mai. Tak payah sembunyi kat tempat kotor tu. Keluar, kita jumpa depan-depan. Yah, walaupun kita dah selalu jumpa." bicara Rais dihujung talian.
Sedar tak sedar, Mai telah termakan umpan Rais yang memancingnya buat keluar dari situ.
Tangannya Mai kepal menahan marah. Suara ditekan. "Aku tanya kau kat mana sekarang?"
"Saya bagi hint. Kaiser."
Mai mengetap gigi. Maknanya dia ada di tempat Kaiser.
"Cepat datang kak... saya tunggu." Rais ketawa mengekek sebelum memutuskan panggilan.
Mai menjeling jam. Terlalu awal pagi. Tak tak! Bukan itu masalahnya. Dia perlu segera beritahu Kaiser hal ini. Entah apa lagi rencana licik Rais. Dia tak mahu suaminya ada dalam bahaya!
Bergegas dia bersiap ala kadar.
Tuutt... tuutt...
"Tck!" decitnya, telefon disumbat ke dalam poket kardigan apabila panggilan pada suaminya tak di angkat.
Bum!
Pintu ditutup seraya berlari anak ke ruang tamu. Semasa menyarung kasut. Dia ditegur oleh salah seorang tentera yang bertugas mengawal.
"Maaf puan. Puan tak boleh keluar lagi. Walaupun VG dah kena tangkap. Tapi Encik Kaiser pesan jangan bagi sesiapa keluar sebelum dia balik." cuak lelaki berbadan besar itu.
Mai berdiri menghadapi anak buah Martin itu.
"Sekejap saja. Tolong la. Saya cuma nak pergi pastikan sesuatu." meskipun separuh merayu. Nada bicaranya serius.
"Tak boleh, puan. Bahaya. Saya tak berani lawan arahan Encik Kaiser." tampaknya lelaki ini tak mahu ambil risiko.
Mai buntu. Berkerut wajah cantiknya memerah otak mencari alasan.
"Mai, ada apa?"
Kedua mereka menoleh kepada Tiara yang muncul depan muka pintu. Mai langsung mencapai tangan Tiara yang masih tak mengerti situasi. Terpinga-pinga wanita itu dibuatnya.
"Tiara, saya nak keluar. VG semua dah kena tangkap jadi saya dah boleh keluar kan? Boleh la ya. Saya betul-betul terdesak ni. Saya tak nak jadi apa-apa kat suami saya. Awak mesti faham kan." rayu Mai bersama penjelasan yang tak berapa jelas.
"Mai tenang dulu. Ya, awak boleh keluar. Tapi," Tiara pandang ke arah tentera tadi yang setia menunggu.
Lelaki itu seperti mengerti makna dari pandangan tersebut.
"Awak kena pergi dengan dia. Bahaya pergi sorang." sambung Tiara lagi.
Berjaya membuat Mai tersenyum cerah. Sempat kedua wanita ini berpelukkan.
"Terima kasih, Tiara."
Selajur meleraikan pelukkan,
"Hati-hati." pesan Tiara tersenyum lembut.
Mai angguk sekali sebelum masuk ke dalam kereta yang dipandu tentera tadi.
*
*
KEN menghantar pemergian Clara yang menaiki grab dengan ekor mata. Awalnya Clara merengek tak mahu berpisah namun dia menegas bahwa dia masih ada urusan yang belum selesai.
Mengalah la gadis itu bila Ken beri alamat rumahnya. Mahu tak mahu mereka perlu tinggal bersama demi keselamatan gadis itu.
Setelah memastikan Clara sudah pergi. Ken memusing badan ke arah berlawanan. Bandar mula sibuk dikala pagi menjengah. Ada yang tergesa-gesa menuju ke sekolah. Ada yang keluar mencari rezeki.
Dia berdiri tegak bagai tiang lampu di pejalan kaki lima tersebut. Wajah mendongak melihat penampilan diri sendiri yang terpantul di kaca butik, yang kebetulan ada di situ.
Rambut yang berjatuhan di dahi tampak tak terurus. Muka penat dengan mata panda disebabkan tak tidur semalam.
"Ken?"
Suara lembut yang amat dikenali menyapanya dari belakang. Pantas Ken membalik tubuh ingin memastikan bahwa dia tak berkhayal.
"Ken buat apa kat sini?" soal Mai tanpa basa basi.
Anak buah Martin yang mengawalnya dibelakang mengangguk sekali apabila bersabung mata dengan Ken. Tanda sapaan yang ala kadar.
Terkedu Ken menatap lekat pada Mai. Mungkin disebabkan lama tak bercakap dengan wanita itu, Ken gugup sendiri. Suaranya tersekat dikerongkong.
"Mana yang lain? Kai? Encik Martin, Raden? Diorang selamat kan?" Mai beralih ke soalan lain bila soalannya tak dijawap.
Ken melarikan anak mata ke arah lain tatkala baru menyadari kekhilafannya. Bini orang. Bini orang.
"Aku tak tahu. Pandai-pandai la diorang. Kau sendiri buat apa kat sini? Bukan ke si tak guna- tak maksud aku, bukan ke suami kau tu dah hantar kau kat tempat selamat ke?" senada Ken bertanya.
"Rais-" ucapan Mai terhenti. Melihat dari muka innocent Ken yang seolah tak tahu menahu, Mai ragu-ragu nak bagitahu tujuannya kemari.
Jangan-jangan Ken belum tahu pasal pengkhianatan Rais. Apa reaksi pemuda itu agaknya bila dia tahu kawan baiknya dibunuh housemate sendiri.
PIN! PIN!
Motosikal kapcai berhenti tepat berhampiran mereka. Kedatangan yang heboh itu berjaya menarik perhatian beberapa orang.
Mai dan tentera lelaki melongo melihat wajah dua manusia yang amat dikenali.
"Aku pula yang malu." decit Ken perlahan.
Raden turun dari motosikal. Helmet vintage chips dicabut lalu selamba badak dilempar. Martin tanggalkan helmet sambil tutup muka. Malu gamaknya.
"Lega! Gila kecik nak mampus helmet! Kepala siapa kecik dah macam penumbuk budak umur setahun. Dah tahu otak kecik, kepala kecik beli la helmet longgar sikit! Kan tersiksa kepala aku pakai." bebel Raden yang sentiasa bersuara lantang itu.
Perasan pandangan tak berkedip dari Mai. Dia menyapa ramah. Musuh lama ni.
"Hai puan! Puan apa khabar? Eh, buat apa kat sini? Cari saya ke cari encik suami?" sempat Raden mengusik tak kenal tempat.
"Hmm?" hairan Raden tatkala Mai memandang ke belakangnya dengan muka terkejut.
Plak!
"Aduh! Sakit lah!" ngaduh Raden sambil menggosok belakang kepala.
"Sakit?" Kaiser yang muncul entah dari mana. Tersenyum lebar sambil meregangkan sendi tangan.
Raden terus menciut seraya memberi laluan kepada Kaiser. "Tak sakit, bos. Sila sila."
Tak berkedip mata bundar Mai tatkala bertemu dengan anak mata hitam Kaiser.
"Mai... kau ni keras kepala betul la. Ada apa sampai datang sini? Kan aku dah kata bahaya." ujar Kaiser tanpa segaris senyum. Jelas kerisauan dari raut lelaki ini.
"Saya... maaf." tertunduk Mai bersama perasaan bersalah. Lupa sebentar topik asal yang ingin dibicarakan.
Serba salah Kaiser jadinya melihat muka mendung si isteri. Dia menggosok belakang kepala. Entah kenapa tiba-tiba canggung.
"Aku tak marah. Aku cuma... risau. Takut jadi apa-apa kat kau." Kaiser jelaskan niat sebenarnya.
Cerah terus muka sugul Mai. Eh engkau ni.
Martin, Ken, Raden dan tentera lelaki tadi kekok dengan pemandangan di depan mata. Nasib la jadi nyamuk.
Gelak besar dari atas pokok berjaya membuatkan mereka tersentak. Sejak bila ada orang atas pokok?!
Mendongak mereka semua melihat Rais sedang duduk di atas pohon besar yang ada di situ. Satu meter dari mereka.
Terutama Mai.
"Menakjubkan. Takdir atau kebetulan. Semuanya menakjubkan! Aku takjub kita semua boleh berkumpul di satu tempat." ucap Rais bersama sengihan teruja.
Rais hanya tersenyum senang dikala bersabung mata dengan mata tajam Mai. Kecuali Mai, yang lain hanya mampu terkebil-kebil kebingungan dengan situasi yang aneh.
"Chill Mai. Jangan serius sangat muka tu. Kau pandang aku macam nak bunuh." santai Rais berkata. Sengaja mahu menguji kesabaran wanita itu.
"Kurang ajar kau," Mai mengetap gigi menahan emosi yang bergelojak.
Ken pandang silih berganti kedua orang itu. Ada apa dengan suasana mencekam ini. Apa yang si Rais tu buat sampai Mai semarah itu?
Berkerut seribu Martin memerhati tingkah Rais. Seingatnya pemuda di atas pokok itu merupakan housemate Ken. Mengapa tingkahnya aneh begitu.
Sesaat mata Martin terjegil. Sepantas kilat dia mendongak semula.
Benar! Dia ingat! Dia pernah nampak Rais dengan penampilan mencurigakan di depan masjid, semasa akad pernikahan Mai dan Kaiser!
"Oi, Kai-" baru sahaja Martin ingin mendapat kawannya yang diam membisu sejak tadi.
Melihat Kaiser bertindak selangkah lebih awal. Dia membatalkan niat untuk mendekat. Nampaknya Kaiser pun dah bau sesuatu yang tak kena.
Mata lelah Kaiser merenung tajam Rais. Mai ditarik lembut ke belakang. Meminta wanita itu sembunyi dibelakangnya.
"Oi Raf! Buang tabiat apa kau bergayut atas pokok. Kau ingat kau monyet? Walaupun rupa kau tak jauh beza dengan monyet. Turun la gila! Malu aku depan bos-bos aku!" gesa Raden membisik keras kepada sepupunya itu.
Rais yang masih tersenyum lebar itu beralih kepada Raden. "Oh my cousin pun ada."
"Pala hotak kau! Cepat turun la banga*g! Orang dah pandang kau lain macam. Jangan mengaku kau sepupu aku! Opss!" cepat Raden menekup mulutnya sendiri. Terlepas la pulak.
Rais membalik biji mata serabut dengan omelan sepupunya itu. Keluhan panjang dihela.
"Bising la kau. Kejap lah." tukasnya. Meskipun dekat tetapi Raden tak tahu langsung tentang apa yang diperbuat Rais.
"Siapa kau?" dingin Kaiser bertanya.
Orang lalu lalang tak dihiraukan. Kaiser tak pedulikan mata-mata yang meliriknya takjub. Manakan tidak, wajahnya sudah terpampang di serata tempat.
"Mai pun asyik tanya soalan yang sama. Sekarang kau pula. Ok la aku jawap. Perkenalkan, aku Nombor 2 Romusso. Tangan kanan ketua Romusso." jawap Rais kekal tenang. Senyuman senang tak lekang dibibirnya.
"Hah?! Nombor dua? Tangan kanan? Apa yang kau mengarut ni, Raf?! Kau tiap hari kerja mengadap komputer. Bila masa pulak kau masuk dalam puak gila tu! " tukas Raden kebingungan. Sungguh tak percaya.
Ken dan Mai tak mampu sorok terkejutnya. Apa yang barusan diakui oleh seorang Rais? Pemuda ramah yang suka bergurau. Penyayang pada anak kecil. Rupanya selama ini merupakan anggota musuh!
"Comel juga muka terkejut korang. Jap! Jangan kata korang kecewa aku khianat? Halah, korang pun sama sajalah. Dua kali lima. Kita kan sama-sama pembelot." Rais mencebik, memerli mereka yang berada di bawah.
Menggigil tangan Mai yang sedang memegang hujung baju Kaiser. Dapat Kaiser rasa isterinya sedang gementar.
Mai tersengih sinis. "Kau memang hebat. Mati mati kau perb*dohkan semua orang. Rasanya pelakon pun kalah dengan lakonan kau. Cakap saja, bukan ke ada lagi yang kau nak bagitahu."
Rais menahan tawa. Dia semakin teruja melihat keberanian dan kata kasar dari Mai yang terkenal lembut itu.
Perhatian Rais melekat tepat pada Kaiser.
"Kaiser Lee. Seorang yang benci dengan pengkhianatan tapi tak sedar yang diri tu pengkhianat tegar. Memang ya, manusia ni tak boleh terlalu benci sesuatu. Kalau tak nak jilat ludah sendiri." perlinya.
Kaiser hanya diam memerhati tingkahnya selanjutnya.
Kemudian Rais beralih kepada Martin pula.
"Kapten Martin. Team leader dari team Merak Putih. Macam mana kau boleh sorok identiti kau selama ni. Syabas lah! Kapten memang hebat. Saya harap berjayalah misi Kapten nak tangkap penjahat tu." padahal orang nak tangkap dia. Dasar gila.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nama : Rais Ashraf/Raf
yang disukai : Mai, gula-gula kapas, komputer
yang tak disukai : Hairi, orang baik,
Share this novel