"Happy Birthday Calvin Chong!"
Serentak dengan party popper ditiup dan keluar kertas warna warna menghujani Calvin. Ucapan selamat diraikan.
Rais menepuk bahu Calvin dengan lagak seriusnya. "Sahabat, semoga kau dipendekkan umur. Disesatkan jodoh, baru padan muka kau membujang sampai tua. Baik kan aku? susah nak jumpa kawan baik macam aku zaman sekarang. Bukan macam kau."
Tertawa Calvin mendengar itu. Dia tahu itu hanya gurauan.
"H*nat punya kawan. Yelah, aku pun doakan yang sama macam doa kau. Dasar Rais tak guna." ujarnya tenang dihiasi senyum. Disebabkan mereka sudah susah payah mengatakan Surprise Party kecil kecilan kepadanya, dia terharu sebenarnya.
"Tak perlu susah susah doakan aku. Cukup bagi adik perempuan kau seorang. Aku janji, Vin. Aku akan bahagiakan adik kau. Amoi lawa." Rais masih meneruskan gurauannya.
Berubah 180 darjah air muka Calvin. Pergi meninggalkan Rais yang berlutut seperti ditinggal kekasih.
"S*al kau. Langkah mayat aku dulu sebelum nak dapatkan adik aku."
"Oh tidak abang ipar! Tunggu... Jangan tinggalkan adik iparmu yini. Ku sayang... ku cinta... ku kasih padamu..."
Kelihatan Mai yang sedang duduk di sofa bersama Salwa tertawa kecil menyaksikan telatah tak matang dua sahabat tersebut. Salwa turut diajak kerana kata Hairi, ajak saja siapa pun yang dia rapat.
Dia juga sudah menjelaskan hal sebenar bahawa dia terpaksa tinggal dirumah sewa anak muda itu. Mujur juga Salwa faham kerja dan situasi yang Mai alami.
Salwa mendekat bagi memudahkan berbisik.
"Mai! Sini jap." bisiknya yang tak berapa bisik.
"Kenapa? Kau nak tambah ke?"
"Bukan. Handsome memang handsome tapi macam mana kau boleh tinggal sebumbung dengan dia orang. Bukan apa, perangai dia orang macam... sewel sikit. Yang matang pun ada la seorang." bisik Salwa dengan tampang sombongnya.
Meskipun tak ramai, tapi mereka tetap ajak rakan rakan yang mereka rapat di kolej. Jadi Salwa dan Mai yang sedang bergossip itu tak dihiraukan sangat.
Mai geleng kepala. Kau pun lebih kurang saja, Wa.
"Kenapa, Mai? Mesti kau stress kan tinggal dengan dia orang. Kesian kau. Kalau macam tu tinggal dengan aku sajalah. Tak apa nanti aku halau abang aku. Biar dia cari tempat lain. Dah, cepat pergi kemas baju kau. Kita pindah sekarang." kata Salwa sekali nafas. Kadang Mai hairan macam mana sahabatnya ini bercakap dengan kecepatan maksimum tanpa gagap.
Mai berfikir sejenak. Tipu la kalau dia tak termakan dengan ajakkan tersebut. Tapi sama sajalah, di rumah Salwa pun ada lelaki iaitu abang Salwa. Lagi satu, dia tak nak menyusahkan sesiapa lagi.
Lagipun, dia berencana akan keluar dari rumah ini esok pagi. Dia sudah fikirankan panjang lebar.
Mai menyentuh paha kawannya itu untuk menenangkan. Dia ingin Salwa faham dan percaya dengan dirinya. Dia sudah dewasa, dia tak boleh bersikap manja dan bergantung kepada orang.
"Macam ni, Wa. Aku tak nak menyusahkan sesiapa lagi. Tapi apa apapun aku tetap berterima kasih sebab kau ada susah senang aku. Aku bersyukur sangat ada sahabat sebaik kau walaupun kadang kau buat aku pening kepala. Tapi itu takkan hakiskan kasih sayang aku kepada kau." ujarnya panjang lebar. Berhenti sesaat menarik nafas.
Berkerut dahi Salwa. Kehairanan melihat Mai. "Mai, ayat kau ni macam orang nak mati. Geli aku dengar. Kasih sayang apanya. Tak sesuai dengan kau. Kembalikan Maihara yang aku kenal."
"Sabar la dulu, tak habis cakap lagi ni. Esok aku keluar dari rumah ni, aku rasa nak balik ke rumah ayah aku. Tapi sebelum tu aku kena pergi tempat kerja dulu. Aku rasa... aku kena ambil cuti. Aku tak boleh teruakan kerja dengan situasi macam ni. Geng Jeruk Manis tu pun dah kenal muka aku. Jadi lepas aku balik rumah, aku nak bawa dia tinggal dengan aku. Aku akan sewa bilik sementara cari kerja."
" Wa, aku... aku nak hidup normal dengan 'dia'. Aryan segalanya bagi aku sekarang ni. Kau faham kan maksud aku?" sambung Mai bersama riak seriusnya.
Salwa terdiam kejap mendengar satu persatu rencana hidup yang kawannya itu plan. Memang manusia hanya mampu merancang, Allah swt yang tentukan. Tetapi apa salahnya merancang agar hidup tetap teratur dikala masalah mendatang.
Salwa melihat wajah Mai yang penuh ketegasan dan keyakinan semasa mengatakan hal itu. Dia tahu dan dia percaya Mai boleh. Buktinya selama ini sudah berbagai cobaan yang Mai hadapi dengan penuh tabah dan sabar.
"Ujian buatkan kau lebih matang, Mai. Kau nampak lebih kuat dari yang aku sangka. Aku tahu kau boleh, tapi tak salah kan aku cuma risaukan kau. Kau sahabat aku. Kalau kau susah, takkan aku nak tutup mata saja. Buat derk. Itu bukan sahabat namanya. Kau pun faham kan maksud aku?" ujar Salwa. Hilang kejap Salwa yang masuk air.
Mai melakar senyum senang. Mekar senyumannya indah bak senyuman dari seorang bidadari. Terkadang Salwa yang perempuan pun terpesona. Lelaki mana je tak terpikat kepada kalau Mai dah senyum begitu.
"Jarang kau senyum macam tu, Mai. Kalau macam tu selalu kan lawa." tukas Salwa bersahaja. Bersandar selamba sambil menyuap sepotong kek sedalam mulut.
"Lawa apanya. Nah tisu. Makan macam budak umur setahun kau ni." perli Mai sambil menghulur tisu.
"Macam mak mak."
"Memang aku mak pun."
Salwa tepuk dahinya sendiri. Tersenyum kejap. Dia kalah dengan perkataannya sendiri.
"Lama tak nampak Aryan. Rindu la kat dia. Bila nak bawa dia jumpa aku?" soal Salwa terlihat bersemangat.
Terdiam kejap Mai. Lalu berkata. "Aku sendiri pun empat bulan tak jumpa dia. Kau rindu? Aku lagi la."
"Rindu? Kak Mai rindu siapa? Ganggu ke? Boleh join?"
Serentak dua sahabat yang sedang berborak itu melihat ke arah orang yang menegur sopan.
Mai senyum. "Apa pula minta izin. Inikan rumah, Ri. Duduk lah."
Hairi mengambil tempat di kerusi berdekatan. Tangannya memegang dua gelas air. Dua gelas tersebut diletak atas meja kaca depan mereka.
"Minum lah. Mesti haus kan." katanya sopan.
"Susah susah saja. Terima kasih ya." balas Mai mencapai satu gelas.
Sekali lagi Salwa berbisik ditepi telinganya. Hingga naik bulu roma Mai. Bukan pinjam seratus ya tapi...
"Mai, aku suka budak ni. Bagi nombor dia cepat."
"Ahahaha. Sabar la." Mai turut berbisik.
*********
     KEPULAN asap tembakau keluar dari mulutnya. Anehnya bibirnya tetap pink alami meskipun tak lepas lima batang rokok sehari.
Dia sedang santai menenangkan fikiran yang kacau dengan berendam dalam bathtub. Haruman harum semerbak menggelamkannya dalam ketenangan.
Belakang leher bersandar sambil mata terpejam rapat.
'Wah! Seksi. Saya tak pernah jumpa lelaki sempurna macam awak. Awak... bidadara ke?'
'Awak ada tubuh berotot yang boleh pikat semua perempuan. Tampang yang handsome. Kaya pula. Betul ke awak tak ada kekasih? Ke awak tipu ni. Baik jujur cepat.'
'Buat lah apa yang awak nak buat pada t*buh saya. Saya tak kisah. Saya milik awak seorang.'
'Sa-sakit...'
Kedua matanya terbuka. Sepasang mata coklat cair milik lelaki ini menatap siling kosong dengan pandangan redup.
Ingatan tentang seorang perempuan itu datang menyerpa tanpa dipinta. Dalam lima tahun ini, dia mencari perempuan itu tanpa sebarang petunjuk. Ketenangan takkan hadir kedalam hidup seorang lelaki bernama Kaiser Lee jika ingatan tentang Maihara Reis dan kejadian lima tahun lalu masih terbayang di ingatan.
Kejadian tersebut masih segar diingatan kerana ketika itu dia hanya sedikit mabuk tetapi sebaliknya perempuan itu. Perempuan itu mabuk berat.
"You drive me crazy, Maihara Reis." desis Kaiser perlahan. Mata kembali terpejam.
Beberapa saat, telefon pintar di atas meja kaca berhampiran berdering. Menandakan ada panggilan masuk.
Ketenangan bukanlah milik Kaiser Lee.
"S*al Martin." dengan dengusan geram Kaiser angkat juga. Telefon ditekap ke telinga.
"Cepat cakap? Walaupun kau orang kuat aku. Tapi kau tahukan aku paling tak suka diganggu luar waktu kerja." suara garaunya memecah kesunyian apabila yang memanggil cuma senyap.
"Maaf Kai. Aku tak jumpa dia. Tapi aku jumpa kenalan dia. Orang tu selalu datang club kau." kata Martin dihujung talian.
Terbuka mata Kaiser. Bibirnya naik tersenyum. Senyuman ini, mirip seperti pemangsa yang sedang melihat mangsanya. Sudah terbayangkan bagaimana reaksi perempuan itu bila melihatnya kembali setelah lima tahun tak bertemu.
"Jadi bila aku boleh jumpa dia. Aku tak nak buang masa lagi. Bagi saja duit kepada kenalan dia tu. Cakap yang aku nak jumpa Maihara. Kau settle kan benda ni diam diam. Aku taknak sampai ke telinga Joshua." di akhir ayat sempat Kaiser memberi peringatan.
"Tapi aku rasa kau patut jumpa kenalan dia dulu sebelum jumpa dia. Aku pernah ajak kenalan dia tu berborak pasal Maihara. Tapi nampaknya dia tu tak berapa suka Maihara. Jadi susah sikit." terang Martin.
Kerutan mula timbul pada kening Kaiser.
"Susah sangat ke dia tu sampai kau tak boleh settle sendiri? Haih, jadi sekarang ni kau nak aku turun tangan." terdengar decitan dari bibir Kaiser.
"Sorry Kai. Aku silap. Biar aku bercakap sekali lagi dengan dia." kedengaran Martin di hujung sana sudah keresahan.
Baru saja panggilan ingin diletak. Kaiser berkata sesuatu hingga Martin di hujung talian terdiam sejenak.
"Nampaknya kenalan dia seorang yang keras kepala. Tak apa, biar aku sendiri yang uruskan."
Panggilan dimatikan. Kaiser kembali menenangkan diri dengan menghayati haruman semerbak itu.
Tetapi kali ini dengan perasaan yang lebih baik.
Senyuman lebar tak lekang dari bibir itu.
"Jadi kenalan dia bencikan Maihara. Ah... wujud rupanya manusia yang bencikan perempuan secantik kau, Mai." getusnya perlahan.
Share this novel