MAI menyarung sandal. Punggung dilabuh di kerusi panjang sambil menunggu seseorang untuk datang menjemputnya.
Dia menilik penampilannya beberapa kali. Hari ini mengenakan blouse merah jambu dan skirt berwarna cream. Senyum kecil terbit di bibir. Jarang dia berpakaian sopan begini. Rambut dibiarkan lepas. Selama ini dia bukanlah jenis orang yang terlalu pentingkan penampilan diri. Baginya berpakaian simple dan tidak menonjol adalah yang terbaik!
"Dah empat hari kat sini..." gerutu Mai sendirian sambil terhias senyum.
Selama empat hari, dia menggunakan masa untuk merawat luka dan mengisi tenaganya. Tapi dia bantu juga kerja kemas-kemas rumah dan memasak meskipun dilarang oleh Hairi dan yang lain.
Pakaian yang sekarang dia pakai pun pemberian dari Calvin. Ah, rasa bersalah pula. Sepatutnya dia yang dewasa ini lah yang perlu keluarkan duit. Ini malah duit dari pelajar muda yang wangnya sekadar cukup makan. Â
Jadi apa plan hari ni?
Kemarin dia menelefon sahabat lamanya bernama Salwa yang seumuran dengannya. Jadi rencananya hari ini dia mahu ke pasaraya untuk membeli pakaian dan barangan dapur. Yela dah tumpang duduk rumah orang. Takkan nak makan free saja. Walau keempat pemuda itu tak mempersoalkan, tapi dia sendiri yang merasa tak enakan.
"Kak. Tak sampai lagi ke kawan yang akak cakap tu?" muncul Calvin di muka pintu.
Pertanyaannya agak memeranjatkan Mai yang ralit termenung. Mai mengurut dadanya. Senyum diberi.
PIN!
Datang sebuah kereta Myvi berwarna oren di depan pagar rumah. Pasti itu Salwa.
Mai bangun berdiri sambil mengibas belakang blouse. "Itu dah datang. Panjang umur. Ada nak pesan apa-apa ke? Akak boleh belikan."
Entah kenapa sorot mata Calvin ketika ini memandangnya dengan simpati.
"Dompet duit akak kan dah kena ambil dengan gangster gangster tu. Akak nak beli barang ni ada duit ke? Akak ni buat saya sedih la. Saya nak kasi duit taknak, padahal saya ikhlas tau." kata Calvin penuh prihatian dan simpati.
Tapi lain pula terdengar di telinga Mai.
Budak kurang asam! Mestilah aku ada duit! Aku kerja banting tulang, gadai nyawa. Ini yang nak pergi cekau di bank duit gaji! Nasib la kau dah banyak tolong akak, Calvin.
Mai kawal riak wajahnya agar tetap manis tersenyum.
"Jangan risau. Akak masih ada duit dalam bank. Ini nak ambil la ni. Kalau tak ada apa apa. Akak pergi dulu ya." ujarnya tenang setenang air tasik.
Drastik berubah bersemangat Calvin mendengar hal itu. Lah dah ada duit rupanya. Kenapa tak cakap awal awal. Bazirkan simpati aku saja Kak Mai ni...
"Okay. Have fun today. Jaga diri kak..." pesan Calvin ikhlas sambil menyengih ceria.
Mai membalas lambaian pemuda itu dengan senang.
Haih, senangnya. Macam ada adik. Eh? Tapi memang aku ada adik pun. Desisnya kemudian menutup pintu kereta.
Mai sempat bersalaman berlaga pipi dengan Salwa semasa masuk kedalam perut kereta.
"Mai! Rindunya! Lama tak jumpa... Huhu. Makin kurus kau sekarang." celoteh Salwa hampir menangis. Agaknya terlampau senang kerana lama tak bertemu.
"Kau pun sama. Anak berapa dah sekarang?" Mai menyambut gurauan tersebut.
"Aish! Itu kejap lagi aku cerita. Kita pergi bank lepastu pergi makan dulu. Beli barang tu last-last boleh." ujar Salwa. Kereta mula meluncur pergi meninggalkan kawasan perumahan.
"Aku ikut saja."
     PAK!
Bunyi tamparan di meja makan hujung menarik perhatian pelanggan lain kejap. Sekejap saja kemudian mereka sambung buat hal masing masing.
Mai tutup mukanya saparuh menggunakan buku menu. Malu woi!
"Wa, perlahan la sikit. Nak marah pun jangan lah sampai dengar satu kedai. Malu aku..." bisik Mai separuh membisik.
Salwa tetap dalam mood kesungguhan ceritanya. Buku menu ditangan Mai ditepis.
Mai tepuk dahi. Hah sudah...
"Kau malu, Mai? Hah padan muka. Hadap lah siapa suruh ajak aku bercerita. Aku kalau cerita kena in character! Menghayati! Kau apa tahu? Kau tak rasa apa aku rasa? Kau tanya apa tadi? Berapa orang anak aku? Kau gila ke?! Aku kahwin pun belum inikan pula nak ada anak. Hahaha! Kelakor noh minah sorang ni." tukas Salwa yang tak mahir dalam mengawal intonasi suara.
Mai?
Hanya mampu pasrah.
Sebut mengenai anak, dia menjadi diam tiba tiba. Fikiran melayang jauh hingga suara Salwa yang kuat itu hampir tak terdengar akibat tenggelam dalam lamunan.
Senyuman Mai tawar.
"Anak ya..." bisiknya perlahan.
Salwa yang mula perasan wajah si sahabat terlihat mendung dan termenung jauh. Dia menegur.
"Mai kau dengar tak aku bercakap dari tadi? Aku mengata kau."
"Tak."
"Sh*t punya kawan."
      "Bye Wa! Thanks hari ini. Lega sangat jumpa kau. Walaupun berdarah gegendang telinga aku dengar kau bebel. Tapi apa apa pun, terima kasih sahabatnya tersayang." ujar Mai panjang sebagai kata pamitan.
Dia sudah sampai di depan rumah sewa. Hari juga sudah berganti malam.
"Takde hal lah. Kita bestfriend kot. Apa nak berkira. Nanti kalau kau nak pergi mana mana, call je aku tau. Rumah aku pun tak jauh mana dari sini. Mana housemate kau yang lain? Sunyi saja rumah." tanya Salwa agak penasaran sambil melingas melihat ke luar.
"Oh, dia... dia orang ada. Biasa lah student U kan. Belajar dalam bilik la tu." tukas Mai menyengih menutupi keresahan.
Salwa buat mulut tanda O. "Ooo... faham."
Sorry Wa, aku terpaksa bohong yang housemate aku semua perempuan. Aku terpaksa! Bukan taknak tumpang rumah kau, tapi aku taknak kau terlibat sama dengan masalah aku. Aku taknak kawan aku ni dalam bahaya disebabkan aku. Kata-kata ini hanya terjerit serta terluah didalam hatinya. Mahu saja dia meluah segala masalah yang dihadapi, tapi apakan daya. Dia sayangkan Salwa yang sudah dia anggap keluarga.
Setelah berborak diluar sebentar. Kedua mereka berpamitan kerana jam juga sudah masuk pukul 9 malam.
Setelah kereta Myvi Salwa sudah meluncur jauh. Mai masih berdiri tegak di situ sempat memikirkan sesuatu. Di tangannya banyak plastik barangan.
Keluhan dilepaskan berat. Langkah mula diatur masuk kedalam.
"Hairi, Ken, Calvin dengan Rais pun aku tak boleh terlibat lebih lama dengan dia orang. Mereka orang yang tak bersalah. Tak bersangkut paut dengan kerja aku jadi aku tak boleh letakkan dia orang dalam bahaya." oceh Mai sendirian dengan fikiran yang berat.
"Aku akan keluar dalam masa terdekat. Ya, begitulah. Walaupun sayang perkenalan aku dengan adik adik baik ni berakhir begitu saja..." sambungnya lagi sambil meletak sandal di atas rak.
Tombol pintu dipulas. Mai mengatur langkah masuk ke dalam rumah.
Namun, langkah terhenti di ruang tamu setelah meletakkan barangan mentah di atas meja dapur.
Keanehan terjentik di hati. Kiri kanan dipandang. Ruangan gelap gelita membuatnya pelik dan janggal.
"Black out ke? Gelap semacam saja."
Lampu pada telefon dinyalakan. Mai suluh sekeliling.
Gelap. Tiada orang. Dia sendiri.
Selalunya jika malam mereka akan pasal satu atau dua lampu untuk buat ruang rumah tak terlalu gelap gelita.
Sepertinya benar sekarang rumah lagi black out. Dia perasan juga lampu jalan di luar tak terpasang.
"Ah... tahan la panas malam ni." getus Mai menyedapkan hati sendiri.
Ting!
Mai hampir terlatah apabila mendapat mesej dari Calvin. Haish budak ni. Buat orang terkejut saja.
Mesej dibuka.
'Saya dengan Hairi study kat library malam ni. Balik tengah malam rasanya. Rais pulak pergi lepak mana entah. Saja nak bagitahu kot kot akak cari. Hehe.' - Calvin
Oh. Balik lewat rupanya. Tak tunggu lama, Mai mengetik membalas mesej tersebut.
'Sempat la cari kejap. Tak apa, jangan risaukan akak. Kamu belajar saja rajin rajin. Akak pun nak tidur, penat baru balik.' - Mai
Mai berfikir keras seketika hingga terangguk angguk. Tak payah bagitahu la kan mengenai rumah tengah black out. Tak pasal pasal dia orang kalut nak balik risaukan aku. Dah satu hal. Biar jelah fokus study.
Ting!
Eh? Cepatnya.
Baru saja nak simpan telefon. Mai tengok mula.
'Okay Kak! Oh lupa nak bagitahu. Kalau Ken pun rasanya tak balik. Dia cakap ada urusan. Itu je, bye kakakku!' - Calvin
Ken?
Oh yang pendiam tu. Yang tak berapa suka aku. Beberapa hari ni tak nampak dia. Dia tidur kat mana ya? Hah biarlah. Dah besar, pandai la jaga diri. Tapi dia macam ada masalah...
Mai menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan.
Yah, hentikan fikirankan orang lain. Badan sendiri rasanya melekit ingin segera mandi.
"Lagi berapa minit ya nak hidup... Ya Tuhan aku nak mandi tidur."
Kreett...
Bunyi pintu secara tiba tiba membuatkan Mai semakin merinding. Aduhai apa ni?
Dum!
Bunyi pintu ditutup pula menyentakkannya. Istighfar panjang Mai dalam hati. Tak kena time kalau hantu nak kacau dia sekarang. Sekurangnya kacau la masa ada ramai orang! Ini dia sorang!
Mai undur dua tapak ke belakang dan
Ukh!
Apa pulak yang aku langgar?!
Mai rasa nak menangis sekarang ni. Dah bermacam bayangan hantu muncul dalam ingatan. Jangan la yang dia langgar...
Walau takut begitu, Mai tetap berpusing tubuh perlahan lahan.
'Sesuatu' yang dilanggar sebentar tadi disuluh menggunakan torch telefon.
"Ck, silau..."
Suara garau?
Eh?
Serentak dengan itu Mai angkat muka mengamati dengan bersungguh orang didepannya.
Eh?
Dia... kenapa ada kat sini?
"Ken?"
Share this novel