2 : Ingin Memiliki Dia

Romance Series 8958

          MEREKA sedang makan tengahari bersama di meja sederhana yang berada di ruangan dapur.

Sempat Mai memuji sikap para pemuda tersebut yang rajin dalam menjaga kebersihan rumah. Yah, dia tak kisah mana sebenarnya sebab pejabatnya di markas pun lebih teruk dari gedung lama. Erk! Ye-yela dia mana ada masa nak kemas. Tapi sekarang dia bersyukur...

Mai pandang para anak muda didepannya sedang berborak sambil tertawa. Bibirnya naik tersenyum. Muka yang lesu perlahan mula bersemangat.

Ya, aku bersyukur dan sangat berterima kasih kepada mereka semua ni. Dimana lagi nak jumpa orang baik. Sudi bantu dia pula tu. Sepanjang hidup hanya sepuluh peratus saja orang baik muncul dalam hidup aku. Getus Mai dalam hati.

Tapi satu hal yang buat Mai tertanya tanya. Mana orang yang bernama Ken itu? Manakan berkenalan, batang hidung pun tak nampak.

"Mana-"

Baru saja Mai ingin mengajukan soalan, suara langkah dari tangga menghentikannya dan menarik perhatian.

Lama Mai pandang kehadiran seorang lelaki bertubuh tinggi berwajah mengantuk melewati meja makan.

Tak hiraukan mereka yang rancak berborak di meja makan, Ken malah berjalan memasuki dapur lalu mengambil plastik makanan dari perut peti ais.

Mai tersedar terus membuat kesimpulan bahawa pemuda yang lewat dengan santai tadi adalah Ken yang dikatakan.

"Jadi itu ke Ken yang korang bagitahu tadi?" soalnya.

"Iya, dia la tu. Handsome kan orangnya? Kenapa kak?" dijawap soalan pula oleh Calvin.

Rais melirik dengan ekor mata ke dapur lalu pandang Mai.

Semasa Ken melintasi mereka sambil membawa plastik makanan dan segelas air di tangan.

Rais menegur. "Kau ni... ada meja nak juga makan dalam bilik. Haih... Kalau jadi anak mak aku ni, memang kena dah."

Langkah Ken terhenti. Lirik kejap teman housemate nya itu wajah datarnya.

Calvin yang sedikit takut melihat situasi dihadapannya membisik keras kepada Rais. "Rais! Gila apa kau tegur dia! Diam sajalah... sshh..."

Rais yang tetap selamba itu mengangkat bahu saja menanya apa yang salah dengan bicaranya? Betul apa?

"Ada apa?" tanya Ken tanpa pedulikan bicara tadi.

Mereka jarang bertegur sapa jauh sekali nak berborak dengan pemuda bernama Ken itu. Pemuda itu tampak tak berminat membuang waktu. Masa banyak dihabiskan di U dan tempat kerja part time. Balik kerja tengah malam terperap dalam bilik. Dia juga tak rapat dengan housemate nya sendiri walau sudah nak masuk setahun menyewa bersama.

"Ken, ini Kak Maihara yang kau tolong bawa masuk semalam. Sementara waktu ni Kak Mai kena tinggal sini. Ramai orang jahat cari dia, jadi kita orang plan nak tolong Kak Mai supaya balik dengan selamat ke tempat kerja dia." celah Hairi menjelaskan situasi agar kembali tenang.

Mai garu kepala yang tak gatal acah malu kucing. Sesaat matanya bertentang dengan mata Ken.

"Oh. Okay. Kalau macam tu aku naik dulu."

Mendengar respon terpaling ringkas dari Ken hampir membuatkan Mai tersedak air. Memandang tak percaya kepada lelaki itu.

Itu je? Heh biar betul budak handsome ni?! Ada emas ke dalam mulut? Sayang betul suara tu.

"Apa?"

Tersentak Mai kerana mendapat pertanyaan tiba tiba dari Ken.

Lama sangat ke aku pandang dia sampai dia tak selesa? Haih kau pun Mai, tenung muka anak orang tak berkelip!

Mai kembali senyum mekar. "Ken kan? Terima kasih banyak tolong akak semalam. Kalau awak tak tolong, agaknya semalam saya dah kena gigit anjing. Terima kasih ya, kalau panjang umur akak nak balas budi awak. Itupun kalau awak tak keberatan la. Ah, tentu semua yang ada kat sini termasuk sekali."

Ken pandang kejap lalu buang muka ke arah lain.

"Tak perlu. Kebetulan saja aku yang balik lambat semalam. Kalau bukan aku, mesti Calvin yang jumpa kau." jawapnya dingin dan datar.

"Ah iya." Mai turut pandang ke arah lain.

Agaknya budak nama Ken ni tak berapa suka aku. Tapi kalau ditengok dari cara dia bercakap memang dia tak rapat dengan mana mana mereka yang ada kat sini. Monolog Mai sendiri. Menyedapkan hati.

"Nanti dah siap makan, letak saja dalam singki. Biar akak cuci." ujar Mai membawa pinggan kotor ke arah dapur.

Hairi perasan bila air muka Mai berubah. Ken dipandang. Dia merasa tak enak mendengar bicara tak sopan tadi terhadap Mai yang lebih tua dari mereka.

"Kak Maihara lebih tua dari kita. Jangan bercakap 'aku kau' dengan dia. Tak ada adab. Sekurangnya panggil dia Akak." tegur Hairi agak tegas.

Calvin tampak gelisah takut terjadi pertengkaran kerana merasa suasana yang makin menegang. Rais pula diam saja tenang menyuap nasi kedalam mulut. Malas masuk campur bila Hairi dah keluar ayatnya. Kang tak pasal dengan dia sekali kena. Bukan tak kenal tamannya Hairi, nampak saja lembut sopan. Sekali kasi ayat menangis kau insaf.

"Haa... aku setuju dengan Hairi. Kan Vin?" ujar Rais.

"Eh? Ah ya. Be-betul la tu." tukas Calvin teragak agak.

"Tengok la dulu. Tak janji..." seraya menjawap begini Ken menyambung langkah menaiki tangga tanpa berpaling.

Ketiga sahabat itu berpandangan sesama sendiri lalu melepas helaan nafas berat.

"Haih... ada ada saja."

***********

        Kehidupan bandaraya pada malam hari terlihat masih sibuk dan ramai anak muda yang sedang bersuka ria. Cahaya nion dari lampu setiap bangunan membuat bandar terlihat indah kalau dilihat dari tempat yang tinggi.

Di satu pusat hiburan yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat satu ruangan khas yang tersudut. Disebabkan ruangan VVIP ini jauh tersudut jadi suara bising hampir tak terdengar menjadikan suasananya tenang.

Beberapa orang lelaki sedang berfoya foya tenggelam dilayani wanita pelayan masing masing. Lelaki-lelaki itu merupakan 'klien' vip malam ini jadi perlu dilayani sebaik mungkin.

"Boleh I sentuh sini?"

"Boleh, sayang... You berhak sentuh mana mana bahagian tubuh I. Sebab I dah jadi milik you sepenuhnya..."

"Aww... aum! You so cute, hubby."

Walaupun begitu masih terdengar desas desus bicara manja dari beberapa pasangan yang ada di sofa panjang itu. Suasana yang agak gelap membuatkan mereka tenggelam dalam hawa nafsu masing masing. Tak hiraukan di mana berada. Sentuhan, bercumbu, pelukkan sudah menjadi perkara biasa.

Tetapi perkara itulah yang membuat sang pemilik club puas hati. Kepuasan hati pelanggan adalah sumber wang. Tempat ini juga terkenal kerana dijaga ketat oleh ramai pengawal dan layanan yang istimewa. Yang paling menarik tempat ini dimiliki oleh seorang lelaki yang berpengaruh dalam dunia kongsi gelap.

Iaitu Kaiser.

Kelihatan jejaka itu sedang melayani rokok sambil di apit dua perempuan seksi disisi. Kepulan asap berkepul keluar dari mulut dan hidung mancungnya. Godaan wanita disampingnya dibiarkan malah dia hanyut dalam dunianya sendiri memikirkan sesuatu.

"Kai! Dah la rokok tu. Sakit tekak I ni dari tadi batuk. You tak kesian ke baju I dah bau rokok." ngadu manja perempuan seksi dikanannya sambil terbatuk batuk.

Bibir kacak itu berdecit geram. Kemudian bangun berdiri ingin menjauh dari dua pelayan yang menempel padanya dari tadi. Ah, padahal dia tak minta pun. Mereka yang datang sendiri, tapi mereka yang heboh sendiri.

Langkah di atur bergaya ke arah pengawalnya sambil membetulkan tali leher yang hampir tercabut. Kemeja putih masih kemas melekat pada tubuh kekarnya. Lihat tubuh itu saja sudah membuat para perempuan pengsan akibat terlalu suka. Ditambah rupa yang memikat dan gaya rambut keperangan yang menarik dan stylo.

"Ikut aku kejap."

"Baik Tuan." Martin selaku orang kanan Kaiser mengikuti langkah lelaki itu yang sudah keluar dari club. Suasana didalam terlalu bising.

Sambil bersandar di dinding Kaiser sambung melayani rokoknya. Ah dasar perokok tegar. Di jalan itu kurang orang lalu lalang memudahkan dia yang ingin bicara dengan tenang.

"Ada apa Tuan panggil saya? Tuan nak balik rumah ke? Saya boleh hantarkan." tanya Martin penuh tatatertib.

Kaiser senyum sinis. Putung rokok dipijak.

"Tak payah nak bertuan tuan dengan aku. Tak sesuai dengan kau."

Mendengar itu berubah terus Martin yang tadi seperti robot kepada manusia normal. Ketawa suka kepada teman merangkap bosnya.

"Haih, kau ni. Aku baru nak feeling jadi pengawal sado tanpa perasaan yang dapat pikat perempuan cantik. Kacau betul la..." tukas Martin bersama sisa gelak.

Ketawa dihentikan apabila melihat air muka serius Kaiser yang seperti memikirkan sesuatu.

"Kai, kau masih nak cari perempuan tu? Aku tahu muka kau ni. Muka serupa mati bini macam tu, tak lain tak bukan mesti fikirkan perempuan tu." kata Martin lancar tanpa hiraukan ayatnya benar atau tidak. Argh! dia cakap macam mana pun, Kaiser bukan dengar pun nasihat dia.

Tatapan datar Kaiser jauh termenung kedalam gelap malam.

"Cih! Palau aku pulak..." decit Martin apabila bicaranya tak ditangkap satu pun.

Beberapa minit mereka berdiam diri barulah Kaiser bersuara.

"Lima tahun. Lima tahun aku cari 'dia'. Satu petunjuk pun tak jumpa. Bro..." ujar perlahan Kaiser seraya memusing badan menghadap orang kuatnya.

"Kau ingat aku main-main bila aku suruh cari dia lima tahun yang lepas. Kau tahukan aku macam mana dulu kalau tak jumpa apa yang aku nak."

Kaiser menepuk bahu Martin bersama sebaris senyum mengancam yang hanya Martin yang faham.

"Kau faham maksud aku kan, sahabat?"

Martin telan air liur gugup. Dia tak mampu melawan setiap kali Kaiser menunjukkan ekspresi wajah yang satu itu.

"Faham. Maaf, aku akan serius cari dia."

"Bagus."

Martin masih menanti jika ada lagi yang nak dibicarakan. Tetapi beberapa saat menunggu bosnya itu tetap diam. Dilihat dari riak muka dingin itu dia tak mampu nak tafsirkan bagaimana.

Belakang lehernya Martin gosok. Serba salah nak bertanya. Sebenarnya sudah lama dia nak menanyakan hal ini.

Seberapa penting wanita yang ia cari selama ini? Sampaikan dia perasan semenjak lima tahun lepas, Kaiser tak pernah tidur dengan mana mana perempuan wahal ramai yang mendekat. Padahal sebelum ini Kaiser yang dia kenal terkenal dengan sikap buaya nya. Siapa wanita misteri yang berjaya ubah lelaki bersifat seperti binatang buas itu kepada anak kucing yang menunggu kepulangan ibunya.

"Mesti kau tertanya tanya siapa perempuan tu. Seberapa penting dia sampai bertahun tahun aku berusaha cari." Kaiser bersuara tenang setelah lama berdiam diri.

Martin sempat terpinga pinga tapi tak lama dia tersengih kerang busuk. Belakang leher digosok. Agak takut sebenarnya nak bertanya kerana itu perkara sensitif bagi Kaiser. Bukan dia tak pernah tanya, mendapat jelingan maut adala.

"Kau kan tak suka bila aku tanya pasal dia. Jadi aku senyap sajalah ikut apa yang kau suruh. Ta-tapi kalau kau nak cerita pun aku tak kisah. Kita kan kawan dah lama, takkan kau tak percayakan aku." ujar Martin sedikit memujuk. Argh rasa penasaran nya hampir terselesai jika temannya itu beritahu hal yang lebih dalam.

Kaiser meraup rambutnya ke belakang. Helaan nafas kecil dilepaskan.

"Dia... aku nak miliki dia."

Glup!

Martin yang melihat ekspresi seringai ditambah senyum bermakna pada wajah Kaiser ketika ini menjadi gugup tiba tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience