21 : Amukkan Si Gila

Romance Series 8958

          CINCIN putih pada jari manis ditatap lama. Cincin ini tanda janji antara dia dan Thalia. Gadis itu sendiri yang setuju untuk bertunang dengannya apabila dia pulang. Sesuai janji, dia telah kembali ke tempat asalnya.

Kemudian, kepala mendongak melihat rumah lamanya. Tika Kaiser berdiri didepan pagar, matanya terpaku pada sekeping surat yang berada didalam kotak surat.

Disebabkan surat itu sampul berwarna hitam dan ianya terlihat menarik. Dia jadi gatal tangan nak tahu apa isi surat.

Sampul hitam tersebut dikoyak berhati-hati takut terkoyak sekali dengan isi. Terdapat beberapa keping gambar.

Sesaat darah Kaiser berderau. Sungguh terkesima tatkala gambar-gambar menyapa pada iris mata. Kerutan keningnya bertaut hingga hampir tercantum.

Amarah yang naik dikawal sesabar mungkin.

Diperingatkan sekali lagi, Kaiser Lee memiliki kebiasaan melihat ke atas jika dia berada dalam kondisi menahan marah yang tak boleh dilepaskan.

Langit petang mulai mendung menandakan hari mahu hujan. Awan-awan kelabu gelap bermunculan dikawasan tersebut.

"Haa... apa salah aku?" keluhan berat terbit dari bibirnya.

Gambar berukuran tapak tangan tadi tak dikoyak, malahan disumbat dalam kocek seluar. Dia memusing badan untuk pergi ke suatu tempat. Menemui orang yang terdapat dalam gambar.

Kaiser membatal niat untuk menemui Xing Fei. Ada hal yang perlu dia urus terlebih dahulu. Setelah ini barulah dia pulang.

Ding Dong!

Bunyi loceng sayup-sayup membuatkan Thalia angkat wajah. Dia menoleh kepada Frediz yang sedang mencukur jambang dihadapan cermin tandas.

"You! Ada pesan apa-apa makanan ke?" soalnya seraya menutup air yang mengalir.

"Nope." Frediz mengelap cream shaving mousse pada dagunya.

Ding Dong!

Ding Dong!

Thalia pandang kedua tangannya yang menggigil secara tiba-tiba. Entah mengapa dia merasa cuak tanpa sebab. Hati mulai tak sedap apabila terdengar suara kecoh para maid dari lantai bawah.

Tuala putih dicapai lalu membalut tubuhnya yang telan*ang bulat. Sebelah tangan pegang tuala supaya tak terlepas manakala sebelah lagi memegang dada.

Jantung berdegup laju seperti merasa terancam. Thalia resah sendiri. Mengapa dia tak sedap hati begini? Kenapa diri merasa terancam seakan ada bahaya yang mendekat?

"Lia... kenapa kau nampak gelisah? Kau takut si bo**h tu balik?" kata Frediz yang datang memeluk dari belakang.

Thalia membiarkan saja tubuhnya didakap. Kukunya digigit gelisah. Apapun yang dikatakan takkan mampu hilangkan debaran dari rasa takut ini.

Melihat gadis itu tidak memberi respon. Bibir basah Frediz menghampiri telinga Thalia.

"Atau... kau takut hubungan kita kantoi?" suaranya berbisik garau.

Klak!

Bunyi pintu kamar terbuka membuatkan Thalia angkat wajah.

"Jumpa pun. Penat aku cari bilik kau."

Eh?

Suara itu kan...

BRAAK!

"Ah!" Thalia terjerit akibat terperanjat dengan kejadian barusan. Dia menikus dibelakang tubuh sasa Frediz.

Pintu kamar mandi dipecahkan separuh oleh seseorang dari luar. Muncul Kaiser dengan uniknya.

"What a surprise? I'm come back again, my friends! Thalia sayang, sini-sini. Kenapa menyorok belakang tu? Tak rindu aku?" panggil Kaiser bernada senang.

Pucat lesi wajah Thalia waktu ini. "Ka-Kaiser..." gentar suaranya.

Frediz memakai bathrobe yang tersangkut di situ. Datang tiga orang pembantu rumah dari belakang tubuh tegap Kaiser.

"Encik! Encik tak boleh masuk rumah orang sesuka hati macam ni!"

"Kalau Encik berkeras tak nak keluar, kami akan call polis!" kelam kabut mereka takut dimarahi majikan.

Kaiser masih tak berganjak. Dia melawan mata tajam Frediz dengan sengihan sinis.

"Pergi." hanya dengan sekali arahan tegas dari Frediz. Mampu membuat para maid itu menunduk takut.

"Ba-Baik tuan."

Beredar saja mereka. Kaiser kembali melihat ke arah dua orang 'sahabat' nya yang sedang mandi tadi. Wah so sawitt mandi sekali!

BHUK!

Kaiser terganjak sedikit ke belakang apabila mendapat satu tumbukkan rindu dari sahabatnya.

Dia sentuh pipi yang terkena tumbukkan sambil sengih sumbang. "Pedas!"

Seraut wajah Frediz berkerut hairan. Dia tak jatuh? Padahal itu pukulan sekuat tenaga aku.

"Hebat cara kau muncul. Kau marah aku ambil milik kau?" soalnya menikam tajam melihat Kaiser yang masih beriak biasa. Perasaannya saja atau bukan, dia merasa Kaiser sengaja tak elak semasa dilayang tinju.

"Entah la. Aku memang tak berharap banyak dalam hal percintaan ni. Cinta monyet belaka." balas Kaiser bersahaja.

Baru perasan dengan penampilan mereka berdua. Kaiser keluarkan telefon dari kocek seluar. Lantas, telefon dihala ke hadapan.

"Ciss sikit!"

Sekeping gambar ditanggap. Jelas penampilan memalukan dari Frediz dan Thalia.

Thalia apa lagi. Terkedu dengan tindakan barusan. Tangan yang pegang hujung tuala terasa gementar hebat. Perasaan marah muncul hingga dadanya berombak turun kencang.

"Si bo**h," Frediz yang menahan berang menggertak giginya.

Telefon tersebut Kaiser layang-layang ke udara. "Ini kenangan kita bertiga. Jangan muncul depan aku lagi kalau tak nak gambar ni satu dunia tengok. Terutama kau Thalia, kau kan-"

Pang!

Satu tamparan keras hinggap pada wajah tampan Kaiser. Membuatkan senyumnya mati sejenak sebelum digaris kembali.

Mata Thalia bergenang kerana teramat kecewa dengan tindakan lelaki itu. Ini pertama kalinya dia memukul Kaiser. Mulutnya menahan tangis bersama riak tegas.

"Jangan melampau, Kaiser. I dah lama bersabar dengan you... jangan buat I naik angin kat sini." meski takut-takut, Thalia beranikan diri jua mengatakan dengan tegas.

Kaiser menahan gelak. Hati tergelitik lucu mendengar ayat tersebut dari mulut Thalia. Kenapa aku rasa aku pula yang jahat kat sini? Siapa yang khianat siapa?

Hujung bibir yang terasa sedikit berdarah dijilat. Bersama sengihan senget Kaiser melirik ke arah Frediz.

"Tadi kena tumbuk, sekarang kena tampar. Haih! Malang sungguh nasib anak yatim ini." rintihnya pura-pura sedih. Siap dengan mimik lagi.

Kening Frediz terangkat kerana tertarik mendengar itu. Thalia ditarik ke belakangnya semula. "Bapak kau dah meninggal? Kau yang bunuh?"

"Awalnya niat dihati macam tu. Tapi rasa macam nak bunuh kau dulu. Aku penasaran rasa darah kau. Pahit? Kelat?" Kaiser sengaja menguji. Noh siap gigit bibir dengan menggoda! Mencurigakan!

Dia membiarkan kolar bajunya direntap kasar oleh Frediz. Kemudian diangkat untuk dihempas ke lantai. Namun tindakannya terhenti disebabkan teriakkan sakit dari Thalia.

"Sa-Sakit! Kai... lepas!" Thalia berusaha melepas cengkaman Kaiser dari rambutnya. Rambut terasa mahu tercabut dari akar!

*tindakan Frediz seperti teknik dari Gulat. Sekali terhempas ke lantai keras, lawan boleh cacat!

"Power ah! Kau belajar Gulat? Cacat aku! Hahaha!"

Melihat Frediz pejam mata seakan sedang teragak-agak.

Kaiser berkata. "Kalau kau hempas aku. Perempuan ni pun akan terjatuh sama. Ada berani? Hehe."

Frediz mengetap rahang menahan berang. Sejujurnya dia tak sangka, lelaki itu berani sakiti perempuan.

"Lepaskan Lia."

"Lepaskan aku dulu."

Kolar baju Kaiser dilepaskan begitu saja hingga dia terjelopok ke lantai basah. Adeh sakit mus*bat!

Frediz segera mendapatkan si gadis yang menangis kesakitan. Lebih ke arah gerun sebenarnya.

Hairan dia melihat Thalia memeluk tubuh gementar. Seperti nampak hantu. Padahal Kaiser saja kan?

"Jangan takut sangat. Aku kan ada. Si pengecut tu mana berani bunuh orang." pujuk Frediz bertujuan menenangkan si gadis. Kasihan juga melihat Thalia setakut ini.

Pujukkan tersebut dibiarkan bagai angin berlalu. Lidah Thalia kelu untuk berbicara. Dia menggigil macam nampak hantu.

Thalia menggeleng. Sempat dia mencuri pandang Kaiser yang masih menanti penuh sabar.

"Ta-Tak... you tak kenal Kai. I yang dari dulu rapat dengan dia. Ada sebab kenapa Martin selalu panggil dia gila."

Trauma! Benar dia trauma apabila mengingat kembali kegilaan lelaki itu dulu.

"Dia betul-betul gila. Tindakan dia diluar dugaan..." Thalia kembali menikus tatkala lelaki itu menghampiri.

Kaiser mengibas bajunya yang agak basah terkena lantai tandas. Tangan kiri membawa botol sabun.

Tali pinggangnya dilepaskan sambil mendekati Frediz yang berpaling darinya.

Frediz tersentak kerana gadis itu menangis ketakutan. "Lia! Ada apa? Kenap-"

GREP!

Kejadian begitu pantas. Leher Frediz telah dililit kuat oleh tali pinggang. Hingga membuatnya tak sempat memberontak.

Cekikkan semakin dikuatkan, diikuti gelak gila dari Kaiser.

"Tolong berhenti... dia boleh mati... please... saya akan kembali kepada awak. Tapi tolong lepaskan Fred." rayu Thalia segenap tenaga diikuti air mata yang membanjiri wajah cantiknya.

Sekali lagi perkataan dari mulut Thalia berjaya membuat Kaiser terhibur. Frediz yang sudah biru muka tak dihiraukan.

"Kau ada bakat buat lawak la, Thalia."

Thalia terpinga-pinga. "Apa?"

"Lepas apa yang jadi ni, kau boleh fikir yang aku masih ada hati pada kau. Jangan macam tu Lia. Malu kaum perempuan kalau dengar..." ujar Kaiser semakin melebar senyum. Dia menikmati suara rayuan dari Frediz yang masih dicekik.

Darah Thalia menyerbu ke muka. Dia merasa malu dengan ucapannya sendiri. "Ja-Jadi kenapa you nak mengamuk macam ni?!"

Frediz dilepaskan memandangkan dia masih belum puas menyeksa lelaki itu. Mana boleh mati senang-senang saja kan!

Terbatuk-batuk Frediz. Lega, seperti hidup kembali.

"Kenapa aku mengamuk kau tanya? Macam yang aku cakap tadi. Sejak dulu, aku tak berharap banyak dalam percintaan. Tapi aku sedikit kecewa." ujar Kaiser. Meliar mata mencari botol sabun tadi. Jatuh mana ya?

Oh itu! Botol sabun dicapai lalu dibuat untuk tongkat lengannya.

Thalia mengetap bibir. Kenapa dia rasa kecewa dan sakit hati mendengar hal itu?

"Jangan merasa playvictim sangat. Kita sama saja. Oi kau! Jangan pengsan, aku nak cakap sikit." Kaiser beralih kepada Frediz yang termengah mencari nafas.

Frediz jeling tajam. Matanya penuh dendam kesumat. Benci membuak-buak.

Kaiser membuat mimik sedih. "Fred kau... cemburu dengan aku sebenarnya kan? Dari dulu lagi kan? Sebab aku lagi handsome dari kau? Atau sebab aku ambil perempuan ni dari kau?"

Frediz ketawa sumbang. Benar, lelaki didepannya adalah orang gila. Dia boleh buat ekspresi muka berbeza-beza dalam waktu yang singkat. Tadi gelak, sekarang sedih. Dasar psycho!

"Hey,"

Kaiser merapat muka. "Apa ban*s*t?"

"Ya aku cemburu sebab aku dulu kan yang rapat dengan Lia. Lagipun, kau bukan cintakan dia pun. Kau cuma gunakan dia saja kan? Kau kan haus kasih sayang. Jadi kau gunakan dia sebab dia orang yang hangat dengan kasih sayang." Frediz menyindir penuh yakin. Kerana dari dulu dia perasan hal itu.

"Oh ya? Aku tak perasan. Nampaknya kau selalu perhatikan aku. Ah... tapi aku tetap kecewa." dengan santai Kaiser kembali mengeluh nasib.

Dia menilik lama botol sabun yang dari tadi dipegang. Bermacam idea jahat muncul dikotak fikiran.

"Padahal aku anggap korang berdua kawan aku. Tapi ini yang korang balas?"

Thalia berundur menjauh dari situ. Dilihat dari senyuman itu saja dia tahu apa tujuan Kaiser pegang botol itu.

Kaiser berjalan keliling Frediz. "Rupanya korang tak anggap aku kawan pun. Rupanya aku cuma orang bo**h dimata kau berdua. Mari aku tunjuk, segila apa orang bo**h ni!"

Frediz tak sempat bereaksi. Dia terpaku apabila muncung botol sabun muncul pada iris matanya.

"ARGHH! B****! KEPA**T KAU KAISER!"

Frediz menggelupur sambil pegang sebelah mata yang dicongkel.

Tuing!

Thalia menekup mulut sewaktu bola mata milik lelaki itu bergolek didepannya.

"Aaaa!"

Teriakkan dua orang itu bergema didalam kamar mandi.

Thalia terduduk bersama air mata bercucuran. Lutut terasa lembik untuk lari. A-Apa? Lepas ni giliran dia?

Dia hanya mampu melihat Frediz yang memaki hamun.

"BAN***! Aku bunuh kau!"

"Aku bunuh kau dasar gila..." kedua pipi Frediz dicengkam kemas oleh Kaiser.

Sekali lagi botol sabun dimasuk dalam rongga mulut Frediz.

Debaran jantung Frediz semakin menggila. Gigi?! Dia tahu target selanjutnya gigi! Seumur hidup, ini pertama kalinya dia hadapi bahaya yang buat dia rasa hampir mati.

Berjumpa beruang pun tak segerun ini!

"Sshh... jangan jerit, kita orang jantan. Sakit sikit saja... tahan." bisik Kaiser perlahan.

Ptak!

Ptak!

Seakan mahu gila dikala beberapa biji gigi terpelanting atas lantai. Kesakitan yang teramat. Mohon bunuh saja dia saat ini juga. Air mata mengalir dipipi Frediz. Kesadaran sudah hilang.

Tindakan Kaiser terhenti apabila tubuh lelaki itu sudah jatuh longlai ke lantai.

"Haa... maaf-maaf aku tak bermaksud buat kau pengsan, sahabatku."

Selesai seorang.

Dia berpaling ke arah Thalia pula yang terduduk memeluk lutut. Tak tunggu lama, dia bangun menghampiri gadis itu.

Kaiser duduk bersila didepan Thalia. "Bersyukurlah kau ni perempuan. Jantan pengecut saja pukul perempuan kan?"

Melihat gadis itu masih menunduk. Kaiser merentap rambut Thalia.

"Aku tanya ni, jawap lah. Kan? Kau bersyukur kan?" nadanya dah berubah tenang. Penat agaknya bercakap dari tadi.

Laju Thalia mengangguk. Air mata belum kering malah semakin deras tiap kali pandang Frediz yang sudah tak sedarkan diri.

"Be-Bersyukur..."

"Bagus. Aku akan lepaskan kau. Tapi jawap dulu satu soalan aku. Kalau tak puaskan hati aku, kau tahu kan?" mulut Kaiser tersebik sedih. Tangan tunjuk kepada Frediz.

Sekali Thalia mengangguk laju. Ya Tuhan! Nafasnya tersekat berada diruangan yang sama dengan Kaiser!

"Aku nak kau jujur, empat tahun lepas. Kenapa kau kata kau sukakan aku? Sedangkan kau tidur dengan lelaki lain. Kenapa? Aku tak cukup handsome?"

Thalia tergagap-gagap. Mati! Kalau dia jujur rasanya dia akan mati! Peluh merenik didahi. Panik dia memikir alasan lain.

" Sa-Saya... "

Cengkaman pada rambutnya ditarik ke belakang hingga muka gadis ini terdongak.

"Saya apa?!"

Terhinjut bahu Thalia terkejut. Air mata mengalir lagi. Mata dipejam rapat.

"Sa-Saya... Saya kasihankan awak!" akhirnya terlepas juga.

Kaiser bangun dari situ. Botol sabun dilepas.

"Betul, ini jawapan yang aku nak dengar. Jujur kan bagus." dia berkata seraya melangkah pergi. Tak tahan dia.

Ketika dia berjalan keluar. Dirinya menjadi pusat perhatian dari semua maid. Dia hanya memandang kosong.

Mulut bergumam sendirian. "Ini Martin punya pasal. Selalu kata aku gila. Semua orang jadi benci aku bila aku jadi gila."

"Aku sedih... aku pun ada perasaan..."

"Hidup memang tak adil. Aku lepas geram sikit, dikata orang gila..."

Hm mami takot!

Bum!

Bunyi pintu ditutup.

"Mami... saya penat!" Kaiser melabuh punggung atas sofa. Mata yang mulai memberat dipejam.

"Mami?"

Kenapa senyap?

Sebelah mata dibuka. Hairan. Selalunya cepat saja muncul maminya itu. Ini suara pun tak ada. Nak kata keluar, takkan la tak kunci pintu.

Dia bangun dari baringan. Langkah besar di atur menuju ke kamar Xing Fei. Mungkin tengah tidur.

Tombol pintu dipulas. Dan saat itu juga, Kaiser merasa bagai ada batu besar yang menghempas. Cahaya kilat dari luar terlihat dari kaca jendela.

Setelah bunyi guruh kuat seperti ditepi telinga, disertai juga dengan hujan yang membasahi bumi. Bagai hati Kaiser saat ini.

Hancur sudah. Hidupnya sudah hancur.

"Mami..." suara serak lelaki ini terdengar diiringi suara hujan.

hadeh penat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience