11 : Trust Issue

Romance Series 8991

           KONDOMINIUM yang dicat gelap dipandang kejap. Boleh tahan. Kemudian dia pandang Kaiser disebelah tempat pemandu. Mereka sedang berada didalam kereta sejak tadi tanpa tanda-tanda ingin keluar.

"Nak masuk dalam? Tengok-tengok dulu." soal Kaiser apabila mata mereka bertemu tak sengaja.

Tak sengaja apanya lelaki itu pandangnya dari tadi sambil tersenyum kerang busuk begitu.

"Tak. Tak perlu. Kan awak cakap nak tunjuk jalan saja. Sebenarnya boleh saja awak hantar location. Jadi tak perlu susah-susah macam ni. Sampai tinggalkan kerja." tiada sebaris senyuman pada wajah Mai. Namun suara sedikit gugup dan gementar tiap kali bertentang mata dengan lelaki itu.

Melihat wajah yang berusaha menutupi gugup itu membuatkan Kaiser serba salah. Cermin tingkap dibuka untuk masuk angin, kemudian kereta dimatikan. Dia ingin berbicara secara slow talk sebentar. Dia ingin Mai tahu sesuatu.

Dia jeling sesaat tangan Mai yang berada atas paha.

Dia ingin pegang tangan kecil itu. Kucup kemudian mengatakan yang dia bahagia dapat bertemu Mai semula setelah sekian lama mencari. Tapi, mungkin Mai akan semakin tak selesa dengannya jika dia bertindak melebihi batas.

"Aku nak bagitahu sesuatu. Aku nak jujur."

Giginya Mai ketap. Keluhan panjang dilepaskan. Seperti dapat agak topik apa yang nak dibahas.

"Kalau awak nak cakap pasal kisah yang tak sengaja dulu. Tolong lupakan. Saya tak selesa. Awak pun nampak macam tenang saja selama ni." kata Mai berbaur tegas hingga membuat lelaki itu terkedu kejap.

"Huh, tenang?" Kaiser ketawa buat buat. Mukanya diraup kasar. Lalu menoleh kepada Mai.

"Jangan buat aku gelak Mai. Bukan ke dulu kau sendiri yang minta aku lupakan dan urus saja hal aku."

"Memang la, tapi saya kan dalam keadaan emosi masa tu. Takkan la lepastu awak tak cari saya langsung. Lelaki jenis apa awak ni. Dah sentuh lepas macam tu saja. Sepatutnya awak faham, apa yang saya nak tak sama dengan apa yang saya cakap. Arh! Sudah lah! Saya yang b**oh di sini! Apa yang saya harapkan dari orang tak berperasaan macam awak ni. Agaknya saya orang yang entah ke berapa awak tidur bersama. Sekarang buka pintu. Saya nak balik sendiri." marah Mai sambil mengamuk mencuba buka pintu. Argh dikunci pulak dah!

"Bukalah! Jangan risau esok saya datang kerja!" sambungnya lagi. Mengamuk nak buka pintu tak boleh. Argh pintu ni pun! Dia nak dramatic pun tak jadi! Selalunya kan dalam drama perempuan merajuk lepastu keluar hempas pintu. Yang lelaki pula kejar lalu pujuk. Kalau Kaiser agaknya bukan pujuk tapi langgar dia.

Tergamam Kaiser. Sesaat kemudian dia tertawa perlahan. Segala bait ayat wanita itu berjaya dihadam. Oh jadi begitu.

"Tunggu, tunggu dulu. Jadi maksudnya selama ni..."

Terkaku Mai apabila kedua bahunya dipegang oleh Kaiser kerana dia mencuba memecahkan cermin menggunakan batang besi didalam dashboard. Amboi Mai ganas!

"Kau tunggu aku selama ni. Jadi kau tak benci aku. Ah... rupanya macam tu. Kenapa tak cakap awal-awal." suka sendiri Kaiser tanpa hiraukan Mai yang sudah mengeras seperti batu.

Mai tak berani bergerak tatkala jarak wajah mereka terlalu dekat. Beberapa inci saja! Jantungnya mengepam laju hingga wajahnya dibasahi keringat. Bibirnya diketap. S**l, dia benci perasaan ini. Perasaan aneh ini muncul tiap kali dia teringat Kaiser. Dan ianya semakin kuat setelah bertemu kembali.

"Maafkan aku, Mai. Perkara jujur yang aku nak cakap. Sebenarnya selama lima tahun ni aku bukan tak cari. Malah kau orang yang paling aku nak jumpa. Dunia ni luas, bukan mudah nak temukan satu orang tanpa sebarang pentunjuk. Kau tak tahu, Mai. Hampir gila aku cari kau selama ni. Tapi lepas kau cakap yang kau tunggu aku, aku lega sebenarnya. Nampaknya kita berkongsi rasa yang sama." entah mengapa lancar sekali ucapan dari Kaiser ini. Sebenarnya dia mahu tunggu masa sesuai untuk berbicara hal ini. Tapi kalau sudah dibuka topik, tanpa sedar dia teruskan juga.

Sepertinya dia tak perlu beritahu mengenai dia gunakan Nita.

Terkelu lidah Mai untuk membalas. Apa benar jika dia meminta untuk tanggungjawap, Kaiser akan turuti. Apa dia sebegitu berharga? Padahal selama ini dia sering digelar murahan kerana mengandung sebelum nikah. Tapi dia tak boleh beritahu hal itu. Kerana akan muncul masalah dan dampak yang besar.

Mai merasa matanya perih. Arh, jangan nangis. Aku benci tunjuk lemah. Wajah menunduk tatkala merasa pandangan mula kabur kerana genangan air mata. Jangan Mai jangan.

Dia benci sekali dengan perasan ini. Entah Kaiser akan anggap dia seperti apa jika menangis sekarang ini. Dadanya sesak dan sakit. Segala penderitaan yang dia lalui selama ini terlintas kembali bagai sengaja ingin buat dia jatuh tersungkur.

"Mai. Maihara kau nangis? Mai, maafkan aku... aku tak bermaksud." kalut Kaiser jadinya.

Esakkan halus mulai terdengar. Kaiser merasa bersalah. Wanita itu menangis kerananya. Dia... tak suka Mai sedih.

"Mai..." dagu Mai diangkat lembut.

Mai mengetap bibirnya kuat tanpa sengaja hingga sedikit berdarah. Anak mata dilarikan tak mahu bertentangan dengan mata redup berwarna coklat itu. Arh dia malu. Menyesal bertemu dengan lelaki itu. Apa dia hantuk saja kepala pura-pura pengsan?

Darah pada bibirnya dikesat lembut menggunakan ibu jari. Mujurlah kali ini tak dij*lat.

"Jangan gigit, Mai. Kau tak sayang diri ke." lembut saja suara garau Kaiser ketika ini hingga membuatkan Mai nak menangis lagi.

Dada bidang lelaki itu ditolak perlahan menjauh. Apa yang dia lakukan sekarang. Dia bukan datang untuk menangis. Dia hampir lupa tujuan asal.

"Cukuplah sekali saya jatuh. Kali ini biarlah saya tebus semua. Awak bagi masa selama mana saya perlu kerja dengan awak. Saya bukan nak kerja seumur hidup sebagai maid awak. Saya buat semua ni demi adik saya dan keluarga." jelas Mai akhirnya bisa tenang. Dia ingin Kaiser faham hal itu.

"Mai... aku-"

"Saya dah tak kisah tentang cinta. Apa yang saya tahu sekarang ni, saya nak hidup happy dengan Aryan." sambung Mai lagi perlahan. Dan sepertinya Mai terlepas sesuatu.

Air muka Kaiser serta merta berubah. "Aryan? Siapa?"

Setelah tersedar kesilapannya. Mai hampir menepuk dahinya sendiri.

Hah... sudah!

Kaiser yang sudah cemberut disebelah dilirik. Hati Mai bagai tersuntik ubat gila.

Mudah sekali suasana berubah. Padahal tadi mereka bertikam lidah dan hatinya panas sekali kerana Kaiser mengungkit kisah silam.

Tapi kenapa sekarang hatinya tergelitik lucu pula. Mai menahan senyum.

"Saya bukan orang yang perasan. Tapi sepertinya awak sukakan saya." kata Mai selamba badak.

"Hah..." Kaiser mengetap rahangnya. Tak terkedip matanya melihat Mai. Darah naik ke muka. Dia menutup mukanya yang merona. Dah macam pompuan pulak abang gangster ni!

Refleks Mai cubit kuat paha lelaki itu.

Kaiser bingung. Pahanya digosok gosok. Pedih nyah! "Aww! Apa?"

"Aw-Awak betul betul sukakan saya ke?! Be-Berani awak!" jerit Mai malu. Pipi putihnya pasti membahang merah saat ini. Aik, siapa yang kena malu sekarang ni?

Kaiser bersandar belakang tubuhnya. Mai dilirik bersama sebaris senyum kecil. "Kau baru sedar rupanya. Padahal dari tadi lagi aku bagi hint. Tak peka kau ni Mai. Kesian aku."

Mai pandang masih tak percaya. Keluhan dilepaskan perlahan.

"Mulut, apa pun boleh cakap. Saya tak percaya dengan lelaki lagi. Sudah la. Hantar saya sampai bus stop saja." nadanya kembali dingin dan datar. Pandangan dibuang ke luar.

Kaiser senyum tenang. Dia faham mengapa Mai begitu. Dia juga tahu bukan mudah untuk pikat Mai jatuh kedalam jurang buatannya.

Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan itu. Kemudian membelah jalan raya yang luas dan panjang.

Begitu kereta bergerak, mereka berdua tenggelam dalam dunia masing masing.

Mata tajam Kaiser melirik sekilas Mai yang cuma membisu pandang ke luar.

Dia masih belum tahu banyak mengenai diri Mai dan apa yang terjadi selama lima tahun. Setakat ini yang dia tahu, dia pernah bernikah lalu bercerai. Siapa bekas suami Mai itu dia masih belum tahu. Bab siasat dia serahkan kepada orang kanannya Martin. Tapi si Martin tu slow sangat! Wajar saja kerana Martin juga manusia biasa. Hal selidik begitu bukanlah keahliannya. Sepatutnya dia upah orang yang lebih tahu.

Tapi perkara ini perlu dirahsiakan dan hanya Martin orang yang ia percaya.

Tapi dia tertanya tanya satu hal.

"Aku tahu soalan ni sensitif bagi kau. Tapi jangan terasa kalau aku tanya ni." dia memulai kembali mukadimah.

"Belum tanya pun saya dah terasa. Apa?" tukas Mai selamba masih buang muka. Masih terfikir dan tak percaya lelaki itu menyukainya. Pandangan pertamakah?

"Orang seperti apa bekas suami kau, sampai kau pilih untuk bercerai?" penuh berhati-hati Kaiser menyusun ayat. Sempat intai riak yang tak berubah itu.

Mujurlah wanita itu tetap tenang.

"Dia sebab kau susah terima lelaki lagi? Apa yang si b**oh tu buat kepada kau?" sambung Kaiser lagi. Kali agak menekan kerana terbawa emosi.

Mai bermain-main dengan jari jemarinya atas paha. Keluhan berat terlepas lagi. Entah la. Sebenarnya dia malas nak ingat lagi kisah lama bersama si bekas suami. Tapi...

"Perlu ke awak nak tahu. Awak hanya majikan bukan suami saya. Saya fikir awak orang yang profesional dalam bekerja. Rupanya sangkaan saya salah." walau kasar namun nadanya tetap bersahaja. Kerana apa? Kerana kisah itu sedikit sudah menjadi tanah kering yang ia kuburkan lamanya. Sudah tak berdampak padanya. Mungkin.

"Bukan ke aku pernah cakap yang aku akan jadi orang yang sayang kau lebih dari siapapun sampai kau tak perlukan orang lain lagi selain aku. Jadi, aku perlu tahu. Cerita saja, aku dengar." meski sedikit menekan tapi Kaiser serius dengan ucapannya.

Mai mengetap bibir. Perih pula rasa kerana luka. Tak. Dia masih belum sepenuhnya percaya kepada Kaiser. Orang yang dia baru jumpa dua kali. Orang lama saja mengkhianatinya, inikan pula yang baru kenal. Tapi untuk sekarang biarlah dia ceritakan saja.

Dia mengerti bagaimana hidup dalam tertanya-tanya perkara yang kita tak tahu.

"Zahid. Dia seorang yang baik pada mulanya. Tapi dia juga manusia biasa. Cuaca saja berubah, inikan pula manusia. Saya tak sangka sebenci itu dia pada saya. Saya faham dan saya tak salahkan dia." wajah Mai terlihat murung meskipun cuba disembunyikan.

Stereng digenggam kemas. Meskipun pandangan terhala kedepan kerana memandu tapi Kaiser tetap fokus mendengar. Dia ingin tahu dari mulut Mai sendiri.

Rahangnya diketap. Urat kemarahan timbul pada tangannya kerana genggaman pada stereng terlalu erat.

"Teruskan." Kaiser ingin tahu seperti apa perlakuan si bekas suami itu terhadap Mai selama dia tiada.

"Tapi... terkadang rasa tak adil. Walaupun sepanjang perkahwinan saya tak pernah cintakan dia. Saya bertahan atas dasar menghormati suami. Tapi dia terus kecewakan saya tanpa bagi saya peluang untuk bahagia."

Mai pandang Kaiser yang fokus memandu disebelah. Rasanya dia tak patut ceritakan semua. Dia beritahu sebahagian kecil saja.

"Dulu..."

IMBAS KEMBALI...

Dua jenis lauk dihidangkan atas meja makan bersaiz sederhana. Air dituang dalam gelas kaca.

Terlahir senyum bahagia dari bibir lesu itu tatkala membayangkan masakannya dimakan dengan senang oleh sang suami.

Jam yang melekat pada dinding dikerling sekilas. Jam menunjuk pukul 9:44 malam.

"Tak balik lagi ke? Ada apa-apa jadi ke? Risau la pula. Kalau aku call, mesti dia marah. Kacau dia kerja..." wajahnya murung memikirkan itu.

Bukan tak pernah Zahid pulang lewat begini. Malahan kadang tak pulang langsung. Dia tidur di mana ya? Buatnya risau saja.

Bibir bawahnya Mai gigit. Kebiasaan menggigit bibir semasa gelisah dan resah.

Apa mungkin dia buat hal lagi dibelakang aku? Seperti hari itu.

Sesaat kemudian Mai menggeleng kepala menidakkan sangkaan buruk tersebut.

Dia berjalan ke arah sofa di ruang tamu. Lalu berbaring disitu sambil menunggu kepulangan suami. Kelopak matanya berat. Mulut juga penat menguap.

Tidur la dulu sambil menunggu.

"Fikir yang baik-baik saja Mai. Dia kan dah minta maaf. Mustahil lelaki sebaik Zahid buat lagi perkara tu..." ngumam Mai sendiri. Kuyu matanya hampir terkatup.

Sebelah tangannya memegang perutnya yang sudah memboyot. Tunggu masa saja nak bersalin. Perlahan diusap lembut. Bibirnya naik tersenyum.

"Dari mana ya datangnya kekuatan aku untuk pertahankan anak ini. Sebahagian mungkin dari Zahid. Mungkin juga dari lelaki it-"

Terlena jua wanita bertubuh kecil molek ini. Wajahnya polos tidur pulas kerana kelelahan seharian bersih bersih rumah. Dia tinggal dirumah sewa sederhana bersama Zahid. Jika dulu, dari atas sampai bawah tubuhnya dijaga baik kerana di Villa ada ramai pembantu rumah. Tapi disini tidak.

Ah, tapi ini sudah memadai. Inilah yang Mai cari selama ini. Hidup sederhana bersama orang tersayang. Meskipun dia tak cintakan suaminya tapi sayang sebagai pasangan pasti ada.

Tak!

Tak!

Tak!

Jarum jam berdetik. Masa bergerak tanpa menunggu persiapan apa apa dari manusia. Kerana masa tak boleh dikawal. Dia hanya bergerak dan bergerak.

1:23 malam.

"Eh?" kedua mata Mai terbuka luas. Jam dipandang. Dia bangun berhati hati menyandar pada kepala sofa.

"Tskk..." pinggangnya sakit. Kepala berdenyut denyut bagai ada yang mencucuk. Jika berjalan tapak kakinya juga sakit.

Mai menahan rasa. Setiap kali dia mengadu sakit badan pasti Zahid akan marah padanya dan kata yang dia mengada-ngada. Wajar apa? Dia kan mengandung.

Dan wajar juga Zahid marah. Kerana anak yang dia kandung bukan anak Zahid. Tapi bukankah Zahid sendiri yang cakap yang dia tak kisah dan sanggup jadi pak sanggup kerana dulu lelaki itu sukakan Mai semasa di kolej.

Pandangan Mai beralih ke telefon pintar yang bergetar menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama Zahid. Pantas di angkat.

"Hello, bang. Abang kat mana? Dah lewat ni, kenapa tak balik lagi? Saya risau." terjahnya akibat terlalu bimbang terjadi sesuatu kepada si suami yang tak pernah hargainya.

"Ha, Mai. Aku tak balik malam ni. Aku tidur di resort." suara serak basah milik Zahid terdengar seperti baru bangun tidur.

Kening Mai berkerut. Dadanya berdegup kencang. Dia mula rasa tak sedap hati. Kerana ini bukan pertama kali dia berada dalam situasi ini!

"Kenapa resort? Hotel murah kan banyak." entah kenapa ringan saja sindiran halus ini keluar dari bibir Mai. Dia lelah. Dia bosan dengan semua drama ini. Dia lelah menangis atas perkara yang sama.

"Hah?! Apa maksud kau? Aku kerja banting tulang demi kau dengan anak haram kau, Mai! Kau pikir aku kat sini senang lenang?! Kau memang... Ey! Jaga kau aku balik esok." berang Zahid. Ayat terakhir ditekan tegas bagai memberi amaran.

Banting tulang ke lepas nafsu? Mai melepas keluhan kecil. Nampaknya dia sudah memancing amarah lelaki baran itu. Sepertinya dia perlu minta maaf kerana sudah menuduh tanpa usul periksa. Bukan apa selalunya insting nya jarang salah.

"Saya minta ma-"

"Biy... lama lagi ke bercakap tu? Sudah la... ngantuk ni."

Suara meleret manja seorang perempuan dari hujung corong membuatkan Mai tergamam. Lidahnya kelu kerana merasa gementar yang hebat.

Ah, sekali lagi. Sekali lagi dia hadapi perkara ini.

"Sabar jap. Eh Mai! Kau tak dengar kan? Su-Sudah lah. Esok aku balik. Puas hati!" Zahid bagai cacing kepanasan. Si perempuan manja tadi geletis seperti sotong.

Buatkan Mai muak. Jijik.

Ah, dia juga pernah ada ditempat perempuan itu.

Panggilan dimatikan begitu saja. Begitu mati, telefon terjatuh dan Mai menghenyak kasar di sofa.

Ruangan sunyi dan kosong. Gelap serta suram. Sentiasa menjadi bukti yang menyaksikan setiap penderitaan yang dilalui Mai sepanjang hidup bersama Zahid.

"Hiks... hikss..." tangisan halusnya terdengar.

Bagaimanapun juga, dia tetaplah seorang wanita berhati rapuh.

END FLASHBACK...

Kalau diikutkan banyak lagi perlakuan kasar dan kejam Zahid kepada Mai. Dera secara fizikal, mental malah batin.

Itulah yang Mai pernah katakan yang dia hampir gila sepanjang bersama bekas suaminya itu.

Sesudah bercerita, Mai kembali diam membisu. Dia tak rasa mahu menangis kerana hatinya sudah lama mati dengan 'pernikahan'. Cukuplah sekali.

Dia tak berani pandang wahal sikit pun Kaiser disebelahnya. Kerana dia sedikit terkedu dengan reaksi menahan marah dari lelaki itu meskipun dia cuma diam dari awal sampai akhir.

Betul ke keputusan aku cerita kepada dia? Dia tak cerita kat orang lain kan? Mai runsing pula memikirkan itu.

"Jangan risau. Aku takkan buka mulut. Aku tahu itu rahsia kau." ujar Kaiser secara tiba tiba.

Mai terangak agak tapi lama kelamaan dia diam juga. Mungkin dia boleh percayakan lelaki ini. Perasaan lega kerana sudah luahkan semua yang terpendam. Muncul juga kenyamanan saat ini hingga membuat sebaris senyum kecil pada bibir manis Mai.

Mai tak menyedari bahawa di sebelahnya sudah ada orang yang berniat negatif.

"Zahid ya... hm familiar." desis Kaiser perlahan. Riaknya benar benar sulit dimengerti saat ini.

"Apa?"

Dia senyum kepada Mai. "Tak ada apa."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience