KEN berdiri tegak didepan restoran cina yang terkenal di lorong itu. Kedai-kedai disekitarnya masih terang benderang dengan lampu warna warni.
Dia mengamati orang-orang dikawasan ini. Bukan seorang dua wanita berpakaian seksi dengan lengggok menggodanya. Ada yang menempel bersama lelaki bermuka mesum. Ada yang memanggil-manggil untuk datang ke kedai masing-masing.
Ken menurunkan topi cap untuk menutupi muka. Haraplah tak terserempak dengan orang yang dikenali. Orang b**oh pun tahu tempat ini tempat seperti apa.
Dia mula melangkah masuk kedalam restoran cina tersebut. Sepanjang dia berjalan, ada beberapa wanita penghibur yang meraba dadanya.
"Bang... orang baru ke?"
"Handsome la bang... jarang yang muda datang."
"Bang, kalau nak peneman. Panggil saya ya..."
Sesak nafasnya berada di situ. Ken perbesarkan langkah.
"S**l, tempat macam ni dia ajak jumpa." gerutunya perlahan.
Langkah Ken terhenti di satu tempat kerana dipanggil oleh lelaki bertubuh sasa. Sepertinya anak buah VG.
Lelaki bertubuh sasa itu membuka pintu kayu. Ken mengatur langkah masuk tanpa banyak soal. Didalamnya ada ruang makan khas untuk orang penting.
Pandangan memerhati sekeliling. Restoran ini cukup menarik perhatian kerana temanya dibuat ala-ala rumah cina tradisional.
Menyadari kemunculannya, Joshua terus senang. "Oh, dah datang. Duduk duduk sini. Jangan segan, buat saja macam kedai sendiri."
Ken mengambil tempat berhadapan lelaki yang terkenal itu. Joshua tampak senang dilayani dua perempuan penghibur disisinya.
"Sila sila makan dulu. Baru kita bincang." usai berkata begini dengan santainya Joshua sambung bergelak tawa dengan para wanita.
Ken ragu-ragu sebenarnya saat ini. Buatnya dalam makanan tu ada racun nak bagi dia pengsan. Matanya sempat melirik beberapa orang lelaki yang sedang berdiri tegak bagai robot disetiap penjuru ruangan. Empat orang dibelakang Joshua, dua orang menjaga pintu.
Kalau dia lari agak-agak lepas tak? Diliur ditelan tatkala melihat makanan enak penuh meja. Argh s**l!
Setelah berperang dengan perut dan otak. Akhirnya dia memutuskan untuk cepat selesaikan ini lalu pulang.
"Saya tak nak terlibat dengan dunia gangster. Ini bukan dunia saya." Ken memulai topik perbincangan. Dasar! Ajak orang tapi ralit melayan perempuan.
Joshua menarik senyum sebaris. "Begitu ya. Sayang lah, padahal uncle mahu kamu jadi bodyguard-"
Kening tebal Ken berkerut hairan. Dia penasaran satu hal. "Kita kenal ke? Uncle? Rasanya panggilan tu tak sesuai untuk orang macam encik."
Joshua agak tersentak. "Oh, begitu ya."
Lalu tersenyum nipis. "Nampaknya Ken dah lupa. Tak hiran, Ken masa tu kan masih kecil."
Ken pandang tak percaya. "Jadi, kita kenal?"
Air yang dituang diteguk oleh Joshua. "Boleh dikatakan Ken berhutang budi dengan uncle. Perkara ni dah lama, tapi tak silap Ken ada panggil uncle dengan nama yang pelik."
"Tapi lucu pula bila diingat balik. Nama apa ya? Hmm..." Joshua pura-pura berfikir keras lalu lirik dengan ekor mata. Menantikan seraut wajah yang mula berubah itu.
"Uncle hero. Pftt! Hahaha! Ken cute woo dulu. Sekarang saja muka ganas." Joshua bergelak tawa dengan para wanita.
Berubah air muka Ken yang tadinya tenang. Satu nama panggilan itu membuatnya teringat akan seseorang yang pernah selamatkannya suatu masa dulu.
Segala memori pahit datang menyerbu. Ingatan yang ia berusaha hapus pun jadi ingat kembali.
Pahlawan yang menyelamatkan hidupnya. Rupanya orang itu adalah Joshua?! Si ketua lintah darat!
Ken tak fikir panjang, dia bersila lalu menundukkan kepala penuh hormat.
"Maafkan saya yang bersikap kurang ajar. Tak sangka dapat jumpa uncle lagi. Saya selalu nak berterima kasih kalau dapat jumpa uncle. Maaf sekali lagi, saya tak sopan tadi." Ken yang terkenal bersikap dingin ini terus berubah seperti anak kucing yang kegirangan menemui induknya.
Joshua tepuk bahu pemuda itu menyuruh bangun. Senyum senang dilontarkan. Senyum yang menyembunyi maksud tertentu.
"Ya, jadi teringat masa lalu. Jadi kamu setuju dengan penawaran uncle? Masuk VG dan lakukan apa yang uncle suruh. Kalau tugas kamu baik, uncle boleh bagi posisi yang lebih tinggi. Mungkin... lebih tinggi dari orang kanan uncle yang sekarang." ujar Joshua sengaja ingin menarik pemuda itu lebih dalam.
"Tentu, dalam masa seminggu. Saya akan jadi orang kepercayaan uncle." jawap Ken penuh keyakinan.
"Uncle suka sisi kamu yang ini. Baiklah, buktikan dalam masa tujuh hari. Kalau kamu gagal pun tak apa, sebab sejak awal. Uncle cuma mahukan keberadaan kamu dalam VG."
"Cuba lampaui Kaiser Lee. Kalahkan dia dari semua sisi." sambung Joshua lagi. Kali ini terdengar agak sinis. Atau hanya perasaannya saja.
"Baiklah." Ken sempat terdiam buat beberapa saat.
Kalahkan Kaiser Lee? Dia tak yakin. Kaiser orang yang terkenal hebat. Mampu miliki sebuah perusahaan dan club hiburan dalam masa yang singkat. Tak mampu dilakukan oleh semua orang. Tapi dia akan cuba.
"Tapi uncle jangan faham. Saya masuk VG hanya untuk bayar hutang budi sebab uncle pernah selamatkan saya. Saya akan keluar dengan kaki saya sendiri kalau saya ada bau khianat." ujar Ken berbaur peringatan.
Joshua yang mendengar tetap tenang dan santai. "Ok, kalau itu yang kamu nak."
*******
Mercedes-Benz diparkir elok di tempat khas. Keluar Mai dari perut kereta berjalan menuju ke pintu belakang. Malas nak bertembung dengan ahli keluarga.
Dia melangkah masuk ke ruangan dapur setelah menutup kembali pintu. Sepi saja rumah. Mungkin semua sudah tidur. Tapi dia tak rasa adik-adiknya sudah tidur.
Baru saja dia ingin menaiki anak tangga untuk ke kamar Aryan. Lampu ruangan lantai bawah dibuka oleh seseorang.
Mai agak terperanjat dengan sosok adiknya yang muncul dengan muka menyinga. Garang macam nak telan orang.
"Nita-"
Buk!
Terhenti langkah Mai apabila sebuah bagasi dilempar tepat didepannya. Pandangannya penuh bingung dan tanda tanya.
"Apa ni Nita? Tiba-tiba lempar barang akak." bagasinya di angkat kembali.
Nita menuruni tangga menghampiri Mai. Dia menggosok dadanya menahan emosi marah yang bergelojak. Lihat pula muka tenang kakaknya semakin membuatnya sakit hati.
"Tiba-tiba apanya. Bukan ke dari dulu ayah dah halau kau. Mama saja yang kasihankan kau. Kak, kalau kau masih ada rasa malu. Baik kau keluar saja dari rumah ni. Tak menyusahkan sesiapa. Kau menginap mana-mana suka hati kau lah. Asal kau pergi diam-diam." Nita terus terjah dengan selambanya.
Mai pandang tak percaya. Masih tak mengerti dengan tindakan kasar itu.
Melihat kakaknya masih diam tak berkutik. Terlepas tawa sinis dari bibir Nita.
"Kau tunggu apa lagi. Tunggu mama datang backup kau. Nak buat muka kesian lagi, lepastu pengsan? Kak! Kau kan banyak duit! Tinggal sajalah tempat lain. Aku benci la tengok muka kau hari-hari. Jijik aku bernafas dalam ruangan yang sama dengan kau." Nita melepaskan emosinya meski masih dengan sindiran selamba.
Keluhan halus terlepas dari bibir cantik Mai. Pandangan sinis gadis muda itu dilawan tajam.
"Dari dulu aku nak tanya. Kenapa kau bencikan akak? Rasanya diantara kita tak pernah ada masalah." kata Mai lesu. Kehabisan tenaga nak bergaduh. Hari ini banyak perkara terjadi membuat seluruh tubuhnya penat.
Raut wajah Nita berubah drastik.
"Sebab kau ada segalanya! Kau ada keluarga yang kaya! Ada ayah yang hebat! Walaupun takde mak, tapi kau ada mama tiri yang baik! Dari dulu mama tak pernah pandang aku. Selalu kau yang nombor satu!" teregah-egah nafas Nita setelah menempik sekuat hati.
Lalu sambung berkata. "Dan satu lagi. Walaupun hidup kau kotor macam ni, ada lelaki yang tergilakan kau. Itupun kau ambil dari aku. Aku benci orang tak bersyukur macam kau, Mai. Kau ada semua yang aku tak ada."
Terkedu Mai buat keberapa kali. Hatinya bagai dihempas kasar ke tanah. Lidahnya kelu bagai sengaja memberi ruang buat adiknya melepas segala emosi yang selama ini disimpan.
Rupanya itu alasan selama ini dirinya dibenci Nita.
Mai...
Mental dan fisiknya sudah terlalu lelah untuk bertengkar. Malah lidahnya tak larat nak menjawap.
Kepala gadis muda itu diusap lalu mengambil semula bagasi. Mai melakar senyum lembut.
"Terima kasih sebab jujur. Akak faham. Akak memang ada plan nak keluar dari rumah ni. Cuma tengah kumpul duit." ucap Mai lembut sambil melihat sekeliling rumah.
Nita yang tadinya penuh emosi terus terdiam membisu sambil berdecit geram kerana kepalanya diusap. Dia tahu, dari dulu hanya Mai yang selalu mengambil berat akannya.
"Ayah dengan mama tak ada. Menginap di resort malam ni." kata Nita perlahan dan cukup didengari. Sepertinya gadis ini merasa bersalah kerana amukkannya ditanggapi dengan lembut oleh Mai.
"Oh, ya. Patutlah tak ada siapa turun. Sayang lah, kalau macam tu akak pergi dulu." balas Mai senyum sebaris.
Nita menahannya dari pergi. "Tunggu dulu!"
"Oh, tak jadi halau ke? Baguslah-"
"Bukan. Kak, kau tak nak bawa Aryan sekali ke? Bukan ke kau kata nak bawa anak kau sekali. Kalau dia nangis cari kau, kau ingat aku nak pujuk." tukas Nita tanpa rasa bersalah.
Mai masih melebar senyumnya. "Ah adik s**l. Betul juga. Macam mana akak boleh terlupa. Terima kasih ya ingatkan. B**gs*t punya adik. Akak jaga dari kecil, bila dah besar berani kau halau akak ya. Tak apa kali Nita menang."
Mai? Lembut? Puih! Lembut apanya?! Dia cuma tengah tahan emosi disebabkan terlalu lelah. Kalau dia dalam mode tenaga penuh, memang makan cili Nita dibuatnya.
Dia yang menaiki tangga untuk ke kamar Aryan. Sayup terdengar suara girang Nita.
"Yes! Yes! Keluar juga kau. Akhirnya aku boleh jadi tuan putri satu-satunya dalam villa ni!"
Mai geleng kepala. Sebenarnya dia tak mengerti pertengkarannya dengan Nita. Nak kata serius, tak la sangat. Kenapa la Nita iri dengan perkara yang tak masuk akal.
"Mujur gaji dah masuk." desisnya. Lumayan besar gaji dari Kaiser.
Barang-barang Aryan disimpan dalam bagasi yang lain. Banyak barang budak tu. Mainannya lagi. Dia ambil barangan penting dan pakaian saja.
Aryan yang sedang lena dibuai mimpi diperhati. Seraut wajah comel itu membuat dadanya sebak. Fikiran bercelaru dibuang jauh-jauh tatkala sengaja menyiksa batinnya yang sedang lelah saat ini.
Perasaan bercampur aduk.
Stress. Tertekan! Dia serabut dengan semua masalah yang menyesakkan! Apa hari ini orang-orang mahu dia jadi gila?
Rambut hitam pekat milik Aryan diusap lembut. Mirip persis seperti Kaiser. Kenapa dia terlibat lagi dengan lelaki itu. Wahal dia tahu Kaiser orang yang berbahaya tetapi mengapa dia nekad untuk menghampiri masa lalunya itu.
"Kesian anak ibu. Sepatutnya Aryan layak dapat ibu yang lebih baik. Ibu gagal jadi mak, anak mahupun seorang kakak. Ciksu bencikan ibu, Tok Ayah masih belum maafkan ibu. Ibu dah penat sejujurnya..." ucapnya perlahan. Lega berbicara sendiri meskipun dia tahu Aryan takkan dengar.
Tak nak anaknya itu tersedar dari tidur. Mai angkat berhati-hati lalu turun ke bawah semula.
Aryan diletakkan di seat belakang kereta. Mujurlah dia rembat kereta Kaiser. Sekurangnya ada juga kenderaan buatnya malam ini. Takkan nak rembat kereta ayahnya pula. Mau cari aku sampai lubang cacing.
Kedua bagasi dibawa turun kemudian dibawa masuk kedalam bornet. Tak mahu menyusahkan bibik yang tengah tidur. Dia bawa sendiri bagnya.
Masa dilantai bawah tadi, tak nampak pula batang hidung Nita. Dah masuk bilik agaknya.
Dia masuk kedalam perut kereta. Berhati-hati keluar parkir. Niat dalam hati nak bergeser sikit pada kereta mewah ayahnya biar calar. Balas dendam kerana dimarahi dulu. Tapi bila difikir balik, kereta Kaiser pula tercalar. Tak berani calarkan kereta orang. Kalau kereta ayah tak apa la. Salam terakhir katakan.
Akhirnya dia kuburkan niat nakalnya. Kereta Mercedes benz putih itu keluar dari VILLA HARA.
"Hoamm..." sebelah tangan naik menutup mulut yang menguap seluas alam. Jam dilirik dengan ekor mata. 11:45 malam. Hampir tengah malam. Ada ke tak ek hotel murah untuk malam ni.
Sedang mencari hotel yang sesuai. Sempat lirik Aryan yang masih lena dibelakang. Cermin hitam kereta diturunkan. Tak semenanya angin malam menampar wajahnya.
Kereta yang meluncur laju membelah gelap malam. Angin sejuk malam membuat fikiran mula lapang dan kosong.
Wajah yang tadinya lesu mula dihiasi senyuman mekar. Sesiapa yang melihatnya saat ini pasti terpesona.
"Thanks Nita. Akhirnya akak bebas." desis Mai sendiri. Selama ini dia terlalu lama mengulur waktu untuk keluar dari Villa. Rupanya setelah keluar, begini rasanya nikmat bebas dan tenang.
Baiklah, semangat Mai! Mari kita mulakan dari awal!
******
Mujurlah jumpa juga hotel bajet yang bertapak ditempat yang selamat. Dia yakin dia sudah keluar dari 'kawasan' VG. Macam mana dia yakin? Entah la. Agak agak ikut naluri saja.
Setelah ambil kunci bilik, Mai berjalan bersama Aryan menuju ke kamar.
"Ibu, kita kat mana ni? Kenapa tiba-tiba ibu jadi penculik? Ayan nak tido!" mamai Aryan hampir mengamuk. Dia paling tak suka tidurnya diganggu.
Penculik dipanggilnya aku. Tersengih Mai. "Iya ya, kita dah sampai."
Tombol pintu dipulas lalu dua beranak itu masuk. Masuk saja Aryan terus baring atas katil. Bagasi dibawa masuk lalu diletak dipenjuru katil.
Bunyi perut yang minta diisi menarik perhatian Mai. Mai tertawa kecil.
"Ibu... lapar..." rengek anak kecil berumur lima tahun itu. Aryan memang anak yang manja. Tak lena tidur kalau perut lapar.
"Lapar ye sayang. Tunggu, ibu cari apa yang ada. Hmm... ibu lupa nak beli makanan." habis diselongkar bag mencari apa yang ada. Rupanya tiada makanan langsung.
Nampaknya kena keluar beli makanan ni. Aku pun lapar sebenarnya. Bisik Mai dalam hati.
Selimut tebal ditarik menyelimuti tubuh kecil anaknya yang tampak mengantuk.
"Tidur dulu ya. Ibu nak pergi cari makan jap." usai berkata demikian dia sempat bawa sling bag lalu mengunci pintu. Buatnya orang bawa lari anaknya itu. Naya! Dia cari sampai hujung bumi la!
Sesampai di sebuah kedai burger. Dia memesan dua biji burger. Untuk Aryan diminta kurang sos. Burger sajalah, tak nampak kedai nasi masa ni. Itupun kedai burger dah nak tutup.
Sambil menunggu, Mai duduk dikerusi plastik yang disediakan. Tak ramai orang, ada yang datang lalu pergi setelah pesanan siap.
Mungkin begitulah hidup. Manusia datang dan pergi bila sudah bosan. Eh? Ada kaitan ke?
Krek...
Dia angkat muka tatkala kerusi didepannya ditarik kemudian diduduki oleh seseorang.
"Eh?"
Tak semenanya senyum mekarnya terukir bilamana sosok orang yang dikenali muncul dihadapannya.
"Lama tak jumpa. Akak sihat? Beli burger ya." ucap Hairi sembari dihiasi senyum ramah.
Share this novel