20 : Tamak Kekuatan

Romance Series 8958

          DI bawah pohon redup ada kerusi batu. Berdekatan dengan padang dimana dapat dilihat sekumpulan pelajar sedang bermain bola sepak. Kerusi batu itu selalunya tempat para senior melepak atau pasangan bercinta. Buktinya sekarang, dikuasai sepenuhnya oleh Kaiser dan Thalia. Pelajar yang lalu lalang cuma melirik dan membisik tak berani tegur.

Thalia terkenal di sekolah sebagai ratu cantik. Dia juga dari klub viola. Aura high value terasa kuat darinya membuatkan para perempuan iri.

"Kenapa Lia berminat dengan violin? Ada alasan istimewa ke?" soal Kaiser dengan mulut muncung. Sisi kepala bersandar pada bahu gadis itu.

Thalia senyum mekar melihat sifat manja pemuda itu. Kaiser memang ada sisi manis bila bersama orang yang dia rapat.

Gadis ini berfikir-fikir sebelum menjawap. "Hmm, alasan istimewa? Kalau sekarang saya main sebab minat. Tapi kalau dulu mungkin ya. Alasan saya mula main violin. Khusus untuk Fred."

Mendengar hal tersebut, serentak Kaiser duduk tegak. Keningnya terangkat seperti tak percaya.

"Frediz?" bunyi macam ada yang cemburu. Namun dia lebih penasaran akan alasan dibalik itu.

Bibir cantik Thalia melukis senyum mekar. Sempat buat si pemuda terpesona.

"Saya kenal Frediz sejak kecil sebab mak ayah kami rapat. Saya pun selalu pergi rumah dia. Kai tahukan? Fred dulu selalu sakit. Keluar masuk hospital sampai buat dia muak." Thalia mula bercerita kisah lama. Bibirnya tak lekang dengan senyum.

Kaiser menongkat dagu. Fokus tak berkedip sebagai pendengar setia. Dia tak terkejut kerana sudah tahu hal tersebut.

"Ada satu hari tu, dia tak nak telan ubat. Padahal ubat tu rutin kalau tak rupa dia dah serupa mayat hidup. Dia memang nekad tak nak teruskan hidup dengan penyakit dia. Tapi bila dia ralit tengok saya belajar violin dengan guru saya. Entah apa yang buat dia berubah fikiran."

Sambung Thalia lagi. "Dia cakap yang dia setuju nak operasi. Dia nak sihat semula sebab nak dengar saya main violin."

"Haih, dia memang manja dulu. Saya terharu dia anggap saya istimewa. Sejak bila la dia dah besar tinggi macam sekarang. Syukurlah dia dah sihat." pandangan Thalia tertuju ke arah Frediz yang tengah bermain bola. Rupa dia saat ini ibarat seorang mak yang tengok anaknya membesar.

Kaiser tersenyum tipis. Sebagai sesama lelaki dia faham dengan isi hati Frediz dengan hanya mendengar cerita barusan. Dua orang itu rapat dari dulu. Sejak dulu lagi sebelum dia kenal mereka.

Dia juga tahu Frediz tak suka padanya kerana dia selalu menempel pada Thalia.

Muncul bola entah dari mana. Tanpa sempat dielak...

PAK!

"Tskk..." Kaiser meringis sakit sambil memegang bahu. Adeh! Sakit juga bola keras kot! Nasib tak kena kepala.

Kelam kabut Thalia jadinya akibat terlalu runsing. "Ka-Kai awak okay? Sakit sangat ke? Ke tulang bahu awak patah?"

Kaiser senyum sengih suka. Sesiapa tolong baling bola sekali lagi padanya!

Terlihat Frediz berlari anak datang kemari untuk ambil bola.

"Siapa yang kena? Thalia kena kau ke? Ada sakit mana-mana?" dia membelek tubuh gadis itu runsing.

Kaiser yang menjadi pemerhati tersenyum redho. Perasaan dia saja atau bukan ya. Rasanya Frediz sengaja sepak bola sampai keluar pagar.

Nampaknya dirinya dibenci lelaki itu.

Semasa bas sekolah berhenti, tika itu juga berpusu-pusu para pelajar keluar untuk pulang ke rumah masing-masing. Termasuklah Kaiser.

Dia berjalan kaki lima minit untuk tiba di rumah. Setiba didepan rumahnya. Dia berdiri tegak tengah panas macam orang-orang di sawah.

Rumahnya boleh dikatakan sederhana untuk orang kaya. Tak la kaya sangat tetapi cukuplah selesa untuk keluarga kecilnya. Kerana bapanya bekerja sebagai pegawai pejabat biasa saja.

Kasut putih diletak atas rak kasut yang tersedia. Pintu dibuka kemudian dia melangkah masuk.

Pulang sekolah apa yang selalunya dicari dulu? Ya betul. Mak atau nasi. Kebetulan mak selalu ada di dapur.

Dia mengorak langkah ke arah dapur. Dari belakang tubuh dapat dilihat Xing Fei sedang menangis teresak-esak. Dan tangannya... pegang pisau?!

"Mami buat apa ni?!" sepantas kilat pisau tersebut dirampas oleh Kaiser.

Kelihatan keluar sedikit darah dari tangan wanita itu meskipun disorok.

"Ka-Kai... mami tak nak hidup... biarlah mami m*ti sekalipun. Mungkin itu baru buat ayah Kai puas." deras air mata mengalir bagai air hujan dimata sayu itu.

Kaiser terduduk lega. Syukurlah dia belum terlambat. Rambutnya diraup kasar ke belakang. Kedua tangan yang gementar ditilik lama.

"Kai yang tak okay. Kenapa perlu kisah dengan lelaki j*ha*am tu? Tak cukup Kai seorang saja yang jadi alasan untuk mami terus hidup." Kaiser berkata dengan nada lemah. Ban*s*t aku penat!

Dirinya dipeluk erat oleh si ibu yang masih menangis. Isteri mana tak hancur hatinya bila dicurangi berkali-kali. Sudah diberi peluang pun masih tak berubah. Malah makin teruk!

"Maafkan mami Kai... hiks. Mami janji mami takkan buat macam tu dah... Kai jangan kecewa... jangan marah... jangan tinggalkan mami." bergetar suara Xing Fei. Dapat dirasa seluruh tubuhnya gementar ketakutan.

Seraut wajah Kaiser ternyata kosong saat ini. Pelukkan itu tak dibalas. Tangan kaku dibawah.

"Saya sayang mami. Tapi kalau mami buat kerja bo**h macam tu lagi. Saya takut... mami jadi orang yang paling saya benci selepas ayah." ujar Kaiser terselit peringatan. Dapat dirasa bahunya basah dek air mata.

Xing Fei tersentak. "Ja-Jangan! Jangan benci mami! Kalau Kai sendiri benci mami, untuk apa mami hidup..."

Kaiser melepas keluhan halus. Macam tu lah yang aku rasa.

Dah banyak kali kejadian ini terjadi. Kadang Xing Fei sampai dikejar ke hospital. Dari umur yang masih polos, Kaiser sudah lihat darah dan ibunya yang nyawa-nyawa ikan. Tergamak maminya mencuba b**uh d*ri depan anak yang masih kecil.

Mulut sibuk mengunyah keripik kentang manakala tangan sibuk memencet alat control yang mengawal permainan offline dikaca tv.

Telinga sipi-sipi mendengar perbualan tetamu yang sedang berbicara dengan Xing Fei dan Farouk di ruang tamu.

Rumah itu ada dua ruang tamu. Yang satu ada sofa untuk tetamu yang berkunjung. Satu lagi ruang tv dan istirahat keluarga. Itulah tempatnya sekarang. Meski ruangan terpisah dinding tapi dia dapat dengar apa yang dibualkan.

Martin melirik Kaiser disisi yang masih fokus pada game.

"Siapa pakcik yang datang tu? Jarang ada orang datang rumah kau." dia memancing perbualan. Korek informasi sikit.

Kerepek disumbat kedalam mulut sembari Kaiser menjawap. "Pak sedara aku. Aku panggil uncle Jo. Entah sebab apa, dalam sebulan ni kerap dia datang sini."

Martin mengintai sikit tetamu yang katanya bapa saudara Kaiser.

"Takkan kau tak dengar. Diorang bercakap pasal kau." kata Martin menanti reaksi dari temannya yang terkenal terlebih gula itu. Tapi ternyata tiada respon berlebihan. Dia tak kisah orang gossip pasal dia?

"Mar, kau okay kalau aku tak ada?" tanya Kaiser secara tiba-tiba.

Membuatkan Martin mengangkat kening. Seperti dapat bau sesuatu. "Biar aku teka. Uncle Jo tu nak bawa kau pindah kan?"

Kaiser tersengih polos. "Gila lah! Kau betul kan ada kemampuan baca fikiran orang lain!"

Martin menjeling sekali. "Bo**h! Aku kan tengah dengar diorang bercakap pasal apa."

Dia kembali sambung main game. "Jadi kau nak ikut?"

"Hmm, macam tu lah kira-kira." balas Kaiser acuh tak acuh.

"Macam mana dengan Thalia?" soal Martin lagi.

"Frediz kan ada, boleh jaga dia."

Martin membisu sejenak. Dia ragu-ragu untuk keluarkan soalan terakhir ini.

"Mami kau macam mana pula. Siapa yang nak jaga dia."

Kaiser sengih kerang busuk. "Kau kan ada. Gurau lah! Jiran sebelah rapat dengan mami jadi boleh dikatakan tiap hari dia jenguk mami. Ajak borak. Kalau jadi apa-apa aku minta tolong jiran tu call aku."

Martin merasa agak lega. Kerana dia cukup rapat juga dengan Xing Fei. Dia sudah anggap wanita malang itu sebagai ibu. Dia juga tahu masalah yang dihadapi mereka sekeluarga.

"Kau nak lari dari ayah kau kan sebenarnya? Lari dari masalah?" Martin sekali lagi memancing isi hati temannya.

Jelas air muka Kaiser berubah namun cepat dikawal.

"Kau tak faham. Dari kecil aku dah hadap benda ni. Aku muak." tukasnya perlahan.

Martin angguk sekali. Benar dia tak faham kerana yang hadap adalah Kaiser sendiri.

Seperti yang dikatakan Kaiser berpindah sekolah dan rumah. Dia tinggal bersama Joshua selama empat tahun. Sekarang dia berusia dua puluh tahun.

Anak yang polos baik hati dulu, kini menjadi dewasa dan tak banyak tingkah. Banyak yang dia belajar dari Joshua.

Terutama, ilmu bela diri Tinju. Disebabkan dia yang memiliki bakat bertarung cepat berkembang dari hari ke hari. Dia tergilakan menjadi orang kuat supaya boleh lindungi ibunya dan Thalia.

Sandbag ditinju berkali-kali dengan urutan. One, two and hook. Nafasnya masih teratur kerana sudah terbiasa berlatih berjam-jam.

Kaiser berundur ke belakang sebelum berlari ke arah sandbag dengan tendangan Dwichagi. Tendangan kuat dengan tenaga yang tak dikawal itu tanpa sengaja membuat sandbag menjadi mangsa berlubang.

Ops! Sorry.

"Haih, kena ganti lagi." Kaiser pandang serba salah pasir yang keluar dari sandbag. Bercucuran ke lantai. Baru saja tukar minggu lepas.

*Dwichagi : tendangan dari belakang. Salah satu teknik berbahaya dari Taekwondo. Selalunya dituju pada rusuk. Jika kena pada manusia seperti dilanggar truk satu ton. Salah sikit boleh bawa maut

"Pft! Hahaha!"

Kaiser berpaling ke arah seseorang yang muncul dari belakang. Entah sejak bila dia muncul tak dengar suara langkah.

"Budak bertuah ni. Sekali uncle kata kamu berbakat, terus kamu belajar bela diri lain ya. Taekwondo pun dingap nya." ujar Joshua bersama tawa ramah.

Kaiser turun dari Ring. Sarung tangan dilempar kedalam tempat yang disediakan.

"Bukan semua juga. Saya belajar apa yang sesuai dengan tubuh saya. Masa kecil dulu, saya pernah berlatih Judo dengan seorang guru. Tapi rasanya itu tak sesuai dengan saya." dia menerangkan sedikit alasan.

Joshua senyum panjang. Jarang anak saudaranya itu meluah.

"Kenapa tak fokus saja Tinju. Tinju pun banyak teknik hebat dan terlarang." Joshua sengaja memancing perbualan. Sehelai kain kecil dihulur.

Kain tersebut diambil oleh Kaiser. Peluh yang merenik membasahi muka dilap. Melekit peluh! Dia perlu mandi lepas ni.

"Tak cukup. Saya kena jadi lebih kuat. Tak cukup jadi Outboxer saja." kata Kaiser beriak tegang.

Joshua kekal senyum. Entah apa yang buat dia sesenang itu. Bangga rasanya muridnya menjadi kuat.

"Orang kata hidup ni jangan terlalu tamak nanti rugi. Tapi kalau tamak kekuatan yang bertujuan untuk lindungi orang berharga. Apa salahnya kan." ucapnya cukup dipahami oleh Kaiser.

Kaiser melirik lelaki disebelahnya. "Macam mana kalau suatu hari nanti saya jadi lebih kuat. Dan boleh lampaui uncle?"

Joshua tergelak lucu. Dasar apa yang lucu?! Ciri khas orang ini memang mudah terhibur dengan semua perkara ke.

"Tak mungkin la. Tapi kalau perkara tu betul terjadi. Mungkin masa tu kita dah bermusuhan. Tapi tak mungkin anak buah kesayangan uncle ni akan khianat uncle kan?" Joshua sengaja menguji meskipun luarannya senyum. Namun sejujurnya dia pernah terfikir hal tersebut.

Bibir Kaiser berbuah senyum. "Takkan la seorang murid sanggup khianat gurunya."

Melihat itu, Joshua terharu pula. Tawa besarnya meledak lagi membuat Kaiser sebal.

Kaiser menjeling geram. "Uncle ni asyik gelak saja. Tengok la nanti. Saya akan buat uncle serius sampai nak senyum pun uncle tak berani." guraunya.

"Amboi! Ugut nampak! Sini uncle gelitik."

"Maaf maaf! Saya minta maaf!"

Kaiser yang tak berbaju itu senang digelitik. Berlari dua lelaki yang tampak seperti anak dan ayah itu mengelilingi Ring.

ada yg menunggu ke

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience