42 : Hampir Saja!

Romance Series 8958

           KERETA sport itu berhenti tepat di depan sebuah rumah. Rumah sewa sederhana yang jauh dari perumahan lain. Dikelilingi pagar tinggi.

Mai telan air liur. Seram. Meskipun rumah itu terlihat biasa saja tetapi ada yang buat Mai teragak-agak tika ini.

Sekeliling rumah itu gelap gelita. Namun begitu, mata tajamnya dapat melihat ada 6 atau 7 orang lelaki berpakaian serba hitam. Sedang mengawasi di setiap penjuru halaman rumah tersebut.

"Awak, itu ke rumah Encik Martin? Siapa diorang semua tu?" pandangan Mai tetap melekat pada orang-orang yang sedang kesana kemari.

Kaiser menidurkan Aryan di atas ribanya pula. Kesian Mai dari tadi lenguh.

"Oh itu. Lupa nak bagitahu. Ingatkan aku dah cerita, rupanya belum ya. Hmm," Kaiser tampak berfikir panjang. Sebenarnya perkara ini salah satu rahasia Martin.

"Itu anak buah Martin."

Mai masih penasaran dan musykil. "Anak buah? Tapi kenapa pakaian diorang macam-"

Tuk Tuk

Cermin hitam diketuk memintas bicara Mai. Cermin belah pemandu diturunkan separuh. Terlihat sosok manusia tinggi dan berbadan sasa.

"Lama tak jumpa. Ingat aku lagi?" sapa Kaiser tersenyum sekali.

Lelaki yang menutup separuh mukanya itu mengamati wajah Kaiser. Kemudian dia angguk kepala sekali.

"Silakan masuk, tuan. Puan Tiara ada kat dalam." jawap lelaki itu sebelum mengundur langkah.

Perhatian Kaiser beralih kepada sang isteri yang sedang kebingungan.

"Tak sempat nak jelaskan. Lagipun panjang cerita dia. Jaga diri elok-elok, Mai." ucap Kaiser yang menatap hangat wajah bimbang isterinya.

"Saya tak minta banyak. Janji awak balik dengan selamat, saya dah bersyukur. Saya... tak nak kehilangan awak lagi." Mai tak dapat sembunyikan perasaan gelisahnya. Lupa sudah tentang soalannya.

Diam-diam Kaiser menyimpul senyum. Suara sedih Mai itu terdengar manja pula ditelinganya.

Kepala wanita itu dipaut lembut, lalu dihadiahkan kucupan pada ubun-ubun Mai.

Mata Mai terasa panas namun ditahan. Dia benar-benar tak mahu kehilangan lelaki itu.

Kaiser kembali duduk ditempat. Sepertinya kedua manusia ini sudah lupa mengenai 'idea nakal' atau plan tak mahu sentuh Mai. Persetan dengan semua itu!

"Rasanya banyak kisah yang belum aku ceritakan. Pasal aku yang bekas murid Tuan Idris, alasan VG kena dijatuhkan, siapa diri Martin. Dan pertemuan pertama kita." Kaiser tersenyum lagi, menikmati riak tergamam milik Mai.

Dia tahu wanita itu bingung. Tetapi sekarang bukan masa sesuai untuk bercerita.

Pertemuan pertama? Detik Mai dalam hati. Semakin bertumpuk la gamaknya persoalan dalam kepala!

"Tapi yang penting sekarang kau kena tahu. Kau dan Aryan segalanya bagi aku. Keluarga aku yang berharga. Jadi jangan serabutkan kepala berfikir. Sampai masa aku sendiri yang akan cerita." kata Kaiser lagi.

Mata Mai berkaca-kaca. Wajah keruhnya ditunduk seraya mengangguk faham.

Pintu kereta dibuka lalu Aryan yang lena diberikan kepada lelaki sasa tadi. Lelaki itu bawa Aryan masuk ke dalam rumah. Tak lama dia keluar dan berjaga semula di satu sudut.

Berdiri tegak seperti robot pengawal.

Seat belt dibuka. Tangan si suami dicapai dan dicium hangat. Terpaku Kaiser kerana tak menduga tangannya akan disalami.

Mai angkat kepala. Tangan lelaki itu masih tak dilepaskan. Kenapa ya, berat sungguh hati mahu lepaskan lelaki kesayangannya itu.

"Jaga diri. Jangan sampai ada luka. Terutama muka awak. Nanti kurang handsome." pesan Mai yang tak serupa pesan.

Pipi lelaki itu diusap lembut.

Kaiser menahan senyum. Kerap ya Mai sentuh dia malam ni. Tak menyabar juga bini aku ni.

Tangan kurus wanita itu dipegang lalu dikucup. Pandangan penuh kasih mereka bertemu satu. Membuat Mai terpesona tatkala wajah Kaiser mendekat.

Panahan mata redup itu anehnya terlihat menggoda malam ini. Padahal ini bukan masa sesuai untuk mereka berkasih sayang.

Diri Mai seakan disihir. Dia merelakan jika bibirnya bertemu dengan bibir Kaiser.

Eh?

Bibir?

Mata Mai membulat. Dia tersedar dari dunia angau. Belum sempat bibir menyentuh, tapak tangan Mai yang sentuh bibir Kaiser dulu.

"Sa-Sa-Sa-Sa-Saya belum ready! Maaf..." tergagap Mai.

Agak serba salah bila melihat wajah pasrah Kaiser.

"Belum ya. Tak apa, aku boleh tunggu selama mana pun kau nak." dia bersandar kembali.

"Ka-Kalau macam tu saya pergi dulu. Jaga diri." Mai sempat berpesan sebelum keluar dari perut kereta. Daun pintu ditutup.

Dia membalas kekok lambaian suaminya. Kereta Kaiser bergerak pergi hingga tenggelam dalam gelap malam.

"Fuh!" dadanya yang berdebar Mai gosok. Lega Kaiser sudah pergi, kalau tak mana nak sorok muka tomatonya saat ini.

Tangannya menekap kedua pipi. Membahang pipinya malu.

"Hampir saja." monolog Mai sendirian. Lama berdiri tegak di tengah halaman yang gelap itu.

Angin malam menyapa kulit membuatnya kedinginan. Tudung sarungnya yang ditiup angin dibetulkan.

Dikala dia mengorak langkah ke pintu utama rumah. Wajah seseorang yang tak sepatutnya dia ingat, muncul dalam benak.

"Bawa Mai ke tempat yang selamat. Jangan sampai dia terluka. Tergores sikit pun jangan. Kalau tak..."

"Aku takkan ragu untuk khianat kau."

Ucapan Ken terngiang kembali. Panahan mata pemuda itu yang tertuju padanya, entah kenapa tersembunyi perasaan sedih.

"Itu pandangan adik kepada kakak? Atau..."

Langkah Mai jadi perlahan. Fikirannya penuh dengan persoalan misteri yang belum terjawap. Ditambah sikap Ken yang agak lain macam. Perkara itu mengganggunya.

"Tak tak, stop fikir Mai. Makin difikir makin sakit otak kau." Mai menggeleng. Membuang jauh-jauh persoalan yang membuatnya gila.

Cara untuk elakkan jadi gila, jangan selalu overthinking!

*

*

GADIS berbaju sendat dan berambut tocang dua itu, santai duduk di sofa tanpa endahkan bapanya yang sedang mengamuk.

Gadis itu adalah Clara. Kakinya disilang sampai menampakkan kulit paha yang putih melepak. Tangan memeluk tubuh bersama tampang masam mencuka.

"Pergi cari Ken sekarang! Aku hantar dia suruh tangkap pengkhianat. Bukan suruh sekongkol dengan pengkhianat!"

Amukkan Joshua mengheningkan suasana. Semua tertunduk kepala takut menghadapi bos besar yang sedang dikuasai amarah itu.

Kecuali Clara seorang. Dia tak peduli tentang kejatuhan syarikat bapanya. Kerana yang penting baginya, Ken tetap ada di sisi! Pergi mampus dengan pengkhianatan Kaiser, Ken dan Martin.

Clara tak senang duduk. Sedari tadi dia asyik menjeling jam tangan.

"Pa! Mana Ken? Papa kata nak pinjam sekejap saja. Ini dah pukul berapa, dia tak datang-datang lagi! Clara nak Ken!" rungutnya apabila kesabaran menunggunya telah habis.

Joshua menggenggam rambutnya sendiri. Serabut, tertekan, bingung, marah. Segalanya bercampur aduk sampai dia melepaskan marah kepada  orang yang ada di sekitarnya.

"Diam lah! Kamu tak dengar disebabkan siapa papa stress macam ni. Bodyguard s**l kamu tu dah jadi sekutu Kai!" herdik Joshua. Anak perempuannya dijeling geram.

Makin cemberut la jawapnya Clara yang manja itu. Joshua bergerak ke meja kerja untuk ambil sesuatu.

"Berhenti cari dia. Papa dah muak dengan puak pembelot tu. Dasar tak kenang budi. Aku dah murah hati tolong, diorang boleh fikir nak tikam belakang aku. Dasar." gerutu lelaki ini. Ayatnya terselit rasa kecewa kerana dikhinat orang terpercaya.

Joshua hanya biarkan Alex memakaikan blazer pada tubuhnya. Dia melirik orang kirinya itu. Alex yang dikenali sebagai 'Otak VG'. Orang yang paling dipercaya selepas Kaiser.

"Aku boleh terima kalau Kai tikam belakang aku. Dia nak jatuhkan VG pun disebabkan perempuan tu. Yang aku peliknya Ken. Apa alasan dia pilih untuk khianat. Aku ingatkan dia anjing yang setia. Memandangkan dia terhutang budi pada aku." ujarnya sejurus berjalan ke arah dinding. Dinding yang dipenuhi senjata api dan senjata tajam.

Sebilah pedang yang tajamnya mungkin mampu membelah batu, ditarik. Joshua membalik tubuh.

Alex yang kaku persis seperti patung dipandang dengan hujung mata.

"Kau takkan khianat aku kan, Lex." tanya Joshua beraut dingin.

Alex telan liur kesat tatkala hujung mata pedang tersebut terasa dikulit lehernya. Sejuk.

Anak buah VG yang menjadi penonton sedari tadi, bertukar pandang. Mereka mengerti jika Joshua sedang merasa gelisah dan tak percayakan sesiapa tika ini. Atau lebih tepatnya trust issue.

Hingga Alex yang setia itu pun dicurigai.

"Bos..." Alex melukis senyum sebaris. Pedang yang tertuju padanya dijatuhkan secara perlahan-lahan.

Lelaki muda ini mendekati Joshua yang masih menanti dengan raut curiga.

Diam-diam Alex keluarkan pisau dari blazer kemudian ditikam tepat didada Joshua.

Semua yang disitu terpempam dengan tindakan Alex. Terutamanya Joshua. Iris matanya membesar.

"Ohok!" darah merah terbatuk keluar dari mulut Joshua.

Tubuhnya hampir rebah, nasib baik dia sempat berpaut di meja.

"Ka-Kau... kenapa?" Joshua menekan dadanya yang keluarkan banyak darah itu.

"Papa!" Clara berlari mendapatkan bapanya. Hampir pitam dia melihat darah yang keluar tak henti.

Alex yang tadinya kaku, kini memasang tampang yang tak pernah diperlihatkan. Mata Joshua yang bergetar dipenuhi rasa bingung dibalas dengan senyuman lebar.

Anak buah Joshua yang lain tak berani mendekat. Mereka tak tahu apa lagi senjata berbahaya yang dipegang Alex.

"Itu karma namanya, Pa pa." kata Alex, perkataan 'papa' disebut satu persatu.

.
. .
. .
. .
. .
p/s : Asal rasa mcm makin bertambah pulak drama - _- stres plk cite ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience