PLASTIK berisi dua biji burger dihulur kepada wanita itu. Selesai membayar Mai kembali ke arah meja dimana ada Hairi.
"Datang beli burger juga ke?" Mai senyum sebaris seraya duduk dikerusi plastik yang disediakan.
Hairi yang terkenal lembut dan sopan ini membalas senyum. "Kebetulan saya lalu kawasan sini. Tak sangka dapat jumpa akak. Akak apa khabar? Sihat? Macam mana kerja baru? Best?"
"Sihat macam ni lah. Kalau kerja, hmm... boleh dikatakan best juga. Gaji tak padan dengan kerja." balas Mai tenang. Takkan la dia nak cerita tentang masalahnya kepada anak muda baik hati seperti Hairi itu.
Pemuda ini tak lekang dari senyuman mekarnya. Pandangan lembutnya tak lepas dari menatap wajah Mai.
"Begitu ya. Syukurlah. Saya selalu berharap akak bahagia setiap saat."
Ucapan lembut yang penuh ketulusan itu membuat Mai tergamam sesaat kemudian dia tersenyum lagi. Sedikit menunduk.
Melihat senyum manis pemuda berusia sama dengan adik lelakinya membuatkan hati Mai lapang. Segala masalah-masalah yang memenatkan mentalnya dibuang jauh-jauh. Dia sedar, masih ramai yang peduli akannya. Salwa, Mamanya, anak kesayangannya, dan adik-adiknya.
"Macam mana belajar? Semua okay?" Mai sengaja ganti topik.
"Saya okay selagi akak okay."
Mai melepas tawa kecil. "Ada ada saja. Oh ya, apa khabar ya adik-adik yang lain. Sihat semua? Lama tak jumpa."
"Semua ok cuma... suasana di rumah suram belakangan ni." air muka Hairi berubah keruh meski ditutupi dengan senyum. Jelas ada yang mengganggu fikirannya.
"Suram? Korang bergaduh ke?" soal Mai.
"Entah la. Calvin dah balik ke rumah keluarga dia. Rais dengan Ken jarang balik rumah. Rasa macam saya tinggal seorang diri pula." tanpa sedar Hairi melepaskan separuh keluhan yang membebani fikiran belakangan ini.
Sebelah tangan Mai menepuk belakang bahu pemuda itu. Seolah tanda memberi semangat.
"Jangan fikirkan sangat. Fikir yang positif saja, mungkin diorang sibuk dengan urusan lain. Exam dah dekat kan. Fokus dulu apa yang penting." bicara Mai setenang air tasik. Ceh, air tasek! Sengaja berlagak macam senior berpengalaman. Hehe.
"Betul juga. Terima kasih kak sudi nasihatkan saya yang banyak kurang ni. Oh? Dah lewat. Saya balik dulu ya." usai lihat jam tangan Hairi bangun berdiri ingin pamit.
Mai turut bangun. "Mari akak hantar."
Pemuda ini tampak serba salah. "Tak menyusahkan ke? Saya tak kisah, risaunya akak yang busy."
"Menyusahkan apanya. Alang-alang boleh jumpa dengan Aryan. Dia dah lama merengek kata nak jumpa abang-abang."
Senyum malu Hairi. Belakang leher digosok. Rupanya anak kecil itu masih ingat padanya. Dia teruja dan senang nak bertemu anak itu.
Berjalan mereka berdua menuju ke arah kereta yang terparkir dipinggir jalan. Mai masuk dibahagian pemandu manakala Hairi disebelah. Kereta mula bergerak meluncur lancar.
Teruja Hairi membelek dalaman kereta mewah yang tak terbayang untuknya naiki.
"Akak kerja apa sampai boleh beli kereta mahal ni?" tanya Hairi teruja seperti anak kecil yang pertama kali melihat hal menakjubkan.
Sengih kambing Mai. "Akak pinjam kereta orang ni."
Jawapan itu malah membuatkan Hairi semakin teruja. "Kak Mai mesti ramai kawan-kawan yang hebat. Sampai boleh beli kereta ni. Saya rasa seumur hidup saya mampu tengok saja. Ini pertama kalinya saya naik."
Mai sedikit tak senang dengan ucapan barusan. "Hairi kan top student di U. Akak yakin lah Ri dapat kerjaya yang lebih hebat dan boleh beli kereta yang lagi mahal. Kenapa rendah diri macam tu? Terlalu awal la."
Pandangan Hairi lempar ke luar. Bibirnya tak lekang dari senyum.
"Nanti kalau banyak duit, saya nak bagi kat keluarga saya. Saya kan anak sulung, mestilah keluarga yang utama. Saya tak perlukan kemewahan. Cukup adik-adik kenyang, mak saya sihat." ujarnya lembut. Teringat pula keluarga di kampung.
Mendengar itu membuat Mai tertawa kecil. Ya, sepertinya Hairi yang lebih muda darinya. Sifatnya lebih matang. Bagaimana boleh ada manusia sebaik Hairi didunia yang kejam dan kotor ini.
Sebut tentang anak sulung dan adik-adik membuatkan Mai ingin bertanya. Kerana tiba-tiba teringatkan Nita.
"Ri abang sulung kan. Apa perasaan Ri kalau misalnya adik Ri mengaku yang dia bencikan Ri sejak dulu? Padahal Ri sanggup berkorban apapun demi masa depan adik." dia menyusun kata dengan penuh hati-hati agar pemuda disebelah tak tersinggung.
Hairi melirik sesaat wanita itu. Seraya berkata. "Sejujurnya kalau saya, saya sedikit kecewa. Tapi saya lebih sayangkan ikatan persaudaraan dibandingkan perasaan saya."
"Macam tu ya. Yah, wajar. Bergaduh macam mana pun. Air yang dicincang takkan putus." balas Mai.
Jawapan itu tak memuaskan jawapan yang Mai inginkan. Tetapi tak mengapalah. Kerana dia pun sama. Hatinya kecewa disaat Nita mengaku membencinya. Padahal demi Nita, dia sanggup bekerja dengan orang berbahaya seperti Kaiser.
"Ajak dia slow talk."
"Hah?" terkebil-kebil Mai akibat melamun jauh.
Kali ini Hairi tatap dalam wajah Mai dari sisi. "Ini kisah Kak Mai sendiri kan? Kalau ada yang ganggu fikiran, sebaiknya akak jumpa dan ajak slow talk. Tanya, terangkan dan nasihat. Biasalah bukan adik beradik namanya kalau tak bergaduh."
"Mungkin ada salah faham yang berbelit atau anggapan yang berbeza. Sebab tu dia sedikit benci. Tapi percayalah, dia tak sepenuhnya benci." sambung Hairi lagi bernada tenang.
Mai diam sejenak. Berfikir dalam dimana salah faham antara dia dan Nita. Jelas-jelas Nita sendiri cakap yang dia bencikan Mai kerana Mai ada segalanya.
Segalanya? Kau silap besar Nita. Segalanya yang kau cemburukan sangat tu, bukannya buat akak bahagia. Malah kesepian. Desis Mai dalam hati.
Keluhan lega terlepas dari bibirnya. "Betul juga tu, sepatutnya akak terangkan semua. Barulah tak ada salah faham. Silap akak."
"Terima kasih ya, Hairi." dia senyum sebaris. Fikiran tenang setelah berbual dengan pemuda itu.
"Untuk apa berterima kasih pada saya. Saya cakap ni berdasarkan pengalaman juga." balas Hairi perlahan di ayat terakhir.
******
Keesokkan pagi,
Tiba di rumah tempatnya bekerja, Mai keluar dari perut kereta. Lalu diikuti Aryan memasuki kondo.
Aryan sedikit kebingungan kerana merasa asing dengan tempat kerja ibunya. "Ibu, ini ke tempat kerja ibu? Macam rumah orang je. Bukan ke kerja ibu tangkap penjahat ke?"
Mai tersengih serba salah. Dua beranak ini berjalan masuk sambil memimpin tangan.
"Ibu dah lama berhenti. Sekarang ibu kerja bersih-bersih je." entah bagaimana nak diterangkan kerjanya. Takkan nak sebut aku bibik? Kang malu Aryan tak mengaku aku mak dia.
"Bersih-bersih? Hmm, Ayan macam pernah dengar." si polos ini mengerut kening sambil berfikir keras.
Mukanya terus berubah ceria bila sudah ingat. "Oh, dah ingat! Kat taska Ayan pun ada seorang pakcik cleaner. Jadi, ibu kerja cleaner ek?"
Bibir Mai menarik senyum sebaris. Kepala anaknya diusap. Fuh! Sakit sampai ke tulang diejek anak sendiri. Nasib kau anak aku.
"Entah la, ibu pun tak tahu ibu kerja apa. Housekeeper, cleaner, bibik rasanya sama saja." ujarnya sembari meletak kunci kereta ditempatnya dan bag galas Ayan dikerusi.
Dimana lelaki itu? Selalunya dah pergi kerja masa ni.
Mai diam untuk beberapa saat. Sudah benarkah tindakannya saat ini. Memperkenalkan anak ini kepada lelaki seperti Kaiser.
Dia ragu-ragu tapi dia perlu cuba. Entah lelaki itu boleh terima atau tak bahawa mereka memiliki anak bersama. Semalaman dia berfikir setelah berbicara dengan Hairi.
Mai sudah tak kisah. Apa nak jadi, jadi lah. Dia nak cuba lihat bagaimana reaksi Kaiser. Kebetulan Aryan cuti hari ini dan setelah keluar dari Villa, siapa yang nak jaga anak itu kalau dia kerja.
"Awal sampai."
Pandangannya beralih ke arah tangga dimana ada Kaiser menghampirinya.
Aryan tak merasa takut malahan berani menatap bingung lelaki asing bertubuh agak sasa itu. Mata tajam itu dibalas polos.
"Ibu, pakcik mana ni? Kenapa dia tak pakai baju?" soal Aryan menarik hujung baju ibunya.
"Dia... papa Ayan. Ayah kandung Ayan." ucap Mai tanpa melihat ke arah lelaki itu yang dengan selamba tak berbaju. Sebenarnya dia kekok dan malu.
Aish! Betul ke aku buat ni?
Mai hairan apabila lelaki itu hanya berdiam diri. Akhirnya dia angkat muka.
Eh?
Mulutnya yang ternganga segera ditutup. Kaiser pandang tak percaya kanak-kanak lelaki berusia lima tahun disebelah Mai itu.
Beberapa minit bengong sendiri. Dia sedaya upaya mencerna situasi. Benar juga, kan Mai ada sebut pasal anak. Jadi ini lah anaknya.
Akhirnya Kaiser berlutut supaya menyamai tinggi Aryan.
"Mai, kau tak bergurau kan? Dia anak aku?" Kaiser tak berkelip melihat anak kecil yang memiliki rupa yang agak mirip dengannya. Eh, ini ke mukanya masa kecil.
Mai menahan sesak didada bila melihat kedua orang itu saling bertatapan.
"Ya, terpulang awak nak percaya atau tak. Awak boleh buat dna test." balas Mai bernada tenang.
"Tak perlu dna test. Aku percayakan kau." tukas Kaiser.
"Papa?" Aryan yang tak mengerti situasi menyenget kepala memandang lelaki yang katanya papa kandungnya. Jadi uncle Zahid bukan papanya?
Rambut hitam lebatnya disentuh oleh tangan besar itu. Hati Aryan tergelitik aneh menerima senyum dari Kaiser.
Kaiser tak dapat tahan senyum bahagia. Wajah yang tadinya mengantuk mula segar. "Papa ya? Boleh juga."
Dia kembali berdiri lalu menghampiri Mai. Wajahnya mendekat ke telinga wanita tersebut.
"Tapi Mai, kenapa baru sekarang kau bagitahu aku? Kenapa tak dari dulu? Kalau tahu kau mengandungkan anak aku, aku akan tanggungjawab. Atau kau fikir aku lelaki tak guna yang tak bertanggungjawab. Sampai kau pilih untuk nikah dengan Zahid." bisiknya. Entah kenapa dia jadi nak luahkan rasa kecewa.
Hujung bajunya Mai genggam erat. Menahan segala rasa. "Tak semudah itu. Dulu hidup saya terikat sepenuhnya dengan Hara. Hidup saya tergantung keputusan ayah. Awak takkan faham kalau saya cerita pun."
Kaiser terdiam buat sejenak. Dia tahu dia tak patut salahkan wanita itu. Salahnya mengungkit hal lama.
"Kau mesti dah lalui banyak perkara buruk. Maafkan aku, Mai." ucap Kaiser sembari sebaris senyum tulus. Ikutkan hati nak saja dia peluk Mai dan Aryan saat ini seperti sebuah keluarga. Namun, belum tiba masanya lagi.
Mai buang muka. Senyum itu... sempat membuat jantungnya berdebar aneh.
"Awak tak kerja harini?" soalnya sengaja ganti topik. Lemas juga berada dalam situasi serius.
"Malas lah. Semalam kan aku demam." jawap Kaiser yang sedang mengangkat Aryan di atas bahu.
Automatik tangan Mai sentuh sekali dahi lelaki itu yang tertutup rambut basah. Baru siap mandi pagi mungkin.
"Tak panas pun."
Sengih Kaiser. "Qodho yang semalam." kemudian beralih kepada Aryan.
"Mama suka sentuh papa. Papa takut sebenarnya..." ujarnya dengan gaya gedik dan pura-pura ternodai.
Ergh! Apa tuh? Gangster pickme!
Mai geleng kepala lalu berjalan ke arah dapur untuk membuat sarapan pagi.
"Bukan mama, ibu lah! Ibu memang suka sentuh Ayan masa Ayan demam. Ibu nak cek suhu. Eh? Patutnya ibu jadi dokter bukan cleaner." celoteh mulut Aryan tanpa lapis. Dah tahu dah turun dari siapa.
Terangkat sebelah kening Kaiser. "Cleaner?"
Aryan pandang takjub muka lelaki itu tepat didepannya. Masih tak percaya. "Betul ke papa, papa sebenar Ayan? Jadi betul la apa yang uncle Zahid cakap."
Kaiser mengkerut kening. Apa yang Zahid cakap kat anak umur lima tahun. "Dia cakap apa? Cuba cerita. Papa nak tahu."
"Uncle kata Ayan bukan anak dia. Sebab tu dia tak bagi Ayan panggil dia papa. Sampai sekarang Ayan panggil uncle, uncle Zahid. Takut dia marah. Uncle kalau marah seram. Garang! Ayan tak orang garang!" anak ini tak sedar terlepas marah pula. Haih, kecil-kecil dah stress.
"Oh ya, sampai macam tu sekali ya. Uncle Zahid pernah pukul Ayan?" tanya Kaiser mengawal nada lembut sebaik mungkin. Wahal dalam hati sudah berasap menahan marah.
"Tak pernah. Lagipun Ayan tak buat salah, kenapa nak pukul? Mana boleh pukul orang tak ada sebab! Itu penjahat namanya! Ibu kena tangkap panjahat macam tu!" tiba-tiba emosi pula anak kecil ini. Gaya macam ada bakat jadi polis ni bila dah besar.
Mendengar celotehan comel tersebut membuat Kaiser tergelak kecil.
"Cerdik juga anak papa."
Lalu matanya pandang ke atas siling kosong. Rahang mengetap menampakkan urat marah. Dia ada kebiasaan apabila marah, cara untuk kawal adalah pandang ke atas buat beberapa saat.
Zahid...
Sepertinya lelaki itu silap sakiti orang. Sepatutnya dia tak boleh sakiti orang-orang berharga Kaiser Lee.
"Papa tak garang kan?" tanya Aryan berharap. Sudah lama menginginkan seorang ayah. Akhirnya dia punya ayah seperti teman-temannya yang lain.
Kaiser senyum lembut. "Tak la. Papa punya penyayang, semut pun papa tak berani pijak."
Yela tu. Tak pijak semut tapi pijak orang.
********
[WARNING!! SEDIKIT +18! PASTIKAN PEMBACA BIJAK DALAM MENILAI!]
VILLA HARA...
Langkah lajunya menuruni anak tangga. Kasut tumit tinggi dipakai tergesa-gesa. Temannya sudah tunggu diluar.
Aktiviti Nita seperti biasa. Pergi bar atau club untuk bersuka ria. Hati semakin suka kerana kakaknya yang menyebalkan sudah keluar dari rumah itu. Dia yakin Mai takkan beritahu mama dan ayah tentang dia halau perempuan itu.
Bibirnya yang memakai liptmatte gelap itu tertawa suka. "Perempuan pengecut tu mana berani mengadu."
Tika dimuka pintu utama, Nita bertembung dengan Airel yang dipapah oleh maid.
"Hey, si b***h ni mabuk lagi? Kalau ayah tahu, kena kau. Aku tak apalah, aku dah biasa." tukas Nita membiarkan maid melintasinya yang memapah pemuda itu.
Dalam mabuk Airel sempat pandang tajam kepada Nita. "Diam lah kau! Aku tahu... kau punya kerja sampai kakak aku keluar dari rumah."
"Apa-apa sajalah!" Nita angkat bahu selamba kemudian berlalu pergi.
Terhuyung hayang Airel berjalan ke arah dapur untuk minum segelas air. Kerana separuh sedar, tangannya tak stabil hingga air tertumpah pada dada.
"Akh! Sejuk..." air sejuk terasa pada kulitnya.
Datang maid yang kebetulan ada disitu. Kalut ingin membantu tuan muda di villa tersebut.
"Mari akak tolong papah masuk dalam bilik."
Airel mengibas bajunya yang terkena air.
"Mana Laila? Saya nak dia." soalnya perlahan.
"Dia kata nak rehat dalam bilik tamu bawah dulu sebelum balik. Katanya nak berhenti bila Puan dan Tuan balik." jawap maid berusia kira-kira 40an tersebut.
Airel berkerut kening. Jelas perkara itu membuatnya tak senang. "Berhenti? Kenapa?"
"Laila kan kerja dia memang mengasuh Aryan. Sekarang Aryan dah tak ada. Mungkin itu alasannya. Ada apa Airel cari dia?"
Airel menaruh gelas dalam singki lalu mencuci. Rambut yang sedikit kusut diraup ke belakang.
"Jangan bagi sesiapa masuk dalam bilik tamu." usai berkata begini Airel berjalan ke arah bilik tamu lantai satu.
Pintu yang tak dikunci dibuka.
"Laila..." panggilnya lembut. Langkah diatur lalu duduk dibirai katil.
Gadis muda yang tadinya tidur selesa bingkas bangun. Jelas riaknya berubah.
"Tuan tak boleh masuk ruangan orang perempuan sesuka hati macam ni. Walaupun ini rumah tuan." gadis muda bernama Laila ini mengutarakan perasaan tak selesanya.
Airel seorang tuan muda yang sopan dan baik hati. Baik kepada semua orang termasuk dirinya. Kecuali... saat mabuk. Sikapnya tak terduga.
Tangan lembut Laila dicapai dan ditekap ke pipi. Wajah sedih Airel terpamer.
"Jangan berhenti. Kau tahu kan, aku tetap waras dalam rumah ni pun disebabkan kau. Kalau kau pergi-"
Airel ditarik masuk kedalam pelukkannya. Laila mengusap lembut belakang kepala itu.
"Tak boleh macam ni. Tuan tak boleh simpan perasaan pada saya. Saya cuma perempuan biasa dari kampung. Kalau Tuan Idris tahu anak dia ada hubungan dengan perempuan miskin macam saya. Mengamuk dia." Laila cuba memujuk. Seperti seorang ibu memujuk anak.
Sifat penyayang itu membuat Airel semakin suka padanya.
Lesu wajah Airel. Mukanya rapat ke dada gadis muda itu.
Pelukkan dilerai. Wajah manis Laila ditatap dalam dengan mata sayunya. Tangan naik sentuh kedua pipi Laila.
"S**l, pergi mampus dengan darjat. Yang penting aku nak kau. Kau seorang saja boleh buat aku gila macam ni." ucapnya lalu mencium bibir gadis itu.
"Hmph! Tu-Tunggu... hey tung- hm." ucapan Laila tak dihiraukan. Malah lanjut bercumbu dalam.
********
Share this novel