KEHENINGAN malam diisi dengan suara nafas masing-masing. Sinar lampu berwarna jingga memberi sedikit cahaya di dalam kamar tersebut, agar tak terlalu gelap gelita.
Tubuh besar Kaiser yang berbaring membelakanginya, ditatap lama.
"Awak..." serunya selembut mungkin.
Sepi. Tiada sebarang balasan.
"Dah tidur ke? Kai..." Mai cuit bahu lebar lelaki itu yang masih kaku tak berpaling.
Bibir bawahnya digigit Mai. Hatinya kuat mengatakan yang lelaki itu belum tidur. Takkan la masih terasa hati dengan gurauannya mengenai topik 'sentuh' tadi?
Tadi pun dia tak sempat nak mencari Kaiser di taman kerana dipanggil oleh Puan Sharifah. Sesudah percakapan lama dengan mama barulah dia pergi ke taman. Rupanya Kaiser sudah naik ke bilik. Itu yang dia tak sempat bertanya apa-apa mengenai hubungan Kaiser dan Tuan Idris.
"Saya minta maaf la, awak jangan ambil hati yang saya cakap tadi. Saya cuma-"
Pujukkan Mai terhenti tatkala halwa telinganya menangkap suara dengkuran halus dari lelaki itu.
"Dah tidur rupanya. Esok sajalah." gumam Mai perlahan bersama wajah sugul. Dia mengiring tubuh ke arah bertentangan dengan lelaki itu.
Sementara itu Kaiser. Tubuh kecil molek isterinya diintai kejap. Nampaknya Mai sudah lena.
Kaiser menekup mulut sembari berbaring mengadap wanita itu.
"Pftt," tawanya tak sengaja terlepas. Segera dia tahan semaksimal yang mungkin.
Inilah idea-nya mahu kenakan Mai. Pura-pura merajuk kemudian menunggu Mai mengamuk. Pasti wanita itu akan tertekan bila diabaikan.
Rambut Mai yang panjang mengurai disentuh lembut. Lalu dicium lama oleh Kaiser yang sedang merenung penuh nafsu tubuh belakang isteri. Haruman alami dari rambut Mai membangkitkan satu perasaan aneh dalam dirinya. Cinta dan nafsu bagai bersatu. Nafsu lelakinya yang terkubur lama bangkit kembali.
Tak sampai hati dia mahu tindih tubuh kecil molek itu. Kaiser gigit bibir bawahnya dengan tampang menggoda. Seksi sekali anda ini.
Bagaimana ini, dia ingin menaklukkan isterinya itu. Baik hati mahupun tubuh badan. Dia mahu miliki semuanya.
Kaiser ketawa mengejek dirinya sendiri. Nafsu buasnya ditenang kembali. Belum sampai masanya lagi.
"Kenakan Mai apanya. Aku sendiri yang terkena dulu." gumamnya perlahan.
Lama memerhati wanita itu, akhirnya Kaiser pun tertidur dengan sendiri.
*****
PRANG!
Pecah berderai pasu berlukiskan naga itu. Merah padam seraut wajah Joshua yang diamuk amarah.
Alex menelan liur kesat melihat bos besarnya naik hantu. Kertas-kertas proposal yang berterabur di atas lantai dikutip satu persatu. Tak berani dia nak mencelah, takutnya dia pula kena tempias.
"This is a sh*tty situation." Joshua mengetap rahang menahan gelojak emosi. Kepalan tangannya menopang atas meja.
Syarikatnya berada dalam kondisi diambang maut. Seperti telur dihujung tanduk. Proposal menunjukkan anggaran wang masuk tahun ini berkurang secara perlahan-lahan. Ramai para pekerja yang ajukan surat resign. Dan rupanya para pekerja VG masuk ke dalam perusahaan F.Z Corp.
Joshua yakin ini semua ulah Kaiser. Rupanya begini cara Kaiser yang obsess mahukan kejatuhan VG. Dia fikir anak saudaranya itu tahu adu tinju saja.
"Berani dia kacau bilaukan bisnes aku. Dan dengan tak tahu malunya dia menikah selepas buat VG rugi besar. Kaiser, kau memang mirip dengan bom waktu." dia merengus kencang bersama perasaan amarah yang berbuku.
"Kaiser memang tak boleh dibiarkan. Dia bertindak sesuka hati seolah yakin yang aku tak boleh pecat dia sesuka hati. Tak boleh dibiarkan. Alex!"
"Ya-Ya, bos!" sahut Alex yang terlihat gementar.
"Disebabkan aku tak boleh senang-senang buang Kaiser. Aku ada idea bagus. Kita akan lancarkan serangan balik." senyuman seringai Joshua melebar memikirkan idea yang baru terlintas.
Alex tampak tertanya-tanya dengan plan licik bosnya. "Serangan balik... maksud bos, bos nak gunakan orang tu?"
Jangan-jangan... sekali lagi liur kesat ditelan oleh Alex. Liur terasa kering dikerongkong memandang Joshua yang sedang ketawa besar itu. Kadang dia merinding dengan bosnya itu.
Joshua melabuh punggung dikerusi. Dia bernyanyi kecil membayangkan rancangannya.
"VG kan masih ada senjata rahsia. Ken lawan yang tepat untuk rubah licik seperti Kaiser. Selain Martin, aku yakin kekuatan Ken setara dengan Kaiser."
"Kalau macam tu, bos nak saya panggil Ken sekarang?" soal Alex keluarkan telefon, bersedia untuk memanggil pemuda tersebut.
Joshua tersenyum sebaris. "Jangan ganggu dia. Mungkin dia ada dengan Clara. Esok saja."
Alex simpan semula telefonnya. "Baik."
"Terburu-buru bukan gaya aku. Tapi disebabkan lawan kita adalah Kaiser. Dan identiti Martin sebagai orang kanan Kaiser masih tak jelas. Kita tak tahu siapa lagi ada dibelakang dia. Mungkin Tuan Idris." tutur Joshua tenang.
"Nampaknya uncle terlalu manjakan Kai..." gumamnya perlahan. Tak dapat disangkal, tersembunyi perasaan gelisah dari raut tenang Joshua.
******
KEN diam tertunduk. Lama mata kuyunya merenung jalan tar. Entah apa yang bermain dalam fikiran lelaki ini setelah mendengar nasihat Laila. Gadis itu masih setia disebelah.
Ken mengangkat muka. Laila dipandang seraya ajukan soalan. "Nama kau siapa? Pelik pula rasa kena nasihat dengan orang random."
Tergelak kecil Laila mendengar itu. "Saya Laila. Awak?"
Ken terkedu sesaat sebelum tersenyum pahit. "Nama kau sama dengan mak aku."
Senyuman Laila kendur. Pandangan penuh simpati dituju tepat kepada pemuda itu. Dia bagai dapat rasa yang lelaki itu sedang merindui emaknya.
Laila ceriakan suasana semula. Senyuman manis diukir. "Ish! Tak adil ni. Nama awak apa? Saya dah bagitahu nama saya. Sekarang awak la pula."
"Ken." jawap Ken ringkas.
"Ken?! Pendeknya... tiga huruf." tawa lucu ditahan oleh Laila.
Ken hadiahkan jelingan tajam kepada gadis itu yang bergetar tubuh, menahan tawa.
Disebabkan mereka duduk berhadapan tepat dengan Bar. Dapat dilihat dengan jelas setiap orang yang keluar masuk Bar tersebut.
Bebola mata Ken membesar apabila ternampak kelibat seorang gadis berpakain tersangat seksi, keluar dari Bar. Gadis berkulit putih melepak itu menuju ke arah mereka.
Ken menyiku perlahan lengan Laila.
"Kau, cepat pergi!" bisiknya tegas.
Laila kebingungan sambil melingas kiri dan kanan. "Apa? Kenapa?"
Pandangan Ken masih melekat pada Clara yang hampir mendekat. Laju langkah gadis China itu.
"Pergi saja! Bahaya, perempuan kat depan tu bahaya." keras bisikkan Ken. Jelas rautnya serius seolah-olah takutkan sesuatu.
Melihat lelaki itu seserius itu, Laila cepat bangun sambil menyangkut sling bag-nya dibahu. Dia tahu Ken tiada niat mahu halau dia. Mungkin gadis China yang mendekat itu benar-benar bahaya.
Cuak pula Laila jadinya. Ken dan Clara dipandang silang berganti. Lalu dia beredar dari situ.
Dari kejauhan, Laila sempat menoleh kejap ke arah gadis China yang sudah berdiri tepat didepan Ken. Riak gadis itu jelas bimbangkan Ken yang separuh mabuk itu.
"Bahaya? Comel macam tu dikata bahaya." desisnya perlahan lantas menggeleng kecil.
Di situasi Ken. Clara membantu Ken berdiri. Lengan lelaki itu diletak atas bahunya untuk memapah tubuh yang terhuyung hayang itu. Clara terlihat segar bugar, agaknya sudah terlalu terbiasa dengan arak sampai tak mabuk langsung.
Tatkala tangan gadis itu menyentuh pinggangnya. Ken spontan menolak. Dia menjauh kerana teringatkan janjinya kepada Joshua. Bagaimana dia boleh lupa janjinya yang tak akan sentuh sehelai pun rambut Clara.
Cemberut muka comel Clara apabila pertolongannya ditolak. Dia memeluk tubuh bersama mulut muncung. Marajuk la katakan.
Ken yang bersandar pada dinding, melirik sekilas. "Kau kenapa?"
"Siapa perempuan tadi? Huh? Berani Ken curang dibelakang Clara. Padahal Clara tinggal sekejap saja!" Clara menghentak kaki tanda marah.
Sikap kekanakkan itulah yang membuat Ken tertekan dengan bos manjanya itu. Dia mula dah! Curang pala hotak kau!
"Kau balik la dulu. Tunggu jap aku panggil grab." telefon pintar miliknya dikeluarkan dari jaket kulit itu. Dia cuba bertenang menghadapi gadis itu.
"Tak nak! Nak balik dengan Ken! Ken kan bodyguard Clara!" bantah Clara sambil menyilang tangan didada. Masam mencuka wajahnya.
Ken berusaha tetap sabar. "Aku tak boleh bawa muto. Kepala aku pening lagi. Kau balik saja dulu."
Clara tolak tangan Ken yang sedang bermain telefon. Mimiknya berubah ceria selajur merangkul lengan kekar Ken.
"Kalau macam tu, apa kata kita tidur di hotel malam ni? Satu malam saja. Boleh la... Ken tak pernah setuju tiap kali Clara ajak. Boleh la eh..." pujuk Clara dengan muka yang sengaja dibuat-buat comel.
Cadangan tak masuk akal itu dapat difahami oleh Ken. Dia tahu apa yang diinginkan gadis itu. Kepala yang berdenyut-denyut dipicit oleh Ken.
Kening tebalnya berkerut seribu hingga hampir bercantum satu. "Apa yang kau mengarut ni. Aku dah katakan-"
Bicaranya segera dipintas Clara. "Okay okay fine! Kalau macam tu kita balik sekali. Jap Clara nak pesan grab."
Jari runcing Clara laju menari atas skrin telefonnya.
"Habis muto aku nak campak mana?" kesabaran Ken kian menipis menghadapi kedegilan gadis itu.
"Suruh la anak buah papa ambilkan. Papa kan ramai anak buah. Ken ni macam tak sayangkan Clara saja. Kalau apa-apa jadi kat Clara masa Ken tak ada. Macam mana? Nak tanggungjawab?" Clara menguji selamba. Sengihan kemenangan dilukis. Dia tahu segigih apapun Ken membantah, lelaki itu takkan menang lawan perempuan sepertinya.
Ken menyembunyi dengus geram. Akhirnya dia mengalah jua. "Ikut suka hati kau la."
*****
"Tiga hari. Tiga hari dia merajuk." gerutu Mai sendirian. Dia duduk memeluk lutut di gazebo.
Seksa Mai dibuatnya dengan sikap acuh tak acuh Kaiser kepadanya. Sudah tiga hari berlalu, dan lelaki itu masih tak menyentuhnya walau seinci kulit pun! Sudah la hari ini merupakan hari 'terakhir' dia di Villa ini sebelum berpindah ke kondo Kaiser.
Dia bukan kemaruk sangat ingin disentuh tetapi rasa bersalah dan berdosa membebani fikirannya. Harinya tak tenang selagi Kaiser tak maafkannya.
Mana tidaknya. Ada sekali tu, tangan mereka tersentuh sedikit saja ketika makan malam. Lelaki itu cepat-cepat meminta maaf seolah baru tersentuh benda haram. Para penghuni rumah pandang pelik la.
"Haih... sampai bila awak nak merajuk." keluh Mai perlahan. Sisi kepala bersandar pada tiang gazebo yang diperbuat dari kayu berkualiti tinggi itu.
Disebabkan teramat bosan, Mai membelek apa yang ada dalam telefonnya. Muncul story beberapa kenalan yang dia ikuti. Rancak sungguh orang-orang update seharian mereka. Tak sepertinya, tak ada yang menarik dalam hidupnya.
Satu-satunya perkara yang menarik dalam hidupnya mungkin itu... Kaiser?
Tanpa sedar Mai tersenyum sendiri ketika melihat story adik-adiknya. Airel memposting foto pernikahannya. Punya la bangga ada abang ipar. Hairi, seperti yang dijangka dari abang penyayang itu. Pastilah post foto adik-adiknya yang masih kecil.
Calvin pula, tampak gembira bercuti dengan keluarganya. Kaya juga keluarga Calvin. Rupanya pemuda itu adalah putra sulung Mr Chong yang terkenal sebagai pemilik pasaraya dan mall, yang terletak di daerah negeri Johor.
Kalau Rais pula... tergelak kecil Mai melihat story milik pemuda itu. Muka saja ganas tapi story-nya penuh dengan foto kucing. Gebu gebas semua kucing-kucing Rais.
Telefon disimpan semula. Senyuman Mai kekal mekar menghias. Perasaan gelisah sedikit terubat setelah melihat gelagat orang-orang itu.
Tak semenanya fikiran Mai menerawang entah kemana. Terbang tak tentu arah. Tiba-tiba dia teringatkan sosok seseorang.
"Ken apa khabar ya. Harapnya Ken pun tak ada masalah la..." monolognya perlahan.
Di kedai makan haritu, dia kekok dengan pandangan Ken. Entah kenapa, pandangan tajam itu seperti ingin mengatakan sesuatu kepadanya. Tetapi tak kesampaian disebabkan orang ramai. Tapi apa ya? Apa Ken ada masalah yang ingin diluahkan?
"Kau boleh ingat lelaki lain. Sedangkan kau ada salah pada aku. Tergamak kau, Mai."
Zap!
Terkujat Mai dibuatnya dengan teguran tiba-tiba dari belakang. Sejak bila dia ada belakang aku?
Mai mendongak. Tangan Kaiser segera dipegang menghalang lelaki itu yang ingin beredar pergi.
"Tunggu! Awak jangan salah faham. Du-Duduk dulu." tempat disebelahnya ditepuk.
Kaiser kekalkan raut tenang. Sedangkan dalam hati sudah berbunga-bunga kerana tangannya disentuh oleh Mai.
"Baiklah, mari kita bincang. Jelaskan supaya aku tak salah faham." ujar Kaiser dingin.
Share this novel