47 : Romusso

Romance Series 8958

[WARNING!! CHAPTER YANG SANGAT CRINGE!! TAK LOJIK! TAK ADA KAITAN DENGAN REAL LIFE!! SILA BUANG JAUH-JAUH AKAL LOJIK ANDA. KARYA HANYA IMAGINASI PENULIS 100%]

SHANGHAI, CHINA.

Ting!

Terbuka sahaja pintu lift. Alex membuka langkah besar menuju ke arah bilik hotel. Langkahnya terhenti kerana dihalang oleh dua orang bodyguard yang berjaga di pintu.

"Jiao sha?"(siapa nama kau) tanya salah seorang bodyguard itu tanpa secalit senyum.

Menjadi satu kebiasaan para pengawal itu bertanya dulu nama untuk berjaga-jaga. Mana tidaknya, yang ingin temui bos besar mereka pastilah bukan calang-calang orang.

"Alex. I mean, number three." tukas Alex bersama wajah yang sentiasa tak ramah itu.

Namanya memang tak terkenal di sini tetapi nombor pangkatnya mampu menarik perhatian ketua mereka. Ya begitulah, kedudukannya sama pentingnya dengan orang kanan.

Dua orang bodyguard itu saling memandang satu sama lain kemudian mengangguk sekali. Pintu ditolak selepas digeser dengan card.

Alex melangkah masuk ke dalam suite mewah tersebut. Mukanya datar saja, menunjukkan dia tak merasa gentar mahupun takut.

"Ah, s**l." getusnya kesal sendiri tatkala aroma tak menyenangkan menusuk rongga hidung.

Cepat dia menahan nafas. Terlihat asap lembut memenuhi ruangan. Dan pastilah itu bukan asap biasa.

Ianya sejenis narkoba yang dibakar. Jika dihirup dalam waktu yang lama boleh menyebabkan khayal.

"Bos! Bos kat mana?" Alex dah tak senang duduk berada dalam ruangan menyesakkan ini. Tangannya mengibas menghalau asap yang halangi pandangan matanya.

"Oh! suara ni. Alex ya... " sahut seorang lelaki awal 30an yang sedang bersandar santai di sofa panjang.

Usai dia menekan remote, asap yang tadinya memenuhi ruangan perlahan-lahan keluar melalui jendela kaca yang dibuka automatik.

Alex terbatuk beberapa kali. Lega dapat bernafas semula.

"Long time no see. What interesting information kau bawa kali ni, Lexs?" suara garau Frediz bergema di dalam ruangan luas ini.

Dia menyilang kaki panjangnya. Bola mata berwarna hazel itu memerhati Alex yang mendekat.

Alex tunduk hormat selayaknya orang bawahan.

"Macam yang bos cakap. Kaiser memang berguna untuk singkirkan VG. Nampaknya dia pun sedar Romusso cuma manfaatkan dia. Tapi bos jangan risau, misalnya dia berniat nak tangkap kita. Itu maknanya dia dah gila." jelas Alex penuh keyakinan diri. Yakinnya anda.

Frediz meleret senyum sambil mengusap dagunya. "Oh ya. Dari dulu lagi dia dah gila."

Alex yang tunduk ke bawah, mencuri pandang ke arah ketua Romusso itu. Sebenarnya ada yang dia hairannya tika ini.

Frediz yang tampak tetap segar dan tak khayal biarpun sudah menghirup banyak asap narkoba itu. Dasar pecandu gila! Nampaknya dia dah terlalu terbiasa dengan narkotik. Kerana itulah Frediz mampu pertahankan kewarasannya.

"Tapi ada dua orang yang kita perlu waspada." Alex membuka topik yang paling mengganggu fikirannya.

"Hm? Siapa?"

"Dua anjing Kaiser. Martin personal assistant a.k.a tentera dari pasukan khusus yang sedang menyamar. Dia orang pertama yang tahu ikatan kita dengan VG. Orang yang jenius dan peka berbeza dengan Kaiser. Kalau saya 'otak' Joshua, dia 'otak' Kaiser. Kalau dibiarkan lambat laun kita pun akan bernasib sama dengan VG." serius Alex memberi penjelasan.

Namun, Frediz kekal tenang. Tidak tergugat sedikit pun.

"VG cuma dipenuhi budak-budak mentah yang tergilakan duit. Kau tak sepatutnya sandangkan VG sama taraf dengan Romusso. Kau buat aku rasa terhina, Lexs." ucap Frediz tenang tetapi keras.

Pandangan matanya yang tertuju kepada Alex seolah berkata 'berani kau samakan Romusso dengan VG'.

Glup! Alex menelan liur pahit apabila merasa atmosfera yang panas menekannya. Dia menyumpah seranah dirinya sendiri kerana menyinggung hati ketua yang terkenal kejam itu.

"Ma-Maaf saya silap, bos."

"Sudah la. Jadi siapa orang kedua yang kau cakap tadi? Kau kata dua ekor anjing kan. Siapa seekor lagi? Bahaya sangat ke dia sampai boleh buat kau takut." tukas Frediz kembali ke topik asal.

"Orang panggil dia Ken. Tak ada info yang istimewa pasal dia. Cuma katanya, dia dah kalahkan orang-orang kuat VG. Itupun tanpa bantuan orang lain. Bagi saya, orang yang tak terikat dengan sesiapa macam dia tak boleh diremehkan. Tapi..." Alex memberi jeda.

Frediz yang semakin tertarik itu terangkat sebelah kening tebalnya. "Tapi?"

"Tapi sekarang untunglah. Ken tak ada sebab nak tangkap penjenayah macam kita. Lepas keluar dari VG, dia cuma orang biasa yang tak berguna." Alex melamun sejenak memikirkan sesuatu.

"Jadi apa yang buat kau takutkan sangat dengan budak nama Ken tu. Bukan ke Kaiser sepatutnya orang yang paling kita kena hati-hati. Dia tu psycho kalau kau nak tahu. Mata dengan gigi aku ni pun dia cabut sebab tak puas hati aku rampas girlfriend dia. Ada lagi ke orang yang lagi gila dari Kaiser?" tanpa sedar Frediz tercerita lagi peristiwa lampau antara dia dan Kaiser.

Alex sudah terbiasa dengan cerita tersebut. Mana tidaknya, cerita itu boleh dikatakan sudah melekat dalam otaknya kerana diceritakan puluhan kali.

"Saya tak nafikan, sebab apa yang saya perhati selama ni. Kaiser makin kuat dari hari ke hari. Tapi apa yang saya nak cakap, di antara mereka bertiga. Martin yang paling bahaya." ujar Alex serius memperhati reaksi balas dari bosnya.

Sesuai dugaan, ucapannya ditanggapi dengan baik. Senyum sinis Frediz yang terukir menandakan lelaki itu tertarik.

"Apa tugas saya lepas ni, bos?"

"Biarkan dulu. Bagi diorang berseronok. Kita tak perlu terburu-buru." kata Frediz menarik senyum yang tersembunyi makna tersirat.

ROMUSSO.

Silap besar jika ada yang berfikir mereka sekumpulan gangster biasa. Memang benar kedudukan mereka berada di atas VG.

Kerana mereka bukan organisasi gelap mahupun sekumpulan samseng. Romusso adalah pusat.

Markas utamanya berada di bandar terbesar di negara China iaitu Shanghai.

Pusat berkumpulnya para pembunuh bayaran dari Rusia, yakuza dari Jepun, mafia dari Mexico dan gangster dari negara asia. Romusso merupakan kunci perjanjian pendamaian mereka selama ini.

Dan seperti yang kita tahu, ketua Romusso saat ini adalah Frediz. Musuh lama Kaiser sekaligus sahabat yang pernah berkhianat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience