'Hah... Hah...' nafasnya tercungap cungap. Kepalanya tertunduk lemah ke bawah.
Kedua tangannya diikat dan dirantai. Diperlaku mirip seperti anjing kurap. Seluruh badan terasa sakit. Tubuhnya mungkin sudah lebam dan bengkak. Tekak terlalu perit dan kering untuk meraung lagi. Seharian dia diseksa. Dipukul dengan pemukul besbol tanpa belas kasihan. Tiada dia tetap tak keluarkan sepatah kata pun yang menguntungkan pihak musuh. Malah...
'Air... bagi aku sedikit air...' Dia perlu meneruskan hidup walaupun dunia dipenuhi manusia manusia kejam.
'Perempuan gila! Dah kena seksa macam tu pun masih tak nak buka mulut. Tak tahan aku duduk dalam bilik ni.'
Seorang pengawal yang sentiasa mengawasinya keluar dari bilik gelap itu bersama perasaan kesal. Kuat bunyi pintu ditutup namun tak mengejutkan Mai kerana sudah terbiasa.
Perginya pengawal itu meninggalkan dia seorang diri di dalam bilik gelap gelita itu tiba tiba membuatnya sesak nafas.
Dia cuba untuk tidak menjerit memanggil pengawal tadi namun ketakutan gelap lebih menguasai.
'Jangan. Jangan pergi... jangan tinggalkan aku dalam gelap...' Dia merayu lemah meskipun tahu suaranya tak akan sampai ke luar bilik yang kedap bunyi dan cahaya ini.
Puluhan makhluk datang hampirinya dari dalam gelap. Makhluk makhluk tersebut membuat Mai hampir pengsan akibat terlampau takut. Dia tahu makhluk itu hanya bayangannya saja tetapi terasa nyata.
'Gigit lidah kau Mai!'
'Buat apa kau hidup lagi? Hidup kau dah tiada makna!'
'Kau sanggup diseksa. Sanggup gadaikan nyawa kau demi kerja b*doh kau tu?! B*nuh d*ri saja!'
Bisikkan jahat ditepi telinga membuat seluruh tubuhnya menggigil. Dadanya gementar hebat. Mai menggeleng kepala menidakkan itu. Dia hampir gila.
'Jangan... datang balik... jangan tinggalkan aku seorang...'
'Jangan tinggalkan aku!'
"HAH!" Mai terbangun dari baringan. Terbangun dari mimpi ngeri secara mengejut membuat dadanya hampir pecah. Keringat pada seluruh muka dibiarkan.
Nafasnya tercungap cungap. Tetapi cuba bertenang. Nafas ditarik dalam kemudian dihembus perlahan lahan untuk menenangkan diri. Belakang kepala disandar ke kepala katil yang empuk.
Sebelah tangan naik memegang kepala. Masih sakit seperti tadi. Perutnya berbunyi minta diisi.
Ah, dia pengsan ketika beradu mulut dengan ayahnya petang tadi. Dia pengsan kerana kekurangan tenaga kerana dari semalam dia tak sentuh apa apa makanan. Dia tahu dia tak boleh skip makan. Tanpa sedar bibir cantik itu mengeluh berat.
Pandangan Mai meliar ke sekeliling kamar tepat dia berbaring. Kamar ini masih sama. Kamarnya dulu. Selimut tebal diselak lalu nampak tubuhnya dikenakan pakaian lain.
Mesti mama yang nak aku rehat. Kalau ayah agaknya campak aku tepi longkang aku. Detik hati kecil Mai. Terlahir tawa kecil menutupi luka lama yang kembali disayat.
'Luka' itu sudah lama tidak berdarah. Hanya meninggalkan parut saja kerana dikeringnya dengan hati kental Maihara. 'Luka' itu tak dapat dikuburkan kerana ada seseorang yang selalu menginginkan luka itu kembali.
Seseorang itu adalah ayah kandungnya sendiri, Tuan Idris.
"Nikah. Macam mana ayah boleh terfikir nak saya rujuk semula dengan bekas suami jah*nam tu. Sebenarnya ayah buat saya makin terseksa." ngumam Mai sendirian.
Mai menunduk lesu. Wajahnya pasti pucat saat ini. Perut benar benar kosong. Lalu dia terpandang semangkuk bubur dan segelas air putih atas meja kecil ditepi katil.
Semangkuk bubur di ambil. Ini bukan saatnya dia buat keras kepala. Dia perlu kumpulkan kembali tenaga kemudian bawa Aryan keluar dari rumah ini. Dia mahu cepat cepat pergi.
Sesuap. Kemudian sesuap lagi bubur disuap.
"Eh? Kenapa aku nangis ni?" tanpa sedar setitik demi setitik air jernih jatuh dari mata bundar itu. Namun tangan masih menyuap bubur. Sedih dicampur lapar. Sangat menyeksa.
Esakkan kecil mula terdengar. Mai menahan dari menjerit di situ. Dalam hati sudah sumpah seranah dan mengutuk dirinya b**oh kerana menangis dengan perkara masa lalu.
Dia kecewa dengan dirinya sendiri kerana menangis seperti anak kecil.
Padahal Mai balik bukan untuk bergaduh. Ayah sendiri yang buat Mai sakit hati tapi ayah pula nak mengamuk tak tentu pasal. Rengek hati kecil Mai.
Bubur sudah hampir habis. Mata yang kabur dipenuhi air mata dikesat kasar. Kata orang kalau menangis ketika makan nampak menyedihkan. Jadi dia tak mahu itu. Dia mahu tampak kekal kuat dan dewasa.
Tapi adakalanya hati kecilnya meronta ingin lepas dari semua ini. Walau nampak kuat diluar namun Maihara yang sebenar hanyalah manusia yang banyak kekurangan tersembunyi. Dia bertahan selama ini pun kerana Aryan dan Puan Sharifah yang ikhlas menyayanginya.
Jika tiada kedua orang itu, Mai hanya dikelilingi manusia munafik yang bertopengkan keluarga.
'Tiada siapa yang ikhlas sayang kau? Oh, kalau begitu biar aku yang jadi orang yang paling sayangi kau dalam dunia ni. Aku akan buat sampai kau rasa kau tak perlukan orang lain selain aku. Boleh?'
Bicara seorang lelaki yang dulu mengatakannya begitu datang kembali tanpa dipinta.
Mai geleng kepala. Kepala diketuk bagi membuatnya sadar kembali.
Apa yang otak karutnya itu pikir sampai ingat semula kepada 'lelaki asing itu'. Sudah bertahun lamanya dia tak bersua muka dengan lelaki misteri itu namun bagaimana bisa dia masih ingat suara lelaki itu. Wajah lelaki itu masih kekal diingatan walau agak samar dan tika itu dia mabuk.
Tetapi Mai bukanlah pelupa. Meski hal kecil dan remeh pun dia akan ingat, inikan pula peristiwa gelap bersama lelaki itu.
"Lelaki tu. Matanya coklat cair. Rambut hitam. Hidung dia mancung. Perut dia- **** mengarut apa yang aku ingat ni?" Mai picit kepalanya. Dua biji ubat penadol ditelan bersama seteguk air kosong.
Agaknya aku dah gila. Menyempat aku ingat lelaki tu dalam keadaan macam ni. Naik balik air mata aku. Gerutu Mai mengutuk dirinya sendiri.
"Nikah..." gumam Mai perlahan tanpa disedari. Kepala disandarkan kembali. Matanya ralit melihat ke jendala luar. Awan jingga kemerahan terlihat cantik. Senja mula melabuhkan tirai ingin berganti malam.
Sebut tentang nikah, bukan muncul bekas suaminya atau lelaki lain. Malah lelaki asing yang dia bersama lima tahun lalu. Dia tahu jika sekali dia mengingat lelaki itu, susah untuk ditepis pergi dan dilupakan. Aura lelaki itu masih dia pahat diingatan.
Meskipun lelaki itu juga yang buat Mai dibenci ayahnya hingga saat ini. Tetapi dia sedar bukan salah lelaki itu seratus peratus.
Mai pandang lama ke luar jendela hingga tak sedar fikiran sudah jauh melayang.
Imbas kembali lima tahun yang lalu...
   Â
     PANG!
Tertoleh wajah Mai ke kiri apabila mendapat tamparan sulung dari tangan kasar ayahnya. Perlahan dia menunduk lemah semula mengaku kesalahan. Mata sudah sembap kerana lama menangis.
Pregnant test yang terjatuh di lantai Mai kutip semula lalu digenggam erat. Penampilannya tak terurus dan serabai.
"Kau nak ayah mati kan, Mai? Sanggup kau tidur dengan jantan sampai buat kau mengandung ni! Jantan tak guna tu dah tinggalkan kau! Kau pikir dia nak bertanggungjawab? Jadi apa kau nak buat sekarang ni?! Besarkan anak haram tu? Kau nak tambah malu aku, Maihara?!" jerkah Tuan Idris yang sudah kerasukan amarah yang melampau. Dadanya mahu pecah apabila Mai mengatakan yang dia hamil.
Kalau diikutkan hatinya saat ini, mahu saja dia halau anaknya itu. Tapi mujurlah akal sihat masih berfungsi. Mana Mai nak tuju kalau bukan di villa ini? Mai tiada tempat bergantung selain darinya. Bagaimanapun juga gadis itu tetap anak kandungnya.
"Mai minta maaf, ayah. Mai..." Mai menarik nafas panjang. Berat mahu katakan kerana tahu hanya akan membakar amarah ayahnya.
"Ayah nak Mai kahwin. Pak Hamid ada anak lelaki nama dia Zahid. Ayah nak kamu kahwin dengan dia. Jangan risau, ayah akan bagi wang berapapun dia nak. Asalkan dia jadi pak sanggup. Kamu nikah dengan orang biasa saja. Kamu dah hancurkan plan ayah nak satukan kamu dengan cucu Tan Sri Khalid." cadang Tuan Idris lancar bersama keluhan berat. Nampaknya kemarahan sudah mereda setelah dinasihati Puan Sharifah disisi.
Mai diam membisu. Wajah lesu menunduk dari tadi. Sudah tak larat nak jelaskan hal sebenar yang dia tak sedar tika itu. Dia mabuk berat. Lelaki itu juga sama. Namun, Mai juga tak larat nak melawan kata kata ayahnya. Buatlah apapun terhadapnya. Hidupnya sudah hancur. Dia pasrah dinikahkan dengan siapa pun itu.
Pak Hamid merupakan tukang kebun di villa itu. Malah dia kenal dengan anak Pak Hamid yang dikatakan.
Dia tahu kenapa orang biasa seperti Zahid yang dipilih. Dia dapat baca apa yang ayahnya fikirkan. Tuan Idris tak mahu dia menonjol lagi sebagai anak sulung Keluarga Hara. Tak mahu dunia kenal lagi siapa Maihara Reis yang dulu dikenal sebagai anak sulung Tuan Idris.
Lagipun aku bukanlah apa apa. Ibarat sebutir debu. Aku masih ada adik beradik yang lain. Masih ramai yang dapat gantikan aku.
Kembali ke masa sekarang...
"Sepatutnya masa tu aku minta lelaki tu bertanggungjawab. Bukannya kahwin dengan Zahid..." getus Mai perlahan dikala fikiran masih melayang.
Pap!
Dia tampar pipinya sendiri. Apa yang dia mengarut. Sudahlah perkara pun dah lepas. Aryan pun besar jadi nak harapkan apa lagi.
Mai terdiam sekali lagi. Pipi yang masih terasa berbirat kerana ditampar Tuan Idris petang tadi masih terasa walau sedikit.
"Aku menyesal ke?" gumamnya tanpa sadar.
'Lupakan apa yang berlaku di antara kita. Mari jalankan hidup masing masing. Hidup awak hal awak. Hidup saya hal saya.'
Terngiang kembali ucapannya sendiri lima tahun lalu kepada lelaki asing itu.
"Lupakan apanya. Kau sendiri yang tak boleh nak lupakan. Entah entah dia pun dah tak ingat kau, Mai. Sudah la, aku tak perlukan lelaki lagi dalam hidup. Aryan saja dah cukup." bicara Mai sendirian lagi.
Dia cuba mengusir bayangan kedua lelaki yang membawa pengalaman pahit dalam hidupnya.
Lelaki asing itu sempat mengajarkannya erti hangatnya sayang seorang lelaki meskipun cuma sebentar. Zahid bekas suaminya pula mengajarkannya agar tetap tabah dan sabar.
Dia tak salahkan kedua lelaki tersebut. Keduanya mengajarkannya sesuatu yang penting dalam kehidupan.
Mai meraup wajah kemudian perlahan turun dari katil apabila merasa tubuhnya lebih segar dari tadi. Dia mahu bersiap untuk turun makan malam.
Untuk malam ini. Biarlah dia yang mengalah. Kalau dia pulang begitu saja pasti Tuan Idris kembali naik angin.
*********
Dua sampul coklat A4 diletakkan ke atas meja kaca di hadapan bosnya.
Kaiser yang sedang leka melayani seputung rokok sambil santai berkerut kening. Tubuh dibawa ke hadapan dan mengambil sampul coklat itu.
"Apa ni?" soalan di aju sambil membuka salah satu sampul. Dibaca teliti setiap bait yang tersurat.
Martin yang berdiri dihadapan dipandang bersama kerutan seribu.
"Aku minta kau cari maklumat tentang Maihara. Bukan perempuan ni. Aku tak perlukan kenalan dia atau siapapun itu. Fokus saja cari apa yang aku nak." suara garau Kaiser memecah kesunyian. Seperti biasa dia melepak seorang diri bersama rokok sambil termenung panjang di club miliknya. Itulah rutinnya beberapa tahun kebelakangan ini.
Hati tak akan tenang selagi tak bertemu wanita itu. Wanita yang sudah buat dia hampir gila.
"Tapi kita tak ada petunjuk lain untuk jumpa Puan Maihara kalau tidak melalui kenalannya itu. Dan berita baik, aku dah jumpa kenalan dia itu." balas Martin tenang dan tetap profesional menghadapi setiap kemarahn bosnya itu.
Haih tak menyempat. Dasar tak penyabar. Besar penangan perempuan bernama Maihara tu sampai boleh buat kawan aku ni gila bayang. Omel Martin dalam hati. Senyum disembunyikan tatkala mengingat sikap teman merangkap bosnya itu.
Kaiser memicit dahinya bersama kerutan seribu. Kening hampir bertaut. Dia sadar, ada benarnya juga apa yang Martin katakan itu.
"Hah, apa apa sajalah. Jadi apa plan kau? Kau dah jumpa dia kan. Nanti minta dia datang jumpa aku. Cakap yang aku akan bagi berapapun yang dia nak. Bawa dia secara baik. Jangan sampai dia takut." pesan Kaiser bersandar kembali pada sofa kulit.
"Baik." Martin pergi ke arah pintu. Dia keluar sebentar meninggalkan Kaiser di situ.
Kaiser menyilang kakinya membetul duduk agar lebih selesa dan santai. Rokok yang sudah pendek ditekap kedalam bekas kaca. Dia perlu berpenampilan baik dihadapan kenalan Mai itu.
Kalau difikirkan balik. Martin pernah cakap yang kenalannya itu sering datang ke sini. Apa kenalannya itu seorang yang liar?
"Cik Nita. Itu bos saya. Encik Kaiser Lee. Pengurus di sini. Dia lah yang nak jumpa dengan Cik. Silakan duduk dulu."
"Iya, ba-baik. Terima kasih."
Kaiser angkat muka apabila Martin datang bersama seorang gadis muda. Gadis itu duduk di sofa bertentangan dengannya.
Tatkala wajah gadis muda itu menyapa pandangannya. Kaiser terkedu sejenak. Sejenak saja kemudian dia tersenyum biasa.
Perempuan ni. Orang yang sama dalam gambar yang terselit di dompet Maihara ketika itu. Jadi dia kenalan Mai. Macam mana aku boleh tak perasan. Detik Kaiser dalam hati. Tetap tenang dan bersikap profesional.
Nak perasan macam mana kalau Mai saja dalam kotak fikirannya itu.
Nita yang merasa ditatap lama oleh Kaiser merasa malu dan kekok.
"Encik nak jumpa saya? A-Ada apa ya?" soalnya merasa agak kekok berada di ruangan sepi bersama dua lelaki kacak. Eh bukan! Bersama lelaki asing.
"Cik Nita ya." Kaiser lempar senyum mahalnya.
"Ya saya." Nita semakin berdebar. Ditatap sambil tersenyum begitu oleh lelaki kacak membuatnya hampir pengsan.
S**l handsome! Hari ni birthday aku ke? Tuah jatuh dari langit lelaki handsome nak jumpa aku! Jerit suka Nita dalam hati.
Martin yang berdiri di belakang Kaiser membisik sesuatu membuatkan Nita menjadi penasaran.
"Nak aku cakap sekarang? Atau kau yang nak bagitahu sendiri?" bisik Martin ditepi telinga bosnya itu.
Kaiser senyum nipis. Terlihat biasa namun senyum ini memiliki makna tersirat.
"Biar aku sendiri. Aku ada idea menarik nak cuba..." Kaiser turut berbisik.
"Cik Nita."
"I-Iya?"
"Cik Nita sekarang tengah cari kerja sambilan kan. Sambil belajar." Kaiser mula mukadimah.
Jelas Nita kehairanan. "Ma-macam mana Encik boleh tahu? Encik kenal saya ke?"
"Macam mana saya tahu itu tak penting. Jadi tujuan saya ajak berjumpa ni. Saya nak tawarkan kerja kepada Cik Nita." kata Kaiser tak lekang dari senyum tenang. Sebenarnya dia sudah dapat agak jawapan dari gadis muda didepannya ini.
Nita tersentak. Kerja? Di club? Sebagai pelayan ke?
"Kalau tak nak di sini, boleh di tempat lain. Saya ada satu lagi perusahaan. Valac Group. Boleh saya curi masa sikit untuk terangkan secara ringkas?" seperti dapat membaca fikiran gadis muda itu. Kaiser pantas mengawal situasi.
"B-Boleh. Silakan." pipi Nita kemerahan merona kerana malu. Tercuit bahagia kerana sudah membayangkan akan melihat wajah Kaiser setiap hari ketika di tempat kerja.
Tertawa kecil Kaiser melihat wajah polos gadis itu. Badan kembali bersandar ke kepala sofa.
"Ah... saya rasa haus pula. Cik Nita pandai membaca kan. Cik Nita baca sendirilah, saya tak larat nak terangkan panjang lebar." tukasnya bersahaja hingga membuat air muka Nita agak berubah.
"Mar." arahnya dan Martin seperti faham akan suruhan tersebut. Bertindak pantas menghulurkan satu fail yang berisi maklumat asas syarikat.
Lama Nita meneliti setiap bait yang tertulis. Fail diletak semula ke atas meja kaca. Wajah di angkat melihat kedua jejaka yang sedang menanti jawapannya.
"Jadi, Encik ni jawatan sebagai Direktur Eksekutif dan Encik Martin sebagai personal assistant Encik Kaiser merangkap Wakil Direktur Eksekutif. Syarikat pinjaman wang berlesen dan pengutip cukai. Valac Group...? Saya macam pernah dengar. Di mana ya?" berkerut muka Nita berfikir keras dimana dia mendengar nama syarikat pelik itu. Apa maksud Valac?
"Benar. Jadi bagaimana dengan tawaran saya? Menguntungkan Cik Nita bukan? Kita baru berjumpa tapi saya dah tawarkan kerja ringan dengan gaji yang tinggi." Kaiser ini pandai memujuk paksa menggunakan wajah tampan dan helahnya.
Dengar saja 'gaji tinggi'. Nita tanpa fikir panjang dan selidik jauh lagi. Menghulur tangan tangan tanda bersetuju dengan tawaran pekerjaan itu.
"Baiklah saya setuju. Saya tak tahu kenapa Encik baik hati nak bantu saya tapi apa apapun saya nak berterima kasih sangat."
Huluran tangan Nita disambut. Kaiser masih tenang tersenyum biasa. Tak sangka semudah ini nak ajak berkompromi dengan gadis muda itu.
"Ini kad saya. Beberapa hari lagi orang saya akan telefon Cik Nita." Kaiser hulur sekeping kad lalu di sambut tanpa banyak soal.
"Kalau macam tu saya minta diri dulu."
"Baiklah."
Nita dihantar pergi diiringi Martin.
Kaiser yang kembali ditinggal seorang diri membisu seketika. Segelas wine digoyang goyang perlahan hingga keluarkan bunyi yang melagakan ais dan gelas kaca.
"Baik hati..." geli hati dia mendengar itu. Jika boleh nak saja dia ketawa berguling semasa gadis tadi mengatakan hal tersebut.
"Aku baik hati ya? Ah... ada la sikit."
Share this novel