"Tak nak! Tak ikut Putri balik!"
Jerit Aryan yang sedang menyorok dibelakang sofa panjang.
Putri yang melihat mula rasa sebal. Mahu saja tarik Aryan bawa masuk kereta. Tak berjaya pujuk Aryan, anak gadis ini menghampiri Mai yang turut berada di situ.
"Aunty, shaye syuka Ayan laa... boyeh tak, nak bawa Ayan balik umah?" pinta Putri dengan mimik sengaja dibuat comel. Dah serupa minta restu pulak.
"Boyeh la aunty... boyeh eh?"
Mai senyum serba salah. Kepala anak itu diusap. Hampir saja dia tergoda dengan kecomelan attack tersebut. Namun memikirkan Aryan satu-satunya harta berharga dalam hidupnya. Itu perlu dipertimbangkan semula.
Dia pegang lembut kedua bahu Putri seraya berlutut agar menyamai rendah anak itu. Sempat kerling kepada Martin dan Kaiser yang hanya jadi pemerhati. Kadang mereka berbicara sesuatu hingga tegang muka.
"Putri suka berkawan dengan Ayan ya?" soal Mai.
"Syuka. Ayan cakap dia nak jadi hero Putri. Kalau nak jadi hero, kena la tinggal dengan Putri kan." jawap Putri polos tanpa segaris senyum. Anak ini kurang senyum seperti bapanya tapi mulutnya terlalu jujur.
Aryan yang mendengar terus teriak. Menyesal agaknya. "Aaa tak nak! Tak nak!"
"Haip! Diam!" tukas Mai menjeling anak manjanya. Terus terdiam anak itu.
Wanita ini kembali fokus kepada Putri yang setia menanti. Senyuman lembut penuh keibuan kembali mekar.
"Kalau Putri nak, Putri boleh datang bila-bila masa saja kalau nak main dengan Ayan."
Sementara itu, Kaiser mengerling kejap Mai yang sedang memujuk Putri. Anak lelakinya pula masih menyorok tak keluar-keluar.
"Bang*at,"
Kaiser berpaling semula kepada temannya yang kelihatan menahan amarah yang membuak. Dia sudah ceritakan semua perihal yang terjadi pada Putri petang tadi. Awalnya dia tak mahu Martin tahu namun Martin sebagai bapa pastilah berhak tahu apa yang terjadi terhadap putrinya.
"Kau kata Mai dah report polis. Jadi jantan k*p*rat tu dah kena tangkap?" tanya Martin menekan suara agar tak didengari orang lain.
"Belum lagi."
"Bagus. Biar aku sendiri yang tangkap jantan tu." Martin mengetap rahang. Bergerak-gerak rahangnya menahan emosi. Matanya dipenuhi api amukkan yang ditahan sebaik mungkin.
Kaiser yang melihat hanya mampu hela nafas panjang. Sudah lama tak lihat temannya semarah ini.
"Kalau nak 'memburu' jangan tergesa-gesa, nanti mangsa ada celah nak lari. Kau sendiri yang rugi. Dan lagi satu aku nak pesan..." Kaiser beri jeda.
Martin menjeling. "Apa?"
"Buatlah apapun tapi jangan sampai orang tu mati. Kau tahukan, kau tak boleh bunuh orang." pesan Kaiser terselit rahasia yang hanya mereka berdua yang tahu.
Martin mendengus kasar. Pandangan tajamnya dilempar ke arah lain.
"Kalau kau ada anak perempuan. Kau faham lah kenapa aku marah." ujarnya kesal kerana Kaiser terlalu cerewet.
Kaiser garu kening serba salah. Benar juga, jika dia ditempat Martin pun dia akan marah.
"Kai,"
Kaiser angkat sebelah kening tatkala suara Martin sudah sedikit tenang.
"Aku nak pinjam Raden."
Kaiser seperti faham dengan tujuan dari permintaan tersebut. Peranan Raden sememangnya seorang pencari info dan hacker dalam VG.
Dia mencebik benci kerana teringat perbuatan Raden kepada Mai.
"Ambil terus, aku tak perlukan sampah macam tu." tukasnya masih simpan dendam. Dia sampai malu nak mengaku kepada Mai bahawa Raden anak buahnya.
"Kau pun marah bila ada lelaki yang sentuh orang yang kau sayang. Macam tu juga dengan aku." ucap Martin tajam melihat pintu seolah pintu tersebut adalah orang yang menyentuh putrinya. Jika orang itu ada didepan mata saat ini, mahu saja dia mencabik-cabik lelaki itu separuh mati.
Kaiser tersengih bila diperli begitu. Amboi temannya itu, bila dah marah tak pandang bulu dah. Berani dia sindir bos dia ya.
Kedua tangannya yang berurat tegang Martin kepal. "Larilah sejauh mana pun. Menyorok lah dalam lubang cacing sekalipun, jantan tu tetap perlu berdepan dengan aku."
******
Leher putih si gadis dicium penuh ghairah. Si gadis yang diperlakukan begitu hanya tertawa halus kegelian.
"Geli la... Encik Raden." gemersik suaranya. Tubuh menggoda milik gadis ini menempel pada tubuh separuh telanjang Raden.
"Aish, makin kau geli makin aku suka." semakin ganas perbuatan Raden hingga meninggalkan banyak lovebite pada leher dan dada perempuan pelayan tersebut.
Sedang asyik bergurau senda di atas ranjang. Bunyi deringan telefon milik Raden menarik perhatian perempuan pelayan itu.
"Encik Raden... telefon..."
Raden yang tenggelam dalam nafsu serakah itu masih tak terganggu. Kali ini tangannya menjalar ke paha perempuan itu.
"Abaikan saja. Biasa la tu, time macam ni la dia nak kacau."
Perempuan itu tersenyum mekar. Bangga kerana godaannya mampu menggelam ramai lelaki. Dia berbisik tepi telinga Raden.
"Angkat dulu... nanti kita sambung..."
Tangan lelaki itu terhenti. Dia berdecit geram kerana diganggu saat dia berseronok. Seperti dapat agak siapa si pemanggil, dia capai telefon yang masih berdering atas meja kecil.
Kemudian tubuh sasanya bersandar di sofa. Tepat dugaan si pemanggil adalah 'bos keduanya'.
"Hello, apehal ni Mar? Duh kacau la malam-malam. Takkan la kau nak suruh aku buat kerja lagi masa ni. Agak-agak la!" terus dia terjah dengan mimik tak puas hatinya.
"Bos dah buang kau. Mulai sekarang aku bos kau. Jadi jangan banyak tanya, buat saja apa yang aku suruh." mendatar suara Martin dihujung talian.
Terkulat-kulat Raden dibuatnya. "Hah? Bos buang aku?! B**g**t! Takkan la disebabkan kes dengan perempuan tu, dia buang aku?! Benda dah lama kot!"
Kemarahan lelaki ini terus mereda setelah mendengar rengusan kencang dari Martin. Eh? Martin marah?
Dunia dah nak kiamat ke? Orang macam Martin pun ada emosi marah ke?
"Jangan buat aku ulang dua kali."
Raden merasa agak gerun dengan ucapan tersebut. "Err, jadi aku kena buat apa? Kau... bukan telefon saja-saja kan?"
"Lacak lokasi seseorang. Aku dah hantar clip CCTV, ada yang jelas nampak muka dia. Cari dia sebelum polis jumpa dulu." arah Martin bernada tegas. Apa yang buat lelaki beku itu marah begini ya.
Dahi Raden berkerut. Tangannya sibuk bermain pada laptop. Tertera beberapa video CCTV di kedai supermarket dan lorong perumahan.
"Dia wanted sekarang ni? Susah juga nak cari. Kalau dia cerdik, mesti dia dah buang telefon nak elakkan kena detect."
"Sebab tulah aku suruh kau. Katanya kerja kau ontop, jadi jangan banyak songeh. Cari sampai jumpa." jawap Martin dihujung talian.
Raden tersengih geram. Berdongkol geram terhadap bos barunya saat ini. Jarinya sibuk menekan sesuatu pada laptop. Sudah lupa dengan perempuan di atas katil.
"Aku ada seorang kenalan yang lebih handal dalam bidang ni. Jap aku nak minta tolong dia."
"Ingatkan hebat sangat. Kau suruh orng lain settle kan kerja kau rupanya." sempat lagi Martin menyindir.
"Diam lah kau! Kerja susah, kau tahu apa." Raden berdecit sebelum tutup panggilan.
Tak lengahkan masa, dia terus mendail nombor kenalannya itu.
Seketika talian bersambung, Raden tersengih lebar seolah kenalannya itu ada depan mata.
"Yow Raf! Apa khabar kau sekarang? Aku telefon ni nak minta tolong la sikit. Tolong cari orang boleh. Penting ni!" terjahnya tanpa segan silu.
"Hmm... Sekarang ke? Aku baru nak rehat." kedengaran suara serak basah kenalannya ini. Agaknya sedang tidur tadi.
Raden gelak besar tanpa sebab. Dengan suara kencangnya. "Tolong lah, last ni aku minta. Bos aku suruh cari orang pulak malam-malam."
Kenalannya ini diam sejenak memberi jeda. "Itukan memang kerja kau. Argh sudah la! Hantar info apa yang ada. Aku nak sambung tidur pula ni. Kacau daun betul la..."
"Ah ya, jap aku hantar." balas Raden sambil mulut mengumpat kenalannya itu tanpa suara. Ingat engko ke kena kacau?!
Panggilan dimatikan.
Raden tatap skrin telefon yang sudah gelap. "Macam tu dia tutup. Dasar."
"Tapi tak kisah lah! Yang penting aku goyang kaki, duit pun masuk." sambungnya dengan santai menopang kaki atas meja kecil.
Ting!
Timbul satu mesej pada skrin telefon. Segera dia buka mesej dari kenalannya itu.
Tak lama bibir gelap Raden menarik sengih. Lokasi individu yang dicari sudah ketemu.
"Mantap, ini dia! Orang lain buat kerja, aku yang dapat duit! Ini baru betul!"
Tak tunggu lama, Raden membuat panggilan telefon lagi. Suara bos barunya bersahut dari sana.
"Aku tak tahu alasan kenapa kau terdesak sangat nak cari orang tu. Tapi macam biasa, Raden si hebat memang cepat kerjanya. Aku dah jumpa lokasi dia." dia berkata dengan mimik bangganya.
********
Gas dari air tin memancut keluar apabila penutup dibuka. Air berperisa anggur diteguk oleh Kaiser. Santai dia duduk di kerusi paling hujung sambil menyaksikan pemandangan yang jarang berlaku.
Siku belakang menongkat atas meja.
Buk!
Bugh!
"Urgh... mesti sakit." desis Kaiser membuang pandang ke arah lain tatkala aksi Martin semakin ganas.
"Oi Mar!" laungnya.
Martin yang tengah memukul sandbag menggunakan Bagh Nakh terhenti kejap.
"Huh?" jawap lelaki itu tanpa berpaling. Matanya membara api dendam. Tajam menikam tatap sandbag yang hampir lunyai dibuatnya.
"Jangan ganas sangat." getus Kaiser perlahan.
"Tak ada apa lah. Sambung-sambung! Aku malas kacau." dia melaung kemudian meneguk air tin yang tinggal separuh.
Tin diletak atas meja. Pandangannya tertuju ke arah belakang tubuh Martin yang dipenuhi parut dan luka. Malahan parut bekas tembakkan pun ada. Sungguh mengerikan. Namun mengingatkan siapa diri Martin yang sebenar, tak hairan lah.
Martin sudah dikuasai amarah. Sampai Kaiser sendiri pun tak berani nak masuk campur, risaunya dia pula yang kena tempias.
Tuing
Tuing
Timbul notification pada skrin smartphone. Nama 'Maimai' tertera membuatkan hati Kaiser berbunga. Jarang Mai mesej, mesej segera dibuka.
'Saya tak sempat nak bincang pasal kereta. Saya tak boleh terima kereta mahal yang awak bagi tu. Kunci saya letak dalam laci. Terima kasih banyak Encik Kaiser, awak banyak bantu saya' - Maimai
Keluhan berat terhela dari bibir Kaiser. Biar begitu bibir seksinya ini tetap menyimpul senyum. Haih Mai ni... degil sungguh la. Dia tak tahu ke yang aku risaukan dia.
Jarinya menaip cepat membalas mesej.
'Kau balik dengan apa?' - Kaiser
'Teksi' - Maimai
Dahi Kaiser berkerut tak senang.
'Bahaya malam-malam. Pakai dulu kereta, esok baru kau pulangkan' - Kaiser
Mesejnya belum dibalas meskipun sudah dibaca. Beberapa minit menunggu, dia ingin letakkan telefon atas meja semula.
Tuing
Telefon dihadap kembali.
'Tak nak. Kan saya dah pulangkan. Takkan nak ambil balik' - Maimai
Kaiser mengeluh buat kali entah ke berapa. Keras kepala juga janda sorang ni. Dia hampir tergelak lucu kerana terbayangkan mimik muka tegas Mai saat ini.
'Macam nilah, Mai. Kereta tu memang aku selalu bagi pinjam kat pekerja aku dulu. Kau pun aku bagi pinjam, pakai saja sampai kontrak kerja kau habis. Dan itu bukan kereta mahal, secondhand saja' - Kaiser
Dia terpaksa berbohong untuk memaksa wanita itu. Semestinya tiada yang betul dalam ucapannya tersebut. Secondhand apanya. Kereta itu seharga gaji lima bulan dia bekerja.
Hening telefon ketika ini. Tiada jawapan dari Mai. Sepertinya wanita itu sedang berfikir.
'Baiklah. Saya faham, terima kasih sekali lagi' - Maimai
Akhirnya Kaiser baru dapat merasa lega. Keselamatan Mai dan Aryan adalah yang utama. Dia tak boleh sentiasa melindungi mereka, tapi sekurangnya tindakkannya ini meringankan sedikit dari rasa gelisah.
Dia tak boleh bayangkan jika Joshua atau musuh-musuhnya tahu keberadaan Mai. Pasti wanita kesayangannya itu akan berada dalam bahaya.
Telefon disumbat kedalam poket hoddie. Kaiser kembali memerhati situasi Martin.
Sementara itu Martin, situasinya benar-benar dipenuhi hawa panas. Nafas kasarnya memanas sambil melirik tajam setajam mata helang ke arah kepala manusia yang keluar dari sandbag.
Dia hampiri pakcik cabul yang kira-kira berusia 40an. Pakcik tersebut sudah tiada rupa normal. Darah pekat miliknya menitis ke lantai. Muka yang dibanjiri darah dipenuhi luka cakaran dari senjata yang dipakai oleh Martin.
"Ma-Maaf... sumpah aku... takkan sentuh anak kau... lagi..." pakcik ini bersuara lemah. Matanya hampir terkatup.
Pakcik cabul ini tersentak tatkala kulit lehernya terasa dingin. Rupanya dagu sudah melekat dengan Bagh Nakh. Dia kembali menggigil kerana dikuasai rasa gerun terhadap lelaki didepannya.
"Maaf?" suara garau Martin memecah keheningan.
"Ya-Ya ak-aku minta ma-maaf..."
Pakcik itu tergagap akibat terlalu gementar ketakutan. Sungguh dia takut akan kematian. Rasanya seperti ajalnya akan tiba bila-bila masa saja. Mukanya yang ditutup rambut serabai didongak menggunakan Bagh Nakh.
Matanya bersabung dengan mata dingin Martin.
"Aku tak pernah pun minta kata maaf dari kau. Kenapa kau minta maaf?" garau suaranya bertanya.
Pakcik ini terasa nafasnya tersekat. Air liur kesat ditelan.
"Kan kau marah sebab aku nak rog-"
Buugh!
Terjatuh ke lantai pakcik itu mendapat pukulan Elbow. Tumbukan yang tertuju ke dagu bawah sampai membuat tubuh kurus keringnya terkeluar dari sandbag.
*muaythai elbow : teknik dari bela diri Muay Thai.
Pakcik itu menggagahkan diri untuk bangun. Dagu yang terluka disentuh. Dia berdecit perlahan. Tak puas hati kerana tak mampu lawan lelaki di hadapan.
Kaki kiri Martin berehat atas bahu pakcik cabul tersebut. Sejujurnya dia belum puas. Ikutkan kata hati, lelaki itu mati barulah dia puas. Namun dia tahu dia perlu kawal dirinya.
"Tahu siapa budak perempuan yang kau sentuh tadi?" soalnya.
Pakcik itu cepat tunduk bersujud. Dalam hati sudah menyumpah Martin kerana membuatnya rendahkan harga diri begini. "A-Anak kau agaknya. Tak pun adik. Kalau tak, takkan la kau marah macam ni."
Raut Martin kekal dingin dan tenang. "Kalau budak tu bukan anak aku. Kiranya kau sentuh dia tanpa rasa bersalah la?"
Pakcik itu tersentak. Alamak! Apa yang perlu dia jawap?! Ligat otak memikirkan jawapan sesuai supaya tak bangkitkan amarah Martin.
"Tak juga... aku... aku memang suka bermanja dengan budak kecil. I-Itu aku tak ada niat pun nak r**ol anak kau." ujar pakcik cabul ini lancang tanpa rasa bersalah. Fuh, lega kerana spontan dapat alasan yang boleh selamatkan nyawanya.
"Suka bermanja?" gerutu Martin perlahan. Tangan mengepal penumbuk.
"Hah! Lepastu budak lelaki tu salah faham saja! Pandai-pandai dia je tuduh kata aku nak ro**ol anak orang. Aku ni tak ada lah sampah sangat. Dasar budak lelaki tu. Anak siapa tah!" bebel kencang pakcik ini tanpa menyadari ada seseorang yang mendengar. Martin hanya melayan keb*dohan dihadapannya.
"Kalau aku jumpa budak tu. Siap dia! Sedap saja menuduh orang tua. Budak sekarang memang kurang ajar ek! Boleh dia kata perangai aku lebih teruk dari tai anjing. Eii aku kang!" makin rancak pula pakcik ini.
Krekk
Bunyi kerusi ditarik dari sudut ruangan tersebut. Ruangan hening itu bergema dengan suara derapan kasut seseorang yang menghampiri mereka.
Martin jeling sekilas Kaiser yang telah tiba disampingnya. Lelaki itu jelas sedang tahan sesuatu.
Kaiser duduk mencongak berhadapan pakcik cabul tersebut. Kehairanan pakcik itu dengan kemunculan orang lain. Fikirnya hanya dia dan Martin sahaja didalam ruangan itu.
"Kalau jumpa dia, kau nak buat apa? Oh lupa perkenalkan diri. Aku bapak dia. Budak lelaki yang kata kau tai anjing." kata Kaiser selamba sembari sengih bangga. Apa yang buat dia bangga pun tak tahu lah.
Tercengang pakcik cabul. Mampus! Mati dia malam ni!
Walaupun lelaki baru muncul itu terlihat ramah berbanding Martin. Namun, aura yang maskulin itu jelas menyembunyikan sesuatu. Seperti orang yang...
"Hey gila. Ini urusan aku dengan dia." celah Martin menarik kolar hoddie Kaiser hingga terundur ke belakang lelaki itu.
"Adeh! Hish kau ni Mar. Leceh la!" cemberut Kaiser sambil gosok punggungnya.
Pakcik cabul terpinga-pinga sendirian kerana tak memahami situasi. Dalam masa yang sama ligat otaknya memikir cara untuk lari dari situ. Melingas mata kalut mencari kot ada senjata yang boleh lumpuhkan kedua orang didepannya.
Martin perasan hal tersebut. "Kau nak lari?"
Terkedu pakcik itu. Pantas kawal riak muka agar tak terlalu gelisah.
"Mana ada. A-Aku cari air. Dahaga..."
"Oh nak air." Martin mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar. Botol putih yang terlihat mencurigakan itu membuat pakcik cabul berkerut kening.
"Air apa tu?"
Pandangan Martin kembali seperti awal tadi.
"Berapa ramai budak yang dah jadi mangsa kau?" dia bertanya. Nada juga sudah berubah.
Glup!
Pakcik cabul terasa menelan liur pahit. Dia ingin berbohong namun hati menyuruh jujur jika tak ingin mati.
Kaiser yang menjadi pemerhati hanya diam menunggu. Penasaran dengan tindakan selanjutnya dari temannya.
"Ak-Aku t-tak pernah kira. Dua puluh lebih agaknya... ke-kenapa kau tiba-tiba tanya." takut-takut pakcik cabul menjawap.
Penutup botol kecil ditangan Martin terpelanting atas lantai. Martin mendekat bersama seraut wajah yang sukar ditafsir.
"Jangan buka mulut kalau tak mahu mati." pesannya sebelum menuang asid ke atas muka pakcik cabul.
Kaiser sudah berpaling ke arah lain. Tak sanggup melihat kekejaman yang sudah lama ia tak lihat.
"AAARRRRGGGGHHHHH!!!!"
Bergema suara teriak pakcik itu memenuhi ruangan hening tersebut.
.
.
.
.
.
.
Bagh Nakh : Senjata yang mirip dengan cakar. Pegangannya seperti knuckle. Tetapi ada cakar yang tajam dan panjang mirip cakar binatang buas. Ruas tajamnya mampu melukai lawan dengan luka yang fatal.
Sorry lmbat update
Share this novel