43 : Janji

Romance Series 8958

         "Haaa... tsk!" Joshua baru dapat mengawal nafasnya yang terengah. Dia hanya membiarkan Clara mengikat lukanya menggunakan kain.

"Pa... Clara takut... apa kita nak buat ni? Macam mana kalau Alex bunuh Clara juga?" bisik Clara yang setia di sisinya. Jelas gadis ini ketakutan kerana tak pernah menghadapi situasi begini.

Alex santai bersandar di sofa sambil memerhatikan dua beranak itu. Pedang di asah tanpa pedulikan tatapan tajam Joshua.

"Tck!" decit Joshua sambil berusaha bangun. Dia berpaut pada dinding.

Hanya mereka bertiga di dalam ruangan VVIP ini. Anak buah yang lain disuruh keluar. SunClub ditutup awal, kerana itulah tiada seorang pun pelanggan yang terlihat.

"Biarkan Clara pergi. Dia tak ada kaitan dalam hal ni. Lagipun kau cuma nak aku kan." Joshua bersuara setelah berdiam lama. Mujurlah tusukkan didada tak begitu dalam dan parah.

"Pa! Habis papa macam mana? Takkan la Clara nak tinggalkan papa dengan orang macam Alex tu! Alex tu dah tak betul! Kalau dia bunuh papa macam mana?" bantah Clara cemas.

Alex yang menunduk tersenyum sinis.

"Keluar, Clara. Aku memang tak ada urusan dengan kau. Nyawa kau pun tak bernilai kalau aku bunuh. Jadi cepat pergi sebelum aku tukar fikiran." celah Alex masih dengan tampang tenangnya.

"Pa..." bergetar suara Clara yang masih ragu-ragu untuk meninggalkan bapanya.

Joshua menepuk lembut kekura tangan Clara yang berada dalam genggamannya.

"Cepat pergi! Sembunyilah ke tempat yang selamat. Jangan sampai para pengkhianat tu jumpa Clara. Sampai masa, papa yang akan datang cari Clara." bisik Joshua menegas.

Clara mengangguk dalam menahan tangis. Mahu tak mahu gadis china ini terpaksa angkat kaki meninggalkan papanya.

Bum!

Tertutup sahaja pintu. Menghilangnya Clara yang berlari tanpa arah tuju untuk bertahan hidup.

Ruangan VVIP tersebut kembali hening dengan dua insan yang saling berlaga mata antara satu sama lain.

Joshua pegang dadanya sambil meringis pedih. Staminanya sudah pulih disebabkan Alex yang hanya diam mengasah pedang.

Ada yang aneh. Dan itu membuat hatinya tak sedap. Alex seperti sengaja mengulur waktu.

"Bos mesti tengah tertanya-tanya kan. Siapa saya, apa yang buat saya sanggup khianat bos." Alex memulai mukadimah. Dia bangun dari sofa lalu menghampiri Joshua.

Joshua yang bersandar di penjuru dinding tak beranjak.

"Apa dosa aku sampai kena khianat berkali-kali? Itu pun dengan orang-orang yang aku paling percaya." ucap Joshua kedengaran kecewa.

Alex menjadikan pedang sebagai tongkat. Dia berdiri tepat di depan lelaki itu.

Joshua angkat wajah. "Dan apa maksud kau dengan 'papa'? Siapa kau sebenarnya?"

Melihat renungan tajam lelaki itu membuatkan Alex merasa puas. Senyuman sinis terlakar.

"Makin tua makin b*nak papa ni. Takkan la saya kena terangkan satu persatu." Alex lempar sekeping foto ke lantai.

Joshua ambil foto tersebut. Berderau darahnya tatkala foto seorang wanita Melayu yang sedang tersenyum manis, menyapa pandangannya. Matanya membulat seperti tak percaya.

"Perempuan ni... bukan ke..."

Alex merasa muak dan bosan melihat reaksi yang berlebihan itu.

"Pa, saya faham papa pernah lalui masa muda. Tapi itu tak bermakna papa boleh tabur benih merata tempat. Zaman papa tak ada c*ndom ke?" selamba dia bertanya.

Menggigil tangan Joshua yang masih menatap foto wanita yang sedang tersenyum manis itu.

"Ada... ada lagi ke?" gumamnya antara dengar dan tidak.

"Huh?"

"Anak! Selain kau, aku ada anak lagi ke?"

Tampang mendesak lelaki itu berjaya mengusik emosi Alex yang ditahan sedari tadi.

Alex membalik biji matanya kesal. Dalam sekejap mata pedang itu melekat pada kulit leher Joshua. Belakang tubuh Joshua merapat di dinding. Dia terkejut dengan tindakan agresif yang tiba-tiba itu.

"B*ng*at! Takkan kau dah lupa. Tiga tahun lepas, kau pernah perintahkan aku untuk bunuh semua anak kau kecuali Clara. Clara kan satu-satunya anak sah kau. Yang lain tu anak haram yang tak sengaja dibuat. Termasuk lah aku, bapak j*h*nam!"

Dendam kesumat meluap-luap dari sepasang mata milik Alex.

"Dan aku yang sebagai informant pun sanggup bunuh darah daging aku sendiri walaupun itu bukan kerja aku. Kau rasa kau layak dipanggil bapak? Tak." hujung mata pedang ditekan sedikit hingga kulit leher Joshua sedikit terluka.

Joshua yang dilanda penyesalan dan rasa bersalah. Bersabung mata dengan pandangan penuh benci dari Alex.

"Kau bahkan tak layak dipanggil manusia. Dan kau beruntung sebab aku takkan bunuh kau kat sini. Bukan Kaiser, bukan sesiapa. Aku akan biarkan kau hidup dalam neraka dunia. Neraka yang kau sendiri tak dapat bayang." ujar Alex dipenuhi api dendam yang membara.

"Kau tanya apa dosa kau sampai kena khianat berkali-kali kan. Jawapan dia bukan pada aku. Tapi Kaiser. Nanti dia sampai, tanya dia sendiri. Aku yakin kau akan terkejut dengan jawapan dia." sambungnya lagi.

*

*

VALAC GROUP.

Brak!

Terbuka sahaja pintu, muncul dua orang yang berlari ke meja kerja. Tiada batang hidung manusia lain yang terlihat. Mungkin sedang memburu pembelot.

Pembelot seperti mereka.

"Duh! Aku kena cari apa ni?! Rasa macam pecah masuk rumah orang pulak!" Raden kalut sendiri di tengah pejabat itu.

"Cari semua data bukti transaksi duit haram VG! Laporan pencucian wang dengan client! Cari semua! Jangan tertinggal satu pun!" arah Martin yang sudah berlari memasuki pejabat Alex.

Ruangan sederhana besar itu terang benderang setelah dibuka lampu. Martin berlari kesana kemari mencari sesuatu tanpa hiraukan luka dipahanya.

Sebenarnya luka seperti itu tak seberapa buatnya. Tapi tetap saja dia kan juga manusia. Pastilah merasa sakit.

Martin membelek laju fail-fail tebal yang tersusun. Semasa dia membongkok, mata tajamnya menangkap satu alat kecil yang melekat di bawah meja kerja.

Pendrive USB yang cuma dilekatkan dengan salotip dicabut tanpa ragu. Martin tilik depan belakang pendrive tersebut.

Ianya seperti sengaja diletak di situ. Seolah-olah Alex tahu akan ada yang datang mencari.

Martin mencuba check isi maklumat pendrive pada komputer di situ . Takutnya maklumat tak berguna.

Sejenak Martin tergamam melihat semua data yang muncul dari skrin komputer. Semuanya data yang dia perlukan. Kerana jika dia gagal temukan bukti jenayah gelap VG, semua usaha mereka akan sia-sia.

"Aku berhutang dengan kau, Lex. Padahal kau tak perlu bantu sejauh ni." ngomel Martin sendirian.

Semasa dia membelek data sampai ke bawah. Terdapat pesanan ringkas yang ditinggalkan Alex.

'Musnahkan saja VG macam yang korang rancang. Tapi ingat! Hanya VG! Jangan yang lain. Kau faham maksud aku kan'

Pendrive USB itu lekas dicabut kemudian disumbat dalam kocek seluar.

"Nampaknya satu hari nanti kita akan berdepan lagi, Alex. Entah itu kawan, entah musuh. Yang jelas aku kena tangkap bos besar kau."

Martin bingkas berdiri dan berlari anak ke luar.

"Oi! Pergi mana pulak?!" Raden berlari mengikutinya.

"Station TV." jawap Martin tanpa secalit senyum. Mereka memasuki lift untuk turun ke lantai bawah.

*

*

JALANRAYA yang lapang dan gelap gelita itu ditemani sinar cahaya bulan. Awan sesekali menutupi bulan penuh yang bersinar terang.

Kelihatan sebuah kereta sport melaju membelah jalan yang lenggang dan sepi tersebut.

"Hmm... hmm..." Kaiser bersenandung bersama sengihan angau yang menghiasi wajah tampannya. Rasanya cik ponti pun tak berani dekat ni.

"Dia malu. Hihi..." selepas itu dia seronok ketawa seorang diri. Blushing la gamaknya hampir bercium dengan Mai. Cik gula-gula dah insecure dengan gelak hilai Kaiser yang makin seram.

"Hmm?" kelajuan kereta diperlahankan apabila di hadapannya berselerak manusia yang pengsan.

Namun, masih ada satu orang yang berdiri di tengah-tengah. Orang itulah yang mengalahkan puluhan orang VG itu.

PINN! PINN!

Hon ditekan membuatkan orang itu berpaling. Orang itu adalah Ken.

Tanpa diajak, Ken menerobos masuk ke bahagian sebelah pemandu. Dia bersandar melepas lelah yang amat dasyat.

Kaiser mengerling kejap penampilan pemuda itu atas bawah. Darah lawan terpercik pada seluruh pakaian Ken. Bau amis darah tidak mengganggu Kaiser kerana sudah terbiasa.

"Jangan bersandar. Kotor kereta aku." ujar Kaiser dengan muka seriusnya.

"Diamlah. Aku nak tidur." balas Ken sambil bersandar lebih selesa. Pemuda ini tampak kehabisan tenaga.

Perjalanan sepi di antara mereka menimbulkan rasa canggung. Keduanya terdiam seribu bahasa apabila kehabisan topik. Apa nak heran, mereka kan memang tak rapat dari awal.

Ken ralit melamun ke luar tingkap. Manakala Kaiser fokus memandu tanpa niat untuk memulai bicara.

Dua lelaki yang menyukai seorang wanita yang sama berada dalam ruangan yang sama. Benar-benar sesak dan melemaskan.

"Tadi kau kata aku tak boleh pandang isteri kau. Jeling pun tak boleh. Kalau aku pandang juga, kau nak buat apa?" Ken mulai buka mulut akibat tak tahan dengan suasana kekok saat ini.

Biarpun topiknya macam ajak gaduh.

"Cungkil biji mata kau." selamba badak Kaiser menjawap.

Ken mencebir sinis. "Bercakap macam dah biasa. Kau pernah ke cungkil mata orang sebelum ni?"

"Entah la, rasanya dulu pernah sekali." balas Kaiser ala kadar.

Lama-lama tercabut juga bulu roma Ken duduk dengan Kaiser. Dia nak anggap itu sebagai gurauan tetapi kenapa nadanya serius begitu.

"Aku ada mata. Takkan la tiap kali jumpa Mai aku kena tutup mata." Ken tak habis fikir dengan cemburu buta lelaki di sampingnya itu.

"Kalau macam tu tak payah jumpa."

Dua lelaki muda itu kembali membisu.

"Bukan ke kau pendiam selalunya? Buang tabiat apa banyak bunyi pula hari ni. Jangan cakap yang kau syok kat aku." ucap Kaiser merinding sendiri.

Ken yang masih melihat ke luar tersenyum kecil. "Entah la. Agaknya aku rindu nak borak dengan Hairi."

Hairi adalah kawan pertama dan satu-satunya orang yang ikhlas dengannya. Sahabat yang sentiasa memberi nasihat tatkala dia salah langkah.

Agaknya apa perasaan Hairi jika dia tahu pekerjaan Ken sekarang. Kecewa?

Entah la.

Kaiser membiarkan saja Ken tenggelam dalam dunianya sendiri.

"Apa tujuan kau lepas ni? Tugas kau kan dah selesai." soal Kaiser.

"Jaga Clara. Sebab aku dah janji dengan Joshua. Apa pun yang jadi, aku tetap kena lindungi anak perempuan dia." balas Ken senada.

"Lagipun perempuan manja tu mana boleh hidup merempat." sambungnya mengingat sifat Clara.

Kaiser menyimpul senyum. "Aku ship korang berdua. Sorang kasar sorang manja, elok la. Saling melengkapi."

Ken menghadiahkan jelingan maut bersama jari tengah.

"Kau ingat hidup aku ni fikir pasal perempuan saja ke. Lepas Mai, tak ada dah perempuan lain." kata Ken dengan muka tak berdosanya.

Berubah terus air muka Kaiser tatkala nama si isteri tercinta tersayang segalaksi disebut.

"Eh engkau-"

"Dan kau belum temukan aku dengan orang yang aku nak jumpa. Kau tak lupa kan?" celah Ken kian serius.

Kaiser mendengus halus. Fokus kembali terhala ke depan.

"Aku dah janji kan. Kau nak risau apa lagi."

.
. .
. .
. .
.
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience