JARUM jam yang tak berhenti bergerak. Telah masuk pukul 12 tengah malam.
Namun begitu, suasana di ruang tamu itu riuh dengan suara kanak-kanak yang masih aktif bermain. Aryan terus segar bila jumpa kawan baru. Dia yang pandai bergaul itu, sekejap saja rapat dengan anak sulung Martin.
"Ooo... Som!" serentak dengan itu, Aryan dan dua budak lelaki berlari mencari tempat persembunyian.
"Dah syemua syembunyi, shape yang nak cari?" anak ketiga yang menyorok dibelakang langsir bertanya.
"Ya tak ya jugak. Kau la yang jadi, chik!" selamba Farhan menyuruh adiknya.
"Tak mo! Asyik orghang je! Abang la pulak!" bantah si adik ketiga yang berusia empat tahun.
Aryan yang menjadi orang tengah hanya mampu tertawa melihat pertengkaran kecil dua beradik itu. Dia buat tak tahu dengan renungan tajam Putri kepadanya.
Farhan selaku abang sulung perasan hal itu, menegur adiknya. "Oi mek ngah! Yang kau tenung Ayan macam nak terkam. Apa pasal? Tak selesa la dia."
"Orghang pun nak main ngan Ayan jugak! Dah la tu main sorok-sorok, cam budak kecik la. Ayan sini la! Main ngan Putri pulak!" jerit Putri yang tadinya masam mencuka.
Aryan keluar dari persembunyian. Tanpa membantah dia duduk bersila di depan Putri yang sedang bermain congkak seorang diri. Hadeh, beginilah nasib jadi orang hensem. Rebutan ramai katakan.
Tersenyum sampai telinga Putri apabila Aryan sudi bermain dengannya.
"Tapi Ayan tak pandai main."
"Tak pe Putri ajar." terus lembut suara Putri yang tak lekang dengan senyuman itu.
Farhan geleng kepala memerhati tingkah adik perempuannya. Si adik ketiga dah bergayut kat kaki.
"Gila ke main congkak tengah-tengah malam."
Sementara itu, Mai dan Tiara yang menjadi pemerhati tertawa kecil melihat tingkah anak-anak itu.
Tiara a.k.a isteri Martin melabuh punggung dengan berhati-hati di sebelah Mai. Wanita ini masih dalam tempoh berpantang.
"Siapa sangka Encik Martin yang saya kenal rupanya seorang Kapten dari Unit Pasukan Khusus." ucap Mai beralih memandang wanita di sisinya.
Tiara yang berwajah lembut penuh keibuan itu tersenyum simpul. Mungkin disebabkan usia mereka yang dekat, membuatkan dua wanita ini selesa berbagi cerita.
"Kiranya saya la orang pertama yang bongkar rahsia ni?" gurau Tiara.
Mai tergelak halus. "Yela, kalau tak sampai kesudah saya tak tahu. Kaiser dengan Encik Martin banyak sangat berahsia. Saya sampai tak terkejut."
Tiara hanya mampu tersenyum.
Tiara sudah menceritakan dari A sampai Z mengenai alasan mengapa suaminya nekad memasuki organisasi Valac Group. Dibantu oleh Kaiser yang merupakan orang kanan VG.
Martin menghapus semua data peribadinya kerana itulah sampai sekarang tiada siapa pun yang tahu identiti aslinya.
Beberapa minit yang lalu.
"Awalnya tugas sebenar suami saya cuma untuk tangkap orang-orang Valac Group saja. Tapi dalam beberapa minggu masa undercover dia, dia terjumpa sesuatu yang mengejutkan..." Tiara memberi jeda sambil menarik nafas. Rautnya serius.
"Sesuatu?" Mai fokus mendengar cerita yang mengurangi satu persoalan dalam benaknya. Meskipun tentang Martin tapi dia tetap ingin tahu kerana hal ini ada kaitan dengan suaminya.
"Seperti langit. Di atas langit masih ada langit. Macam tu juga VG. Ada organisasi besar yang lebih berkuasa dari VG." ujar Tiara.
"Tak cukup dengan VG. Muncul yang lain pulak?!" Mai separuh menjerit. Dia terkejut. Jiwa spy-nya terusik memikirkan bahwa ada lagi organisasi jenayah yang mengotori masyarakat.
Tiara menarik senyum melihat reaksi terkejut wanita itu. Sama persis seperti reaksinya dulu tika diberitahu oleh Martin.
"Disebabkan informasi yang tak sengaja dia tahu, suami saya terpaksa panjangkan masa untuk misi undercover kali ni." sambung Tiara lagi.
Mai tak dapat tahan perasaan penasaran yang meluap-luap.
"Tapi kenapa saya tak pernah dengar pun pasal organisasi di atas VG tu? Atau tempat diorang bukan kat sini?" tanya Mai tanpa bertapis.
"Betul la tu Mai teka. Markas utama diorang bukan kat Malaysia. Dan diorang bukan syarikat kecil macam VG yang boleh dianggap remeh. Saya tak boleh cerita lebih sebab saya pun tak tahu banyak. Yang penting sekarang kita doakan saja suami-suami kita balik dengan selamat." kata Tiara lembut.
Mai meraup wajahnya. "Saya risaukan suami saya."
Belakangnya digosok lembut oleh Tiara. Berniat menenangkan Mai yang sedang khawatir.
"Suami saya pernah cakap yang, lelaki yang bertarung demi melindungi orang yang berharga takkan kalah dengan mudah." kata Tiara berharap Mai mengerti ucapannya.
Dia melakar senyum tatkala melihat Mai sudah tenang.
Untung Encik Kaiser ada isteri secantik Mai. Caring pula. Detik Tiara dalam hati.
*
*
"Haish! Bosan la sia!" gerutu Raf yang sentiasa berada di depan komputer itu.
Semuanya berjalan terlalu lancar sesuai keinginannya sampai buat dia bosan!
Kadang dia buka TV kot kot muncul berita tentang penangkapan orang-orang VG. Rupanya belum ada berita begitu.
Raf mencemik muka kesal.
"Haus la pulak." semasa dia bangun dari kerusi, tangannya tak sengaja tertekan mouse.
Muncul satu gambar sekumpulan tentera. Gambar kabur yang berkualiti buruk, sehingga susah untuk cam muka para tentera itu. Matanya melekat memandang gambar tersebut.
"Apa pula ni?"
Raf kembali menghenyak punggung. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya saat ini. Insting tajamnya berkata bahwa dia perlu lihat gambar itu.
Kerana ada satu wajah yang familiar dari ramainya askar tersebut.
Gambar itu disimpan. Di edit sampai jelas, kemudian di zoom muka seseorang yang menarik perhatian.
Tika itulah tubuh Raf membeku. Dia ingat dengan jelas orang itu meskipun bersua muka sekali saja.
"Oh damn it..." Raf menutup mulutnya tak percaya dengan apa yang ia lihat. Benar, orang itu yang dia temui di masjid semasa pernikahan Mai dan Kaiser.
"Ini bukan ke anjing yang selalu ikut Kaiser kemana-kemana ke? Dia tentera? Pasukan Khusus pula tu." ngomel Raf bersama sengihan lebar.
Jantungnya berdebar diikuti perasaan teruja yang membuat semangatnya naik.
Pantas Raf menyarung jaket windbreaker. Dia keluar dari kamar sambil bersiul santai.
Helmet dan kunci motosikal diambil.
"Tak boleh terlepas cerita menarik ni." sengihnya teruja.
*
*
TIBA sahaja di bandar yang masih aktif meski lewat malam itu. Lebuhraya yang tadinya lancar menjadi sesak atau jammed. Termasuklah Kaiser yang sedang kesuntukkan waktu itu.
"Pahal jem pulak tengah-tengah malam ni?" ngomel Kaiser menyeru kesabaran yang kian tipis.
Kening tebalnya berkerut geram. Kereta dipandu perlahan mengikuti kenderaan yang panjang berbaris.
Ken yang santai di samping mengecil mata melihat ke depan.
"Ada polis depan tu. Patut la." katanya perlahan.
"Hah? Kau cakap apa?"
"Polis la, pekak! Tuli punya telinga." bentak Ken alang-alang melepas geram.
Dalam waktu yang sama, situasi diluar kacau bilau dengan suara siren kereta polis yang mengejar beberapa lelaki bermotosikal. Sepertinya mereka budak Joshua yang berusaha melarikan diri.
"Jangan-jangan Martin punya kerja..." gumam Kaiser leka dia memerhati ke luar tingkap.
"Hei! Buka berita cepat." suruh Kaiser masih lihat ke luar. Siren dan lampu biru terlihat dimana-mana.
Ken mencebik. "Sedap kau mengarah aku. Malas lah!"
"Cepat la b**oh! Ingat aku main-main ke?"
"Bising orang tua ni." mahu tak mahu terpaksa la Ken ikutkan kata lelaki itu. Meski dengan tampang tak puas hatinya.
Telefon dikeluarkan dan tanpa menaip pencarian. Berita heboh yang diinginkan muncul dengan sendirinya.
Suara kalut wartawan yang mengikuti polis terdengar dari berita tersebut. Penangkapan VG dilakukan besar-besaran secara siaran langsung.
Pengacara 9*9 yang sedang menerangkan kejahatan jenayah VG. Suara ramai itu langsung tak diendahkan, malahan Kaiser fokus mencari sosok seseorang. Iaitu Joshua.
"Tak ada."
Raut muka Kaiser tak berubah. Tak senang, tak juga gelisah. Kerana perkara ini sememangnya termasuk dalam rencananya.
Telefon dilempar atas riba Ken. Ken sambung menonton berita yang heboh itu. Sesuai dugaan, penangkapan VG dapat menarik perhatian masyarakat. Kerana ramai dari mereka yang tak tahu menahu kewujudan VG.
Bandar normal dan damai, siapa sangka rupanya selama ini tersembunyi sekumpulan orang yang cop dirinya gangster. Lintah darah yang menyiksa banyak orang.
"Weh, muka kau keluar la gila. Diorang cakap kau yang serahkan bukti jadi tak ada satu pun yang salahkan kau. Padahal kau pun salah sorang budak VG juga." Ken tanpa sadar mengoceh sendiri.
Dia mencebik. "Ceh, hero konon. Jujur saja kau lingkupkan VG sebab nak cari muka dari syarikat besar bapak mertua kau kan?"
Ken menduga bersama pandangan mengejek kepada Kaiser yang membisu sedari tadi.
"Diam la kau." Kaiser meraup wajah lelahnya. Dia yakin itu pun kerja Martin.
Haish Martin ni. Dia faham Martin tak mahu identitinya sebagai tentera tersebar.
"Hero apanya. Bukan aku." getus Kaiser menghela nafas berat.
Kereta dibelok ke kiri lalu u turn. Kaiser hentikan kereta dipinggir jalan.
"Keluar." arah Kaiser kekal datar.
"Tunggu, kau halau aku? Kot ya pun biarlah sampai kat SunClub dulu. Aku nak cari Clara." hilang sudah Ken yang bermuka beku dulu.
Tatapan Kaiser dari tadi memandang ke arah lorong gelap yang berada di tepi kedai. Tak jauh dari situ.
"Aku nampak ada sorang perempuan pendek masuk lorong tu. Aku yakin dia Clara. Keluar lah. Kau kata nak jaga dia." ujar Kaiser tetap dengan nada tenang.
Ken melihat ke arah yang sama. "Kau bercakap macam dia sorang je pendek atas muka bumi ni. Kau yakin dengan mata kau?"
Kaiser sudah membalik biji mata. Geram pula dengan nada pemuda itu yang seperti sedang memerlinya.
"Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak keluar, aku batalkan janji kita. Tak ada idola! Tak ada lagenda!" naik senoktaf suara Kaiser. Macam bapak-bapak pula.
Ken goyah dengan ugutan itu. Tergesa-gesa membuka pintu.
"Satu..." Kaiser mula mengira tanpa pedulikan Ken.
"Tunggu-"
"Dua!"
"Diam la s**l! Aku nak keluar la ni!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mcm adik beradik pulak dua ekor ni, Tkdelah saja nk pesan awal2. Kalau part yg polis, penangkapan, Gangster tu, entah la saya rasa mengarut. Tak cringe an? tk over kan?
Part Aryan main sorok-sorok tu, asal diorang O Som eh? Den tersilap kat situ. Perigi mampus la.
Share this novel