TERDIAM seribu bahasa mereka yang berada di bawah pohon itu. Menanti perlian selanjutnya dari Rais yang duduk bersahaja di atas dahan besar.
"Banyak juga informasi yang kau tahu. Jadi kau nak buat apa lepas ni? Bagitahu bos besar kau yang ada askar yang nak tangkap korang?" sampuk Martin tanpa sebarang riak. Intonasi suaranya sekadar mereka sahaja yang dengar. Tak mahu menarik perhatian.
Senyuman Rais masih tak lekang dibibir. Tatapan matanya memandang Martin seolah melihat serangga.
"Tak perlu kot, bos dah tahu pasal kau. Yah buat masa ni korang tak perlu risau. Rehat rehat dulu sebab aku takkan kacau korang lagi. Tugas aku dah selesai." kata Rais.
"Tujuan aku berani muncul ni, aku nak bongkarkan semua yang jadi. Sifat munafik korang, apa yang aku dah buat dan aku nak berterima kasih. Korang dah bantu Romusso dengan hancurkan VG yang cuma isi serangga tak berguna." sambung Rais lagi. Seronok tengok muka tegang masing-masing.
Ken mendengus halus. Dia yang cuma diam sedari awal mencelah.
"Aku tak tahu apa alasan kau masuk Romusso. Tapi nasihat aku, ada baiknya kau keluar saja dari tempat kotor tu. Kau cuma rosakkan diri kalau tetap ada dalam dunia gelap ni." nasihat Ken berwajah tenang.
"Kau risaukan aku? Kau?" Rais mengemam bibir menahan tawa lucu.
Ken kuak rambut kusutnya ke belakang. Panas hatinya bilamana kerisauannya dibalas dengan tawa ejekkan.
"B*ng*at. Dia ingat lawak? Padahal aku dah tahan sabar dari tadi." desis Ken perlahan.
Mai yang menjadi pemerhati, merasa tak senang dengan kebaikan hati Ken yang terbuang sia-sia. Dia maju selangkah keluar dari belakang suaminya.
"Kalau kau tahu apa yang aku dah buat pada kawan baik kau. Kau takkan risaukan aku sikit pun. Malah aku rasa kau cuma berharap aku mati." ujar Rais tersenyum simpul kepada Ken.
"Kawan baik? Bila masa aku ada kawan baik?" kening Ken berkerut dikala mata tajamnya bersabung dengan anak mata Rais. Dia sudahpun bau ada yang tak kena bila nama Hairi disebut.
"Dia yang bunuh Hairi. Dia sendiri mengaku." sampuk Mai. Pandang kejap Ken yang tercengang.
"A-Apa? Bunuh?" Ken pandang tak percaya. Dia pandang silih berganti antara Mai dan Rais. Seperti minta penjelasan.
Bukan setakat Ken. Mereka semua terkejut akan hal itu.
Terutamanya Raden. Melopong mulutnya mendengar fakta bahawa sepupunya yang selama ini pendiam, rupanya pernah bunuh orang. Sejahat-jahat dia, dia tak pernah bunuh orang.
"Rais kau memang dah gila! Haa... lama-lama aku yang gila dulu." Raden meraup kasar wajahnya sambil berpaling ke arah lain.
"Bunuh... Rais bunuh Hairi. Aku tak salah dengar kan. Hairi kena bunuh... itupun Rais." Ken bergumam sendiri di pojok dinding. Dia perlu waktu untuk mencerna situasi yang berlaku.
Kaiser dan Martin memandang sesama sendiri. Tentera lelaki yang setia menjaga Mai dibelakang diam memerhati tanpa niat untuk menyampuk.
Mereka seperti bersedia untuk mendengar hal mengejutkan apa lagi yang diatur Rais. Mereka sempat takjub. Bagaimana mungkin Rais mampu lakukan hal jahat selama ini tanpa dicurigai sesiapa. Lakonannya memang selevel artis pro.
"Yang bakar rumah Kaiser bukan aku. Itu kerja anak buah Joshua. Tugas aku cuma kacau Mai. Dan singkirkan orang-orang berhati malaikat macam Hairi." ucap Rais kerana perasan mereka semua tampak seperti menanti ucapannya.
Tanpa sengaja dia bertatapan empat mata dengan Kaiser pula. Kaiser yang paling menjengkelkan diantara mereka semua.
Renungan tajam bak hujung mata tombak. Raut muka dingin yang cuma berubah jika berhadapan dengan Mai. Raut angkuh yang seolah tak kenal erti takut. Wajah angkuh Kaiser sangat mengganggu.
"Kau patut berterima kasih pada aku, Kaiser."
"Haa? Apa yang si pembunuh ni merepek." Kaiser menyenget mulut.
"Kau takkan dapat kahwin dengan Mai kalau bukan disebabkan aku. Yang fitnah Mai, yang buat statement, kerja aku la tu. Walaupun aku tak sangka korang tak bersungguh cari dalang. Intinya korang kahwin pun disebabkan terdesak kan. Nak tutup malu." lancang Rais berkata dengan penuh keyakinan diri.
Kaiser mengetap rahang menahan diri dari terkam pemuda itu. Tangannya mengepal penumpuk.
Suara-suara yang berbisik dalam kepalanya membuatnya hanyut. Hanyut dalam dunianya sendiri.
"Apa yang kau tunggu lagi, Kai? Bukan ke kau kata kau nak hajar siapapun yang ganggu Mai."
"Sekarang orang tu dah ada depan mata! Kau terkam sajalah! Nak tahan buat apa!"
"Tak payah pikir panjang Kai. Bukan ke kalau Kaiser yang dulu, tak pernah pikir akibat. Kau kan gila! Kau mengamuk macam mana pun orang faham. Sebab orang tahu kau tu gila!"
"Bunuh dia, Kai..."
"Jangan fikir lagi. Mai mesti faham punya niat kau cuma nak lindungi dia. Bunuh Rais!"
"Rais orang paling berbahaya untuk Mai. Bunuh dia..."
"Bunuh dia..."
"Bunuh dia..."
Seketika Kaiser bagai tersedar dari lamunan disaat tangannya merasa sentuhan hangat. Dia menoleh ke sisi di mana ada Mai yang sedang memandangnya dengan tatapan penuh khawatir.
"Ada apa? Muka awak nampak pucat. Sakit ke?" bisik Mai perlahan. Jelas kerisauan dari raut wajahnya
Kaiser membiarkan tangannya digenggam tangan lembut Mai. Dia membuang muka ke arah lain.
"Tak, tak ada apa." dia menidak.
Kehangatan dari sentuhan tangan Mai. Mata berbinar dengan penuh kasih sayang. Cukup membuat jiwa kacau Kaiser reda dan tenang.
Bisikkan jahat yang sentiasa menghasutnya untuk berbuat jahat, lesap begitu mendengar suara lembut Mai.
Mai, kau ada ilmu halau setan kan? Menyempat si Kaiser ni tertanya-tanya dalam hati.
Begini lah kondisi mental Kaiser. Dia sentiasa berusaha bersikap normal seperti orang lain, meskipun masih tersisa sisi lama dirinya yang perlu dikawal.
"Mai-" baru sahaja Kaiser ingin mengatakan sesuatu. Tindakan Mai menolak dia kebelakang membuatnya terkejut.
"Awak berdiri kat belakang saya." tegas Mai menyuruh bersama tampang tegang. Terkebil-kebil Kaiser tatkala dirinya dilindungi begitu.
Lindungi dari siapa? Bila dia angkat muka semula. Barulah dia faham alasan mengapa Mai mendadak serius.
Rupanya Rais sudah meloncat turun ke bawah. Malahan jejaka itu mendekati Mai bersama seraut wajah yang agak aneh. Tunggu! Ada apa dengan pipi memerah Rais?! Dah la pandang isterinya dengan muka macam orang miang!
Datang seorang penunggang motosikal berhenti tepat berhampiran mereka berada. Kedatangan motosikal berenjin besar itu menarik perhatian beberapa orang yang ada di situ.
"Oh dah datang." Rais mengubah arah, dia berlari menaiki motosikal yang ditunggang seorang wanita berhelmet hitam. Sekali lihat dah tahu bahwa wanita itu juga sekutu Rais.
Mai terpinga-pinga. Dipandang Martin dan Kaiser silih berganti.
"Boleh ke lepas macam tu saja? Bukan ke Rais pun orang Romusso. Orang-orang yang Encik Martin nak tangkap." dia bingung melihat para lelaki itu cuma tenang memerhati.
"Bahaya kalau tangkap dia. Tambah pula dia orang penting dalam Romusso. Kita tak tahu lagi siapa bos diorang." cantas Martin tenang tanpa secalit senyum. Seperti biasa.
"Tak perlu terburu-buru. Kita masih ada banyak masa. Jom balik, Mai. Aku ngantuk." celah Kaiser lantas selamba menarik bahu Mai rapat ke dadanya.
"O-Ok." Mai yang masih ragu-ragu, ikut jua langkah lelaki itu.
"Oh aku lupa nak cakap. Mai! Oo Mai! Pandang sini la kejap!" laungan Rais yang berada jauh dibelakang.
Mai teragak-agak ingin berpaling tika dinamanya disebut. Entah mengapa, seketika dia lupa yang Rais adalah Raf. Rais yang memanggilnya ketika ini mirip seperti adik yang memanggil kakak. Jiwa lembutnya goyah sedikit.
"Abaikan saja. Jangan layan orang tak betul tu." bisik Kaiser sambil buat derk.
"Ok." Mai menurut. Dia tak jadi menoleh.
"Mai! Kalau Kaiser dah bosan dengan kau! Ataupun dia buang kau! Kau datang je kat aku! Aku sambut dengan tangan terbuka! By the way kau cantik Mai pakai tudung!" seusai menjerit di tempat awam, moto yang ditunggang Rais beredar dari tempat.
Langkah Mai turut terhenti mendadak apabila Kaiser berhenti. Berhati-hati dia angkat muka mahu lihat reaksi suaminya saat ini.
"A-Awak abaikan saja. Awak sendiri cakap jangan layan orang tak betul." takut-takut Mai berkata. Eh, dah kenapa dia pula yang takut?
Diluar dugaan, Kaiser tetap dengan senyum semanis gulanya biarpun terlihat kelelahan.
"Betul la tu. Bagus Mai, kau ingat nasihat aku." lembutnya berkata lantas mengelus kepala Mai yang dilapisi tudung itu.
Mai menunduk kerana dapat dirasa wajahnya panas. Malu-malu kucing la kite kena puji.
Dia yang larut dalam perasaan berdebarnya, tak sedar Kaiser sedang menahan diri dari mengejar Rais kembali. Mengingat apa yang dikatakan Rais kepada isterinya sebentar tadi, membuat api cemburunya meletus.
Sebelum kau nak sambut bini aku dengan tangan terbuka. Tangan kau yang aku potong dulu. B*ng*at! Kaiser menyumpah seranah dalam hati.
Langkah Mai terhenti secara tiba-tiba. Dia teringatkan sesuatu. Melingas dia pandang ke belakang. Yang ada hanya seorang tentera yang mengawalnya sedari tadi.
"Cari apa?" Kaiser turut pandang ke arah yang sama.
"Mana Ken? Macam mana dengan dia? Bukan ke Ken terkejut sangat tadi. Saya lupa pasal dia!" kalut Mai dengan penuh kebimbangan.
Kaiser melepas nafas lega. Dia sempat tegang melihat wanita itu cuak. Ingatkan apa.
"Itu biar Martin yang urus. Haih, jangan risau sangat. Dia dah besar kan." Kaiser menarik tangan Mai lalu menyambung langkah yang terbantut. Jauh lagi ke tempat parking?
"Tapi... macam mana kalau Ken marah. Lepas tu dia cari Rais untuk balas dendam. Rais kan dah bunuh Hairi. Kawan yang paling rapat dengan Ken." Mai masih bimbang. Cukup la Hairi, dia tak mahu Ken pun turut berada dalam bahaya disebabkan satu orang.
Kaiser melirik wanita itu dengan ekor mata. Dia cemburu. Betapa berharganya para jejaka itu di dalam hidup Mai. Dia tahu perasaan iri tak bertempat ini sangat kekanakkan.
"Kalau Martin yang urus, maknanya aku boleh jamin. Semua yang kau risaukan takkan jadi. Percaya la cakap aku." ujar Kaiser.
"Saya percaya." Mai mengangguk sekali. Kalau itu Kaiser, pastilah dia percaya.
Semasa melewati banyak kedai itu. Mata liar Kaiser tak sengaja ternampak sesuatu di sebuah butik yang terletak tak jauh dari situ.
Tampangnya juga berubah serius. Mai hairan. Tentera lelaki dibelakang sudah mengeluh halus. Bila la nak sampai kat tempat parking kalau asyik berhenti macam ni. Dah la dia datang ni jadi 'nyamuk'! Hiks!
"Kau pergi masuk dalam kereta dulu. Datang dengan kereta kan?" soal Kaiser.
Mai yang masih bingung, mengangguk saja. Apa lagi yang nak dibuatnya.
"Aku nak pergi beli barang penting. Tunggu dalam kereta. Jangan tinggalkan aku pulak." pesan Kaiser sebelum berlari anak memasuki butik pakaian wanita itu.
*
*
Sesampai di Hotel De'Yrosa. Salah satu hotel terkemuka dan terkenal di negara ini. Mai dan Kaiser langsung merebah tubuh melepas lelah di dalam kamar yang disediakan.
Kebetulan hotel ini dimiliki oleh teman dekat Tuan Idris. Begitu mereka sampai, mereka dilayani seperti tetamu VIP.
Tentera lelaki tadi sudah kembali ke rumah Martin dengan keretanya. Biarpun Mai tak mengerti mengapa Kaiser ingin menginap di hotel.
Macam mana dengan Aryan? Tak memasal anak itu mencarinya.
"Ah, sudah la. Apa yang kau nak risaukan sangat. Lagipun Ayan selamat saja duduk rumah Encik Martin. Dia lagi suka ada kawan." ngomel Mai sendirian di atas katil empuk bersaiz king tersebut.
Kaiser tengah mandi. Itu yang dia bosan.
Dia yang tengah ralit berbaring sambil melayan fikiran itu. Terpandang satu bag kertas. Barang yang dibeli Kaiser.
Dia bangun dari baringan. Paper bag itu dipandang curiga.
"Dia kata barang penting. Bukan ke dia masuk butik baju perempuan ke tadi? Apa yang penting sangat sampai tak kasi aku tengok." bebelnya. Dagu digosok ala-ala gaya polis penyiasat.
"Mencurigakan. Jangan-jangan dia beli hadiah untuk perempuan lain..." perempuan kan. Biasa la overthink.
Mai yang tak mampu kalahkan rasa ingin tahunya. Segera mendapatkan bag kertas bersaiz sederhana itu.
"Tak salah kan. Aku ada hak kan. Aku kan bini dia." gerutunya bertujuan untuk sedapkan hati sendiri. Aduh, serba salah la pula.
Eh dah terbuka.
Kotak segi empat dikeluarkan dari bag. Lalu kotak itu pula jadi mangsa.
"Hm? Apa ni? Baju?" Mai menyenget kepala hairan melihat bentuk baju tersebut.
Disaat baju satin berkain tipis itu diangkat, pintu bilik air terbuka. Datang Kaiser dengan penampilan yang masih basah. Dia hanya mengenakan tuala putih.
"Mai, kau..."
Terbelalak mata Mai yang sedia bulat itu. Nasib tak keluar. Dia yang baru menyadari baju jenis apa yang dibeli lelaki itu. Diserbu malu yang teramat.
Kaiser menghampiri dengan penuh berhati-hati. Bahu wanita itu disentuh lembut.
"Kau... tak suka? Hadiah untuk kau." suara garau yang berbisik lembut ini terasa geli ditelinganya. Selalunya suara ini biasa saja. Kenapa sekarang terdengar agak seksi dan... erk! Menggoda.
Perlahan Mai jatuhkan tangan yang menekup mukanya. Segan pula nak bertatap mata.
"Untuk saya. Bukannya untuk perempuan lain?" sengaja dia ingin menguji.
Kaiser tersenyum sinis. "Ya, untuk perempuan lain. Perempuan yang bernama Maihara Reis binti Idris."
Mai berpaling muka ke arah lain. Sorot mata Kaiser saat ini sangat menggugat iman. Dia sampai tak percaya yang lelaki itu adalah suaminya.
"Ka-Kalau difikir balik. Ini pun tugas saya sebagai isteri." gagap Mai dalam menahan malu yang teramat sangat.
Kaiser menggigit bibir bawahnya. Mata liarnya memandang Mai dengan tatapan yang lain macam. Seksihh syekali! Dah macam orang miang.
"Nak tukar sendiri, atau aku yang tukarkan? Cepat pilih. Aku kira sampai tiga." bisiknya bersama senyuman yang dapat meluluhkan hati setiap wanita.
Lidah Mai terkelu sampai tak terkata. Otaknya loading setelah menerima penangan wajah tampan itu.
"Ha? Pakai apa? Baju ni?" dress 'malam pertama' berwarna maroon itu dipandang teragak-agak.
Level seksinya boleh dikatakan berada ditahap teramat seksi. Boleh tahan juga selera suaminya memilih.
"Satu..." lelaki itu mula mengira.
"Hah?! Tu-Tunggu!"
"Dua."
"Ti..."
Akhirnya Mai menyerah. "Ok! Ok! Awak pakaikan!"
Usai berkata begitu, dia menekup mulutnya sendiri. Dan setelah itu dia menyesali ucapannya.
"Nakal juga bini aku ni." gumam Kaiser melebar senyum.
Share this novel