KEESOKKAN HARINYA, sehari setelah bermalam di hotel. Mai dan Kaiser langsung bergerak ke rumah Martin.
Mereka disambut dengan drama air mata Aryan.
"Ibu! Kenapa baru datang!" berlari terkedek-kedek Aryan dari dalam rumah mendapatkan ibunya.
"Sorry anak ibu. Rindu ibu eh? Padahal baru sehari ibu tak ada." Mai elus kepala Aryan yang sedang memeluk pinggangnya.
Dalam masa yang sama, Farhan dan Putri berdiri tak jauh dari mereka. Memerhati dengan bersahaja dua beranak yang macam terpisah sepuluh tahun.
"Bukan ke Ayan kata dia nak sangat terpisah sehari dengan ibu dia. Dia kan dah lama mengidam nak makan sate tapi Aunty Mai tak kasi. Kemarin pun berapa batang dia makan. Drama je lebih si Ayan tu." Farhan menggeleng kepala dengan kelakuan anak itu.
Putri berdecit. Abangnya dijeling geram. "Itu kan pesona dia. Apa masalahnya. Jangan berani nak kutuk dia ek."
"Papa pun ada! Tak nampak papa." teruja Aryan mendapatkan papanya yang sedang bersandar di kereta.
"Besar dah, anak siapa ni?" Aryan terus didukung oleh Kaiser.
Mengekek Aryan ketawa. "Papa ni. Ayat dah macam tak jumpa sepuluh tahun."
Kaiser pandang tak berkedip ke arah anaknya itu. Agaknya dia tak sangka mulut semugil itu dapat melontarkan kata-kata yang cerdik. Tak lama kemudian, dia tergelak kecil. Hidung Aryan dicubit.
"Amboi, ayat dia dah macam orang tua."
Mai hanya tersenyum memerhati tingkah dua beranak itu. Syukurlah hubungan keduanya semakin erat dari hari ke hari.
"Ibu, ibu sakit kaki ke?" Aryan menyoal secara tiba-tiba ketika mereka berjalan masuk ke dalam rumah.
Semua mata tertumpu tepat kepada Mai. Termasuk Putri dan Farhan yang mengikuti dibelakang.
"Sakit kaki? Boleh jalan tak?" Kaiser pula bertanya dengan riak runsingnya.
"I-Ibu... excise semalam." Mai dapat rasa wajahnya pasti merona tika ini.
"Excise? Ibu pergi gym ke?" Aryan yang masih didukung papanya, hairan membayangkan ibunya pergi ke gym malam hari. Selalunya ibu excise paling jauh kat taman saja. Sejak bila ibu pergi gym?
"I-Ibu memang macam ni kalau dah lama tak excise. Sakit pinggang, sakit paha, tapi biasalah. Ayan jangan risau. Kejap saja sakit ni." tergagap-gagap Mai mengawal malu dan canggung kerana dirinya diperhati lama oleh Kaiser.
Disaat pandangan mata keduanya bertemu, Kaiser baru dapat menangkap maksud disebalik 'excise'.
"Ehem, jom lah masuk." dia berdehem menutup malu sambil membuang muka ke arah lain.
"Mai! Oh Encik Kaiser pun ada. Maaf, saya tidurkan baby tadi." datang Tiara dari bilik utama.
Mai dan Tiara berpelukkan seketika sebelum dilerai. Dari riak wajah Tiara jelas dia khawatir. Namun melihat senyuman mekar Mai melahirkan perasaan lega.
Pandangan Kaiser meliar sekitar ruangan kediaman sederhana ini. Sosok sahabatnya tak terlihat.
"Mana Martin? Takkan la tidur lagi." soal Kaiser setelah meletakkan anaknya ke bawah. Aryan terus berlari ke tempat Farhan dan Putri berada.
"Oh abang, dia takde."
Kening Kaiser terjongket, penasaran. "Takde pergi mana?"
Farhan yang kebetulan lewat di situ, mencelah. "Pergi base. Hantar laporan."
Bahunya sempat ditampar oleh tangan pedas Tiara.
"Ish! Menyampuk orang tua tengah bercakap." tegur wanita itu tegas namun tetap lembut ditelinga orang lain.
Muncung itik mulut Farhan sambil menggosok bahunya. "Pedih la, umi. Tangan umi tu dah la pedas. Main tampar tampar orang pulak."
"Hah menjawap! Pandai la jawapan tu."
Kaiser tak hiraukan perbalahan kecil dua beranak itu. Malahan dia sibuk memikirkan keberadaan Martin.
"Hantar laporan... pasal kes VG agaknya." monolog Kaiser perlahan cukup telinga sendiri dengar.
Wajarlah, mengingat semula tujuan asal Martin menyertai VG pun atas arahan atasannya.
*
*
MARTIN keluar dari pejabat atasannya selepas menyerahkan laporan mengenai kes Valac Group. Dia yang baru menginjak anak tangga untuk turun, berselisih dengan seseorang yang berpangkat combat medic.
"Tuan!" Nasrul memberi hormat dengan tubuh tegak, lalu berjalan beriringan dengan Martin di lapangan yang kawasannya lapang dan luas.
Martin membalas tabik. Mereka berjalan dibawah matahari terik.
"Lama tak jumpa. Makin gelap kamu, Rul. Tapi syukurlah, kamu nampak makin sihat. Handsome sikit berbanding terakhir kita jumpa. Dulu dah macam-"
Bicara terlebih jujur Martin dipintas. Nasrul tertawa kecil mendengar itu.
"Dah la, Tuan. Tuan ni nak puji ke nak mengata saya. Amboi tuan, sejak berkawan dengan Encik Kai, makin laser mulut tuan." kata Nasrul sekadar bergurau.
Martin tersenyum kecil. "Saya dah berkawan dengan dia dari zaman sekolah lagi."
"Ya tak ya jugak. Eh, apa-apa pun tahniah la, tuan." Nasrul yang terkenal ramah itu menukar topik pembicaraan.
"Tahniah untuk apa? Saya dah lama kahwin. Takkan baru sekarang kamu baru nak bagi ucapan." cantas Martin seloroh dengan muka tak beriaknya.
Nasrul tersengih dengan lagak serupa perempuan pick me. "Alah tuan ni, ada ada je. Saya nak ucap tahniah la tuan dah berjaya selesaikan misi undercover kali ni. Saya dengar walaupun samseng biasa tapi boleh tahan susah juga nak tangkap diorang tu. Pihak yang sepatutnya tangkap diorang, diorang selamba buat kawan. Tapi bukan kita la. Dasyat ya dunia sekarang."
"Kamu silap, Rul. Misi kali ni tak tuntas dengan sempurna. Saya terlalu tergesa-gesa nak tangkap VG sampai lupa nak tangkap kepala sebenar. Selagi Romusso masih bebas kat luar sana, selagi tu anggap saja misi kali ni masih sekerat jalan." jawap Martin, nadanya terdengar kecewa dengan dirinya sendiri.
Mungkin sebenarnya potensi aku tak terlalu hebat, orang-orang saja yang selalu beranggapan yang aku boleh lakukan apa saja termasuk tangkap sekumpulan penjenayah besar seperti Romusso. Bisik hati kecil Martin.
Keyakinan dirinya sedikit menurun memikirkan misi yang gagal ini.
Pap!
Martin tersentak dari lamunan tatkala bahunya ditepuk. Nasrul di sebelah tersengih-sengih serupa orang tak betul.
"Kapten TDM, nama gelaran 'Si Jenius', Force Protection Team Leader dari pasukan khusus Merak Putih. Ewah! Pangkat bukan main hebat. Walaupun tak banyak tapi kita masih ada masa, tuan. Tuan jangan cepat sangat putus asa."
"Kalau tuan nak tahu, tuan dah selamatkan beribu orang yang jadi mangsa VG dan orang-orang yang bakal jadi mangsa diorang. Jadi maksud saya, tertangkapnya VG pun dah jadi kemenangan besar untuk semua orang. Tuan perlu berbangga dengan pencapaian diri tuan, hasil dari titik peluh tuan."
Hujahan panjang lebar Nasrul membuatkan perasaan yang mengganggu fikiran Martin hilang. Dia merasa agak tenang setelah mendengar hal tersebut.
"Betul la tu. Saya tak sepatutnya terlalu cepat putus asa. Semua orang berharap pada saya." Martin melukis senyum tipis.
"Eh, siapa tu?" Nasrul memandang curiga ke arah seorang figuran yang sedang bersandar di kereta, yang terletak lima meter dari mereka.
Langkah besar Martin terhenti. Dia memandang ke arah yang ditunjuk Nasrul.
Seketika tubuhnya membeku. Jantungnya berdegup kencang tatkala pandangan matanya bersabung dengan orang itu.
Martin menelan air liur kesat apabila lelaki yang bersandar di kereta Bentley itu, tersenyum sinis padanya.
Berkerut dahi Nasrul, dia perasan ada yang tak kena bila melihat reaksi terkejut Martin. Dia juga tak senang dengan aura dari lelaki mencurigakan itu.
"Tuan tunggu sini. Biar saya panggil gurd suruh tutup pagar." Nasrul baru saja nak berganjak pergi, lengannya ditahan.
"Jangan! Tak apa saya kenal dia. Kamu tunggu sini." Martin menahan. Wajahnya jelas semakin tegang.
Nasrul tampak teragak-agak. "Tapi tuan! Orang tu nampak macam berbahaya je. Asal dia pandang tuan macam tu. Tuan kenal kat mana orang macam tu? Dengan bertatunya."
Martin diam sejenak sebelum berkata.
"Itu kawan lama saya. Kawan yang pernah hilang. Jangan bagi sesiapa keluar, Rul. Ini perintah." tegas Martin memberi arahan lalu berjalan biasa menghampiri lelaki tersebut.
Dia sudah berada diluar kawasan lapangan. Frediz yang masih bersandar dikereta tersenyum padanya tanda sambutan.
"Yow! Lama tak jumpa kawan lama." sapa Frediz ramah tanpa pedulikan pandangan musykil Martin.
"Hidup lagi kau. Hilang ke mana kau selama ni?" Martin tanpa basa basi. Tampangnya masih tegang dan serius. Entah kenapa, dia merasa tak sedap hati sekarang ni.
"Macam mana kau sekarang? Sihat? Mestilah sihat kan, baru boleh tangkap Romusso. Kalau sakit, Romusso yang tangkap kau dulu." ujar Frediz tanpa menjawap soalan. Dia kekal tenang bersama senyuman lebarnya.
"Aku ketua Romusso yang kau cari selama ni. Kenapa? Terkejut?" jawap Frediz kesian melihat riak Martin yang penuh tanda tanya.
Tergamam Martin sejenak. Pantas dia mengangkat muka berhadapan dengan lelaki bertato itu.
"Kau... rupanya kau ketua Romusso." dia pandang tak percaya. Biar betul kawan lama yang menghilang entah kemana , muncul-muncul mengaku ketua Romusso. Sosok yang paling membuatnya tertanya-tanya Identitinya.
Frediz menyenget kepala. Wajahnya berubah tak berperasaan.
"Tunggu apa lagi? Kata nak tangkap aku. Tapi sebelum tu, panggil Kaiser ke sini. Aku nak tengok muka sahabat kesayangan aku tu." ucapnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
antagonis : Frediz
umur : -
tinggi : -
keahlian : gulat
Share this novel