23 : Dating!

Romance Series 8958

      "Maaf sengaja. Eh tak sengaja!"

Eh? Orang ini kan... Kaiser!

Muncul dari mana makhluk sorang ni?

Terkebil-kebil Martin 'disiram' air sejuk. Matanya mengecil pandang Kaiser. Lelaki itu? Tersengih kambing dengan muka tak berdosanya.

"Ni tisu, Encik Martin!" kalut Mai menarik tisu dari kotak lalu hulur kepada Martin.

Tisu diterima. "Thanks, Mai." sengaja Martin untuk panaskan hati kawan tu. Padahal tadi, elok saja berpuan-puan. Memang basah kuyup la bahagian dada. Mana tak nya, segelas penuh tumpah!

Mai beralih pandang Kaiser yang masih berdiri ditepi meja. "Awak buat apa kat sini?"

Kaiser terus memberi senyum manis apabila sang buah hati berbicara.

"Cari makan. Ini kan waktu lunch." pandai dia cari alasan. Tapi lojik jugak.

Tanpa dipelawa, Kaiser menarik kerusi duduk di meja yang sama. Lenguh berdiri agaknya.

"Tapi kedai makan ini kan jauh dari tempat kerja? Setengah jam boleh sampai. Sanggup awak datang sini. Nak try nasi kerabu juga ek?" ujar Mai bernada mesra. Polos betul.

Entah angin apa merasuki Mai membuatnya selesa saat ini. Walaupun begitu, pandangan Mai terhadap Kaiser sudah berubah. Lebih lembut dan mesra. Agaknya dia simpati.

"Sedap ya nasi kat sini. Bukan setakat nasi kerabu saja. Nasi lemak, mee bandung, cucur udang. Haa banyak lagi lah makanan favourite saya kat sini. Tapi saya kagum juga. Rupanya bos saya ni rupa saja macam orang eropah, tapi selera kampung." mengekek Mai ketawa setelah mengomel sekali nafas.

Awalnya Kaiser terpegun terhadap perlakuan dari wanita itu yang tiba-tiba berubah. Tetapi sekejap saja.

Dia menongkat dagu sambil tersenyum manis melayani celoteh wanita itu.

"Oh ya? Syukurlah Mai suka... Mai suka, aku seratus kali suka." balasnya ala kadar kerana terlalu ralit menatap wajah Mai.

Mai yang tersedar terus merasa kekok ditatap begitu. Kadang dia tak boleh fokus hanya disebabkan senyuman lelaki itu.

"Encik Kaiser tak fokus kan sebenarnya?" Mai menduga. Senyum memudar.

Kaiser tersedar dari angau. Terus tegak tubuhnya. Risau betul Mai ambil hati.

"Eh kenapa? Aku tengah fokus la ni. Cikgu mengajar pun aku tak fokus macam ni."

"Saya cerita dah masuk bab nenek saya meninggal tercekik tulang. Tapi awak boleh kata bersyukur? Saya... kecewa dengan awak..." Mai mengengsot kerusi jauh dari Kaiser.

Tersentak Kaiser. Gelabah la apa lagi. "Bu-Bukan Mai! Aku nak fokus tapi muka kau cantik sangat. Jadi macam mana nak fokus kalau kau yang cerita. Kau kan jarang bercakap banyak dengan aku. Ini kan pula nak cerita pasal nenek kau."

"Kamu berdua pasangan yang serasi. Tapi sekarang jangan duk bersweet sangat. Tolong... saya sejuk..." celah Martin tersenyum pasrah. Sambil tangan menutupi dada.

Mai dan Kaiser serentak pandang Martin yang sedang malu sendiri. Mereka masih keliru apa maksud lelaki itu.

Perhati punya perhati, rupanya kemeja putih yang terkena air tadi jadi melekat pada dada bidang Martin. Terlihatlah warna kulit putih lelaki itu. Dan punting...

"Ah! Maaf maaf Encik Martin! Sa-Saya tak nampak, sumpah!" Mai hampir terjerit. Pantas dia menekup mukanya sendiri.

Tangan Kaiser pulak sibuk menutup pandangan Mai. Bukannya niat nak tolong kawan tu. Martin dah berteriak minta tolong dalam hati.

"Apa kau ni, Mar? Miang! Tunggu Mai, aku nak call polis. Biar dia muhasabah diri dalam lokap. Sejak bila si Mar ni jadi miang keladi macam ni. Mana telefon, telefon?" kelam kabut sebelah tangan Kaiser mencari telefon dalam kocek. Sebelah lagi tutup mata Mai kononnya.

Dada bidang Martin ada vibe seperti. So sexy~

"Tolong lah... aku merayu... sesiapa tolong bagi aku baju. Kain lap pun tak pa." kata Martin perlahan. Rasa nak nangis ada kawan bo**h.

Mai terdiam seketika sambil berfikir sesuatu. Cara untuk bantu lelaki itu. Lalu matanya jatuh ke tubuhnya sendiri.

Oh! Aku kan pakai kardigan.

Mai bangun berdiri lalu menanggalkan kardigan grey. Kini hanya tinggal baju bercorak bunga berlengan pendek.

Tindakannya berjaya membuat kedua jejaka itu hairan dan terpinga-pinga. Kardigan tersebut dipakai ke tubuh Martin.

Martin terkebil-kebil namun dirapikan juga kardigan itu menutupi dada.

"Terima kasih, puan... nanti saya pulangkan selepas cuci." ucap Martin menahan getaran suara. Dia melarikan anak mata melihat ke arah lain kerana diri ditatap tajam menikam oleh mata dingin Kaiser. Mampus aku! Dipotong gaji aku dua bulan!

"Tak ada masalah, Encik Martin. Itu memang tugas wanita berkarisma seperti saya." balas Mai seraya kembali duduk dikerusi asal.

Kaiser hanya mampu membisu memerhati setiap tindak tanduk mereka. Cemburu tapi masih boleh bersabar, memandangkan temannya itu sudah beristeri.

Takkan la jatuh hati dengan perempuan lain hanya disebabkan satu kardigan kan? Ini bukan drama korea.

"Walaupun itu kardigan KESAYANGAN saya, tapi saya jarang pakai. Jadi Encik boleh pulangkan bila-bila masa saja." ujar Mai polos dan masih tak menyadari muka Kaiser disebelah dah serupa ikan buntal yang tengah membulat.

Mai kembang hidung sendiri. Fufu, gentlewoman juga aku ni. Kalau aku jadi lelaki mesti ramai perempuan minat. Noh berlagak!

"Kesayangan katanya... kesayangan..." desis Kaiser perlahan. Makin panas hati mendengar bahwa baju itu adalah kesayangan Mai.

"Mai, baju aku pun basah." mata Kaiser penuh berharap sambil menyua lengan kemeja yang dilipat sampai siku.

Mai memandang sekejap lengan lelaki itu. Benar, basah beberapa titis. Agaknya terpercik sewaktu tumpah ke badan Martin.

Dia memeluk tubuh gaya lindungi diri anda. "Tak boleh! Saya pakai sehelai ni saja."

Kaiser baru tersadar. Ya tak ya jugak.

"Dah la. Jangan pujuk aku." mimik Kaiser bertukar sedih. Dah satu kes si bos merajuk sebab cemburu.

"Siapa nak yang pujuk?" soal Mai masih kekalkan raut naif. Hakikatnya dalam hati dah berguling ketawakan Kaiser.

Martin yang jadi 'nyamuk' dari tadi hanya bermain telefon. Membelek gambar-gambar isterinya.

Yang... abang nak balik. Desisnya dalam hati.

******

Selesai pertemuan dan sedikit drama di kedai. Mereka bersurai ke arah yang berbeza. Martin pergi dengan tergesa-gesa setelah mendapat satu panggilan telefon. Katanya isteri Martin sakit perut nak bersalin.

Mai bersenandung ringan menuju ke tempat parking dimana kereta dia(Kaiser) berada.

"Mai!"

Bahunya ditepuk dari belakang membuatkan Mai terperanjat beruk.

"Opocot Kaiser hijau!"

Berpusing 180 darjah tubuh kecik moleknya ke belakang. Mujur tak buka silat gayung.

Mengekek Kaiser gelakkan dia. "Bukan ke selalunya opocot mak kau hijau ke?"

Mai berdehem menutup malu. "Mak saya dah tak ada."

"Maaf, lupa." terhenti terus tawa Kaiser. Ikut berdehem menutup rasa janggal. Dah dua-dua duk berdehem, tak ke aneh suasananya!

Lama mereka berdiam diri terpacak tengah panas. Sedikit kekok jika tiada Martin walaupun Martin hanya diam macam patung.

Bunyi perut berkeroncong membuatkan Mai angkat wajah. Perut siapa? Takkan la perut dia?

"Lapar ke?" soalnya bernada lembut.

Sekarang muka Kaiser dah serupa ikan tongkol. Walaupun depan Mai, tetap merasa sedikit malu.

"Sebenarnya aku belum makan." Alahai, kesiannya makhluk sorang ni. Itu la akibat selalu sangat buli PA.

"Mari saya teman." Mai melukis senyum mekar. Lengan lelaki itu ditarik sampailah tiba di kereta Mercedes-Benz.

Pintu disebelah penumpang dibuka. Kaiser meloloskan diri kedalam kereta tanpa sebarang bantahan. Bahagia juga diperlakukan begini oleh Mai. Jarang wanita itu berlembut padanya.

Mai turut masuk ke tempat pemandu. Kereta mula dihidupkan lalu bergerak keluar berhati-hati. Kereta hitam berkilap itu semakin bersinar dibawah panas terik.

Bibir Mai masih tak lekang dengan senyum. Sejujurnya, sejak awal kemunculan Kaiser di kedai. Dia sudah tahu bahawa dia diikuti. Mana mungkin bertembung secara kebetulan.

Kenapa dia yakin? Kerana Kaiser sangat jarang singgah makan di kedai makan biasa. Lelaki itu cuma makan ditempat yang ia minati. Tidak lah mewah tetapi tempat yang tenang dan menjaga privasi.

Namun begitu, sekarang Mai merasa pelik dengan sikap Kaiser yang tiba-tiba jadi pendiam. Pandang saja ke depan, sekejap lihat telefon. Entah apa-apa yang dibelek.

Selalunya tak pendiam macam ni. Monolog hati kecil Mai.

Memandangkan ada tuan punya badan di sebelah, terus Mai teringatkan kisah yang diceritakan oleh Martin hari ini.

Mulutnya gatal saja ingin bertanya tetapi dia terpaksa pendamkan niat kerana ada kemungkinan soalannya sensitif bagi lelaki itu. Mendengar betapa gilanya Kaiser dulu, membuat Mai seram sejuk dalam masa yang sama tergelitik lucu.

Eh lucu?

Sudah! Jangan-jangan aku pun dah ikut gila sekali!

Melihat wanita itu menggeleng tanpa sebab bersama seraut wajah serius. Kaiser tersenyum sendiri.

"Ramai ya anak Martin. Dah masuk empat orang dah. Kita bila lagi. Kesian Ayan kata nak adik." suara garau Kaiser memecah sepi didalam kereta saat ini.

Mai tertawa kecil menutupi rasa kekok. Fikirnya itu hanya gurauan. Tapi lain macam punya gurau...

"Itu kena kahwin dulu. Masuk lah minang saya, saya terima saja kalau Encik yang pinang."

Gurauan tersebut berjaya membuat Kaiser tersedak air liur. Pantas menoleh kepada wanita itu bersama mata membesar.

"Kau serius? Kau akan terima kalau aku lamar? Kalau macam tu, tak payah pergi makan la. Kita pergi kedai emas beli cincin."

Mai pula bingung mahu gelak atau ketawa. Siapa yang kata Kaiser lelaki kejam? Meh dia nak bahan orang tu puas-puas.

Melihat wanita itu menahan tawa, tahu la Kaiser. Dirinya dibuat gurau. Nak merajuk tapi nampak tak jantan pula! Akhirnya muka Kaiser kembali seperti ikan buntal.

"Tak baik kau permainkan aku macam tu, Mai. Sekarang kau gelak la puas-puas. Tunggu nanti aku bawa kau lari nikah di siam."

Mai melirik disertai senyum suka. "Ya ya, maaf. Haih, jadi betul la cerita Encik Martin. Awak ni memang ada sisi manis bila dengan perempuan."

Kaiser tersenyum hambar. Pandangan dilempar ke luar tingkap. "Banyak juga nampaknya Si Mar tu cerita."

Fikirannya bercelaru. Bimbang memikir bagaimana tanggapan Mai terhadapnya setelah mendengar masa lalunya yang memalukan.

"Saya tak benci selepas dengar cerita awak. Malah saya bangga dengan awak." ucap Mai menguntum senyum bila dirinya ditatap.

Sinar mata Kaiser penuh keraguan. Apa telinganya tak salah dengar?

"Apa maksud kau? Jangan la buat aku salah faham lagi. Kau sendiri dengar yang aku dulu cuma orang gila yang suka mengamuk tak tentu pasal. Ada kes yang lebih teruk sebenarnya, Martin saja tak tahu." tukasnya sambil bersandar dengan kedua tangan dibelakang kepala.

Namun, bagi Mai tidak begitu. Dia beranggapan berbeza dan lebih dalam mengenai diri Kaiser.

"Memandang kita di luar sekarang ni. Boleh saya bercakap secara informal?"

Kaiser masih memejam mata rapat. "Hmm, aku nervous Mai sebab kau tiba-tiba bercakap lembut dengan aku. Selalunya macam mak tarzan."

"Tolong lah biarkan saya serius sekejap."

"Oke oke, sorry. Teruskan puan. Saya sedia mendengar." terus tegak Kaiser memberi fokus. Bila la makhluk istimewa ni nak matang.

"Saya bangga dengan keberanian awak. Awak tak gila pun sebenarnya. Awak cuma terlalu ikutkan emosi dan kata hati. Awak tak pandai kawal marah sebab tak ada yang ajar. Kai, kalau awak perlukan seseorang di sisi, saya dengan senang hati boleh jadi orang itu. Jadi jangan salahkan diri sendiri atas kematian yang memang bukan salah awak."

"Saya bukan ditempat beliau, tapi saya sedikit faham perasaan mami awak sebab saya pernah rasa. Kalau nak tahu, bila dengar cerita tentang mami awak. Terus saya teringat dengan pernikahan saya dengan Zahid dulu. Walaupun saya tak cintakan dia, saya tetap kecewa bila suami saya curang dengan perempuan lain. Ini kan pula mami awak yang cintakan suami dia, kecewa dia memang tak main-main."

Sambung Mai lagi dengan penuh tenang. "Jadi saya minta awak jangan terlalu salahkan diri sendiri. Awak pun layak bahagia."

Mai melirik kejap Kaiser yang hanya menadah telinga. Diam membisu bersama ekspresi yang sulit dimengerti.

"Kau pun kesiankan aku?" akhirnya Kaiser bersuara tanpa menatap muka. Entah mengapa, suara lirihnya membuat hati kecil Mai sedih.

"Kan saya kata saya bangga. Macam yang Martin cakap, buat apa kesiankan awak. Lebih baik kesiankan mangsa-mangsa awak." Mai menidakkan sebelum lelaki itu salah faham. Sengih manis diberi. Hadeh jangan buat Kaiser salah faham! Bahaya.

Susah Mai nak lihat ekspresi lelaki itu saat ini kerana dia melihat ke luar tingkap.

"Satu soalan aku nak tanya. Jujur Mai,"

Mai berdebar dikala suara itu terdengar serius. "Apa?"

"Kau tak takut aku jadi gila balik. Walaupun aku dah jumpa psikiatri, tapi tetap aje berbahaya untuk kau."

"Saya boleh jamin awak takkan sakiti saya. Selama saya bekerja dengan awak, awak tak pernah berkasar sekali pun. Mana sanggup saya nak bencikan awak. Kalau takut tu, ada la sikit..." jari ibu dan jari telunjuk Mai membuat tanda 'sikit'.

Kaiser masih tak berpaling muka. Bibirnya gementar tahan tawa. Hati berbunga setaman ketika ini. Wajah tak usah ditanya lah, memerah mirip seperti tomato. Bagaimana ini? Tangannya menahan saja dari memeluk wanita itu.

"Baiklah aku faham. Syukurlah, sekurangnya bertambah seorang orang baik disisi aku..."

Seketika mata mereka bertemu dan bertatapan agak lama. Sudah berapa kali senyum menggoda Kaiser berjaya membuat terleka.

Cepat Mai pusing ke depan semula. Tersedar diri sedang memandu. Wajah merona dikawal agar tak terlalu terlihat.

"Jadi, kita nak pergi makan di mana ni?" soal Kaiser santai menukar topik.

Mai terlihat teruja setelah menjeling maps yang mengarah ke lokasi.

"Dating!"

Kedua kening Kaiser terangkat. Setelah itu dia menekan sesuatu di skrin smartphone miliknya. Nombor seseorang didail kemudian ditekap ke telinga.

Mai berkerut dahi. Siapa pula?

Bersambung saja talian, kedengaran suara seorang lelaki. "Hello bos! Ada apa? Saya tengah berak ni!"

Kaiser gosok hidung sendiri. Gaya macam dapat bau najis secretary nya. "Warna apa? Cuba ciss sikit."

"Nakal la bos ni! Jangan macam-macam bos, naik bulu roma saya." ketawa kambing lelaki dihujung talian.

Mimik Kaiser kembali tegang. "Batalkan semua appointment hari ni. Aku ada hal yang lebih penting."

"Tapi bos! Petang ni kita ada meeting dengan wakil F.Z Corporation. Malam ni, bos dijemput ke birthday party anak tunggal Tan Sri Osman! Bos kena hadir." cuak suara secretary itu memberitahu semula jadwal kerja.

Kaiser menjauh smartphone dari telinga. Sakit telinga. "Jadi maksud kau, anak Tan Sri tu lebih penting dari Mai? Macam tu?"

"Apa bos merepek ni..." stres kawan tu. Dari suara saja sudah tahu pekerjanya itu sedang gelisah memikirkan cara untuk pujuk Kaiser.

Kaiser menghela nafas. "Sudah la, kalau dah faham. Mulai saat ni inform ke semua orang jangan kacau aku. Aku nak pergi dating."

"Eh bos-"

Tutt...

Sementara itu, di bangunan Valac Group bergema dengan suara secretary Kaiser.

"Kepala but*h punya bos! Sudah! Aku nak resign sekarang jugak!"

Ternganga Mai yang dari tadi jadi pemerhati. Nasib tak masuk lalat dalam mulut.

"Aku sweet kan? Tak perlu dijawap. Aku tahu isi hati kau yang berkata ya."

Paha Kaiser ditampar penuh geram. "Tak perlu sampai macam tu sekali! Awak ni..."

"Aww!" mengaduh sakit Kaiser sambil gosok paha. Padahal tak sakit pun.

"Kesian staff awak tu. Mesti dia dah berhenti dari VG. Saya ingatkan Martin saja selalu kena buli. Rupanya semua staff awak buli." ngomel Mai sekali nafas. Tak cukup nafas melayan karenah gangster sorang ni.

Sengih tak berdosa Kaiser.  "Bila lagi dapat dating dengan Puan Maihara yang manis ni..."

Mai geleng kepala sambil menyembunyi senyum.

Bye jumpa thun depan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience