29 : Statement!

Romance Series 8958

        SEPI suasana malam menggamit hiba. Selesai menunaikan solat tahajud dua rakaat. Dia mengangkat tangan ingin bermunajat kepada Sang Pencipta alam.

Melihat Aryan nyenyak tidur dibuai mimpi, membuahkan senyum pada bibir Mai. Berharap agar anak itu bermimpi yang indah saja. Telekung putih masih menutupi kepala.

Wanita ini bersimpuh di atas sejadah dalam waktu yang lama. Terkadang dia bercerita, kadang dia mengadu. Entah apa yang menarik dia untuk dekatkan diri kepada Tuhan semula. Mungkin dia bingung, mungkin juga sudah penat. Entah la, dia hanya mahu hidup tenang dan diberkati Tuhan semesta alam. Dengan siapa lagi tempat dia mengadu jika bukan kepada Zat Yang Maha Esa.

"Betul ke apa aku buat ni? Diakah lelaki yang akhirnya akan jadi jodohku? Kami sama-sama pendosa Ya Allah. Berilah petunjukMu supaya hamba tak keliru lagi." doa dipanjat seraya di Aamiinkan.

Tubir mata terasa panas. Tanpa dapat ditahan mata beningnya mengalirkan mutiara jernih. Ketenangan perlahan-lahan menyelit ke celah jiwanya yang selama ini kosong. Bunyi kipas berpusing bercampur dengan suara tangisannya.

Raungan ditahan kerana tak mahu ganggu lena si anak. Akhirnya hanya kedengaran suara esakkan halus di dalam kamar sederhana tersebut.

Mengapa aku sanggup melupakan Tuhan selama ini. Pantas saja jiwa terasa hampa. Hati kosong saja wahal aku cuma inginkan secebiskan bahagia dan ketenangan.

Aku hanya inginkan kasih sayang seorang ayah semula. Ya Allah, ku mohon kembalikan ayahku yang dulu. Seorang yang penyayang, setiap tutur katanya biarpun tegas tapi mampu mendidik aku. Aku merindui nasihat seorang ayah.

Kaiser Lee, tariklah dia ke jalanMu jika benar dia jodohku. Benar aku bukan perempuan yang layak dapat jodoh yang alim. Namun begitu, dapat yang mampu imamkan solat pun sudah cukup. Bonus sikit lagi, dia faham agama biarlah hanya hal dasar.

Adik-adikku Nita dan Airel, harta berhargaku Aryan, mama orang yang ku anggap ibu kandung, orang yang berjasa dalam hidupku Hairi, Rais, Ken dan Calvin, sahabatku susah senang Salwa, sihatkanlah sentiasa orang-orang yang baik disekelilingku.

Mai menyudahi doa sambil lap pipinya yang comot dengan air mata. Terasa malu kerana banyak meminta. Dia tunduk merenung sejadah. Malu dengan Tuhan. Layakkah pendosa seperti dia meminta begini?

Smartphone yang terletak di atas meja kecil dicapai kerana seperti ada getaran. Wajahnya disimbahi cahaya handset itu setelah dibuka. Mesej dari Kaiser?

Jarum jam menunjukkan pukul 0310 pagi. Gila ke mesej masa ni.

Biarpun dilanda musykil, mesej dibuka jua.

'Mai tolong aku!!' - Bos Kaiser(sewel)

'Selamatkan aku Mai! Aku dalam bahaya sekarang ni!' - Bos Kaiser(sewel)

'Mai aku nak mati!' - Bos Kaiser(sewel)

Berkerut seribu muka Mai. Detak jantung mula bergerak pantas tatkala panggilannya tak dijawap. Dia dalam bahaya? Macam pelik saja.

Gelisah hatinya kerana mencuba buat panggilan beberapa kali namun tetap tak terangkat.

Tak mahu buang masa, Mai bangkit dari simpuh lalu menyangkut telekung dan sejadah. Tergesa-gesa dia bersiap ala kadar. Rambut lurusnya hanya dikepit dengan pengepit rambut.

Kunci kereta di atas meja solek dicapai. Sebelum membuka tombol pintu sempat dia pandang kejap kepada Aryan yang masih lena. Anaknya bukan jenis suka bangun tengah malam. Kalau ditinggalkan sebentar rasanya tak apa kan?

Dia masih teragak-agak mahu tinggalkan Aryan atau tidak. Macam mana kalau anak itu terjaga?

Serabut memikirkan hal yang buat dia dilema, akhirnya Mai angkat Aryan masuk kedalam kereta.

SESAMPAI sahaja di depan kondominium bercat gelap. Mai parking kereta diluar pagar. Aryan yang masih nyenyak tak terganggu di seat belakang dibiarkan tidur. Rasanya tiada orang yang lalu lalang waktu begini, selamat la tinggalkan sekejap.

Mai buka langkah luas ke pintu utama. Jiwanya resah. Dia bimbang terjadi hal buruk kepada lelaki itu. Angka password ditekan kalut sampai tersilap kerana tangannya gementar secara tiba-tiba.

"Ya Allah Ya Allah... jangan la jadi hal buruk pada Kaiser." mulut terkumat kamit berdoa. Bahaya apa yang ditimpa lelaki itu sampai katanya dia mahu mati? Tercekik tulang ikankah?

Mai meluru masuk selepas pintu terbuka. Dia berlari ke ruang tamu yang terang benderang. Tiada satu makhluk pun melainkan dia seorang yang tengah melilau cari lelaki itu.

Hening.

"Aaaaa!!"

Sayup telinga lintahnya menangkap suara jeritan dari tingkat atas. Mai spontan mendongak ke atas. Dia cukup kenal dengan suara Kaiser.

Jeritan itu memang dari suara Kaiser tetapi mengapa terdengar seperti perempuan? Atau telinganya yang rosak?

Laju kaki Mai panjat anak tangga hinggalah sampai di lantai dua.

"Aaaa!! Arghhh tolongg! Jangan dekat dengan aku h*nat!"

Teriakkan kali kedua ini baru dengar suara jantan Kaiser. Mai segera berlari anak menuju kamar lelaki itu.

Tangannya gementar memegang tombol pintu. Dadanya turun naik mengawal nafas yang tercungap. Dia tarik nafas kemudian hembus perlahan-lahan. Entah bahaya apa disebalik pintu ini. Dia tetap perlu selamatkan Kaiser!

Klak!

Muncul sahaja sosok tubuh kecil molek Mai di muka pintu. Dia terpempam. Rahangnya jatuh melihat pemandangan didepan mata saat ini.

"Mai kau datang! Tolong aku Mai!" perasan kehadiran Mai, Kaiser berlari menerpa. Dia menyorok dibelakang tubuh Mai. Disebabkan Mai lebih rendah darinya dia terpaksa bongkok sedikit.

Mai kehairanan melihat tingkah takut lelaki itu sedangkan pada mata kasarnya tiada sebarang bahaya dalam kamar itu. Manusia lain pun tiada.

"Awak kenapa ni? Macam orang ternampak hantu saja? Ada apa?" gesa Mai terpamer jelas riak runsingnya.

Dalam keadaan takut begitu, jari telunjuk Kaiser menunjuk ke arah pintu kamar mandi.

"Li-Lipan!"

Pucat satu muka Mai. Dia toleh kepada lelaki itu yang sedang mengigit kuku. Gaya pondan habis!

"Awak jangan bergurau. Kalau lipan saya pun tak berani. Berbisa tu." kata Mai berdebar semula jantung.

Kaiser angkat muka. Tilik atas bawah tubuh wanita itu. "Mai... kau kan spy. Spy kan selalunya berani. Aku tengok dalam filem spy selalu melompat masuk balkoni sampai pecah. Kau takut?"

"Saya bukan bomba nak selamatkan orang tiap masa!" dada Mai naik turun.

"Kau kan spy!"

Mata Mai mencerlung bersabung dengan mata Kaiser. Kaiser menikus sambil isap ibu jari.

Plak!

Plak!

Melekat tapak tangan Mai pada bahu Kaiser hingga lelaki itu melarikan diri.

"Pedih Mai! Tak nikah lagi kau dah dera aku. Kau tak sayang aku ke!" Kaiser meloncat atas katil larikan diri dari terkena tamparan ketiga.

Kaki Mai terhenti. Tercungap-cungap dia ambil nafas. Berdongkol geram ingin dilepaskan kepada Kaiser.

Dia separuh mati bimbang ingatkan Kaiser ada dalam bahaya. Sanggup dia datang kemari walau pukul tiga pagi!

Tapi hanya disebabkan seekor lipan dia dipanggil?!

"Kaiser awak ni memang lah... menguji kesabaran saya." Mai turut naik ke atas katil bersaiz king tersebut. Kedua manusia itu berdiri sambil seimbangkan badan disebabkan tilam yang empuk dan hampir buat kaki tenggelam.

"Kalau saya spy, awak kan gangster! Gangster apanya takut serangga!" kemarahan Mai meletus bagai gunung berapi yang meledak.

Lubang telinga dan hidungnya ibarat keluar asap. Seperti singa yang mahu terkam mangsa.

Kaiser? Boleh pula dia tersengih serba salah sambil garu kepala yang tak gatal.

"Tunggu Mai... sabar. Hidup ni kena banyakkan bersabar. Kalau kau berkerut muka macam tu nanti cepat tua." pujuknya berharap wanita itu bertenang. Orang gila saja sejuk hati mendapat pujukkan begitu.

"Awak ni memang lah-" Mai yang siap mahu terkam tak semenanya terpijak telefon milik Kaiser yang kebetulan ada di situ.

Comforter licin yang bergeser dengan skrin telefon menyebabkan tubuh Mai jadi tak seimbang.

"Eh?" Mai merasa tubuhnya berada di awangan.

"Mai!"

Sebelum terjatuh ke lantai, pandangannya gelap ditutup sepenuhnya dengan bahu lebar Kaiser yang tangkas menangkapnya. Tak semenanya tergolek ke lantai dua manusia itu.

Bhuk!

Dengar pun seperti nangka busuk yang jatuh ke tanah. Mereka meringis sakit. Lengan kekar Kaiser menjadi 'bantal' buat kepala Mai dari terhantuk.

"Tsskk..." ringis Mai apabila lengannya terasa ditindih. Buka saja mata, membulat matanya menjamu wajah lelaki itu yang hanya seinci dari wajahnya.

"Kau okay? Ada sakit mana-mana tak?" terpamer jelas raut bimbang Kaiser sambil pegang pipi wanita itu lalu dibelek kiri dan kanan.

Mulut Mai alhasilnya jadi muncung itik apabila dibuat begitu. Dalam dia menatap mata penuh bimbang itu. Marahnya kian pudar setelah melihat Kaiser kalut merisaukan dia wahal yang terhantuk adalah Kaiser sendiri.

Sejenak mata mereka bertemu satu. Raut Kaiser perlahan tenang. Nafas panas mereka bagai bersatu. Lama dua insan itu membisu kaku begitu tanpa bergerak. Hanya detak jantung yang terdengar.

Mata bening Mai tergerak-gerak mencari kepastian dari mata redup lelaki itu. Tak semenanya bola mata Kaiser turun ke bibir Mai. Mereka bagai berada dalam dunia sendiri. Dunia fantasi yang hanya dipenuhi memori manis dan sensasi sentuhan.

Bagaimana rasa bibir itu. Bagaimana jika dia sentuh sedikit. Timbul rasa penasaran dalam diri Kaiser yang sedang leka saat ini.

Perlahan bibir turun ingin lekapkan ke bibir pink wanita itu. Dahi Mai berkerut mendadak. Bagai tersedar dari mimpi.

'Lelaki dan wanita yang bukan mahram, haram bersentuhan. Walau seinci kulit pun.'

Terngiang kembali kata-kata tersebut dalam ingatan membuatkan Kaiser tersadar. Mendadak dia bangun dari tindih tubuh kecil Mai.

Mai juga ikut bangun. Sebenarnya tadi dia sudah bersedia mahu menolak dada lelaki itu untuk menjauh. Tapi dia ditolak terlebih dahulu.

"Maaf." kata mereka berdua serentak menyebabkan keduanya sekali lagi bertentang mata. Mai buang muka ke arah lain sambil kibas mukanya yang terasa panas dengan tangan.

Kaiser pula menepuk perlahan dahinya sendiri. Terkumat mulut mengutuk dirinya yang alpha terhanyut sebentar tadi.

"Yang kau nak pergi cium dia tu buat apa. B*doh punya mulut..." gerutunya perlahan sambil tampar mulut sendiri. Mulut pula yang disalahkan. Nasib kau la mulut.

Hening. Situasi di antara mereka menjadi kekok ditambah kejadian tadi. Jeda tanpa suara. Hanya kedengaran bunyi aircond dan nafas masing-masing.

Mai tak tahan dengan situasi sesak tersebut. Dia bingkas berdiri sambil letak kembali comforter di atas katil. Pandai-pandai la Kaiser lipat sendiri.

"Jadi ma-mana lipan yang awak takutkan sangat tu?" soal Mai pura-pura berani. Dadanya masih berdebar.

Kaiser ikut bangun di sebelahnya. Mulut muncung tanda tunjukkan ke arah pintu kamar mandi. "Situ..."

Mai atur langkah penuh berhati-hati menuju ke tempat yang ditunjuk. Berkerut seribu muka bersama peluh yang merenik. Jantung kembali berdebar takutnya lipan tiba-tiba muncul.

Perlahan dia tolak pintu toilet. Terbuntang mata Kaiser apabila matanya tertangkap satu serangga berwarna koko gelap merayap di celah pintu.

"Mai! Itu itu! Lipan tadi!" dia cepat menyorok dibelakang tubuh Mai.

Mai terkaku tak terkata. Riak tegangnya terus memudar tatkala dia juga lihat serangga tadi. Kaiser dibelakang tak dihiraukan. Dasar gangster penakut!

Dia membongkok dan dengan tangan kosong wanita ini tangkap serangga tadi dengan tangan kosong. Terkejut Kaiser dibuatnya terus menepis tangan Mai hingga terjatuh serangga tak berdosa itu.

"Bisa tu Mai! Aku tahu la kau sayangkan aku. Tapi jangan la sampai sanggup gadaikan nyawa untuk aku!" tukasnya risau terus membelek tangan Mai.

Mai sudah pamer muka pasrah. Serangga itu dikutip semula kemudian dicampak ke dada Kaiser.

"Aaaa!! Lipan!" keluar lagi jeritan gadis dari mulut Kaiser. Muka je ganas.

Sebelah tangan Mai mencekak pinggang. Sebelah lagi urut pelipis. Sakit kepala dengan karenah gangster satu ini.

"Itu ulat gonggok! Bukan lipan!" tak semenanya bergema suara singa Maihara Reis yang ditahan sejak tadi.

JAM telah masuk pukul 0410 pagi. Mai menghadiahkan jelingan sekali kepada Kaiser yang tengah melambai tangan di depan pagar.

Mai sudah selamat masuk ke dalam perut kereta. Cermin bahagian pemandu diturunkan separuh.

"Awak ni memang tak boleh dijangka. Sanggup awak panggil saya pagi-pagi semata nak tangkap ulat gonggok." ujarnya geleng kecil.

Malu-malu tai kucing Kaiser dibuatnya. Dia garu kening bersama sengihan yang tak lekang dari tadi.

"Aku nak tengok muka kau saja sebenarnya." tukas Kaiser jujur. Tetapi kemunculan ulat gonggok bukanlah dari rencana dia nak kenakan Mai.

"Yelah, kalau macam tu saya balik dulu la. Nasib baik Ayan bangun, kalau tak jenuh saya nak pujuk." kata Mai bernada biasa.

Kaiser sempat menjenguk kepala ingin lihat anak lelakinya. Siap berdengkur anak itu. Dia keluarkan kepala dari cermin selepas ditolak oleh Mai.

"Hati-hati bawa kereta. Jangan drift pula walaupun jalan kosong masa ni." Kaiser tertawa kecil membayang wanita itu drift dengan gaya professional.

Mai membalik biji mata sambil sembunyi senyum. "Awak pun pergi la masuk dalam."

Cermin gelap itu naik sepenuhnya namun masih dapat lihat Mai didalam. Kaiser senyum lebar memandang saja kereta itu melaju pergi.

Angin sejuk pagi menyerpa ke badannya yang hanya kenakan t-shirt brown berlengan pendek. Bulu roma terasa naik. Jalan tar yang lenggang didepannya membuatkan Kaiser seram sejuk. Dia berjalan masuk setelah pagar automatik tertutup.

Mulutnya bersiul kecil sekadar inginkan bunyi. Sesama dia mahu tutup pintu utama, mata tajamnya tertangkap satu sosok berbaju serba hitam dibelakang kereta. Kereta penduduk lain dan walaupun jarak yang jauh. Dia sempat lihat satu cahaya putih yang dipegang oleh sosok serba hitam itu.

"Hantu ke?" dahi Kaiser berkerut musykil. Tak pasti kerana matanya sedikit kabur saat ini akibat ngantuk.

Mata digosok lalu dia pandang semula ke arah tadi.

Kosong. Sosok tadi sudah tiada. Haa mungkin matanya menjadi silau kerana terlalu sering melihat sinar kecantikan Mai. Itu yang salah lihat. Rasanya dia perlu check matanya.

Dia bersiul santai kembali sebelum tutup pintu.

SEMENTARA itu pada masa yang sama. Di dalam gelap malam, terlihat seorang sosok yang berpakaian serba hitam. Kamera hitam yang tersangkut pada lehernya dijatuhkan.

Dia menilik semula beberapa foto yang dia berjaya tangkap sebentar tadi. Di dalam foto tersebut, jelas kelihatan Mai dan Kaiser yang baru keluar dari kondo. Ada juga foto Mai tergesa-gesa masuk.

Gambar yang ia tangkap beberapa hari lalu dibelek juga. Ingin pastikan tetap ada. Banyak dan sungguh banyak foto Mai keluar masuk kondominium itu. Sepertinya memori cameranya cuma dipenuhi wajah Mai.  Sedikit saja foto Kaiser.

Topi cap hitam menutupi separuh mukanya. Lelaki ini mengoyak satu senyum yang sukar ditafsir. Foto Mai sedang tersenyum manis diusap lembut dengan ibu jari.

Kemudian dia hidu foto itu seolah wangian wanita didalam gambar dapat keluar. Anak mata hitamnya naik ke atas menikmati sensasi dari perbuatannya barusan.

Bibirnya semakin melebar sinis. Tubuh dipusing ke arah berlawan untuk pergi dari situ.

"Mai mai... berani kau berurusan dengan puak gangster tu." suara lelaki serba hitam ini memecah sunyi malam.

Foto wanita itu dijilat sekali bersama wajahnya yang tersengih psycho itu.

"Kau kata kau benci pada orang jahat. Kerja kau kan tangkap penjenayah macam dia. Tapi sekarang kau boleh berasmara dengan musuh kau sendiri." ngomelnya sendirian. Langkahnya berjalan selamba ke sebuah motor berenjin besar.

"Kau memang hipokrit Mai. Tapi aku suka perempuan macam kau sebab kita sama-sama munafik!" kadang dia mengekek dengan bicaranya sendiri.

Helmet half face miliknya dipakai ke kepala setelah topi cap disimpan dalam bag.

"Kau harapkan apa dari Kaiser? Kau sendiri tahu siapa jantan tu. Aku tertanya-tanya apa yang kau harapkan dari seorang gangster macam Kaiser." getusnya lalu tubuh tingginya naik atas seat motor itu.

Kunci dipulas, serta merta terdengar bunyi enjin motosikalnya. Camera sudah selamat masuk kedalam bag galas.

"Cinta?" bibirnya tak lekang dari sengihan.

"Sepatutnya kau tahu. Selepas kau masuk saja ke dunia kotor ni, yang kau dapat hanyalah penderitaan. Tapi jangan risau Mai, aku bukan antagonis dalam cerita kau. Malah aku penyeri dalam cerita ni."

"Pftt! Apa yang aku merepek dari tadi. Macam orang tak betul pula!" dia tergelak sendiri. Entah apa yang lucu.

Dan baginya ini baru permulaan.

******

KOPI panas buatan abangnya disisip berhati-hati takut lecur lidah. Abangnya yang baru datang dari dapur membawa dua pinggan bihun goreng. Diletak atas meja makan sederhana kecil itu.

Satu dihulur kepada Salwa, satu lagi untuk dia lah! Amboi takkan Salwa dua pinggan.

Mata Salwa masih melekat pada kaca televisyen. Beginilah rutin dua beradik ini tiap pagi sebelum pergi kerja. Abangnya yang bujang itulah yang memasak.

"Bang," panggil Salwa. Mulut sudah penuh dengan bihun.

"Apa? Makan tak boleh teruk lagi ke? Telan dulu." pesan Ariff berbaur tegas menjeling adiknya. Gelojoh benar. Rasanya kalau makan depan mertua ni dah kena halau keluar.

"Kau buat air tak boleh panas lagi ke? Mau meletup lidah aku. Kalau mulut aku ni tak bercakap, rumah ni sunyi. Kau pun bosan!" tukas Salwa jeling geram kepada abangnya.

Ariff turut balas dengan jelingan tak puas hati. Alkisahnya saling menjeling la dua beradik ini.

"Bersyukur la, pemalas. Kalau aku tak masak tak buat air, kau pun kebulur pergi kerja. Patut lah tak ada lelaki yang nak kau. Huh!" Ariff mendengus sinis dengan senyuman jengkel.

Berpusing 180 darjah celcius leher Salwa menoleh abangnya. Berita tv sudah tak dihiraukan. Dia kena pertahankan maruahnya dipijak!

"Bang kau tak pernah tilik cermin ke? Kau pun tak ada siapa nak, bujang lapuk! Tak sedar diri betul. Ceh!" bidasnya disertai decitan kecil.

Selamba badak Ariff bermain telefon sambil buat muka toya. Dia korek telinga pura-pura tak dengar sindiran itu.

"Bising lah nyamuk." tukas Ariff abaikan saja pandangan tajam dari adiknya.

Kadang dia geram dengan Salwa. Selalu sangat komen tentang masakannya, tapi mulut makan juga!

Sedang dia membelek artikel yang muncul. Segala berita ada. Artis bercerai, warga Malaysia dan Indonesia saling bergaduh, kerbau masuk parit. Macam-macam lah sampai buat dia muak.

Ariff mengeluh kecil. Hari ini dia tak kalut sangat pergi kerja kerana shift kerjanya malam. Dia bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di kawasan itu.

Sedang malas membelek artikel. Seketika matanya tercatap pada satu artikel. Lebih kepada statement yang gempar. Kes apa ni sampai komen serius?

Komen dari para netizen di scroll dan dibaca satu persatu. Entah apa yang buat dia tertarik dengan statement yang satu ini. Mungkin kerana muncul nama yang familiar baginya.

'Cik Maihara? Dia ada Malaysia ke selama ni? Bukan ke dah lama dia menetap di luar negara?'

'Kenapa ramai panggil dia Cik? Hahaha! Aku seorang saja ke tak kenal siapa Maihara Reis ni?'

'Dia kan anak jutawan. Tuan Idris aka anggota parlimen nasional dalam negara ni. Tersohor dia. Takkan kau tak kenal? Baru keluar dari rahim ke?'

'Jadi apa kes ni? Kes skandal lagi?'

'Nampak macam dia keluar masuk kondo lelaki tu.'

Terbuntang mata Ariff melihat tajuk statement tersebut. Siap ada gambar seorang wanita bersama lelaki yang baru keluar dari kondo. Walaupun gambar dikaburkan, dia yakin itu Mai. Kawan adiknya kerana jelas nama panjang Mai di situ.

Salwa pelik melihat tingkah aneh abangnya. Tilik telefon serupa nak masuk dalam telefon tu. Dia hentikan suapan apabila abangnya mula pandang dia dengan raut berkerut.

"Serius semacam saja. Ada apa bang? Kau tengok p*rno ke?" garfu diletak tepi pinggan. Salwa mendekat setelah telefon disua kepadanya. Dia pantang benar kalau tengok Ariff serius, jadi berjangkit dengan dia sekali serius.

Fokus matanya membaca tajuk tersebut. Tak semenanya bola mata Salwa membulat terkejut. Telefon dirampas, kini sudah ditangannya. Dia ingin lihat lebih pasti.

Menggigil tangan Salwa yang pegang telefon itu, nasib baik tak jatuh.

"Itu kan Mai kawan kau. Betul ke statement tu? Dia ada scandal dengan Kaiser? Kaiser Lee yang itu?" tanya Ariff sekali nafas. Seingatnya kawan Salwa bukan orang yang begitu. Dia pernah bersua muka beberapa kali. Mai sopan orangnya.

Kukunya yang panjang Salwa gigit gelisah. Pertanyaan abangnya diabaikan. Dia bimbang. Bagaimana keadaan Mai sekarang ini?

Tajuk statement itu dibaca semula. 'ANAK SULUNG KELUARGA HARA BERHUBUNGAN SULIT DENGAN DIREKTUR EKSEKUTIF VALAC GROUP'

Caption pula dibaca. 'ADA RUMOR MENGATAKAN YANG VALAC GROUP BERKAITAN RAPAT DENGAN GENG JERUK MANIS YANG BARU-BARU INI GEMPAR'.

Terjatuh dahi Salwa rapat ke meja. Terdengar helaan berat darinya.

"Apa yang kau dah buat ni Mai... Kau berurusan dengan bahaya lagi?" gerutunya perlahan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
#Bila la nak tamat kisah Mai ngan Kai ni. Ada yg nak baca lagi ke cerita yg makin merapu ni? Sayeee bowsannn
Tak la, seronok je. Hiks!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience